Ahad, 31 Mei 2015

dollah yankee

dollah yankee


Jangan lah kejam sangat dengan Anwar!

Posted: 31 May 2015 06:26 AM PDT


Menurut beberapa laporan mengatakan Anwar Ibrahim sedang sakit dalam penjara di Sg.Buloh. Dikatakan sudah 3 minggu Anwar berak berdarah. Bila sudah sampai 3 minggu berak berdarah, ini bermakna sudah kes teruk. Kemungkinan besar ianya pendarahan dalaman.

Anwar juga sudah hilang berat badan dengan drastik, 6 kilo hilang. Mungkin kerana sakit ini (berak berdarah) yang berterusan.

Apa juga pendarahan dalaman, sememangnya memerlukan rawatan yang segera. Tetapi kenapa pihak berkuasa tidak langsung memberikan perhatian kepada masalah kesihatan Anwar ini?

Dia juga ada tekanan darah tinggi, yang boleh membahayakan dirinya dan boleh menyebabkan 'stroke' Dikatakan juga biarpun hari-hari makan ubat tetapi bacaan tekanan darah nya ada lah tinggi iaiutu 163/108, ini menunjukan apa juga ubat yang dimakan hari-hari yang diberi olih pegawai perubatan dalam penjara nampaknya tidak berkesan. Olih itu amat jelas bahawa Anwar Ibrahim memerlukan rawatan lanjut yang menyeluruh di hospital.

Dalam kes ini apa kah Anwar Ibrahim memerlukan kelulusan pak menteri untuk membolehkan dia dirawat dihospital?

Ada kawan-kawan gurkah-gurkah politik di'port' yang pernah masuk penjara dan jadi banduan. Menurut mereka jika ada mana-mana yang banduan yang sakit yang memerlukan rawatan susulan dihospital, pegawai perubatan penjara akan memberitahu pegawai yang 'in-charge' dan pegawai yang 'in-charge' tadi akan membuat urusan untuk penghantaran banduan yang sakit tadi mendapatkan rawatan lanjutan ke hospital.

Dalam kes Anwar Ibrahim ini apa yang sedang berlaku? Apa kah pegawai perubatan penjara tadi merasakan Anwar Ibrahim tidak memerlukan rawatan lanjutan di hospital? Atau apa kah pihak penjara  tidak memberikan kelulusan untuk Anwar dibawa mendapatkan rawatan di hospital? Apa kah pak menteri yang jaga penjara tidak membenarkanya?

dollah yankee -
Hanya mampu berdoa untuk Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: