Sabtu, 30 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nik Aziz iktiraf Mat Sabu sebagai pejuang

Posted: 30 May 2015 09:41 AM PDT


Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu??? 

 Kata Tok Guru:-

 Aku nak mati dah sekarang ni. Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW. 

 Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu.

 Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan. 

 Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan. 

 Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat. Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua. 

 Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional.  Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adakan oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia. Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri.

 Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang. 

 Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan kerana My Card palsu. Bukan undi orang Bangladesh, Bukan undi orang Burma, Bukan undi orang Pakistan, Undi dari orang Pas. 

 Dia menang!!!!

 Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, masa di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu. Dua kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.

Dia tunduk kepada Umno kah? 

Dia sujud pada Umno kah?

Tidak!!!

 Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik Azhar hok jadi Pemuda Umno,  Mana baik? 

 Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah.  Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi. Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, tak ada matahari, manusia tak boleh hidup. 

 Siapa yang buat bumi? Allah. 

 Siapa yang buat langit? Allah.

 Siapa yang membuat kita? Allah. 

 Manusia atas dunia ni, atau pun kita panggil haiwan. Burung, dia boleh berkokok jer.Kucing boleh mengiong jer. Anjing boleh menyalak jer. Lembu boleh mengeboh jer. Manusia boleh belaka..

 Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh. 

 Yang tentukan manusia ni cakap saja tidak mengeboh, dia meong, tidak ada cara lain melainkan melalui Islam. Islam mengajar manusia, manusia kenal diri. 
 الذي خلف الموت والحياة ليبلوكم ايكم احسن عمل 
 Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya. 

Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu. Dia sangat dibenci oleh musuh.

 Alhamdullah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka. 

 Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang.

Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia. Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat. 

 Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini. Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad Sabu Insya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.

 Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.

 Takbir!

Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat 
di Di Muktamar Pas ke 57
Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar
4 Jun 2011 
(Rakaman transkrip diatas boleh di akses di sini)

Mat Sabu bantah rancangan Hadi bawa PAS keluar Pakatan

Posted: 30 May 2015 06:00 AM PDT

Krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat terus meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

 "Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).

 "(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS di Tumpat, Kelantan malam tadi.

 Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti.

 Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

 Ramai pemerhati politik melihat pemilihan PAS pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertandingan antara golongan ulama dan bukan ulama atau "Erdogan".

 Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada DAP, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 1980-an ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin PAS Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.

 "Bila lahir parti Semangat 46, PAS berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan UMNO dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (di Kelantan).

 "Ertinya sehebat-hebat (Allahyarham) Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya.

 Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti.- Bernama malaysiakini

Hj Hadi bawa PAS ke lorong mati ....

Posted: 30 May 2015 03:00 AM PDT

DAP tidak mampu menghalang tetapi hanya mampu untuk tidak bersetuju dengan cadangan Hj Hadi membawa rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentang di parlimen. 

Yang mampu membantu Hj Hadi dalam perkara tersebut ialah Umno.Umno telah memberikan janji untuk membantu memberikan jalan kepada PAS. Tapi jalan yang PAS sedang lalui mengikut road map Umno itu adalah lorong mati.... ikuti komen Lim Kita Siang seterusnya ....

Andainya PAS masih menaruh harapan untuk Umno membantu usaha parti itu membolehkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentang di parlimen, parti itu akan kecewa.

 Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, di sebalik janji yang ditabur Umno untuk PAS, rang undang-undang itu masih belum dapat dibentangan.

 Kata Lim, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sebenarnya berdepan dengan dilema antara mahu memuaskan hati ahli parlimen PAS dan mengelakkan kemarahan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang menentang rang undang-undang berkenaan.

 "Pilihan Najib adalah jelas. Dalam keadaan ini, bukan mengejutkan apabila usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul dalam kertas aturan parlimen untuk sidang yang berlangsung kini," katanya.

 Abdul Hadi mengemukakan usul berkenaan untuk kali pertama dalam sidang lalu (April) tetapi dimaklumkan kemudian bahawa ia akan dibawa ke sidang bulan ini.

 Lim berkata, Najib perlukan sokongan daripada 48 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa ketika pentadbirannya dikecam teruk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Namun, pada masa sama, kata Lim pakar strategi Najib berjaya menyebabkan kerosakan kepada Pakatan Rakyat apabila PAS menjauhkan diri daripada gabungan pembangkang itu kerana isu hudud berkenaan. ~ malaysiakini

Dari Khemah ke Rumah

Posted: 30 May 2015 12:00 AM PDT


Syabas diucapkan kepada Dato Husam yang menggerakan Yayasan Darul Hijrah hingga mampu membina rumah untuk mangsa Banjir Mega Kelantan sebanyak 12 buah, sama banyak dengan apa yang kerajaan negeri buat setakad ini.Kalau dihitung, rumah yang mampu dibuat oleh NGO kini adalah melebihi dari jumlah yang kerajaan negeri dan kerajaan Pusat siapkan yang hanya berjumlah 19 buah sahaja ....

Selain 12 buah rumah yang disiapkan oleh Yayasan Darul Hijrah, menurut satu laporan lagi, DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri sudah selesai membina 25 buah rumah baharu dan membaiki 35 buah mangsa banjir. Ikuti laporan berikut :

 Untuk makluman rakan-rakan, Yayasan Darul Hijrah sedang membina sebanyak 12 buah rumah kekal untuk mangsa banjir. 

 Nilai sebuah rumah ialah RM 42,000, jumlah keseluruhan perbelanjaan pembinaan melebihi RM 400, 000. 

Ini tidak termasuk operasi baik pulih rumah separa rosak yang sedang dijalankan oleh YDH.

 Rumah-rumah ini, kami berikan tanpa syarat. Ia ada rumah kekal. Ia adalah inisiatif kemanusiaan untuk melihat saudara kita gembira dan kurangkan kesengsaraan mereka. Saudara boleh melihat sendiri rumah yang sedang di bina di Dabong, Gua Musang dan Kg. Manjor Kuala Krai. 


Rakan-rakan boleh menderma melalui :

 Yayasan Darul Hijrah 
akaun Maybank 5660 1060 9934

dan email maklumat sumbangan ke darulhijrahmalaysia@gmail.com dan whatsApp ke 018-359 040.

Moga dimurahkan rezki.~ Dato Haji Husam Musa

Haji Hadi dah seropa Dr Zuhdi mulut ceret beret

Posted: 29 May 2015 08:28 PM PDT


Reaksi Lim Guan Eng (LGE) terhadap kenyataan Hj Hadi yang dikatakan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan isu Tabung Haji dan 1MDB, maka Guan Eng menerusi laporan media, telah menyuruh Hj Hadi supaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO secara terang-terangan sekiranya Presiden Pas itu berhasrat sedemikian.

 Pada masa sama, LGE turut dilaporkan sebagai berkata, Abdul Hadi juga bersikap seperti 'pemimpin UMNO' dan bersedia memutuskan hubungan dengan pakatan pembangkang ekoran isu kabinet bayangan.

Rentetan dari itu, maka tuduhan liar mula berselerak menghentam DAP. Waima maksud LGE dengan kata-katanya itu mahukan Hj Hadi lebih komited sekiranya Presiden Pas itu berhasrat mahu meneruskan tahalluf siayasi kerana Hj Hadi kerap gagal berbuat sedemikian. Tak perlulah Hj Hadi nak tersentap! 

Bukan LGE sahaja yang tidak setuju dengan Hj Hadi menyokong PM Najib, malah ramai lagi yang membantah sikap Hj Hadi tersebut yang seolah-olah memberi nyawa baru kepada Najib yang sedang kelupoq berdepan dengan tekanan parti sendiri! Umno sendiri amatlah terperanjat dengan sokongan Hj Hadi yang tidak semena-mena itu...Ada yang kata, sokongan Hj Hadi ini adalah kerana membalas budi Umno yang kononnya menyokong hudud ....alahai....

Tapi kenapa pula Hj Hadi dan puak-puaknya libatkan DAP dengan Muktamar dan pemilihan PAS pada 4-6 Jun nanti? Dr Zuhdi mulut ceret beret melalui fesbuknya menulis:
DAP MAHU MENGUASAI PAS MELALUI MUKTAMAR 
Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai PAS melalui Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha utk menyingkirkan pimpinan-pimpinan PAS yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada DAP. Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan-desakan DAP dalam mesyuarat-mesyuarat PR.
 Muktamar PAS yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP atau dengan perkataan lain mereka yang 'yes man'. Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era Kepimpinan Ulama, Presiden PAS yang kini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicabar. Pencabar kepada Presiden PAS sekarang ialah Ustaz Ahmad Awang, sememangnya dikenali seorang yang lunak terhadap desakan-desakan DAP.Boleh baca tulisan sepenuhnya di sini 
Kenyataan dario multb ceret beret Zuhdi dilihat disepakati bersama oleh Hj Hadi.Dalam kenyataan yang dirakam di sini.

Apakah benar tuduhan Hj Hadi yang menuduh calon lawannya (Ust Ahmad Awang) merupakan pemimpin yang DAP kehendaki kerana dia 
sependapat dengan DAP?

Misi Ust Ahmad Awang adalah jelas iaitu untuk memperkasakan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan dalam Muktamar PAS ke 58,59 dan 60 dahulu. Apakah Hj Hadi dan Zuhdi jentik-jentik mahu menuduh keputusan Muktamar PAS yang lepas-lepas itu adalah kerana ikut kehendak DAP?

Begitu celupar sekali mulut ceret beret Zuhdi. Amat dikesali sekali, seorang Tok Guru macam Hj Hadi boleh terikut-ikut kelaku yang menjatuhkan mertabat dirinya sendiri.

Tidak dinafikan, DAP lebih menyukai pemimpin yang tidak khianat dengan tahalluf yang dipersetujui bersama.Ust Ahmad Awang telah terbukti komitmennya bersama Pakatan di Perak.DAP sukakannya kerana sikap Ahmad Awang yang jujur dan setia. Beliau tidak buat U-turn sebagaimana Hj Hadi ; yang kerap buat U-turn hingga DAP sudah hilang kepercayaan kepadanya.

Tuduhan mengatakan Ust Ahmad Awang mudah disuruh buat begitu begini ikut apa kata DAP adalah fitnah Umno. Hj Hadi dan Zuhdi kini sudah memakai lidah Umno untuk menyerang Ust Ahmad Awang. Saya turut setuju dengan gesaan LGE, pergilah bergabung dengan BN, Umno kalau berhasrat demikian!

Saya ingin kongsikan di sini komen sahabat di fesbuk yang merakamkan :

Presiden terlalu lemah jika benar DAP boleh mencaturkan kepimpinan Pas, malunya ambo bila Presiden sendiri memperlekehkan jamaah yg dipimpinnya hampir 13 thn, tp masih ada ruang utk parti lain menguasai jamaah.
Tidak dinafikan, DAP lebih menyukai pemimpin yang tidak khianat dengan tahalluf yang dipersetujui bersama.Ust Ahmad Awang telah terbukti komitmennya bersama Pakatan di Perak.DAP sukakannya kerana sikap Ahmad Awang yang jujur dan setia. Beliau tiadak buat U-turn serbagaimana Hj Hadi ; yang kerap buat U-turn hingga DAP sudah hilang kepercayaan kepadanya.
Pas akan hancur bila Presiden sendiri memfitnah pemimpin2 kanan parti yg dipimpinnya, sebaliknya bersikap mesra dan percaya kpd musuh politiknya BN/UMNO Che Ibrahim Mohamed
catitan :  'mulut ceret beret' ~ pinjam kata-kata Cikgu Pa.

Tiada ulasan: