Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Anak Menteri VS Mak Tiri

Posted: 09 Apr 2015 01:20 AM PDT


Isteri muda Nazri cabar Nedim

Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

"Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri," tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai 'wanita terdesak'.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu. -FMT

[VIDEO] Sultan Pun Bengang Dengan Ahmad Maslan (?)

Posted: 08 Apr 2015 11:20 PM PDT


2 Kali Ahmad Maslan Hulur Tangan Nak Salam Sultan Johor Tapi Tidak Dilayan - Kena Kutuk Kaw2 Di Laman Sosial. (Video Inside).

Bukan isu penting pun tapi kelakar. Mungkin mengubat sedikit jiwa rakyat yang bengang dengan Ahmad Maslan dalam isu GST. Aku tak pro monarki apatah lagi sultan Johor. Tapi penolakan sultan Johor terhadap huluran tangan Ahmad Maslan untuk bersalam timbul persoalan juga. Kenapa agaknya?

Rakaman ini beredar di internet ketika ini.

Tidak diketahui bila dan di mana. Namun ;

- Aksi Ahmad Maslan yang dua kali hulur tangan untuk bersalam dengan sultan Johor tidak diendahkan sultan.

- Nak kata sultan tak nampak, tak juga. Jelas sultan perasan kehadiran Ahmad Maslan disitu dengan tangan dia sekali.

- Ada juga kata-kata nakal yang mengusik. Konon Ahmad Maslan pendek sangat. Mana nak perasan tangan dia. Sebab tue sultan buat derk jerk.

- Tapi aku tak rasa itu puncanya.

- Aku tak berkenan dengan sultan Johor. Tapi kalau sultan pun boleh 'ada isu' dengan Ahmad Maslan padahal sama-sama UMNO, apatah lagi kita yang dah tentu-tentu bukan UMNO neh.

- Ahmad Maslan walaupun kena reject 2 kali, tetap rilex dan cool aje tersengih-sengih kat situ. Takan tak faham bahasa kot menteri kita neh. Nak berapa kali direject baru reti.

KAH KAH KAH

- Ramai juga yang memperlekehkan Ahmad Maslan yang dimalukan oleh sultan Johor.

- Tapi pada aku. 2 orang jahat yang bermusuh tak mendatangkan kebaikan pun pada aku. Cuma part salam kena reject tue sedikit sebanyak memang lawak tetap lawak. Kalau aku ditempat Ahmad Maslan memang bengang gile kot. Kalau pun tak suka perlu ke tunjuk depan-depan. Siap depan kamera plak tue. Tak memasal Ahmad Maslan kena troll. Kesian beb. -amenoworld




Nahas Semenyih: Bekas Pembantu Juruterbang Bingung

Posted: 08 Apr 2015 05:20 PM PDT

Adelia Mahiyudin yang pernah menjadi pembantu juruterbang helikopter Dauphin 2 yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu masih bingung memikirkan tragedi itu.

Mengimbas kembali pengalaman semasa menerbangkan bekas menteri dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Adelia menyifatkan helikopter tersebut sebagai sebuah pesawat udara yang konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi.

Adelia, 27, yang kini bertugas sebagai juruterbang di Weststar berkata helikopter tersebut antara yang paling selesa untuk diterbangkan kerana saiznya lebih besar dan stabil.

"Dauphin adalah konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi dan sekurang-kurangnya amat jarang untuk kita dengar kes ia terhempas di rantau ini.

"Ia juga adalah helikopter paling popular di kalangan VIP. Ia hanya helikopter yang menjadi pilihan Jamaluddin untuk urusan perniagaan.

"Tan Sri gemar duduk di belakang tempat duduk pembantu juruterbang kerana beliau mahu melihat apa yang sedang dilakukan juruterbang," katanya pada Selasa.

Adelia berkata beliau masih tertanya-tanya mengenai punca helikopter tersebut terhempas dan menjangkakan manuver mendadak antara punca nahas itu.

"Manuver mendadak boleh disebabkan oleh kerosakan teknikal secara tiba-tiba seperti kebocoran hidraulik.

"Namun, kes seperti ini jarang berlaku membabitkan Dauphin.

"Juruterbang juga melakukan pemeriksaan sebelum penerbangan bagi memastikan helikopter tersebut berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata kesilapan manusia adalah sukar diterima kerana ia diterbangkan oleh juruterbang berpengalaman dan cekap, Kapten Clifford William Fournier Jr.

"Dia adalah orang terakhir yang kita bayangkan akan menyebabkan kesilapan. Cliff adalah juruterbang senior dan dia sentiasa tahu apa yang dilakukannya dan juga mengetahui luar dalam helikopter tersebut.

Adelia berkata juruterbang dilihat berada dalam keadaan baik kerana dia memberi respons dalam chat kumpulan tersebut di laman media sosial sebelum menerbangkan helikopter tersebut.

Jelasnya, Cliff menulis;"Kami masih lagi di atas tanah, kami akan berlepas dalam masa terdekat." -mstar

[VIDEO & GAMBAR] Kerajaan Beli BMW Ini Untuk Siapa?

Posted: 08 Apr 2015 05:15 AM PDT


Enam kereta mewah BMW yang setiap satu berharga lebih setengah juta didakwa telah dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kenderaan berkenaan masih belum mempunyai nombor pendaftaran tetapi telah diletakkan jata (lambing rasmi) negara.

Berdasarkan maklumat yang diperolehinya, Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, kereta mewah itu berada di sebuah cawangan BMW di Bandar Puteri Puchong.

"Kereta mewah ini hanya mempunyai jata negara yang mengundang spekulasi bahawa ia adalah milik kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen pada Rabu.

Rafizi mendesak kerajaan memberi penjelasan kewajaran membeli kereta mewah ketika rakyat terbeban dengan kenaikkan harga barangan secara mendadak selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.

Dia turut meminta BMW Malaysia menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang pembelian itu supaya tidak timbul tanggapan negatif. -FMT




TERKINI


BMW: Kereta tajaan untuk sidang Asean

BMW Group Malaysia menjelaskan bahawa enam buah kereta keluarannya yang dikesan dengan lambang jata Malaysia merupakan kereta tajaan untuk digunakan dalam Sidang Kemuncak Asean ke-26.

Akhbar kerajaan Selangor melaporkan, pengeluar kereta mewah itu menjelaskan bahawa enam buah kenderaan tersebut tidak dibeli oleh kerajaan, seperti yang disyaki PKR.

Perkara itu dijelaskan oleh pengarah urusan syarikat tersebut, Alan Harris.

"Kereta berkenaan tidak dibeli Kerajaan Persekutuan sebaliknya BMW menaja kereta berkenaan," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Menurutnya kereta tersebut akan digunakan sebagai kenderaan rasmi semasa persidangan berkenaan, yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 April.

Naib presiden PKR, Rafizi Ramli pagi ini mendakwa kenderaan tersebut dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Beliau seterusnya menuntut agar kerajaan menjelaskan mengenai "pembelian" itu.
-mk


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT