Rabu, 22 April 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] 1 Lawan1 Di Rompin, Cucumatkilau Tercicir

Posted: 22 Apr 2015 12:31 AM PDT


Rompin: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, P091, bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS umum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh hari ini.

Sebelum itu, pusat penamaan calon dibuka pukul 9 pagi tadi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dan ditutup sejam kemudian.

Dua calon, iaitu Datuk Hasan Arifin daripada Barisan Nasional (BN), dan Nazri Ahmaf daripada PAS, telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Calon PAS Nazri Ahmad dilihat tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi disusuli calon BN Datuk Hasan Arifin yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.04 pagi.

Nazri Ahmad telah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi dan Hasan Arifin pula pada pukul 9.07 pagi.

PRK Rompin Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin (tiga kanan) bersalam dengan calon PAS Nazri Ahmad (dua kanan) ketika hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini, hari ini. - Foto Bernama

Sementara itu Bernama melaporkan, penulis blog Mohd Shukri Mohd Ramli yang pada Isnin lepas mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas, tiba pada 9.50 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak membawa penyata kewangan serta seorang pencadang dan seorang penyokong bersamanya.

Sebelum itu, Hasan, pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, diiringi Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berarak dari Puteri Inn, kira-kira 30 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi.

Turut bersama mengiringi Hasan ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga penyelaras BN bagi PRK Rompin, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Naib Presiden Gerakan Datuk A Kohilan Pillay berserta 5,000 anggota dan penyokong BN.

Sementara itu, Nazri pula diiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, diarak dari stesen minyak Petronas kira-kira 200 meter dari pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua berserta 1,000 penyokong.

Pengundian awal akan berlangsung pada 30 April ini manakala proses pengundian pula akan diadakan pada 5 Mei nanti.

Kawasan parlimen itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar.

PRK Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum Ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Parlimen Rompin adalah pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Lapan PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015).

Seorang bloger yang mengumumkan mahu bertanding sebagai calon bebas Isnin lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai cucumatkilau tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan kerana tidak membawa bersamanya penyata akaun dan pencadang serta penyokong.

[VIDEO] Terkini: Mursi Dihukum Penjara 20 Tahun

Posted: 21 Apr 2015 07:01 PM PDT


Mahkamah di Mesir, pada hari ini (21/4/2015), telah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara ke atas Muhamad Mursi, presiden Mesir pertama yang terpilih secara demokrasi tetapi digulingkan oleh tentera pada tahun 2013. Beliau dihukum penjara bersama 12 defendan yang lain.

Mursi dinyatakan bersalah atas dakwaan memerintahkan penangkapan dan penyiksaan terhadap demonstran yang menentang dirinya pada 2012. Ketika itu dia memang masih menjawat sebagai presiden. Bagaimanapun mahkamah mengetepikan tuduhan bunuh terhadap Morsi berhubung kematian seorang wartawan serta dua penunjuk perasaan lain pada 2012.

Mursi sendiri terpilih sebagai presiden dalam pemilihan umum setelah revolusi yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak pada 2011. Beliau hanya sempat memerintah selama setahun kerana digulingkan oleh tentera di bawah pimpinan Jenderal Abdul Fatah al-Sisi, yang kemudiannya terpilih sebagai presiden dalam pilihanraya umum 2014.

Sejak digulingkan Mursi, yang berasal dari kelompok Ikhwanul Muslimin, sendiri telah ditahan. Pertubuhannya juga dilarang di Mesir dan menjadi buruan oleh pihak keselamatan. Ratusan pendukungnya terkorban sementara ribuan lainnya dipenjara. Peguam Mursi menyatakan mereka akan mengemukakan rayuan. Sementara bagi para aktivis anti-Mursi mereka menyatakan hukuman penjara ke atas Mursi belum memuaskan hati mereka.

"Ini kejutan... kami berharap dia diputuskan bersalah dalam dakwaan pembunuhan," kata Ramy Ghanem, peguam seorang aktivis anti-Mursi, "Tetapi hukuman ini juga tidaklah buruk sangat. Kami berharap dia dipenjara seumur hidup, tetapi 20 tahun juga tak jauh bezanya."

Di Mesir, hukuman seumur hidup bererti dipenjara 25 tahun.

Sebelumnya mahkamah di Kaherah telah menjatuhkan hukuman mati bagi pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 13 orang lainnya. Mereka didakwa terlibat dalam demonstrasi yang berlangsung di Mesir pada 2012-2013.

Sementara itu Ikhwanul Muslimin mengajak para pendukungnya untuk mengadakan demonstrasi pada Selasa.

"Pemimpin kudeta memperalatkan sistem kehakiman," demikian bunyi pernyataan rasmi Ikhwanul Muslimin terhadap hukuman ke atas Mursi.

Pertubuhan itu menyatakan bahwa "Sisi menggunakan sistem kehakimah sebagai senjata untuk melawan kehendak rakyat, demokrasi, dan revolusi yang sah, yang terwujud dalam diri Presiden Muhamad Mursi."








Zahid Perlu Pecat IGP Segera!

Posted: 21 Apr 2015 05:31 AM PDT

Gambar terbaik banner PECAT IGP semasa protes oleh #Kitalawan

Zahid sanggah Khalid, tindakan bantah salib gereja satu hasutan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan, bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menteri dalam negeri itu dilaporkan portal Malaysiakini memberi persetujuan yang tegas apabila ditanya sekiranya tindakan penunjuk perasaan itu, yang meminta salib gereja diturunkan, bersifat hasutan.

"Sudah tentu! Ya, ya,ya!" beliau dipetik berkata.

"Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka." Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin juga akan diambil kepada ahli parti yang menyertai bantahan di gereja itu semalam.

"Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam Umno, kita perlu. Hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya," katanya menurut portal itu.

The Star Online juga memetik Zahid berkata kepada media selepas satu acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) hari ini, "jika sesiapa menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan".

Terdahulu, Khalid berkata tiada elemen hasutan dalam protes semalam kerana isu berkenaan tidak melibatkan agama Kristian.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian.

"Salib itu diturunkan susulan terdapat permintaan daripada masyarakat. Tidak terdapat keganasan," kata Khalid, sambil menambah yang perkara itu dianggap isu masyarakat dan sudah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kerajaan negeri Selangor.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baru itu semalam, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana ia dikatakan mengancam Islam, sebagaimana dilaporkan The Star Online.

Salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

Abdullah berkata hari ini, penduduk menemuinya bagi membincangkan perkara itu pada Sabtu, mengatakan mereka tidak selesa dan rasa sensitif dengan isu itu.

Bercakap mengenai keterlibatan abangnya itu, Khalid berkata, beliau hadir bagi menenangkan penunjuk perasaan dan memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang keganasan.

Beliau juga berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya sesiapa didapati bersalah, walaupun jika ia melibatkan adik-beradiknya dan anak-anaknya.

ULASAN GB

Jika sebelum ini #Kitalawan telah menganjurkan demo PECAT IGP kerana IGP yang didakwa tidak profesional, maka kini berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.... memang wajar Khalid dipecat.

Khalid Abu Bakar tersilap langkah ... apabila membela abangnya, Abdullah Abu Bakar bersama kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.

Zahid perlu berani untuk bertindak kerana PDRM adalah di bawah kementeriannya. Sudah sampai mamsanya Khalid Abu Bakar yang tindak-tanduknya begitu berat sebelah dan pilih kasih, dipecat dari jawatannya.





Tiada ulasan: