Tukar Tiub |
- CUKUP MENGHAIRAHKAN
- BAGUS TUAN SYEED
- TEMU BUAL MALAM INI
- SAJE NAK TANYA - JANGAN MARAH
- ZAHID SILAP BESAR
- APA ADA PADA 30 JUN
- GST CUKUP CILAKA
- PERANG IMPERIALIS
- NAJIB SERANG MAHATHIR
- PADAN MUKA
Posted: 29 May 2015 07:49 PM PDT NGO ancam saman Mahathir RM50 bilionKetika pertelagahan di antara Mahathir Mohamad dan Najib Razak terus tegang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan baru - dan misteri - muncul membuat tuduhan ke atas bekas perdana menteri itu.Dikenali sebagai Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM), pengerusinya Md Zainal Abdin berkata, berbilion ringgit wang pembayar cukai dibazirkan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003. "Sudah sampai masa untuk Mahathir menjelaskan semua skandal kewangan dan menjawah pertanyaan rakyat Malaysia mengenai kesilapan pentadbirannya. "Jika beliau gagal CAGM yang mewakili sekumpulan warga Malaysia yang prihatin tidak teragak-agak memfailkan saman sehingga RM50 bilion terhadap Mahathir," katanya dalam kenyataan hari ini. KAH KAH KAH woit ini berita baik perang makin merebak gasak berak selak tibai sabai rabai jangan henti henti jangan rehat rehat serang dan libas bukak semua cerita hebohkan semua rahsia orang ramai nak dengar kah kah kah kenapa hanya saman 50 juta samanlah 50 bilion ringgit baru cun kah kah kah CURAH MINYAK API --------------- |
Posted: 29 May 2015 06:45 PM PDT KOMENTAR kehinaan yang paling hina ialah apabila ketuanan melayu ditipu dan dihina oleh saorang india Tolong sedar wang 1MDB itu milik rakyat SHAH ALAM – Ketua Umno Cheras, Syed Ali Alhabshee membidas tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang gagal hadir pada prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Selasa lalu. Syed Ali mendakwa, Arul boleh pula segera kembali ke tanah air daripada urusan di luar negara untuk menghadiri majlis makan malam sulit dengan orang-orang ternama. "Arul Kanda tidak dapat hadir ke prosiding PAC pada Selasa. Tapi boleh balik ke tanah air dari urusan di luar negara itu untuk menghadiri sesi makan malam sulit dengan orang-orang ternama termasuk Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), i Shahrir Abdul Samad di Aloft, KL Sentral pada Rabu malam. "Mengikut urutan cerita, Arul sepatutnya berada di luar negara, dia minta maaf tak dapat hadir ke prosiding sebab urusan di sana. "Shahrir beritahu media, menuntut Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin buat kenyataan terbuka mengenai kemelut 1MDB dan kemudian ajaibnya, Arul muncul untuk makan malam yang selesa dengan Shahrir dan lain-lain. Ini sandiwara yang meninggalkan tanggapan yang buruk," katanya yang dipetik melalui blognya, hari ini. KAH KAH KAH woit ini tuan syeed penjuang melayu ini tuan syeed jujur ikhlas ini tuan syeed berani kerana benar ini tuan syeed pertahan melayu HIDUP TUAN LAYU --------------- |
Posted: 29 May 2015 06:00 PM PDT |
Posted: 29 May 2015 09:57 AM PDT Persoal syahadah Islam, peniaga kecewa disisihkan, didakwa di mahkamahHanya kerana mahu mendalami ajaran Islam, seorang peniaga, Wan Sulaiman Wan Ismail dari Ipoh, Perak didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa agama sehingga menjejaskan kehidupannya. Wan Sulaiman berkata, beliau membuat beberapa kajian berkenaan agama Islam, antaranya berkenaan amalan ucapan kalimah syahadah yang secara peribadinya mendapati tidak sama dengan ajaran al-Quran. Katanya, sejak 2013 beliau cuba mendapatkan penjelasan dan merujuk kepada pakar agama termasuk pegawai di pejabat mufti Perak, jabatan agama Islam negeri, dan masjid. "Disebabkan itu mereka tidak senang dan mula memberi tekanan supaya membuang pemikiran dan kajian peribadi saya, dan meminta supaya saya akur membuta tuli dengan pandangan mereka. "Saya tak pernah mengatakan apa yang kita amalkan ini salah dan saya juga tak pernah kata apa yang saya faham itu betul. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persoal-syahadah-islam-peniaga-kecewa-disisihkan-didakwa-di-mahkamah#sthash.5PWrKnmQ.dpufKAH KAH KAH woit laaaa... nabi muhamad mengucap macam mana? saje nak tanya jangan marah ana hanya nak tahu ANA ANA ANA ------------ |
Posted: 29 May 2015 06:00 AM PDT ZAHID TERSILAP TENTANG KEDUDUKAN MALAYSIA DI GLOBAL PEACE INDEX Saya merujuk kepada jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa kedudukan Malaysia di dalam Global Peace Index (GPI) 2014 telah merudum kerana, antara beberapa sebab yang tidak diperinci, termasuklah aktiviti tunjuk perasaan oleh #Kitalawan, Gerakan Hapuskan Akta Hasutan, Anti-Lynas dan Perhimpunan Aman Mahasiswa. Kenyataan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan langsung tidak tepat terutama sekali kerana beberapa contoh kempen demonstrasi yang diberikan itu hanya mula aktif pada tahun ini dan tidak mungkin memberi kesan kepada kedudukan GPI Malaysia tahun lepas. Menteri Dalam Negeri telah tersasar sama sekali daripada rumusan laporan tersebut yang menyatakan bahawa "Petunjuk dalaman penting yang paling teruk merosot dalam sekitar tujuh tahun kebelakangan ini adalah tahap aktiviti keganasan, kadar pembunuhan, kemungkinan berlakunya demonstrasi ganas, tahap konflik terancang dan persepsi jenayah." Jawapan bertulis itu, yang menyalahkan kempen demonstrasi jalanan di dalam hal ini, hanya berniat untuk mengelirukan. Kebanyakan aktiviti tunjuk perasaan yang dijalankan adalah aman dan tidak termasuk kategori demonstrasi ganas. Laporan itu juga telah menyatakan secara spesifik bagi Malaysia bahawa negara ini terdapat peningkatan tahap dari segi aktiviti pengganas dan ketidakstabilan politik. Sudah sedia maklum bahawa Malaysia telah bertarung dengan kumpulan pengganas (contohnya, gerakan "Islamic State" dan juga saki baki daripada kejadian Lahad Datu). Oleh itu, ini mungkin lebih tepat untuk menjadi pengukur kepada keadaan kedamaian negara ini. Satu lagi faktor yang mungkin boleh diambil kira adalah jenayah ganas, yang mana statistik pihak polis sepertimana dilaporkan oleh Pemandu pada tahun 2013, juga terdapat peningkatan. Bacaan sepintas lalu laporan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas bahawa di antara tiga petunjuk am yang digunakan iaitu "Konflik Dalaman dan Antarabangsa yang Berterusan", "Keselamatan dan Sekuriti Masyarakat" dan "Ketenteraan", Malaysia mendapat markah yang teruk di dalam dua kategori yang akhir. Laporan itu juga menyatakan bahawa "Keselamatan dan Sekuriti Masyarakat" yang merupakan indeks yang paling merosot, adalah berkait rapat dengan tadbir urus kerajaan, persekitaran perniagaan dan korupsi; semua ini merupakan sebahagian daripada lapan Tunggak Kedamaian. Saya sarankan agar pihak kerajaan tumpukan usaha untuk memperbaiki kelapan-lapan Tunggak Kedamaian dan bukan sewenang-wenangnya menyalahkan rakyatnya sendiri yang hanya melunaskan hak asasi mereka. NIK NAZMI NIK AHMAD KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN 29 Mei 2015 *Tunggak Kedamaian: Tadbir Urus Kerajaan Baik, Persekitaran Perniagaan yang Baik, Kadar Korupsi yang Rendah, Tahap Modal Insan yang Tinggi, Penerimaan Hak Masing-Masing, Pengagihan Sumber Secara Adil, Hubungan Baik dengan Negara Jiran, Aliran Maklumat yang Bebas ------------- |
Posted: 29 May 2015 05:30 AM PDT APA DIA KAH KAH KAH kenapa mengapa & apa dia 30 jun |
Posted: 28 May 2015 11:52 PM PDT GST hanya untuk selamatkan kerajaan, kata Mahathir Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Najib Razak apabila mengatakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya untuk menyelamatkan perbelanjaan Putrajaya yang semakin defisit setiap tahun. Bekas perdana menteri itu dalam tulisan blog terbaru hari ini berkata, Putrajaya sepatutnya boleh mengelak daripada mengenakan cukai itu terhadap rakyat dengan menjimatkan perbelanjaan sendiri. "Dana tambahan dikutip melalui perbelanjaan rakyat. Mereka terpaksa bayar lebih bagi setiap pembelian, maknanya kuasa beli mereka menurun. Erti kata lain, rakyat semakin miskin hanya semata-mata untuk mengayakan kerajaan. "Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya menyuruh rakyat termasuk mereka yang bukan golongan pembayar cukai, menyelamatkan kerajaan," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gst-hanya-untuk-selamatkan-kerajaan-kata-dr-mahathir#sthash.55W9uuKh.dpuf KAH KAH KAH woit paling jelas kata mahathir paling jujur kata mahthir tak ada sorok sorok memang cilaka GST najib rosmah enjoy de menjoy rakyat kena cukai kalau tak da gst najib rosmah dah bungkus CILAKA PUNYA ------------ |
Posted: 28 May 2015 09:30 PM PDT Senior NATO Official Claims We'll Be at War by Summer May 28, 2015 "Information Clearing House" - "DS" - Last week, former NSA intelligence analyst John Schindlerposted a rather disturbing tweet. With a statement that one could only assume to be a reference towards Russia, Schindler wrote "Said a senior NATO (non-US) GOFO to me today: "We'll probably be at war this summer. If we're lucky it won't be nuclear." Let that sink in." Said a senior NATO (non-US) GOFO to me today: "We'll probably be at war this summer. If we're lucky it won't be nuclear." Let that sink in. ------------- |
Posted: 28 May 2015 08:28 PM PDT KOMENTAR apa makna berita ini? kenapa mahathir cakap macam ini? berita ini bermakna najib sedang menyerang najib akan serang kuncu kuncu mahathir najib akan kacau geng mahathir najib akan susahkan perniagaan kawan mahathir pulang dari jepun tim najib telah sedia untuk menyerang akan menyerang mahathir tora tora tora! Mahathir: Doktor disiasat, menteri mewah terlepasMahathir Mohamad membangkitkan dakwaan pilih kasih terhadap pihak didakwa hidup mewah di negara ini.Katanya beliau sendiri pernah digeledah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana mempunyai klinik dan dianggap kaya sebagai seorang doktor serta tidak membayar cukai sepenuhnya. Begitu juga apabila pegawai kerajaan yang hidup mewah melebihi pendapatan biasanya disiasat. "Tetapi apabila menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat. "Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat," kata Mahathir. "Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilih kasih dalam siasatan jenayah." Beliau justeru menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia tertakluk pada undang-undang sama dan negara ini sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.| Mahathir membangkitkan perkara itu ketika mengulas keengganan jabatan kerajaan bertanggungjawab bertindak terhadap dakwaan kehilangan wang 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, kata Mahathir, pihak yang membuat laporan polis dimufliskan, rumah dirampas dan disiasat kononnya membiayai gerakan keganasan dan penggubahan wang haram. Bukan itu sahaja, kata Mahathir, pemberita juga ditangkap bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana mereka sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan. KAH KAH KAH woit najib strikes back kah kah kah najib mula menyerang kah kah kah tunggu dan lihat berapa lama geng mahathir sanggup bertahan kah kah kah MALAYSIA BOLEH ----------- |
Posted: 28 May 2015 07:49 PM PDT KOMENTAR satu untuk najib dan kuncu kuncu satu lagi untuk polis cabuk yang dijadikan alat yang menyerang dan memukul para penunjuk perasaan nasib baik tidak dihantar ke kem wang kelian padan muka - tak sedar sedar dijadikan alat Rasuah: Lans Koperal dipenjara29 Mei 2015 1:28 AM IPOH 28 Mei - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihukum penjara setahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik lori, tujuh tahun lalu. Rihaida turut memerintahkan Azizul yang semasa kejadian bertugas di cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah supaya menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan pertama, Azizul didakwa meminta rasuah wang tunai RM100 sebagai bayaran bulanan daripada Mohd. Seifful Rudin Asswad sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori milik lelaki tersebut. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12 tengah hari, 17 September 2008, di hadapan Pondok Polis Buluh Akar, Parit di sini. Azizul turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima wang tunai RM50 daripada Mohd. Seifful Rudin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori miliknya yang kotor dan mempunyai cukai jalan tamat tempoh. KAH KAH KAH woit ini kes rasuah 50 ringgit setahun penjara 20 ribu ringgit denda macam mana kes rasuah scorpene berapa tahun agaknya najib akan dipenjara? MALAYSIA BOLEH ----------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan