Ahad, 24 Mei 2015

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Inikah dosa - dosa Dr Mursi ....

Posted: 24 May 2015 12:09 AM PDT

Dosa Morsi adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat.

Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan.

Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.

Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.

Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah dosa insan bernama Morsi...

Siapa Dr. Mohd. Mursi?

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran

2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa

4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu
Perti Kebebasan dan Keadilan

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Israk Mikraj, Ujian, Teladan kepada Pejuang Islam

Posted: 24 May 2015 12:05 AM PDT

Oleh Idris Ahmad

Isra' Mikraj adalah peristiwa yang menjadi ujian keimanan pada masa itu. Orang Islam diuji dengan peristiwa yang menguji keimanan mereka. Mereka yang cekal keimanan seperti Abu Bakar al-Siddiq menerima sahaja pengkhabaran ini tanpa berbelah bagi. Pada beliau apa yang disampaikan oleh baginda akan diterima tanpa banyak soal. Kerana beliau yakin individu yang bernama Muhammad SAW seorang yang jujur dan amanah.

Kita boleh bertanya diri masing-masing, apakah situasi kita jika sempat berada di zaman Nabi SAW?. Bersama Abu Jahal kah atau bersama Abu Bakar al-Sidiq. 


Peristiwa Isra' Mikraj banyak memberi pengajaran kepada kita sebagai anggota di dalam Harakah Islamiah Pas. Kita mesti yakin dengan dasar yang Pas bawa. Samaada waktu menang atau kalah Kita mesti terus istiqamah dengan Islam. Inilah landasan yang telah kita bina sejak tahun 1951. Pasang surut di dalam perjuangan adalah lumrah. Ia sebagai satu proses untuk menguji ahli dan pemimpin samaada sabar atau tidak. Jangan kita gopoh untuk mendapat kemenangan sehingga kita lupa asas perjuangan. Kadang-kadang kita sudah hilang adab dalam berjamaah. Bermusuh sesama sendiri, kutuk sesama sendiri. Sehingga sudah tidak tahu membezakan antara prinsip dan strategi. Hendak menjaga hati orang luar, lebih daripada hendak menjaga hati sesama sahabat. Manakah sikap kita sebagaimana Firman Allah SWT " Merendah diri dengan orang Mukmin dan menujukkan izzah dengan orang bukan Islam"

Yang paling sedih sehingga ada yang  mencadangkan Pas ini perlu menjadi parti politik, bukan sebagai sebuah gerakan Islam. Dengan andaian Pas tidak akan maju selagi masih menjadi Harakah Islamiah. Pas tidak maju jika masih hendak mengambil kira hukum dalam semua hal. Fahaman ini cukup merbahaya jika kita mengambil sikap demikian. Pas mampu bertahan kerana kita tidak memisahkan dengan gerakan dakwah. Di sinilah ada keberkatan dan semangat untuk orang lain bersama dengan Pas. Umno yang menjadi saingan Pas pada hari ini sudah berada dihujung senja. Ideologi mereka sudah tidak relevan. Ia mampu bertahan kerana ada kuasa sahaja. Jika mereka hilang kuasa, maka Umno akan diletakkan di Muzium sahaja.

Ia berlainan dengan Pas, kerana tegak di atas manhaj yang jelas dan dasar yang jelas.

Isra' Mikraj merupakan medan ujian keimanan. Begitulah juga kita, berjuang bersama dengan Pas kerana keyakinan dengan dasar. Seandainya tujuan duniawi maka kita tidak kesampaian bersama dengan Pas. Barang pasti apabila kita bersama dengan Pas kita sudah berjaya melawan musuh dalam dan luar.

Segala tawaran dan habuan dunia ditolak jika bertembung dengan kepentingan agama. Inilah nilai keimanan yang sudah dipahat di dalam dada setiap anggota Pas.

Puak kafir Quraish menolak pengkhabaran yang disampaikan oleh baginda. Mereka mengukur dari ukuran dunia, bukannya wahyu. Mereka menggunakan akal,  tidak boleh menerima Nabi SAW ke Masjidil Aqsa dan ke Sidratul Muntaha dalam masa yang singkat. Kebiasaan mereka ke Palestin daripada Makkah memakan masa selama 40 hari 40 malam. Semuanya gara-gara kerana menggunakan akal.

Perjuangan Islam juga jika menggunakan akal, sama seperti puak-puak kafir Quraish yang menolak peristiwa Isra' Mikraj.  Perjuangan berteraskan Iman memerlukan kepada kesabaran yang tinggi untuk meyakinkan seruan perjuangan diterima.

Sikap Nabi SAW telah menjadi suri teladan kepada kita. Baginda yakin terhadap apa yang baginda bawa. Ummu Hani' pernah melarang baginda daripada menceritakan kepada orang ramai, kerana yakin orang Quraish akan menolak cerita tersebut. Baginda menjawab dengan tegas, samaada orang percaya atau tidak ini bukan urusan beliau, kewajipannya hanya menyampaikan risalah ini kepada orang ramai. Inilah qudwah yang wajib diteladani oleh kita sebagai anggota harakah Islamiah. Tidak takut dengan penolakan orang, yang penting risalah mesti disampaikan.

Keunikan Masjid Nasir al-Mulk Yang Penuh Dengan Warna

Posted: 24 May 2015 12:04 AM PDT

Ini adalah masjid Nasir al-Mulk di Shiraz, sebuah bandar di selatan Iran. Masjid ini telah berusia hampir 150 tahun dan ianya masih kekal digunakan sehingga hari ini. Pembinaan masjid ini sungguh mengagumkan dengan hasil seni bina Islam yang kemas dan bermacam-macam warna.















Jangan biarkan teknologi hancurkan manusia

Posted: 24 May 2015 12:01 AM PDT

Oleh DR. Azizan Baharuddin 


TEKNOLOGI adalah apa sahaja yang boleh membantu, memperkuat dan memperkembangkan deria manusia. Contohnya mikrofon menguatkan dan memanjangkan suara manusia, cermin mata membantu penglihatan, roda dan kereta memudahkan perjalanan dan lain-lain.

 Teknologi boleh saja berbentuk alat atau idea, satu sistem mahupun mekanisme melaksanakan atau memenuhi sesuatu tugasan atau keperluan.

Pun begitu, mutakhir ini begitu kerap kita mendapat berita tentang jenayah yang kalau diperhalusi dibantu oleh teknologi yang canggih dan terkini.

Satu kes yang boleh dijadikan contoh adalah yang melibatkan anak muda rakyat negara ini yang luar biasa kelebihannya dalam bidang yang dianggap sukar dikuasai iaitu Matematik. Atas sebab-sebab yang mungkin (menurut pakar psikologi) melibatkan pengalaman penderaan seksual zaman kanak-kanaknya, anak muda yang penuh potensi ini terdorong atau ketagih untuk menggunakan teknologi ICT untuk menyimpan, mengumpul bahan-bahan lucah (gambar dan video misalnya) dalam jumlah yang tidak kurang daripada 30,000 banyaknya.

Darjah kelucahan bahan-bahan ini menurut polis di London di mana anak muda itu ditahan adalah yang amat teruk yang dikategorikan sebagai 'gred A'. Kemudian kita mendengar pula nasib malang dua kanak-kanak perempuan (7 dan 3 tahun) yang telah kehilangan ibu bapa dan adik perempuan mereka akibat dilanggar oleh kereta (teknologi) berkuasa rendah (dan dengan itu ringan dan mudah tidak stabil apabila dipandu laju) dengan kelajuan yang setara dengan kelajuan perlumbaan di Litar F1 misalnya.

Kita juga baru-baru ini turut membaca mengenai dua pelajar sekolah tingkatan 2 di sebuah sekolah yang ternama di Melaka menggunakan teknologi telefon bimbit untuk merakamkan aktiviti penggunaan tandas oleh beberapa orang guru (perempuan).

Satu pengajaran yang boleh kita simpulkan daripada contoh-contoh yang diberi ini ialah memanfaatkan teknologi adalah nikmat Allah kepada manusia dan satu perkara yang menuntut penggunanya mempunyai disiplin dan ilmu. Ilmu melibatkan pemahaman tentang kesan penyalahgunaan teknologi itu kepada manusia sementara disiplin memerlukan kita menahan nafsu apabila menggunakan teknologi.

Semakin canggih teknologi, semakin besar risiko atau bahayanya jika disalahgunakan. Kajian sains tentang berbagai penyalahgunaan teknologi misalnya memberitahu ada kesan buruk dan merosakkan apabila teknologi digunakan untuk memberi "kepuasan" semata-mata kepada manusia.

Misalnya, teknologi kereta, memandu laju 'memberikan' kepada 'penggemar' kelajuan, rasa 'keterujaan' dan 'rangsangan' yang tinggi. Hakikatnya dari segi fizikal dan emosi perlakuan pemanduan laju itu sendiri adalah sesuatu yang 'berbahaya'. 'Bahaya' mencetuskan hormon adrenalin dalam badan yang meningkatkan aktiviti jantung, paru-paru dan otot. Ini bermakna fungsi lain seperti pencernaan makanan, sistem reproduktif dan aktiviti-aktiviti otak yang mengawal mood, motivasi dan ketakutan akan terganggu.

Sekiranya kerap badan dirangsang secara tiruan begini kesan buruknya termasuklah sakit jantung, kerosakan sistem memori dan konsentrasi, masalah berat badan, kemurungan dan lain-lain masalah serius. Sistem 'flight or fight' melibatkan hormon adrenalin ini adalah satu mekanisme yang fitrah/tabii manusia mempertahankan diri yang dijadikan oleh Allah dalam diri manusia apabila diancam bahaya.

Sekiranya disalahgunakan maka kerosakan akan berlaku. Inilah dosa yang berasal daripada perkataan Sanskrit 'dhosa', yang bermaksud kezaliman, kehancuran, kerosakan akibat manusia melanggar peraturan dan undang-undang.

Ada yang mengatakan undang-undang jalan raya (seperti mematuhi had laju) tidak ada dalam al-Quran. Benar tetapi al-Quran dan Hadis membuahkan prinsip Maqasid Syariah iaitu syariah (bersumberkan al-Quran dan Hadis) bertujuan memelihara iman, nyawa, harta, keturunan dan akal. Dengan sengaja memandu laju khususnya di jalan logik/akal yang juga telah dibekalkan Allah kepada manusia, memberitahu kita bahawa hampir kesemua prinsip maqasid ini telah pun kita langgar.
PENULIS ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).-U/M

Kehancuran Yang Berbaloi ?

Posted: 18 May 2015 12:13 AM PDT

Oleh Edy Noor Reduan

Bila berada dalam keadaan tertekan, siapa pun boleh jadi bertindak di luar batasan, sifir perkiraan menjadi songsang, kesabaran hilang punca, kewarasan menjadi tipis, kemarahan tidak mampu ditampung, tindakan liar tak mampu dibendung.

Itulah yang berlaku di stadium Terengganu malam semalam. Perlawanan di antara pasukan Terengganu menerima kunjungan singa muda dari Singapura untuk timbal semula separuh akhir Piala FA. Perlawanan berkesudahan dengan singa muda layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu Kelantan, dengan pengadilan yang disaksikan berat sebelah.

Bukan sekadar menang-kalah bolasepak, bukan tidak biasa pengadil berlaku tidak adil, ia kerap sahaja berlaku memandangkan FAM itu sendiri tiada kualiti sejak turun temurun maka mutu pengadilan juga agak 'low class'. Bukan sekali keputusan upset luar biasa menjadi ratapan penyokong bolasepak, ia berlaku di mana-mana. Lagi pun ranking bola sepak negara meng'gua' di tangga 167 dunia, dari 199 tangga, apa nak gaduh?
 
Soalnya mengapa rusuhan itu berlaku? Apakah yang mempengaruhi penyokong sehingga sanggup membakar stadium sultan terengganu? Mereka bukan di bawah pengaruh alkohol, apakah punca mereka begitu berani demi bolasepak tangga 167 dunia?

Dari pengamatan halus saya dan secara logiknya, apabila saluran usus kosong, salur nafas pun sempit dengan tusukan injap jantung yang tidak menentu lantas memacu deras adrenalin negetif. Maka situasi ini menyebabkan kecelaruan dalam pemikiran berpunca dari 'pressure' tinggi pada salur sel-sel otak yang berhubung. Waktu ini jangan kata stadium, malah istana pun boleh terbakar.

Jangan dipandang sebelah mata peristiwa bakar stadium ini, jangan hanya kira dari sudut bolasepak semata, ia masih bukan soal menang-kalah suatu pasukan. Ia soal tindakkan menembusi batas norma.
Hujung tahun 2013, saya pernah menjangkakan bahawa rusuhan besar bakal berlaku pada tahun 2017, iaitu setahun sebelum mandat penggal ke 13 tamat. Punca asalnya ialah penafian demokrasi apabila rakyat tidak diberi pilihan untuk ubah pentadbiran negara. Kesengsaraan ekonomi pula menjadi pencetusnya.

Saya kira, rakyat terbanyak berdepan dengan pelbagai kecurangan ekonomi yang menyebabkan kehilangan kualiti hidup dalam skala yang besar. Duit tak cukup hingga hujung bulan ketika hutang sudah capai 'exceed'. Suami isteri kerja pun masih tak cukup, malah dengan tambahan kerja sebelah malam juga masih tidak cukup makan. Maka tahun 2017 adalah 'klimex'nya.

Namun dari suasana sosio ekonomi rakyat hari ini yang sangat terkesan dengan kezaliman dan penindasan regim pentadbiran negara, ketika rakyat terus dimangsakan di atas kebodohan dan kerakusan pemerintah yang hidup mewah kaya raya, rusuhan besar yang saya katakan berlaku tahun 2017 itu meleset, kerana ia akan berlaku lebih awal dari jangkaan.

Rakyat semakin tertekan, ia boleh dilihat di mana-mana, di jalanraya, di rumah, di pejabat, di pusat sukan, di rumah mertua. Untuk menghilangkan rasa tertekan, hiburan menjadi rebutan. Lihatlah sekeliling, bukankah negara ini rakyatnya semakin tergilakan pelbagai jenis hiburan?

Satu cara yang betul untuk melepaskan tekanan ialah mencari sasaran sebenar, dan protes lah. Jika perlawanan bolasepak tidak adil, sasarannya ialah badan FAM. Jika kek ekonomi negara dibahagi dengan cara tidak adil, maka protes lah pemerintah.

Bagi kes di Malaysia, biasanya jalanraya menjadi lokasi pilihan untuk protes. Tidak seperti kebanyakkan negara luar yang memilih bangunan kerajaan termasuklah parlimen sebagai pilihan protes, dan ia ambil masa berminggu.

Ada yang menyindir kononnya rakyat tidak lagi peduli dengan perlawanan di jalanraya. Ternyata telahan mereka tersasar bila himpunan 1 Mei baru-baru ini mendapat sambutan dan bantahan GST menjadi antara faktor utama.

Harus diingat, selama ini himpunan besar seperti BERSIH dan Blackout 505 adalah berkisar bantahan terhadap demokrasi yang disailang oleh regim demi terus berkuasa. Kesannya hanya kemarahan sementara dan kehidupan harus diteruskan. Tetapi bilamana wang poket bocor siang dan malam kena sailang dek regim, saya percaya kesannya terus ke jantung kehidupan seharian ke sebulanan.

Tidak perlu saya cerita pasal kesan GST atau perihal 1MDB yang menyaksikan duit simpanan pergi haji pun dirompak. Bila tiba masanya, tidak perlu jemput rakyat turun ke jalanraya, meraka yang bocor poketnya ini akan turun protes di jalanraya secara automatik, mungkin lebih dari itu. Di sini bermulanya detik revolusi.

Bibit-bibit revolusi bercambah dari hari ke hari. Revolusi kecintaan terhadap tanahair, revolusi kasih sayang di antara kita marhein.

Apakah revolusi itu membentuk kehancuran? Tidak, revolusi itu adalah pembangunan. Padahal negara ini sememangnya sudah hancur dengan hutang hampir mencecah trilion. Hanya tinggal fizikalnya sahaja, isi dan organnya sudah hancur tunggu masa berderai.

Bukan saya minta negara ini hancur, tetapi sudah saya katakan tadi, negara sudah pun hancur. Hanya belum dapat dilihat dengan mata yang nyata. Hanya revolusi mampu menyelamatkan negara.

Kehancuran tidak mampu dielakkan, kita akan bina semula negara ini dengan sistem dan polisi yang baru, ya semestinya polisi sebuah negara rakyat dalam erti kata sebenar. Revolusi itu adalah kelahiran semula.

Ia mungkin satu proses yang panjang. Namun percayalah, ianya berbaloi demi masa depan anak-anak kita.

Percayalah juga, melepasi revolusi penuh kecintaan kepada tanahair ini akan menyaksikan rakyatnya tidak lagi tergamak buang sampah merata-rata, apatah lagi membuang anak merata-rata.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiada ulasan: