Rabu, 27 Mei 2015

kalam Perantau

kalam Perantau


Pemilihan Presiden PAS: Hadi terus istiqamah, Ahmad Awang hendak kemana?

Posted: 27 May 2015 12:17 PM PDT

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Muktamar PAS ke 61 pada 4-6hb Jun, 2015 ini tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semua perhatian kini tertumpu kepada pertandingan kerusi Presiden, Timbalan Presiden selain daripada Naib-Naib Presiden dan 18 orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta ketua-ketua dewan.

Sepanjang era kepimpinan ulama pasca Muktamar 1982, inilah kali pertama jawatan Presiden PAS dicabar secara terbuka berbanding sebelum ini yang dilakukan secara peralihan yang agak sistematik. Malah Dato' Asri sendiri pun berundur secara terhormat dengan melepas jawatan Yang Dipertua Agung PAS yang disandangnya ketika itu setelah majoriti ahli-ahli tidak dapat lagi menerima kepimpinannya dalam PAS.

Kali terakhir penyandang jawatan Presiden (dulunya dipanggil Yang Dipertua Agong PAS) ditandingi adalah pada tahun 1960an. Menurut pengkaji sejarah, Dr Burhanuddin Al Helmy dicabar oleh Prof Zulkifli Muhammad pada Muktamar Agung PAS yang kelima pada tahun 1960-an. Keputusannya Dr Burhanuddin Helmi kekal menjadi Yang Dipertua, tetapi Prof Zulkifli Mohamad pula diangkat menjadi Timbalan Yang Dipertua.

abdulhadi5Setelah sekian lama pemilihan kepimpinan dalam PAS berjalan lancar terutama kepimpinan tertinggi, tiba-tiba pemilihan 2015 kali ini mencatat satu lagi sejarah baru dalam pemilihan PAS khususnya dalam Pemilihan Presiden PAS. Sebelum itu, tradisi jawatan Timbalan Presiden yang tidak ditandingi pun telah mula ditandingi sejak pemilihan 2003 bila jawatan tersebut dikosongkan oleh Abdul Hadi Awang yang disahkan menjadi Presiden setelah memangku selepas kematian mengejut Dato' Fadzil Mohd Noor.

Entah dimana silapnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang memimpin PAS sejak 2002, buat pertama kalinya Hadi akan ditentang sepanjang 13 tahun beliau memimpin parti itu oleh Ustaz Ahmad Awang seorang pesara kerajaan yang pernah menjadi pemimpin PAS sebelum ini tetapi tidak lagi aktif dalam politik tetiba muncul sebagai calon pencabar Presiden PAS pada pemilihan PAS 2015 kali ini.

Ahmad Awang yang pernah menjadi Presiden Persatuan Ulama SeMalaysia (PUM) mula aktif dalam PAS selepas berlaku era reformasi Anwar 1998 hingga pernah mendaki hirarki politik PAS dengan cepat bila dilantik Pesuruhjaya PAS Perak hingga pernah terpilih menjadi Naib Presiden dan Ahli Majlis Syura Ulama. Pernah bertanding dalam pilihanraya di Bagan Serai Perak, tetapi kalah.

Kalau melihat dari kacamata pemerhati politik, Ustaz Ahmad Awang secara individu sudah tidak bertenaga lagi dalam politik PAS bukan kerana umurnya berusia 79 tahun, tetapi beliau sudah tidak aktif lagi dalam politik PAS setelah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam parti. Apa yang dilakukan oleh Ahmad Awang ketika ini mungkin sama dengan apa yang dilakukan oleh Sulaimen Palestin yang bertanding menentang Presiden UMNO dalam tahun 1970an dahulu.

Sulaiman Palestin ketika itu tahu dia sukar untuk mengalahkan Husein Onn yang bukan sahaja menjadi Presiden UMNO tetapi juga Perdana Menteri. Tetapi kenapa Sulaimen Palestin nekad bertanding menentang Husein Onn ketika itu. Tentu sahaja ada 'tangan-tangan ghaib' dan 'grand design' yang lebih besar disebalik pertandingan tersebut.
Terbukti kemudiannya, bila Sulaiman Palestin yang mendapat sekita 20% undi perwakilan, Timbalannya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mula menekan Husein Onn untuk bersara lebih awal dan meletakkan jawatan dengan alasan sakit.

Berbalik kepada pertandingan dalam pemilihan Presiden PAS kali ini, berdasarkan kepada jumlah pencalunan yang diperolehi kedua-dua calon (sebenarnya 3 calon, Dato Husam tarik diri hanya bertanding Naib Presiden sahaja), rata-rata pemerhati politik yakin sukar untuk Ustaz Ahmad Awang memenangi pertandingan tersebut.

Tetapi kenapakah Ustaz Ahmad Awang bertanding? Ini persoalan yang sedang cuba dirungkaikan oleh ahli PAS dan perwakilan dalam Muktamar ke61 pada 4 hingga 6 Jun, 2015 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Disebalik apa yang berlaku dalam PAS sekarang ini, apakah tidak ada 'grand design' politik yang lebih besar?

Saya tidak bercadang untuk menghuraikannya di sini. Tetapi memerhatikan kepada kenyataan Ahmad Awang dan beberapa pemimpin lain yang sealiran 'fikrah' politik dengannya, ramai yang berpendapat, kalau tidak ada 'grand design' masakan tempuan bersarang rendah.

Kata mereka, kalau betul-betul nak cabar Presiden PAS untuk digantikan, mestilah cari calon yang lain daripada pesara politik. Bagi mereka, cukup elok kalau Husam yang cabar Presiden dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi Naib Presiden menetang Timbalan Presiden untuk membawa PAS ke satu era yang lain dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke14 nanti.

Dato' Husam Musa yang mendapat pencalonan yang lebih baik dari Ahmad Awang dikatakan lebih bertenaga untuk mencabar Presiden sekarang kerana beliau bukan sahaja Naib Presiden tetapi yang lebih penting adalah Husam jauh lebih muda dari segi usia daripada Dato Seri Abdul Hadi.

Ahmad Awang mula terasa ada yang tidak kena dalam pemilihan kali ini bila DAP terus menyerang Abdul Hadi. Beliau mula bersuara yang disiarkan media, “Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut".

Shuhaimi Almaniri
27hb Mei, 2015


Tiada ulasan: