WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Antara Jambatan Bengkok Dan Hati Bengkok Posted: 18 Apr 2015 02:39 AM PDT Shahbudin.comDalam temubual dengan TV3 baru-baru ini, Najib berkata, selain tidak bersetuju dengan BR1M, Tun Mahathir juga sebenarnya tidak puas hati kerana beliau enggan meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok itu bagi menggantikan Tambak Johor. Dalam reaksinya mengenai perkara itu, Tun Mahathir berkata, Najib sebenarnya pernah berjanji kepadanya untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi akhirnya mungkir janji setelah memperoleh kuasa. Kata beliau, kemahuannya terhadap pembinaan jambatan itu bukan bersifat peribadi atau berkaitan kontrak, tetapi demi masa depan negara serta kepentingan rakyat dan negeri Johor. Tambah Tun Mahathir lagi, beliau juga pernah membangkitkan perkara itu kemudiannya, tetapi Najib memberi alasan bahawa terdapat perjanjian yang memerlukan persetujuan Singapura jika ingin membina jambatan itu. Bagaimanapun, apabila bekas Perdana Menteri itu meminta Najib menunjukkan bukti adanya perjanjian itu, sehingga hari ini ia gagal dibuktikan. Tun Mahathir juga mendedahkan, berikutan dengan itu, Najib kemudiannya tidak bertegur sapa dengannya selama kira-kira enam bulan. Aduhhh....sampai begitu sekali sikap Najib terhadap Tun Mahathir! Kenapa Najib memberi alasan adanya perjanjian dengan Singapura itu? Adakah beliau lupa Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini? Jika perjanjian seperti ada ada, tentulah tidak mungkin Tun Mahathir bertindak mahu membinanya sebelum ini, termasuk sudah menyiapkan rekabentuk dan melantik kontraktor untuk membinanya. Dalam konteks ini, tidakkah Najib sedar bahawa Sultan Johor juga pada 2010 pernah menyuarakan agar dibina semula jambatan itu bagi kepentingan negeri dan rakyat Johor secara keseluruhannya? Apa yang jelas, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembinaan Jambatan Bengkok akhirnya seperti menikam dan memalukan dirinya sendiri. Ini kerana, melalui penjelasan Tun Mahathir itu, beliau dianggap sebagai pemungkir janji, sanggup memberi alasan yang tidak dapat dibuktikan dan kemudian melayan bekas Perdana Menteri yang disanjung dunia itu secara tidak wajar iaitu tidak menegur sapanya selama enam bulan. Ia juga menunjukkan layanan Najib terhadap Tun Mahathir lebih buruk daripada apa yang dilakukan oleh Pak Lah yang juga diserang dan dikritiknya sebelum in. Setidak-tidaknya Pak Lah tidak pernah sampai tergamak tidak mahu bertegur sapa dengan Tun Mahathir. Di pandangan umum, ketika Tun Mahathir cuba dikaitkan semula dengan Jambatan Bengkok, Najib sebaliknya dianggap mempunyai "hati yang bengkok". ( SH 17/04/2015 ) |
GAJI PENJAWAT AWAM PERLU DINAIKKAN Posted: 17 Apr 2015 10:07 PM PDT bila gaji Pak menteri dan ADUN naik mencanak...kakitangan kerajaan di bawah mengintai keadaan yang hampir sama sejak 1991 kata Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Tan Sri Ramon Navaratnam. UntukAhli Parlimen mereka mengundi untuk kenaikan gaji mereka. Rakyat siapa pula yang nak mengundi. Kan Najib dah janji nak bagi kenaikan jika laksanakan GST??? Tak la naik sampai 5k sekali naik....500 pun payah...... KUALA LUMPUR - Suruhanjaya tetap perlu ditubuhkan bagi membuat semakan gaji dalam perkhidmatan awam setiap lima tahun, kata Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Tan Sri Ramon Navaratnam. Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam terutama mereka yang berpendapatan rendah sambil menambah kali terakhir semakan gaji dilakukan adalah pada 1991. "Saya yakin terdapat rasa tidak puas hati dan kecewa kerana mereka bergelut setiap hari untuk meneruskan kehidupan dengan pendapatan rendah purata antara RM805 dan RM820 sebulan bagi gaji pokok. "Ini malah di bawah garis kemiskinan yang menetapkan pendapatan RM880 sebulan," beliau menulis dalam ruangan "Letters to the Editor" yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star, hari ini. Beliau membuat komen itu susulan pendedahan oleh Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda bahawa kira-kira 800,000 penjawat awam memperoleh pendapatan rendah pada purata RM850 sebulan. Beliau berkata, gaji rendah telah menjejaskan moral penjawat awam dan bersikap negatif dalam melakukan kerja mereka. Navaratnam berkata, orang ramai, khususnya pembayar cukai, yang mendakwa bahawa tidak harus menaikkan gaji walaupun penjawat awam berpendapatan rendah kerana produktiviti mereka rendah, perlu faham bahawa mungkin terdapat hubung kait antara gaji rendah dan produktiviti merosot. "Justeru, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan bagi kakitangan dalam perkhidmatan awam, terutama kumpulan berpendapatan rendah dengan memberi tawaran yang lebih adil," katanya. Beliau mencadangkan kerajaan menaikkan gaji minimum purata golongan yang terjejas itu supaya berada di atas garis kemiskinan RM880 sebulan kepada kira-kira RM1,200 sebulan. Pada masa yang sama, beliau juga meminta kerajaan mencapai persetujuan dengan Cuepacs dan meminta mereka meningkatkan produktiviti, melaksanakan disiplin yang lebih ketat dan meningkatkan dedikasi supaya perkhidmatan awam dapat memberi perkhidmatan lebih cekap kepada orang ramai. "Jadi tolong beri tawaran yang lebih baik dengan membayar gaji melepasi paras kemiskinan kepada penjawat awam yang bergaji rendah. Berikanlah maruah dan mereka akan respons dengan komitmen yang lebih besar untuk berkhidmat kepada negara," katanya. Navaratnam berkata, menaikkan gaji mereka juga akan membantu untuk mengurangkan ketidaksamarataan dan meningkatkan agihan pendapatan. "Lagipun, ahli parlimen dengan sebulat suara menyokong bagi kenaikan gaji lebih tinggi untuk diri mereka. Ini berlaku, walaupun ramai daripada mereka menunjukkan prestasi yang baik hanya dalam politiking dan penyebaran skandal dan pada masa yang sama mereka memperoleh pendaparan daripada sumber lain dan terlepas," katanya. Beliau berkata, secara alternatif, kerajaan perlu menswastakan lebih banyak perkhidmatan awam dan mendesak bagi produktiviti lebih tinggi daripada entiti swasta yang perlu bersaing untuk kontrak. Beliau menambah ini boleh mengurangkan saiz penjawat awam yang sekarang berjumlah 1.4 juta orang. - Bernama |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan