Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Kumpulan UG Pasti Binasa, Demikian Hukum Alamiah....

Posted: 17 Apr 2015 01:36 AM PDT


Selepas Jebon, Parasit Pula?

Baru-baru ini satu gambar pamplet yang bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" tersebar melalui media sosial WhatsApp. Di bawah tajuk itu tercatit pula takrif perkataan 'parasit'. Di dalam pamplet tersebut disenaraikan pula 8 pimpinan PAS yang digelarkan sebagai 'parasit' dengan urutan ranking tertentu.

Nampak gaya seolah-olah satu atau dua gelaran tidak memadai dalam usaha golongan ini menjatuhkan pemimpin. Sebaliknya mereka memanafaatkan gelaran sebanyak mana yang mungkin demi mencapai matlamat mereka. 'Jebon', 'Parasit', 'Anwarinas', 'anti-ulama', 'anti-hudud', 'liberal', 'sekular' dan apa sahaja yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini.

Golongan tukang label ini menggelarkan diri mereka sebagai 'pro-ulama' tetapi hakikatnya, perangai mereka lebih sesuai dengan gelaran 'geng-juhala'. Ini adalah kerana hanya yang jahil akan bersikap dan bertindak seperti mereka. Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon 'ulama' dalam Muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulama ini bukan jenis yang 'bisu', tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong.

ASAL USUL GELARAN 'PARASIT'

Setakat mana saya ingat, orang yang mula-mula gunakan gelaran 'parasit' adalah Dato Dr. Hassan Ali. Bersama beberapa pengikut tegarnya, DDHA menggunakan gelaran itu terhadap mereka yang menentang hajatnya untuk PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor pada 2008 dengan dirinya sendiri sebagai MB Selangor. Tidak sangka masih ada yang sanggup menjadi 'tukang-tiru' kaedah DDHA dalam PAS! Berkemungkinan juga mereka adalah orang-orang yang sama yang merupakan 'tukang-tiru' Zul Nordin pencipta gelaran 'Anwarinas'!


Selepas ghaibnya DDHA dan ZN, budaya gelar-menggelar dan label-melabel diteruskan 'tukang-tiru' dengan turut tersebarnya gelaran baru yang dicipta mereka!

SIAPA PARASIT SEBENAR?

Parasit ditakrifkan oleh pengarang pamplet sebagai "menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat dari tubuh itu. Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpangi itu semakin rosak dan lunyai".

Bagi pandangan saya, 8 pemimpin yang digelar sebagai 'parasit' (termasuk saya), tidak menepati takrif di atas. Malahan ianya lebih sesuai digunakan terhadap golongan 'geng-juhala' yang baru muncul ini. Ini adalah kerana 8 pemimpin yang digelar 'parasit' ini sebenarnya telah bersama PAS sejak PAS parti lemah yang tidak mendapat sambutan, samada dari orang Islam atau bukan Islam. Keterlibatan kami sejak tahun 80an semasa PAS tidak mempunyai Ahli Parlimen ataupun ADUN kecuali sedikit dan hanya di Pantai Timur. Dan melalui maklumbalas yang diterima, usaha kecil kami bersama ahli PAS yang komited memperjuangkan Islam telah menyumbang kepada bertambah kuatnya PAS dan bukan sebaliknya.

Atau adakah ada yang beranggapan PAS lebih kuat pada tahun 80an berbanding 1998 hingga 2013?

'Parasit' datang pada tubuh yang kuat dan menjadikannya lemah (seperti sekarang) dan bukan datang ke tubuh yang sedang 'lemah' dan membantu mengukuhkannya. Kemanisan manafaat atau 'zat' yang telah dihisap tidak lain dari celaan berselang kutukan masyarakat pada ketika itu serta ditahan di bawah ISA dan bermalaman di lock-up!

PARASIT MULA DATANG...

Tetapi sekarang, tubuh PAS sudah kuat dan kukuh. Maka amat menarik bagi 'parasit' datang menghinggap dan menghisap! Maka inilah masanya dan bukan 20 tahun dahulu!

Mereka muncul entah dari mana, muka baru yang melayari alam maya, menaburkan fitnah dan adu-domba. "Pemimpin ini Liberal, Sekular dan Plural. Mereka anti-ulama, anti-hudud dan ingin jatuhkan DS Presiden" kata mereka. Mereka menonjolkan diri, menggambarkan diri sebagai penyokong PAS tegar tetapi dengan setiap kejayaan yang mengukuhkan kedudukan mereka, PAS menjadi semakin berpecah dan semakin lemah.

Ukhuwwah dalaman semakin parah, hubungan dengan PR semakin retak, penerimaan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam semakin merosot. Sambil itu mereka bertambah 'kenyang'. Disanjung atas sebab dianggap ulama. Laluan disediakan permaidani merah dan mereka inilah parasit sebenar.

Mereka hisap zat kekuatan PAS demi keuntungan peribadi. Mereka semakin kuat, PAS semakin lemah dan lunyai.

DUIT DATANG DARI MANA?

Ada juga yang bertanya, "buat pamplet ini banyak belanja. Mana datang duit?"

Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah.

KESIMPULAN

Nasihat ikhlas saya pada 'tukang-tiru' DDHA dan ZN, sekiranya kamu hendak gelar dengan gelaran menghina sekali pun, pilih-pilihlah. Silap-silap terkena batang hidung sendiri. Sudahlah akhlak terkutuk, nampak kebodohan lagi... bab duit, sila jawab sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


ULASAN GB

Saya tidak dapat untuk tidak bersetuju dengan tulisan Ahli Parlimen Shah Alam di atas.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Tujuan mereka untuk mempengaruhi ahli PAS supaya menyokong Haji Hadi sebagai presiden dan menolah kumpulan progresif dari saf kepimpinan PAS Pusat menjelang pemilhan nanti.

Berjayakah mereka Setakat ini mereka berjaya. Beberapa YDP kawasan termasuk DS Nizar tewas dan beberapa orang yang menjadi pilihan mereka diangkat dikawasan-kawasan termasuk menantu Haji Hadi di Subang.

TETAPI, berkatkah tindakan mereka. Itu persoalan penting. Soal berkat - sama seperti persoalan "ikhlas", "niat" dan seumpamanya adalah urusan Allah dan Allah melalui hukum kebenaran dan keadilanNya memberikan jawapannya dengan terang dan jelas. Sebab taaluq sifat ilmu Allah itu "inkisyaf" (tersingkap, terang & jelas).

GB beri contoh iaitu di dalam isu Bil Persendirian yang dihantar oleh Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan apabila UMNO mengajak kita berunding, maka wajib kita terima, samada mereka ikhlas atau tidak, itu urusan Allah. Kita telah menyatakan kepada beliau bahawa UMNO sudah dikenali sebagai kumpulan penipu dan Rasulullah telah berpesan melalui hadithnya jangan dipatuk ulas dua kali.

Apa jadi... semua orang tahu. Haji Hadi yang "yakin dapat memebntang Rang Undang0undang itu pada sessi parlimen yang lepas diaibkan... "Masa tak cukup nak bentang.."... mudah saja ditipu. Sekarang kena hantar semula Bil Persendirian berkenaan untuk sesi parlimen akan datang. Agak-agaknya dapat tak dibentangkan? Ia Bil Persendirian, maknanya terletak di agenda terakhir lagi.Jawapan yang serupa akan diperolehi... tiada masa yang cukup untuk dibentangkan. Berapa kali sudah mahu dipatuk ular?

Begitulah jawapan untuk persoalan "berkat"kah kerja-kerja golongan yang melabel dan memfitnah untuk menguasai jawatan Presiden dan JK Tertinggi PAS Pusat... mereka boleh menguasai 100% sekalipun senarai tersebut tetapi hukum kebenaran dan keadilan akan menjelaskan kemenangan yang diperolehi dengan cara batil itu tidak ada keberkatannya. Akhirnya akan tumbang sendiri kerana sesuatu yang tidak berkat itu sebenarnya tiada asas yang kukuh.

Samalah dengan nasib yang menimpa Najib kini. GB pernah ulas beberapa tahun dulu. Najib Di Ambang Kejatuhannya. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

Sekarang Najib dihempuk dengan pelbagai masalah. Kajian membuktikan popularitinya merudum, hutang negara meningkat, kenaikan harga meniyak, gula dan barang keperluan lain dan cadangan kenaikan tol serta pengenaan GST yang bakal menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat yang mengakibatkan kemarahan rakyat juga meningkat.

GB pernah juga mengulas bahawa GB amat yakin sekali jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

Setelah GB menulisnya, maka macam-macam berlaku dan menimpa Najib. Kapalterbang hilang, terhempas, helikopter bawa pegawai-pegawainya juga terhempas, diserang pula dengan pelbagai isu seperti IMDB, jet peribadi, keborosan & ketirisan dan sebagainya. Bekas PM pun kini menyerangnya.

Sekarang baca dua tempat yang mereh itu sama-sama. Sudah menjadi kenyataan bukan?

GB bukan ulama, GB bukan wali. Tapi GB belajar melalui hukum alam. Ayat manzurah itu lebih indah, kekal dan lebih abadi dari ayat maqruah..

Ahmad Awang, Ulamak PAS Pro-Pakatan Yang Mampu Bawa PAS Ke Hadapan

Posted: 16 Apr 2015 07:00 PM PDT


PAS Bukit Gelugor calon Ahmad Awang sebagai presiden kerana jasa tubuh Pakatan Perak

Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor.

Yang dipertua PAS Bukit Gelugor, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) amat dihargai parti Islam itu.

PAS Bukit Gelugor di Pulau Pinang yang dipimpin Mujahid menjadi kawasan ketiga selepas Parit Sulong dan Jelebu di Negeri Sembilan mencalonkan Ahmad sebagai presiden.

"Beliau juga ulama terkenal di peringkat antarabangsa dan dihormati kerana ilmunya," kata Mujahid yang mengetuai PAS kawasan itu dalam mencalonkan bekas naib presiden PAS itu.

Menurut Mujahid, penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.

Selain itu, Ahmad juga pernah menyandang jawatan naib presiden dan ahli Majlis Syura PAS, serta pernah mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
kata Mujahid.

Katanya, peranan pentadbiran dan keilmuan Ahmad mampu membawa PAS ke tahap lebih baik.

"Semoga dengan keberkatan syura PAS Kawasan Bukit Gelugor pencalonan kami diharapkan dapat melonjakkan PAS ke hadapan," katanya.

Bukit Gelugor juga mencalonkan Mohamad Sabu bagi mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, manakala Mujahid sendiri bersama Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dicalonkan untuk naib presiden, dalam mesyuarat yang diadakan pada 15 April. -TMI

ULANGSIAR

Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat


Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.


Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.

Cengkaman Umno

Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.

Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.

Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.

Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.


Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.

Menjelang GST

Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.

Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.


Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.

Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.

Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.

Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.

Adab beza pandangan

PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!

Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.

Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.

Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.

PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.

Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor

‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.

Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.

Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.


Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.

AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM).



IMBASAN KEMBALI


PENDEDAHAN UST AHMAD AWANG WUJUDNYA UG KETIKA PENUBUHAN KERAJAAN PAS PERAK.

[min 5:07] Saya percaya InsyaAllah Pas akan terus kehadapan maju terutama sekali yg telah di tegas tadi, di ulang-ulang oleh pelbagai perwakilan tentang bagaimana kita tidak sepatutnya berfikir yg kita hendak berpakat dengan Umno..

Yg itu saya katakan itulah pendirian kita dan kita memperkasakan Pakatan Rakyat. Jadi dalam hal ini kerana ada pihak perwakilan yg ada mengatakan tadi bila cakap bab Umno, siapalah diantara kita ini yg mereka tu nak berunding nak pergi bersama dengan Umno...??

Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.

Saya di hubungi oleh pimpinan tertinggi.. "Tidak bolehkah kita mengkaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.."

Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!





DI VIDEO-VIDEO DI BAWAH INI ADA JAWAPANNYA:








Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT