Jumaat, 22 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SAMBUTAN LUAR BIASA CERAMAH HUDUD DI KETEREH

Posted: 22 May 2015 09:15 PM PDT

Anak bekas presiden PAS bimbang jika Nik Abduh menang ketua Pemuda

Faiz Fadzil melahirkan kebimbangan kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh Nik Aziz akan menghalang agenda pembaharuan parti semasa forum Masa Depan PAS Pasca Muktamar yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015. 



Faiz Fadzil melahirkan kebimbangan kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh Nik Aziz akan menghalang agenda pembaharuan parti semasa forum Masa Depan PAS Pasca Muktamar yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015. 


Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda dibimbangi akan merencatkan agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan parti.

"Saya risau kalau betul kenyataan dia semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.

"Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat," katanya menerusi forum "Masa Depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
  Beliau berkata, pembaharuan hanya dapat dilakukan kepada mereka yang bersedia untuk berubah dan disokong oleh pimpinan lain.
Nik Abduh sebelum ini sering kali mengkritik parti-parti komponen lain Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka terutamanya DAP dalam isu hudud Kelantan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar golongan ustaz muda yang tidak hormat kepada pemimpin kanan dalam parti.
Katanya, golongan berkenaan dengan mudah menuduh kelompok dalam PAS sebagai liberal dan anti ulama sedangkan masih tidak memahami landskap perjuangan parti.
"Yang baru masuk PAS 2,3 hari, bercakap macam masuk PAS dah 20 tahun. Tak hormat dekat orang tua, orang lama. Macam la mereka dah kenal PAS lebih awal daripada kita.
"Tandatangan borang pun tak kering lagi ni, dah mencabar orang tak betul. Ini ustaz-ustaz muda ini yang balik dari Mesir. Tak hormat langsung ulama-ulama yang dah ada di sini.
"Senang kata dekat orang liberal, anti ulama. Apa ini? Baru balik 2,3 hari. Belajarlah dulu. Kami belajar dari bawah, bertatih daripada cawangan naik kepada kawasan dan negeri," katanya yang turut menjadi panel dalam forum berkenaan.
Senada dengan Mujahid, Faiz berkata apa yang dibimbangkan adalah golongan ustaz muda yang akan membawa PAS ke jalan yang terpesong.
Katanya, insiden demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS memberikan imej yang buruk kepada parti sekali gus memberi mesej yang salah terhadap agenda perjuangan parti.

"Yang kita bimbang ustaz muda bawa parti ke jalan terpesong. PAS boleh dibawa ke jalan terpesong menjadi ekstrem bila saya tengok beberapa orang buat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung.

"Ini budaya samseng. Kalau kamu handal sangat, ada prinsip, buatlah demonstrasi di depan PWTC. Kenapa depan pejabat agung? Depan pejabat sendiri, melalak dalam rumah sendiri," katanya.

Pada Februari lalu, sekumpulan Pemuda dan Ulama PAS dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk Pejabat Agung PAS.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.- 22 Mei, 2015.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS tidak menyokong Hadi.


SAMBUTAN LUAR BIASA CERAMAH HUDUD DI KETEREH
Lepas tok sampaikan kuliah kitab "Jeboniyyah Tololon" edisi terbaru tu mlm tadi, seorang pewalak tok tunjukkan gambar dari grup wassap geng2 tolol yg mngandungi gambar suasana ceramah Hudud di Ketereh, kelantan semalam.
Tok amat terperanjat melihat kehadiran di padang tersebut seolah yg hadir seramai org hadir kebumikan jenazah org kampong biasa je. Apa yg tok yakini selama ini, Doareamar bagitahu rakyat Kelantan tak sabar2 nak Hudud. Patutnya tentulah tak cukup padang malam tu. Tapi berlaku sebaliknya.
Tok tak mahu berburuk sangka maka tok pun bergegas ke rumah guru tok untuk bertanya pendapat darinya. Manalah tahu guru tok dapat alamat sewaktu dia tidor dalam bot petang kelmarin. "Tuan Guru, lihat gambar ini. Takkan seramai ini saja yg hadir dengar ceramah Hudud di Ketereh? Bukankah rakyat Kelantan semuanya ghairah menanti Hudud?".
Malu kita kalau PasMa tahu ni, wahai tuan guru".
Maka, dengan wajah kusut dan bermasalah, guru tok pun berkata sambil merenung dalam2 gambar tersebut, " Sesungguhnya, apabila nama Hudud disebut maka makhluk yg paling gembira adalah para Malaikat dan jin2 Islam. Wahai Usin, adakah kamu boleh melihat malaikat dan jin?".
Tok terdiam. Sambil tunduk, tok perlahan2 menjawab, " Tentulah tidak, tuan guru. Saya takkan dapat melihatnya.".
Tersenyum tawar guru tok. Katanya, " Kalau Ana katakan sebenarnya padang itu penuh padat dan melimpah2 dengan kehadiran para malaikat yg ingin belajar berkenaan Hudud serta para jin Islam yg juga ingin belajar tentang Hudud, apakah Ente percaya?".
Tok sekali lagi terdiam. Terkelip2 mata tok, tapi segera tok menjawab dengan tergagap2, "Wahai Tuan Guru, pernahkah saya tidak Wala' kepada tuan?". "Sesungguhnya percayalah saya bahawa program malam itu amat mendapat sambutan".. "Tapi tuan....."
"Tapi apa lagi Usin? Kamu was2 dengan Ana, apakah kamu tahu apa yg bakal Ana gelarkan kepada kamu jika kamu was2 dengan Ana?" Agak serius kali ini guru tok berkata.
Tok tahu, jika tok jawab was2 pasti tok akan dapat gelaran "tolol" kalaupun tidak 'barua". "Abis tu tuan....yang nampak duduk atas rumput sekitar 100 orang tu siapa?".
"Kahkahkahkah....itulah geng2 PasMa". Baru ente tahu geng2 PasMa tu tak ramai, kan? Agak besar guru tok ketawa kali ini. " Sudah lah Usin, mung balik cepat...esok kita mencandat lagi".
Selepas bersalam, cium tangan dan kucup dahi guru tok, tok pun balik dan singgah kedai sekejap beli panadol....pening kepala tok dibuatnya....