Kelab Greenboc |
Najib & Rosmah Wajar Ditahan & Disiasat Posted: 21 Apr 2015 12:05 AM PDT Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM, Rosmah Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung. "Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul. "Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya," katanya. Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times. Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka. Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat. Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan. Tak boleh lagi biarkan Najib Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya. Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang. Mufti: Jaga-jaga kerenah wanita pertama Sementara itu, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mengingatkan bagaimana reputasi seorang pemimpin negara dirosakkan oleh isteri sehingga mendorong rakyat benci kepadanya. Beliau memberi contoh Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. "Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran first lady (wanita pertama) boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. "Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang salih terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan mereka," tulis Dr Mohd Asri dalam Facebooknya Jumaat lalu. Sebaliknya, kata beliau, wanita solehah kadang-kala lebih baik daripada lelaki dan kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. "Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. "Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian," katanya. -mk ULASAN GB Nampaknya apa yang GB ramalkan pada tahun 2011 kini hampir menjadi kenyataan. Kalau dulu Najib mengasak Pak Lah unyuk turun, kini Najib pula diasak untuk turun. Di dalam satu entri bertajuk Najib bakal Diturunkan Dengan Lebih Dasyat GB menyatakan (petikan): Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara. Dan di dalam satu entri lain pada tahun 2011 juga GB menyatakan Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah. Petikan: Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya. Serangtan TDM ke atas wanita berpuaka bernama Rosmah itu mungkin agak terlewat. Berbilion wang rakyat telah hilang. Namun, seperti kata pepatah, better late than never. Najib dan Rosmah wajar ditahan ditahan disiasat.. dan jika terbukti bersalah perlu dihukum penjara. |
[BERGAMBAR] PAS FOR ALL Hanya Tinggal Kenangan Bhgn 2 Posted: 20 Apr 2015 06:01 PM PDT Pas siasat aduan salah laku pemilihan KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat akan membuka kertas siasatan berhubung laporan salah laku yang dilaporkan berlaku ketika Mesyuarat Pemilihan Pas Kawasan. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata, buat masa sekarang pihaknya masih membuka peti aduan dan siasatan hanya akan dilakukan selepas 24 April (Jumaat) ini. "Antara laporan salah laku yang telah rasmi diterima adalah dari Pas Puchong. Aduan tidak rasmi pula diterima dari Pas Kapar, dan Pas Kuala Selangor. Laporan rasmi akan diterima dari Pas Kuala Langat petang nanti. "Selain itu kami turut terima aduan rasmi mengenai salah laku dari Pemuda Pas Tumpat di Kelantan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, antara aduan yang diterima termasuk laporan penggunaan borang yang tidak dipatuhi Pas Kawasan, dan nama calon yang sepatutnya bertanding tercicir dari senarai. "Kesemua ini saya sifatkan sebagai satu perkara yang tidak adil. Mereka (Pas Kawasan yang terlibat) bukannya tidak tahu mengenai peraturan yang telah ditetapkan. "... Mereka bukan tak faham peraturan, mereka cuma tidak ikut peraturan yang digariskan," katanya lagi. Dalam pada itu beliau turut menggesa Pas kawasan yang mempunyai aduan untuk menghantar laporan selewatnya pada Jumaat itu. "Aduan hendaklah dihantar secara rasmi kepada kami. Ia bertujuan untuk memudahkan siasatan. Tarikh tutupnya adalah 24 April ini, sebarang aduan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan," katanya lagi. -SH
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan