Selasa, 30 Jun 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Rakyat M'sia perlu bersedia hadapi cuaca lebih panas

Posted: 30 Jun 2015 11:15 PM PDT

 
 

 Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi cuaca lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara ini.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Che Gayah Ismail berkata musim monsun itu akan membawa cuaca panas dan kering, manakala musim kemarau diramalkan berlanjutan hingga September.

"Hanya terdapat sedikit hujan, terutama pada awal pagi di kawasan pantai dan kawasan di selatan Selangor," katanya kepada Bernama semalam sambil menjelaskan bahawa keadaan cuaca mungkin bertambah buruk serta mengakibatkan jerebu sekiranya terdapat pembakaran terbuka secara berleluasa.

Pemerhatian rambang di ibunegara semalam mendapati keadaan agak berjerubu, tetapi, menurut Che Gayah, keadaan itu mungkin kerana tiada hujan sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata ia bukan berpunca daripada aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung di Sumatra Utara, walaupun abu gunung berapi menuju ke arah tengah Semenanjung Malaysia dengan ketinggiannya ketika melalui Semenanjung adalah lebih 6,000 kaki.

Berdasarkan imej terbaru satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN (AMSC), tiada tompok panas dikesan di Semenanjung Malaysia, tetapi terdapat masing-masing dua di Sabah dan Sarawak.

Semakan dengan Jabatan Alam Sekitar mendapati kesemua 52 kawasan yang dibuat pemantauan kualiti udara di seluruh negara semalam menunjukkan Indeks  Pencemaran Udara berada pada paras baik dan sederhana.

Sementara itu, presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Ashok Philip berkata musim panas sekarang boleh mengakibatkan penyahhidratan sekiranya manusia banyak berpeluh dan tidak minum cukup air.

Katanya, keadaaan itu boleh berlaku walaupun mereka tinggal di tempat teduh, manakala keadaan lebih teruk akan menimpa mereka yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

"Apabila kadar penyahhidratan meningkat, seseorang yang terjejas akan mula berasa lemah, pening dan tidak menentu atau keliru kerana tekanan darah mula menurun dan suhu tubuh pula meningkat.

"Untuk sentiasa berada dalam keadaan sejuk dan bagi mengelak daripada masalah berkaitan haba, minumlah banyak air," katanya kepada Bernama melalui emel semalam, sambil menjelaskan bahawa mereka yang mengalami penyahhidratan perlu berpindah ke tempat sejuk dan minum banyak air.

"Beringatlah agar tidak meninggalkan seseorang dengan bersendirian di dalam kereta yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya ditutup dan tingkapnya pula tidak dibuka - suhu boleh meningkat dengan mendadak kepada lebih 50 darjah Celsius akibat kesan rumah tanaman," katanya.

Dr Ashok juga menasihati mereka yang berpuasa supaya sering minum air pada waktu malam dan menambah pengambilan bendalir sebelum memulakan puasa.

Kata beliau, walaupun langkah itu mungkin menimbulkan keadaaan yang agak tidak selesa kerana boleh menyebabkan seseorang itu kerap ke tandas, tetapi itulah yang perlu dilakukan untuk terus berasa sejuk dan sihat.

- Bernama

IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA

Posted: 30 Jun 2015 10:30 PM PDT

BENARKAH IKRAM MENDALANGI GERAKAN GELOMBANG HARAPAN BARU DALAM POLITIK MALAYSIA?

Mutakhir ini IKRAM diserang oleh sama ada golongan yang mengaku ulama, pro-ulama mahupun neutral. Ada yang memperlekehkannya. Ada yang menuduh organisasi itu ingin mengusai PAS.  Dan ada juga yang cuba memburukkannya melalui sabotaj dengan mendedahkan kandungan surat yang tidak bersifat umum.
Tidak adil sekiranya pandangan yang dilontarkan itu terus memperlekeh atau menghukum IKRAM tanpa penyelidikan objektif melalui minda yang terbuka.

Berikut kenyataan rasmi IKRAM:

TIMBALAN PRESIDEN IKRAM

IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA

Mengikuti perkembangan politik dan pembangunan semasa negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) yang prihatin dan cakna kepada keadilan sejagat, keharmonian masyarakat dan kesatuan umat selaras dengan perjuangan IKRAM untuk memastikan 'Malaysia Menuju Negara Rahmah', ingin menegaskan pendirian-pendirian berikut untuk kebaikan bersama warga Malaysia:

IKRAM meyakini bahawa sistem pemerintahan berteraskan konsep dwiparti merupakan satu keperluan demi memastikan proses tatakelola kerajaan yang baik berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan proses semak dan imbang sentiasa menepati prinsip-prinsip 'Siyasah Syar'iyyah' (politik berinspirasikan Syariah)

IKRAM yang bergerak atas dasar prinsip menyuruh yang maaruf mencegah yang mungkar (amar makruf nahi munkar) akan terus menjadi kumpulan pendesak dan pengimbang kepada semua pihak samada dari pihak pemerintah atau pembangkang, agensi kerajaan atau swasta terutamanya yang melibatkan organisasi yang mengendalikan amanah kepentingan awam dan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, ketirisan dalam penggunaan wang awam dan seumpamanya.

IKRAM sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap sebarang usaha kolektif untuk mewujudkan arus baru gerakan rakyat selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Shariah.

Di atas pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian dari gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan sejahtera.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus 
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

********************

Daripada kenyataan rengkas di atas kita nampak IKRAM cenderung melihat perkembangan gelombang dan harapan baru dalam politik semasa sebagai sesuatu yang positif. 

Walaubagaimanapun, hakikatnya tidak ada negara di dunia yang benar-benar mengamalkan konsep dwiparti - Tidak Amerika Syarikat yang presidennya saling bertukar-ganti antara Republican dan Democratic. Di negara tersebut, terdapat 3 buah parti kecil yang turut aktif dalam arena politik. Di United Kingdom, selain parti Conservative & Unionist dan parti Labour, terdapat banyak parti lain yang bergerak di Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Sistem satu parti adalah sistem yang authoritarian. Sistem dua parti memberi peluang lebih kepada rakyat untuk membuat pilihan. Tetapi jika sistem dua parti ini menghalang tumbuhnya parti ketiga, maka sistem dua parti juga sudah menjurus kepada sikap authoritarian. Kerana itulah pemimpin negara-negara maju tidak menghalang kewujudan parti ketiga, keempat dan seterusnya. 

Mengalu-alukan pertumbuhan parti baru dianggap sebagai penenerimaan terhadap diversiti dalam pemikiran atau/dan kaedah melaksanakan konsep keadilan, kebajikan, kesejahteraan dan pengendalian kepentingan awam - "selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Shariah" (petikan dari IKRAM). Pendirian IKRAM ini adalah pendirian yang selari dengan kehendak sosio-politik semasa - proaktif dan progresif, bukan reaksionari atau regressif.

Oleh kerana itu menghalang kewujudan pertumbuhan parti baru dengan menggunakan alasan perpecahan ummah (termasuk melabel sebagai munafik haraki) adalah tidak munasabah. Jika ada pucuk kepemimpinan parti UMNO dan PAS bertindak menafikan hak rakyat menubuhkan parti lain, maka keduanya akan dilihat sebagai sang pengecut yang sedang mempertahankan hegemoni politiknya sahaja.

********************

IKRAM dalang?
Gagal menguasai PAS, lalu sekarang mempromosi gerakan penubuhan parti politik baru?

Inilah fitnah yang sedang meniti dari satu whatsapp ke satu whatsapp golongan yang takut kepada persaingan dalam padang yang samarata.

Tolonglah!
Be a man!
Face the world with courage and perseverance!

Pemimpin-pemimpin politik, harus bermuhasabah diri. Tanyalah diri kamu, sejujur-jujurnya:

Layakkah kamu berada di sana?
Layakkah kamu mewakili kami?
Layakkah kamu memimpin kami?
Layakkah kamu mencatur masa depan anak-cucu kami?

Lagipun, penubuhan parti politik baru bukanlah sesuatu yang aneh di negara kita. Pada 28 Ogos 2013, dua puluh parti baru telah sah didaftarkan di Malaysia (Baca: MyStar).
Positif tidak bermaksud dalang.

********************

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 31:


Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

*Bersambung*



Rafizi Failkan Saman Terhadap Najib Dan Rosmah

Posted: 30 Jun 2015 09:45 PM PDT

 

Pandan MP Rafizi Ramli, who is facing defamation suit by Datuk Seri Najib Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor for comments related to fuel prices made at a forum, has gone on the offensive.

The PKR secretary-general and Mediarakyat portal owner, Chan Chee Kong, have filed a countersuit against the couple for maliciously attempting to shut them up.

"We feel the defamation suit against Rafizi and Chan is an abuse of process," Rafizi's lawyer Ranjit Singh said.

The two are seeking damages, costs and other relief deemed fit by the court.

The lawyer said they also informed High Court judge Datuk Noraini Abdul Rahman during a case management today that the defendants intended to make amendments to their defence and counterclaim.

Noriaini ordered defendants to file the amendments by July 8 and the plaintiffs would submit the reply (to their amended defence and counterclaim) on July 22.

Ranjit said Noraii has fixed another case management on August 5.

The Malaysian Insider on June 5 reported that Rafizi in his defence to the defamation suit said the remarks against Najib and Rosmah were made in jest.

"Those particular words uttered must be understood in the right context. It did not amount to defamation," he said in documents sighted by The Malaysian Insider.

Rafizi said rising fuel prices would allow Rosmah to buy more diamond rings.

Rafizi is also relying on the defence of fair comment and qualified privilege to have the suit dismissed.

The suit against Rafizi was filed at the Kuala Lumpur High Court registry on March 16 by Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, the solicitors for Najib and Rosmah.

Also named as defendant in the suit is Chan.

In their statement of claim, the couple said Rafizi had uttered defamatory remarks relating to rising fuel prices at a forum in Bandar Tun Razak on November 22, 2014.

Najib and Rosmah said Rafizi's speech in a video titled "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" (Why we defend petrol subsidies) was recorded by Mediarakyat, and Chan or his assistants uploaded it on YouTube for the world at large to have access.


Najib and Rosmah said Rafizi's speech in the video was clearly intended to defame them.

They said Chan also failed to subscribe to the principles of responsible journalism for his failure to verify the allegation before the video was made available for public consumption.

"The defendants knew that any publication will bring irreparable damage to us and lower our reputation in the minds of the public," the statement of claim said.

Najib and Rosmah are demanding damages deemed fit by the court and a public apology to be published in newspapers and magazines.

They are also demanding that Chan remove the video from YouTube, Mediarakyat and Facebook. – tmi

DAP tiada masalah dengan Azmin Ali Faiz Zainudin

Posted: 30 Jun 2015 09:00 PM PDT


tony azmin

DAP dan PKR saling memahami situasi dan kedudukan yang mereka hadapi di Selangor berikutan kemelut politik.


SHAH ALAM: DAP tidak pernah mempertikaikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Katanya, DAP tidak mempunyai masalah dengan Azmin malah menyokong Timbalan Presiden PKR itu.

""Kami tidak mempunyai masalah dengan Azmin, tiada isu mengenai Azmin sebagai Menteri Besar," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Azmin di Bangunan SUK pada Selasa.

Selain Tony Pua, turut serta, Gorbind Singh Deo, Hannah dan Ean Yong manakala PKR dihadiri Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin, N Surendran dan Dr Xavier Jayakumar.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, DAP dan PKR saling memahami situasi dan kedudukan yang mereka hadapi berikutan kemelut politik.

Katanya, kedua-dua pihak saling memberikan cadangan membina bagaimana untuk memastikan pentadbiran negeri Selangor berjalan lancar.

Bagaimanapun, Tony Pua berkata, pertemuan itu tidak membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan dan hubungan dengan Pas.

"Kami ada bincang mengenai Pas Selangor hari ini, tapi belum ada keputusan.

"Kita membincangkan mengenai kerajaan negeri bukan jawatan EXCO," katanya sambil menambah perbincangan lanjut akan diadakan semula selepas sambutan Aidilfitri.

DAP dan Pas saling memutuskan hubungan menyebabkan Pakatan Rakyat telah berkubur dan bakal digantikan dengan pakatan pembangkang yang baru.

Kemelut itu menyebabkan Kerajaan Selangor terjejas kerana dikhuatiri EXCO Pas dan DAP tidak sehaluan dalam penetapan polisi kerana tidak lagi bersama.

DAP dan Pas memiliki kerusi paling banyak di Selangir iaitu 15 kerusi berbanding PKR 13 kerusi, UMNO 12 kerusi dan bebas satu kerusi.

Kenapa menteri TAKUT dengan saya, soal Tony Pua

Posted: 30 Jun 2015 08:15 PM PDT

 
 Kenapa menteri TAKUT dengan saya, soal Tony PuaAhli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membangkitkan persoalan mengapa menteri Umno begitu takut pada dirinya, sedangkan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi tiada sebarang masalah berdepan dengannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua sebaliknya berkata beliau lebih terkejut apabila menteri daripada Barisan Nasional (BN) itu tidak yakin 8 wakil mereka dalam PAC mampu mengawal dirinya seorang.
"Biar saya jelaskan semula, tiada konflik kepentingan untuk saya duduk sebagai ahli PAC dalam isu skandal 1MDB.

"Jika pemimpin BN begitu khuatir tentang proses siasatan, mereka harus meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti sebagai menteri kewangan dan perdana menteri," katanya.

Pua berkata, ini kerana perdana menteri terlibat secara langsung dengan syarikat tersebut yang kini menanggung RM42 bilion beban hutang dan transaksi syarikat melibatkan "kebenaran bertulis" Najib.

"Bagaimana Najib boleh dibenarkan untuk mengarahkan siasatan skandal sebesar itu apabila beliau juga merupakan suspek utama?" soal Pua.

Peguam Umno Tan Sri Mohammed Shafee Abdullah sebelum ini menggesa agar Pua menarik diri daripada PAC dan gesaan itu turut disokong oleh Pengerusi Majlis Hhli Parlimen BN (BNBBC) Tan Shahrir Samad.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut membuat gesaan sama terhadap Pua semalam.

"Menteri dan pemimpin BN jelas ketakutan kemungkinan berhadapan dengan panel siasatan terhadap syarikat yang dibebani hutang," katanya, merujuk kepada 1MDB.

Pua berkata, beliau juga kagum kerana sukar untuk memahami mengapa perlu dirinya berasa malu dengan mendedahkan salah laku dalam syarikat tersebut.

"Saya juga tertanya-tanya, kenapa parti saya, penyokong, dan mereka yang terlibat akan berasa malu jika saya dedahkan perkara ini," katanya.

Pua sebaliknya berkata, beliau yakin rakyat Malaysia akan berasa jijik dan menjejaskan kredibiliti PAC sekiranya dirinya disingkirkan daripada PAC.

"Mereka yang seharusnya malu adalah menteri dan pemimpin BN yang sepenuh hati dan menyokong membuta tuli amalan 'bailout' 1MDB menggunakan dana pembayar cukai."– TMI

Projek RM10 juta, JPJ dapat cuma RM1 juta

Posted: 30 Jun 2015 07:30 PM PDT

 
Projek RM10 juta, JPJ dapat cuma RM1 jutaJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya akan menerima keuntungan kasar RM1 juta hasil lelongan nombor plat istimewa "Patriot", walaupun keuntungan disasarkan sebanyak RM10 juta.

Perkara itu diakui oleh Presiden Yayasan Patriot Negara Malaysia(YPN) Datuk Nadzim Johan kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

JPJ tidak akan rugi apa-apa, kata Nadzim, sebaliknya membuat keuntungan.

Beliau berkata projek itu dianugerahkan kepada JPJ melalui rundingan langsung ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi menteri pengangkutan sebelum ini.

Presiden YPN Brigadier General Datuk Husainay Hashim pula berkata tidak pernah mengeksploitasi perhubungannya untuk mendapatkan projek daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Husainay sebelum ini bertugas sebagai setiausaha kerja Umno.

Beliau menegaskan tiada apa-apa untuk disembunyikan dan mengalu-alukan perkara sama diajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. - M'kini

Kerajaan S'gor heret 8 bekas pembantu Khalid Ibrahim ke mahkamah ??

Posted: 30 Jun 2015 06:45 PM PDT

S'gor heret 8 bekas pembantu Khalid Ibrahim ke mahkamahSeorang bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan 7 lain berdepan saman bagi mengembalikan RM2.7 juta yang dibayar kepada mereka sebagai pampasan untuk diberhentikan sebaik sebelum bekas menteri besar Selangor itu meninggalkan jawatannya tahun lalu.

Peguam Shahir Razak yang mewakili Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata MBI mengambil langkah itu selepas semua defendan gagal memenuhi permintaan anak guamnya.

"Saman itu difailkan bulan lalu atas arahan anak guam saya selepas semua defendan enggan memulangkan wang itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Shahir berkata, MBI juga menuntut semua defendan membayar faedah 5% ke atas jumlah yang dituntut, pampasan kewangan lain dan kos jika keputusan mahkamah memihak kepada MBI.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mei atas alasan defendan tidak layak menerima pampasan itu.

Mengetuai senarai defendan ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin yang diwakili peguam Edmund Bon.

Tujuh yang lain ialah Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Dr Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan Ismail.
Shahir berkata, kes itu akan disebut di hadapan penolong pendaftar kanan pada 28 Julai bagi membolehkan semua pihak berkenaan mengambil tindakan lanjut.

Katanya, MBI bersedia menggugurkan tindakan itu jika defendan bersedia mengembalikan jumlah yang dituntut.

Pada Januari, Faekah menafikan terdapat salah laku dalam bayaran pampasan yang diterima mereka.
Faekah berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada kerajaan negeri menuntutnya mengembalikan bayaran itu.

"Memandangkan isu ini tentang undang-undang, semua yang menerima wang itu di bawah Skim Pemisahan Bersama (MSS) akan mendapatkan peguam bagi meneliti langkah yang perlu," katanya menerusi kenyataan pada 6 Januari.

Faekah menafikan pembayaran menerusi MSS itu menyalahi undang-undang dan dibuat tanpa kelulusan.

Katanya, surat tuntutan itu juga gagal menyatakan dengan jelas prosedur dan peraturan kewangan yang dicabuli sewaktu pembayaran dibuat.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada 3 Januari mengarahkan semua bekas pembantu Khalid mengembalikan wang tersebut dalam masa 14 hari daripada notis bertulis MBI.

Azmin berkata, siasatan mendapati wujud pencabulan daripada segi prosedur dan peraturan kewangan apabila bayaran dibuat kepada mereka.

Laporan sebelum ini menyebut pampasan RM2.27 juta dan gaji sebanyak 3 bulan berjumlah RM376,000 dibayar kepada mereka.

Faekah didakwa menerima jumlah tertinggi sebanyak RM695,000, berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider.

Siasatan perbendaharaan negeri dalam satu laporan setebal 11 muka surat mendapati bayaran dibuat tidak mengikut prosedur.


Laporan yang diedarkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Disember lalu menyebut bayaran dibuat kepada pembantu Khalid yang turut berhenti kerja sewaktu beliau melepaskan jawatannya mencabuli terma dan syarat surat lantikan mereka.

Faekah berkata, beliau mengarahkan peguamnya meneliti semua sudut perundangan bagi melawan tuntutan itu serta menuntut ganti rugi atas pencabulan terma MSS dan malu yang dihadapinya daripada isu itu.

Peguam, Bon yang mewakilinya berkata mereka belum lagi memfailkan pembelaan.
"Anak guam saya akan melawan saman itu bersungguh-sungguh. Asas tuntutan MBI cacat.
"Kes ini kelihatan seperti cubaan memalukan defendan serta Khalid," katanya.

Azmin berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi notis.

Katanya, sebaik saja mereka memulangkan wang itu, MBI akan menyemak semula jumlah yang sepatutnya mereka terima.

Khalid bagaimanapun mempertahankan pembayaran itu yang menurutnya dibuat berdasarkan SKim Pemisahan Sukarela (VSS) dan jumlahnya juga kurang 2% daripada rizab tunai MBI sebanyak RM112 juta.

PKR memecat Khalid pada Ogos tahun lalu selepas beliau gagal menghadiri pendengaran jawatankuasa disiplin berhubung tuduhan berkaitan penstrukturan semula air Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway.

Ia bermula sewaktu perebutan jawatan menteri besar yang bermula awal tahun lalu apabila PKR mahukan beliau melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Krisis itu tamat apabila Sultan Selangor melantik Azmin yang juga timbalan presiden PKR sebagai menteri besar pada September. – TMI

Biar Anjing & Serigala Menyalak, Parti Baharu Tetap Ditubuhkan...

Posted: 30 Jun 2015 06:00 PM PDT


PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional.

Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam.

Mereka memberi contoh parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya kembali semula kepada Umno selepas 1996.

Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU 2008.

Puak profesional berpegang kepada hujah mood rakyat dan kejayaan PKR membulatkan tekad mereka membentuk parti baharu. Bagi profesional tiada guna mereka berada dalam PAS yang tidak menjanjikan peluang dan ruang untuk bergerak. Sedangkan mood rakyat menolak BN tetapi ulama PAS pula ingin bersekongkol dengan Umno. Oleh itu, mereka akan memanfaatkan mood rakyat dan seboleh-bolehnya ingin mengulangi sejarah kegemilangan PKR.


Ura-ura penubuhan parti baharu ini telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka didakwa bosan dengan kepimpinan Hadi yang tidak boleh ditegur dan terlalu mengikut telunjuk think tank parti yang tidak diketahui asas pemikiran atau rujukan.

Penolakan boleh dilihat ketika mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor yang hanya dihadiri 11 ahli daripada 26 Kawasan di Johor.


Keluar parti

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu Yang DiPertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad. Tidak lama selepas itu, pemimpin PAS Johor bermesyuarat di Bakri, Muar dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin puak profesional. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.

Di Kedah, dikhabarkan ketidak puasan hati ahli PAS akan menyaksikan gelombang keluar parti beramai-ramai. Lebih buruk lagi, di peringkat pusat beberapa dermawan yang selama ini memberi sumbangan kepada PAS juga didakwa telah menarik diri.

Dengan kemerosotan sebegitu teruk sokongan pemimpin peringkat kawasan dan cawangan kepada pucuk pimpinan, dijangkakan arus penghijrahan ahli PAS ke dalam parti baharu kelak sangat kencang. Mungkin lebih hebat berbanding penghijrahan ahli Umno ke dalam Parti Keadilan Nasional pada 1999.


Ahli yang tidak berhijrah pula belum tentu akan memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya. Jadi asas untuk pemimpin PAS gentar memang wujud. Mereka terbayang kekalahan bertanding di kawasan-kawasan yang kurang 80 peratus pengundi Melayu.

Malah di Kelantan, misalnya Kota Bharu pun belum tentu PAS akan menang. Situasinya mungkin berulang seperti PRU 1978 apabila PAS ditentang tiga penjuru oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Lebih segar

Apa pun parti baharu dilihat lebih segar kerana tidak mempunyai struktur didominasi ulama yang memiliki kuasa veto. Tidak ada Majlis Syura Ulama atau Dewan Ulama yang merupakan kuasa pemutus dasar-dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokrasi dalam mensyuarat AJK Pusat. Parti baharu ini mirip kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, yang memisahkan diri daripada parti Refah yang mirip PAS pada 2001 lalu.

Hanya setahun selepas AK ditubuhkan mereka memenangi PRU Turki pada 2002 walaupun ditentang oleh parti-parti sekular yang berpuluh tahun wujud dan pihak tentera yang menjaga perlembagaan sekular Turki.


Gelombang Erdogan akan sekali lagi melanda Malaysia selepas PKR yang menerima nasihat dari Turki telah mencapai tahap maksimum pada PRU 2013.

Dijangkakan parti baharu yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan segera dipimpin oleh kalangan ahli parlimen dan ADUN PAS yang berhijrah keluar pada gelombang pertama. -pkrl.blogspot.com

ULASAN GB

Apabila ada cadangan mewujudkan parti Islam alternatif, ada "salakan-salakan" menyatakan kononnya "berdasarkan sejarah", parti serpihan tidak kekal lama, parti baharu tidak ke mana.

Namun kemudian apabila kita buktikan bahawa PAS juga berasal dari sebuah parti serpihan UMNO, Pemimpin PAS Terlupa Bahawa PAS Juga Berasal Dari Parti Serpihan!, terus mereka senyap sepi tidak lagi berani untuk menyatakan parti serpihan tak mampu bertahan lama.

Begitu juga sejarah telah membuktikan PKR yang wujud sebagai parti baharu dan parti serpihan selepas gelombang reformasi 1998. Kini menjadi sebuah parti yang hebat.

Kemudian kelmarin, Presiden PAS di dalam ceramahnya di Pongsu Seribu menyatakan "Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.".

Dengan menutup kisah hudud yang gagal dibentangkan melalui Private Bill setelah ditipu UMNO, Haji Hadi masih mahu menyatakan "qabilah berjalan terus".... dan paling aneh semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, Presiden PAS masih berada di Jepun!

Dan tidak melupakan juga pada sebelum isu Private Bill itu, Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen!

Kemudian di dalam isu "menyalak" itu, ada juga pihak yang cuba membuat pembelaan kepada beliau, iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa Haji Hadi tidak tujukan sesiapa. Hj. Abdul Hadi cuma memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

Sedangkan telah jelas ia ditujukan kepada mereka yang tidak menyokong hudud.

"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan.
Tidak mengapa, kita juga menggunakan syair yang sama, "biarlah anjing-anjing dan serigala menyalak, parti baharu akan tetap ditubuhkan"....

GB pun tak sebut sesiapa, tak Nak kata apa sekarang? 
 
 
Kelab Greenboc

Kesihatan Anwar Ibrahim makin MERISAUKAN Oleh Sivarasa Rasiah & Jared Genser

Posted: 30 Jun 2015 05:15 PM PDT

 
Kesihatan Anwar Ibrahim makin MERISAUKANKuala Lumpur, Malaysia – Pasukan peguam antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaporkan bahawa tahap kesihatan Datuk Seri Anwar semakin teruk dan amat membimbangkan kerana beliau dinafikan akses kepada rawatan-rawatan yang amat beliau perlukan. 

Amatlah penting beliau dipindahkan segera ke tahanan kediaman (house arrest) di mana beliau boleh dibenarkan menemui doktor-doktor beliau sendiri untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Pada 2 Jun 2015, selepas kelewatan lebih empat minggu dari waktu penjara meminta Datuk Seri Anwar dipindahkan ke hospital, tahap kesihatan beliau akhirnya telah dinilai Hospital Kuala Lumpur dalam masa dua hari. 

Para doktor melaporkan secara lisan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4 cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten, dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi intensif. 

Datuk Seri Anwar juga telah kehilangan 6 kg sejak beliau dipenjarakan. Pihak penjara berkata ia masih belum menerima sebarang laporan kesihatan (medical report) dari pihak hospital yang meminta ujian lanjut - dan penjara tiada kemudahan untuk ujian atau rawatan bagi keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar sekarang.


Datuk Seri Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dalam satu sel kosong, dengan baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan panas dan lembap dengan pengudaraan minimum yang memburukkan lagi masalah-masalah kesihatan beliau. 

Tambahan pula, beliau jarang dibenarkan bertemu keluarga di penjara, walaupun doktor telah mengsyorkan agar beliau dibenarkan bertemu keluarga setiap minggu. Pertemuan dengan para peguam juga seringkali dinafikan.

"Kezaliman yang dikenakan terhadap saudara Anwar berterusan," jelas Sivarasa Rasiah, peguam Datuk Seri Anwar. 

"Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, yang diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan pada kala beliau ditahan dengan salah."

Penahanan Datuk Seri Anwar adalah dibawah arahan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 selepas mahkamah tersebut mengesahkan hukuman lima tahun di atas dakwaan liwat palsu. 

Amnesty International telah menetapkan Datuk Seri Anwar sebagai seorang tahanan politik (prisoner of conscience) pada 17 Februari 2015 dan berkata bahawa keputusan mahkamah tersebut adalah "penghakiman yang amat buruk, dan hanya merupakan lembaran terbaru dalam usaha pihak kerajaan Malaysian untuk mendiamkan pengkritik kerajaan."


Datuk Seri Anwar sebenarnya telah dipenjara kerana beliau merupakan ancaman demokratik dan ancaman tanpa kekerasan (non-violent threat) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Ini kali kedua Datuk Seri Anwar telah dihukum sebegini oleh rejim yang sama. 

Dan penahanan ini berlaku di dalam konteks tangkapan, pendakwaan, malah penahanan begitu ramai pimpinan Pembangkang, wartawan, dan aktivis termasuklah anak Datuk Seri Anwar sendiri iaitu Nurul Izzah Anwar, di bawah Akta Hasutan dan undang-undang kuku besi yang lain. - MAILBAG

Kanak-kanak antara 113 korban nahas pesawat FMT Reporters

Posted: 30 Jun 2015 04:30 PM PDT

 
nahas,Marshal Agus Supriatna

Nama mangsa masih belum didedahkan walaupun 23 mayat telah dikenalpasti.


JAKARTA: Kanak-kanak berumur berusia lima tahun antara 113 penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terhempas di Medan pada Selasa.

Kepala Staf (TNI) Angkatan Udara (AU)Marshal Agus Supriatna mengesahkan perkara itu.
Katanya,12 daripada yang terkorban adalah anggota tentera iaitu empat pegawai termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang manakala lapan lagi adalah juruteknik tentera.

"Jumlah semuanya 113 penumpang. Kalau yang selamat tak ada. Jenazah baru ditemukan 49 orang. Ini saya mau mengecek (periksa) ke Rumah Sakit Adam Malik," katanya seperti yang dipetik oleh siaran televisyen berita Metro TV.

Agus juga berkata, setakat ini terdapat laporan 23 mayat telah dikenalpasti namun, nama mereka belum dapat diumumkan lagi.

Pesawat Hercules C-130 A1310 milik TNI AU terhempas di Jalan Letjen Jamin Ginting, Padang Bulan, Medan, Sumatera Utara setelah dua minit berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo, Kota Medan pada pukul 11.48 pagi waktu tempatan.

Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.

Menurut saksi, pesawat itu meletup sebelum terhempas dan sebahagian badan pesawat menimpa beberapa buah bangunan rumah kedai termasuk bangunan bernama BS Okup iaitu sebuah pusat perubatan tradisional.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan dan dipercayai masih ramai mangsa orang awam yang terkorban akibat dihempap runtuhan bangunan atau badan pesawat itu.

Jawapan Chef Pak Mus Selepas Azwan Ali Hina Restorannya

Posted: 30 Jun 2015 01:58 PM PDT



Pemilik Me'nate Steak House telah memberi respon dengan memberi sedikit komen tentang isu yang melanda Azwan Ali yang dilihat meroyan secara tiba-tiba kepada seorang gadis.

Chef Mustaffa yang lebih mesra di sapa Pak Mus telah memberi komen yang menyebabkan ramai terperanjat kerana kata-katanya yang penuh merendah diri langsung berbeza dengan sikap bodoh sombong Azwan Ali.

Jom baca komen dari Pak Mus tentang kontroversi yang dikaitkan dengan restorannya:



Mungkin si Azwan Ali tidak kenal dengan Pak Mus namun caranya memandang hina restoran Menate Steak House memperlihatkan betapa sempit dan ceteknya pemikirannya.

Pak Mus yang merupakan pakar daging pernah berkerja dengan Ratu Elizabeth dan sememangnya layak mempunyai gelaran Master Butcher.

Salute kepada Pak Mus dan Menate Steak House. Semoga peniagaan Chef Mus semakin berkembang maju.

Ini antara komen paling sadis dari Azwan Ali:




Syaitan dah tak ada.. Mungkin, Si Azwan Ali ini ingin mengambil tugas syaitan di bulan Ramadhan ini.

Selepas dikiritk satu Malaysia akan sikap biadapnya, sekali lagi Azwan Ali mengeluarkan video minta ditampar

Tiada lagi pengumuman awal perubahan harga petrol, diesel - FMT Reporters

Posted: 30 Jun 2015 05:30 AM PDT

 
Hasan Malek

Mulai sekarang, pengguna hanya dapat tahu jika berlaku perubahan harga atau kekal selepas tengah malam setiap awal bulan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan lagi membuat pengumuman awal tentang harga baru petro dan diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, amalan mengumumkan tentang perubahan sama ada naik, turun ataupun harga kekal yang dilakukan setiap hujung bulan akan dihapuskan.

"Bermula hari ini, pengguna hanya akan dapat tahu sama ada harga naik, turun atau kekal selepas tengah malam," katanya selepas Taklimat dan Hari Terbuka GST Pemuda UMNO pada Selasa.

Sebelum ini, pengumuman perubahan harga petro dan diesel untuk setiap bulan dibuat menerusi laman web rasmi kementerian.

Amalan mengumuman lebih awal perubahan harga setiap bulan mula dilaksanakan selepas kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan membuat penetapan harga berdasarkan harga di pasaran dunia bermula 1 Disember tahun lalu.

Rafizi dedah satu lagi hartanah MARA dibeli harga lebih tinggi Khairil Ashraf

Posted: 30 Jun 2015 04:45 AM PDT


rafizi-ramli

MARA membeli hartanah 333 Exhibition Street dengan harga AUD$31 juta sedangkan sebuah syarikat tidak bernama telah membeli terlebih dahulu hartanah itu dengan harga lebih rendah, AUD$22 juta.

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya MARA Inc didakwa membeli hartanah di 333 Exhibition Street, Melbourne lebih mahal AUD$9 juta atau RM27 juta berbanding harga asal.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli berkata, sebuah dana hartanah Quintessential Equity menjual hartanah tersebut kepada sebuah syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta pada Oktober 2012.

"Kira-kira kurang enam bulan selepas itu, iaitu pada Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan ini pada harga AUD$31 juta.

"Iaitu AUD$9 juta atau RM27 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Equity," katanya pada sidang media di Ibu Pejabatnya pada Selasa.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata perkara ini jelas membuktikan pembelian 333 Exhibition Street itu melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House iaitu harga yang dibayar MARA Inc jauh lebih tinggi dari harga pasaran.

"Jika kamu fikir Dudley House terlebih bayar, hartanah ini lebih mahal dari Dudley House," katanya.

Sehubungan dengan itu, Rafizi menuntut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan yang dibangkitkan iaitu rasional di sebalik MARA meluluskan pembelian 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran.

Beliau turut mempersoalkan syarikat atau individu yang memiliki hartanah tersebut sebelum dibeli oleh MARA Inc .

Rafizi juga mendedahkan perbezaan kadar pulangan sewa hartanah berkenaan yang hanya 6.2 peratus, tetapi kadar sepatutnya pada waktu pembelian hartanah itu adalah antara 6.5 hingga 7 peratus.

"Sepatutnya apabila kadar pulangan hartanah berada di bawah kadar purata bagi aset yang sama di Melbourne, cadangan pembelian ini seharusnya dihentikan oleh Majlis MARA," katanya.

Dia mempersoalkan mengapa Annuar tidak menyemak kadar pulangan hartanah itu apabila beliau mengambil alih MARA.

Najib akan pastikan Anwar terima rawatan kesihatan sewajarnya - FMT Reporters

Posted: 30 Jun 2015 03:52 AM PDT

 
najib,anwar

Kesihatan Anwar Ibrahim dilaporkan semakin teruk dan membimbangkan.


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima rawatan sewajarnya.

Katanya, beliau mengambil maklum tentang tentang kesihatan Anwar yang dikatakan semakin teruk dan membimbangkan.

"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," katanya menerusi Facebook.

Peguam Anwar, R Sivarasa memberitahu, Anwar memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4 cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten, dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi intensif.

Katanya, kesihatan Anwar semakin teruk dan membimbangkan kerana tidak diberikan akses untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Dia memohon Anwar diberikan tahanan kediaman untuk membolehkan Ketua Umum PKR mendapatkan rawatan lebih sempurna.