Rabu, 8 April 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MIMPI NGERI NAJIB

Posted: 08 Apr 2015 07:09 PM PDT







KOMENTAR
najib sedang diserang
najib sesak nafas
najib perlu bantuan
najib perlu sokongan

tapi
yang datang bersuara
yang datang ke hadapan
hanyalah tikus..opps..politikus kontot
dari politikus tak ada pengaruh
dari politikus tak ada penyokog
dari parti politik tak ada ahli
dari parti politik ellek YB

gedebe gedebe parti ketuanan melayu
gedebe united malays national organisation semua senyap sepi 

najib hanya menunggu masa
untuk ditendang keluar



Seluruh pemimpin, ahli UMNO perlu sokong Najib



Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berharap semua pemimpin dan ahli UMNO tidak saling menuding sebaliknya bersatu dalam membantu Najib selaku Presiden UMNO bagi mendepani segala kemelut atau isu yang dihadapi.

Ahmad Razif turut khuatir dengan konflik dan pergolakan dalam UMNO akan mengelirukan rakyat selain memberi ruang kepada pembangkang 'menangguk di air keruh' demi kepentingan politik mereka.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/seluruh-pemimpin-ahli-umno-perlu-sokong-najib-1.79178#sthash.9irnKXx9.dpuf

KAH KAH KAH

masih lama 
makin tersepit
makin lama 
makin dihimpit
siang dihimpit madey
malam dihimpit rosmah
kah kah kah
APA PUNYA HIMPIT

-------------

GERAKAN INI APA

Posted: 08 Apr 2015 06:38 PM PDT








KUALA LUMPUR 8 April – Gerakan menyokong sepenuhnya kepimpinan  Najib Razak, kata Presiden parti itu  Mah Siew Keong.

Beliau turut menyeru semua pihak dan masyarakat supaya mem­beri sokongan padu kepada Najib kerana beliau merupakan individu terbaik dalam memimpin negara.

Katanya, rakyat Malaysia juga perlu yakin dengan kepemimpinan Najib bagi memastikan negara terus kekal pada haluan pembangunan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan mencapai Wawasan 2020.



KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
sokongan  GERAKAN
kah kah kah
ni parti apa?
ada berapa YB
ada berapa ahli
ni macam disokong
oleh pandu puteri
macam disokong
oleh kulup abdulah

GERAKAN INI APA





------------

LAWAN TOWKAY

Posted: 08 Apr 2015 06:00 PM PDT









Jawab dakwaan Mahathir, kata KJ sekali lagi

Khairy Jamaluddin sekali lagi menggesa Najib Razak menjawab isu dibangkitkan terhadapnya, terutama oleh  Mahathir Mohamad.

Ditanya kenapa Najib lama berdiam, Khairy berkata beliau percaya isu itu harus disentuh.


KAH KAH KAH

woit
silap silap
menantu ayah ini
akan ganti najib
berani lawan towkay
berani tibai najib
atau nak bodek madey
kah kah kah

APA PUNYA BODEK



--------------

SOALAN ABAD INI

Posted: 08 Apr 2015 05:00 PM PDT







SOALAN ABAD INI
Soalan Abad Ini :
C4kan Siti Aminah arahan siapa ?

Jawapan : (A). Anwar Ibrahim. (B). Kak Ros. (C). Isteri Kak Ros. (D). Razak Baginda. (E). Baginda Genghiz Khan. on MENUNGGU JAWAPAN NAJIB
Publish | Delete | Spam
Mat Cincai
on 4/8/15






-------------------

#KITA LAWAN TERUS MELAWAN

Posted: 08 Apr 2015 11:23 AM PDT






PERASMIAN 
DATARAN
 #KITA LAWAN


YB SAARI SUNGIP a.k.a PAK ABU

MINAH CUN DATANG SAMA

SETIA KAWAN DENGAN OKZ13

UNDURKAN NAJIB

PUISI UNTUK MELAWAN

MAT FAZALAH DENGAN SAJAK

RAHMAT HARUN  BERPUISI

TIM BANGSAR DENGAN MUSIK


PINDAAN AKTA HASUTAN: KETAKUTAN NAJIB TERHADAP KELANTANGAN DAN KEBERANIAN ANAK MUDA
Kenyataan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyebut bahawa kerajaan membuat keputusan untuk meminda Akta Hasutan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat dan sekatan yang lebih melampau kononnya demi melindungi orang muda sebenarnya adalah tindakan pengecut dan bacul untuk menyekat kebebasan anak muda bersuara.
Sekretariat #KitaLawan menganggap alasan Menteri berkenaan adalah satu penghinaan terhadap kebijaksanaan golongan muda yang mahukan kezaliman, rasuah dan penindasan terhadap rakyat Malaysia dihentikan dengan segera.
Kelantangan anak muda di laman-laman media sosial mahupun keberanian untuk turun ke jalan raya ternyata telah menggugat status quo yang selama ini mungkin bebas melakukan kesilapan dan salah guna kuasa tanpa adanya akauntabiliti atau dipersoalkan secara terbuka.  
Anak muda tidak lagi mampu berdiam diri.
Pendedahan demi pendedahan tentang kebrobokan pentadbiran Najib Razak telah menimbulkan kemarahan anak muda. Kami bangkit untuk melawan kejahatan ini demi memelihara dan memulihara masa depan negara.
Kami akan terus memberi tekanan dan mencabar sekatan-sekatan yang hendak dikenakan terhadap anak muda. Jika salah seorang daripada kami dihukum, ini hanya memberi inspirasi kepada yang lain untuk bangkit dan teruskan perlawanan ini.
Malam ini anak muda #KitaLawan akan melancarkan dan mewartakan tapak duduk bantah #PecatIGP di Dataran Merdeka sebagai Dataran Kita Lawan.
Satu papan tanda 'Dataran #KitaLawan' akan didirikan sebagai simbolik bahawa anak muda mempunyai hak untuk bersuara secara terbuka. Ini juga sebagai janji kami dan peringatan kepada pemerintah bahawa ugutan dan hukuman tidak mampu menyekat kemaraan anak muda.
Selagi kezaliman berleluasa, selagi itu #KitaLawan terus mara!
8 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN








-------------------

NAJIB PEKAK BADAK

Posted: 08 Apr 2015 07:00 AM PDT






PEKAK BADAK
Sikap pekak badak yang dipakai dek Najib terhadap kritikan pedas dek Madey setakat ini dapat meneruskan tali hayat Najib Kerana Najib dah ikat semua hidung orang kuat seperti IGP,Ketua MACC, Ketua Pengarang dmua akhbar PB dan mungkin jua orang kehakiman dan Ketua Bahagian UMNO kecuali Madey. 

Hairan Mahyuddin pun sengap jika tidak dulu dia yang lantang mendesak Pak Lah belah. Namun siapa dan tenaga apa yang boleh memaksa Najib berundur selagi strategi pekak badak dan kawalan total terhadap semua yang bodeknya dapat dikekalkan. Mungkin TT BOLEH CERAHKAN.Najib tak ambil pusing setakat ini terhadap pengkritiknya. on MENUNGGU JAWAPAN NAJIB
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
at 5:26 PM





-----------------

NASIB BANI MELAYU

Posted: 08 Apr 2015 06:00 AM PDT







KOMENTAR
inilah contoh pencapaian kang kong
inilah contoh terbaik fikrah kang kong
inilah dia apa yang dinamakan kang kong
inilah dia saekor kang kong



PM diam sebab hormat Tun Mahathir
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan sikap membisu  Najib  Abdul Razak terhadap teguran Mahathir Mohamad adalah kerana ain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata "Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara  Mahathir  dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.


KAH KAH KAH

woit
apa bila kang kong
buka mulut
satu dunia mati ketawa
kah kah kah

NASIB BANI MELAYU

YANG BODOH 

JADI GURU

-------------

HASUT DAN LAWAN BERMULA

Posted: 08 Apr 2015 05:00 AM PDT






CERAMAH PERDANA 
OKZ13 dan #BatalGST
jumaat 10 april
markaz PAS
masjid tinggi 
bagan serai - perak
mat sabu 
razman zakaria
dr.raja ahmad
aruchevelan
nashita md noor


----------------

MENUNGGU JAWAPAN NAJIB

Posted: 07 Apr 2015 09:30 PM PDT










ALTANTUYA , NAJIB DAN MAHATHIR

Minggu ini Mahathir Muhamad telah menggunakan prestigenya sebagai bekas Perdana Menteri untuk menyerang Najib Razak. Secara terbuka Mahathir Muhamad telah menuduh Najib Razak terlibat dalam kes bunuh Altantuya Shaaribu. Menurut bekas Perdana Menteri Najib Razak sedang dibebani oleh pelbagai bentuk skandal.

Jika Najib Razak - Presiden United Malaya National Organisation meneruskan tugas sebagai PM maka ini adalah beban yang amat berat. Beban berat ini wajib dipikul oleh parti Ketuanan Melayu yang semakin kucar kacir semenjak 2008. Sokongan untuk parti ini semakin susut. Memikul Najib dan Rosmah bukan memikul biawak hidup. Ahli parti Ketuanan Melayu merasakan mereka sedang memikul dua ekor badak berendam.

Satu Malaysia mengetahui bahawa Najib Razak terlibat dalam kes rasuah kapal selam Scorpene. Umum mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah mengunakan duit kerajaan membayar bil kos jamuan makan malam kenduri pertunangan anak mereka. Satu Malaysia tahu bagaimana Rosmah Mansor bercanda-canda mengunakan pesawat resmi negara. Pesawat resmi negara dijadikan 'kereta' pribadi oleh Rosmah Mansor untuk bershopping.

Paling meledak ialah surah 'keterlibatan' Najib Razak dengan model bergetah gadis Mongolia yang bernama Altantuya Shaaribu a.k.a Siti Aminah. Minah cun langsing berambut panjang ala Ziana Zain ini telah mati dibunuh. Mayat Minah cun ini telah diledakan dengan bom C4 dalam hutan Bukit Cerakah pada malam 18 Oktober 2006 dahulu.

Mengikut Akuan Bersumpah mata-mata gelap persendirian (PI) Balasubramaniam – Si Altantuya ini ialah kekasih Najib Razak. Mengikut Akuan Bersumpah ini - pada awalnya Altantuya telah menjadi 'penyedap' Najib. Mengikut Bala - Altantuya pernah bercanda-canda dengan Najib di pamiran Intan Berlian di Pulau Sentosa Singapura.

Gadis Mongolia ini kemudian menjadi 'kereta terpakai' beralih tuan untuk menjadi penyedap Razak Baginda pula. Mengikut Akuan Bersumpah Bala – Najib menyerahkan Altantuya kepada Razak Baginda kerana Najib tidak mahu dilihat terlibat sekali lagi dalam skandal sex.

Justeru, mengikut Mahathir Muhamad semua skandal ini diketahui umum. Skandal ini menjadikan Najib Razak tidak lagi mendapat kepercayaan anak semua bangsa rakyat Malaysia. Justeru, Najib Razak wajib berundur. Justeru Najib dan Rosmah wajib mengosongkan Putarajaya. Justeru Najib Razak wajib meletakan jawatan sebagai Presiden parti United Malays National Organisation.

Mahathir Muhamad telah menulis pekara-pekara dan skandal Najib ini dalam blognya. Sebenarnya kes Altantuya ini bukan baru. Mendiang Karpal Singh pernah bertanya di Parlimen – kenapa mayat Altantuya perlu diledakkan? Adakah ini cara terbaik untuk melupuskan janin kandongan Altantuya.

Laporan berita dari mahkamah telah merakamkan ketika Altantuya dibunuh dia minta nyawa kerana dia sedang mengandung.

Justeru - anak siapakah agaknya yang dikandung oleh Altantuya Shaaribu. Adakah yang dikandong anak Razak atau cucu Razak? Persoalan ini masih belum terjawab.

Selain dari anak siapa dalam kandongan perut Altantuya – Mahathir Muhamad juga menimbulkan persoalan yang paling hakiki. Satu Malaysia malah, satu dunia mengetahui bahawa Altantuya telah dibunuh dan diledakaan oleh Kopral Sirul dan Inspektor Azilah.

Mengikut laporan mahkamah dua anggota Unit Tindakan Khas ini telah diupah 100,000 ringgit untuk 'menjimat' kan Altantuya. Jimat mengikut Sirul adalah kata buat yang memberi makna dilupuskan atau dibunuh.

Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia telah diberitahu bahawa Sirul juga pernah bertugas menjadi pengawal pribadi Mahathir Muhamad ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Maklumat ini TIDAK menjadi hampar kerana Mahathir mengakui ketika Sirul bertugas, dia sebagai Perdana Menteri Malaysia TIDAK pernah menyuruh atau memberi arahanan kepada Sirul untuk membunuh sesiapa pun. Kenyataan Mahathir Muhamad ini satu ledakan yang sedang menyesakkan nafas Muhamad Najib bin Abdul Razak.

Mahathir Muhamad dengan jelas mahu Najib Razak menjawab: Siapa yang memberi arahan kepada Sirul?

Memang ajaib dan pelik kerana soalan-soalan yang menjadi kunci kes bunuh ini TIDAK ditimbulkan di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung. Amat jelas soalan siapa upah Sirul dan siapa upah Azilah adalah soalan kunci dalam mana-mana kes bunuh. Mereka berdua alah pegawai polis dan dalam sistem kepolisian ada hairaki. Ada pegawai tinggi ada pegawai rendah. Maka timbul soalan - siapa pula yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya? Pegawai mana? Pegawai tinggi mana? Dari mana arahan sampai?

Semua soalan-soalan ini telah TIDAK ditimbulkan di mahkamah. Rakyat seluruh Malaysia – malah rakyat satu dunia yang mengikuti kes ini telah bertahun-tahun menimbulkan persoalan ini. Kita tidak perlu ke Oxford atau ke Universiti Yale untuk belajar undang-undang. Dengan hanya membaca laporan mahkamah diakhbar orang ramai tahu bahawa soalan-soalan ini adalah kunci kepada kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Justeru apabila Mahathir Muhamad mengeluarkan pertanyaan 'cepu emas' ini maka ramai kaki ampoo dan kaki bodek Najib mula bersuara dengan hujah basi bahawa kes ini telah selesai. Bukti kes ini telah selesai – Sirul dan Azilah didapati bersalah. Mereka akan dihukum gantung. Justeru TIDAK perlu lagi kes bunuh ini dibincangkan. Atau soalan-soalan ini ditimbulkan. Ini adakah hujah balaci dan ghurka Najib.

Tentang hukuman Sirul dan Azilah ini, Mahathir Muhamad telah membuat satu kenyataan yang amat penting. Mahathir telah berkata : Jika Sirul digantung ini amat zalim

Dari kenyatan ini jelas bahawa Mahathir Muhamad tahu bahawa Sirul dan Azilah hanya mengikut arahan. Justeru kalau kita berpusing-pusing sambil bertanya maka kita akan kembali kepada soalan hakiki: Siapa beri arahan?

Dalam kes bunuh ada 3 pekara wajib wujud. Pertama: mayat – mangsa yang dibunuh. Kedua: senjata yang digunakan untuk membunuh. Ketiga: motif/tujuan untuk membunuh. Ketiga-tiga pekara ini wajib wujud dalam sisatan kes bunuh. Tiga pekara ini amat fundumental untuk membuktikan salah benar kes ini.

Mayat Altantuya ditemui. Senjata membunuh ditemui. Maka pekara ketiga ialah MOTIF atau tujuan membunuh. Jika motif atau tujuan membunuh TIDAKditimbulkan maka dilihat Sirul dan Azilah ini memiliki hobi suka membunuh. Sekali sekala apabila mereka merasa bosan maka mereka akan mencari mangsa untuk dibunuh. Secara tak sengaja pada 18 Oktober 2006 lalu mereka terserempak dengan seorang Minah cun bernana Altantuya. Ketika itu Si Minah cun ini berada di Bukit Damansara dihadapan rumah Razak Baginda. Lalu mereka bedil Altantuya. Kerana membunuh hobi mereka.


Tapi hakikatnya bukan ini yang telah berlaku. Sirul dan Azilah bertugas dalam pasokan polis. Kerana mereka pegawai polis – malah Azilah berpangkat inspektor - maka kita kembali kepada soalan Mahathir Muhamad – siapa beri arahan?

Ketika tulisan ini digarap satu Malaysia masih heboh lagi tentang soalan Mahathir Muhamad terhadap keterlibatan Najib dalam kes Altantuya. Untuk menyusahkan lagi tidur Najib, Si Sirul telah lari dari Malaysia dan kini duduk dalam kem tahanan pendatang haram di Australia. Siapa merancang? Siapa beri nasehat? Mana Sirul dapat dana? Bagaimana   semua ini boleh berlaku hanya pelik bin ajaib sahaja yang boleh menjawab.

Pelbagai spekulasi muncul. Berbagai-bagai teori timbul. Semua itu hanya tinggal teori. Apa yang soheh ialah Si Sirul ini sedang merancang untuk menghebohkan kes Altantuya kepada dunia. Media Australia, media Eropah sedang menunggu-nunggu untuk membeli 'kesh benar' dari Sirul.


Muhamad Najib bin Abdul Razak ini betul-betul jantan suwey. Sebelum Mahathir meminta jawapan dari Najib telah dilaporkan tetang berita pertemuan Sirul dengan Ibunya di Sydney Australia. Berita menjadi lagi heboh apabila Ibu Sirul telah diatur untuk membuat pertemuan dengan Mahathir Muhamad. Ibu Sirul yang dibawa oleh YB Mahfiz Omar berjumpa Sirul di Australia dilaporkan oleh media ada membawa beberapa maklumat dari Sirul.

Apa maklumat itu? Tidak ada sesiapa yang tahu. Apa yang jelas kenyataan Najib yang memperlekehkan Sirul sebagai ' merepek' telah menaikkan lagi suhu marah Si Sirul terhadap 'orang yang memberi arahan bunuh'.

Lalu timbul satu lagi soalan hakiki. Kali ini bukan tentang Altantuya tetapi tentang Najib. Apakah Najib Razak dapat menyelamatkan diri dari serangan Mahathir Muhamad. Apakah Najib dan Rosmah selamat untuk terus tinggal di Putarajaya? Apakah Rosmah Mansor akan terus mundar mandir bershopping dengan menggunakan pesawat kerajaan?


Soalan ini juga berkait rapat juga dengan apa yang wajib dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Apakah taktik dan strateji yang wajib diambil dalam suasana sekarang.

Ada yang berpendapat biarkan Najib Razak terus berkuasa. Ini akan membantu Pakatan Rakyat. Skandal Najib ini akan digunakan sebagai senjata ampoh dalam kempen PRU14 nanti. Kerena Rosmah Mansor juga akan dijadikan isu untuk menghakiskan keyakinan orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Ada yang berpendapat Najib wajib berundur secepat mungkin.

Kita wajib menunggu satu minggu lagi. Satu minngu amat panjang dalam politik. Minggu hadapan tulisan ini akan cuba memberi jawapan. END


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45




















---------------------

KU LI JADI PM

Posted: 07 Apr 2015 09:00 PM PDT





KOMENTAR
memang tepat
memang terbaik
untuk satu peralihan

tetapi ku li ini
memiliki perangai
dimana dia sendiri
tidak ada kepastian
apakah dia seoarang politikus

atau
apakah dia anak raja
yang menunngu ditandu
dan diarak oleh rakyat
untuk dinobatkan sebagai PM



Ku Li calon terbaik ambil alih jawatan Najib, kata Zaid Ibrahim

8 Apr — Ketika beberapa veteran Umno sekali lagi memberi tekanan kepada Najib Razak untuk meletak jawatan, seorang bekas pemimpin menyuarakan sokongan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon terbaik mengambil alih jawatan perdana menteri…

Bekas menteri yang bertanggungjawab hal ehwal undang-undang Zaid Ibrahim berkata, daripada semua pemimpin Umno yang ada sekarang, Razaleigh atau Ku Li, merupakan tokoh terbaik untuk mengambil alih jawatan itu kerana kejujuran dan integritinya.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-calon-terbaik-ambil-alih-jawatan-najib-kata-zaid-ibrahim#sthash.YAwIJunG.dpuf

KAH KAH KAH

woit
cadangan terbaik
untuk ketua bahagian
gua musang
untuk calon tetap
presiden parti
ketuanan melayu

APA PUNYA BERITA

------------------------

BERITA BAIK

Posted: 07 Apr 2015 08:49 PM PDT



KOMENTAR
berita ini satu pencerahan
berita ini satu pelajaran

bahawa:
kaum kapitalis
kaum pemodal
lebih berkuasa dari kerajaan

walau pun ada arahan dari kerajaan
walau pun ada larangan
tapi kaum kapitalis
tidak ambil penduli

mereka terus menjalankan
projek untuk memdapat
keuntungan maksima

inilah kuasa kaum pemodal
mereka meletakan calon calon mereka
dalam parlimen



Caj perkhidmatan kekal, walau ada arahan P'jaya

Pengumuman Putrajaya bahawa pengguna tidak perlu membayar caj perkhidmatan di restoran dan hotel, menyebabkan francais popular dihujani pertanyaan di media sosial.

Ia ekoran arahan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Agung Alias ​​Ahmad pada hari Isnin bahawa perniagaan itu tidak boleh mengutip caj perkhidmatan jika ia tidak mempunyai perjanjian bersama dengan kakitangannya..

Bagaimanapun, beberapa francais utama telah mengumumkan bahawa mereka masih mengekalkan caj perkhidmatan 10 peratus, dengan antaranya memberi alasan kurang maklumat dari kerajaan berhubung arahan tersebut, manakala yang lainnya menegaskan mereka mempunyai perjanjian bersama, dan dengan itu, boleh mengutip caj tersebut.


KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
ini jadi peluruh
ini jadi hasutan

1 JUTA 1 MEI


------------------

MUNKEE TERENCAT AKAL

Posted: 07 Apr 2015 07:49 PM PDT







FACE BOOK


Menteri Ni Terencat Akal Ker??




TERENCAT AKAL

kita guddam 

1 JUTA 1 MEI
---------------

Tiada ulasan: