Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


TERUSKAN SERANGAN

Posted: 22 Apr 2015 07:23 PM PDT








KOMENTAR
mustahil najib akan bubar parlimen
mustahil ada pru segera
malah pemilihan dalam
united malays national organisation akan tanggguh

ini cara terbaik selamatkan diri

NOTA
mahathir akan menerus
serangan hendap



Nur Jazlan: Bubar parlimen demi Umno

Najib boleh "membersihkan" tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentabdirannya dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Najib Razak boleh mengambil jalan singkat membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.



KAH KAH KAH

woit
hang ingat 
mat mongol bodoh
sampai kiamat
tak akan bubar parlimen
mat mongol nak terus
jadi PM sampai kotai
tak caya tunggu

APA PUNYA TUUR


---------------

PERANG DISAMBUNG LAGI

Posted: 22 Apr 2015 06:09 PM PDT








KOMENTAR
jangan harap
mahathir akan berhenti
jangan simpan harapan
mahathir akan tidsk menyerang

mahathir hanya berhenti
sesudah najib lungkup

Muhyiddin perlu singkir Najib

 | April 20, 2015
Muhyiddin boleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai bantahan kepada Najib untuk meletak jawatan






PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO,  Muhyiddin Yassin diminta mengambil tindakan lebih berani selepas secara terbuka menyatakan sokongan kepada Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak sendirian dalam menyuarakan kebenaran.
Kenyataan yang dibuat pada Ahad dianggap sebagai isyarat bahawa beliau sudah hilang kepercayaan kepada   Najib Tun Razak.
"Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati hak  Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu," komen Shahbudin Husin dalam blognya.


KAH KAH KAH

woit
agaknya bila?
sesudah atau sebelum
bulan puasa

KAH KAH KAH


---------------

PIDATO MERDEKA RAKYAT

Posted: 22 Apr 2015 05:00 PM PDT





MERDEKA RAKYAT


Gabungan Merdeka Rakyat akan mengadakan Pidato Merdeka Rakyat untuk merasmikan deklarasi gabungan merdeka rakyat yang mengandungi 7 tuntutan kebebasan. Pidato ini akan disampaikan oleh pimpinan mahasiswa, aktivis muda dan belia serta wakil NGO.

Butirannya seperti berikut:

Tarikh                   : 28 April 2014 (Selasa)
Masa                    : 8.00 malam
Lokasi                   : Pusat Kebudayaan LLG

GABUNGAN MERDEKA RAKYAT




--------------------

SATU JEMPUTAN

Posted: 22 Apr 2015 12:29 PM PDT








UNIVERSITI 

BANGSAR UTAMA

Dari Yogjakarta Indonesia. 

Sesi perkongsian bersama 'Deden Bangkit'.


Tarikh : Sabtu 25 April 2015
Masa : 8.00 hingga 10.00 malam. Tempat : Kelab Bangsar Utama. 52C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (off Jalan Bangsar) (Dekat Stesen LRT Bangsar) 

Dari kampung halaman Yogjakarta, Indonesia. Sebuah organisasi yang bekerja bersama anak-anak muda menggunakan video/visual.

Mengenai Kampung Halaman:
http://www.kampunghalaman.org/home
http://depotvideo.kampunghalaman.org/home

JOM DATANG RAMAI-RAMAI!!










---------------------

LAGI KESAH BANGANG

Posted: 22 Apr 2015 07:18 AM PDT





Harga naik: Ahmad Maslan salahkan peniaga pro pembangkang



 | April 22, 2015
Peniaga pro pembangkang sengaja menaikkan harga barangan supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagalkan hasrat baik kerajaan memperkenalkan GST.


PETALING JAYA: Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik kerajaan BN. Mereka suka 'sabotaj' ekonomi negara ini," katanya di status Facebook.

KAH KAH KAH

woit
siapa tahu asal usul
si bangang ni?
macam mana malaon ini
sampai ke bumi ini?
adakah ini anugerah tuhan
atau untuk dijadikan sempadan
kepada anak anak
jangan jadi bodoh macam
ahamad maslan
HASAN MALEK KE2


---------------

TANDA AKHIR ZAMAN

Posted: 22 Apr 2015 06:15 AM PDT









AKHIR ZAMAN
abang tt... bila dah sampai akhir zaman semua jadi hasan malek...satu simbol kebodohan melampau...kah kah kah... makin ramai phd makin ramai master makin ramai ijazah semua jadi bangang.kerana bersengkongkol dengan kemungkaran... sokong yang rasuah atas alasan melayu...

sokong cium tangan kerana jawatan kah kah kah...dah sampai tunduk macam orang jepun pun dah ada kah kah kah ini petanda pembodek ini.petanda pengampu minta sesuatu dari yang berkuasa....kah kah kah tetapi mereka lupa yang berkuasa tu hanya Tuhan...tak kira Tuhan apa...kaum apa...jenis apa...rupa apa...tetapi semua perlu sedar...simbol manusia lebih hebat dari Tuhan...sengaja porak peranda negara majmuk ini...sengaja kacau bilau demi kuasa...

sengaja membuat sesuatu bagi kekalkan kuasa rasuah salah guna kuasa...akhirnya jamaludin jarjis tak bawa apa apa...sebatang kara di liang kubur jugak....jangan kita alpha dalam mengaut segala kemewahan duniawi...kita alpha kuasa Tuhan... tambah lagi perawi menjual agama dengan hukum on SELAMATKAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:34 PM







---------------------

TEATER KOMIDI POLITIK

Posted: 22 Apr 2015 05:30 AM PDT




 PESTA

KETAWA

pj live arts
jaya one - seksyen 17
petaling jaya
bersama lawak berdiri
komidi politik
paling cool
paling counter culture

KETAWA LAH KAMU
sebelum ketawa 
diharamkan


-------------

APA PULAK BERITA INI?

Posted: 22 Apr 2015 05:00 AM PDT













  • Rakyat S'wak berang isu salib di PJNorman Goh | 1:13PM Apr 22
    Perbalahan tidak timbul di kalangan penganut pelbagai agama di Sarawak, Sabah.

JENG JENG JENG
kah kah kah
i rest my case mi lord
kah kah kah
good new my lord
kah kah kah
PADAN MUKA



--------------

#KITA LAWAN TERUS MELAWAN

Posted: 22 Apr 2015 02:30 AM PDT








AKSI ANAK MUDA #KITALAWAN SABTU INI DI PAHANG DAN PULAU PINANG
Anak muda #KitaLawan akan meneruskan jelajah ke Pahang dan Pulau Pinang pada Sabtu ini 25 April 2015 bagi membangkitkan semangat rakyat di kawasan utara dan pantai timur tanahair untuk melawan pelaksanaan GST dan seterusnya untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015.
HIMPUNAN #KITALAWANGST VERSI PAHANG
Selepas kejayaan Himpunan #KitaLawanGST di Johor Bahru pada 11 April 2015, Himpunan #KitaLawan di Pahang akan memberi tekanan dan peringatan secara langsung kepada Najib Razak bahawa kesabaran anak muda ada batasnya. Anak muda tidak gentar untuk berhadapan dengan beliau dan beraksi di negeri kelahiran beliau bagi menghentikan kerosakan dan kehilangan harta negara.
Ketika kewangan negara dalam keadaan tenat, dasar-dasar yang menindas dan menzalimi rakyat yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak seperti pelaksanaan GST adalah amat menjengkelkan sedangkan beliau dan kroni terus hidup bermewahan.
Anak muda menyeru khususnya rakyat Pahang dan pantai timur yang ditekan dan diperdayakan oleh kepimpinan Najib Razak untuk bersama-sama menyuarakan kemarahan mereka pada Himpunan #KitaLawanGST #UndurNajib versi Pahang di hadapan Pasarayaku, Temerloh pada 25 April 2015.
KAYUH BANTAH #KITALAWANGST VERSI PULAU PINANG
Manakala anak muda #KitaLawan di Pulau Pinang akan meneruskan aksi Kayuh Bantah #KitaLawanGST #BebasAnwar pada Sabtu ini dengan mengelilingi Parlimen Permatang Pauh. Kami mengajak semua untuk bersama-sama kayuh atau bermotosikal sebagai tanda bantahan terbuka terhadap pelaksanaan GST.
Aktiviti berbasikal ini akan bermula dari Jalan Sama Gagah, DUN Permatang Pasir pada jam 4.00 petang dan seterusnya akan melewati DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti bagi perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer.
Aksi kayuhan anak muda ini juga akan memperingatkan rakyat Permatang Pauh bahawa selepas 17 tahun sejak tercetusnya kebangkitan Reformasi, mereka kini sekali lagi dihukum kerana memilih jalan untuk menentang kerakusan UMNO.
Rakyat Permatang Pauh menjadi harapan rakyat Malaysia bagi mengangkat suara rakyat dan anak muda bersedia untuk bersama-sama dengan mereka bagi meneruskan perjuangan melawan penindasan dan kezaliman pemerintah terhadap rakyat Malaysia.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!!
#1Mei1Juta #KitaLawanGST
22 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN




-------------

SELAMATKAN MELAYU

Posted: 22 Apr 2015 12:09 AM PDT








KONPIRASI
siapa juru reka KLIA
siapa juru bina KLIA
ini kerja  FREE MASON
ini kerja padri 
ini kerja yahudi
ada agenda  terpendam
untuk menggugat akidah 
orang melayu islam
rupa bentuk KLIA
adalah salib


NOTA
patutlah makin ramai
orang melayu islam
gunakan KLIA 
untuk naik kapal terbang

---------------------------

CALON KITA DR WAN AZIZAH

Posted: 21 Apr 2015 09:08 PM PDT




KENAPA DR WAN AZIZAH 
JADI CALON

Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.

Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Aziziah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah sebagai  calon N25 Kajang hingga ke kerusi Menteri besar.

Kali ini secara terbuka saya nyatakan – saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.

Saya bukan Orang Parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P.044 di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil yang akan datang ini. Untuk saya jika Dr Wan Azizah TIDAK dicalonkan pada Sabtu 25 haribulan ini maka ini adalah satu kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi – satu kesilapan politik.

Kenapa dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya TIDAK sedar akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?

Saya amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruh para pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.

Pandangan saya : Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang beranggapan bahawa saya ini 'tukang kipas' atau ' kaki bodek'. Ini satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik saya.

Ketika saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau TIDAK percaya siapa ketawa - sila tanya Hisammuddin Hussein – Menteri Pertahanan kita. Atau sila pergi tanya Menteri Besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.

Dalam bacaan politik yang betul - Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci disini ialah BELOT dan bukan LIWAT.

Anwar Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar TIDAK mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak.

Pembelotan Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen.

Paling menyedihkan para penyamun ini ialah kehilangan Selangor – wilayah terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggra. Selangor - semenjak zaman berzaman telah menjadi lubuk emas gerombolan parti Ketuanan Melayu. Tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim. Semua ini berlaku kerana Anwar belot.

Justeru Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik Negara-Negara Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.

Memenjarakan Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Jenerasi yang teringat akan Anwar bertugas sebagai Menteri Pelajaran, sebagai Menteri Keewangan atau sebagai Timblan Perdana Menteri – masih ada tetapi ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.

Justeru konspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan – once and for all - untuk sekali rembat – nama Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia. Memenjarakan Anwar Ibrahim adalah strateji politik gerombolan lanun dan penyamun dalam parti Ketuanan Melayu.

Cita-cita United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan agar pengaruh politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays National Organisation ditamatkan.

Ingatan kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Jenerasi muda – anak pelajar – anak mahasiswa – akan TIDAK tahu sama sekali akan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.

Kepada sesiapa yang ada membaca Salalatul Salatin – Sejarah Melayu akan teringat akan Sultan Melaka. Jika Sultan murka maka Si Polan yang menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini Sultan akan memerintahkan agar rumah Si Polan ini akan dibuangkan ke laut. Tidak cukup dengan ini TAPAK rumah juga akan dibuang ke laut.

Kezaliman ini terjadi dizaman Kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik Malaysia.

Kerana ini niat United Malays National Organisation – maka apa sahaja niat gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan ini mahu hitam kita wajib mahu puteh. Jika gerombolan ini mahu babi maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap dengan niat dan cita cita mereka.

Dr Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan Nurul jika calonkan Nuha. Apakah ini keterlaluan?

Tidak – ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim dalam pesada polituk Malaysia dan politik antarbangasa.

Apakah para pembaca terlupa – apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang - 35 media besar dunia telah menulis dan melapor '... daughter of Anwar Ibrahim detained... - anak Anwar Ibrahim ditangkap.." Dalam perang propaganda politik ini yang kita mahukan.
Saya sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga. Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita TIDAKmencalonkan Siti Saodah pejual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul Izzah atau Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.

Kita lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan kesedaran politik dan strateji untuk menumpaskan cita cita jahat United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim.

Gerombolan Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR. Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah dari Kampong Mengkuang Mati sebagai calon.

Kepada yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni – sebenarnya mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosio ekonomi Tanah Melayu. Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National Organisatuon.

Harus diakui pada hari ini - tahun 2015 - Tanah Melayu masih lagi ditahap ekonomi separuh feudal danb separuh kolonial – semi feudal and semi colonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Langka, India, Bangladesh atau Pakistan.Tahap ekonomi sabagini melahirkan budaya yang berwatakan separuh feudal dan separuh kolonial.

Dalam budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaludin, Lim Guan Eng, Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman, Katingan – nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita. Mereka ini muncul dari budaya feudal.

Bukan satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu Perdana Menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik. Inilah hakikat tahap sosio budaya dalam negara kita pada ketika ini. Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.

Apakah ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.

Tujuan kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk melahirkan budaya keungulan sosok yang berfikrah. Sosok yang dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama keluarga atau kerana menantu PM atau anak PM atau anak menteri.

Mecalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail di P.044 Permatang Pauh adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang untuk mengagalkan rancangan jangka pendek United Malaya National Organisation. Racangan jangka pendek gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar Ibrahim. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------

SATU LAGI JENIS GILA

Posted: 21 Apr 2015 08:38 PM PDT






GILA BERMACAM MACAM




Cam mano nk eja ko*e? Camna nk eja pan*a*? Pening2, Dewan Bahasa kena pikir pasni. on MACAM MACAM PUNYA GILA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/21/15







---------------

YANG DI TUNGGU TUNGU

Posted: 21 Apr 2015 08:09 PM PDT






KOMENTAR
mahathir tidak akan berhenti
makan dua pekara akan berlaku
1 - najib tangkap mahathir
2 - najib letak jawatan

kita lihat dan tunggu

Najib tindas kakitangan kerajaan
 | April 20, 2015
Ramai kakitangan kerajaan tidak lagi menyokong UMNO bahkan ada juga menyertai pembangkang malah menjadi calon pilihan raya selepas bersara.

PETALING JAYA: Pentadbiran Najib  Razak telah memusnahkan kepercayaan dan sokongan kakitangan kerajaan kepada UMNO/Barisan Nasional.
Mahathir Mohamad mendakwa, golongan berkenaan merasakan jasa mereka tidak lagi diperlukan dan tidak dihargai apabila Perdana Menteri lebih percaya dan melantik orang luar untuk merancang pembangunan negara.
Katanya, ramai kakitangan kerajaan tidak lagi menyokong UMNO dan ada juga menyertai pembangkang malah menjadi calon pilihan raya selepas bersara.


KAH KAH KAH

woit
madey selalu bawa berita
semua berita baik
berita tibai najib
harap perang ini
akan berpanjangan
lagi lama lagi baik
rakyat jadi meluat
nak hasut jadi senang

KAH KAH KAH




------------------

JANGAN JADI PENING

Posted: 21 Apr 2015 07:12 PM PDT




KOMENTAR
perlawanan politik bodoh
perlawanan politik yang mudarat
perlawanan politik pendek akal
perlawanan politik pendek nafas

Alvin Tan bikin video azan bermuzik untuk masjid Malaysia



Personaliti kontroversi Alvin Tan sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan video terbarunya – kali ini beliau melaungkan azan tanpa memakai baju dengan diiringi petikan organ. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alvin-tan-bikin-video-azan-bermuzik-untuk-masjid-malaysia#sthash.721mjv8n.dpuf

KAH KAH KAH

woit
bangang dan bodoh ni
ada macam macam
ini satu contoh terbaik
satu ingatan untuk 
anak anak muda 
yang pening kepala
kerana kedaaan sekarang
JANGAN JADI PENING









--------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT