Selasa, 2 Jun 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ust Ahmad Awang - Tegas untuk tidak bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat.

Posted: 02 Jun 2015 10:00 AM PDT

PJ Perak, Razman Zakaria ni memang buruk kelaku. Ketika seorang sahabat melalui wassap memberitahu: 

"Hari ini UAA akan serahkan borang pencalonan Calon Presiden PAS jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS..Moga berjalan lancar."

 Razman Zakaria ini memberikan respon yang amat keterlaluan. Barangkali boleh dianggap biadab dan celupar. Razman menulis :

 Kesian mudahan ulamak ini tidak suulkhatimah amin ya Rabb

 Kenapa bekas pegawai kastam yang hanya beberapa hari saja masuk PAS tapi sanggup mengeluarkan ungkapan sebegitu hodoh terhadap UAA? 

Pernahkah UAA mengeluarkan kata-kata kesat atau menyerang lawannya?

 UAA sehingga kini menggunakan pendekatan dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa. 

Beliau sekadar menjelaskan kenapa dan apa yang terjadi kepada PAS sekarang ini dan macam mana untuk kita bersama-sama selesaikan masalah tersebut.

 Masih tak sedar dirikah dia, Ya anak Pak Man, kenapa dia telah dinasihatkan supaya bersara awal dahulu? Tentu ada yang tidak kena maka Razman dinasihatkan bersara awal...


Tindakan Razman menyerang peribadi Ust Ahmad Awang dengan mendakwa:
"Tempoh 11 bulan pada masa itu kita memerintah tetapi tak nampak pun peranan atau track record dari sudut kepimpinan dimainkan Ahmad, bukan saja untuk Pas bahkan dalam PR pada masa itu di Perak.
 "Apabila Perak jatuh semula kepada BN, beliau (Ahmad) menghilangkan diri," katanya
di sini
 Woit Razman, Peranan UAA dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak amatlah besar jasanya. Dialah yang menggagalkan usaha Haron Din dan Hj Hadi untuk berUG dengan Umno ketika itu.

 Namun UAA bukan seorang yang oportunis, beliau telah menarik diri dari sebarang pencalonan dengan membuat pengumuman sewaktu hari terakhir Muktamar PAS 55  [7 Jun 2009] di Shah Alam.  

Dan dalam waktu yang sama itu juga UAA telah mendedahkan adanya usaha-usaha UG dari kalangan pimpinan tertinggi parti.



Dan kemungkinan besar dari sebab pendedahan tersebut, beliau telah tidak dilantik semula menganggotai ahli Majlis Syura Ulama (jawatan perlantikan) walaupun ada kekosongan untuk tempat tersebut. 

Itulah dendam kesumat kepimpinan PAS hanya kerana UAA telah mendedahkan komplot UG dalam PAS.

 Pendedahan UAA itu hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.Kenapa tidak dilakukan siasatan yang terperinci? Sehingga kini belum ada mana-mana pemimpin PAS yang menafikan dakwaan UAA tersebut.

 Satelah tiadanya almarhum TGNA yang kuat menentang UG, suara-suara kepimpinan PAS UG semakin lantang dan berani menyatakannya demi Islam, demi Melayu….cogankata sama yang sering diucapkan Umno!

 Melihatkan pergolakan hala tuju PAS yang semakin bercelaru dan tidak menentu dibawah kepimpinan yang ada sekarang ini, maka UAA telah menerima pencalonan untuk jawatan presiden.Kita semua kenalah menghormatilah kehendak kawasan-kawasan yang telah mencalonkan UAA. Kalah menang adat bertanding.Kita mahu the best man win. Biar perwakilan yang menentukannya nanti.

Tujuan UAA bertanding hanyalah untuk membetulkan semula hala tuju PAS iaitu tegas untuk tidak bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat.

 Kalau Hj Hadi juga  bertegas tidak mahu bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat, apa masalahnya maka Man anak Pak Ya ni nak marah sangat dengan pencalonan UAA sebagai presiden PAS? 

Biar perwakilan mempertimbangkanya, samada UAA bercakap benar atau Hj Hadi hanya berrethorik dalam memperkatakan untuk tidak bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat.

Razman ni lebih sudu dari kuah.Dia tidak pernah terlibat pun dengan PAS pada waktu kemelut MB Perak dulu tu….bayangannya pun tak ada…Janganlah kamu berdengki sangat dengan UAA....

UAA bukan nak jadikan PAS sebagai boneka Umno, jauh sekali jadi boneka DAP.Ini terbukti bila mana UAA telah berjaya meletakan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak walaupun PAS ketika itu hanya menang 6 kerusi berbanding DAP yang bilangan adunnya 18 orang dan PKR 9.

PAS masuk bertanding PRU 2008 tanpa sedikit menyangka bahawa Perak boleh diperintah oleh PAS walaupun kita tahu tidak mungkin dapat menawan perak memandangkan komposisi adun. 

Tapi dengan kehendak Allah ...PAS yang minoriti berjaya menjadi MB. Kita yakin, jika UAA berjaya menjadi presiden PAS, PAS akan lebih maju dan berjaya dipersada politik tanah air, insya'Allah! 

Bagaimana Hassan Ali Mencatur Pemilihan PAS

Posted: 01 Jun 2015 11:00 PM PDT

Bagaimana Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa sudah Lama Mencatur Pemilihan PAS, Tahun 2015 ini menyerlahkan lagipercaturan mereka setelah ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka kini Menjadi Boneka UMNO..Ikuti seterusnya pendedahan oleh Ipoh Mali:

UG – Idea siapa?
 Unity Government ini usul dari Ust Hadi sendiri. Siapa penyokongnya? Ust Nasharudin Mat Isa.

Siapa penyokongnya? Hasan Ali al-Bugisi….

 Kenapa Gagal

 Kenapa tak jadi? Tak jadi sebab, bila pemilihan dalam PAS berlaku hingga sekarang ini. Dulu-dulu dalam kepimpinan PAS, 80% adalah ulama' …sekarang ni 75-80% adalah Parasit-parasit, Anwarinas-anwarinas….

 Gagal Sebab Tuan Guru Nik Aziz.

Nik Aziz ini adalah seorang manusia tak mahu cerita Melayu lansung… Pasal Umno cerita Melayu, dia tak mahu cerita pasal Umno. Pasal Umno cerita pasal Melayu.

 Nik Aziz tak nak… Melayu ni dia tak nak…Dia kata saya dilahirkan bukan sebagai Melayu. Saya dilahirkan sebagai orang Islam…Itu pandangan dia.

 Mereka Menunggu TG Nik Aziz Tiada…

 Saya meramalkan…teman-teman Kelantan ada kat sini, selagi Nik Aziz ada di situ, selagi itulah PAS tidak mungkin sama sekali boleh bergabung dengan Umno…Tak mungkin…

 Kenapa Mereka Mahu Pro-Ulama'

 Ust Hadi sebagai presiden tak boleh buat apa-apa sebab golongan ulama' minoriti dalam Jawatankuasa Agong PAS Pusat.Majoriti 80% ialah Anwarinas….Dan juga saya namakan mereka sebagai parasit-parasit itu… Bagaimana Propaganda Hasan Ali Menyusup Masuk Dalam Pemilihan PAS?

 Ini sebabnya pemilihan kawasan menggunakan istilah parasit.

 Apa Rancangan mereka Pada Muktamar Kali Ini?

Apa yg perlu dilakukan, Pas ada pemilihan nanti…pada bulan Jun, ada pemilihan…. 

 Saudara-saudara, Apa yang sedang dibuat barangkali … setengah dari teman-teman , sedang mengusahakan supaya parasit-parasit ini tidak lagi dapat bertapak dalam PAS dan digantikan dengan ulama'-ulama' …Demi Islam, demi Melayu…

 Demi memertabatkan Islam dan Melayu, saya rasa, Tuan-tuan dan Puan-puan ... kalau misalnya Ust Hadi sahaja…kalau kepimpinan-kepimpinan dan beberapa kepimpinan Ulama' yang saya kenal mereka, mereka rasanya tuan-tuan, mereka lebih... lebih...lebih bersedia bergabung dengan Umno daripada bergabung dengan DAP dan Pakatan Rakyat.

 Siapakah Suwardi ?

Agen Hasan Ali dan Nasha yang mengatur pemilihan PAS.Ketika Nik Abduh menghadiri program di Perlis, dia telah ditemani dari KL ke Perlis oleh Suwardi.

 Ingat Pesan TG Nik Aziz

 Umno sekarang berpesta… pesta bahawa PAS dah masuk perangkap …PAS sama PAS dah kalut … PAS dengan Pakatan pun kalut…. Jadi PAS sama PAS dan berpecah …. Jadi Umno sudah berjaya. Berjaya memcahbelahkan orang PAS!

Mereka Terus Khianat….Mereka terus mempercayai Umno …Khianat rakan pakatan… Sila dengarkan rakamannya di sini

Kredit kepada Ipoh Mali

Hj Hadi dan Hudud hanya mainan Umno.

Posted: 01 Jun 2015 06:00 PM PDT

Hj Hadi begitu yakin dapat membawa Rang Undang-Undang Persendirian
 (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah
 (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.
Pada 8 April, 2015 Hj Hadi begitu optimis akan diberikan laluan walhalnya dia begitu terdesak hingga berusaha untuk menemui PM Najib Razak sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada keesokannya (9 April) pada jam 10 pagi bagi membolehkan rang undang-undang persendirian yang dibawanya ke Parlimen dapat dibentangkan – tetapi tetap gagal. Waktu itu usul rang undang-undang persendirian Hj Hadi itu khabarnya berada di kedudukan ke-24… Baca di sini 
Pada sidang kali ke-2 ini, tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Baca di sini 

Dan perkhabaran terbaharu ialah – Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia memaklumkan usul perlu dibawa oleh wakil kerajaan. Beliau juga menjelaskan sebab utama usul hudud tidak disenarai pada sidang dewan Rakyat yang lalu disebabkan dibawa oleh Presidejn PAS Datuk Seri Hadi Awang. 

 Bila presiden PAS nak sedar nih? Bahawa Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan. Umno tidak pernah berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

 Dulu bila kita beritahu Hj Hadi, Najib dan Umno tidak ikhlas, Hj Hadi jawab "Soal keikhlasan itu hanya Allah yang tahu….."

 Apakah setelah dipermainkan sebegini Hj Hadi masih belum menyedari penipuan Najib dan Umno?  Saya tidak nampak sidang kali ini yang akan berakhir pada 18 Jun nanti akan menyaksikan apa yang dinamakan rang undang-undang jenayah syariyah itu berjaya dibentangkan sebagaimana jangkaan Ketua sekretariat Jawatankuasa Hudud Kelantan Datuk Takiyuddin Hasan.

Apakah pendirian Najib sudah berubah dan akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Apa yang jelas kepada kita, Najib dan Umno hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka iaitu memecah belahkan Pakatan Rakyat.

 Hj Hadi dan kumpulannya percaya sangat dengan kenyataan Jamil Khir Baharom bahawa Putrajaya akan menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan hudud. Kita perlukan seorang presiden yang lebih bijak dan tegas dalam mencatorkan hala tuju parti dan dalam membuat keputusan.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dengan angkuh pernah berkata kerajaan negeri tidak perlukan restu PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud ….. kini bagaimana?

 DAP dan PKR hanya mampu membantah tetapi mereka tidak mampu menghalangnya. Yang menghalang hudud dari terlaksana ialah Najib dan Umno. Mereka yang tolol sahaja yang masih percayakan janji lunak Umno.

Walau apa pun pokok persoalan sebenarnya ialah Hj Hadi sendiri telah mengelirukan kita semua dengan isu hudud ini dengan tujuan hanya untuk memomokan orang bukan Islam terutamanya DAP supaya Pakatan Rakyat berkecamuk dan berpecah mengikut kehendak Umno/BN.

Apa yang jelas ialah Hj Hadi BUKAN BENTANGKAN DRAF PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Presiden PAS itu cuma membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.Sila Baca seterusnya  di sini

Tiada ulasan: