Selasa, 26 Mei 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Units adalah matawang terbaru dan video Muhyidin Yassin.

Posted: 26 May 2015 02:41 AM PDT

sakmongkol.blogspot

Matawang yang terbaru dalam dunia dijumpai di Malaysia. ia dinamakan units. Satu syarikat Malaysia yang tersohor, yang dikenali sebagai 1MDB telah membawa balik 2.318 billion units dan menyimpan nya disebuah bank Singapura bernama BSI.

Syarikat Malaysia ini telah menggunakan units untuk bayar hutang dan menggunakan nya sebagai sekuriti meminjam RM3.6billion dari consortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank Singapura. 

Dari 2.318billion units ini, 1.215billion units telah digunakan untuk membayar faedah pinjaman dan juga membayar satu pihak yang dihutangi oleh 1MDB. Nama pihak itu ialah Aabar. 

Baki nya, sebanyak 1.103billion units masih ada dalam bank BSI. Menurut Husni Hanazliah, kerajaan akan cuba membawa pulang 1.103 billion units ini dengan kadar segara.

Apa yang hendak dibawa balik?

Soalan saya ialah Dato Husni Hanazliah ini tidur atau minum air ketum? saya tidak faham satu perkara.

Macam mana mahu bawa balik sesuatu yang kita tidak hak milik keatas nya? Bukankah 1.103 billion units ini telah digunakan sebagai sekuriti untuk pinjaman sebanyak RM3.6 billion dari Deutsche Bank? Tentulah deutsche bank ada lien keatas 1.103billion units ini bukan?

Mengikut Husni 2.318billion units ini bernilai USD2.318 billion juga kerana ia disokong nilai nya oleh beberapa dana daulah atau sovereign funds. Ini satu matawang baru mungkin digunakan oleh  organisasi penyamun sedunia.

Isiu apa benda yang sebetulnya disimpan dalam akaun BSI Singapura menjadi lebih mengelirukan hari demi hari. Orang putih kata it's getting more bizarre by the day. Seperti yang dikata dalam Alice in Wonderland- it's getting curiouser and curiouser ….

Kali ini, Husni Hanazliah menyebabkan kita tambah keliru dan pusing kepala. Memang kerja pemimpin kerajaan memutar belit kah? Tolong beritahu rakyat Malaysia supaya kita semua jangan keliru- apa benda nya units itu. Tolonglah beritahu.

Bila di tanya pemberita apa units itu dia jawab units, just units. "They are units, backed by sovereign wealth funds. Benda apa pulak ni? Can't the government be upfront and direct?

But I don't know what are units. Please explain. Juga sila beritau- sovereign wealth funds mana pulak?  Adakah Husni mahu gali lubang lain pulak dan menyebabkan banyak persoalan lagi.

Husni Hanazliah kata Putrajaya salah tafsir units yang di-redeem atau ditebus oleh 1MDB dari Cayman Islands. Siapa salah tafsir?

Adakah maksud Husni - pegawai di kementerian kewangan tidak tahu membezakan antara wang tunai dengan benda yang disebut sebagai units. Malu nya pegawai di kementerian.dari KSP, TKSP, dan pegawai2 lain.

Rupa2 nya bukan wang tunai. Tapi units. Saya sendiri pun tak faham apa dia units. Dan Husni tidak menerangkan apa dianya units itu. Kalau kita belajar ekonomi dan saya diberitahu Husni pun belajar ekonomi- unit of account itu ialah duit.

Jadi apa dia units yang disebut Husni? Kertas siberhutang? sijil saham?, bon perbendaharaan? Token?  Inikah yang dibayar oleh yang berhutang kepada 1MDB?  Some form of debt papers denominated in US currency?

Membuat orang bertanya- mengapalah pandir sangat 1MDB menerima bayaran selain dari wang tunai? Bukankah PM Najib selalu kata cash is king? Apa jenis pengurusan dan lembaga pengarah yang menerima bayaran orang yang berhutang pada mereka dalam bentuk units dan bukan tunai?

Cerdik atau tidak? Sedangkan bukan main lagi cakap besar nya pengurusan 1MDB kata pengurusan mereka terdiri dari individu yang cerdik pandai. Dan lembaga pengarah 1MDB- bukan kah mereka pandai2 belaka?

Kenapa syarikat 1MDB menerima bayaran hutang mereka dalam bentuk units yang bukan tunai?

Siapa pula yang mengelirukan Putrajaya?

Jadi yang mengelirukan Putrajaya ialah pengurusan dan lembaga pengarah yang tidak menerangkan kepada Putrajaya, terutama kepada pegawai di Perbendaharaan- benda yang di tebus dan dibawa pulang ke Singapura itu bukan wang  tunai USD. They are units, just units.

Dan bayaran dari tranche pertama yang digunakan oleh 1MDB untuk membayar Aabar dan faedah pinjaman – adakah juga dalam bentuk units? Saya harap Husni Hanazlah boleh menerangkan kepada semua.

Jika tidak, mana boleh tranche pertama dalam bentuk wang tunai USD tapi tranche kedua dalam bentuk units? Apa kena dengan kepala 1MDB?

PAC patut menyiasat apakah benda yang dimanakan 'units' oleh Husni Hanazliah yang digunakan untuk bayar faedah hutang dan membayar Aabar. Panggil Aabar dan pemberi hutang yang menerima bayaran dalam bentuk units keatas faedah pinjaman yang mereka berikan 1MDB.

Ini mesti kes pertama dalam dunia, peminjam menerima bayaran dalam bentuk units- apa lah agak nya yang disandarkan kepada USD. Mungkin units ini ukiran binatang yang diperbuat dari jade yang setiap satu dinilaikan dalam USD.

Tranche kedua, sebanyak US1.03billion, juga dalam bentuk units disimpan dalam BSI Singapore. Saya hanya tidak faham- jawapan yang diberi menyebut perihal dana atau funds. Bolehka dana atau funds itu ujud dalam bentuk selain dari wang tunai? Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mengapa disebut dana dalam mata wang USA?

Jawapan dalam parlimen sahih menyebut matawang USA.

Kemudian, mustahil dana ini dalam bentuk selain dari wang tunai USD kerana  jawapan yang diberi menyebut memudahkan pengeluaran wang- bukan pengeluaran units.

Kalau bukan hard cash, mengapa pula Bank Negara mahu mengawal pemindahan units yang bukan hard cash?

Bank Negara mustahil mengawasi pemindahan dan pengeluaran units dari bank. Ianya suatu yang baru kepada mereka. Yang mereka jaga ialah pemindahan dan pengeluaran wang tunai. Bahkan mereka peduli apa jika yang dipindahkan itu shares certificates, batu karang, patung jade atau apa pun. Kalau bukan hard cash, mereka tidak mengenakan syarat pengeluaran setiap transaksi wang…melebihi RM50 juta.  Kalau yang disimpan itu units, maka tidak perlulah bank negara mengenakan apa2 syarat.

Jaganlah  Huni Hanazliah menambah lagi  penipuan dan pembohngan kepada rakyat.

Jka Putrajaya tidak dapat membezakan wang tunai dari units , bolehkah mereka ini memerintah negara?

Video Muhyidin Yassin.

Seperti ramai orang lain, saya juga tonton aksi Muhyidin dalam program latihan Biro Politik UMNO. Muhyidin ingat perkara 1MDB dan simpanan BSI ini perkara yang melucukan?

Perkara ini suatu yang serious yang disebabkan oleh kerajaan yang akan terkesan bukan sahaja kita tapi jenerasi yang akan datang.

Orang UMNO dalam program itu bertepuk pada ketika2 terplih dan mereka ketawa beramai ramai keatas ungkapan Muhyidin yang melucukan- dan ketawa diatas cubaan tunjuk smart dengan ejekan2 keatas diri sendiri.

Muhyidin berlagak macam budak2 yang suka kelahi dengan berkata buang lah! seolah olah nya dengan sacking them akan membuktikan kepada rakyat bahawa yang melakukan musiabh 1MDB ini hanya lembaga pengarah dan CEO. Sedangkan PM Najib membersihkan lembaga pengarah dan CEO. Membuang mereka tidak membersihkan lumpur yang terpalit ke atas seluruh cabinet. 

Muhammad Taib menyatakan yang benar tentang Pas

Posted: 26 May 2015 02:37 AM PDT

MSO

 
Luahan hati bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib terhadap parti Pas yang baru dianggotainya semalam pahit untuk didengar tetapi itulah hakikatnya. Katanya, dia sudah kurang senang dengan perkembangan yang ada dalam Pas kini terutamanya aksi anak-anak muda yang pulang dari Timur Tengah yang ghairah mahu menguasai Pas.

Mereka itu kata Mohamad, ingin menguasai Pas sampai memburukkan sama sendiri dan berpuak-puak. Mereka memang pandai membaca ayat-ayat Quran dan hafal hadith tetapi cetek dalam politik.

Katanya, kalau jadi imam bulan puasa mereka baca ayat Quran panjang-panjang, tetapi bila ditanya soal semasa, mengenai GST, 1MDM dan sebagainya mereka tidak tahu.

Beliau sangat bimbang dengan golongan yang mengakui pejuang agama ini tetapi cetak dalam politik akan menyebabkan Pas rosak. Muhammad yang juga Penolong Ketua Pengerangan Pas, tidak percaya mereka mampu jadi perdana menteri dengan pengetahuan sebegitu.

Dalam bahasa lain Muhammad tidak percaya Pas menjadi partikuat dan disegani kalau ianya ditadbirkan oleh golongan yang menganggap mereka ahli syurga, tanpa mengambil kira kepada golongan profesional.

Dalam pada itu beliau mahukan Pas kembali memilih pemimpin yang rasional seperti Tokguru Nik Aziz yang dapat diterima oleh semua pihak dan kaum. Negara ini bermasyarakat majmuk, maka susana itu perlulah diambil kira.

Muhammad juga tidak faham dengan sikap sesetengah ahli Pas yang mengharapkan kepada keredhaan Allah semata-mata, tetapi tidak berminat untuk ke Putrajaya. "Saya rasa ada something wrong kepada mereka," katanya.

Beliau juga berterus terang disamping bimbang dengan Pas yang kini mengeruh apabila ghairah untuk memegang jawatan, Pas akan memikirkan kembali kedudukannya dalam Pas. Apa dibayangkan Muhammad itu sekiranya Pas dikuasai oleh golongan konservetif yang pandai membaca Quran tetapi jahil politik dia juga akan memikirkan semula kedudukannya dalam Pas.

Pandangan atau sikap diambil Muhammad itu bolehlah dianggap sikap golongan cerdik pandai atau profesional yang menyertai Pas kerana tidak yakin dengan parti Umno kini.

Secara jujur saya sedikit terasa dengan kenyataan Muhammad itu, tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Tidak mustahil kalau apa yang dibimbangi bekas Naib Presiden Umno itu berlaku, menyebabkan kehebatan Pas selama ini yang dianggap parti yang berdisiplin dan kurang krisis akan hancur.

Muhammad menyatakan demikian dalam farum bertajuk "Mencari pemimpin baru Malaysia" yang diadakan di Petaling Jaya semalam.


Alasan CEO 1MDB tak masuk akal, kata Bung Mokhtar

Posted: 26 May 2015 02:33 AM PDT

 
PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Shahrol hadir ke prosiding itu.


bung-moktar-parliament



KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy, yang tidak dapat hadir sesi pendengaran oleh Jawatan kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sepatutnya diadakan pada Selasa (26 Mei).

Beliau berkata, alasan yang diberikan Arul itu tidak masuk akal ketika rakyat mahu mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku dalam syarikat 1Malaysia Berhad Development (1MDB).

"Dia adalah orang yang bertanggungjawab terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC dan polis.

"Dia patut mengetahui mesyuarat itu sangat penting untuk dihadiri dan memberitahu apa yang berlaku dalam 1MDB," katanya di Parlimen.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PAC juga seharusnya menggunakan pelbagai cara untuk memastikan Arul dan Bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi, hadir ke prosiding itu.

Bung Mokhtar berkata, beliau berharap perkara itu diselesaikan segera agar tidak menimbulkan pelbagai kekeliruan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memakkumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pertemuan dengan CEO 1MDB kerana Arul Kandasamy berada di luar negara atas tugas rasmi.

Manakala bekas CEO 1MDB, Shahrol, pula meminta masa tambahan sehingga bulan hadapan untuk menyediakan diri berhadapan dengan perbicaraan PAC.

Pada masa sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang turut menyelar tindakan Arul dan Shahrol yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat siasatan PAC itu.

Tegas Kit Siang, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan kepada mesyuarat itu dan bukannya memberi pelbagai alasan.

"Siasatan ini sangat besar dan penting dan tidak seharusnya Arul dan Shahrol memberi alasan sedemikian," katanya.

Luahan isi hati Hadi Awang

Posted: 26 May 2015 02:31 AM PDT

 
Hadi menegaskan hatinya tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun dilempar pelbagai tuduhan.


hadi,guan eng



KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan isi hatinya selepas dituduh sudah berpaling kepada UMNO oleh Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun dilempar dengan pelbagai tuduhan, hatinya masih tetap bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Dia (Lim Guan Eng) ‎ dia tidak tahu hati saya, saya tidak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menuduh Abdul Hadi telah bersama UMNO walaupun batang tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat.

Ahli Hadi,Ahli Parlimen Marang, berkata buat masa ini Pas setia bersama PR tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Katanya, sama juga seperti dirinya yang tidak tahu sampai bila akan hidup dan bila akan mati.

"Sekarang masih bersama PR. Saya duduk dikerusi yang sama dan mungkin akan datang saya tidak tahu.

"Saya pun tidak tahu saya akan hidup atau tidak. Kalau ikut sejarah semuanya pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan, keluar kerajaan biasanya peristiwa lama tidak akan berulang.

"Konsep kita bersama masyarakat majmuk di Malaysia, tidak boleh bersendirian," katanya.

Exco: RM12 juta naik taraf jalan kampung seluruh Selangor

Posted: 26 May 2015 02:06 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


AMPANG: Kerajaan Selangor sudah meluluskan peruntukan RM12 juta bagi menaik taraf jalan kampung seluruh negeri itu, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya peruntukan itu akan ditambah berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa dan jumlah itu tidak termasuk jalan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris)

"Kita dah luluskan peringkat bahagian agihan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) membabitkan dua daerah untuk naik taraf ini.

ketua kampung 1

"Kita dalam usaha luluskan bagi semua daerah sebelum Jun ini. Walaupun saya rasa RM12 juta ini tidak terlalu besar tetapi kita lihat hasil selepas itu untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pembangunan.

"Ia melibatkan infrastruktur jalan kampung, parit, longkang, lampu jalan, jambatan dan kemudahan lain kerana melibatkan kos yang tinggi," katanya.

Dr Ahmad Yunus berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Ketua-Ketua Kampung Selangor Siri 4/2015 di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kelulusan itu termasuk jalan kampung yang terletak di atas tanah persendirian tetapi melibatkan kepentingan awam.

"Kita akan naik taraf jalan ini dengan syarat mendapat kebenaran bertulis dari pemilik tanah," katanya.-NFN-


Pelakon Keith Foo Didenda RM100 Hina Polis Trafik

Posted: 26 May 2015 01:56 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Keith Foo di denda RM100 oleh makamah majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menghina anggoita polis trafik dalam satu sekatan jalan raya.

Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, turut ditegur oleh majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor atas perbuatannya itu yang tidak menghormati tugas anggota polis.

"Sebagai seorang artis, anda perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi kerana ia memberi kesan kepada kerjaya anda," ujar Nur'Aminahtul Mardiah.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya, Foo, mengangguk menunjukkan bahawa dia memahami dan mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Pelakon Ariana Rose itu juga memohon maaf atas kesalahan tersebut dan mengaku menyesal terhadap apa yang berlaku.

Tunangnya, usahawan Kim Raymond, 30, turut hadir di mahkamah.

Dalam kejadian 15 Mac lalu kira-kira pukul 4.30 pagi, polis menahan Foo di sekatan jalan raya di Jalan Davis di Dang Wangi yang ketika itu menaiki kereta Mercedes Benz.

Kereta itu dipandu tunangnya, yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

Dan didapati positif minuman keras itu selepas pemeriksaan dilakukan.

Foo kemudian keluar dari kereta itu telah mengucapkan kata-kata kepada pihak polis: "Kau siapa, kau Ingatkan kau polis sangat besar kah, bodoh."

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Nordin.

Usah Percaya Fitnah, Perkukuh dan Pertahankan Pakatan Rakyat

Posted: 26 May 2015 01:54 AM PDT

     


DETIK DAILY


1. Saya merujuk kepada dakwaan yang mengatakan PAS akan mengkhianati Pakatan Rakyat dan masih berhasrat membentuk Unity Government antara PAS dengan UMNO-BN. Untuk kesekian kalinya, saya ingin menegaskan PAS konsisten dengan ketetapan bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muktamar PAS.

2. Usahlah terlalu mudah mempercayai khabar fitnah isu Unity Government yang tidak berkesudahan ini termasuklah apa yang diucapkan oleh Mantan Timbalan Presiden PAS. Bahkan, Majlis Syura Ulamak PAS turut membuat penafian kononnya Majlis Syura Ulamak dan ahlinya ada yang berusaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan PAS dengan UMNO-BN.

3. Adapun berkenaan usaha pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, saya menegaskan kembali bahawa ia adalah hak demokrasi PAS yang diberikan amanah untuk mentadbir Kelantan sejak 1990 dahulu lagi. Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen, sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat mandat majoriti di Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan apabila Parlimen memberi kelulusan. PAS tidak ada halangan sekiranya DAP mahupun UMNO-BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. PAS akan akur dengan dengan apa jua keputusan yang dibuat di Parlimen samada menerima mahupun menolak cadangan pindaan akta tersebut.

4. Saya turut memberi jaminan tidak ada pihak di dalam PAS yang ingin membawa kepada penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional, tetapi sekiranya ada, saya akan menjadi orang pertama yang menentang usaha tersebut. Saya menyeru kepada semua pihak di dalam Pakatan Rakyat agar berjiwa besar dan optimis dalam mempertahankan kerjasama ini. Usahlah terlalu bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan yang kian longgar ini. Pada saat UMNO-BN sedang mengalami krisis kepercayaan rakyat, sewajarnya Pakatan Rakyat memperkukuh dan mempertahankan kerjasama yang telah dibina selama ini.

YB Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Najib kekal Umno parah?

Posted: 26 May 2015 01:51 AM PDT




Oleh Anuar Mohd Nor


Ramai yang mula mengatakan Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dengan pintu yang mengarahkan beliau keluar – melepaskan jawatan perdana menteri serta turun takhta daripada memegang tampuk presiden Umno.

Adakah ini akan berlaku – adakah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memaksa Najib melepaskan jawatan?

Adakah timbulnya video Tan Sri Muhyiddin Yassin – akan juga memberi kesan sehingga Najib terpaksa melepaskan jawatan – begitu juga PAC – dalam membuat siasatan dan Jabatan Audit Negara – adakah semua ini akan menghambat Najib untuk turun takhta.


Ada pendapat mengatakan masa Najib sudah sampai ke penghujung – ada pendapat yang mengatakan tidak – Najib tidak akan undur sebab beliau ada kuasa di atas kuasa yang beliau ada – kuasa Datin Seri Rosmah Mansur – kuasa Istana.

Bermacam-macam-macam pendapat yang timbul. Namun pengkhususan semua adalah sama ada Najib kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) atau tidak menjadi topik perbualan.

Dalam Parlimen – heboh, kesalahan antara tunai dan unit, kesilapan yang menampakkan semakin banyak alasan dari penerangan – mencari jawapan bagi menutup sesuatu yang besar – semakin kuat iltizam pembangkang untuk menyingkir Najib.

Jawapan demi jawapan – bukan Najib yang menyediakan jawapan – kesalahan Kementerian Kewangan – semua terkeluar menampakkan jelas kealpaan dan kesakitan untuk mencari jawapan terbaik dalam melindungi sesuatu.

Tapi itu kalangan mereka daripada pihak kelas atasan – kelompok mereka yang berpolitik – kelompok mereka yang tahu dan membaca dan terpengaruh.

Apa pula kelompok yang dikatakan Muhyiddin – mereka yang nampak cerdik tetapi tidak.
Apa pula kelompok yang mahu memastikan tempat di sisi Najib dan mahu menjaga politik masing-masing mahu melakukan yang sama.

Adakah mereka akan hadir dalam memastikan isu pendedahan Najib ini menjanjikan Najib tercampak.

Janji Najib – saya tidak akan mengalah – nakhoda akan meneruskan pelayaran tanpa menoleh ke belakang, mungkin akan memberi kekuatan sokongan kepada beliau – ramai kepimpinan Umno akan menunggu dan lihat – tidak akan mengeluarkan kenyataan – demi menjaga kedudukan.

Najib tidak akan jatuh dengan isu 1MDB – sehingga ada kekuatan besar dalam Umno dan malang dalam Umno  semua hanya menunggu dan melihat menjadikan isu 1MDB - tidak cukup kuat untuk menghalau Najib keluar daripada tempat yang ada.

Dalam perbualan dan analisis mudah – ada kepercayaan isu krisis 1MDB akan lenyap dan akan ada mereka yang menyambut kesalahan 1MDB bagi menyelamatkan Najib. Itu tidak mustahil – kes pembunuhan Altantuya – ada yang menjadi kambing hitam dan persoalan pokok terselindung dengan keputusan mahkamah.

Adakah tidak mustahil – isu 1MDB – ini tidak juga jadi seperti kes pembunuhan Altantuya, ada yang mengambil tanggungjawab.

Apa pun senario ini – ruangan Najib untuk terus kekal ada – beliau akan menerajui Umno dan perdana menteri sehingga PRU 14 – namun adakah Umno akan terus selesa bila mana sampai PRU 14.

Untuk itu pun persoalan Umno/Barisan Nasional akan tumbang pada PRU 14 masih tertakluk bila mana kita sampai pada PRU 14 tersebut.

Dalam urusan PRU 14 pula – berbagai-bagai perkara perlu diperhatikan sebelum kita membuat konklusi mudah Umno/BN akan tewas.

Memang Umno/BN hari ini seakan tercalar – seakan mengundang kekalahan – tetapi isu adalah andaian hari ini. Ia sama dengan andaian Najib akan tersingkir – akan ditunjukkan jalan keluar – namun andaian hari ini pula tidak melihat kedudukan kuasa yang dipegang siapa. Kalau sewaktu Tun Abdullah Ahmad Baawi – memang andaian Pak Lah letak jawatan itu mungkin berlaku – namun dalam era Najib itu tidak akan berlaku.

Dalam melihat senario sekarang – cara dilakukan untuk mendedahkan kepincangan – dengan persoalan kewangan – hutang – aset – unit dan tunai – sekelompok tertentu sahaja yang ghairah melihat Najib akan tumbang – namun rakyat keseluruhan khususnya di luar bandar masih kekal – tidak memahami dan masih kekal dengan BR1M dan sumbangan beras dan taman permainan.

Selagi tidak diusahakan secara menyeluruh – keluar dari cara yang ada – melakukan langkah radikal – Najib akan terus memerintah – namun terkesan kepada kedudukan Umno dan BN pada PRU 14

Saham TNB Merudum Kerana 1MDB

Posted: 26 May 2015 01:46 AM PDT



Oleh A Kadir Jasin
 
PERDANA Menteri yang suka melawat ke luar negara, Mohd Najib bin Abdul Razak, kini berada di Jepun.Sahlah darah perantau Bugisnya menjadikan beliau Perdana Menteri yang "foot loose, fancy free" walaupun negara dan rakyat jelata dilanda pelbagai musibah dan kejadian ngeri.

Adakah beliau peduli bahawa jangkitan sistemik 1MDB semakin teruk? Mohd Najib buat-buat tidak tahu manakala Gabenor Bank Negara pun diam membisu.
Kesan sistemik 1MDB jejas TNB dengan teruk
Pelabur mula hilang keyakinan. Atas cakap-cakap Mohd Najib akan paksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli aset penjanaan 1MDB, harga saham TNB merudum di Bursa Malaysia.
Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu. (Baca di sini)
Allahyarham Tun Razak lawat Felda Endau
Dan apa yang sudah jadi dengan Felda Global Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yang riuh-rendah disenaraikan pada bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?
Harga tawaran awam permulaannya (IPO) RM4.55. Yang dapat beli saham, termasuk peneroka, sangat gembira. Tapi semalam harga saham FGV di Bursa Malaysia hanya tinggal RM2.02 – tidak sampai separuh. Sesiapa yang masih pegang rugi RM2.53 sesaham. Adakah Mohd Isa Abdul Samad peduli?
Mohd Najib pasarkan aset peneroka Felda
Pelabur bukan sahaja tidak percaya lagi kepada Mohd Najib malah mereka mula menarik keluar modal mereka dari Bursa Malaysia.
Apa kata pak-pak menteri yang faham ekonomi dan pasaran macam Mustapa Mohamed, Ahmad Husni Hazadlah dan Abdul Wahid Omar? Diam membisu dilanda sindrom koro? (Baca di sini)
Lupakan Idris Jala kerana bagi beliau semuanya boleh dihujahkan sebagai sempurna asalkan beliau dan Pamandu dapat nama.
Wallahuaklam.
http://kadirjasin.blogspot.com
 
 

Apabila Arul Dan Shahrol Tak Endah PAC

Posted: 26 May 2015 01:43 AM PDT



Oleh Abu Hassan Adam

 
Aku melihat keengganan dua 'tokoh' penting dalam IMDB, Arul dan Shahrul yang enggan untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) sebagai suatu tindakan yang kurang beradab dan tidak menghormati Parlimen (yang bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa PAC berkenaan).

Laporan dari Malaysiakini menyebut bahawa,"1Malaysia Development Berhad (1MDB) president and executive director Arul Kanda will not attend the Public Accounts Committee (PAC) meeting…..Earlier, sources told Malaysiakini that Arul and former chief executive officer (CEO) Shahrol Halmi, who was also slated to testify tomorrow, have asked for a time extension……the reason given for their absence was that the duo are currently on a working trip abroad"
Alasan yang diberikan untuk tidak dapat menghadiri mesyuarat berkenaan adalah disebabkan mereka terpaksa menghadiri satu mesyuarat di luar negara. Maknanya dua orang 'tokoh' ini nampak lebih penting daripada PAC dan PAC terpaksa akur dengan alasan yang diberikan. Bermakna status dan kedudukan mereka adalah lebih penting daripada PAC yang dilantik oleh Parlimen dan di mana ahlinya terdiri daripada wakil parlimen yang dipilih oleh rakyat. Seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa kedudukan mereka adalah amat penting yang mana sehinggakan PAC juga harus menyesuaikan 'jemputan mesyuarat' dengan jadual mereka yang telah ditetapkan lebih awal.

Rasa mahu bersetuju pula dengan kenyataan YB Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa tindakan kedua-dua orang tokoh itu adalah sebagai satu penghinaan dan harus dpecat serta merta. Seterusnya beliau berkata,"This is ridiculous. It was bad enough in the past when they didn't openly come out to clarify and set the facts straight….But now their refuse to attend the PAC meeting […] that is the final insult and (Arul) should be sacked immediately……in any other parliament in the world, when the highest committee like a PAC summons you, because your actions have public impact, they would have to attend." Malaysiakini 25 Mei 2015.

Berbagai tuduhan dan tohmahan telah dilemparkan kepada mereka yang enggan menhadirkan diri di mesyuarat berkenaan sehingga akhirnya mencul kenyataan dari kedua-dua mereka yang menafikan yang mereka tidak mahu menghadiri mesyuarat berkenaan. Dalam satu kenyataannya Arul Kanda menyatakan,' "Both, Arul Kanda and Datuk Shahrol Halmi, look forward to appearing before the committee and having the opportunity to clarify 1MDB's position," Malaysian Insider 25 May 2015

Rakyat mungkin tidak tahu kedudukan sebenarnya. Dan rakyat tidak pula mahu melemparkan tuduhan melulu sehingga diketahui kedudukan sebenar-benarnya. Apakah sahih yang pada mulanya mereka tidak mahu menghadiri mesyuarat berkenaan sehinggalah mendapat tekanan yang begitu kuat daripada golongan 'blogger' yang amat perihatin tentang usaha untuk 'menyelamat' negara kini.

Yang agak menghairankan ialah tentang ketidak-pekaan golongan rakyat Malaysia yang kononya sebagai 'pejuang' dan 'pembela' negara tetapi kini kelihatan agak 'senyap' dan semacam menyembunyikan diri. Ke manakah perginya PERKASA. Ke mana hilangnya ISMA? Ke manakah ghaibnya 'pejuang-pejuang' yang sanggup memikul kepala lembu dan menendang masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang suatu ketika dulu.

Apakah mereka tidak peka dengan 'bahana' yang akan ditimbulkan oleh IMDB ini. Ataupun apakah mereka bersetuju dengan tindakan IMDB yang dikatakan akan menghancurkan ekonomi negara dan 'memufliskan' negara Malaysia. Apakah golongan ini tidak yakin tentang apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dan beberapa orang puak pembangkang (termasuk Blogger) yang sentiasa 'terpekik terlolong' memperkatakan sesuatu mengenai keburukan IMDB itu.

Turut diselubungi rasa sedih rakyat ialah tentang sikap sebahgian besar para pemimpin kita terutama para Menteri, Wakil Parlimen, Pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan yang turut juga 'mengunci mulut' berkaitan dengan isu IMDB. Rakyat tertanya-tanya mengapa keadaan terjadi demikian. Apakah mereka masih belum memahami isu ini dengan sejelas-jelasnya atau apakah mereka turut 'bersubahat' untuk menyembunyikan isu IMDB ini daripada diketengahkan. Tidak masuk akal sekiranya mereka tidak tahu langsung penyelewengan yang berlaku dalam IMDB ini.
Mengapakah mereka tidak memainkan peranan mereka sebagai 'suara dan lidah' rakyat terbanyak. Mengapa?

YBM Tengku Razaleigh Hamzah ada mengatakan, "The entire cabinet should be held responsible for the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) imbroglio. The veteran Umno lawmaker said Prime Minister Najib Abdul Razak should not be solely blamed for this matter….Everybody in the cabinet must be collectively responsible for this problem. You cannot say 'this is your problem, not my problem'," Malaysiakini 25 Mei 2015.

Kadang-kadang terfikir juga aku bahawa para pemimpin (kalau boleh dipanggil sebagai pemimpin) kita sudah seperti apa yang berlaku dalam cerita Si Luncai yang membiarkan 'si Luncai terjun dengan labu-labunya'.

Maka berteriaklah segala 'pemimpin' kita. "Biarkan…..biarkan…….."

abuhassanadamhttp://abuhassanadam.blogspot.com/ 

Pas Bersedia Gerak Sendiri Jika Keluar Pakatan - Hadi

Posted: 26 May 2015 01:35 AM PDT

Oleh:Syafiq Yaacob


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menyatakan bersedia untuk bergerak sendiri sekiranya tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana parti tersebut telah mempunyai pengalaman sebelum ini.
 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun beliau yakin bahawa Pas tidak akan bersendirian kerana dasar Parti itu kini adalah bersama masyarakat berbilang kaum.
 
"Semua kita (Pas) pernah, kita pernah bersendiri, pernah dalam kerajaan, pernah luar kerajaan, biasanya peristiwa lama mungkin tidak akan berulang.
 
"Konsep kita adalah bersama masyarakat majmuk, tidak boleh bersendirian," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.
 
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai perpecahan PR yang bakal berlaku dua minggu lagi, Hadi menjelaskan terlalu awal untuk mengetahui perkara tersebut.
 
Hadi turut menempelak kenyataan Kit Siang kononnya hati beliau kini berpihak kepada Umno.
 
"Saya tidak boleh sebut perkara akan datang, itu saya tidak tahu, dia tidak tahu hati saya, malah saya juga tidak tahu hatinya, mana kita boleh hati orang.
 
"Sekarang saya masih bersama Pakatan dan saya masih duduk di tempat yang sama, kita tunggu dan lihat," ujarnya.
 
Ahad lalu, Kit Siang membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu yang sekali gus menggambarkan pakatan tersebut kini di ambang perpecahan.
 
Pertelagahan antara DAP dan PAS bermula pada era perebutan kuasa Menteri Besar antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila PAS secara terang-terangan tidak menyokong pelantikan Wan Azizah.
 
Seterusnya PAS terus ditentang DAP apabila usul untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian hudud untuk dilaksanakan di Kelantan juga tidak mendapat persetujuan parti Chauvenis itu.
 
Dan episod perang mulut antara kedua-dua parti itu terus berkumandang di halaman media massa mendedahkan sikap sebenar pemimpin tertinggi Pakatan.
 
Secara jelas, hudud meretakkan hubungan PAS dalam PR apabila PKR sendiri sehingga kini tidak menyatakan pendirian sebenar berhubung pembentangan hudud yang dirancang PAS
 
 

Peguam Umno diberi hingga Jumaat jawab Majlis Peguam, peguam kanan

Posted: 26 May 2015 01:32 AM PDT

 OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


 Mahkamah beri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tempoh hingga Jumaat untuk jawab pembelaan Majis Peguam Malaysia dan 2 peguam kanan berhubung tuntutan saman fitnah yang difailkannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.Mahkamah beri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tempoh hingga Jumaat untuk jawab pembelaan Majis Peguam Malaysia dan 2 peguam kanan berhubung tuntutan saman fitnah yang difailkannya. – Gambar fail The Malaysian Insider

























Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Majlis Peguam Malaysia dan 2 peguam kanan, diberi tempoh hingga Jumaat untuk menjawab kepada pihak pembelaan.

Peguam Andrew Chiew yang mewakili Majlis Peguam dan bekas presidennya, Christopher Leong berkata Hakim Datuk Asmabi Mohamed membuat perintah itu dalam kamar susulan permohonan peguam Shafee.

Difahamkan permohonan semalam adalah lanjutan kali ketiga diberikan kepada Shafee.


Katanya, pengurusan kes sepatutnya diadakan pada 1 Jun dengan kemungkinan tarikh perbicaraan ditetapkan. Chiew berkata Asmabi akan menyampaikan keputusannya pada 23 Jun sama ada untuk melanjutkan lagi injunksi Shafee menghalang sebarang perbincangan berhubung tindakannya ketika mengadakan jelajah susulan sabitan kesalahan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 31 Mac, Shafee yang diwakili Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin memperoleh injunksi baru untuk memelihara tindakan anak guamnya terhadap Majlis Peguam, Leong dan peguam Tommy Thomas dan Tan Sri V C George.

Shafee memfailkan tuntutan saman fitnah itu serta injunksi menghalang 4 individu itu daripada berbincang mengenai tindakannya ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam pada 14 Mac.

Beliau memperoleh perintah injunksi 21 hari secara ex-parte pada 13 Mac untuk menghentikan peguam berkenaan daripada mendebatkan usul difailkan oleh Thomas dan disokong George pada AGM itu.

Thomas dan George menggesa Majlis Peguam mengambil tindakan terhadap Shafee kerana tindakannya susulan sabitan bersalah Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar.

Mereka berkata dari tempoh Mahkamah Persekutuan mensabitkan Anwar bersalah pada 10 Februari, Shafee berkelakuan menjijikkan yang menjejaskan kehormatan terhadap profesion guaman.

Shafee menyertai siri jelajah untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan dan dikatakan bertindak mendedahkan bukti yang diberikan secara tertutup di mahkamah ketika perbicaraan.

Dalam usul mereka yang diserahkan untuk AGM itu, 2 peguam kanan berkenaan mendesak majlis membuat laporan polis terhadap Shafee dengan Lembaga Disiplin Peguam Cara dan Peguam Bela.

Mereka berkata langkah seterusnya perlu diambil untuk menghalang Shafee membawa kehancuran kepada profesion guaman.

Shafee, yang dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Liwat II, dituduh dengan sengaja dan sewenang-wenangnya:

- Mengadakan sidang akhbar mengutuk Anwar yang tidak dapat memberi jawapan balas kerana sedang menjalani hukuman penjara;

- Mencari perhatian kepada kehebatannya, mendakwa sebagai pendakwa hebat;

- Merendahkan martabat Anwar dan pasukan peguamnya, dan pembelaan yang bergantung kepada prosiding mahkamah;

- Memberikan temu bual dengan media konvensional dan online mengenai pencapaiannya sebagai pendakwa; dan

- Menganjur serta menyertai siri jelajah seluruh negara dengan parti politik, dengan tujuan menghina banduan dan menarik perhatian terhadap peranannya dalam sabitan itu.

Shafee dikatakan melanggar Peraturan Profesion Guaman (Publisiti) 2001 yang melarang peguam daripada mempublisitikan diri mereka atau firma mereka dalam apa juga cara.


SPR: Keputusan merayu diketahui minggu ini

Posted: 26 May 2015 01:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung arahan semakan semula persempadanan bahagian pilihan raya negeri Sarawak dijangka diketahui minggu ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara sama ada untuk merayu keputusan pada 15 Mei lalu, yang mengarahkan SPR mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Peguam Negaralah akan tentukan untuk rayu atau tidak... beliaulah yang akan berhujah. Mungkin esok atau petang ini kita akan tahu (keputusan merayu atau tidak)," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 dan Hari Inovasi SPR 2015 di Putrajaya semalam.

Beliau berkata tindakan SPR selanjutnya bergantung kepada keputusan sama ada rayuan akan difailkan atau tidak oleh Jabatan Peguam Negara.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata jumlah representasi bantahan sebanyak 86 yang diterima adalah yang tertinggi dalam sejarah mengendalikan proses kajian semula persempadanan di Sarawak.

Beliau berkata representasi bantahan itu diterima pada pameran kali pertama dan kedua dari pengundi di seluruh negeri termasuk kawasan pedalaman seperti Baram, Serian, Simunjan, Saratok, Mukah, Kapit, Hulu Rajang serta Sarikei.

Daripada jumlah itu, Abdul Aziz berkata, 51 representasi bantahan memenuhi peruntukan seperti dalam notis Syor-syor Persempadanan Semula, masing-masing bertarikh 5 Januari dan 30 Mac.

Proses kajian semula persempadanan mengambil masa kira-kira enam bulan sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak untuk pertambahan bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 82, katanya.

"Kita sangat puas hati kerana ini menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh SPR difahami oleh orang ramai dan mesej pada notis itu sampai kepada penduduk di kawasan terpencil yang terpaksa menaiki bot untuk sampai," katanya.

Di majlis itu, sebanyak 58 warga kerja SPR menerima APC 2014, 65 memperoleh sijil kepujian manakala 31 lagi yang akan bersara tahun ini menerima sijil persaraan. - Bernama


 

Usahawan Rompin terpaksa naik harga keropok lekor, kecilkan saiz

Posted: 25 May 2015 10:24 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Harga bahan mentah turut naik kesan rantaian akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.Harga bahan mentah turut naik kesan rantaian akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider,

























Seorang usahawan di Rompin, Zulfikri Ghazali, 26, terpaksa menaikkan harga jualan keropok lekornya selepas harga bahan mentah utama tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) turut naik bermula 1 April lalu.

Zulkifli berkata pada mulanya beliau mampu menyerap kenaikan harga gas memasak sebanyak RM1 kepada RM28 setong sejak Mac lalu.

Malah, beliau juga masih mengekalkan harga lama keropok lekor dalam tempoh sebulan selepas GST diperkenalkan.


"Namun kini sudah jadi sebaliknya, walaupun tepung ubi tidak dikenakan GST tetapi harganya tetap naik iaitu daripada RM41 bagi paket 20 kg kepada RM45 selepas GST dilaksanakan," katanya seperti dilaporkan Sinar Online, semalam. Beliau kini mengurangkan jumlah serta berat keropok yang dijualnya.

"Sebagai contoh, keropok lekor saiz kecil sebelum ini saya jual RM1 bagi lima batang tetapi sekarang terpaksa dikurangkan kepada 4 batang saja. Harga keropok lekor saiz besar masih kekal RM3 tetapi beratnya pula terpaksa dikurangkan.

"Saya tidak nafikan memang ada rungutan daripada segelintir pembeli namun ramai yang memahami dan sudah boleh agak akan berlaku kenaikan harga selepas GST dilaksanakan," katanya.

Rakyat akan tumbangkan BN meskipun PAS tinggal Pakatan, kata Mat Sabu

Posted: 25 May 2015 10:16 PM PDT

 OLEH KC NAZARI


 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bercakap ketika pembentangan tesis di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Mei, 2015.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bercakap ketika pembentangan tesis di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal,    





























PAS tidak perlu angkuh dengan sokongan yang dinikmatinya pada ketika ini kerana ia hasil bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, keazaman rakyat menukar kerajaan tetap akan diteruskan tanpa mengira sama ada parti Islam itu kekal bersama PR atau tidak.

"Rakyat akan pergi (tukar pemerintah) sama ada PAS ada atau tiada. Di sinilah kita beritahu PAS, jangan 'eksyen' (berlagak) sangat.


"Tanpa PAS, rakyat akan pergi juga untuk tukar pemerintahan," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur semalam. Katanya, trend itu dapat dilihat menerusi peningkatan undi majoriti diperoleh PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan jumlah peserta himpunan #KitaLawan baru-baru ini.

Beliau berkata, undi majoriti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap meningkat walaupun terdapat pelbagai "fatwa" dikeluarkan sewaktu kempen berlangsung.

Katanya, himpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur tetap menggamit kehadiran ramai orang walaupun ia tidak didokong secara rasmi oleh briged sukarelawan PAS, Unit Amal.

Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal itu berkata, kehadiran rakyat di jalan raya kini didorong kumpulan "kuasa ketiga" yang diketuai personaliti seperti Pengerusi Gerakan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Maria Chin Abdullah dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim.

"Kumpulan ini semakin membesar dan semakin berdikari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai tetamu dalam pembentangan tesis ijazah lanjutan oleh sarjana UM, Mohd Ikhwaniata Taib.

Ikhwaniata membentangkan tesis bertajuk "Perjuangan Mohamad Sabu dalam PAS 1978-2013" di Fakulti Seni dan Sains Sosial, UM.

Mohamad dalam ucapannya juga mengulangi kenyataan beliau kesal dengan sesetengah pihak yang dilihat seperti bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kekal berkuasa di Putrajaya atas nama 'pengislahan' (reformasi).

Katanya, berdasarkan keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini, sokongan kepada BN jatuh menyebabkan keadaan politik sekarang adalah yang terbaik untuk menukar kerajaan.

"Sebab itu kita tengok Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan gelisah.

"Tetapi dalam keadaan gelisah begitu ada yang pergi bubuh tongkat pula. Ini yang saya rasa pelik.

"Keluar kenyataan kita berpolitik bukan untuk ambil alih kerajaan, tetapi untuk buat pengislahan.

"(Katanya) kalau Najib sanggup buat pengislahan, kita tak payah tukar kerajaan. Bagi kita, tak wujud pengislahan tanpa tukar kerajaan," katanya.

Walaupun tidak menamakan sesiapa secara khusus, beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini.

Amar sebelum ini dilaporkan berkata, PAS sedia melupakan hasrat menawan Putrajaya asalkan impiannya melaksanakan hudud tercapai.

Sebelum kenyataan itu dikeluarkan, usul PAS meminda beberapa bahagian dalam rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan mendapat sokongan penuh semua wakil rakyat Umno Kelantan dan beberapa pemimpin Umno peringkat nasional.


Monyet punca 66% penyakit Malaria di M'sia

Posted: 25 May 2015 10:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebanyak 2,584 daripada 3,923 kes atau 66 peratus penyakit malaria di negara ini pada tahun lepas, dikesan berpunca daripada monyet (zoonotik) dengan membabitkan paling banyak pesakit di Sabah, Sarawak dan Kelantan.

Ketua Sektor Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Dr Rosenani Mudin berkata 730 kes atau 19 peratus jangkitan malaria berpunca daripada pekerja asing di sektor perladangan.

Berdasarkan statistik, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini hingga Mac lepas, 356 kes atau 67.6 peratus daripada 527 kes malaria dikesan berpunca daripada monyet, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Malaria Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan di Hospital Gua Musang (HGM) di Gua Musang semalam.

ADUN Galas Ab Aziz Yusof merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dr Rosenani menjelaskan wabak malaria itu berlaku apabila nyamuk tiruk yang menggigit monyet mempunyai malaria, dan nyamuk yang sama kemudiannya menggigit manusia.

Beliau berkata secara keseluruhan kes malaria di negara ini menurun secara mendadak berikutan pelbagai usaha dan langkah susulan pihak kementerian itu dengan melakukan pemantauan dan kawalan.

Katanya berdasarkan rekod kes malaria pada 1990-an, lebih 50,000 kes dicatatkan di seluruh negara dan jumlah itu turun mendadak sehingga 3,923 kes
pada tahun lepas dan dijangka terus menurun pada tahun ini, dengan kerjasama pelbagai pihak untuk mencegah penularan wabak tersebut.

"Kes kematian akibat malaria juga turun dengan seorang kematian dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat dua kematian," katanya. - Bernama


 

Dewan Rakyat ribut sebab Wan Azizah

Posted: 25 May 2015 10:07 PM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) hari ini kecoh apabila ahli Parlimen BN perang mulut dengan ahli Parlimen PR kerana Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kekecohan tercetus apabila ‎Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) mencuit status Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) yang didakwanya diperalatkan oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dengar ucapan beliau (Wan Azizah) bahawa ada beberapa elemen yang dibincangkan dengan bekas Permatang Pauh (Anwar). Bincang turun katil. Ia lah suami isteri kan...Tapi sekarang tak lagilah," katanya.

Khalid Samad (Pas-Shah Alam) kemudian bangkit mencelah dan menyatakan bahawa Azalina sudah kekurangan idea hingga menyentuh soal suami isteri.

"...Datuk Speaker, kita sedang bincang tentang RMK11. Nampak sangat Pengerang tak ada 'point'," katanya.

Kemudian Azalina menambah, "‎janganlah kita menggunakan wanita sebagai alat politik untuk mendapat simpati."

Selepas itu, suasana dewan hingar bingar apabila Khalid terus bangkit mencelah namun tidak dibenarkan Azalina.

Namun apabila diberi laluan, Khalid menyifatkan Azalina sebagai wakil rakyat perempuan tidak iktiraf kemampuan wanita.

"Saya cukup terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerang. Apabila letak perempuan di situ (Ketua Pembangkang) seolah-olah wanita itu tidak ada kemampuan.‎ Sebagai seorang ahli Parlimen wanita, sepatutnya Pengerang mempunyai sikap yang positif atas dasar kemampuan memimpin yang terbukti...ini bukan kali pertama.

"Dulu apabila Anwar dipenjarakan buat kali pertama, Permatang Pauh telah diambil oleh Azizah. Kali ini, sekali lagi Permatang Pauh memberikan kemenangan yang cemerlang.‎Sterotaip apabila letak perempuan, atas sebab simpati, kesian. Sedangkan kemampuannya ada...terbukti. Saya minta Pengerang menarik balik kenyataan tidak berasas itu," katanya.

Disusuli beberapa wakil pembangkang yang lain, Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang) dan G Manivannan (PKR-Kapar)‎ yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tuduhan Azalina itu.

Kemudian Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong)‎ turut bangkit mempertahankan Azalina.

"Memang betullah Permatang Pauh diberi peluang untuk menjadi Ketua Pembangkang...iktiraflah. Tapi saya percaya, bukan semua mengiktirafnya.

"Pas pun saya ingat hanya Shah Alam sahaja yang mengiktiraf," katanya.

Keadaan itu berterusan untuk beberapa minit sebelum ia ditenangkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.


'Saya orang pertama akan tentang k'jaan perpaduan'

Posted: 25 May 2015 09:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS mahu ditamatkan tuduhan bahawa ia akan mengkhianati Pakatan Rakyat dan masih berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Ini ekoran kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan boleh mati dalam masa dua minggu jika mereka yang mahukan kerajaan perpaduan, menang dalam pemilihan PAS.

Manakala anaknya, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata hati Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bersama Umno.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan telah disangkal berulangkali oleh parti itu, termasuk oleh Majlis Syura yang anggotanya dituduh bersekongkol dengan Umno.


"Saya turut memberi jaminan tidak ada pihak di dalam PAS  yang ingin membawa kepada penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional, tetapi sekiranya ada, saya akan menjadi orang pertama yang menentang usaha tersebut.," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

"Saya menyeru kepada semua pihak di dalam Pakatan Rakyat agar berjiwa besar dan optimis dalam mempertahankan kerjasama ini.

"Usahlah terlalu bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan yang kian longgar ini.

"Pada saat Umno-BN sedang mengalami krisis kepercayaan rakyat, sewajarnya Pakatan Rakyat memperkukuh dan mempertahankan kerjasama yang telah dibina selama ini," tambahnya.

Beliau menambah bahawa keputusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud adalah hak demokrasi PAS yang telah diberi amanah untuk mentadbir negeri itu sejak tahun 1990.

Ia tiada kaitan dengan kerjasama dengan Umno, katanya, dan Umno atau DAP boleh memilih untuk menolak Rang Undang-undang (RUU) Persendirian presiden PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud.

"PAS akan akur dengan apa jua keputusan dibuat di Parlimen sama ada menerima mahupun menolak cadangan pindaan akta tersebut," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menggesa DAP menghentikan menyerang PAS dan Hadi.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga menggesa DAP untuk menunggu keputusan pilihan pemilihan pucuk pimpinan PAS pada 4 Jun sebelum mengulas.
 
 

'Idea k'jaan perpaduan tak pernah dipersetujui'

Posted: 25 May 2015 09:51 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang menafikan bahawa idea kerajaan perpaduan (UG) pernah dipersetujui selepas krisis politik yang menyumbang kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada sebarang keputusan yang dibuat memandangkan Mursyidul Amnya ketika itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Sebenarnya makna UG ialah semua parti bergabung dan menjadi kerajaan. Tapi idea itu hanya dilontarkan begitu sahaja dan tak ada satu keputusan," kata Ahmad ketika diwawancara Malaysiakini.

"(Bagaimanapun), akhirnya timbul bahawa (UG) itu di definisikan kepada rundingan antara PAS dan Umno dan ia ditentang keras oleh Nik Aziz. Jadi UG tak jadi dilaksana," katanya yang menjadi pesuruhjaya negeri itu pada ketika itu.

Ahmad yang akan mencabar Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti bulan depan berkata, idea kerajaan perpaduan tersebut juga tidak mendapat sambutan daripada mana-mana parti.

Malah pada masa yang sama, Ahmad itu berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melobi beberapa ahli parlimen Sabah supaya menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, rancangan untuk menggulingkan kerajaan BN pada 16 September 2008 itu juga tidak berjaya, kata Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS .

"Benda itu semua gagal," katanya lagi.

Ditolak ahli


Ditanya sama ada Muktamar PAS kali ke-61 menjadi penentu pembentukkan kerajaan perpaduan, tokoh agama dari Gunung Semanggol, Perak itu berkata perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ia ditolak oleh ahli parti.

"Setakat saya melihat, Pakatan Rakyat yang menjadi keputusan parti sejak muktamar sebelum ini.

"Belum ada mana-mana pihak pun khasnya Majlis Syura mengeluarkan pendapat atau berbincang supaya mengkaji agar PAS meninggalkan Pakatan. Tak pernah timbul.

"Jadi status quonya ialah PAS tetap dalam Pakatan dan tak timbul isu kerajaan perpaduan. Itu pastinya bercanggah dengan pendirian majoriti ahli PAS," kata Ahmad.

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' pada Selasa, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak dan mendakwa dipersetujui Anwar dan Nik Aziz.

Presiden PAS itu berkata pada masa itu, BN cuba nak pancing wakil rakyat PAS dan menegaskan parti itu tidak akan mengulangi sejarah untuk menyertai BN.

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Anwar dan Nik Aziz. Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya." kata Hadi.

Bagaimanapun, kenyataan Hadi itu dinafi sekeras-kerasnya oleh PKR apabila parti itu berkata, Anwar atau mana-mana pemimpinnya tidak pernah bersetuju dengan idea untuk bergabung dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan. 
 
 

Jakim tarik sijil halal Secret Recipe

Posted: 25 May 2015 09:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Hab Halal jabatan Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan sijil itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Penarikan sijil tersebut berkuatkuasa 7 Mei lalu.

Katanya, bahagian tersebut telah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.

Kes 1MDB: Bank Negara terima laporan Singapura

Posted: 25 May 2015 09:47 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bank Negara mengesahkan menerima laporan dari bank pusat Singapura berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore mengenai akaun yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, Bank Negara menerima laporan itu dari Monetary Authority of Singapore (MAS).

"Maklumat itu akan diberikan kepada agensi lain mengikut bidang kuasa Malaysia," katanya dalam satu sidang media.

Zeti bagaimanapun enggan menamakan agensi yang menerima maklumat berkenaan untuk menjaga kerahsiaan maklumat tersebut.

"Masyarakat antarabangsa tidak akan bekerjasama dengan kita (pada masa depan) jika kita mendedahkan maklumat yang diberikan kepada kita.

"Oleh itu, (pendedahakan maklumat) akan menamatkan segala siasatan, jika kita bercakap mengenainya," katanya.


Adik PM: Tindakan 1MDB tidak boleh diterima

Posted: 25 May 2015 09:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau tidak dapat menerima keputusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk tidak hadir ke siasatan parlimen berhubung masalah firma itu.

Pengerusi kumpulan perbankan CIMB itu berkata, bekas ketua pegawai operasi 1MDB, Datuk Shahrul Halmi dan penggantinya, Arul Kanda sepatutnya hadir untuk siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana firma tersebut "mencetus krisis nasional".

"Syarikat anda mencetuskan krisis nasional dan anda boleh pula terlalu sibuk untuk menghadapi (siasatan) parlimen? Ini tidak boleh diterima," kata Nazir.

Adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu memuatkan tulisan itu melalui akaun Instagram.

Beliau pada April lalu turut mengecam 1MDB kerana tidak hadir ke persidangan Invest Malaysia untuk menjelaskan isu yang menghurung firma tersebut.

1MDB dalam kenyataan semalam menjelaskan tarikh yang ditetapkan untuk memberi keterangan di PAC itu bertembung dengan satu temujanji di luar negara.

Firma itu juga menyatakan bahawa Arul Kanda, Shahrol Halmi dan anggota lembaga pengarahnya akan memberi kerjaasama dan hadir ke siasatan PAC.

"Tarikh ini sedang diputuskan kerana tarikh yang dicadangkan sebelum ini bertembung dengan tarikh yang dijadualkan untuk komitmen di luar negara.

"Arul Kanda dan Datuk Shahrol Halmi menanti-nanti peluang untuk hadir ke siasatan jawatankuasa ini dan menjelaskan kedudukan 1MDB," kenyataan itu dipetik.




Wan Azizah yakin PR tetap tadbir Selangor

Posted: 25 May 2015 09:41 PM PDT


 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan perasaan optimis bahawa kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal dibawah  pentadbiran  PR sepertimana sekarang.

Katanya, walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat di bawah pimpinan PR di Selangor kini, namun perkara itu tidak menjadi sebab untuk PR hilang kuasa di Selangor.

‎"Sekarang masih boleh dibincangkan sebab kita rasa bahawa kerajaan Selangor kekal sebab apabila kita ada kelainan (pendapat) sedikit tetapi berpegang kepada prinsip bahawa kita masih kerajaan yang memerintah di Selangor," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta untuk mengulas implikasi yang akan berlaku di Selangor, sekiranya Pas mengambil tindakan untuk menarik diri daripada menjadi salah satu rakan komponen PR di Selangor.

Sementara itu ketika mengulas mengenai suasana PR sekarang, Wan Azizah berkata, sekarang adalah tempoh bertenang bagi ketiga-tiga parti komponen tersebut.

"Kita sekarang dalam tempoh bertenang. Kita akan melihat sebagai (tempoh) menyejukkan suasana sekarang untuk ketiga-tiga parti," katanya.

Pada masa kini, masa depan PR di Selangor, bergantung kepada dua wakil rakyat Pas– Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Hasnul sudah memberi gambaran beliau tidak akan mematuhi keputusan parti jika Pas keluar daripada Pakatan.

Jelasnya, beliau mempertahankan kerajaan negeri PR walaupun berlaku dewan tergantung.

‎Buat masa ini, katanya, Pas masih menjadi sebahagian daripada Pakatan dan belum ada lagi keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP serta PKR.

Sebelum ini, ‎Hasnul dan Saari pernah mengingkari keputusan pucuk pimpinan Pas  apabila mereka menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor ketika krisis kepemimpinan Selangor dahulu.

Selepas campur tangan sultan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengambil alih sebagai MB berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti.

Kini, Pas dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi manakala PKR ada 13, tidak termasuk Abdul Khalid yang kini wakil rakyat Bebas.

Terdapat 56 kerusi dalam Dun, bermakna 29 kerusi diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah.

Jika semua wakil rakyat Pas berundur, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.


Tiada ulasan: