Rabu, 8 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahathir Dah Jawab, Najib Bila Lagi?

Posted: 08 Apr 2015 04:11 AM PDT

shahbudindotcom


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi pukulan lagi kepada Najib Razak. Kali ini beliau tidak saja meneruskan kritikan dan persoalan untuk segera dijawab malah sambil itu menjawab pelbagai serangan yang mula dilemparkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai beberapa skandal yang melibatkan kerugian wang di era pemerintahannya. 

Katanya, memang ada berlaku kehilangan wang semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi semuanya diketahui ke mana perginya.

Mengenai tindakannya menyerang Najib yang dianggap memberi kelebihan kepada pembangkang, Tun Mahathir bertanya, bagaimana pula dengan Najib sendiri yang akur dengan kehendak pembangkang seperti menghapuskan ISA, mengabaikan DEB dan pernah berhasrat menghapuskan Akta Hasutan?

Selain itu, Tun Mahathir juga membangkitkan lagi isu berkenaan 1MDB yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta menangkis persamaan antara Daim yang dilantiknya sebagai Menteri dengan Jho Low yang diberi kepercayaan mengendalikan berbilion wang 1MDB.

Beliau turut mengulangi pendiriannya mengenai Sirul yang tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman mati sedangkan anggota polis itu hanyalah pegawai rendah yang patuh pada arahan.

Tun Mahathir tidak terkecuali menunjukkan "kejantanannya" dengan menyatakan sedia disiasat lagi berkenaan kehilangan wang di zamannya.

"Apabila saya letak jawatan, satu usaha dibuat untuk mendapatkan bukti saya melesapkan duit kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tiada halangan", tambah Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam.

Pelbagai kritikan lain yang dilemparkan oleh penyokong Najib terhadapnya juga dijawabnya dalam kali ini. Antaranya daripada Salleh Tun Said Keruak ( pemimpin UMNO Sabah), Jamal  Mohd Yunos ( pemimpin UMNO Selangor) serta daripada seorang pembaca sebuah portal berita yang dikenali Izack Chin.

Menurut Tun Mahathir lagi, beliau masih ahli UMNO dan kritikannya hanya ditujukan kepada pemimpin, bukan kepada parti. Kedudukan Najib yang lebih lemah berbanding Pak Lah dan dikaitkan dengan banyak syak wasangka juga diulangi lagi.

Beberapa perkara lain lagi disentuh oleh Tun Mahathir dalam tulisannya ini, tetapi tindakannya yang pantas menjawab beberapa kritikan terhadapnya seperti cuba "mengajar" Najib bagaimana seharusnya seseorang pemimpin itu berperanan.

Salah satu kelebihan sebagai pemimpin yang diperlihatkan oleh Mahathir ialah seseorang itu mesti mampu menjawab kritikan dan menjelaskan apa juga perkara yang diragui oleh orangramai.

Selain menuntut Najib menjawab pelbagai kritikan yang dibangkitkannya sebelum ini, Tun Mahathir dalam masa yang sama menunjukkan beliau seorang yang tidak pernah lari daripada kritikan.

Daripada dulu sehinggalah sekarang, itulah watak Tun Mahathir. Beberapa hari sebelum ini, KJ dan Shahrir Samad adalah antara pemimpin UMNO yang tegas menyatakan agar Najib menjawab sendiri kritkan Tun Mahathir.

Hari ini, dalam usianya melebihi 90 tahun dan sudah bersara, Tun Mahathir seperti mahu memperlihatkan kepada Najib agar turut pantas menjawab segala kritikan dan tanda tanya masyarakat sebagaimana yang dilakukannya.

Lalu, apa lagi alasan Najib untuk terus diam, senyap dan bisu?

Isteri muda Nazri cabar Nedim

Posted: 08 Apr 2015 04:07 AM PDT

 
Haflin mendakwa dia layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.


nedim



PETALING JAYA: Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

"Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri," tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai 'wanita terdesak'.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu.

Kita Lawan mahu pacak papan tanda di Dataran

Posted: 08 Apr 2015 03:58 AM PDT

MALAYSIA KINI


 


Kumpulan aktivis anak muda Kita Lawan akan melancarkan dan 'mewartakan' tapak duduk bantah tindakan ketua polis negara dekat Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "Dataran Kita Lawan", malam ini.

Mereka juga akan meletakkan papan tanda sebagai simbolik bahawa anak muda mempunyai hak untuk bersuara secara terbuka susulan cadangan kerajaan mahu meminda Akta Hasutan.

"Satu papan tanda 'Dataran #KitaLawan' akan didirikan sebagai simbolik bahawa anak muda mempunyai hak untuk bersuara secara terbuka.

"Ini juga sebagai janji kami dan peringatan kepada pemerintah bahawa ugutan dan hukuman tidak mampu menyekat kemaraan anak muda," katanya sekretariat kumpulan itu.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu juga akan mengadakan 'malam setiakawan' terhadap 13 aktivis yang dipenjara kerana membantah 'rampasan kuasa' di Perak pada 2009.

Mereka akan mengadakan majlis bacaan puisi dan kutipan derma sebagai memperingati dan membantu keluarga aktivis yang terlibat.

Mengulas lanjut, sekretariat itu menganggap tindakan meminda Akta Hasutan sebagai menyekat kebebasan dan kelantangan anak muda untuk bersuara termasuk turun ke jalan raya, bagi menuntut ketelusan kerajaan.

"Kami akan terus memberi tekanan dan mencabar sekatan-sekatan yang hendak dikenakan terhadap anak muda.

"Jika salah seorang daripada kami dihukum, ini hanya memberi inspirasi kepada yang lain untuk bangkit dan teruskan perlawanan ini.

Gerakan Kita Lawan muncul susulan pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Fabruari lalu.

Mereka menganjur beberapa siri demonstrasi membantah tindakan tersebut dan turut membangkitkan isu melibatkan kepentingan awam. 


Caj perkhidmatan kekal, walau ada arahan P'jaya

Posted: 08 Apr 2015 03:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengumuman Putrajaya bahawa pengguna tidak perlu membayar caj perkhidmatan di restoran dan hotel, menyebabkan francais popular dihujani pertanyaan di media sosial.

Ia ekoran arahan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Agung Alias ​​Ahmad pada hari Isnin bahawa perniagaan itu tidak boleh mengutip caj perkhidmatan jika ia tidak mempunyai perjanjian bersama dengan kakitangannya..

Bagaimanapun, beberapa francais utama telah mengumumkan bahawa mereka masih mengekalkan caj perkhidmatan 10 peratus, dengan antaranya memberi alasan kurang maklumat dari kerajaan berhubung arahan tersebut, manakala yang lainnya menegaskan mereka mempunyai perjanjian bersama, dan dengan itu, boleh mengutip caj tersebut.

Contohnya, Sushi King dalam satu kenyataan di Facebook semalam berkata ia sedang mengkaji perkara itu dan buat masa ini, akan kekal dengan dasar lama itu.

Kekaburan berhubung arahan itu nampaknya ekoran reaksi kerajaan yang berdepan dengan tekanan berikutan pelaksanaannya cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengumuman tiba-tiba Putrajaya itu sebaliknya menyebabkan perniagaan tersebut menjadi tumpuan perhatian apabila ia bertegaskan bahawa caj perkhidmatan 10 peratus tidak ada sebarang kaitan dengan kerajaan.

Satu lagi francais, Sushi Zanmai, mengulangi apa yang telah ditegaskan oleh Sushi King dalam laman Facebook semalam bahawa semua harga makanan dan minuman di Sushi Zanmai adalah tertakluk kepada caj perkhidmatan 10 peratus.

Ini mengundang bantahan di media sosial dengan seorang pengguna yang dikenali sebagai Henry Wong berkata: "Kerajaan kata tak perlu, semua dalam berita" manakala JC Chan membalas: "Bagaimana jika saya tak setuju nak bayar, anda akan ketepikannya? "

Seorang lagi lagi pengguna yang dikenali sebagai Ivan Cha berkata: "Adakah anda mempunyai perjanjian bersama? Saya tak ada (jadi) anda tidak boleh kutip caj perkhidmatan."

Bagaimanapun, Sushi Zanmai dalam responnya menunjukkan ia mempunyai perjanjian seumpama itu.

Malah, sebelum arahan itu dikeluarkan Isnin lalu, tempat makan popular sudahpun dihujani dengan pertanyaan tersebut, selepas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mendakwa pada hari Jumaat lepas bahawa pengguna mempunyai hak untuk menolak membayar caj perkhidmatan.

Sebagai contoh, pengguna Facebook Lok Hon San ingin tahu, di laman Facebook Nando, sama ada bayaran caj perkhidmatan itu satu pilihan.

Bagaimanapun, Nando menjawab ia mempunyai perjanjian bersama dengan pekerjanya dan menyatakan bahawa semua caj perkhidmatan yang dikenakan di semua cawangannya akan kembali kepada kakitangannya.

Menurutnya lagi, pelanggan boleh menolak untuk membayar caj perkhidmatan 10 peratus itu sekiranya perkhidmatan yang disediakan adalah tidak memuaskan tetapi itu pun selepas siasatan dijalankan.

Old Town White Coffee juga terpaksa mempertahankan caj perkhidmatan yang dikenakan berikutan kenyataan Ahmad itu.

Menulis di laman rasmi Faceboooknya, syarikat itu menjelaskan bahawa caj perkhidmatan bukan semata-mata untuk gaji dan usaha perkhidmatan kakitangan, tetapi ia juga meliputi pelbagai aspek seperti kemudahan yang disediakan di setiap cawangan.

Tambahnya, cukai 6 peratus GST juga dikenakan di samping caj perkhidmatan 10 peratus kerana kerajaan juga mengenakan cukai ke atas perkhidmatan yang diberikan.


Faekah diarah bayar balik RM2.7 juta

Posted: 08 Apr 2015 03:51 AM PDT

 
MBI dalam proses memulakan prosiding mahkamah terhadap lapan bekas pembantu Abdul Khalid kerana enggan memulangkan wang pampasan


Faekah Husin



SHAH ALAM: Salah seorang pembantu kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diminta memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.7 juta.

Faekah Husin berkata, notis tuntutan oleh firma guaman yang dilantik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu amat mengejutkannya.

"Saya telah terima dua notis tuntutan iaitu daripada pihak pengurusan MBI dan firman guaman yang dilantik MBI.

"Bagaimanapun saya keliru kerana notis daripada firma guaman itu meminta saya memulangkan wang pampasan berjumlah RM2.7 juta," katanya.

Faekah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid.

Dia yang mewakili 7 bekas pegawai Abdul Khalid yang dipecat berkata, tindakan MBI membawa kes itu ke mahkamah amat dialu-alukan untuk membersihkan nama mereka yang telah didakwa dengan tuduhan tidak berasas.

"Kami mengalu-alukan proses ini untuk membersihkan nama yang telah tercemar. Kami yakin mahkamah akan memutuskan bahawa pembayaran pampasan dilakukan secara sah seperti yang ditetapkan mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS)," katanya.

Dia mengulas kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan MBI dalam proses memulakan prosiding mahkamah terhadap lapan bekas pembantu Abdul Khalid kerana enggan memulangkan wang pampasan yang telah diterima.

Beliau berkata, kerajaan negeri tetap berpendirian pembayaran wang pampasan tersebut tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan negeri.

Fomca: Harga barang naik hingga 30%

Posted: 08 Apr 2015 03:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemantauan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendapati harga bagi kebanyakan barangan dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Fomca, pemantauan di sebuah pusat membeli-belah di Kelana Jaya itu dibuat ke atas pematuhan peraturan tanda harga, kedudukan harga dan resit pembayaran.

Harga barangan tersebut seterusnya dibandingkan dengan senarai dalam Buku Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Kita mendapati kebanyakan harga barang telah naik antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding harga baru dalam buku panduan," kata Mohd Yusof Abdul Rahman, Timbalan Presiden FOMCA.

Jelasnya, pemantauan di pusat membeli-belah Paradigm itu melibatkan barangan di kedai video Speedy, kedai peralatan kesihatan Guardian, kedai runcit My News.com dan pasaraya besar Tesco.

Yusof menunjukkan satu contoh satu pewangi ketiak yang dinaikkan harga sehingga RM5.35, berbanding harga RM4.44 mengikut buku panduan.

Dalam tinjauan berkenaan, Fomca turut menemui kesalahan berikut:
   

  • Kedai keluarkan resit pembelian dengan harga yang berbeza berbanding harga barangan di rak.
     
  • Peniaga tidak pamerkan harga asal barangan sebelum ditambah GST.
     
  • Pengusaha letakkan dua harga berbeza untuk barangan tertentu.
     
  • Tanda harga di rak berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam resit.
     
  • Tanda harga barang tidak menunjukkan jenis GST yang dikenakan ke atas harga barang itu.
Seterusnya, Yusof menyeru peniaga agar menyatakan jenis GST di tanda harga untuk memudahkan pengguna yang cenderung membeli barang berkadar sifar.

Beliau juga menyarankan agar KPDNKK memperbaharui buku panduan pengguna

Yusof berkata,pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNKK jika mendapati harga di pasaran tidak berpatutan.

"Peniaga yang tidak mengikuti buku panduan bukan satu kesalahan, cuma pengguna boleh mengadu kepada KPDNKK," katanya.

Menurut Fomca, pihaknya sedang mengemaskini senarai barangan yang dikesan dinaikkan harga.

Buku panduan yang dikeluarkan oleh KPDNKK pada Februari tahun ini menyenaraikan harga barangan tertentu sebelum GST, impak GST (enam peratus) dan harga baru selepas dikenakan GST.

'Hasrat berzuriat tergendala kerana GST'

Posted: 08 Apr 2015 02:35 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perbelanjaan membesarkan anak lebih membebankan pasangan muda selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata anggota Parlimen Kulai.

Wakil rakyat muda 34 tahun itu mendakwa kerajaan tidak mengawal selia harga barang-barang keperluan untuk membesarkan anak-anak seperti susu dan lampin bayi.

"Walaupun susu formula sepatutnya berkadar sifar (GST) tetapi semua harga di pelbagai pasar raya naik.

"Menurut buku panduan, banyak barang sepatutnya lebih murah tetapi masalah besarnya apabila panduan ini tidak berguna langsung," tambah ibu muda kepada dua orang anak itu.

Dalam keadaan sekarang ini, kata Teo, Malaysia sekarang mempunyai ramai pasangan muda yang terpaksa berdepan belanja mahal membesarkan anak-anak.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Teo berkata panduan kerajaan menyebut bahawa harga barangan seperti susu tepung sepatutnya turun sekurang-kurangnya dua peratus.

Bagaimanapun, berdasarkan penelitiannya, ia sebaliknya naik kepada 7 hingga 15 peratus.

Susulan itu, katanya, ramai pasangan muda kini memilih tidak berzuriat lagi buat masa ini, termasuk dirinya sendiri.

"Pasangan muda memilih untuk tidak memiliki anak kerana mahu tumpukan kepada perkara lain seperti membeli rumah, kereta dan bergelut dengan kos hidup sehari-hari," kata Teo,


Dunia bukan kita yang punya

Posted: 08 Apr 2015 02:33 AM PDT


SEANDAINYA kita berada di dalam sebuah pesawat yang sedang mendekati bumi sebelum mendarat di KLIA, kita akan dapat lihat bandaraya Kuala Lumpur dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang tingginya berpuluh tingkat.

Jika kita berada di dalam pesawat yang hendak mendarat di Atlanta City, Amerika Syarikat; bandaraya Tokyo, Jepun; Jakarta, Indonesia mahupun bandaraya Hong Kong, kita akan lihat bangunan-bangunan pencakar langit yang panoramanya hampir serupa dengan bandaraya Kuala Lumpur. Apabila menghampiri bandaraya-bandaraya ini, kita dapat lihat lingkaran lebuhraya bersimpang-siur yang penuh dengan pelbagai kenderaan dan juga taman-taman yang mempunyai tasik yang membiru.

Kesemuanya tidak banyak bezanya dengan apa yang ada di ibu negara kita.

Apabila kita menapak di celah-celah orang ramai di mana-mana lapangan terbang, kita akan melihat ribuan manusia yang berpakaian yang hampir serupa. Pakaian kot dan bertali leher, berbaju-T, berjaket, kemeja mahupun jean, berseluar, berskirt, bertopi dan berkacamata adalah di antara pakaian sebilangan besar di kalangan mereka.

Melangkahlah ke mana-mana kompleks membeli-belah di mana-mana tempat di dunia. Kita akan berasa seolah-olah berada di kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur kerana akan terpandang gedung-gedung berjenama global seperti Fendi, Guess, Valentine, Dior, Burberry, Cartier, Chanel, Nike, Adidas, Umbro, Mercedes, Toyota, BMW, Apple, Sony, Samsung dan iPhone. Lihatlah wajah-wajah yang terpapar menghiasi iklan di skrin-skrin pusat membeli-belah. Kita boleh melangut menatap wajah-wajah pelakon  terkenal Nicole Kidman, Beyonce dan selebriti David Beckham. Di merata dunia, inilah wajah-wajah yang menjadi ikon di dunia.

Dunia sudah disatukan secara global. Daripada arkitektur, pakaian manusianya, jenama-jenama yang digunakan, muzik kegemaran, tontonan, bacaan dan makanan, ia bagai seragam. Menjadikan manusia bercitarasa global. Di mana-mana, manusia sudah pernah merasa burger, steak dan sushi. Di mana-mana mereka juga boleh berbahasa atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris. Di mana-mana juga, mereka tahu membuka dan menggunakan Youtube, WhatsApp, Instagram dan Facebook.

Daripada segi fizikal dan mental, hampir kesemua yang mereka nikmati itu semakin menghanyutkan mereka ke budaya hedonism iaitu budaya seronok yang tidak berkesudahan. Oleh kerana ingin bersuka-suka, mereka sudah malas untuk berfikir secara kritis. Mereka lebih suka mengikut apa yang orang lain buat.

Bila kita teliti sesebuah paparan di laman Facebook, komen-komen yang kita baca itu biasanya bukan komen terhadap paparan itu, tetapi komen yang melarat berikutan dari komen mereka yang terakhir. Berapa banyak paparan berbentuk troll iaitu sesuatu yang sengaja dipapar semata-mata sebagai bahan provokasi yang akhirnya menjadi viral? Berapa banyak lagi paparan fitnah, falsu dan auta yang disebar dipercayai tanpa usul periksa? Sudah banyak kali juga, paparan yang telah diketahui kepalsuan pada tahun-tahun yang lalu muncul kembali dan dipercayai  semula?

Kita menjadi manusia global kerana mempunyai budaya yang sukakan keseronokan, celupar, kasar dan ganas. Kita menjadi manusia global kerana mempunyai selera makan umtuk melahap yang hampir sama. Kita menjadi manusia global kerana mempunyai cara berfikir yang sama iaitu menyukai pemikiran yang berubah-ubah, pendek akal, singkat memori dan herd mentality.

Dalam pada itu, manusia mempunyai inspirasi agar dunia menjadi aman damai mengikut acuan global yang hanya bersandarkan kacamata manusia semata-mata. Setelah mempunyai budaya, ekonomi dan pemikiran global, kita mula mahukan kepercayaan agama yang global. Kita mula percaya, oleh kerana semua agama itu adalah untuk kebaikan, maka semua agama adalah sama. Walaupun menyembah tuhan yang berasingan, asalkan ia untuk keharmonian manusia sejagat, maka ia harus menjadi dokongan sekelian manusia. Maka muncullah pemikiran pluralism yang menyemaratakan agama mengikut kacamata global.

Bila manusia berfikir yang dia telah memaju dan mengindahkan dunia, mereka sangka ia sudah mencukupi. Penyatuan mereka untuk menyelamatkan ekonomi dunia, peperangan dunia, kemiskinan dunia, kebuluran dunia dan malapetaka dunia tanpa memikirkan dari mana datangnya segala cabaran, ujian dan dugaan masih bertahap pendek akal.

Sebab itu, apabila manusia terlupa pada Yang Maha Pencipta, mereka akan cepat panik dan putus asa apabila apa yang dirangka itu tidak menjadi. Bukankah ALLAH sudah berfirman dalam al-Quran, "Dan mereka merancang(tipu daya), Allah juga merancang(membalas tipu daya), dan ALLAH sebaik-baik perancang(membalas tipu daya)."(Al-Imran 54)

Sentiasalah ingat, walaupun kita adalah manusia global, kita tetap melangkah di bumi kepunyaan Yang Maha Perkasa. ALLAH SWT juga sudah mengingatkan kita,  "Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi gunung. Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu." (al-Isra' 37-38).

Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.


Benjy, rakan didakwa edar dadah

Posted: 08 Apr 2015 02:31 AM PDT

SINAR HARIAN

Benjy Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau Benjy (kiri) dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Muar hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
MUAR - Seorang pelakon dan rakannya hari ini didakwa  di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis "methamphetamine" pada 27 Mac lepas. 

Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya Raja Shariff Hidayatullah Raja Sharifudin, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza. 

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh itu.

Mengikut pertuduhan, pada tarikh berkenaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya disyaki methamphetamine seberat 1.32  kilogram. 

Kedua-dua tertuduh ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak, Jalan Pagoh-Muar kira-kira pukul 1.40 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. 

Mohd Syafiq kemudiannya menetapkan 28 Mei ini bagi sebutan semula kes berkenaan untuk mendapatkan laporan kimia. 

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala kedua-dua tertuduh diwakili Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.  - Bernama


Saman fitnah: KJ akan fail pinda pembelaan

Posted: 08 Apr 2015 02:29 AM PDT

SINAR HARIAN


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
 
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memasukkan sabitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya dalam saman fitnah yang dikemukakan Anwar terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan peguam J. Leela, yang mewakili Anwar ketika ditemui pemberita selepas kes berkenaan disebut di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman
S.Nantha Balan yang turut dihadiri peguam Sarah Abishegam, mewakili Khairy.

Leela berkata Khairy memohon untuk meminda pernyataan pembelaannya bagi memasukkan sabitan kes liwat Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd
Saiful Bukhari Azlan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu.   

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, Leela berkata pihaknya akan membantah permohonan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau bagi meminda pernyataan pembelaannya.

Leela berkata mahkamah turut menetapkan 14 dan 21 Ogos depan untuk perbicaraan selepas tarikh sebelum ini pada 7 dan 8 Mei dilapangkan, manakala 28
Mei ditetapkan untuk pengurusan kes. 

Mahkamah Persekutuan pada 6 April lepas membenarkan rayuan Khairy bagi memasukkan dapatan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama Anwar pada 2
September 2004.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda  UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk  Malaysiakini.com.   

Anwar mendakwa klip video itu mengandungi sebahagian ucapan yang dikatakan berbaur fitnah diucapkan Khairy dalam satu 'ceramah' di Lembah Pantai di sini
pada atau sekitar 20 Febuari 2008.

Khairy, dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Pada 9 Oktober 2013, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam kes saman itu.

Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan Khairy terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Ogos 2014 dan seterusnya pada 20 Oktober tahun yang sama, Khairy mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan rayuan. - Bernama

Bumbung SK Senawang tercabut angin kencang

Posted: 08 Apr 2015 02:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang dekat sini, mengalami kerosakan teruk selepas bumbung bangunan empat tingkat itu tercabut dipukul angin kencang ketika hujan lebat, malam tadi.

Kejadian kira-kira 7 malam itu, mengakibatkan empat bilik darjah yang terletak di aras empat bangunan itu terpaksa dikosongkan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata tiada kecederaan dilaporkan berikutan kejadian tersebut berlaku selepas waktu persekolahan.

"Bangunan tersebut menempatkan lapan kelas murid Tahun Enam dan untuk sementara, pelajar ditempatkan di surau dan bilik khas.

"Pihak sekolah juga memberi cuti khas bergilir kepada 1,231 pelajarnya iaitu pelajar Tahun Satu akan diberi cuti esok dan murid Tahun Dua pada Jumaat,"  katanya selepas melakukan lawatan ke SK Senawang hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu penilaian kerosakan oleh Jabatan Kerja Raya sebelum memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan untuk kerja pembaikan.

"Kerja pembaikan akan dibuat seberapa segera yang mungkin dan pihak sekolah juga telah melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa bumbung yang diterbangkan angin kencang semalam," katanya.

Sementara itu, di Taman Jasmin, Senawang, sebanyak lima buah kereta yang diletakkan di bahu jalan, remuk dihempap pokok tumbang dalam kejadian angin kencang malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fazli Jamaludin berkata empat pokok tumbang menghempap lima kereta tersebut dengan terdapat dua mangsa dalam satu daripada kenderaan itu.

Beliau berkata mangsa yang tidak mengalami kecederaan, berjaya dikeluarkan setelah pihaknya memotong dahan pokok yang menghempap kenderaan tersebut.

"Tujuh anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memotong dan membersihkan pokok-pokok yang tumbang," katanya.- Bernama


 

Mayat pelajar sudah keras ditemui dalam semak

Posted: 08 Apr 2015 02:25 AM PDT

SINAR HARIAN

Kemalangan maut Gambar hiasan
 
 
 
KOTA TINGGI - Mayat seorang pelajar sekolah dipercayai mangsa kemalangan, ditemui terbaring di dalam semak di tepi jalan Kilometer 8 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kampung Batu Ampat, di sini.

Mangsa, Ahmad Azmi Norazni, 17, seorang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 7.00 pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
  
Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa adalah mangsa kemalangan, kata beliau.
  
Rahmat berkata, mangsa yang menunggang motorsikal jenis Honda EX5, dipercayai berseorangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Linggiu, di sini selepas latihan sepak takraw di sekolah.

"Mangsa dipercayai telah terbabas ke kanan jalan dan terjatuh ke dalam semak dan setakat ini tiada saksi kejadian," katanya.
  
Beliau berkata, pihak polis juga tidak menjumpai sebarang pecahan komponen kenderan lain di lokasi kemalangan.
  
"Berdasarkan keadaan mayat yang sudah keras, dipercayai mangsa telah meninggal tidak kurang lima jam sebelum dijumpai," kata beliau.  

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. - Bernama


KSU: Caj perkhidmatan tak wajar dikenakan

Posted: 08 Apr 2015 02:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Caj perkhidmatan yang diamalkan kebanyakan restoran dan hotel di negara ini bagi menggantikan konsep memberi tip, dilihat tidak lagi relevan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad.

Katanya, caj perkhidmatan bukan sesuatu yang wajib dikenakan pengusaha hotel dan restoran dengan mengambil contoh Carlton Holiday Hotel, Shah Alam yang tidak mengenakan caj berkenaan kepada pelanggan mereka.

Alias berkata kutipan caj perkhidmatan itu juga berkemungkinan tidak disalurkan kepada pekerja.

"Tidak semua pengendali restoran dan hotel yang mengenakan caj perkhidmatan mengamalkan konsep sama seperti 'tipping' dengan memberi wang yang dikutip itu kepada pekerja mereka... ini salah," katanya dalam sidang media berkenaan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Antipencatutan) di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata caj perkhidmatan juga tidak wajar dikenakan memandangkan dasar gaji minimum telah dilaksanakan sejak Januari tahun lepas.

Alias berkata kerajaan dalam proses mengeluarkan polisi baru berkaitan caj perkhidmatan berkenaan dan peniaga harus mempamerkan notis perjanjian bersama di premis mereka berkenaan caj yang dikenakan.

Katanya negara maju seperti Amerika Syarikat, Mexico dan Emiriah Arab Bersatu, tidak lagi mengamalkan konsep 'tipping'  di negara mereka.

"Banyak negara telah berubah," katanya.

Dalam pada itu, Alias berkata tujuh kesalahan membabitkan aktiviti pencatutan, tidak meletakkan tanda harga dan tanda harga mengelirukan dikesan hasil pemeriksaan ke atas 98 restoran dan 37 hotel.

"Notis telah dikeluarkan kepada mereka dan tempoh tujuh hari diberikan untuk mereka menjawab notis tersebut sebelum siasatan dilakukan," katanya.

Alias berkata sepanjang seminggu pelaksanaan CBP, sejumlah 320 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan yang tidak munasabah di pasaran. - Bernama


 

Laporan polis seluruh negara pada Dr M

Posted: 08 Apr 2015 02:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebuah kumpulan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa pihak polis menyiasat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bawah Akta Hasutan 1948.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata tindakan itu diambil susulan kenyataan Mahathir, antaranya berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Laporan polis sedang dibuat di seluruh negara.

"Semalam ada sekumpulan (buat laporan polis) di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Rembau, pagi ini di Kuantan dan Hulu Selangor.

"Dan petang ini di Pulau Pinang dan Melaka," kata ketua SAMM Badrul Hisham Shahrin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. 


Ahli Parlimen Umno mahu pindaan Akta Hasutan ditarik balik

Posted: 08 Apr 2015 02:11 AM PDT

 OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata kurangnya kesedaran di kalangan rakyat mengenai pindaan Akta hasutan 1948 menjadikannya satu kontroversi sekali gus mencetuskan kekeliruan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.  
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata kurangnya kesedaran di kalangan rakyat mengenai pindaan Akta hasutan 1948 menjadikannya satu kontroversi sekali gus mencetuskan kekeliruan. – Gambar fail The Malaysian Insider.  



Berikutan bantahan daripada peguam dan kumpulan hak asasi, seorang ahli Parlimen Umno hari ini mahu Putrajaya menarik balik cadangan pindaan kepada Akta Hasutan 1948 yang dibuat semalam, supaya lebih banyak perbincangan mengenainya boleh diadakan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai pindaan yang menjadi kontroversi tersebut, mencetuskan kekeliruan.

"Itu tidak bagus. Sebab itu kita mesti melihat dengan teliti isi kandungan pindaan itu dan rakyat seharusnya dibenarkan menyuarakan pendapat mereka," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.


Bung Moktar berkata, pindaan yang dicadangkan Putrajaya, seperti yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, mestilah baik untuk rakyat. Katanya, sekiranya ia membawa mudarat, ia perlu ditarik balik.

"Pindaan itu mestilah untuk kebaikan rakyat. Jika ia baik, kami akan sokong. Jika tidak, kami meminta kerajaan menarik balik pindaan itu dan membincangkan kandungannya," kata Bung Moktar.

Pindaan kepada akta itu termasuk mengadakan peruntukan tidak membenarkan seseorang yang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta itu diikat jamin dan hukuman lebih berat bagi individu yang melakukan kesalahan.

Kemana RM3.8 bilion pelaburan SRC International, anak syarikat 1MDB?

Posted: 08 Apr 2015 01:56 AM PDT

Tony Pua

Roketkini.com


PETALING JAYA: Pelaburan SRC International dalam syarikat arang Gobi Coal & Energy Limited di Mongolia disyaki merupakan salah guna dana awam, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ini kerana pegangan SRC International, dengan wang yang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) itu berjumlah kurang daripada RM49.6 juta (USD 134 juta).

Tony merujuk fakta didedahkan Sarawak Report yang mengesan Origo Partners PLC, salah satu pelabur dalam syarikat arang batu itu.

Menurut Pengarah Origo Partners, Niklas Ponnert, syarikatnya memiliki saham terbesar dalam Gobi Coal & Energy.

"Dalam laporan audit terakhir oleh Ernst & Young pada 30 Jun 2014 menunjukkan, pelaburan Origo di Gobi Coal & Energy berjumlah 14 peratus, atau bernilai USD 13.4 juta.

"Ini bermakna jumlah nilai syarikat itu (Gobi Coal & Energy) hanya RM 354 juta sahaja (USD 95.7 juta)," kata Tony.

Pengarah Origo menyatakan, syarikat pelaburannya yang tersenarai di bursa saham London itu adalah pemegang saham terbesar di Gobi Coal & Energy.

Ini membuktikan pegangan saham 1MDB tidak melebihi 14 peratus, bukannya 50 peratus seperti dinyatakan Menteri Kewangan dalam jawapan di Parlimen.

Tambah Tony, pendedahan itu menunjukkan Najib berbohong sekali lagi apabila mengatakan SRC International mempunyai keuntungan 50 peratus dari Gobi Coal.

"Ini bermakna pegangan pelaburan SRC International di Gobi Coal & Energy kurang daripada RM49.6 juta (USD 134 juta).

"Dengan RM49.6 juta, ia adalah sangat kecil atau 1.3 peratus daripada RM3.81 bilion yang dikatakan 'portfolio pelaburan di luar Malaysia' dikendali SRC International," ujar Tony.

Sehubungan pendedahan itu, beliau mempersoalkan ke mana hilangnya keseluruhan dana awam yang dipinjam dari KWAP melalui jaminan Kerajaan Persekutuan.

"Soalan yang timbul ialah, kemana seluruh dana RM3.81 bilion, apabila Gobi Coal & Energy sepatutnya menjadi pelaburan terpenting dan terbesar?

"Mengapa Menteri Kewangan sekali lagi berbohong di Parlimen? soal Tony. – Roketkini.com


Jaminan keselamatan Sabah: DAP gesa kerajaan tubuh pasukan pengaman

Posted: 08 Apr 2015 01:45 AM PDT

jimmy_wong_Kota_Kinabalu

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Seluruh daerah di Sabah wajar mendapat jaminan keselamatan Kerajaan Persekutuan daripada sebarang ancaman melibatkan puak pengganas terutamanya di Pantai Timur Sabah.

Lebih-lebih lagi kerana Sabah merupakan penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

"Rakyat dan kedaulatan Sabah tidak boleh sama sekali dianaktiri termasuklah melibatkan isu keselamatan."

Demikian tegas Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin dalam satu kenyataan di Parlimen mendesak kerajaan memperkukuhkan lagi kawasan pertahanan dan keselamatan di kawasan timur negeri itu.

"Walaupun ESSCOM telah ditubuhkan, ia hanya dari aspek pertahanan dalam negeri, saya berpendapat jika kita mahu selesaikan masalah ini selama-lamanya, kita mestilah mendapat sokongan dari rakan-rakan kita di ASEAN dan juga rakan kita dari masyarakat antarabangsa supaya keamanan di Pantai Timur Sabah akan dijaga," kata beliau.

Beliau turut mendesak agar kerajaan Malaysia segera mempertimbangkan penubuhan pasukan pengaman ASEAN yang dianggotai negara serantau.

"Saya harap, ASEAN akan segera tubuhkan joint force yang terdiri daripada negara-negara serantau untuk jaga keselamatan rantau ini supaya keamanan di rantau ASEAN terjamin.

"Contohnya dengan segera menubuhkan Pasukan Pengamanan ASEAN, ia satu model yang baik untuk tangani masalah ancaman pengganas terutamanya di Pantai Timur Sabah dan di Selatan Filipina, dengan syarat, konsensus mesti dicapai dengan Filipina," kata beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah.

Pada awal Mac lalu, majoriti negara ASEAN telah bersetuju menubuhkan pasukan Pengaman Asean (Asean Peacekeeping Force) dalam menjamin keselamatan dan kestabilan rantau ini. – Roketkini.com


Caj perkhidmatan bukan isu utama, tetapi kerajaan mesti bertindak

Posted: 08 Apr 2015 01:44 AM PDT

lip eng
 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menyarankan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang gagal mempamerkan notis caj perkhidmatan.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, ini kerana para pengguna berhak diberi makluman tentang caj yang dikenakan sebelum membuat keputusan untuk menjadi pelanggan mereka.

Menurutnya, langkah tersebut wajar dilakukan segera untuk meringankan beban pengguna akibat pelaksanaan GST minggu lalu dan bukannya baru sekarang mahu kecoh-kecoh tentang caj perkhidmatan.

"Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil tindakan di bawah undang-undang dan peraturan sedia ada yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga terhadap mereka yang gagal mempamerkan notis caj perkhidmatan.

"Saya bersetuju dengan cadangan supaya premis yang mengenakan caj perkhidmatan mempamerkan notis bahawa mereka berbuat demikian, tapi adakah peniaga yang gagal melakukannya boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan atau Akta Perlindungan Pengguna?

"Kerana bagi saya kedua-dua akta ini tidak boleh dipakai untuk mengambil tindakan terhadap premis yang mengenakan caj perkhidmatan tanpa mempunyai perjanjian bersama dengan pekerjanya melainkan satu akta baru digubal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu menyatakan, selepas seminggu cukai 6 peratus GST dilaksanakan, banyak rungutan telah beliau dengar tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Malah katanya, ramai pihak telah mula memeriksa resit bayaran masing-masing dan melihat caj-caj tambahan yang dirasakan tidak wajar seperti caj perkhidmatan yang dikenakan oleh restoran, hotel serta lainnya.

Pada 6 April lalu, portal The Sun Daily melaporkan bahawa Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad akan mengambil tindakan terhadap premis yang mengenakan caj perkhidmatan tanpa mempunyai perjanjian bersama pekerjanya.

Beliau turut berkata bahawa premis yang mengenakan caj perkhidmatan, di samping caj 6 peratus GST, mestilah mempamerkan notis kepada pelanggan.

Mengulas tindakan tersebut, Lim menegaskan bahawa ia sebenarnya adalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian orang ramai yang masih bergelut dan marah dengan kesan pelaksanaan GST.
"Mereka bukannya marah sangat dengan caj perkhidmatan memandangkan hal tersebut bukanlah sesuatu yang baru.

"Tidak wajar untuk menyalahkan premis yang sudah sekian lama mengenakan caj perkhidmatan, sedangkan masalah sebenar ialah pelaksanaan GST yang kalut dan serabut," tegasnya. – Roketkini.com

'Kata-Kata Hikmat' Mesej Terakhir JJ Menerusi WhatsApp

Posted: 07 Apr 2015 09:59 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Ikhwan Hafiz (berbaju coklat) mengusung jenazah bapanya ke kediaman mereka pada Ahad sebelum disemadikan.
 
 
 
PETALING JAYA: Beberapa hari sebelum kematiannya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkongsi posting 'kata-kata hikmat' mengenai soal kehidupan dengan rakan-rakan di dalam satu kumpulan WhatsApp.

"Jadi, hidup untuk hari ini dan katakan semua perkara yang anda mahu orang tersayang ingati.

"Sekarang saya memasuki fasa baharu dalam kehidupan, tidak bersedia untuk menanggung kesakitan dan hilang kekuatan dan keupayan untuk pergi dan melakukan apa yang saya impikan tetapi masih belum ditunaikan.

"Pengembaraan baharu akan bermula. Ya, saya menyesal. Terdapat beberapa perkara yang saya inginkan belum dilakukan; perkara yang saya patut sudah lakukan tetapi sesungguhnya, terdapat banyak perkara saya berjaya lakukan dengan senang hati. Ia sekali dalam seumur hidup," demikian antara posting kata-kata hikmat tersebut yang dikirim Jamaluddin.

Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata Jamaluddin mengirim mesej tersebut kira-kira seminggu lalu.

Ahli Parlimen Rompin itu gemar berkongsi mesej 'kata-kata hikmat' dengan rakan-rakannya menerusi WhatsApp.

"Beliau akan berkongsi pandangan mengenai isu semasa dan juga akan menghantar lawak jenaka kepada kami. Apabila mesej ini muncul, saya dapati ia sebagai mesej peringatan kepada kita bahawa usia semakin meningkat.

"Saya tidak menyedari bahawa ia akan menjadi mesej terakhir dari JJ (panggilan Jamaluddin di kalangan rakan-rakan) dan beliau akan meninggalkan kami," katanya.

Johari yang mengenali Jamaluddin sejak sekian lama, berbual dengannya di telefon pada Jumaat lalu kira-kira pukul 9.30 malam.

"Beliau dalam nada bergurau memberitahu bahawa Perdana Menteri bertanya mengapa saya tidak berada di Pekan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Jamaluddin kemudiannya memberikan telefon bimbit Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya memohon maaf kepada PM kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana ada urusan lain perlu diselesaikan," katanya.

Kedutaan Kyrgyzstan Urus Kedatangan Bapa Mangsa Keenam Nahas Helikopter

Posted: 07 Apr 2015 09:56 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Antara serpihan bangkai pesawat yang ditemui di lokasi nahas dimasukkan ke dalam bekas khas. - fotoBERNAMA
 
 
 
PETALING JAYA: Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti penumpang keenam melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, bapa Aidana Baizieva telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan proses untuk membawa beliau ke sini bagi urusan tuntutan mayat sebaik sahaja identiti itu disahkan sebagai anaknya sedang dilakukan.

"Dia tidak percaya bahawa mayat itu adalah milik anaknya," katanya.

Sultanov berkata Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Baizieva telah menamatkan pengajian dari Universiti SEGI pada tahun lalu dan bekerja sebagai pengurus restoran di negara ini.

Jelas Sultanov, pihak kedutaan tidak akan mendedahkan gambar Baizieva sehingga pegawai mengesahkan identiti mangsa keenam itu.

Ketika ditanya sama ada Baizieva adalah sahabat kepada juruterbang helikopter malang itu, beliau berkata pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut.

4,771 Penerima BR1M Berisiko Disenarai Hitam

Posted: 07 Apr 2015 09:55 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 



KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,771 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berisiko disenarai hitam jika mereka tidak mengembalikan lebihan bayaran kepada Kementerian Kewangan.

Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Siti Zauyah Md Desa berkata, mereka merupakan 72.5 peratus daripada 6,577 penerima yang membuat penunaian lebih daripada sekali membabitkan jumlah RM3.34 juta, bagi tempoh 2012 hingga tahun lalu.

"Penerima yang disenarai hitam tidak lagi layak menerima BR1M berikutnya.

"Mereka juga berisiko disenaraihitamkan dalam CCRIS (Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat)," katanya kepada pemberita selepas sesi bersama media sempena Laporan Ketua Audit Negara 2014, Siri 1, di sini, Selasa.

Berdasarkan laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat semalam, 6,577 penerima BR1M bagi 2012, 2013 dan 2014 membuat penunaian lebih daripada sekali membabitkan amaun RM3.34 juta.

Mengulas lanjut, Ziti Zauyah berkata Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat peringatan kepada yang berkenaan dan mereka boleh menghubungi Sekretariat BR1M bagi tujuan pemulangan lebihan bayaran masing-masing.

Sehingga kini sebanyak RM948,850 dapat dikutip semula daripada 1,806 penerima, katanya.
Beliau berkata, bagi mengelak perkara itu berulang, Kementerian Kewangan memperkenalkan ciri-ciri keselamatan pada baucar BR1M 2015 bagi memastikan baucar hanya boleh ditebus sekali sahaja.

Antara ciri-ciri tersebut ialah nombor siri selain nama dan nombor kad pengenalan penerima, katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan masih menggunakan baucar sebagai kaedah pembayaran alternatif selain pindahan terus ke akaun bank penerima disebabkan ada segelintir penerima BR1M berstatus bankrap atau tinggal di kawasan pedalaman tanpa kemudahan perbankan.

Sejumlah RM2.09 bilion diagihkan kepada 4.2 juta penerima BR1M pada 2012, RM2.83 bilion kepada 6.8 juta penerima pada 2013 dan RM3.64 bilion kepada 7.0 juta penerima BR1M 2014. -- Bernama

Audit: SPRM Mula Siasat Kes Beli Perabot Guna Dokumen Palsu Di Kem PGA

Posted: 07 Apr 2015 09:53 PM PDT


Oleh: ABDUL RAZAK AHMAD


 
Ali Hamsa bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (kanan) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kiri) menunjukkan buku Laporan Ketua Audit Negara selepas Majlis Sesi Bersama Media Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara 2014 di sini, Selasa.




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menjalankan siasatan berhubung pembelian perabot di kem Pasukan Gerakan Am di Johor yang menggunakan dokumen palsu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, kes berkenaan adalah antara enam yang dijangka dikenakan tindakan punitif selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014.

Kes berkenaan diteliti SPRM dan akan disiasat mengikut Akta SPRM 2009, kata Ali pada sesi bersama media berhubung laporan itu.

Laporan itu antara lain mendedahkan pembida tempatan tidak ditawarkan untuk mengemukakan sebut harga untuk pembelian perabot di Kem Batalion 5 PGA, Simpang Renggam, malahan ada pembayaran yang disokong dokumen palsu.

Lima lagi kes yang termasuk antara teguran berbentuk punitif dikeluarkan Ketua Audit Negara membabitkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pertahanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Perbadanan Nasional Berhad.

Beliau berkata, jawatankuasa siasatan dibentuk untuk setiap kes terbabit di mana ia dianggotai pegawai kanan yang tiada kaitan dengan pihak yang disiasat.

Selain itu, katanya, laporan itu juga mengeluarkan teguran berbentuk pembetulan untuk 313 kes yang dikenal pasti.

Ali berkata, keseluruhannya jumlah item yang diketengahkan menerusi laporan Siri 1 ini menurun kepada 319 berbanding 418 sebelum ini.

Penurunan yang drastik itu berikutan peringatan yang berulang dan arahan berulang kali diberikan pegawai Audit, termasuk ketika mesyuarat ketua setiausaha di setiap kementerian.

Beliau berkata, isu yang diketengahkan menerusi laporan kali ini juga sering dibincangkan pada mesyuarat berkenaan di mana pihak kementerian diminta belajar daripada kesilapan yang dilakukan sesama mereka sebelum ini.

"Mungkin juga penurunan kes itu secara kebetulan, jadi kita perlu menunggu laporan seterusnya. Jika jumlah kesnya meningkat, ia menunjukkan kita masih tidak belajar daripada kesilapan lalu tetapi ia menurun tentu menunjukkan kawalan perbelanjaan diperketatkan di peringkat agensi dan kementerian," katanya.

Mengenai tindakan disiplin terhadap penjawat awam yang terbukti melanggar peraturan atau prosedur kerja, Ali berkata, setakat ini, 132 pegawai dikenakan tindakan, termasuk seorang dibuang kerja manakala selebihnya dikenakan pelbagai hukuman termasuk pemotongan gaji, denda, amaran, penangguhan gaji.

Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian

Posted: 07 Apr 2015 09:51 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Aidana Baizieva
Aidana Baizieva.
 


PETALING JAYA: Selepas hari keempat tragedi nahas helikopter pada Sabtu lalu yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.

Aidana dikatakan berminat untuk menjadi seorang juruterbang namun hasratnya tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu adalah Aidana, seperti dalam daftar penerbangan helikopter itu yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, tetapi ujian DNA perlu dijalankan sebelum dapat disahkan.

Katanya, hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian itu, ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.

"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa.

Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu.

"Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier). Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya.

Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College.

"Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.

Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.

"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.

 
Aidana (kanan) bersama juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam nahas helikoter, Sabtu lalu.

Sekiranya identiti mangsa tidak dikenal pasti lagi, polis akan mengambil langkah terakhir iaitu menghubungi ayah Aidana yang berumur 75 tahun di Kyrgyzstan untuk membuat ujian DNA dan mengenal pasti mangsa.

Sementara itu, Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti penumpang keenam melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.

Katanya, bapa Aidana Baizieva telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan proses untuk membawa beliau ke sini bagi urusan tuntutan mayat sebaik sahaja identiti itu disahkan sebagai anaknya sedang dilakukan.

"Dia tidak percaya bahawa mayat itu adalah milik anaknya," katanya.

Sultanov berkata, Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Baizieva telah menamatkan pengajian dari Universiti Segi pada tahun lalu dan bekerja sebagai pengurus restoran di negara ini.

Ketika ditanya sama ada Baizieva adalah sahabat kepada juruterbang helikopter malang itu, beliau berkata pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut.

Siasatan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk anggota Parlimen
Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan masuk hari keempat hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Tiga lagi yang maut dalam kejadian itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang.

MAS nafi nyaris bertembung pesawat Kuwait Airways di Pakistan

Posted: 07 Apr 2015 09:44 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) menafikan salah satu penerbangannya ke London nyaris bertembung dengan pesawat Kuwait Airways di ruang udara Pakistan, Ahad lalu.
 
Seorang jurucakap MAS berkata, syarikat itu mengelak daripada menggunakan ruang udara Pakistan kerana risiko terhadap keselamatan operasi penerbangan, susulan daripada Buletin Maklumat Keselamatan (SIB) yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) tahun ini.
 
Menurut beberapa laporan berita, sebuah pesawat Kuwait Airways dalam penerbangannya ke Islamabad, Pakistan nyaris bertembung dengan pesawat MAS yang menuju ke London.
 
Dilaporkan, pihak berkuasa penerbangan awam Paskitan berkata, insiden itu berlaku di daerah Zhob di Baluchistan, barat daya Pakistan disebabkan oleh isyarat radar kawalan trafik udara yang lemah.
 
MAS menuntut media berkenaan supaya menarik balik laporan tersebut dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.
 
"Penerbangan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyiarkan dakwaan tidak berasas sehingga menjejaskan reputasi syarikat penerbangan ini," kata jurucakap itu.
 
 

POTA bagai iguan ngeri ISA

Posted: 07 Apr 2015 09:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Saya amat kecewa dan terkejut apabila bangun pada pagi 7 April 2015 dan mendapati bahawa Akta Pencegahan Keganasan atau Prevention of Terrorisme Act (POTA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan dan diundi.

Walaupun saya sudah menjangka rang undang-undang tersebut bakal diluluskan dengan 'rubber stamp' oleh ahli Dewan Rakyat daripada BN.

Nnamun saya berharap ia tidak akan diluluskan begitu cepat dan tanpa pindaan walaupun telah ditentang bermati-matian oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Ini bermakna igauan ngeri Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada 2012 datang kembali!

Ya, bukan setakat mimpi tetapi igauan buruk kerana selama berpuluh-puluh tahun sejak 1960 ISA digubal, pelbagai penganiayaan, penyeksaan, salah guna kuasa, pencabulan kemanusiaan dan keadilan telah berlaku.

Ini telah dicatatkan sebagai fakta dalam surat akuan bersumpah (afidavit), memorandum kepada Suhakam, memorandum kepada kerajaan dan pembangkang, memorandum kepada menteri, memorandum kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti, laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kes saman oleh bekas tahanan dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh bekas tahanan.

Apakah segala usaha demikian perlu dikembalikan untuk memansuhkan POTA pula? Apakah rakyat terpaksa bangkit semula berjuang untuk memansuhkan POTA?

Semasa memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), saya melihat sendiri penderitaan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh tahanan dan ahli keluarga.

Mereka terpinga-pinga apabila suami atau ayah mereka ditahan tanpa sebab melainkan dikatakan telah mengancam keselamatan negara. Mereka tambah hiba apabila tidak diberitahu di mana suami atau ayah mereka ditahan.

Dan hancur harapan mereka apabila mendengarkan suami atau ayah mereka ditahan selama dua tahun dan boleh dilanjutkan dua tahun secara berterusan tanpa boleh membela diri atau menyemak keputusan menteri.

Dangkal, tak berprinsip

Ungkapan seperti "tak perlu takut pada POTA, kalau tak buat salah" oleh menteri amatlah dangkal dan tidak berprinsip. Ia serupalah juga seperti berkata kita tak perlu takut pada perompak yang pegang pistol ke arah kita, kalau kita tidak bersalah!

Pada masa yang sama, untuk mewajarkan sokongan kepada POTA kerana ia demi kepentingan rakyat dan negara adalah rumusan mudah yang tidak berpegang kepada fakta, sejarah dan pengajaran lampau.

ISA dahulu juga dikatakan wujud untuk melindungi rakyat dan negara daripada ancaman keselamatan tetapi sejarah telah membuktikan ramai ahli politik, aktivis dan rakyat biasa ditahan, diseksa, disoal siasat tanpa apa-apa kaitan dengan keselamatan negara, sebaliknya kerana motif politik.

Benar, POTA tidak akan dikenakan kepada ahli politik kerana kepercayaan atau ideologi politik mereka tetapi pokoknya pelanggaran keadilan dan hak asasi manusia tidak boleh berlaku kepada sesiapa, tidak kira sama ada ahli politik, kakitangan kerajaan, pihak keselamatan, peniaga, penoreh, petani, cikgu, mahasiswa atau rakyat biasa!

Definisi keselamatan negara dalam ISA terlalu kabur seperti mana juga definisi 'terlibat' dan 'menyokong' dalam POTA. Apakah usaha-usaha membantu kebajikan keluarga tahanan POTA akan dianggap sebagai 'menyokong'?

Jaminan menteri dalam negeri bahawa POTA akan melindungi hak asasi manusia tahanan dan bukan menggantikan ISA bagi saya merupakan satu jaminan yang terhormat tetapi sangat bercanggah dan mustahil ditunaikan.

Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dilindungi apabila seseorang itu tiada hak perbicaraan atau pembelaan di bawah POTA? Bukankah itu bercanggah dengan hak asasi manusia?

Hati-hati dalam membuat jaminan terutama apabila kita bergantung kepada kumpulan lain yang mungkin ada kefahaman lain atau tidak memahami erti hak asasi manusia.

Perkara paling asas dalam hak asasi manusia dan keadilan ialah hak untuk tidak didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau innocent until proven guilty.

Nasi jadi bubur


Dengan POTA, anda didapati bersalah tanpa penghakiman mahkamah dan ditahan selama 59 hari serta boleh dilanjutkan tahanan selama dua tahun dengan arahan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, bukan sebuah mahkamah tetapi sebuah lembaga yang dipilih oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, keputusan Lembaga Pencegahan Keganasan tersebut tidak boleh dicabar oleh mahkamah. Kalau ISA dahulunya, keputusan ditangan menteri dalam negeri tetapi sekarang keputusan di tangan Lembaga. Namanya berbeza tetapi kuasa tetap sama dan tidak boleh dicabar.

Tambah buruk, peruntukan undang-undang habeas corpus juga tidak dibenarkan di bawah POTA iaitu peruntukan mencabar undang-undang atas dasar teknikal. Nampaknya POTA tidak menggantikan ISA tetapi POTA lebih kebal daripada ISA!

Justeru saya ingin soal perdana menteri dan menteri dalam negeri, di manakah agenda transformasi politik yang dilaungkan sebelum ini dengan pemansuhan ISA, akta kediaman terhad dan Ordinan Darurat apabila POTA 2015 digubal dan Prevention of Crime Act (POCA) dipinda dan diketatkan?

Bukankah kita sudah ada SOSMA (yang juga bermasalah) dan Kanun Keseksaan lain yang boleh menangani jenayah keganasan?

Saya memahami soal keselamatan dan keganasan memerlukan pencegahan tetapi ciri-ciri dan prinsip utama seperti keadilan, kebebasan dan keehsanan tidak boleh digadaikan.

ISA bercanggah dengan semua ciri dan prinsip ini termasuk tuntutan agama dan ketamadunan. Begitu juga POTA. Berkali-kali dan bertahun-tahun GMI dan rakyat menegaskan perkara ini sehinggalah ISA dimansuhkan.

Cuma apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. POTA diluluskan oleh Parlimen yang diwakili oleh majoritinya wakil rakyat BN pada 7 April 2015.

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan seluruh wakil rakyat BN wajib bertanggungjawab jika berlaku kezaliman, ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia, salah guna kuasa dan pelanggaran hak kemanusiaan dengan wujudnya POTA, POCA, SOSMA dan Akta Hasutan (dengan pindaan yang bakal diluluskan).


SYED IBRAHIM SYED NOH ketua penerangan PKR dan mantan pengrusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). 

Tiada ulasan: