Ahad, 21 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kalau bukan bukan PAS, jemaah mana yang Norazli maksudkan?

Posted: 21 Jun 2015 07:50 AM PDT


IPOH – "Saya tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu," itu penjelasan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa berhubung kontroversi kononnya beliau mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana individu yang keluar dari Pas akan jatuh kafir.

 Nor Azli berkata, isu berkenaan timbul selepas beliau dijemput menyampai -kan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau, kelmarin. Katanya, apa dijelaskan dalam tazkirah itu hanya membabitkan maksud sebuah hadis yang menyentuh mengenai perjuangan dalam Islam.

 "Dalam hadis yang saya nyatakan itu bermaksud: 'Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya".

 "Saya ulas lebih lanjut berhubung hadis itu dan ia tidak rujuk pun kepada mana-mana pihak, jadi saya tidak pasti bagaimana dakwaan seumpama itu boleh keluar," katanya ketika dihubungi, semalam.

 Menerusi laman sosial, Facebook, Nor Azli didakwa mengeluarkan fatwa jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu.

 Kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu mendapat reaksi negatif.

 Nor Azli yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sepanjang tempoh ini, isu jatuh kafir sekiranya keluar Pas tidak pernah dibangkitkan dalam ceramah melibatkan dirinya.

 "Tak tahulah kalau ada pihak yang cuba nak fitnah saya, setahu saya mereka yang memuat naik isu itu pun, tidak hadir dalam tazkirah saya semalam (kelmarin)," katanya.

 Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. sumber

Komen al-Husseyn:

Mungkin Norazli tidak sebut sebiji: "jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu"

Hadis itu membawa maksud:  'Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.' - Melepaskan ikatan Islam dari lehernya itu bermaksud keluar dari Islam atau murtad.

Cuma nak tanya Norazli : Jemaah yang dia maksudkan itu jemaah mana kalau bukan jemaah PAS? Tolong katakan, apakah Norazli turut mengiktiraf lain-lain jemaah di Malaysia selain PAS sebagai al-Jamaatul-Muslimin? Sajer nak tanya benda tu saja.

Berikut saya perturunkan makna kemestian bersama jamaah (luzum al-jamaah) 
Kemestian bersama jamaah (luzum al-jama'ah) bermakna beriltizam dengan segala apa yang dihalal dan diharamkan oleh jamaah serta taat kepadanya, iaitu menerima sumber rujukan asasi Islam, meskipun terdapat perbezaan dari sudut mazhab, aliran dan pandangan.



 Dalam kitab al-Risalah, Imam al-Shafi'i berkata:



 "Ada orang bertanya: Apakah makna perintah Nabi SAW agar mesti sentiasa bersama jamaah? 


Aku berkata: Ia hanya memberikan satu makna sahaja. 

Dia bertanya lagi: Kenapa ia hanya memberikan satu makna sahaja? 

Aku menjawab: Jika jamaah mereka berpecah-pecah di berbagai-bagai negara, maka tiada seorangpun yang mampu untuk melazimi satu jamaah yang badan-badan para ahlinya berada berpecah-pecah (tidak di suatu tempat). Dan jika wujud badan-badan yang berhimpun pada satu tempat, maka pasti ia akan terdiri daripada golongan Islam dan kafir, sama ada daripada golongan bertaqwa dan jahat.

 Jadi melazimi mereka secara tubuh badan tidak memberikan sebarang makna, kerana ia adalah suatu yang tidak mungkin berlaku. Juga kerana perhimpunan tubuh badan tidak dapat membuat apa-apa. Oleh itu, melazimi jamaah mereka tidak memberi sebarang makna kecuali berpegang dengan apa yang menjadi dasar jamaah mereka seperti halal, haram dan mentaatinya. Oleh itu, barang siapa yang berpendapat sama dengan pendapat jama'at al-muslimin maka dia telah melazimi jamaah mereka. Barang siapa yang bersalahan dengan jama'at al-muslimin, maka dia telah menyalahi jamaah mereka sedangkan dia diperintahkan untuk melaziminya." 

Imam al-Shafi'i tidak menganggap perkumpulan pada suatu tempat sebagai dalil yang menunjukkan seseorang itu menganggotai sesuatu jamaah, bahkan yang wajib ialah menzahirkan kesetiaan kepada Allah dan Rasul, serta redha dan menerima rujukan asasi syarak dalam segala urusan berdasarkan kedudukannya dan kedudukan hukum hakam.

 Aplikasi pengertian ini terhadap konsep jamaah bererti: 

Pertama: Dari sudut iktikad: Bererti keperluan untuk mengikut ahl al-sunnah wa al-jama'ah dari sudut iktikad, halal, haram dan seumpamanya. Namun mereka boleh berselisih pendapat selagimana mereka masih berada di atas manhaj yang betul.

Kedua: Dari sudut politik: Bererti mengikut mereka dalam perkara yang mereka sepakati seperti persetujuan mereka untuk menerima bentuk sistem pemerintahan tertentu, taat kepada sistem tersebut, memberikan komitmen dengan dasar-dasarnya yang tidak melibatkan perkara maksiat dan tidak menentangnya kecuali jika berlaku kekufuran yang nyata, demi mengekalkan kelangsungan jamaah. 

Oleh itu, setiap muslim tidak boleh keluar daripada manhaj ahl al-sunnah wa al-jama'ah (dalam metode mencari dalil dan kehujjan sesuatu hujjah), sama ada pada iktikad, halal dan haram. Dia juga tidak boleh keluar daripada memberikan ketaatannya kepada jamaah dalam perkara bukan maksiat, tidak kira sama ada ummat Islam mempunyai kekuatan dan kekuasaan atau tidak, sebagaimana berlaku pada zaman fitnah. Maksudnya, dia hendaklah menghormati 'undang-undang umum' secara keseluruhannya, meskipun ummat Islam hanya membentuk minoriti.

 Oleh itu, seseorang muslim wajib mengikut syarak dalam segala urusannya di samping kepatuhan kepada undang-undang negara yang menjadi tempat tinggalnya serta memelihara ikatan keimanan dengan ummat Islam melalui penghukuman kepada syariat sama ada pada peringkat individu dan masyarakat, meskipun ketika dia sedang berada di bawah pemerintahan yang berdasarkan perlembagaan buatan manusia.

 Peringkat-peringkat Keluar Daripada Jamaah (Tidak Taat) 

Keluar daripada jamaah dengan mana-mana sudutnya, sama ada iktikad dan politik, mungkin melibatkan tiga bentuk:

Pertama: Tidak taat kerana mentakwilkan nas Jika ada individu yang ketidaktaatannya mempunyai sedikit pergantungan dengan nas-nas dan takwilannya, sedangkan dia beriman dengan zahir dan batin nas tersebut serta berpegang teguh dengannya secara umum, maka takwilannya yang bercanggah dengan ijmak atau jumhur tidak mengeluarkannya daripada agama, bahkan dia masih berada di dalam putaran agama. 

Dalam keadaan ini, dialog dan perbincangan merupakan cara terbaik bagi mengembalikannya semula kepada kebenaran selagimana ketidaktaatannya masih belum sampai ke peringkat menghunuskan senjata dan peperangan. Contoh yang paling jelas dalam perkara ini ialah apa yang berlaku dengan puak Khawarij. Sayyidina Ali RA cuba untuk berdialog dengan mereka dengan hujjah nas, akal dan mantiq (logika). 

Begitu juga perdebatan yang dilakukan oleh Ibn 'Abbas RA dengan mereka merupakan bukti paling baik dalam hal ini. Sayyidina Ali tidak memerangi mereka kecuali setelah mereka sendiri memulakan peperangan, iaitu mereka melampau dan tidak berpada dengan perselisihan dari sudut pandangan sahaja bahkan mereka melakukan pemberontakan sivil menentang kerajaan yang ada. 

Kedua: Tidak taat kerana mahu mendapatkan kekuasaan atau melakukan rompakan. Terbahagi pula kepada dua jenis:

1. Mereka tidak taat kerana mahu mendapatkan kuasa dan merebut kedaulatan. Mereka termasuk dalam kategori pemberontak (bughah). al- Quran telah menunjukkan bagaimana bertindak bagi menghadapi fitnah mereka melalui firmanNya dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud:

 "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

2. Mereka tidak memberikan ketaatan kerana melakukan rompakan, merampas harta dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Mereka dikategorikan sebagai al-muharibun. al-Quran telah menyebutkan hukuman terhadap mereka melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Ma'idah, ayat 33 yang bermaksud: 

"Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar." 

Ketiga: Kekufuran. Ia juga terbahagi kepada dua:

 1. Kufur kerana menolak nas tanpa takwil, atau dengan takwil yang menyebabkan keingkaran terhadap sesuatu yang dimaklumi secara pasti daripada Islam, atau mengharuskan sesuatu yang diharamkan oleh ummat Islam secara ijmak, atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh mereka secara ijmak. Tidak syak lagi, kesemuanya membawa kepada kemurtadan. Tambahan lagi jika ia dilakukan secara terang-terangan dan ini menunjukkan dia berusaha untuk memperlekehkan sumber rujukan utama Islam. Dengan cara itu, mereka sebenarnya telah keluar daripada agama Islam dan memisahkan diri mereka daripada jama'at al-muslimin. 

Merekalah yang dimaksudkan oleh hadis lalu yang bermaksud: "… yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan dirinya daripada jamaah." Pada hari ini terdapat perselisihan pendapat tentang hukum orang murtad. Ada yang memisahkan di antara orang yang meninggalkan agama yang hanya berlaku di antara seorang hamba dengan tuhannya dan antara seorang lain yang meninggalkan agama kemudian diikuti dengan penentangan secara terangterangan terhadap sistem Islam. 

Ini sudah pasti menyebabkan sistem ini mesti mempertahankan dirinya sebagaimana lazimnya berlaku kepada sistem-sistem yang lain juga. Kerana seseorang yang melakukan kekufuran ini sebenarnya dia memisahkan dirinya daripada sesuatu yang telah diijmakkan dalam perkara agama dan dia juga menolak sumber sandaran asasi dan utama hukum syarak yang mentadbir hal ehwal orang ramai dan sistem kehidupan harian mereka. Dengan itu, dia sebenarnya telah menjadi anggota yang dipecat daripada jama'at al-muslimin kerana menentang akidah dan syariat umum yang terpakai.

 2. Murtad kerana kufur dengan Islam, memusuhinya, memberikan kesetiaan kepada musuhnya dan memeranginya. Merekalah golongan murtad sebenarnya yang telah merungkai ikatan Islam daripada leher mereka, bahkan menggabungkan diri kepada pihak musuh. 

Sebagaimana berlaku pada zaman Abu Bakar RA di mana terdapat satu golongan yang memisahkan diri mereka daripada agama Islam dan memberikan bantuan kepada pihak musuh bagi memerangi ummat Islam. Juga sebagaimana yang berlaku kepada golongan yang membunuh para sahabat yang diberikan gelaran sebagai al-qurra' yang diutus oleh Nabi SAW untuk mengajar mereka al-Quran dan agama dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai peristiwa al- Raji'.

*Tulisan oleh Kamal Al-Misri ini agak panjang dan akademik bentuknya, maka saya hanya mengambil sebahagia sahaja darinya. Tuan/puan boleh mengaksesnya melalui klik di sini

Pas lantik calon kalah sebagai AJK Pusat

Posted: 21 Jun 2015 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga calon Pas yang tewas pada pemilihan dalam Muktamar Pas dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat.

 Mereka terdiri daripada bekas Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub, bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan bekas AJK Pas Pusat, Taufek Abdul Ghani.

 Pelantikannya diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.

Lima lagi kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Mohamad Husin, Muhtar Suhaili, Zainal Abidin Kidam, Datuk Wan Mutalib Embong dan Dr Najihatul Salihah Ahmad.

 Bagi jawatan Bendahari Pas, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dilantik menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Asmuni Awi.

 Manakala bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.

 Sementara itu untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri, enam negeri menerima ketua baru apabila Kamarudin Sidek dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka; Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (Kedah); Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor).

 Mohd. Fauzi Yusof dilantik menggantikan Mohamad Sabu mengetuai Pas Pulau Pinang, Rosli Abdul Jabar pula di Pahang serta Mustafa Daharun di Negeri Sembilan.

 Tambah Tuan Ibrahim, perlantikan telah dimuktamadkan selepas tiada sebarang penolakan daripada semua mereka yang dilantik ke jawatan itu.

Jelasnya, surat perlantikan juga telah dikeluarkan sejak minggu lepas dan mereka juga telah dihubungi melalui panggilan telefon berhubung perkara berkenaan.

 "Kita tidak menetapkan tempoh masa untuk mereka menerima pelantikan berkenaan.

 "Biasanya apabila kita menghantar surat dan tidak penolakan jadi kita anggap mereka terima pelantikan tersebut," katanya lagi. ~ freemalaysiatoday

Adakah non-muslim memusuhi Islam bila mengkritik atau membantah salahguna kuasa muslim?

Posted: 21 Jun 2015 04:00 AM PDT


Dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan: (maksudnya):

 "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 

 Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

 Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenai ayat di atas, berkata:

 "Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan penganut semua agama. Ini kerana Allah menyebutnya secara umum dengan katanya "orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu" merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian" (Al-Tabari, Jami' al-Bayan 'an Takwil Aiy al-Quran 28/66 Beirut:Dar al-Fikr).

 Juga telitilah firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 6-7 (maksudnya):

 "Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang aman. Yang demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrikin (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrikin) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa."

 Pengarang al-Jihad fi al-Islam yang merupakan tokoh Mazhab Syafi'i di Syria iaitu Said Ramadan al-Buti dalam mengulas ayat di atas, berkata:

 "Dari dua ayat tersebut, kita dapat fahami dengan jelas ia meyanggahi apa yang difahami oleh ulama mazhab al-Syafi`i dan al-Zahiri. Dari sini kita kemukakan kepada mereka (para ulama tersebut) soalan-soalan yang mereka tidak mungkin dapat menjawabnya, iaitu; Sekiranya `illah (punca hukum) jihad atau peperangan ialah kekufuran, sedangkan perintah Allah agar kita melindungi kaum musyrikin sepanjang tempoh mereka berada di samping kita, dengan harapan mereka mendengar ayat-ayat Allah dan beriman denganNya. Kemudian diperintahkan agar kita menghantarkan mereka ke tempat yang aman sekiranya mereka ingin pergi tanpa beriman… 

 Andainya kekufuran adalah sebab yang membawa kepada kita membunuh mereka, apakah mungkin untuk kita membantu mereka dengan perlindungan yang seperti ini, sedangkan mereka itu musyrikin? 

 Sekiranya kekufuran mewajibkan peperangan, apakah mungkin untuk kita berurusan seperti itu dengan golongan Allah perintahkan kita memerangi mereka?. Ternyata sebab (kita dibenarkan berurusan baik dengan mereka) kerana mereka tidak menzahirkan permusuhan dan cenderung kepada perdamaian". (Sa`id Ramadhan al-Buti, al-Jihad fi al-Islam, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr)

 Dengan ini jelas, jihad berlaku hanya apabila mereka menzahirkan peperangan terhadap umat Islam kerana agama. 

 Jika non-muslim mengkritik atau mencabar muslim melalui saluran undang-undang dalam negara Islam itu sendiri, ataupun membantah salahguna kuasa pihak umat Islam itu tidak  dianggap memusuhi umat Islam kerana agama.

 Bahkan itu hak yang negara Islam berikan kepada mereka. ~ sumber

Jom sama-sama bantu berikan dia kehidupan baru

Posted: 21 Jun 2015 01:00 AM PDT

Kita patut berbangga adanya insan yang bernama Raja Shamri bersama The Third Forcenyanya kerana banyak membantu mereka yang malang dan amat dhaif kehidupannya. Beliau sanggup ke ceruk rantau di pedalaman untuk menyumbang bakti membantu menyelesaikan masalah orang lain walau di mana sahaja. Sesungguhnya usaha Raja Shamri ini amat besar sekali dan kita amat yakin mendapat keberkatan, keredhaan dan kerahmatan drp Allah. 

 Korang boleh lihat sendiri kegiatan Raja Shamri membantu orang susah bersama Third Forcenya  di sini. Entri ini merakamkan salah kisah episode yang dipetik dari cvatatan Raja Shamri mengenai Pak Rahim meruntun jiwa kpd org yg ada hati nurani.


Lawatan meruntun hati ke rumah pak rahim di jalan laloh - sungai sam ... misi akidah dan kemanusiaan... Bantulah saya tuan-tuan utk bantu insan ini.. Solatnya cukup 5 kali sehari ... bersih orangnya ... tapi dihina oleh segelintir dek kemiskinan...

 Jika ada yg kata beliau begini dan begitu sesungguhnya kalian sangat kejam... Kami sudah seminggu menyiasat individu ini.. Bantulah... kami tahu apa yg sebenarnya berlaku ... kami dah temubual ramai orang yg dekat dengan beliau .. janganlah berlaku kejam dengan insan ini ... jangan halang bantuan untuk sampai kepadanya ...


Saya tgh siapkan documentary khas kisah pak Rahim ni... Cacian dan hinaan yg diterima adalah asam geram yg beliau terima sejak umur 8 bulan.

 Hidup sebatang kara di atas tanah pusaka. Bila ditanya apa sumbangan yg pernah beliau terima beliau menjawab amtaranya ialah "dipanggil beruk oleh segelintir masyarakat "..


Bila beliau datang ke kedai kopi ada yg berkata " beruk dah sampai.. Beruk dah sampai.. "

 Itulah antara sumbangan yg beliau terima. Tanpa kami sedar .. air mata kami semua menitis ... Pak Rahim kuat pegangan agamanya ... solat dan zikir sangat di jaga ... rumahnya total lost dek banjir dan pondok usang inilah tempat dia berteduh.



Sewaktu kami sampai sekitar jam 5 petang Pak Rahim belum balik menoreh getah ... kami tunggu beliau balik dan seketika kemudian kami tengok beliau termengah-mengah turun bukit ... di lehernya dikalungkan getah skrap untuk jadi bahan bakar nak memasak makan malamnya nanti ...


Dia terus mintak izin untuk mandi ... di ambilnya sabun dlm plastik dan terus ke anak sungai berdekatan ... kami masih tunggu beliau bersedia .. rupa2nya dia bergegas solat asar ... dah lewat katanya ... 


SUBHANALLAH ... Kepada yg kata Pak Rahim ni pemalas ... rajin sangatkah kita??

 Tuan-tuan ... janganlah mudah untuk judge orang itu begini dan begitu jika kita hanya duduk di pejabat dan dengar maklumat tak tepat dari wakil penduduk ... datanglah sendiri duduk dengan pakcik ni dalam hutan keseorangan seperti beliau? Berani??


1 jam pun tuan2 tak berani ... dan kami dah seminggu menyiasat kes ini ..

 Saya kagum dgn individu ini. Ini kes yg sangat genuine... Biarlah apapun org dan segelintir masyarakat setempat nak kata dan nak halang bantuan utk pakcik ini saya akan REDAH ... KAMI AKAN REDAH HALANGAN ITU ... Saya dan kami semua akan LANGGAR halangan itu..


 Saya tak sanggup lihat kemusnahan yg lebih besar Allah timpakan kepada kita dek kerana sikap kita yg kejam pada orang miskin...

 Hubungi saya: 017-3872232 
 Kita bantu berikan dia kehidupan. Bukan sekadar sebuah rumah sumber

Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP

Posted: 20 Jun 2015 11:00 PM PDT

Ditengah-tengah hubungan DAP dan PAS yang semakin meruncing, seorang aktivis parti Islam itu dan seorang aktivis reformasi menyertai parti sekular itu.

 Bekas pemimpin pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi Norazimah Mohamad Noor kini secara rasmi ahli DAP.

 Sheikh dan Norazimah menyerahkan borang keahlian mereka kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu majlis berbuka puasa di Kluang Johor semalam.

 Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang menyertai DAP Sabtu lalu, dan MP Kluang Liew Chin Tong turut hadir dalam majlis itu.

 Sheikh Omar menjelaskan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai DAP kerana senario politik yang kian parah di negara ini.

Kopi Susu dan Pakatan Rakyat

Posted: 20 Jun 2015 08:17 PM PDT

Polemik semasa adalah samada Pakatan Rakyat masih wujud atau sebaliknya. DAP dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur. PKR melalui kenyataan Presidennya, DSWA, telah menyatakan kekecewaannya terhadap usul muktamar PAS dan kenyataan DAP sambil menyebut bahawa "Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formalnya". PAS melalui kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baharu, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud tetapi 'pengsan'. Pada pagi semalam, 20 Jun 2015, TGHH pula menyebut bahawa Pakatan itu tetap wujud selagimana ada dua parti yang terlibat.

 Kesemua kenyataan yang ini, walaupun dilihat bercanggah, ada kebenarannya dan oleh itu tidak hairanlah apabila sebahagian besar masyarakat menganggap ianya mengelirukan. Ia menyebabkan persoalan asal, samada Pakatan Rakyat masih wujud kelihatan seolah-olah masih tidak dijawab!

 KOPI SUSU

 Untuk menjelaskan keadaan yang sedang wujud, biar saya berikan contoh yang mudah difahamai semua, iaitu contoh 'Kopi Susu'.

 Kopi susu adalah 'Kopi susu', selagimana campuran bahannya adalah kopi, susu dan gula. Apabila dikeluarkan susu, maka ianya menjadi Kopi 'O'. Kalau dikeluarkan gula selepas itu, maka ia menjadi Kopi 'O' kosong. Walaupun ianya masih Kopi, tetapi 3 jenis Kopi itu tidak sama malah jauh berbeza. Hanya yang tidak berapa 'betul' akan cuba mengatakan bahawa 'Kopi susu' adalah sama sahaja dengan Kopi 'O'!

 Maka begitu jugalah dengan Pakatan Rakyat. Ianya gabungan 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Apabila salah satu parti dari tiga parti itu keluar, maka walaupun ianya masih lagi 'Pakatan', sepertimana yang ditegaskan oleh TGHH, pokoknya ianya bukan lagi 'Pakatan Rakyat'. Sekiranya ianya di antara PAS dan PKR sahaja, ianya sudah menjadi satu Pakatan Baharu yang boleh dinamakan sebagai Pakatan PKR-PAS. Boleh juga diwujudkan Pakatan lain sekiranya PKR 'menduakan' PAS dengan mewujudkan 'Pakatan PKR-DAP'.

 PAKATAN RAKYAT SUDAH TIADA

 Pokoknya, setiap parti sudah bebas dari ikatan Pakatan Rakyat apabila salah satu parti komponen mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Dengan erti kata lain, parti tersebut telah keluar dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. Maka dalam suasana itu, setiap parti bebas bergerak mengikut kehedaknya sendiri. Tiada lagi sebarang ikatan antara mereka kerana Pakatan Rakyat sudah tiada.

 Dalam kenyataan Presiden PKR, beliau telah menyatakan bahawa PKR menyokong kerajaan Kelantan yang dipimpini PAS dan menyokong juga kerajaan Penang yang diketuai DAP. Ini merupakan pendirian PKR terhadap kerajaan PAS di Kelantan dan terhadap kerajaan Penang di bawah kepimpinan DAP. 

 Kenyataan ini perlu dibuat kerana pendirian DAP terhadap kerajaan Kelantan dan PAS terhadap kerajaan Penang adalah berbeza. DAP sudah tidak bersama PAS dan dengan itu tidak menyokong kerajaan Kelantan di bawah PAS. PAS pula, kecuali ingin melakukan U-turn, telah memutuskan hubungan dengan DAP dan dengan itu tidak lagi menyokong kerajaan Penang di bawah DAP.

 Saya rasa tidak mungkin PAS melakukan U-turn dan kenyataan TGHH yang menyebut bahawa "dua parti memadai untuk mewujudkan Pakatan" adalah konsisten dengan keyakinan saya ini.Sila baca seterusnya di sini

DAP nafi tuntut MB pecat Exco PAS

Posted: 20 Jun 2015 06:00 PM PDT

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan pihaknya meminta supaya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memecat exco PAS dan membubarkan DUN negeri itu.

 Dalam kenyataan medianya hari ini, Pua menganggap laporan akhbar berbahasa Cina itu sebagai "tidak tepat" dan "mengelirukan".

 Malah, Pua berkata pembubaran DUN adalah perkara yang perlu dielakkan dan ia merupakan pilihan terakhir sekiranya kemelut Pakatan masih berlanjutan.

 Sehubungan itu, Pua berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah Pakatan untuk dibincangkan bersama Azmin.

 "Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan menteri besar. Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan-cadangan beliau," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.Baca lagi di sini

Tiada ulasan: