Ahad, 19 April 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PETUA KURANGKAN SELERA MAKAN

Posted: 19 Apr 2015 07:12 PM PDT







PETUA
mengurang 
selera makan

SUNGGUH BERJAYA
Woi tt, benar sungguh petua yg kamu cakap. Aku tatap 3 kali sebelum makan tadi, siksa nak habiskan setengah pinggan nasik. Aku nak print foto tu dan simpan dalam wallet, bila nampak restoran aku akan tatap foto tu dulu tentu tak jadi singgah. Dua dalam satu, disamping dapat kurangkan makan, dapat juga elakkan GST! on BILA PURTAN BERSABDA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/17/15


----------------

APA PERANAN ROSMAH?

Posted: 19 Apr 2015 06:37 PM PDT





CINA TEMBAM
enjoy de menjoy


PELAJAR MELAYU
tak cukup bujet


KOMENTAR
kenyataan bung mokhatar ini
memberi implikasi politik yang luas
dalam kes 1MDB jelas dilihat
peranan jho low
lalu bung mokhtar bertanya
siapa jho low ini

jho low ini kawan anak rosmah

maka timbul persoalan
apa peranan rosmah dalam 1MDB?
ini yang ditanykan oleh bung mokhtar


Sokongan untuk Najib tak mampu tanding 

pengaruh Mahathir, kata ahli parti 


Sokongan tidak henti-henti diberikan kepada Najib Razak ketika berdepan serangan paling hebat, namun ahli Umno berpendapat, seterunya bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad masih berpengaruh dalam parti itu.
Mereka berkata, sokongan dalam parti tidak memadai untuk mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri, dan yang lebih membimbangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) bakal kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Kinabatangan  Bung Moktar Radin berkata, walaupun majoriti dilihat menyokong Najib selaku presiden parti, tapi tidak dinafikan masih ada ahli Umno yang berbelah bahagi untuk menyokong sama ada Najib atau Mahathir.
"Saya melihat, sokongan Umno terhadap Najib bukan melibatkan pemimpin atasan sahaja, ia juga mewakili suara di akar umbi. Bagaimanapun, memang ada sebahagian orang Umno yang berbelah bahagi dalam pendapat mereka.

"Ini kerana, hakikatnya, Mahathir masih ada pengaruh di kalangan orang Umno," kata Bung  kepada The Malaysian Insider.
Pada Sabtu,  Mahathir secara terang-terangan meminta Umno menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan Umno dan BN daripada mengalami kerugian yang lebih besar dalam pilihan raya umum ke-14.
Beliau berkata, Najib tidak cekap untuk memimpin negara sebagai perdana menteri kerana beliau gagal menjelaskan mengenai dana milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bung menyedari persepsi buruk yang berpunca daripada kontroversi menyelubungi Low, atau dikenali sebagai Jho Low tersebut, khususnya terhadap imej Najib sendiri.
"Saya tidak kenal Jho Low ini, personalitinya jauh berbeza, tapi ada orang hubung kait beliau dengan anak Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor).
"Bila dikaitkan dengan Rosmah, persepsi orang ramai akan ingat dia (Low) ada apa-apa. Kalau tidak ada apa-apa, Jho Low perlu menjelaskan peranannya dalam 1MDB ini," katanya.
Pemerhati menyifatkan, sementara Najib mungkin dilihat meraih sokongan kuat dari partinya, Dr Mahathir yang dikenali dengan kepintarannya, sedang menyusun langkah seterusnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sokongan-untuk-najib-tak-mampu-tanding-pengaruh-dr-mahathir-kata-ahli-parti#sthash.JRGJNj0Y.dpuf


KAH KAH KAH

woit
siapa cina tembam ini
sudah rembat duit
berbilion bilon
enjoy de menjoy
di hollywood
pakai duit KWSP
sampai KWSP elek duit
terpaksa lanjutkan umur
penabung keluar duit

CISSS APA JADI KWSP


-------------

SEMUA SEMAKIN JELAS

Posted: 19 Apr 2015 05:30 PM PDT








KOMENTAR
apa maknanya berita ini?

maknanya muhyiddin sedang bersana mahathir
maknnya muhyiddin sudah bersedia

program ini di susun oleh muhyiddin
program ini menjemput  mahathir
jelas amat jelas

JENG JENG JENG
woit
satu malaysia
tak sabar menunggu
PIEM baru



-----------------

TERUS LAWAN GST

Posted: 19 Apr 2015 10:13 AM PDT












 GST hukumnya harus demi pembangunan negara, kata mufti Perak
Mufti Perak Harussani Zakaria mempertahankan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6% yang diperkenalkan Putrajaya mulai 1 April, mengatakan hukum melaksanakannya ialah harus.
Beliau melahirkan keyakinan GST dilaksanakan untuk kebaikan bersama rakyat dan bagi menghindari kemudaratan kepada negara.
f

Mufti Wilayah gesa Putrajaya 

kecualikan GST kepada 

orang Islam 

Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad menggesa Putrajaya mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-wilayah-gesa-putrajaya-kecualikan-gst-kepada-orang-islam#sthash.vYG9opck.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ada dua pandangan
apa maknanya
maknanya orang rami
jadi kant fuse
jadi pusing
APA PUNYA PUTAR



-----------

SATU PENCERAHAN

Posted: 19 Apr 2015 06:30 AM PDT








FACE BOOK



Mempersada Pas di pentas perjuangan. Jom sertai wacana ringkas bersama bekas Naib Presiden Pas yg juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Tuan Guru Hj Ahmad Awang pd 26 April 2015 di Pusat Khidmat Adun, Hulu Klang. Amacam?
 — 





-------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 19 Apr 2015 05:00 AM PDT







#KitaLawan

terus bangun dan lawan



SILA BACA BERITA INI

Posted: 19 Apr 2015 01:09 AM PDT













DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang

PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.  

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

"Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

"Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang," katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, parti itu akan lebih kuat jika bergerak sendirian, tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya.

"Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

"Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP," katanya.

Menurutnya, ahli Pas di Pulau Pinang merasakan seolah-olah mereka seperti diperalatkan oleh DAP. Begitu juga di Selangor apabila berasa menjadi alat kepada PKR.

"Tetapi kita belum menang keseluruhan dan tawan Putrajaya. Hanya baru secara rasmi kita menjalinkan kerjasama politik," katanya
.






--------------

PAKATAN TETAP WUJUD

Posted: 19 Apr 2015 12:30 AM PDT





KOMENTAR
sebenarnya
bukan krisis pas
bukan krisis pakatan
bukan krisis 
antara pas dengan pkr dan dap
ini krisis kepimpinan hadi
kepimpinan yang semakin dipersoalkan








PAS tidak akan 

tinggalkan PR

KOTA BHARU - Pas tidak akan tinggalkan PR. Demikian tegas Setiausaha Agung parti itu,  Mustafa Ali.

Ini kerana insiatif untuk menubuhkan gabungan atau pakatan parti pembangkang adalah daripada Pas, bukan parti-parti lain yang menganggotai PR.

"Jadi, tidak ada sebab untuk Pas meninggalkan apa yang pemimpinnya sendiri usahakan," kata Mustafa.

Menurut beliau, PR yang dahulunya bermula sebagai Barisan Alternatif diwujudkan atas insiatif presiden Pas yang terdahulu,  Fadzil Nor.


KAH KAH KAH
woit
nak tinggal macam mana
apa akan jadi
dengan dajah deen
apa akan jadi
dengan mat serban
ilang gaji di selangor
kah kah kah

APA PUNYA TUUR




-----------

SERANGAN MAHATHIR BERTERUSAN

Posted: 18 Apr 2015 09:48 PM PDT





KOMENTAR
apa yang sedang berlaku ini 
amat menarik
amat baik untuk pakatan
amat menguntungkan pakatan

barah ini sedang menular
lagi lama  perang ini
lagi terhakis sokongan orang ramai

mahathir melancarkan perang 
ini perang jangka panjang
mahathir menyerang
najib bertahan
dalam semua sejarah perang
yang bertahan akan lungkup

Mubarak sedia jadi orang tengah antara

Mahathir, Najib

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Pe Najib Razak dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
Presidennya  Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, penyelesaian segera perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan dan Umno
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mubarak-sedia-jadi-orang-tengah-antara-mahathir-najib#sthash.jA7Tnu61.dpuf


KAH KAH KAH

woit
murabak ni apa?
MURABAK ini tak sedar
mahathir nak tendang najib
bukan nak gaduh
tendang & gaduh ada beza
woit
mahathir nak PM baru
sedang risik ku li
sedang risik pkr
murabak ni tak faham ke

UDAH KOYAK RABAK



----------------

HARGA BARANG SEMAKIN NAIK

Posted: 18 Apr 2015 08:27 PM PDT






HARGA SUDAH NAIK
woit semalam aku pi beli susu anak... bulan mac harga susu rm 15.50... aku tau sebab selalu beli utk 600 gm...semalam terkejut beruk harga susu sama sekarang rm 16.50...naik sehinggit dah...

yang aku tau najib dan geng tak layak memerintah negara... semua puak nie perlu masuk jamban saja berak kat muka...hancur negara ini dibawa sebelum zaman perintah british...kah kah kah on PEMINAT OHHH PEMINAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/18/15


NOTA
tunjukkan kemarahan
turun ramai ramai
1 juta 1 mei ini



---------------------

GULINGKAN NAJIB YANG NAZAK

Posted: 18 Apr 2015 07:37 PM PDT





KOMENTAR

keadaan semakin mendesak
orang ramai semakin benci
mahu najib & rosmah undur



Tiada ulasan: