Sabtu, 23 Mei 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kelantan menang bola pun, depa ni tetap tak mampu nak tumpang gembira ....

Posted: 23 May 2015 09:52 AM PDT


Ipoh Mali : Purata Penyokong Kelantan Yang Pi Tengok Bola..Depa Habis kan RM 100 setiap sorang hanya untuk hiburan 2 jam.... 

jika RM 20 Di Kutip Setiap Sorang dari 50 ribu Penyokong tu.. Dapat lah RM 2 Juta.. 

Cukup lah Bina 50 Buah Rumah yang Berharga RM 40 Ribu Seorang.. Jika Kerajaan Negeri Boleh Tambah RM 2 Juta.. 

Cukup lah 100 Buah Rumah..


Kerajaan Negeri Janji Nak Bina 500 Rumah.. Tapi Dengaq Cerita baru 50 Biji jer Buat.. 

Itu pun campur Duit Derma.. Duit Kerajaan Pusat dan Sumbangan Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang..

 Inilah Orang Cakap.. " Menang Sorak.. Kampung Tergadai.."

Nik Abduh berdebat di parlimen pun takut.... dengan Suhaizan pun kecut?

Posted: 23 May 2015 03:00 AM PDT

Bola, Bola jugak. Mangsa Banjir masih tidur dalam khemah macam pelarian
Jangan Lupa!! Pesanan untuk Nik Amar dan Ahmad Yacob..dari Ipoh Mali.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berhasrat mencabar Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan parti dalam Muktamar Pas ke-61 pada awal Jun ini kerana kepimpinan pemuda di bawah Suhaizan adalah lembab.

 Walaupun sudah mencecah 45 tahun, dia mendakwa rakan-rakan politiknya mahu beliau kembali menerajui kepimpinan pemuda parti itu.

 Sementara itu, beliau menyambut baik cabaran Suhaizan untuk beliau berdebat namun beliau mengambil sikap untuk berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat berasaskan rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.

 "Saya pilih yang lebih bagus...(iaitu) untuk berdiam diri dalam tempoh ini sebab ini adalah pertandingan semasa sendiri yang tujuan kita sama, hanyalah mungkin berbeza ialah cara kepimpinan.

 "Ahli perlu melihat kepada rekod masing-masing, bukan hanya pemuda, tapi jawatankuasa Pas Pusat pun.

 "Jadi pemilihan ini cukup dilihat daripada rekod prestasi masing-masing, soal hendak bercakap pasal hala tuju itu, boleh kita cakap selepas dari ini (pemilihan)," katanya lagi. – Baca lagi di sini 

Woit! hebat sangat kah kamu Abduh? Semua orang tau Abduh ni jenis yang lembik…Lemah gemalai selama dia menjadi ahli parlimen mewakili Pasir Mas.

Anak almarhum Ust Fadzil Nor, Muhamad Faiz turut berasa risau jika Nik Abduh jadi Ketua Pemuda.

"Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat," Katanya  di sini

Apa prestasi yg cemerlang sangat pasal Abduh nih? Ramai yang nak tahu juga... Inilah yang patut dia dedahkan kepada kita... Kita juga nak tahu samada dia sudah ada blue print untuk mengemudi bahtera pemuda..tolong cerita sikit..


Penyandang KP, Suhaizan Kaiat mempelawa Abduh berdebat bagi mengetahui misi dan visi masing-masing.

"Perdebatan penting memandangkan pemuda PAS ingin tahu idea bakal pemimpin nombor satu sayap kanan parti Islam itu," kata Suhaizan.

 Ramai yang mendesak supaya Abduh berani menerima cabaran Suhaizan untuk berdebat dengannya.

 Ramai pemuda kawasan di seluruh negara menawarkan tempat untuk menaja perdebatan ini. Mereka mahu kedua-dua calon menjelaskan pandangan berkaitan isu politik negara, terutamanya dalam isu berkaitan anak muda. 

Agak mengecewakan kerana Abduh memilih untuk mengelak dari berdebat dengan Suhaizan. Memang selama ini pun kita kecewa dengan sikap Abduh di parlimen yang seperti itik lumpuh; tidak segarang sebagaimana Rafizi Ramli yang sentiasa segar dengan isu-isu baru yang  segar dan menggegarkan pihak lawan.

Ketika orang mempersoalkan mengenai kepincangan sistem kehakiman Negara, Abduh pi cerita pasal sistem pengadilan bola sepak….alahai Abduh!

 Antara contoh-conton soalan yang agak pelik yang beliau pernah kemukakan ialah :

 >YB Nik Mohamad Abduh (Pasir Mas) minta YB Menteri Belia dan Sukan mendedahkan statistik jumlah pemain bola sepak yang terpalit dengan najis rasuah dari tahun 2000 hingga 2012.

> YB Nik Mohamad Abduh (Pasir Mas) minta YB Menteri Belia dan Sukan berhubung cadangan penswastaan liga bola sepak negara. Sumber  di sini

Dia bertanyakan soalan-soalan macam itu entah apa tujuannya, hanya dia dan Allah sahajalah yang tahu....

Nak cerita panjang-panjang pun tak ada faedahnya. Harap para perwakilan fikirlah masak-masak.Terpulanglah kepada korang nak pilih siapa untuk jadi ketua pemuda.

Kita juga patut tahu apa peranan dia dalam pengurusan kebajikan mangsa Banjir Mega Kelantan? Puasa dah dekat... nak raya ....

Jadi ketua, tapi orang kalau yang dibelakangnya tak wala' kepada ketua pun tak ada gunanya kan?

Serangan gerila Najib ke atas Muhyiddin Yasin

Posted: 22 May 2015 11:43 PM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberi Cheek telah mengarahkan Ketua Pengarah JASA,Mohd Puad Zarkashi melancarkan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berikutan pendedahan klip video ucapannya yang menyanggah cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib menguruskan masalah pengurusan kewangan 1MDB yang melibatkan lebih RM 40 billion.

Logiknya Ketua Pengarah JASA terletak secara langsung di bawah Menteri yang berkenaan dan jika ini dilakukannya bersendirian maka berarti Menteri tidak lagi mempunyai kawalan keatas pegawainya yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

 Puad Zakarshi telah mengecam Muhyiddin dalam facebooknya sebagai Menteri Pelajaran yang malas mengadakan lawatan berbanding dengan beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran yang sanggup melawat ke sekolah -sekolah di daerah terpancil.

 Katanya sikap Muhyiddin itu menyebabkan pegawai-pegawai juga bersikap tidak mengambil berat menyebabkan semuanya hanya nampak elok dari atas sahaja.

 Inilah pertama kali dalam sejarah sejak wujud JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas)Ketua Pengarahnya yang terletak di bawah Menteri Komunikasi dan Multimedia mengecam seorang Timbalan Perdana Menteri . Ini mungkin oleh kerana perlantikan Puad Zakarshi terkecuali dari syarat mesti dari seorang yang tidak mempunyai kedudukan politik. Beliau berkedudukan sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

 Bagaimanapun ramai orang dengan mudah membuat persepsi dan konklusi oleh kerana tugas utama jabatan itu merangkumi perang saraf politik maka pengarahnya tidak mungkin akan bertindak sendirian tanpa arahan politik khusus nya dari menterinya sendiri. 

 Maka itu orang ramai dengan mudah membuat konklusi bahawa tindakan Dr Puad Zarkashi itu adalah dengan rastu atau arahan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia terutama ini berlaku berikutan dengan pendedahan video TPM yang mencabar cara tindakan Perdana Menteri.

 Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong -penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib.

 Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah bahawa ucapannya akan diketahui oleh Najib kerana turut hadhir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua-ketua UMNO di Janda Baik Pahang beberapa orang Menteri dan juga Menteri Besar Pahang.

 Maka itu samaada video ini sengaja di sebarkan untuk memburukan Muhyiddin supaya beliau dikesampingkan sebagai Timbalan Presiden yang tidak setia atau sebagai pembongkaran untuk mendapat sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Muhyiddin tidaklah menjadi persoalan kerana ucapan itu pasti terdedah.

 Saya mendapat maklumat dalam mesyuarat MKT yang lalu , Puad Zakarshi adalah yang paling kuat bersuara membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib di samping Tan Sri Muhyiddin memberikan pandangan terus terang dan amaran keras mengenai keloh kesah rakyat di akar umbi terhadap 1MDB.

 Selain dari penyebaran klip video yang meluas, ucapan Muhyiddin yang pedas itu juga telah disiarkan oleh semua akhbar perdana hari ini kecualiUtusan Malaysia. - sumber

Morsi dibuang ke Turki dengan perantaraan Arab?

Posted: 22 May 2015 07:28 PM PDT

Doakan smoga usaha Erdogan menyelamatkan
 Morsi berjaya
Akhbar Turki Takvim melaporkan bahawa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sedang berusaha untuk menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dari hukuman mati yang dijatuhkan keatasya pada hujung minggu.

 Akhbar itu melaporkan bahawa Erdogan, dengan perantaraan Saudi dan Qatar, memohon untuk memindahkan Morsi dari Mesir ke Turki.

 Menurut akhbar itu, Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi masih senyap mengenai isu ini, tetapi pada masa yang sama, beliau mahu menyingkirkan Morsi.

 Ia melaporkan bahawa Al-Sisi bertemu dengan Perdana Menteri beliau Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan Sedqi Subhi untuk membincangkan isu itu. Mehlib mencadangkan menghantar Morsi dalam buangan kerana negara akan menghadapi protes ganas jika dia telah dihukum mati. ~ sumber

Tiada ulasan: