Kelab Greenboc |
Akhirnya Pro-UG Yang Kelupoq & Tersungkoq.... Posted: 29 May 2015 12:17 AM PDT Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar PAS Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli parti Islam itu pada realitinya berbeza daripada imej yang ditonjolkan mereka selama ini. Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam parti itu selama ini. Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu. Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini. Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan parti itu. Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS. "Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis. "Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini. Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini. Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini. Semalam, peguam Zulhazmi Sharif pula mendedahkan dalam Facebook miliknya, pihak yang bertanggungjawab di belakang kesilapan mencetak kertas undi Muktamar PAS 2013 lalu yang menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, mengambil tanggungjawab dan menawarkan peletakan jawatan. Asmuni diserang dengan hebat, termasuk oleh menantu presiden parti Islam itu, yang juga ahli Majlis Syura Ulama (MSU), Zaharudin Mohamad, kerana kesilapan yang bukan dilakukannya tetapi oleh seorang pemimpin PAS lain. Zulhazmi tidak menamakan pemimpin PAS berkenaan tetapi menulis: "Hamba Allah itu lepas dari pertanggungjawaban sehingga hari ini, malah hamba Allah itulah yang 'pulun' buat rang undang-undang persendirian untuk (ahli Parlimen Marang) sekarang." "Siapa hamba Allah itu, hangpa cari sendiri lah... silap-silap selepas pemilihan kali ini dia akan ketepikan Datuk Mustafa Ali untuk jadi setiausaha agung," tulisnya lagi. Baru-baru ini, Zaharudin juga membuat pendedahan besar ketika berdialog dengan naib presiden PAS, Salahudin Ayub. Beliau berkata, MSU membuat keputusan penting tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), namun ia belum diumumkan lagi. Ekoran itu anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil membuat kenyataan meminta MSU mendedahkan keputusan yang dibuat, yang sepatutnya menjadi rahsia di kalangan ahli MSU sahaja. Faiz dalam postingnya itu bertanya, benarkah MSU dalam satu forum pada 24 Mei lalu membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam PR. "Jika benar, apakah keputusan yang dikatakan dibuat MSU itu? Sama ada MSU mahu kedudukan PAS dalam PR dikaji semula, atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada PR?" soal Faiz, juga seorang peguam, dalam tulisannya itu. Muktamar parti itu dari 4 hingga 6 Jun ini akan diadakan di Kuala Selangor. Ia bakal menyaksikan hampir semua jawatan utama dipertandingkan termasuk jawatan presiden di mana Hadi akan ditentang bekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang. Turut dicabar ialah timbalan presiden Mohamad Sabu yang akan berdepan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mempertahankan jawatannya.-TMI
ULASAN GB GB sudah lama mempersoalkan hal yang sama: mengapa tiada tindakan ke atas golongan yang melampau batas ini? Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden? Kemudian timbul satu demonstrasi di Pejabat Agung PAS. Mokhtar Senik turut serta. Mokhtar Senik (merupakan seorang bekas anggota Al-Maunah) ini Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang. Presiden PAS sendiri telah turut menegur tindakan Mokhtar Senik and the gang di dalam satu siri jelajah AJK Dewan Harian PAS Pusat ke Pahang Hj Hadi menyelar demo di hadapan Pejabat Agong Pas. Haji Hadi berkata semua itu kerja yang tidak betul. Demo sepatutnya untuk lawan umno sahaja. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali turut menegur Pengarah Pperasi Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya. "Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa. Apa yang GB jangkakan, alhamdulillah, kini menjadi kenyataan. Masa mereka berantakan yang akhirnya akan menyebabkan mereka "kelupoq dan tersungkoq" (tag yang digunakan oleh mereka sendiri untuk menyerang kumpulan progresif") pun sampailah... |
[PANAS] Tok Usin Ceroi Lawan Nurul Islam Batu... Pro-UG Berantakan... Posted: 28 May 2015 06:05 PM PDT Ramai sahabat2 dok whatsapp dan inbox kenapa tok mcm dah kurang serang jebon sejak sebulan ni? Ya mmg betoi tok mmg kurang buat posting pasai jebon sebulan ni, tok x serang kerana group tok dah pon tok bubarkan, tambahan pula fitnah terhadap tok juga masih berterusan dijalankan oleh geng hero Tamil yg gila jawatan dan gila nak jadi hero, antaranya Nurul Islam yg byk menjalankan kerja fitnah terhadap tok dan team tok, malah segelintir ahli team tok pon ada juga yg termakan hasutan itu hinggakan depa juga turut menyerang tok dgn tuduhan tok ni SB dan ejen umno. Pada tok semua ni terjadi berpunca drpd sikap kecelakaan Nurul Islam yg melemparkan fitnah pada tok, malahan pimpinan juga ramai yg percaya pada mamak tu, tok kata begitu kerana ramai juga pimpinan hubungi tok dan bertanyakan perkara tersebut setelah Nurul Islam berjumpa dgn depa dan bgtau bahawa tok usin ni adalah SB dan barua umno. Bagi tok Nurul Islam mmg barua yg gila jawatan dan manusia jenis ni lebih bahaya drpd jebon kerana dlm hatinya penuh dgn agenda busuk demi keuntungan peribadi. Amat Malang lah jika pemuda memilih beliau dlm muktamar nanti sebagai ajk pemuda pusat, dia cukup licik dlm mencari nama dan milagge politik. Tok sebolehnya xnak keluarkan audio ni tetapi tok terpaksa apabila si Nurul Islam ni semakin menjadi2 sikap adu dombanya...hampa nak nilai tok mcm mana pun hampa nilailah kerana tok lgsg xda apa2 kepentingan terhadap apa yg tok buat selama ini, tok bukannya kejarkan nama atau jawatan tetapi tok buat atas tanggungjawab tok terhadap Allah bg mempertahankan jemaah ini dan kepimpinan ulama. Cuba amati minit akhir rakaman audio ni. jelas nurul bocorkan identiti tok pd org luar ... Nurul dah bocorkan identiti tok pada polis,dia fitnah tok pada pimpinan dan jemaah serta mengkhianati tok dan team tok.. Jadi tok rasa cukuplah sampai disini tugas tok dan selamat bermuktamar semua nanti, semoga jemaah ini terus dipimpin oleh para ulama dan mereka yg benar2 ikhlas kerana Allah. Tok memohon seribu kemaafan kepada semua jika ada yg terkasar atau terkhilaf selama tok berada di Fb ini.... Akhir kata singkirkan jebon dan singkirkan nurul islam pengkhianat.....wassalam. Tok usin ceroi 28/5/2015 ULASAN GB Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Segala-ganya akan terburai. Kumpulan pro-UG berantakan sesama sendiri.... Bukankah GB sudah menyatakan sebelum ini... segala apa yang difitnahkan oleh kumpulan ini terhadap golongan profesyenal akan kembali memakan diri mereka sendiri... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan