Sabtu, 30 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DENGGI DI TEMERLOH...TANTAWI....."AWAK KAT MANA?"

Posted: 30 May 2015 07:23 PM PDT

LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM


Denggi di Temerloh: Tantawi 'awak kat mana?'

Denggi di Temerloh: Tantawi 'awak kat mana?'

Bandar Ikan Patin Malaysia, Temerloh diserang wabak denggi sehingga memaksa pihak Majlis Perbandaran Temerloh menutup tapak pasar malam di Taman Temerloh Jaya bagi mengelak wabak tersebut menulari orang ramai.

Bagaimanapun, menurut penduduk, Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Tantawi yang giat berkempen merebut jawatan dalam Muktamar Pemilihan 6 Jun ini tidak kelihatan turun melawat kawasan.

Sepatutnya ahli parlimen adalah orang pertama yang turun selain ADUN. Kalau Termerloh masih di bawah BN, ahli parlimen BN Saifuddin Abdullah tentu awal-awal lagi sudah muncul muka dalam surat khabar melawat mangsa denggi.


surat 


Ahli parlimen PAS kena lebih kerap turun kawasan dan bukannya mengharapkan pegawai pusat khidmat memberi perkhidmatan.


Lebih dikesalkan, blog Tok Usin Ceroi yang mengaku berada di bawah Tantawi ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS tidak pula mahu mengajak bosnya turun padang. Sebaik-baiknya media di bawah Tantawi ini diguna mempromosi aktiviti beliau, bukannya menyerang dan memfitnah pemimpin profesional PAS yang dicap sebagai 'jebon'.

Jebon-jebon pun pemimpin profesional PAS rajin turun padang. Berapa banyak gambar Dr Hatta Ramli angkat kotak bantuan, kayu, khemah dan lain-lain ketika banjir besar melanda Kuala Krai tahun lalu? Sekarang puak ulama mahu semua pemimpin PAS dari kalangan ulama tetapi kalau kualiti buruk yang diangkat maka maut la PAS PRU nanti.

Profesional PAS disanjung bukan kerana mereka pandai mengaji, baca hadis dan sebagainya tetapi kerana jasa kepada masyarakat. Kalau dijemput ceramah di masjid baru datang maka elok lah jadi penceramah bebas, jangan jadi ahli parlimen atau ADUN.

Kepada perwakilan yang akan bermuktamar 4 Jun nanti jangan fikir dua kali sebelum membuang undi, kerana undi akan diberi kepada puak ulama. Tetapi fikirlah 10 kali, puak mana yang lebih diterima rakyat dan boleh menang pilihan raya.

Kalau nak menang muktamar lepas tu sibuk berpropaganda mengecam BN, generasi PAS 1980an lagi hebat. Siap dengan fatwa kafir mengkafir tapi satu kerajaan negeri pun tak ada.

Kalau perwakilan nak walak membuta tuli, maka lepas Jun nanti siap sedia lah berpolitik gaya lama, duduk kedai kopi hentam BN. Itulah gaya 'tak produktif' ahli dan pemimpin PAS 1980an dulu.

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Posted: 30 May 2015 07:21 PM PDT

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon Presiden Ustaz Ahmad Awang menegaskan, PAS perlu direformasikan bagi membuang saki-baki anasir negatif yang menyusup masuk ke dalam pimpinan parti itu.
"Saya menyahut permintaan rakan-rakan yang sayangkan jemaah PAS (bertanding) bagi meneruskan Perjuangan Islam sebagai parti yang berteraskan prinsip Perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah," katanya forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Tambah beliau lagi, di samping melakukan perubahan struktural, PAS mestilah bergerak ke arah tajdid penyatuan ahli dan kepada pihak yang kalah, akan diberikan jawatan dalam kabinet baharu yang akan dibentuk sekiranya beliau terpilih sebagai presiden.
Menurut Ahmad lagi, PAS amat penting sebagai penggerak perubahan massa dan parti itu tidak boleh berpecah atau goyah menjelang PRU 14

"Menjelang piliha raya akan datang, jika PR berpecah dan tidak mencari kata sepakat maka PR akan melalui detik kekalahan akibat tiada jalinan kerjasama dilakukan
"Tahaluf Siyasi tidak perlu dikaji semula kerana PAS tidak terjerumus ke dalam penglibatan konflik yang berlaku antara rakan kompenan PR. Cuma orang yang diberi amanah dalam PAS harus dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki segala kelemahan mereka ketika diberi kuasa untuk mempimpin kelak," ujarnya.

PAS akan menganjurkan Muktamar Pemilihan ke 61 pada 4 hingga 6 Jun depan di Kuala Selangor. Muktamar kali ini menyaksikan kesemua jawatan parti dipertandingkan.

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Posted: 30 May 2015 07:19 PM PDT

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding
Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Calon Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau bertanding semata-mata untuk menyahut saranan segelintir perwakilan dan penyokong yang ingin menyelesaikan kemelut dalam PAS sekarang.

Katanya semasa proses penamaan calon, berlaku beberapa ketempangan tadbir urus pejabat agung PAS yang melambatkan proses pengesahan menerima pencalonan beliau. Hal itu, katanya, menunjukkan padang pertandingan kali ini tidak rata sama disebabkan beberapa ahli parti yang tidak bersetuju beliau mencalonkan diri. Namun menurut Ahmad, beliau tetap dengan keputusannya.

"Pemimpin yang diberi amanah (merujuk pemimpin PAS hari ini) wajib melaksanakan amanah dan keputusan yang dibuat haruslah adil," katanya.

Beliau turut mengulas berkenaan isu ucapan Tuan Guru Datuk Seri Haji Awang yang inginkan PAS bergerak secara bersendirian kerana DAP tidak mengiktiraf perlaksanaan Hudud ketika Muktamar di Batu Pahat, Johor tahun lalu.

Kenyataan tersebut, katanya Ahmad, bukan keputusan Muktamar. Tambahnya, sejak penubuhan PR telah disepakati bersama dalam Muktamar yang berlangsung di Ipoh, Muktamar di Shah Alam dan Kota Baharu bahawa PAS akan kekal bersama PR.
Ahmad Awang pada 2009 pernah mengumumkan penarikan diri daripada apa-apa keterlibatan dalam Pimpinan PAS Pusat dalam Muktamar ke -56 di Shah Alam. Namun pergelutan politik dalaman PAS memaksa beliau kembali aktif menawarkan diri bertanding jawatan nombor 1 dalam parti.


LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM 


“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

Posted: 30 May 2015 07:17 PM PDT

"PAS For All" relevan jika profesional, ulama seimbang

"PAS For All" relevan jika profesional, ulama seimbang

 

 LAWATI SUARA PAKATAN DAILY


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata slogan "PAS For All" hanya kekal relevan sekiranya pemimpin yang menang alam Muktamar Pemilihan Jun nanti terdiri daripada campuran muka baru, ulama dan profesional.

Katanya, Muktamar PAS ke – 61 yang bakal berlangsung 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor nanti seharusnya memfokus kepada perancangan strategi memusnahkan BN, bukannya memusnahkan Pakatan Rakyat.

"Strategi kita harus fokus bagaimana untuk membenamkan BN-Umno dan tidak perlu terlalu fikir masalah perbezaan pendapat dalam parti," tegas Nizar.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, perbezaan pendapat dalam parti perlu diraikan bagi memberi harapan baru kepada perubahan PAS untuk meneruskan perjuangan yang berlandaskan syariat Islam.

"Ahli pimpinan parti perlulah lebih profesional dalam menangani sesuatu isu dan tidak mengeluarkan kenyataan mengapi-ngapikan mana-mana pihak yang bakal mengundang perbalahan sesama ahli parti.

"Kemelut yang melanda PAS ketika ini adalah disebabkan salah faham segelintir ahli PAS yang beranggapan bahawa kritikan pandangan tersebut seolah-olah ingin menjatuhkan Presiden dan Barisan Pimpinan sedia ada," katanya.

Beliau berharap perbezaan dapat diselenggara dengan berhikmah bagi mengekalkan persefahaman yang lebih akrab seterusnya menguatkan Pakatan bagi memudahkan PAS dan rakan kompenan parti yang lain untuk melangkah menuju Putrajaya .

Forum yang bermula pada jam 9 malam itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH) turut dihadiri Calon Presiden PAS ,Ustaz Ahmad Awang dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib.


Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad: Bab Solat | Tasyahud -riak/ujub

Posted: 30 May 2015 04:11 PM PDT


[LIVE][300515] Mahsyar - Ustaz Wadi Annuar

Posted: 30 May 2015 04:25 AM PDT


Kesihatan Anwar makin merosot, kerajaan lambat bertindak

Posted: 30 May 2015 04:18 AM PDT

Kesihatan Anwar makin merosot, kerajaan lambat bertindak

(Oleh Nadia Hanafi)
PETALING JAYA 30 MEI: Kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa tahanan politik sejak 17 Februari lalu didapati semakin merosot.

Menurut Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul, berat badan Anwar menurun dengan mendadak, tekanan darahnya tidak menentu juga terdapat kesan darah dalam sampel najis beliau.
"Sejak beliau dipenjarakan, kami diberitahu beliau kehilangan berat badan kira-kira 6 kilogram dan ini sungguh membimbangkan sekiranya berterusan.

anwar jadi mangsa"Terdapat juga simptom kesan darah dalam sampel najis, yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat.

"Beliau juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan ubatan," kata Johari.

Selain dari itu katanya, Anwar juga mempunyai kecederaan teruk di bahu akibat kemalangan kecil setahun lalu yang memerlukan pemeriksaan MRI dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Johari juga berkata, Anwar banyak kali membuat permintaan untuk melakukan rawatan perubatan namun tindakan lambat diambil oleh kerajaan.

Bagaimanapun, peguam Anwar yang menemuinya dua hari lepas, dimaklumkan bahawa Anwar akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur Selasa ini, untuk pemeriksaan, permerhatian dan rawatan perubatan.

"KEADILAN dan keluarga Anwar sangat mengesali kelewatan kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan kepadanya. Kami menuntut agar beliau diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh yang diperlukan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Johari lagi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi hendaklah memberikan jaminan bahawa Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan dan rawatan yang diperlukan sehingga pulih.

"Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi kepada saudara Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Naib Presiden KEADILAN yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah mendesak kerajaan supaya membenarkan ahli keluarga diberikan akses sepenuhnya untuk berjumpa Anwar sepanjang tempoh beliau berada di hospital.
"Keluarga akan desak untuk bertemu Anwar di hospital kerana ini praktis terdahulu semasa pemenjaraan sebelum beliau bebas pada
2004. Jika keluarga dihalang bertemu dengan beliau, saya kira itu arahan baru atas kuasa-kuasa politik atasan.


"Kita juga akan desak supaya ada penilaian bebas iaitu pihak doktor dari keluarga untuk mengesahkan keadaan beliau dan kita akan beri kerjasama penuh.

"Pada masa sama kalau ia memberikan kesan negatif kepada kesihatan bapa kami, kami harus bertindak," tegas Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kukuhkan Pakatan Rakyat: 3 Anak Bekas Pimpinan Tertinggi PAS Berkongsi Pentas

Posted: 30 May 2015 04:10 AM PDT


Dari kiri, Faiz Fadzil (anak Almarhum Fadzil Noor), Mujahid Yusof (anak almarhum Yusuf Rawa) & Nik Omar Nik Aziz (anak almarhum TG Nik Aziz)

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

"Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

"Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama," katanya dalam sebuah forum "PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia" malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

"Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

"Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

"Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,"
katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

"Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

"Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

"Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia.

Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan," katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

"Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

"Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

"Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam," katanya.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

"Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

"Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

"Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,"
katanya. -TMI

INILAH MAKLUK PEROSAK YANG MEMECAHBELAHKAN PAS.....WALLAUN....

Posted: 30 May 2015 04:04 AM PDT

Zuhdi buat hal lagi, kali ini perlekeh anak Nik Aziz



Perbualan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki menerusi kumpulan WhatsAp yang memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi. – Gambar WhatsApp, 30 Mei, 2015.Perbualan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki menerusi kumpulan WhatsAp yang memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi. – Gambar 
WhatsApp, 30 Mei, 2015. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.


Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai "Sayuti Shah Alam" yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk "PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia" yang dianjurkan di Shah Alam semalam.
  "Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.
Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.

Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya,\ dalam mesej tersebut. – 30 Mei, 2015.

GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M

Posted: 30 May 2015 03:59 AM PDT

GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M
GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M

GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung beban hutangnya.
Katanya, hutang ini ditanggung melalui syarikat seperti 1Malaysia Development Berhad dan Pembinaan PFI Sdn Bhd.

"Sudah tentulah usaha seperti 1MDB dan Pembinaan PFI hanya menyebabkan hutang yang tidak dapat ditanggung.

"Apabila syarikat ini mengalami kerugian, beban kewangan kerajaan akan meningkat.

"Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya meminta orang ramai, termasuk yang tidak sepatutnya dikenakan cukai pendapatan untuk menyelamatkan kerajaan," katanya.

Mahathir menyatakan demikian dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc hari ini.

Tiada ulasan: