Jumaat, 29 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pelarian Rohingya dikesan bawa kusta

Posted: 29 May 2015 03:58 AM PDT


Semua tiga pelarian Rohingya yang sakit kusta telah diasingkan.


hilmi,rohingya


KUALA KRAI: Tiga pelarian Rohingya telah dikesan mengalami sakit kusta selepas satu siri ujian saringan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, semua mereka kemudian diasingkan.

Jelasnya berdasarkan saringan yang dilakukan, kebanyakan mereka disahkan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit seperti cirit-birit, tibi dan kencing tikus.

"Tiada kes kesihatan serius yang lain yang dikesan melibatkan 1,158 pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh yang mendarat di Langkawi, Kedah, 11 Mei lepas selain itu," kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, katanya yang dipetik daripada Bernama.

Dr Hilmi juga memberitahu ujian saringan terhadap pelarian Rohingya merupakan prosedur biasa yang diamalkan ke atas warga asing bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Masjid Mukim Laloh pada Jumaat.

Hutang kerajaan dipindah kepada rakyat menerusi GST

Posted: 29 May 2015 03:54 AM PDT

 
Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menguruskan kewangan dengan baik menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang.


mahathir,najib.gst


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak cuba meletakkan kelemahan pentadbirannya di atas bahu rakyat dengan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, di bawah pentadbiran Najib, ekonomi negara sangat bermasalah kerana perbelanjaan tidak berhemah dan tidak terurus.

Katanya, pemberian wang kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) salah satu punca kadar desifit negara meningkat.

"Memberi duit kepada rakyat mungkin menjadikan Najib popular tetapi dalam kebanyakkan kes, memberi wang bukan penyelesaiannya. Adalah lebih baik mendidik dan melatih mereka dengan kemahiran untuk mendapat kerja dengan pendapatan lebih tinggi.

"Defisit negara meningkat kerana perbelanjaan tidak berhemah, meningkatkan gaji minimum tanpa meningkatkan produktiviti, menambah hari cuti dan menggantikan hari bekerja jika cuti umum jatuh pada hujung minggu dan berbelanja untuk barangan mewah.

"Jika Najib bijak menguruskan kewangan, GST tidak perlu dikenakan terhadap rakyat," tulisnya di blog, chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, GST telah mengurangkan kuasa beli rakyat dan menjadikan rakyat lebih miskin.
"GST adalah cara untuk rakyat mengkayakan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan di bawah Najib terpaksa menanggung beban hutang termasuk 1MDB dan beban itu dipindahkan kepada rakyat menerusi GST.

"Kerajaan Najib sebenarnya menyuruh rakyat termasuklah mereka yang tidak layak bayar cukai pendapatan untuk membantu kerajaan 'bail out'," katanya.

Katanya, tidak salah Najib didesar meletak jawatan kerana Najib juga pernah mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar kehidupan mewah seorang Perdana Menteri. Sokongan terhadap Najib juga lebih teruk berbanding Pak Lah. Jadi atas alasan ini dan alasan-alasan lain, Najib patut berundur," katanya.

Desak Isa Samad letak jawatan

Posted: 29 May 2015 03:50 AM PDT

 
Selain Isa, Anak turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap masalah yang dihadapi.


mazlan,isa


PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletak jawatan.

Ia susulah kerugian yang ditanggungnya selepas harga saham FELDA Global Venture (FGV) jatuh ke paras terendah, RM1.92 seunit berbanding harga pembukaannya RM4.55 seunit.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, Isa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana ia telah menjejaskan warga FELDA.

"Isa Samad sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab atas 'dosa dosa' yang dilakukannya.

"Warga FELDA telah dan akan terus berdoa serta melakukan Solat Hajat ke atas kamu, Tan Sri Isa Samad.

"Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisiNya'," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain Isa, dia turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap kegelisahan peneroka berhubung status tanah dan kedudukan Koperasi Permodalan FELDA yang dikatakan sedang terumbang ambing.

Mazlan mendakwa, simpanan FELDA mula berkurang kepada RM1.35 bilion sejak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas FELDA sekitar tahun 2004.

Katanya, FELDA berada dalam keadaan berhutang selepas ia membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih menjengkelkan apabila Isa membuat kenyataan bahawa pemberian pinjaman itu adalah suatu penghormatan.

"Saya tidak pasti angka tepat jadual pembayaran yang FELDA kena lakukan setiap tahun kepada KWSP. Jumlahnya tidak kurang RM300 juta setahun. Ada maklumat yang di sampaikan kepada saya, FELDA akan berhutang lagi dengan institusi kewangan.

"Malapetaka berterusan menimpa FELDA, jika pinjaman baru terpaksa di lakukan," katanya.

Isu 1MDB: Berapa banyak bohong daa…

Posted: 29 May 2015 03:46 AM PDT

 
Menurut Shahbudin kelewatan penjelasan masalah dalaman 1MDB hanya akan mendedahkan lebih banyak pembohongan


arul_shahrol_Shahbudin-Husin_600


PETALING JAYA: Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat semakin kusut dan tidak berkesudahan dengan lanjutan siri penipuan.

Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak didakwa berbohong mengenai kedudukan wang hampir RM4 bilion yang didakwa disimpan di salah sebuah bank di Singapura, kini giliran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi dikatakan menggunakan taktik yang sama.

Ketiadaan dua sosok penting itu menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memperlihatkan penipuan demi penipuan terus berlaku.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin turut mempersoalkan tindakan Najib yang seolah-olah hanya cenderung kepada Arul dan Shahrul walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.

"Di bursa politik kedai kopi dan lobi hotel, bertebaran cakap-cakap mengatakan betapa besarnya pangkat kedua-dua individu terbabit sehingga Najib seolah-olah hanya "PRO" saja kepada mereka.

"Malah, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah tampil sebagai jurucakap memberi jaminan kedua-dua mereka akan tetap memberi keterangan," tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya lagi dengan menutup kecacatan dalam 1MDB, ia hanya akan mendedahkan lebih banyak lagi pembohongan dalam 1MDB.

"Dengan terus bermain dengan masa dan satu demi satu pembohongan terbongkar dalam usaha yang bagaikan terpaksa untuk merungkai kekusutan 1MDB ini, rata-rata mula bertanya, apakah selepas ini lebih banyak lagi pembohongan akan terus terdedah?.

"Bohong, bohong dan terus bohong. Berapa banyak bohong daa…mungkin ini yang terpacul daripada mulut Allahyarham P Ramlee jika beliau masih hidup dan menyaksikan kemelut 1MDB ini," katanya.

Siapa Bertanggungjawab ?

Posted: 29 May 2015 03:44 AM PDT




Oleh Tun Mahathir


1. Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.

2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.

3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar.

4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.

5. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000/-. Jika urusan tidak ada kaitan dengan "money laundering", iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.

6. Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.

7. Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?

8. Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih satu billion U.S. dollar sudah hilang.

9. Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.

10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.

11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.

12. Ada pemberita akhbar yang ditangkap kononnya kerana bersalah di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

13. Saya sendiri biasa digeledah oleh jabatan hasil dalam negeri semasa memiliki klinik perubatan. Saya terpaksa bayar cukai tambahan kerana segala penjelasan saya tidak diterima. Dijelaskan kepada saya jika saya bawa kes ke mahkamah, besar kemungkinan saya didenda tiga kali ganda. Siasatan ke atas saya dibuat kerana sangkaan bahawa sebagai doctor awam saya tentu kaya dan tidak bayar cukai sepenuhnya.

14. Pegawai-pegawai Kerajaan yang hidup lebih mewah dari pendapatan mereka biasanya disiasat oleh jabatan (board) hasil dalam negeri. Tetapi apabila Menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat.

15. Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.

16. Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Janganlah hendaknya ada pilihkasih dan diskriminasi dalam menguatkuasa undang-undang.

Jabatan Imigresen Adakan Sesi Khas Isu AP Pekerja Asing Dengan Agensi Lain

Posted: 29 May 2015 03:34 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
farahadura
Farah Adura Hamidi.
 
 
 
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen telah mengadakan sesi khas dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain berhubung urusan pekerja asing di negara ini pada Jumaat.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Farah Adura Hamidi berkata, pihaknya melihat keperluan mengadakan sesi tersebut berikutan penguatkuasaan terhadap pekerja asing bukan sahaja di bawah bidang kuasa jabatan itu tetapi turut melibatkan agensi-agensi lain seperti polis.

Ini kerana katanya, aspek penguatkuasaan telah dibangkitkan selepas meneliti beberapa isu yang timbul dalam proses pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian yang dikuatkuasakan sejak Januari lalu.

Tambah Farah Adura, sesi pertemuan itu akan memberi penerangan mengenai pelaksanaan sistem dalam talian bagi pembaharuan PLKS yang mempunyai kaitan secara langsung dengan agensi penguatkuasaan di seluruh negara.

"Salah satu cara yang kita lakukan adalah memperkenalkan penggunaan akuan penerimaan (AP) sebagai bukti pengesahan majikan telah membuat permohonan sementara menunggu pelekat PLKS yang baharu.

"Jadi, Jabatan Imigresen perlu mengadakan sesi 'engagement' dengan agensi penguatkuasaan lain terutama polis bagi mengelakkan sebarang salah faham berhubung penggunaan akuan penerimaan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Portal berita ini pada Isnin lalu melaporkan mengenai permintaan Jabatan Imigresen supaya pihak berkuasa terutama polis tidak menahan pekerja asing yang mempunyai akuan penerimaan.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi maklum balas berhubung isu sama mengesahkan akuan penerimaan adalah dokumen gantian yang sah sehingga pelekat PLKS yang baharu dikeluarkan kepada majikan untuk pekerja asing di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Khamis turut memberi jaminan untuk menyelesaikan kekeliruan berhubung isu penahanan pekerja asing ketika proses memperbaharui PLKS.

Sementara itu, Farah Adura berkata, sesi khas telah dirancang sejak Mac lalu dan baharu sahaja digerakkan mengikut zon selepas kerajaan mengumumkan proses pembaharuan PLKS dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya kecuali melibatkan kes-kes tertentu yang masih perlu dirujuk di kaunter imigresen.

"Kita dah buat sesi 'engagement' dengan agensi penguatkuasaan seperti polis di zon utara, selatan dan pantai timur dan kita akan meneruskannya di zon tengah serta Sabah dan Sarawak," katanya sambil menambah bahawa selain urusan PLKS secara dalam talian, sesi itu turut membabitkan penggunaan Kad Akuan Diri Pekerja Asing (i-Kad).

Menurut Farah Adura, walaupun penggunaan akuan penerimaan itu sebenarnya sudah dimaklumkan secara lisan dan bertulis kepada polis sebelum ini namun sesi 'engagement' berkenaan berperanan sebagai medium bagi penerangan, perbincangan termasuk diadakan sesi soal jawab.

Menerusi laporan portal berita ini beberapa pihak menyatakan kebimbangan berhubung isu penahanan pekerja asing dalam tempoh menunggu permit baharu selesai diproses, terutama majikan dan kedutaan asing.

Sejak Disember lalu sehingga April tahun ini, sebanyak 601,913 PLKS baharu dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 460,203 pas diperbaharui di kaunter imigresen dan 141,710 menerusi sistem dalam talian.

Isu Rohingya: Akhbar Thailand Persenda Malaysia

Posted: 29 May 2015 03:32 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Imej kartun yang dikongsi di laman Facebook.
 
 
 
PETALING JAYA: Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi 'mainan' media negara jiran berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa 'Malaysia benar-benar memalukan' susulan penemuan mengejutkan itu.

Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP,  Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.

Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.

Kenyataan 'Don't visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya' dan 'Malaysia truly embarrassed' digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.

Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah lubang.

Berada di samping anggota polis berkenaan ialah wanita berpakaian tradisonal India, Melayu dan Cina bagi menggambarkan kumpulan etnik terbesar Malaysia.

Pelukis juga cuba menggambarkan bahawa masyarakat dunia kecewa dengan penemuan kubur dan kem pelarian yang dipercayai milik masyarakat Rohingya dan Bangladesh itu.

Di satu sudut lain, kelihatan karikatur seorang lelaki mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata: "Obviously this cartoon is eligible for sedition charges!" (Jelas kartun ini layak untuk didakwa di bawah Akta Hasutan).

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut Khalid penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.

Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)!

Posted: 29 May 2015 03:22 AM PDT




Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)! : Sudah jatuh ditimpa tangga. Sebelum penyenaraian, inilah saham yang terbaik, inilah peluang untuk keluarga besar FELDA Malaysia menumai hasil berlipat kali ganda di atas kecerdikan mereka mahu senaraikan di Bursa Malaysia. Kata merekalah.

Saham syarikat GLC daripada dahulu lagi acapkali tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Beberapa sempat membuat semakan dan perbandingan seperti di bawah ini :

Saham FGV
  • Ini perbandingan Sime, KLK dan Genting Plantation
  • Pada tahun 1998 Sime RM3.50, KLK pun RM3.50, Genting Plantation RM0.80
  • Sekarang Sime RM8.50 tetapi KLK RM21.00, Genting Plantation RM9.90
  • Itu belum dikira lagi dividen yang lebih daripada KLK & Genting Plantation
  • belum kira lagi Sime sudah gabungkan Gutherie & Golden Hope!
  • Ini pula perbandingan TM dengan Digi
  • Sekarang TM RM7.30, Digi RM5.7 x 10 split = RM57
  • Belum ditambah dengan dividen yang lebih daripada Digi
  • Nah ini pula saham FGV pada tahun 2012, harga saham FGV RM5.30, hari ini RM1.92 sahaja! Susut RM3.30!
  • Felda — > Neverending susut!

Selepas penyenaraian saham FGV sudah kelihatan hilang arah dan sudah mula nampak trend penurunan saham FGV ini. Ditambah pula sekarang ini ikut trend DOW JONES.
  • Dow Jones hari ini jatuh 195 sejumlah 200 points
  • Hang Seng jatuh 190 point.
  • STI (Straits Times-Singapore) jatuh 43 points.
  • Indeks BSKL juga jatuh hampir 13 points.
  • Saham perkhidmatan seperti TM, AXIATA, MAXIS & DIGI yang bertahan, sejak 2 minggu ni, semuanya jatuh meluruh….

 

Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi

 

Saham FGV? Jikalau dahulu sudah menunjukkan trend menurun sekarang ini saham FGV terus diperhatikan terus menjunam ke bawah….
  • Kalau banding CIMB dgn Public Bank, return Public Bank pun lebih tinggi tinggi daripada CIMB
  • Kalau banding UEMland dengan Sunway, return Sunway pun lebih tinggi daripada UEM
  • Kalau banding Perwaja dengan CscSteel, return CscSteel pun lebih tinggi daripada Perwaja
  • Kalau banding TNB dengan YTL Power, return YTL Power pun lebih tinggi daripada TNB
  • Kalau banding MAS dengan SIA, return SIA pun lebih tinggi daripada MAS
  • Dahulu MAS dengan SIA adalah syarikat yang sama pada tahun 1963, pengerusi oleh Robert Kuok.
  • Sekarang di mana MAS di mana kedudukan SIA?
Sekarang ini, mahu berikan harapan tinggi kepada 1MDB jadi listed company pula? Nasihat Berita Semasa saham syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan, mohon dijauhkan.

P/S : Apalah nasib peneroka felda yang buat loan untuk beli saham fgv ini apabila mana harga saham FGV semakin hanya-nyawa ikan iaitu hampir tinggal 1/3 sahaja dari harga IPO saham FGV ketika disenaraikan dahulu?

PP/S : Jikalau anda semak satu persatu gambar di bawah ini menunjukkan FGV sudah banyak belajar dari MAS, berjaya menjana pendapatan dengan gadai aser dan perniagaan. Untung RM40 juta (hasil jual aset/businesses) manakala rugi RM37 juta. Ini yang dilaung-laung FGV sebagai masih menjana keuntungan. Hebattt….Ermmmmm.
PPP/S : Saham FGV ini, saham produk, produknya aset, aset dan aset Felda, tetapi kita pergi jual? Ermmmm….



Pelabur dari UAE selamatkan 1MDB

Posted: 29 May 2015 02:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.




Polis didakwa buka zip, cuba tunjuk kemaluan

Posted: 29 May 2015 01:24 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Penduduk Kampung Gatco, Negeri Sembilan menuduh seorang anggota polis tempatan membuat gangguan seksual kepada beberapa orang wanita.

Dakwaan terhadap Sarjan Mejar Abu Bakar Ibrahim daripada balai polis Air Hitam itu kini dikongsi meluas di Facebook.

Berdasarkan laporan polis penduduk kampung yang diperoleh Malaysiakini, penduduk ditahan polis ketika mahu menyelidik kes kecurian di ladang getah kampung itu petang semalam.

Ladang itu kini dalam pertikaian selepas ia dibeli oleh syarikat swasta yang mahu penduduknya beredar.

"Secara tiba-tiba Sarjan Mejar Abu Bakar dari balai polis Air Hitam menahan kami lalu menghina kami dengan kata-kata lucah.

"Lalu beliau memberitahu kami bahawa beliau sudah lama tidak tidur dengan isterinya, Sarja Mejar Abu Bakar juga mengajak beberapa orang perempuan yang berada di tempat kejadian untuk tidur dengan beliau.

"Beliau juga membuka zip seluarnya dan cuma menunjukkan kemaluannya kepada kami," menurut laporan polis itu.

'Saya tak buat, dia tampar'

Ketika dihubungi, Abu Bakar menafikan dakwaan itu.

Beliau juga mendakwa cuba diprovokasi dan ditampar oleh seorang wanita.

"Dia tampar saya tapi saya pun tak ambil berat sangatlah.

"Jadi apa itu.... Benda itu semua tak berlaku, tak buat. Takkan saya nak buat kerja tak elok.

"Dia dah banyak kali provoke saya tapi semua benda tu tak benar," jelasnya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Jaafar Mohd Yusof juga menafikan perkara itu berlaku.

"Semua itu tidak betul," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyiasat dakwaan itu, Jaafar berkata mereka akan melakukannya jika anggota pasukan keselamatan yang dipersoal itu benar-benar terlibat kes salah laku.

Pertikaian panjang

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PSM) S Arutchelvan berkata kumpulan aktivis telah bertemu dengan Jaafar semalam bagi mengaduk berhubung cara pihak berkuasa menangani kes ladang itu.

Mac lalu, tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 30 orang lagi ditahan kerana cuba menghalang pembersihan ladang Kampung Gatco.

Tanah seluas 4,700 ekar itu, dipajak kepada Great Alonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 oleh Negri Sembilan State Economic Development Corporation (SEDC).

Gatco diperbadankan oleh  Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang untuk tujuan skim pembangunan tanah kepada anggotanya.

Peneroka dibayar RM7,600 seorang untuk deposit bagi menyelesaikan tanah diperuntukkan sebagai sebahagian daripada skim pembangunan.

Projek itu bagaimanapun gagal dan tanah itu kemudian dicagarkan kepada dua institusi kewangan.

Gatco berdepan masalah tetapi penyelesai firma (liquidator) hanya menjual tanah itu kepada  Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2006, yang mencetuskan pertikaian berterusan.

Seramai 140 peneroka menyaman Gatco dan Tamarai susulan penjualan itu. 
 
 
 

BN masih gagal namakan Ketua Pembangkang DNS

Posted: 29 May 2015 01:21 AM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) masih gagal menamakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) walaupun sudah lebih lima bulan perletakan jawatan berlaku membabitkan mantannya, Datuk Shamsuddin Lias.

Speaker DNS, Hannah Yeoh memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada BN Selangor berhubung isu terbabit.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)"Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa daripada BN. Mereka sehingga kini masih belum menamakan Ketua Pembangkang DNS," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Pada 8 Disember lalu, Shamsuddin yang juga Adun Sungai Burong mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DNS selepas beberapa kali menolak jawatan
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri.

Shamsuddin membuat keputusan itu sebagai menghormati undang-undang negeri yang mewajibkan ketua pembangkang memegang jawatan pengerusi PAC.

Hannah berkata, kegagalan BN itu menyebabkan DNS sekali lagi akan bersidang tanpa ketua pembangkang yang dijangka Ogos ini.-NFN-

Saya tak kutip dana haram, kata Rafizi

Posted: 29 May 2015 01:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli mempertahankan dirinya daripada dakwaan mengutip dana secara haram melalui kempen 'Tutup 1MDB' yang dilancarkannya minggu lalu.

Katanya, tindakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), NGO yang diasaskannya, mengutip sumbangan tidak melanggar undang-undang.

NOW didaftarkan bawah akta syarikat dan susulan itu kempen beliau diserang hebat di Internet oleh pengguna maya pro-BN, yang dipercayai Rafizi sebagai "askar upahan".

"Ini tindakan murahan oleh Umno kononnya untuk mengalihkan perhatian dari skandal RM42 bilion 1MDB dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

"Lalu dibayarnya aktivis upahan ini untuk membuat bising untuk menutup kemarahan rakyat," katanya.

Rafizi berkata akta syarikat tidak menghalang entiti bawahnya beroperasi bagi tujuan bukan keuntungan dan menjadi amalan biasa banyak rumah amal dan NGO lain.

"Tindakan mengutip derma oleh entiti yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat tidak menyalahi undang-undang dan biasa dibuat.

"Contohnya, media-media Umno seperti Utusan, TV3 dan lain-lain sering melancarkan tabung memohon derma dari rakyat.

"Ini sama sahaja dengan tabung #tutup1MDB yang dilancarkan NOW ," katanya.

Rafizi juga menegaskan NOW menguruskan dana itu secara telus dengan mengumumkan kutipan setiap hari dan tujuan kutipan dibuat.

"Apabila pembayaran dibuat, NOW juga akan mengumumkan kepada siapa bayaran itu dibuat. Tidak timbul soal penyelewengan," katanya lagi.

Rafizi pada 21 Mei lalu meminta orang ramai menyumbangkan RM10 setiap seorang bagi menjayakan kempen "Tutup 1MDB" melalui tindakan mahkamah dan kaji selidik awam.

NOW menjangkakan permohonan injunksi terhadap Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji (TH) dapat difailkan minggu depan susulan dakwaan pelaburan cuai dengan 1MDB.

Bafia, AMLA tak berkenaan

Menulis di Facebook hari ini, Rafizi juga berkata banyak pihak mendaftar bawah akta syarikat dan bukan Pendaftar Pertubuhan susulan pelbagai kerenah, seperti "ugutan mengharamkan DAP" sebelum ini.

Mengulas aspek undang-undang, Rafizi berkata Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang dibangkitkan pengkritiknya juga tidak tepat.

"Akta Bafia yang disebut Ramesh Rao tidak wujud lagi dan sudah dihapuskan.

"Akta AMLA yang disebut juga tidak berkaitan dengan kutipan derma seperti ini ," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat undang-undang mencegah orang ramai tanpa lesen mengutip deposit seperti bank atau firma pelaburan dilesenkan mengutip deposit.

Peruntukan itu, katanya lagi, khusus bagi tujuan pelaburan dan tidak terpakai bagi kutipan derma terbuka seperti dianjurkan NOW.


Penganalisis bimbang bulan mula gerhana

Posted: 29 May 2015 01:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seminggu sebelum muktamar mendebarkan PAS minggu depan, penganalisis menyuarakan kebimbangan terhadap hala tuju PAS yang dilihat berpotensi semakin 'gerhana'.

Penyelidik kanan di Pusat Kajian Demokrasi Asia Timur di Universiti Kebangsaan Taiwan Dr Bridget Welsh (bawah) melihat gejala nepotisme kini mula berkembang dalam PAS.

Ini susulan trend pencalonan yang memperlihatkan calon-calon dicadangkan berdasarkan kedudukan bapa mereka dalam parti Islam itu.

Pengamat yang meneliti politik PAS daripada dekat itu bagaimanapun tidak menolak bahawa golongan itu mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan anggota keluarga masing-masing.

"Pada muktamar kali ini, calon-calon dalam pemilihan bergerak berdasarkan kedudukan bapa mereka.

"Dalam beberapa kes, anak lelaki mereka ini juga bergerak dalam platform yang melanggar prinsip-prinsip yang bapa mereka tegakkan," tulis Welsh dalam ulasannya di Malaysiakini hari ini.

Pemilihan tanpa debat

Welsh juga menyebut nama Nik Abduh yang dilihat mempunyai prinsip berbeza dengan bapanya allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Pada pemilihan kali ini, Nik Abduh (kanan) menentang penyandang Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam pertembungan satu lawan satu.

Selain itu, Welsh turut membangkitkan bagaimana pertikaian antara individu tidak sependapat berlangsung.

"Dalam kempen pilihan raya parti ini, ramai pihak yang mempertikaikan tentang individu yang dilihat berhak dengan jawatan tersebut hanya kerana mereka duduk bersama mereka berbanding bagaimana mereka menjalankan tugas mereka.

"Tidak ada keinginan untuk mengadakan debat yang membawa makna, perbincangan atau resolusi tentang kontroversi yang telah memberi tekanan dan ketegangan dalam parti serta dalam pembangkang secara keseluruhannya," kata Welsh.

'Budaya Umno'

Beliau turut melihat PAS kini telah membawa 'budaya Umno' ke dalam parti dengan menggunakan serangan peribadi pada pemilihan kali ini.

"Terdapat usaha yang terancang untuk membawa budaya Umno di dalam PAS. Perkara ini telah dibawa Umno melalui pemimpin PAS yang mengamalkan cara berpolitik Umno.

"Dengan menggunakan serangan peribadi, perkara ini membentuk satu peningkatan terhadap sikap yang mementingkan kebendaan terhadap beberapa pemimpin PAS dan ahli-ahlinya," katanya.

Muktamar PAS kali ke-61 yang akan diadakan di Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun depan menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Calon jawatan bagi presiden PAS melibatkan menyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas naib presiden Ahmad Awang (kiri), yang pertama kali berlaku sejak beberapa puluh tahun.

Manakala calon jawatan bagi timbalan presiden PAS melibatkan menyandangnya Mohamad Sabu dan ulama terkenal parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Trend sama berlaku di peringkat sayap Pemuda dan Muslimat parti itu, yang menggambarkan kecenderungan ke arah pertembungan jelas dua aliran dalam PAS.


Kadir Jasin tidak patut babitkan Anwar dalam siniskalnya kepada Najib

Posted: 29 May 2015 01:02 AM PDT

MSO             

 
Siniskal A Kadir Jasin memberi formula untuk Najib Razak mengekalkan kedudukannya apabila Dr Mahathir Mohamad semacam sudah hampir habis ikhtiar untuk melihat PM itu berundur, salah satu daripada enam formula itu agak melampau.

Kadir memberi enam formula, dan formula yang keempat yang berbunyi; "Upah penulis surat layang "berwibawa" untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya, dan sebagai ganjarannya Anwar diberi beberapa hari keluar penjara," ia dilihat agak melampau.

Tidak patut Kadir membabitkan nama Anwar kalau pun ingin menyiniskan Najib Razak. Apabila Kadir membabitkan nama Anwar meyebabkan nama Anwar sekelas dengan penulis surat layang.Anwar tidak wajar disama kelaskan dengan penulis upahan atau penulis surat layang. Mereka sebegitu bersifat halimunan, hipokrasi dan tidak ada moral, tidak dengan Anwar.

Apabila lagi Kadir menyarankan tugas Anwar itu boleh dikontrakan dengan memberi kebebasan kepada Anwar, nampak sangat akan kehaprakan Anwar dalam hal ini.

Janganlah disamping tarik telinga kanan Najib, Kadir cubit pula telinga kiri Anwar.

 Saya rasa Anwar tidak perlu menjadi penulis upahan atau alat kepada sesiapa untuk dia merasai udara bebas di luar. Anwar lebih bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Kalau Anwar ingin bebas dan selamat dia boleh melepaskan diri sejak lama dahulu tanpa bersedia menuruti saranan Kadir itu.

Sekiranya Anwar bersedia untuk menjadi alat seperti mana disarankan Kadir itu, dia boleh memilih menyelamatkan dirinya, (bebas) sejak zaman Mahathir lagi. Apakah Kadir tidak tahu yang Mahathir pernah menawarkan "suaka" politik kepada Anwar agar beredar ke luar negeri dan jangan menganggui pentadbirannya? Jika Anwar bersedia patuhi saranan Mahathir itu dia akan aman. 

Tetapi apa yang berlaku, Anwar memilih penjara daripada menjadi alat kepada Mahathir dan begitu juga kepada Najib. Anwar menjadikan dirinya sebagai lilin dan obor untuk menerangi rakyat dan membakar segala kepalsuan, ketidak adilan dan kezaliman dilakukan Mahathir.

Diharap lain kali Kadir lebih berhati-hati dalam membuat sinikal jangan sampai membabitkan nama orang lain dan menyakini orang yang tidak ada kena mengena dan berkolobrasi untuk menjatuhkan Najib.

Lain-lain formula atau sinikal Kadir bagaimana Najib boleh terus berkuasa ialah menyarankan kabinet dirombak, dengan mengetepikan "unsur tidak mesra" seperti timbalannya sendiri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Shafie Apdal.

Beliau juga mencadangkan supaya Najib melantik Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalan perdana menteri, dan meletakkan Hishamuddin Hussein yang juga sepupunya, menjadi menteri kewangan.

Dicadang juga Najib mengambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Turut sama disarankan oleh Kadir, Najib hendaklah menggantikan Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Mohd Hafarizan Harun.

Formula terakhir bagi menyelamatkan Najib, Kadir cadangkan supaya Najib hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.

Usul MP Alor Setar mengenai penemuan kem dan kubur di Perlis

Posted: 29 May 2015 12:50 AM PDT

KEADILAN DAILY



YB Tan Sri Datuk Seri Panglima                                                                                                                                                                                         Emel: alizulfakarz@yahoo.com
Pandikar Amin Bin Hj Mulia                                                                                                                                                                                                Tel : 03-20797100
Yang di-Pertua Dewan Rakyat                                                                                                                                                                                            Faks: 03-20708654
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur.

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2), dan mengusulkan supaya ditangguhkan mesyuarat ini untuk merundingkan perkara yang tertentu dibawah, yang berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Gooi Hsiao Leung (Alor Setar) disini mencadangkan:

"Bahawa Dewan ini menggesa Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan dalam soal keselamatan negara, bagaimana kem-kem memperdagangkan manusia dan kubur-bubur yang baru ditemui di dalam kawasan Malaysia boleh terjadi tanpa mengetahuan kerajaan selama ini".

Perkara tersebut diatas adalah:

1) Tertentu iaitu 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia telah ditemui dalam kawasan Malaysia;

2) Berkepentingan orang ramai kerana melibatkan kegagalan kerajaan mengawal dan mengurus sempadan negara kita, yang melibatkan keselamatan negara dan kematian beratusan orang; dan

3) Perlu disegerakan kerana jelas bahawa sempadan negara kita tidak selamat dan telah dilanggari sejak beberapa tahun lalu;

Atas perkara ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum, saya memohon usul ini dibincangkan dengan segeranya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen Alor Setar

Penjelasan Bertulis
(mengikuti Peraturan 18(2) Majlis Mesyuarat)

1. Datuk Alwi Ibrahim, Setiausaha Agong Kementerian Dalam Negeri pada 11.5.2015 dilaporkan menyatakan bahawa berdasarkan siasatan, tidak ada penemuan kem atau kubur pendatang haram Rohingya di dalam kawasan Malaysia (Sila lihat Lampiran 1 – The Malaymailonline bertajuk "Home Ministry says no immigrant mass graves in Malaysia" bertarikh 11.5.2015).

2. Manakala semalam, 25.5.2015, Ketua Polis Negara (KPN) mengesahkan bahawa 28 kem dengan 139 kubur ditemukan dalam kawasan Malaysia di Wang Kelian, di sempadan Malaysia-Thailand daripada siasatan yang dilakukan dari 11.5.2015 sehingga Sabtu lalu (Sila lihat Lampiran 2 – The Rakyat Post bertajuk "KPN sahkan 139 kubur, 28 kem pemerdagangan manusia ditemui dalam kawasan Malaysia" bertarikh 25.5.2015).

3. KPN menyatakan bahawa "secara fakta kem-kem ini ditemui, ada yang dipercayai diduduki sejak 2013 dan terbaru dua kem ditinggalkan antara dua hingga tiga minggu lepas" (Sila lihat Lampiran 2 seperti diatas).

4. Menteri Dalam Negeri turut menyatakan bahawa kem-kem yang ditemui mungkin telah berada di sana selama 5 tahun, dan bahawa warganegara Malaysia disyaki terlibat (Sila lihat Lampiran 3 – Business Insider bertajuk "Malaysia home minister says mass graves found" bertarikh 24.5.2015).

5. Pada 12.5.2015, badan NGO "Muslim for Peace Foundation" dilaporkan menyatakan bahawa pemerdagangan manusia melalui sempadan Thailand ke dalam Malaysia begitu mudah sekali dan ia pun sudah bertahun-tahun berlaku(Sila lihat Lampiran 4 – TheStar Online bertajuk "NGO: Easy for illegals to cross over" bertarikh 12.5.2015).

6. Pada 8.5.2015 bekas Presiden Kelab Rohingya di Thailand mendakwa bahawa Malaysia adalah tuan-rumah kepada 80% daripada kem tahanan dimana hamba-hamba (slaves) Rohingya dan Bangladesh ditahan (Sila lihat Lampiran 5 – TheStar Online bertajuk "Rohingya: Malaysia has slave camps too" bertarikh 8.5.2015).

7. Sebelum kem-kem dan kubur-kubur ditemukan di dalam Malaysia, Ketua Polis Negeri Kedah, Senior Deputy Comm Datuk Zamri Yahya, pada 8.5.2015 turut menafikan dakwaan-dakwaan wujudnya kem-kem perdagangan manusia (slave camps) di dalam sempadan Malaysia (Sila lihat Lampiran 5 seperti diatas).

Gooi8. Dari fakta-fakta yang dikemukakan diatas, adalah sangat penting untuk kerajaan dengan serta merta :

(i) menjelaskan bagaimana ia tidak tahu langsung sebelum ini mengenai kem-kem dan kubur-kubur pemerdagangan manusia yang ditemui di Malaysia, yang telah beroperasi bertahun-tahun sehingga dua minggu lalu;

(ii) menjelaskan bagaimana kewujudan kem-kem dan kubur-kubur tersebut melepasi perhatian kerajaan apabila kawasan sempadan adalah zon yang amat dikawal rapat dan berketenteraan "highly militarized" dengan pelbagai agensi penguatkuasaan, seperti polis, tentera, dan imigresen;

(iii) menjelaskan kenapa sehingga hari ini tiada penangkapan dibuat keatas pegawai-pegawai penguatkuasaan yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan sempadan Malaysia – Thailand;

(iv) menjelaskan bagaimana pendirian kerajaan pada 11.5.2015 – bahawa tidak adanya kem-kem dan kubur-kubur di dalam Malaysia, boleh menukar kepada penemuan terkejut 28 kem-kem dan kubur-kubur selepas 11.5.2015 sehingga sabtu lalu;

(v) akhirnya, untuk mengambil langkah-langkah memperkuatkan sekuriti sempadan kita daripada berlanjutnya pencerobohan dan pelanggaran, dan menjelaskan apakah langkah-langkah berkenaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Saham TNB rugi RM6 bilion akibat spekulasi beli aset 1MDB

Posted: 29 May 2015 12:46 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Nilai saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian RM6 bilion sejak 6 hari lalu ekoran spekulasi pembelian aset tenaga milik syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (TNB).

Menurut portal The Star Online, spekulasi itu memberi kesan kepada pasaran saham dan TNB rugi RM1.06 bilion sejak 18 Mei kerana dikatakan mungkin akan membeli aset jana kuasa 1MDB.

TNB logoKaunter semalam masih mencatatkan penyusutan 46 sen atau 3.36 peratus, ditutup pada RM13.24 – harga paling rendah sejak pertengahan Disember 2014.

Pada tengah hari ia ditutup rendah pada RM12.98 dan memadamkan 3.36 mata daripada aras Indeks Komposit Bursa Malaysia Kuala Lumpur (BSKL).

Minggu lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Seri Azman Mohd berkata syarikat itu tidak akan membayar premium aset jana kuasa 1MDB. Bagaimanapun, ia tidak menghalang pasaran daripada melihat urus niaga yang dibuat itu dari sudut negatif.

"Ditambah dengan sensitiviti isu 1MDB, apa saja yang berkaitan dana itu akan menimbulkan respons yang tidak begitu positif sehingga penilaian dijelaskan.

"Ia menunjukkan betapa sensitifnya persepsi pasaran terhadap 1MDB," penganalisis bank tempatan dipetik berkata kepada portal berita itu.

Beberapa laporan timbul mengenai kemungkinan TNB mengambil alih aset jana kuasa 1MDB pada Jumaat lalu dalam satu urus niaga yang dianggarkan bernilai RM16 bilion.

Menurut laporan, kuasa beli dibuat berikutan cadangan menjadikan urusan perniagaan TNB dipisahkan menjadi 3 entiti berbeza, iaitu penjanaan kuasa, pemancaran dan pengedaran.

Menurut The Star Online rancangan itu dijangka dibentangkan dalam perbincangan Kabinet bulan depan.
Pedagang saham UOB KayHian berkata, walaupun TNB pemerolehan aset kuasa Edra Global Energy Bhd (bahagian utiliti 1MDB) itu mungkin satu langkah positif bagi jangka masa panjang, tetapi penentuan harga masih menjadi perdebatan utama.

"Jika TNB membayar RM16 bilion untuk penjanaan kuasa pada kapasiti 3,190MW Edra, pada kami, ia mahal. Kita anggarkan aset Edra bernilai RM11.6 bilion, berdasarkan nilai pasaran gantian semasa," katanya.

Katanya, andaian itu berdasarkan RM2.3 bilion kos penggantian loji kuasa gas dan kos penggantian loji tenaga pembakaran batu arang bernilai RM6.7 bilion.

"Dengan perbezaan harga hampir 40%, kita percaya urus niaga itu mungkin akan mengalami masalah dalam jangka masa terdekat," katanya yang turut dilapor The Malaysian Insider.

Azman dilaporkan berkata, kumpulan itu tidak akan membenarkan projek loji kuasa Jimah East, dengan kod Track 3B gagal memandangkan Malaysia amat memerlukan kapasiti 2,000MW daripada loji tenaga pembakaran batu arang bagi memenuhi permintaan pada masa akan datang.

Pertembungan dua kumpulan dalam PAS bukan untuk guling Hadi - Khairuddin

Posted: 29 May 2015 12:44 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali enggan mengaitkan pemilihan parti pada Jun ini sebagai usaha dalam menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.
 
Sebaliknya, ia lebih kepada pertembungan antara dua atau lebih pihak yang mempunyai strategi perjuangan PAS yang berbeza daripasa struktur asal.
 
"Tidak ada istilah guling. Ini adalah proses demokrasi maka biarkan mereka bertanding. Istilah guling wujud jika Hadi dijatuhkan sebelum masanya.
 
"Ada pihak tertentu membuat pelbagai serangan individu terhadap hadi, dan itu adat dalam perjuangan, akan ada yang tidak suka kita. Walaupun ahli-ahli sendiri (buat serangan) yang digunakan oleh musuh dari luar (parti).
 
"Jika ada pun pertembungan, adalah mereka yang mahu mengekalkan asas perjuangan PAS dan mereka yang cuba membawa pendekatan baru dalam PAS yang (mungkin) dilihat tidak selari, tidak kena...," tegasnya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
 
Muktamar PAS Kali ke-61 yang akan diadakan minggu depan dikatakan menjadi medan penting bagi dua kem utama di dalam parti itu. Kem tersebut adalah daripada golongan profesional dan ulama.
 
Golongan profesional didakwa cuba menjalankan protes dengan mahu menggantikan barisan kepimpinan ulama kepada golongan yang lebih progresif dan moden serta mesra dengan Pakatan Rakyat (PR).
 
Manakala golongan ulama pula dilihat berterusan memperjuangkan idea asal PAS walaupun dilihat sering bertentangan dengan persepakatan bersama di dalam gabungan pembangkang itu.
 
Keengganan golongan ulama yang dipimpin Hadi untuk patuh kepada beberapa dasar Pakatan akhirnya memberikan kesan buruk kepada PAS dari segi hubungan dan kerjasama.
 
"Pertembungan ini berlaku antara mereka yang mempertahankan dasar parti, dasar Islam ke Putrajaya dengan Islam. Bukan PAS dengan orang lain atau tunduk dengan pandangan orang lain.
 
"PAS kena jadi diri sendiri, bertindak dengan rangka kerja yang dibuat oleh parti sendiri," demikian menurut Khairuddin merujuk kepada pertembungan dua kem berkenaan.
 
Khairuddin, yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus juga menggesa rakan-rakannya, DAP dan PKR untuk menghormati PAS tanpa mencetuskan sebarang konflik yang mungkin akan memberi kesan kepada pemilihan parti itu.
 
Ia berikutan serangan berterusan DAP terhadap PAS dan Hadi, dengan mengaitkan kerjasama tiga parti itu di dalam Pakatan akan berakhir selepas Muktamar PAS dalam tempoh dua minggu akan datang.
 
 

Indeks Keamanan merudum, Zahid kelirukan rakyat

Posted: 29 May 2015 12:35 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR- Jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Indeks Keamanan Sedunia (GPI) merudum disebabkan beberapa faktor seperti Perhimpunan Kita Lawan adalah berniat untuk mengelirukan rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak tepat kerana contoh demonstrasi yang disebut hanya aktif pada tahun ini dan tidak mungkin memberi kesan kepada kedudukan GPI Malaysia tahun lepas.

"Jawapan bertulis itu, yang menyalahkan kempen demonstrasi jalanan di dalam hal ini, hanya berniat untuk mengelirukan. Kebanyakan aktiviti tunjuk perasaan yang dijalankan adalah aman dan tidak termasuk kategori demonstrasi ganas," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.
NIK NAZMI NIK AHMAD_COURT OF APPEAL
Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini menyatakan bahawa kedudukan Malaysia di dalam GPI 2014 telah merudum.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak tepat kerana contoh demonstrasi yang disebut hanya aktif pada tahun ini dan tidak mungkin memberi kesan kepada kedudukan GPI Malaysia tahun lepas.

Sebaliknya, menurut Nik, laporan GPI menyatakan secara spesifik bahawa terdapat peningkatan dari segi aktiviti pengganas dan ketidakstabilan politik di negara ini.

"Sudah sedia maklum bahawa Malaysia telah bertarung dengan kumpulan pengganas, contohnya, gerakan "Islamic State" dan juga saki baki daripada kejadian Lahad Datu.

"Oleh itu, ini mungkin lebih tepat untuk menjadi pengukur kepada keadaan kedamaian negara ini," katanya yang juga Adun Seri Setia.

Selain itu, katanya, satu lagi faktor yang perlu diambil kira adalah jenayah ganas, yang mana statistik polis pada tahun 2013, menunjukkan peningkatan.

"Bacaan sepintas lalu laporan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas bahawa di antara tiga petunjuk am yang digunakan iaitu "Konflik Dalaman dan Antarabangsa yang Berterusan", "Keselamatan dan Sekuriti Masyarakat" dan "Ketenteraan" Malaysia mendapat markah yang teruk di dalam dua kategori yang akhir.

"Laporan itu juga menyatakan bahawa "Keselamatan dan Sekuriti Masyarakat" yang merupakan indeks yang paling merosot, adalah berkait rapat dengan tadbir urus kerajaan, persekitaran perniagaan dan korupsi; semua ini merupakan sebahagian daripada lapan Tunggak Kedamaian," katanya.

Justeru beliau menyarankakan kerajaan menumpukan usaha memperbaiki lapan Tunggak Kedamaian dan bukan sewenang-wenangnya menyalahkan rakyat yang hanya melunaskan hak asasi mereka.

Pakatan Rakyat tidak akan berpecah walau DAP dan PAS tidak sehaluan - PKR

Posted: 29 May 2015 12:27 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berpecah walaupun kemelut antara DAP dan PAS semakin meruncing dan dilihat seperti tiada jalan penyelesaian buat masa ini.
 
Ramalan itu dibuat pemimpin kanan PKR Selangor, Abdullah Sani Abdul Hamid.
 
Ujarnya, parti kompenan dalam Pakatan Rakyat sedang melalui fasa menyesuaikan diri dengan perbezaan pendapat berhubung sesuatu isu.
 
"Ikatan di antara Pakatan itu konsisten cuma pandangan berbeza itu hak masing-masing, kita tidak menyekat. Yang jelas yang dibawahnya itu kukuh sampai sekarang.
 
"Isu masalahnya apabila yang di atas itu mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi bukanlah bermaksud perpecahan itu berlaku, malah saya tidak nampak perpecahan itu akan berlaku," katanya kepada Antarapos ketika ditemui tadi di lobi Parlimen.
 
Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat menolak jangkaan banyak pihak bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah jika PAS dan DAP terus bertegang urat.
 
Malah beliau yakin, rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat sentiasa mendoakan kesejahteraan gagasan itu.
 
"Mana ada, masalah (tarik diri) daripada Pakatan Rakyat tidak akan timbul, sebab rakyat hari ini berdoa, bekerja keras untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional," katanya.
 
"Saya rasa tidak sampai begitu (runsing) dengan apa yang berlaku di Selangor, kerana saya melihat kekuatan DAP-PAS-PKR ini yang bersederhana begitu kuat di peringkat bawahan. Jadi gelombang itu tidak boleh dikacau bilau oleh pimpinan atasan, itu tidak boleh," katanya.
 
Beliau juga memberitahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Selangor.
 
Azizah pada sidang medianya minggu lalu berkata Selangor akan ditadbir dengan sedikit 'kelainan', namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai apa yang diperkatakannya.
 
"Presiden sudah memaklumkan akan mengadakan pertemuan segera kesemua pimpinan, malah pandangan berbeza ini kita hanya menganggap ianya untuk sementara sahaja," katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Abdullah turut menafikan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali gagal mentabdir kerajaan negeri itu walaupun sudah beberapa bulan mengambilalih daripada bekas pimpinan sebelum itu.
 
"YAB Menteri Besar melaksanakan tugas yang belum diselesaikan oleh Tan sri Abdul Khalid Ibrahim, yang keduanya reformasi daripada pentadbiran itu dibuat secara beransur-ansur bermaksud dasar kerangkan yang dijanjikan itu membuatkan Azmin perlu laksanakan.
 
"Dia memang tidak popular di kalangan rakyat tetapi dasar itu  telah dijanjikan. Jadi saya tidak nampak itu isu yang besar, tetapi cuba diperbesarkan oleh media dan saya melihat perkara itu bukan satu isu.
 
"Itulah satu contoh yang saya katakan isu menteri besar ini perlu menunaikan manifesto terlebih dulu dan sekarang ini dia sedang buat semua," katanya lagi

Jawi seru umat Islam boikot rancangan hiburan realiti TV

Posted: 29 May 2015 12:12 AM PDT

 OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


 Ibu bapa Islam perlu mendidik anak supaya tidak terjebak dengan gejala hedonisme yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam terutama golongan remaja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.Ibu bapa Islam perlu mendidik anak supaya tidak terjebak dengan gejala hedonisme yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam terutama golongan remaja. – Gambar fail The Malaysian Insider.


























Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru umat Islam agar memboikot rancangan hiburan realiti TV yang boleh melalaikan dan tidak mematuhi garis panduan syariat Islam.

Melalui khutbah Jumaat hari ini Jawi berkata, program TV berkenaan merupakan salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama anak remaja.

"Namun, realitinya berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam?


"Bahkan, jika diamati, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya. "Malah, rancangan realiti juga membawa anasir negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya," katanya menerusi khutbah hari ini yang bertajuk 'Jihad Memerangi Kebatilan'.

Jawi berkata, sebagai umat Islam wajib bagi kita menangani gejala negatif ini selaras dengan garis panduan hiburan dalam Islam yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kawallah minat anak kita daripada hiburan yang melalaikan dan asuhlah mereka supaya meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam.

"Mari kita boikot rancangan tersebut," katanya.

Jawi turut mengingatkan umat Islam agar berjihad menentang fitnah di media sosial kerana terdapat juga berita yang disebarkan mengandungi fitnah dan mahu memecahbelahkan kesatuan pemikiran umat Islam.

Katanya, selain cenderung memecahbelahkan kesatuan pemikiran sesama umat Islam, ia juga dapat menggugat sistem pentadbiran kerajaan dan mewujudkan suasana politik yang tidak stabil di negara ini.

"Jika kita berhati-hati dalam menerima sesuatu berita serta sentiasa meneliti kesahihannya nescaya agenda sesetengah pihak yang mahu melihat umat Islam berbalah sesama sendiri akan terkubur.

"Mimbar juga ingin mengingatkan jemaah sekalian supaya janganlah menjadi penyebab atau agen penyebaran berita palsu yang mengundang fitnah tersebut," katanya.

Jakim pada bulan lalu mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka.

Jabatan itu juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Garis panduan itu dikeluarkan selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim.

Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.

Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton.

Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.

Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau.

Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara perlu ditangisi.

Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.

Jakim berkata persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.

Jakim juga menetapkan, muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam. – 29 Mei, 2015.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru umat Islam agar memboikot rancangan hiburan realiti TV yang boleh melalaikan dan tidak mematuhi garis panduan syariat Islam.

Melalui khutbah Jumaat hari ini Jawi berkata, program TV berkenaan merupakan salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama anak remaja.

"Namun, realitinya berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam?

"Bahkan, jika diamati, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya.

"Malah, rancangan realiti juga membawa anasir negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya," katanya menerusi khutbah hari ini yang bertajuk 'Jihad Memerangi Kebatilan'.

Jawi berkata, sebagai umat Islam wajib bagi kita menangani gejala negatif ini selaras dengan garis panduan hiburan dalam Islam yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kawallah minat anak kita daripada hiburan yang melalaikan dan asuhlah mereka supaya meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam.

"Mari kita boikot rancangan tersebut," katanya.

Jawi turut mengingatkan umat Islam agar berjihad menentang fitnah di media sosial kerana terdapat juga berita yang disebarkan mengandungi fitnah dan mahu memecahbelahkan kesatuan pemikiran umat Islam.

Katanya, selain cenderung memecahbelahkan kesatuan pemikiran sesama umat Islam, ia juga dapat menggugat sistem pentadbiran kerajaan dan mewujudkan suasana politik yang tidak stabil di negara ini.

"Jika kita berhati-hati dalam menerima sesuatu berita serta sentiasa meneliti kesahihannya nescaya agenda sesetengah pihak yang mahu melihat umat Islam berbalah sesama sendiri akan terkubur.

"Mimbar juga ingin mengingatkan jemaah sekalian supaya janganlah menjadi penyebab atau agen penyebaran berita palsu yang mengundang fitnah tersebut," katanya.

Jakim pada bulan lalu mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka.

Jabatan itu juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah" dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Garis panduan itu dikeluarkan selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim.

Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil.

Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton.

Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan.

Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau.

Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara perlu ditangisi.

Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain.

Jakim berkata persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.

Jakim juga menetapkan, muzik yang mengiringi persembahan mestilah mendorong kepada suasana positif dan menyuntik ketenangan serta tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Apa salah suruh undur, prestasi Najib terburuk sebagai PM, kata Dr M

Posted: 28 May 2015 11:55 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Tiada salahnya jika gesaan dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.Tiada salahnya jika gesaan dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider.


























Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada salahnya menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk berundur kerana masalah dalam negara yang dibuat perdana menteri itu lebih buruk berbanding penyandang jawatan berkenaan sebelum ini.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang dipilih rakyat juga tidak terlepas daripada gesaan meletakkan jawatan walaupun penggal pemerintahannya belum berakhir.

"Perdana menteri sebelum ini juga dipilih (menerusi pilihan raya) malah dengan majoriti yang lebih besar.


"Namun beliau juga dipujuk untuk berundur oleh perdana menteri sekarang," kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya, chedet.cc hari ini. Najib pada Rabu berkata kebanyakan tuduhan yang dilemparkan Dr Mahathir terhadapnya "tidak adil dan mengelirukan" selain menggesa biar generasi berikutnya mentadbir negara.

"Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.
"Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.

Dr Mahathir berkata tiada cakap-cakap mengenai perdana menteri sebelum ini yang berbelanja mewah, membeli barang-barang mahal dan berkehidupan mewah.

Katanya, walaupun mungkin khabar angin yang didengarnya tidak benar tetapi perkara berkenaan tidak pernah berlaku kepada perdana menteri sebelum ini.

"Cakap-cakap seperti itu pastinya kerana cara hidup berbeza yang difikirkan sebagai seorang perdana menteri.

"Oleh kerana itu dan banyak sebab lain, Najib patut letak jawatan," katanya.

Perdana menteri paling lama menerajui negara itu turut mengulangi sokongan yang ditunjukkan kepada Najib adalah palsu dan tidak membawa peningkatan undi kepada Barisan Nasional (BN).

"Khalayak yang ramai memberi sokongan, kita pernah melihat demonstrasi seperti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Hasilnya lebih buruk berbanding PRU12.

"Demonstrasi berkenaan tidak menterjemahkan sokongan kepada Najib. Mereka datang kerana pelbagai insentif," katanya.

Mahkamah dapati polis, kerajaan salah tembak, diarah bayar RM30,000

Posted: 28 May 2015 11:52 PM PDT

OLEH MELATI A. JALIL


 Operator kontena, Shahril Azlan Ahmad Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bersama isteri dan anaknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.Operator kontena, Shahril Azlan Ahmad Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bersama isteri dan anaknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.


























Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan Putrajaya dan polis bertanggungjawab atas kejadian tembakan seorang operator kontena, 6 tahun lalu dan mengarahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusannya berkata tidak munasabah defendan kelima, Konstabel Mohd Bukhari Mat Noh menembak Shahril Azlan Ahmad Kamil kerana defendan tidak berdepan situasi mengancam nyawa.

"Tidak munasabah defendan kelima menembak bagi mempertahankan diri kerana dia tidak berdepan situasi yang mengancam nyawa.


"Plaintif berjaya membuktikan beliau diserang," katanya ketika membacakan keputusan hari ini. Hanipah turut membenarkan Shahril menuntut ganti rugi am kerana diserang, dengan jumlah yang akan dinilai kemudian.

Dalam saman yang difailkan pada 2009, Shahril menamakan ketua polis Shah Alam, ketua polis negara, kerajaan Malaysia, Konstabel Nazli Basri dan penembak, Konstabel Mohd Bukhari Mat Noh sebagai defendan

Dr Zuhdi: DAP Makin Keterlaluan

Posted: 28 May 2015 09:59 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR  - Sikap DAP yang keterlaluan campur tangan urusan dalaman Pas serta cuba mencorakkan organisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin-pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai Pas melalui pemilihan Muktamar Pas bulan depan.

"Jelas kelihatan DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan Pas yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada DAP. Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan Pas yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan-desakan DAP dalam mesyuarat-mesyuarat pakatan.

"Muktamar Pas yang akan bermula Khamis minggu depan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaikkan pimpinan-pimpinan Pas yang dapat memenuhi kehendak DAP atau dengan perkataan lain, mereka yang 'yes man'. Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era kepemimpinan ulama, Presiden Pas yang kini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicabar," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

Menjelang Muktamar Pas di Kuala Selangor, bulan depan, pimpinan DAP dilihat banyak mengkritik Abdul Hadi dan baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan pembangkang, sebaliknya hati bersama UMNO.

Menurut Mohd. Zuhdi, bagi mana-mana pimpinan Pas yang merelakan campur tangan dan tunduk kepada kehendak DAP, tindakan itu disifatkan sebagai bacul dan khianat.

"Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, Pas akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di Malaysia," katanya.

Jelas Mohd. Zuhdi, pencabar bagi jawatan Presiden Pas, Ahmad Awang dilihat lebih lunak kepada desakan-desakan DAP berbanding Abdul Hadi yang cukup dikenali sebagai tokoh yang tegas dan berprinsip sejak zaman mudanya.

Katanya, ketegasan Abdul Hadi juga menjadi penghalang kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendominasi pakatan pembangkang serta menjadikan Pas sebuah parti yang berprinsip dan bermaruah.

"Bagaimanapun, apabila dalam kalangan pimpinan di bawah Presiden mula menyanggah ketegasan Presiden mereka sendiri, khususnya sejak isu 'Langkah Kajang', pihak yang tidak senang dengan ketegasan Presiden Pas ini mulai menghidu peluang untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan Pas yang setegas beliau.

"Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi Pas yang menyanggah Pre­siden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat pakatan, malah pernah satu ketika 'membakulsampahkan' keputusan Presiden Pas yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili Pas dalam Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pada 17 Ogos tahun lalu," katanya.


Ubah dasar penswastaan ‘Mahathirisme’- Khalid Ibrahim

Posted: 28 May 2015 09:54 PM PDT

 
Model Mahathirisme mewujudkan golongan rentier yang berkuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.


khalid-ibrahim_mahathir_600


KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan dasar penswastaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mewujudkan orang tengah yang mendapat keuntungan atas angin atau 'rentier'.

Katanya, golongan itu sangat berkuasa sehingga mampu menentukan jatuh bangun seorang pemimpin politik termasuk Perdana Menteri.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata, golongan rentier ini diberi projek, tender atau konsesi hasil hubungan istimewa dengan pemerintah walaupun tidak mempunyai kepakaran dan modal.

Sebagai balasan, kelas 'rentier' itu akan 'menaja' atau 'menderma' dalam aktiviti politik pihak kerajaan sehingga terbentuk satu hubungan selesa.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tidak hairanlah jika 'produk' Mahathirisme ini mempunyai kuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.

"Saya sedar mungkin sesetengah pihak mahu mempertahankan bahawa dasar penswastaan selama 20 hingga 30 tahun ini telah mencipta golongan usahawan dan korporat berjaya terutama di kalangan Bumiputera sebagai bukti kejayaan dasar affirmatif 'agenda Bumiputera'.

"Namun, kita tidak dapat nafikan bahawa dengan model Mahathirisme ini, hanya 20-30 orang sahaja daripada 30 juta rakyat Malaysia telah terpilih sebagai anak didik atau kroni," katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan model penswastaan 'Mahathirisme' dirombak segera supaya tidak timbul lagi kes "privatisation of profits' dan 'nationalisation of losses" di mana kerajaan akhirnya terpaksa mengguna pakai dana awam untuk mengambil alih syarikat swasta yang gagal.

"Justeru, bermula hari ini, saya syorkan agar hanya pengurusan dan kutipan hasil sahaja yang boleh diswastakan manakala aset kekal milik kerajaan," katanya.

Menyentuh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Khalid mencadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengubah pendekatan supaya tidak dianggap 'gula-gula politik'.

Antaranya, Khalid mencadangkan pemberian BR1M berdasarkan konsep produktiviti iaitu hanya warga negara Malaysia yang bekerja di bawah pendapatan paras minimum layak menerimanya supaya bilangan guna tenaga dapat ditingkatkan.

"Atau digantikan dengan pemindahan tunai bersyarat untuk tujuan spesifik yang ditetapkan sepeti kupon makanan, baucar yuran pengajian tinggi, bantuan perumahan (sewa atau pemilikan), bantuan kecemasan atau bencana dan sebagainya," katanya.

Wanita Mengamuk Di KLIA, Cuba Halang Pesawat Berlepas

Posted: 28 May 2015 09:51 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua video yang menunjukkan seorang wanita mengamuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menjadi viral.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi video tersebut pada Selasa.

Menurut posting tersebut, penumpang itu yang kelihatan terlewat tiba telah diarah berpatah balik ketika dia cuba untuk menaiki penerbangan AirAsia AK380 menuju Jakarta.

Pintu pesawat sudah tertutup dan pesawat itu sedang menunggu untuk pelepasan trafik udara.

Pengguna Facebook juga berkata wanita itu berlari meluru ke arah anggota keselamatan dan cuba untuk membuka pintu pesawat.

Dia juga meminta untuk menaiki pesawat.

Dalam kedua-dua video, wanita itu dilihat menendang anggota keselamatan ketika dia sedang ditarik.
Dia juga berulang kali menjerit "Saya ada tiket".  - The Straits Times/Asia News Network

Tiada ulasan: