Sabtu, 30 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mat Sabu Sindir Hadi Kononnya Hebat Tapi Gagal Tawan Terengganu

Posted: 30 May 2015 06:57 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mat Sabu (kanan) bersalaman dengan Hadi ketika menghadiri majlis parti itu.
 
 
TUMPAT: Krisis dua pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS di sini, Jumaat malam.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti. Hadi sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ramai pemerhati politik melihat pemilihan PAS pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertandingan antara golongan ulama dan bukan ulama atau 'erdogan'.

Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada DAP, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 80-an ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin PAS Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.

"Bila lahir parti Semangat 46. PAS berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan UMNO dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (di Kelantan).

"Ertinya sehebat-hebat (Allahyarham) Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti.-- Bernama

Dua Lelaki Kaut Untung Berjuta Perdagang Manusia

Posted: 30 May 2015 06:46 AM PDT

Oleh: R S N MURALI
 
 
 
 
 
EKSKLUSIF  KUALA LUMPUR: Lelaki ini dilihat sebagai dermawan di kalangan masyarakat kerana sering membantu rakyat senegaranya yang kurang bernasib baik tetapi apa yang tidak diketahui adalah bekas pelarian Myanmar ini bersama rakan niaganya warga Malaysia memperoleh keuntungan berjuta daripada kesengsaraan mereka yang diperdagangkan.

Mereka dikaitkan dengan isu pemerdagangan warga Rohingya dan Bangladesh ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut sumber, pihak berkuasa menjejaki dua lelaki ini, berusia lewat 40-an dan 40-an, boleh ditahan di bahawa undang-undang tahanan pencegahan tidak lama lagi.

Kedua-dua meeka dikatakan merupakan individu yang dikenali di George Town dan gaya hidup bersahaja mereka.

Dermawan dari Kepala Batas itu mewujudkan pangkalan di sini sejak dua dekad lalu dan terlibat dalam pengeluaran MyKad dan dokumen pelarian UNHCR palsu untuk warga Rohingya yang masuk ke negara ini secara haram.

Dia yang memiliki status penduduk tempatan mempunyai hubungan baik dengan beberapa ahli politik tempatan dan menggunakan sifat dermawannya bagi menutup aktiviti haramnya dengan memberikan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan badan keagamaan di Pulau Pinang.

"Kita sedang melihat tentang bagaimana kedua-dua ini mengadakan hubungan dengan satu sindiket antarabangsa bagi pemerdagangan manusia," kata sumber itu.

Tambahnya, pegawai bersenjata yang berkhidmat untuk pedagang haram itu akan menyamar sebagai anggota tentera bagi menggelakkan ia dikesan oleh pegawai tentera yang membuat pemantauan di sempadan.

Kegiatan pedagang haram itu dikesan dua tahun lalu selepas pihak berkuasa memperoleh maklumat daripada 'tonto' (orang tengah) warga tempatan yang diupah dan daripada pendatang haram di depot tahanan, kata sumber itu.

Sumber itu berkata, dermawan dan ahli perniagaan itu mengupah orang tempatan untuk menyeludup diesel, beras dan barangan lain antara Malaysia dan Thailand.

Mereka kemudiannya bergerak melakukan pemerdagangan manusia kerana pulangannya lebih baik, terutama sejak tempat pengambilan di sepanjang sempadan diuruskan oleh anggota sindiket warga Thailand yang bersengkongkol dengan mereka.

Satu tempat pengambilan mengambil masa dua setengah jam bagi berjalan kaki dari tapak kem di mana kubur secara besar-besaran ditemui di Bukit Burma dan satu lagi melibatkan perjalanan dua hari ke Padang Besar melalui ladang tebu.

Sumber berkata, pendatang tanpa izin Rohingya dan Bangladesh dipaksa membuat bayaran sebanyak RM7,000 setiap seorang kepada anggota sindiket antarabangsa bersenjata setibanya mereka tiba di sempadan.

Mereka yang gagal untuk berbuat demikian akan dibunuh atau dibiarkan mati kebuluran.
'Tebusan' itu dibayar seperti berikut:

- Warga Thailand mengambil antara RM1,000 dan RM1,500 seorang dan memberikan bakinya kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan di George Town.

- 'Tonto' yang diupah oleh ahli perniagaan itu untuk membawa pendatang ke Pulau Pinang dan Sungai Petani memperoleh RM100 seorang pendatang, di mana bayaran itu akan dimasukkan ke akaun bank selepas menghantar mangsa-mangsa.

- Sebahagian daripada baki bayaran itu digunakan untuk merasuah agensi penguatkuasaan dan dalang sindiket akan mengambil selebihnya.

Sumber berkata, kebanyakan 'tonto' adalah golongan muda yang menganggur dan berhadapan dengan masalah kewangan selepas meninggalkan rumah mereka di Kuala Perlis dan Padang Besar.

Seorang 'tonto' boleh memperoleh sehingga RM1,500 bagi setiap perjalanan yang boleh memuatkan 15 pendatang dalam satu van.

Sumber berkata, mereka yang ditahan hanyalah orang bahawan sejak kubur besar-besaran di kedua-dua bahagian sempadan dibongkarkan dan orang atasan yang mempunyai kaitan dengan sindiket masih lagi bebas.

Adalah sukar untuk membanteras kesemua penjenayah ini kerana tonto akan diberikan kad SIM telefon mudah alih yang berbeza bagi setiap perjalanan, dan menghapuskan kad yang digunakan sebaik sahaja mereka menghantar pendatang.

Sumber menambah, sebahagian pendatang haram akan dihantar untuk bekerja dengan bayaran murah di kawasan pembinaan manakala yang lain dihantar ke kawasan penduduk Myanmar di Kuala Perlis untuk didagangkan.

Pada 16 Mei lalu, pada pukul 10.15 pagi, sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am menemui sebuah kem dengan empat lelaki di sepanjang sempadan.

Keempat-empat warga asing itu melarikan diri tetapi polis berjaya merampas pakaian seragam tentera, makanan, sekeping pasport antarabangsa Vietnam dan kanvas.
 
 
 

Ahli PAS bebas pilih pemimpin atau ikut telunjuk DAP, kata Hadi

Posted: 30 May 2015 06:37 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
MARANG: Terpulang kepada ahli PAS untuk memilih pimpinan parti pada muktamar ke-61 kali ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
 
Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.
 
"Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP," tegasnya kepada media, semalam.
 
Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.
 
"Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.
 
"Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP," jelasnya.
 
Inilah kenyataan Hadi paling 'pedas' buat masa ini bersabit pemilihan PAS mengaitkan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP, buat masa ini.
 
Hadi juga seolah-olah mengiyakan terdapat campurtangan DAP pada pemilihan parti kali ini.
 
Hadi dan pimpinan DAP sebelum ini saling berbalas kenyataan secara terbuka apabila masing-masing tidak berpuas hati dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
 
 

Dakwa 'hati' Hadi pada Umno BN adalah fitnah, kata Nasruddin

Posted: 30 May 2015 06:35 AM PDT

 Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa 'hati' Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini tidak lagi bersama Pakatan Rakyat, sebaliknya beralih pada Umno Barisan Nasional (BN) adalah fitnah yang tidak bermoral.
 
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata dakwaan itu terbit daripada salah faham terhadap Hadi.
 
Ujarnya sebagai ulama yang konsisten menjalankan usaha dakwah, Ahli Parlimen Marang itu perlu bertemu dengan banyak pihak termasuk pemimpin Umno BN, semata-mata untuk tujuan itu.
 
"Itu adalah satu fitnah yang sangat tidak bermoral, tidak wajar.
 
"Mungkin mereka salah faham dari sudut penampilan presiden sebagai ulama dan pendakwah yang menyampaikan risalah semua pihak jadi, kita kena bertemu dengan semua pihak dan saya kira pemimpin DAP juga pernah mengadakan pertemuan dengan PM, Umno-BN," tegasnya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.
 
Malah, Nasrudin berkata pimpinan tertinggi DAP dan PKR juga sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan Umno-Barisan Nasional atas dasar kepentingan politik.
 
"Kit Siang juga semasa 'Selamatkan Malaysia', PKR dengan konsensus nasional juga membuat hubungan tertentu dengan pihak BN. 
 
"Jadi, itu politik untuk mencari kepentingan bersama terutamanya untuk rakyat dan masyarakat," ujarnya.
 
Justeru, beliau berkata tidak sewajarnya perkara tersebut dieksploitasi kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada parti dominasi Cina itu sahaja.
 
"Jadi, saya kira itu tidak perlu disalah erti dan dieksploitasi kononnya menunjukkan bahawa Hadi ingin menyertai Umno dan itu adalah fitnah.
 
"Sepatutnya mereka tidak keluarkan kenyataan sebegitu kerana dia (kesan negatif) akan balik semula kepada DAP sendiri dan saya yakin tekanan itu tidak akan menjejaskan apa-apa," katanya.
 
Tambah Nasrudin lagi, PAS tetap konsisten dalam apa jua yang partinya lakukan lebih-lebih lagi mengenai perjuangkan terhadap Islam.
 
"Sebab sejak isu ini ditimbulkan dan di ulang setiap kali ucapan mereka kononya Presiden PAS mesra Umno, suka saya tegaskan sejak isu ini berbangkit yang saya tengok mereka yang keluar parti menyertai Umno bukan dari PAS tetapi sebahagiannya dari parti kompenan PR yang lain.
 
"PAS tetap konsisten walaupun kita tak nafikan sejarah-sejarah dulu ada yang keluar parti tetapi sehingga hari ini kita konsisten dan presiden dari awal melibatkan diri dengan PAS dan sehingga hari ini beliau tidak pernah keluar parti atau melakukan sesuatu menjejaskan nama baik parti yang memperjuangkan Islam," tambahnya.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata Hadi sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat.
 
Malah Guan Eng menuduh Hadi sebagai cenderung pada Umno BN berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.
 
Hadi dalam reaksi balasnya berkata 'DAP tidak tahu apa yang ada dalam hatinya', namun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan Guan Eng itu.
 
 

DAP serang pemimpin mahu hudud

Posted: 30 May 2015 06:29 AM PDT

SINAR HARIAN


Muktamar Pas
 
 
 
KOTA BHARU - Muktamar tahunan Pas 2015 Jun ini dilihat bakal memperteguhkan lagi keazaman parti itu untuk melaksanakan hudud.

Sekalipun sekutu mereka DAP semakin keras menentang, namun penganalisis politik yakin Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus mendapat kepercayaan anggota untuk memimpin parti bagi menjayakan pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, serangan pemimpin-pemimpin DAP terhadap Pas jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai Pas melalui pemilihan pada muktamar kali ini.

Beliau berpendapat DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas yang berani berkata 'tidak' kepada DAP yang begitu keras menentang hudud.

Serangan DAP itu dilihat bertujuan untuk mengendurkan perjuangan Pas dalam melaksanakan hudud, katanya.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff melihat DAP mahu kalangan pemimpin Pas yang selari pemikiran dengan mereka menang pada pemilihan muktamar nanti.

"Persepsi masyarakat umum pada pemilihan kali ini ialah ia melibatkan pertentangan antara mereka yang mahu menegakkan Islam dengan kumpulan yang mahu menegakkan sekularisme di negara ini.

"Saya tidak dapat melihat bagaimana Muktamar Tahunan Pas 2015 ini akan mengendurkan perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud, sebaliknya akan memperteguhkan lagi keazaman mereka," katanya.
  
Kamarul Zaman yakin golongan ulama yang menjadi tunjang kepada perjuangan Pas selama ini akan menang besar.

"Saya melihat bahawa golongan pro kepada DAP akan mengalami kekalahan teruk kepada pendukung kepimpinan ulama dalam muktamar itu nanti," katanya.

Muktamar Tahun Pas 2015 akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada 4 hingga 6 Jun ini.

Tindakan DAP menyerang Pas  dilihat semakin memuncak selepas keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud ke Dewan Rakyat.

Presiden Pas itu berbuat demikian selepas kerajaan Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac lepas dengan turut disokong oleh kesemua 12 anggota Dun daripada BN.

Walaupun pelaksanaan kanun jenayah syariah tersebut hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf dan tidak kepada orang bukan Islam, DAP amat tidak senang sehinggakan Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika berceramah di Kota Baharu pada 10 Mei lepas, seolah-olah mengajar Pas bagaimana untuk melaksanakan hudud.

Tindakan Kit Siang itu dikecam pemimpin Pas dalam kalangan ulama.

"Serangan bertubi-tubi para pemimpin DAP ke atas presiden Pas dan hudud itu menyebabkan  team 'erdogan' kini semakin sukar untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan Pas nanti," kata Kamarul Zaman. - Bernama

Ayuh tunjuk kebersamaan bela nasib Rohingya

Posted: 30 May 2015 06:26 AM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Semua pihak harus memiliki kesedaran untuk membela nasib dan maruah etnik Rohingya yang semakin tertindas, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Amidi Abdul Manan.

Tegasnya, semua pihak tanpa mengira bangsa, pangkat mahupun kedudukan harus menunjukkan kebersamaan dan kesungguhan dalam menangani penindasan dan kekejaman terhadap etnik berkenaan.

"Kami menggesa pelbagai pihak; baik pihak kerajaan, badan-badan pemikir strategik, pelbagai pertubuhan masyarakat sivil, organisasi media serta rakyat negara ini untuk menggerakkan kesedaran ini.

"Kita perlu mendukung semula kemuliaan serta maruah setiap manusia yang ditindas tanpa mengenal perbezaan warna kulit, agama dan lokaliti geografi individu tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menganjurkan himpunan 'Silent Protest For Rohingya: A Solidarity With Rohingya People' bagi mewujudkan kesedaran dalam masyarakat terhadap nasib masyarakat ini.

"Perhimpunan yang diadakan secara aman ini adalah lambang solidariti kemanusiaan rakyat negara ini bersama masyarakat Rohingya yang dinafikan hak mereka menerusi pelbagai penindasan serta kekejaman.

"Kami juga ingin mengajak semua pihak supaya bersama-sama kami dan bantu kami untuk membantu mereka," katanya lagi.

Lebih 30 peserta himpunan hari ini mengambil tempat di hadapan Dataran Merdeka di sini berhimpun secara aman bagi menggesa kerajaan membanteras aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini.

Kumpulan peserta kemudiannya berarak menuju ke Kompleks Beli Belah Sogo bagi meneruskan himpunan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengutipan derma orang awam untuk etnik berkenaan.


Kepulangan Jho Low hanya wayang

Posted: 30 May 2015 06:17 AM PDT

 
Berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB


Nur-Jazlan-Mohamed_jho-low_1mdb_600



PETALING JAYA: Kepulangan ahli perniagaan dan juga jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau dikenal sebagai Jho Low ke Malaysia pada petang Jumaat menimbulkan tanda tanya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Shahbudin Husin mendakwa kepulangan Jho
Low ke Malaysia tidak menampakkan bahawa dia akan hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ia berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB.

"Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.

"Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC," tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com pada Sabtu.

Katanya, berdasarkan kenyatan yang dibuat Nur Jazlan, kepulangan Jho Low ke Malaysia bukanlah untuk membantu memberi keterangan, sebaliknya mempunyai agenda lain.

Shahbudin tidak menolak kemungkinan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi membincangkan isu yang membabitkan mereka bertiga.

"Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya "mummy" iaitu Rosmah Mansor?.

"Atau beliau pulang kerana urusan keluarga dan sekadar ingin melepaskan rindu kepada ibu bapanya di Pulau Pinang saja?," soalnya.

Katanya, kepulangan Jho Low mungkin juga untuk menujukkan sikap 'jantannya' setelah isu 1MDB semakin hangat diperkatakan dan namanya sentiasa menjadi sebutan termasukklah oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia seolah-olah beliau ingin menunjukkan sikap "jantannya", sedia berdepan dan tidak takut sama sekali dengan sebarang kesalahan yang mungkin dikaitkan terhadap dirinya," katanya.

Terdahulu berita kepulangan Jho Low dilaporkan portal sebuah berita The Ant Daily.

Enam laluan tikus untuk seludup manusia

Posted: 30 May 2015 06:15 AM PDT

 FREE MALAYSIA TODAY
 
Laluan tersebut telah diguna pakai ejen sindiket untuk pemerdagangan manusia yang dipercayai wujud sejak lebih 10 tahun lepas.


rohingya_plce_600


KANGAR: Sekurang-kurangnya enam laluan tikus di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Syed Omar, Nor Mahizan Kasim berkata laluan tersebut telah diguna pakai ejen sindiket untuk pemerdagangan manusia yang dipercayai wujud sejak lebih 10 tahun lepas.

"Laluan merentasi sempadan Malaysia-Thailand ini telah disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan sindiket yang asalnya digunakan oleh penduduk tempatan berikutan perhubungan persaudaraan ketika itu," katanya yang dipetik daripada Bernama.

Antara laluan pintas bagi merentasi sempadan adalah Felcra Lubuk Sireh, Felda Mata Ayer, Ladang Tebu Chuping, Wang Kelian dan Kampung Syed Omar/Kampung Puju dan Bukit Batu Putih.

Tidak menafikan kekurangan kawalan keselamatan di sempadan, Nor Mahizan bagaimanapun berkata kekurangan itu bukan kelemahan pihak berkuasa tetapi kelonggaran yang diberikan atas faktor talian persaudaraan yang akrab antara kedua-dua negara.

"Bukan sahaja perhubungan antara penduduk tempatan dan warga Thailand tetapi juga perniagaan yang diusahakan penduduk kedua-dua negara di kawasan sempadan, jadi kelonggaran itu diberi.

"Namun pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan terhadap kelonggaran itu dan menjalankan sindiket pemerdagangan manusia yang kejam,"jelasnya.

Nor Mahizan berkata laluan sulit di Kampung Syed Omar-Kampung Puju di Thailand adalah antara laluan digemari sindiket penyeludupan manusia sekitar tahun 1980-an.

"Laluan pintas merentasi sempadan itu adalah antara yang popular ketika itu ekoran keadaan pokok bakau yang tebal dan kebanyakan penduduk kampung memiliki dusun di situ.

"Jadi kawalan di situ memang tidak seketat laluan lain kerana kelonggaran diberikan kepada penduduk kampung yang memiliki dusun malah ada antara dusun mereka terletak dalam sempadan Thailand," katanya.

Menurutnya, laluan pintas itu juga antara laluan yang digunakan pada tahun 1970-an untuk penyeludupan binatang ternakan yang ketika itu Malaysia amat ketat dalam keselamatan makanan import.
- BERNAMA

KLIA: Antara halal, haram dan syubhah

Posted: 30 May 2015 06:13 AM PDT

 
Daripada 128 kafe di KLIA, hanya 27 daripadanya yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh kerajaan.


klia_q


PETALING JAYA: Tiada bezanya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dengan lapangan terbang tersohor dunia yang lain seperti Charles de Gaulle di Perancis dan Kansai di Jepun.

Pengurusan yang menepati piawaian antarabangsa menjadikan kebanyakan pengguna cukup selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Tetapi jika dilihat daripada sudut seorang Islam, banyak perkara yang perlu diperbaiki khususnya yang membabitkan penyediaan makanan.

Sekilas pandang banyak kafe dan rangkaian restoran yang menawarkan pelbagai menu dan juadah, daripada restoran lima bintang sehingga kepada rangkaian makanan segera.

Di sebalik deretannya, isu halal haram di KLIA tetap menjadi bualan.

Status halal di kebanyakan kafe di pintu masuk dan keluar negara itu sebenarnya masih samar dan meragukan.

Jika dinilai daripada perangkaan jumlah yang menerima pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim), jumlahnya tidak sampai satu pertiga.

Di sebuah negara yang mana majoriti rakyatnya beragama Islam, hanya 27 daripada 128 kafe dan restorannya mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh kerajaan.

Angka berkenaan menimbulkan tanda tanya, sejauh mana Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) serius dalam menangani isu halal haram sekaligus menjaga sensitiviti umat Islam.

Selaku premis yang terletak di pintu masuk utama negara melalui jalan udara, perkara itu perlu diberi penekanan.

Islam sebagai Agama Rasmi negara ini perlu diambil kira dalam isu berkenaan dan tidak sepatutnya syarikat berkenaan memandang ringan keperluan umat Islam.

Perlu diingat, tuntutan halal bukan setakat untuk masyarakat Islam negara ini, malah ia untuk semua penggunanya yang beragama Islam.

Tidak dapat dinafikan, prosedur untuk mendapat pengesahan halal daripada pihak berkuasa agak rumit, tetapi itulah tuntutan.

Sebagai seorang Islam, segala urusan harian tertakluk kepada keperluan syarak dan soal halal dan haram terangkum dalam perkara itu.

Sesetengah pihak mungkin berpandangan, pengguna yang teliti dengan soal itu mempunyai pilihan untuk memilih kafe dan restoran.

Kenyataan itu betul, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang kurang pengetahuan atau pertama kali tiba di KLIA?

Sebagai individu yang lahir di kalangan masyarakat majmuk dengan pelbagai agama, tidak dapat dinafikan wujudnya keperluan untuk memenuhi permintaan pengguna bukan Islam tetapi jika dibandingkan dengan nisbah, mengapa restoran yang mendapat pengesahan halal amat ciput.

Mungkinkah di mata pengurusan MAHB, memenuhi tuntutan orang Islam menjadi perkara remeh tetapi mereka perlu ingat, ketiadaan sijil halal di premis yang kononnya menjual makanan halal amat memalukan di negara yang bernama Malaysia, yang pernah menwar-warkan kepada dunia bahawa ia sebuah negara Islam contoh.

Razali Awang adalah bekas Wartawan dan Penerbit Unit Berita Luar Negara TV3

Anwar masuk HKL

Posted: 30 May 2015 06:10 AM PDT

 
Ahli keluarga meminta kebenaran untuk melantik doktor keluarga sepanjang beliau menerima rawatan


anwar_hkl_600


PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Sabtu.

"Pihak keluarga turut meminta supaya dibenarkan untuk melantik doktor pilihan keluarga untuk memeriksa dan mengesahkan keadaan beliau. terus terang saya katakan kita beri kerjasama penuh. pada masa yang sama kalau ia memberi impak negatif kita akan bertindak," katanya.

Jelas Izzah, sebelum ini, Anwar berulang kali membuat pemohonan supaya beliau dibenarkan untuk mendapat rawatan namun permintaan beliau dipenuhi agak lewat oleh pihak kerajaan.

Katanya sepanjang menerima rawatan, dia meminta pihak penjara supaya membenarkan ahli keluarga bertemu bapanya.

"Keluarga mendesak supaya dapat bertemu Datuk Sri Anwar di hospital, kerana mengikut praktis terdahulu semasa pemenjaraan sebelum dibebas pada 2004, kalau terdapat halangan itu saya kira arahan baru daripada pihak atasan.

Sementara itu, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan jaminan Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana diperlukan sehingga pulih.

"Datuk Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Datuk Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dilakukan dan rawatan yang diperlukan sehingga keadaan beliau pulih.

"Kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama," katanya.

Hudud: Masih awal nilai keikhlasan Umno

Posted: 30 May 2015 05:54 AM PDT


 
 
KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya.

"Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.

"Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau hadir merasmikan Kutipan Derma Pembinaan Fasa II Masjid Mukim Panji, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden Pas, Ahmad Awang yang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam melaksanakan hudud di Kelantan.

Mohd Amar berkata, pelaksanaan hukum tersebut bersifat teknikal, maka kesediaan daripada pihak kerajaan merupakan skop yang amat penting.

Jika pihaknya tidak bersedia lagi, kemungkinan juga pembentangan di parlimen akan turut terkesan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan ahli Pas tiada hak untuk menghalang beliau daripada terus mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar mempersoalkan adakah pihak DAP juga bersedia jika Pas membuat serangan balas di atas apa sahaja serangan yang dilemparkan pada parti itu sedangkan ia hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja.

"Kalau macam itu, kita pun boleh mengkritik dia (DAP) jugalah, adakah dia (Lim Guan Eng) nak kita kritik dia balik, sepatutnya kena ada hormat.

"Pertamanya sebab kita sama-sama dalam PR. Mengkritik dengan bahasa yang keras dan kasar itu tidak sesuai, 'strong words' yang menyebabkan hati kita terluka. Kalau kita membalas dengan cara negatif juga, apa yang akan berlaku. Kita pun pandai juga," tegasnya.

Mohd Amar turut memberitahu, Pas terkilan dengan serangan yang dilakukan tersebut dan berharap rakan komponen PR itu lebih berhemah dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan cuba mengawal keadaan, bukannya bertalu-talu menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya menjelang muktamar minggu depan.


Mayat disimen: Bekas penyewa diburu bantu siasatan

Posted: 30 May 2015 05:52 AM PDT

SINAR HARIAN


Kes jenayah Kes jenayah
 
 
KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejaki bekas penyewa sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu, semalam.
  
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa rumah itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang.

Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.
  
"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68.
  
"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
      
Ali berkata, proses bedah siasat ke atas mayat tersebut masih dijalankan di Hospital Sungai Buloh.
  
"Setakat ini kita tidak dapat mengesahkan identiti mayat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, jantina pun tidak dapat dipastikan," katanya sambil menambah bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
  
Semalam, polis menemui satu mayat disimen dan mereput yang berbalut kain di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
  
Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk. - Bernama


Tiada ulasan: