Jumaat, 22 Mei 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TERUSKAN PERANG ITU

Posted: 22 May 2015 07:18 PM PDT



....sack the

 president....

siapa cakap

kah kah kah

Sorakan untuk Muhyiddin isyarat singkir Najib?

Rakaman video ucapan  Muhyiddin Yassin di satu majlis tertutup Umno heboh diperkatakan, terutamanya kerana beliau mahu  pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat dan disiasat.


Bagaimanapun, terdapat isu yang kedua mengenai dakwaan bahawa sebilangan besar daripada 400 ahli Umno yang hadir di majlis di Janda Baik itu bersorak apabila ada satu laungan bergema mahu presiden parti  Najib Abdul Razak disingkirkan.




TIKAM DARI BELAKANG

Posted: 22 May 2015 06:30 PM PDT






SEMUA WAYANG
semua main wayang depan lain belakang lain semua tunggu masa nak tikam berhati hati siapa pegang keris nak tikam depan tak berani nak tikam belakang takut tak kena sasaran kah kah kah 

depan tv semua senyum lebar belakang merungut kah kah kah inilah budaya satu de malaysia padan muka kalau ahli pun tak sokong cuma tak berani cakap takut musibah kah kah kah 

keris sudah menunggu geng siap sedia pilihan nak menang sorak kah kah kah kita hanya menanti babak terakhir klimax terakhir satu seksaan kena tunggu drama bersiri tiada penghujungnya penantian satu penyeksaan siapa watak jahat siapa watak baik atau semua jahat belaka tak ada watak baik kah kah kah skrip disusun disiap disemak diperbaiki arus tentangan sedang melanda kah kah kah kita tunggu sedikit masa lagi sementara itu kopi putih jangan lupa hanya yang terbaik kepada semua penonton budiman kah kah kah on PEMULA GERAKAN TERAJANG NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/22/15




---------------

PETANG INI DI PETALING JAYA

Posted: 22 May 2015 11:30 AM PDT






PETANG INI
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


"Hear Us Out" Mini Pesta Muzik akan berlangsung pada 23 Mei 2015, 2-6pm di Merdekarya! Sertai kami pada Sabtu petang untuk nyanyian lagu, bergelak ketawa serta inspirasi bersama Isham Rais & Azmi Sharom.
RSVP sini: http://bit.ly/hearusoutminimusicfest
(atas dasar siapa cepat dia dapat, max. 80 pax)

Sekiranya anda ingin mencuba bakat muzik anda, daftar untuk sesi "open mic". Dapatkan slot anda sekarang!

Bersama kami adalah Hishamuddin Rais
a.k.a TUKAR TIUB. Selain itu, Azmi Sharom, peguam, pensyarah Universiti Malaya serta aktivis yang terkenal akan menceritakan bagaimana belia dapat memainkan peranan yang penting untuk membawa perubahan kepada negara kita.
Ayuh biar suara anak muda didengari! Jom sertai kami!





------------

TANGKAP DAN DAKWA

Posted: 22 May 2015 06:27 AM PDT






Pecat lembaga pengarah 1MDB, biarkan 

polis siasat, Muhyiddin beritahu Najib 

Muhyiddin Yassin menggesa Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membawa masuk polis menyiasat syarikat sarat hutang itu.
Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi," katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube. – 21 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pecat-lembaga-pengarah-1mdb-biarkan-polis-siasat-muhyiddin-beritahu-najib#sthash.rNuCjDU8.dpuf


KAH KAH KAH

woit
satu malaysia
dah lama menunggu
satu malaysia 
dah banyak kali cakap
satu malaysia dah beritahu
najib rosmah adalah penyamun

PENYAMUN BUGIS


--------------

42 BILION RINGGIT LESAP

Posted: 22 May 2015 05:33 AM PDT






MANA DUIT 

1MDB HILANG

Tuan Tukar Tiub... Persoalan untok Tuan...: 1. Benarkah sebahagian duit 1mdb digunakan untok 'menyara' Abdul Razak Baginda di London? 

2. Benarkah sebahagian duit 1mdb digunakan untok 'menyara' Saiful Bukhari dan pembelian apartment beliau?

3. Benarkah sebahagian duit 1mdb disimpan dalam swiss bank jikalau berlaku apa2 terhadap Rosmah dan Najib mereka senang cabut lari? on KE MANA DUIT ITU HILANG
Publish | Delete | Spam
FileHippo
on 5/21/15




---------

NAJIB KATOI - JELAS MENIPU

Posted: 22 May 2015 05:09 AM PDT



   BACA APA  ARUL CAKAP 

   BACA APA NAJIB JAWAB




Putrajaya akui tersalah tafsir mengenai wang 1MDB di Singapura

Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah bank di Singapura.
Sebaliknya, Husni menjelaskan aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman dan disimpan di sebuah bank Singapura itu adalah dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-akui-tersalah-tafsir-mengenai-wang-1mdb-di-singapura#sthash.tdfXgggZ.dpuf




































---------------

TUKAR TIUB BERITA TER NOWW

Posted: 22 May 2015 01:16 AM PDT




BERITA

TERNOWW





TER NOWW

apa persamaan mahathir
dengan kolonel manuel noriega
dengan jho low teik

JAWAB

kolonel manuel noriega warga panama
ditangkap di amerika
jho low teik nak ditangkap di malaysia
jadi warga  panama

mahathir muhamad warga malaysia
yang selalu guna panama?


--------------

PEMULA GERAKAN TERAJANG NAJIB

Posted: 22 May 2015 12:19 AM PDT





KOMENTAR
semua difahamakan bahawa
semua ketua bahagian
semua timbalan ketua bahagian
semua menyokong najib razak
ini dikatakan oleh najib sendiri
sesudah selesai mesyurat MT yang lalu

tapi itu KATA KATA najib
yang sebenarnya makin dapat dilihat
bahawa TIDAK semua ketua bahagian
menyokong najib rosmah



1MDB: 'Najib, tolonglah dengar nasihat Muhyiddin' - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras,  Syed Ali Alhabshee melahirkan kekecewaannya kerana  Najib  Razak enggan mendengar nasihat  Muhyiddin Yassin agar memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, ini merupakan masa terbaik untuk perdana menteri mempertimbangkan saranan timbalan perdana menteri agar semua siasatan berkenaan 1MDB dapat dibuat dengan telus dan tiada pertikaian susulan.


"Najib kini tersepit kerana dakwaan penyelewengan 1MDB yang bernilai bilion ringgit.


"Apa yang dikatakan Muhyiddin itu benar belaka, hanya itu cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Tolonglah pandang serius isu ini, jangan biarkan rakyat bersedih," katanya.




"Saya beritahu PM pecat semua ahli lembaga pengarah syarikat" - Muhyiddin

Pada Khamis Muhyiddin mengesahkan bahawa telah memberitahu Najib untuk memecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB.

Muhyiddin berkata demikian semasa mengulas tentang video semasa pertemuan tertutup dengan ahli UMNO yang disebarkan sebuah blog.
KAH KAH KAH
twoit
semua sedang bergerak
semua mengikut skrip
semua ikut arahan
apa lagi yang TUN
kah kah kah

NAJIB DIBELASAH




-------------

PERDANA MENTERI BARU

Posted: 21 May 2015 09:02 PM PDT






KOMENTAR
inilah contoh terbaik
untuk memahami bagaimana
gerakan terajang najib bergerak



Umno perlu mesyuarat tergempar, pecat 

Muhyiddin atau Najib undur, kata bekas 

menteri

Umno perlu segera memanggil mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi membincangkan sama ada wajar memecat  Muhyiddin Yassin selepas video beliau mengkritik presiden  Najib Razak berhubung kemelut syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan pemimpin parti itu tersebar, kata Zainuddin Maidin. 


Bekas menteri penerangan itu berkata, sekiranya tiada keputusan diambil untuk memecat Muhyiddin, Umno perlu mencari jalan penyelesaian lain termasuk memaksa Najib sendiri berundur demi memastikan perpaduan parti.
"Mesyuarat tergempar ini  juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada  Muhyiddin wajar dipecat daripada MKT.
"Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan  kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu  Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur," katanya.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, MKT juga perlu mengesahkan ikrar taat setia kepada Najib ekoran kenyataan Muhyiddin itu yang sudah menimbulkan keraguan terhadap ikrar di kalangan pemimpin dan ahli Umno.
Katanya, pendirian Muhyiddin jelas menampakkan beliau memihak kepada  Mahathir yang enggan menunggu siasatan ketua audit negara sebaliknya mahukan ahli lembaga pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.
Katanya, walaupun kenyataan dibuat secara tertutup, tetapi video yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) oleh Najib di Dewan Rakyat semalam menjadi viral lebih menarik perhatian rakyat daripada pelan lima tahun pembangunan negara itu.
"Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.
"Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman  Mahathir,1MDB ,krisis politik dan ekonomi sekarang," katanya.
Katanya, pendirian Muhyiddin mengenai 1MDB itu tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti sehingga menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam Umno dan juga rakyat.
"Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan," katanya.
Katanya kenyataan Muhyiddin, Najib tidak mahu dengar cakapnya juga mengesahkan dakwaan Dr Mahathir dan beberapa pihak yang  Najib tidak mahu mendengar nasihat.
"Keraguan rakyat  terhadap kesepaduan  pucuk pimpinan  dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan  ekonomi negara dan juga masa depan Umno," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan semalam mempertahankan kenyataannya yang tersebar di media sosial, mengatakan perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan beberapa kali di luar pertemuan tertutup itu.
"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh Biro Latihan Umno. Itu pandangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.
"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkara yang tersebut," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK11 di lobi Dewan Rakyat. – 22 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-perlu-mesyuarat-tergempar-pecat-muhyiddin-atau-najib-undur-kata-bekas#sthash.Oa0YOO6h.dpuf
-KAH KAH KAH
woit
apa lagi tunggu
apa lagi nanti
semua sudah jelas
semua sudah dibuka
malaysia ada PIEM baru
kah kah kah

KESIAN BIK MAMA


--------------

Tiada ulasan: