Rabu, 22 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR, DAP tolak hudud kerana takut hilang undi, kata Hadi

Posted: 22 Apr 2015 03:24 AM PDT

OLEH KC NAZARI


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak merujuk secara langsung kepada DAP dan PKR namun, dua parti itu bersama PAS adalah tiga parti yang membentuk PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 April, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak merujuk secara langsung kepada DAP dan PKR namun, dua parti itu bersama PAS adalah tiga parti yang membentuk PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, .



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengambil langkah berani membidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disifatkan takut menyokong hudud kerana tidak mahu kehilangan undi dalam pilihan raya.

"Ramai dalam Pakatan Rakyat takut dengan hudud sebab takut tak dapat undi, takut tak menang pilihan raya," katanya sewaktu berucap pada forum Bicara Minda: Hudud dari Kaca Mata Hadi di Shah Alam, hari ini.

Beliau tidak merujuk secara langsung kepada DAP dan PKR namun, dua parti itu bersama PAS adalah tiga parti yang membentuk PR.

UMNO Batu Pahat didakwa gagal bayar cukai tanah

Posted: 22 Apr 2015 03:15 AM PDT

 
UMNO Batu Pahat didakwa tidak membayar cukai tahunan berjumlah RM21,420, tunggakan cukai sejak 2006 RM192,780, tunggakan denda RM38,556 yang kesemuanya berjumlah RM252,756


umno_cukai_600


PETALING JAYA: UMNO Bahagian Batu Pahat didakwa tidak menjelaskan cukai tanah termasuk tunggakan sejak sembilan tahun berjumlah lebih RM250,000.

Beberapa blog pro pembangkang melaporkan dakwaan itu termasuk omakkau.blogspot, penburukonline.blogspot dan malaysiansmustknowthetruh.blogspot.

Blog-blog itu mendakwa UMNO Bahagian Batu Pahat tidak membayar cukai tanah tahunan, denda dan tunggakan sejak 2006.

UMNO Bahagian Batu Pahat diketuai bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Mereka mendakwa UMNO Bahagian Batu Pahat gagal membayar cukai tahunan berjumlah RM21,420, tunggakan cukai sejak 2006 sebanyak RM192,780, tunggakan denda sebanyak RM38,556.

Jumlah keseluruhan cukai, denda tunggakkan yang gagal dibayar UMNO bahagian itu berjumlah RM252,756.

Puad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).

"Mohon pihak UMNO Batu Pahat dan pihak berwajib terlibat memberikan respon segera demi pencerahan dan kebenaran.

"Rakyat berhak tahu terutamanya ahli-ahli dan penyokong UMNO sendiri terutamanya ahli UMNO Batu Pahat sebab ini melibatkan imej dan integriti serta maruah UMNO," tulis pengendali blog omakkau. Hanisya Abd Hamid.

PRK: Undi BN bererti setuju dengan GST

Posted: 22 Apr 2015 03:08 AM PDT

Oleh BASIRON ABDUL WAHAB
 
 
ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh memberi ruang kepada rakyat menyuarakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan sistem percukaian baharu, GST yang didapati membebankan mereka.

Timbalan Pengarah 1 PRK Rompin, Mohd Fadli Mohd Ramly berkata, rakyat perlu menggunakan ruang terbuka ini bagi menghantar isyarat kepada kerajaan Umno-BN melalui undi dalam PRK berkenaan.

Beliau berkata, ada orang bertanya, kalau bagi isyarat dengan mengundi PAS dalam Pilihan Raya Kecil Rompin ini nanti adakah kerajaan akan menghapuskan GST,?

Beliau menjelaskan, jika mereka mengundi BN, pastilah GST akan diteruskan.

"Undi BN pasti GST akan diteruskan, sebaliknya jika mengundi PAS, kerajaan akan tahu bahawa rakyat membantah GST yang di-kuatkuasakan 1 April lalu itu, katanya.

Rakyat boleh memilih sama ada ingin membantah GST dengan mengundi PAS, atau menyokong GST dengan mengundi BN yang akan terus meningkatkan kos kehidupan rakyat.

Difahamkan orang ramai pengguna sudah merasai kesan GST yang mengakibatkan mereka terpaksa berbelanja lebih daripada sebelumnya. Malah semakin banyak berbelanja semakin banyaklah pula wang dibayar kepada GST.

GST adalah sistem percukaian yang tidak mengenal siapa, sama ada golongan miskin atau kaya, semuanya akan dipaksa membayarnya.

GST direka untuk meningkatkan pendapatan kerajaan sehingga RM23 bilion setahun.

Sementara itu seorang pengkaji politik, Mohd Noor Keria 64, berpendapat, walaupun PAS
mempunyai banyak isu dalam PRK Rompin seperti GST dan sebagainya, namun ia belum cukup kuat untuk mengalahkan BN memandangkan jumlah majoriti yang dimiliki BN dalam PRU13 lalu terlalu besar iaitu lebih 15,000 undi.

Namun peluang PAS untuk mengurangkan majoriti adalah munasabah berdasarkan mood pengundi dan calon yang di bakal mewakili parti itu.

Katanya, Rompin adalah lubuk BN, dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang mudah diurus oleh Umno, golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti peneroka, nelayan dan penduduk tradisional biasanya mudah termakan dengan janji manis Umno-BN.

Orang Asli juga ramai di Rompin iaitu sebanyak 8 peratus di mana undinya boleh dikira 100 peratus memihak kepada BN.

Bagaimanapun, menurut Mohd Nor, PAS dengan bantuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu menggunakan PRK ini untuk memperjelaskan isu GST kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat yang tidak mampu ditutup dengan pemberian BR1M sebanyak RM900 setahun.

Berbeza dengan Permatang Pauh di mana kawasan itu adalah kubu KeADILan, BN dijangka berjaya mengurangkan majoriti tetapi tidak akan berjaya merampas kerusi itu.

"Permatang Pauh adalah kubu KeADILan, Umno tidak akan berjaya merampasnya dengan mudah,? ujarnya.

Mohd Nor berharap, penduduk Rompin mendapat manfaat dari PRK ini, kerana penduduk Rompin perlukan lebuh raya, jalan raya dan berbagai kemudahan asas untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan mereka.

Isu jalan raya yang buruk dan berbahaya di kawasan berkenaan gagal diberi perhatian oleh ahli parlimen dahulu, begitu juga Rompin seharusnya dibangunkan kerana ia menjadi pusat persinggahan pelancong untuk ke Pulau Tioman.

Buat masa ini pelancong lebih selesa menggunakan Mersing, Johor untuk ke Tioman berbanding Tanjung Gemok, di Rompin yang ketinggalan itu.

Menurut Mohd Nor, pilihan raya kecil biasanya memberikan durian runtuh kepada penduduk, harap Rompin tidak terkecuali.

Muhyiddin Sudah Mula Berkias-Kias

Posted: 22 Apr 2015 03:05 AM PDT

shahbudindotcom


Kebelakangan ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin nampaknya sudah mula berkias-kias dalam ucapannya sedangkan sebelum ini beliau dikenali sebagai pemimpin yang selalu serius dalam penampilannnya.

Ahad lalu, dalam suatu program anti perang yang dihadirinya bersama Tun Mahathir,  Muhyiddin Yassin secara terbuka dan sambil tersenyum berkata, "anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran".

Ungkapan itu segera ditafsir sebagai jawapan kepada keluhan Tun Mahathir sebelum itu yang menyatakan beliau mungkin keseorangan dalam kemelutnya dengan Perdana Menteri, Najib Razak sekarang ini.

Walaupun ada yang mengatakan kata-kata Muhyiddin itu sebenarnya dalam konteks yang lain dan semata-mata berkaitan perang, bukannya dalam isu perselisihan antara Tun Mahathir dengan Najib, tetapi Timbalan Perdana Menteri itu juga menyebut "keberanian menyatakan kebenaran itulah yang menjadi imej bekas Perdana Menteri itu sejak menjadi doktor dan ketika menjadi pemimpin UMNO dahulu".

Jika Muhyiddin tidak suka ucapannya dikaitkan dengan pendirian Tun Mahathir, beliau tentu saja boleh menafikannya kemudian. Pejabat Timbalan Perdana Menteri juga boleh mengeluarkan penjelasan singkat mengenainya.

Tetapi, walaupun semakin banyak ia dikaitkan dengan pendirian politik dan seolah-olah sudah meletakkan dirinya bersama-sama Tun Mahathir, sehingga sekarang tiada satu pun penafian daripada Muhyiddin yang menyatakan beliau tidak gembira ucapannya telah ditafsir di luar konteks yang sebenarnya.

Maknanya, beliau rela dan mungkin juga gembira ia ditafsirkan demikian. Barangkali juga, itulah tujuannya.

Semalam pula ketika menghadiri program penyampaian anugerah untuk penulis, Muhyiddin sekali lagi melontarkan bait-bait ucapan yang boleh ditafsirkan ada kena-mengena dengan suasana politik yang sedang berlaku sekarang.

Beliau mengingatkan penulis agar sentiasa menyatakan kebenaran dan tidak sekali-kali menyebarkan kepalsuan dalam nukilan mereka.

Selain  berulang kali menyatakan keperluan berkata benar, Muhyiddin juga memetik sajak Sasterawan Negara, Dr Muhammad Salleh yang menekankan keperluan yang sama.

Jika sekadar ingin meningatkan penulis tentang kebenaran, apakah perlunya Muhyiddin berulang kali bercakap mengenai kebenaran itu, termasuk menyebut "kebenaran yang pahit" dan "pembohongan yang indah" dalam ucapannya?

Sekali lagi, ucapan beliau ini tidak sukar dikaitkan dengan kemelut politik yang sedang berlaku sekarang di mana kebenaran yang sering ditanya oleh Tun Mahathir berkaitan 1MDB, Sirul dan sebagainya, tetapi tidak pernah  mahu dijelaskan dengan jawapan yang sebenarnya.

Sebagaimana ungkapan "you are not alone" sebelum ini ditafsirkan sebagai sokongannya kepada Tun Mahahir, apakah saranan agar sentiasa menyatakan kebenaran kali ini bukan saja merupakan suatu pujian kepada bekas Perdana Menteri  yang kerap menulis di blognya mengenai kebenaran, bahkan juga cuba ditujukan kepada Najib agar menjawabnya dengan kebenaran juga?

Hakikat bahawa belum ada kebenaran dalam persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir semakin jelas bila mana beberapa pemimpin seperti Shafie Apdal dan bekas menteri, Syed Hamid Albar juga tampil menuntut kerajaan agar memberi penjelasan terperinci mengenainya.

Ini secara langsung memberi gambaran bahawa semua penjelasan kerajaan selama ini, termasuk oleh Najib sendiri melalui temubual dengan TV3, masih tidak memadai untuk merungkai segala kekusutan yang berbelit-belit dalam pemikiran rakyat.

Hanya kebenaran dan berani berkata benar saja merupakan jawapan yang terbaik kepada persoalan ini.

Dengan sudah dua kali berkias-kias ini, sampai bilakah beliau mahu berbuat demikian sedangkan Tun Mahathir mula agresif turun ke bawah menemui rakyat di mana program pertamanya akan bermula di Taman Melewati, Sabtu ini?

Apakah beliau mahu menanam banyak kiasan dulu, sebagaimana sifat semulajadi orang Muar katanya yang gemar berkias-kias dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya? 

Haron Din: Pertembungan ulama dan profesional akan berhenti selepas pemilihan PAS selesai

Posted: 22 Apr 2015 03:02 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BANGI: Pertembungan dua aliran dalam PAS yang timbul setiap kali musim pemilihan pucuk pimpinan pusat akan terhenti selepas keputusan proses undian tersebut diumumkan, kata Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din.
 
Jelas beliau, meskipun umum melihat pertembungan ulama dan profesional semakin memuncak menjelang muktamar tahunan PAS pada Jun namun secara realiti itu bukan senario sebenar dalam parti itu.
 
"Yang sedang kita tempuh sekarang ini PAS dilihat oleh mata ahli-ahli politik dan penilai politik tanah air digambarkan sebagai ada sedikit perpecahan hasil dariPada gabungan yang berlaku dalam PAS iaitu ulama dan profesional," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.
 
Namun katanya, pertembungan ulama dan profesional hanya hangat apabila tiba musim pemilihan yang berlaku setiap dua tahun menambah kedua-dua golongan itu saling melengkapi satu sama lain.
 
"Gandingan ini melahirkan satu rumpun insan masa yang berjuang masing-masing saling melengkapi yang mana kekurangan yang sepatut ditempuh oleh ulama dapat ditampung oleh profesional.
 
"Profesional pula yang pasti ada kekurangannya maka ditampung oleh ulama, kalau itulah kita berjalan memanglah kita semakin hari semakin mantap," katanya.
 
Pemilihan Jawatankuasa PAS diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang dijangka 1 Jun ini.
 
Menjelang pemilihan parti, Preiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama dilihat menjadi sasaran golongan profesional dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
 
Abdul Hadi dikatakan melihat golongan berkenaan sebagai terlampau mendokong agenda Pakatan Rakyat sehingga mengabaikan perjuangan Islamiah PAS.
 
Keadaan bertambah buruk apabila pendedahan yang terbaharu apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa mahu menggulingkan Abdul Hadi di dalam satu rakaman audio yang disebarkan secara meluas.
 
PAS sudah biasa dengan polemik profesional dan ulama
 
Dalam pada itu, Haron menambah dakwaan bahawa profesional mahu mengulingkan ulama tidak benar.
 
"Tapi dilihat dalam era yang terkini ini macam ada pertembungan antara dua golongan sampai timbul tuduhan, telahan atau desas-desus yang mengatakan bahawa profesional sudah nak menggulingkan ulama.
 
"Ulama tidak bertindak untuk menggulingkan profesional sebab kita faham pandangan mereka,"katanya.
 
Ekoran polemik yang timbul, ujar pengamal perubatan Islam ini lagi, terdapat beberapa kawasan PAS bertindak menamakan calon lain untuk mencabar  Abdul Hadi pada pemilihan nanti.
 
"Kerana itulah sampai ada cadangan dan timbul keputusan daripada beberapa kawasan yang mencalonkan calon baru untuk menandingi atau mengambil alih tugas presiden.
 
"Tapi selama ini kita dengar hanya ada seorang yang juga ulama iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan tapi dia awal-awak telah menolak.
 
"Ada juga yang mencadangkan Datuk Husam Musa dan tidak tahu lagi menerima atau menolak," katanya.
 
Namun tegas Haron, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan kepada PAS menjelang pemilihan pusat dan akan terhenti selepas diketahui pemenang bagi setiap jawatan yang dipertandingkan.
 
"Apa pun PAS sudah biasa dengan hal-hal yang sebegini, PAS telah pun menempuh hal begini dan kalau berlaku sedikit kebisingan ataupun percikan politik ia akan berakhir apabila sampai kepada muktamar ada pemilihan dan dapat keputusan daripada ahli-ahli yang hadir dalam muktamar.
 
"Siapa yang menang pada ketika itu maka selesailah, biasanya akan selesai," katanya.
 
Untuk rekod, pada muktamar PAS tahun 1983, semua jawatan utama iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden adalah ulama. Selama tiga dekad selepas itu, presiden dan timbalan presiden PAS adalah ulama.
 
Namun, pemilihan Mohamad atau dikenali 'Mat Sabu' sebagai Timbalan Presiden PAS untuk dua penggal berturut-turut sejak 2011 mengalahkan dua tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan kemudian Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengubah senario.
 
Kedudukan Mat Sabu dalam parti dan popularitinya dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP membuka ruang lebih besar memperkukuh posisi golongan bukan ulama dalam PAS.
 
 

PasMa hantar pasukan sokong calon Pakatan di Permatang Pauh

Posted: 22 Apr 2015 02:59 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM:  Pertubuhan pro Pakatan Rakyat (PR), Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan menghantar sekumpulan sukarelawan untuk menyokong calon pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, kata PasMa Selangor. 
 
Timbalan presidennya, Mohamad Abdul Rahman berkata, pasukan sukarelawan yang akan dikoordinasikan oleh Shakimin Mohd Zain akan dilancarkan ketika konvensyen PasMa Selangor dan Wilayah Persekutuan pada Ahad. 
 
"Ketika konvensyen itu, kita akan melancarkan skuad sukarelawan daripada PasMa Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk membantu PRK Permatang Pauh," katanya, kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
 
Beliau berkata, sokongan untuk PRK Rompin berkemungkinan dilakukan PasMa cawangan negeri lain berhampiran kawasan tersebut, seperti diputuskan jawatankuasa Pusat PasMa. 
Semalam, sayap pemuda DAP dan PAS kembali bekerjasama untuk menyokong kempen PR di Permatang Pauh. 
 
Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata, mereka bersedia mengetepikan perbezaan bersama PAS demi kepentingan PRK Permatang Pauh, yang ditandingi PKR untuk mempertahankan kerusi itu. 
 
Beliau berkata, tindakan itu perlu untuk menyokong kempen PR, dan tidak bermakna kedua-dua pihak memperbaharui kerjasama mereka. 
 
Hubungan antara dua sayap parti itu terjejas susulan isu hudud, selepas kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu pada 19 Mac lalu. 
 
Mohamad bagaimanapun berkata, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sudah menemui parti PR untuk membincangkan rancangan jangka panjang untuk menubuhkan PR sebagai parti politik berdaftar. 
 
"Presiden kami menemui wakil dari DAP, PKR, dan PAS untuk membincangkan ini."
 
Tambahnya, antara tugasan terbesar mereka adalah memastikan PR didaftarkan sebagai pakatan supaya membolehkan ia mempunyai logo sendiri, jawatankuasa organisasi, dan menerima respon yang baik daripada PKR dan DAP. 
 
"Respon parti-parti baik, tiada masalah dengan PKR dan DAP...PasMa bagaimanapun melihat PAS ada sesuatu yang ditakuti," katanya. 
                                                          
Dalam konvensyen tersebut, Mohamad menganggarkan kira-kira 200 orang akan menghadirkan diri dengan kehadiran wakil DAP, PKR, dan PAS. 
 
"Panel kita adalah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib, dan Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran," katanya. 
 
"Ketika forum itu, kami mahu mendapatkan maklum balas orang ramai dan Pakatan terhadap PasMas," katanya, dan menambah, mahu menjadikan pertubuhan itu gerakan pro Pakatan. 
 
Dengan tema 'mengukuhkan Pakatan Rakyat', konvensyen itu adalah sebahagian daripada konvensyen sebelum PasMa menganjurkan konvensyen mereka penghujung Mei depan. – 22 April, 2015.
 

Umno Permatang Pauh percaya perubahan bakal berlaku

Posted: 22 Apr 2015 02:57 AM PDT

 Oleh Nur Atiqah Abd Samad

 
Post Pic



SHAH ALAM: Umno Permatang Pauh percaya sentimen pengundi kawasan itu pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini bakal berubah ekoran rakyat sudah muak dengan politik keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi desas-desus menyatakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mungkin diangkat sebagai calon pada PRK 7 Mei nanti.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, bukan pengundi sahaja yang akan menolak Azizah atau Nurul Nuha, tetapi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS juga secara terbuka tidak bersetuju.

"Saya yakin keputusan nanti akan menterjemahkan kehendak orang Permatang Pauh yang sangat kecewa ataupun letih dengan politik keluarga yang berlaku di Permatang Pauh dalam tempoh 17 tahun ini.

"Sudah ada satu gerakan atau gelombang perubahan yang mungkin diterjemah dalam PRK kali ini. PAS secara terbuka menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon dalam PRK kali ini.

"Dan apabila PAS buat kenyataan itu bermakna PAS menyedari bahawa majoriti pengundi Permatang Pauh sama ada dari Pakatan ataupun atas pagar tidak boleh lagi menerima apa saja alasan untuk mencalonkan Azizah," katanya secara eksklusif kepada Antarapos.

Awal bulan ini, Azizah ada menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon di Permatang Pauh bagi menggantikan suaminya yang dipenjarakan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Tambah Zaidi lagi, Azizah tidak wajar dicalonkan kerana mengambil kira faktor usianya yang sudah tua dan beliau juga merupakan ADUN Kajang.

Difahamkan penduduk di Kajang juga sering merungut kebajikan mereka diabaikan dan sehingga kini Azizah gagal menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering melanda seperti yang dijanjikan beliau sebelum dipilih menjadi ADUN.

"Sebab mereka tahu dalam keadaan usianya yang dah 60 lebih (tahun), dengan tugasnya sebagai ADUN Kajang dan juga suaminya di penjara. Tidak mungkin Azizah boleh menjaga Permatang Pauh, Kajang, keluarganya, cucunya dengan keterbatasan waktu yang dia ada itu.

"Sedangkan sebelum ini dia tak boleh jaga Permatang Pauh, hari ini nak jaga dua kawasan," katanya.

UMNO tiada kaitan dengan bantahan salib

Posted: 22 Apr 2015 02:53 AM PDT

 
Bantahan yang disertai ahli UMNO dianjurkan atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan parti.


noh



SHAH ALAM: Protes anti salib di Taman Medan pada Ahad lalu tiada kaitan dengan UMNO walaupun peserta bantahan itu terdiri daripada ahli parti berkenaan.

Penjelasan itu diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau menegaskan, protes yang disertai ahli UMNO itu dianjurkan atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada hubung kait dengannya.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik nama NGO yang diwakili oleh peserta berkenaan.

"Perkara itu (demo) tidak ada kaitan dengan UMNO. Apa kena-mengena dengan UMNO. Mengapa mesti kaitkan dengan UMNO?

"Ada juga ahli UMNO yang jadi ahli PERKASA, ada yang jadi ahli persatuan penduduk, awak kena tengok mereka bertindak atas kapasti apa," katanya ketika ditemui ketika lawatan ke Hospital Shah Alam pada Selasa.

Noh menegaskan, UMNO Selangor tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap ahli parti kerana mereka tidak menggunakan sepanduk yang mengaitkan demo itu dengan UMNO.

Kenyataan Noh itu bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan akan dikenakan terhadap ahli UMNO yang mengambil bahagian dalam demo itu termasuk didakwa mengikut Akta Hasutan.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan telah mengubah pendirian dan menyatakan peserta demo boleh disiasat mengikut Akta Hasutan, sekiranya ada laporan polis dibuat.
Salah seorang peserta demo anti salib itu, Abdullah Abu Bakar, yang didakwa pemimpin UMNO bahagian dan merupakan abang kepada Khalid.

Manakala wanita yang dilihat memegang playcard ketika demo adalah Munaliza Hamzah, bekas calon UMNO untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan pada 2008.

PRK Rompin petunjuk kezaliman BN- calon Pas

Posted: 22 Apr 2015 02:50 AM PDT

 
Peluang kepada rakyat Rompin ,menghantar isyarat kepada kerajaan BN supaya jangan mengambil mudah penderitaan rakyat.


rompin by election mahathir GST



ROMPIN : Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin adalah petunjuk kezaliman terhadap rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Calon Pas, Nazri Ahmad.

Katanya, PRK itu merupakan peluang yang diberikan Allah kepada penduduk Rompin menghantar isyarat kepada BN supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil mudah penderitaan rakyat.

"Beberapa hari kerajaan selepas BN laksanakan cukai GST, tiba-tiba Allah takdirkan berlakunya PRK Rompin.

"Mungkin Allah swt beri peluang kepada rakyat Rompin supaya buktikan PRK ini sebagai isyarat kepada kerajaan jangan sewenang-wenang ambil mudah tentang penderitaan rakyat. Jangan sewenang-wenang laksanakan sesuatu akta dan percukaian," katanya pada ceramah politik di Bandar Rompin pada Selasa.

Yang Dipertua Pas Rompin itu berkata, dia setuju untuk bertanding kerana mahu menegakkan perjuangan Pas dengan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal setelah mengalahkan bekas ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar. Pengundian awal akan diadakan pada 30 April dan pengundian pada 5 Mei.

Harga naik: Ahmad Maslan salahkan peniaga pro pembangkang

Posted: 22 Apr 2015 02:45 AM PDT

 
Peniaga pro pembangkang sengaja menaikkan harga barangan supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagalkan hasrat baik kerajaan memperkenalkan GST.


ahmad-maslan-facebook



PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik kerajaan BN. Mereka suka 'sabotaj' ekonomi negara ini," katanya di status Facebook.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelaksanaan GST adalah telus kerana ia dimasukkan dalam resit tiap kali membeli berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus kerana ia telah termasuk dalam harga barang harga yang rakyat Malaysia tidak perasan.

"Rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi tambah celik kewangan bermula (1 April). Dulu tidak pernah simpan resit barang-barang yang dibeli, sekarang dibaca, disimpan dan di WhatsApp ke seluruh dunia," katanya.

Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan, tidak semua barang dikenakan GST, apabila peniaga yang pendapatan kurang RM500,000 setahun tidak dikenakan GST, malah perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, sewa rumah dan urusan kerajaan juga sifar GST.

Tegas Ahmad Maslan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya beliau berhenti bercakap dan menghapuskan GST, kerana tindakan sedemikian akan memberikan kemenangan kepada pembangkang untuk terus merosakkan minda rakyat.

"Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan," katanya.

Murid sekolah dilatih sokong GST

Posted: 22 Apr 2015 02:40 AM PDT

Klip video mendedahkan seorang guru melatih kanak-kanak dipercayai di sebuah sekolah rendah untuk melaungkan 'Kami Sokong GST.'



VIDEO INSIDE
GST-anak-sekolah



PETALING JAYA: Satu klip video menjadi viral apabila ia didapati menggunakan kanak-kanak sekolah untuk menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Rakaman video yang berdurasi hanya 17 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu diajar dan disuruh melaungkan 'Kami Sokong GST'.

Sekumpulan kanak-kanak itu kemungkinan sedang berkumpul dalam sesi perhimpunan di sebuah sekolah rendah.

Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi dan nama sekolah tersebut.

Sorang guru meminta kumpulan kanak-kanak melaungkan "Kami sokong GST" sebanyak dua kali dan diakhiri dengan ucapan "terima kasih kanak-kanak" oleh guru yang sama.

Klip video itu dimuatnaik di akaun Facebook Rintihan Rakyat pada 17 April dan sedang menjadi bahan bualan kerana melibatkan kanak-kanak sekolah rendah dan guru sekolah.

Perbuatan guru sekolah rendah ini menepati peribahasa Melayu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Kerajaan Johor perlu arah henti aktiviti kuari dan pembalakan di Gunung Pulai

Posted: 22 Apr 2015 02:34 AM PDT

tnc-gunung-pulai
Gambar: Setiausaha politik MB Johor Mohammad Khairi Malek menerima memorandum bantahan dari MP Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong di Kota Iskandar pagi ini.

Roketkini.com


NUSAJAYA: Kerajaan Johor perlu mengeluarkan arahan menghentikan semua aktiviti kuari dan pembalakan di Gunung Pulai, Johor supaya khazanah berharga itu dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, aktiviti pembalakan yang berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Pulai mendapat reaksi negatif daripada penduduk sekitar Kulai, Pekan Nenas dan juga kumpulan pencinta alam sekitar.

Ujarnya, berdasarkan jawapan di parlimen, HSK (Perlindungan) Johor hanya meliputi 2106.64 km persegi, atau 10 peratus sahaja daripada keseluruhan keluasan Johor.

Berbanding Selangor, kerajaan negeri telah menggazetkan sebanyak 1775.83 km persegi atau 22 peratus daripada keseluruhan 8,104 km persegi daripada keseluruhan keluasan negeri itu sebagai Hutan Perlindungan.

Difahamkan, kerajaan Johor telah membekukan sebarang aktiviti pembalakan di semua HSK (pengeluaran) di seluruh negeri sejak bulan Jun tahun lalu.

"Tetapi hasil pemerhatian yang dilakukan di Gunung Pulai mendapati satu projek pembalakan telah dilesenkan dan dijalankan sejak 1 Disember 2014 hingga 31 Mei 2015.

"Perkara ini perlu disiasat secepat mungkin," kata N ie Ching dalam satu kenyataan.

Justeru itu, satu memorandum bantahan diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi ini melalui setiausaha politiknya Mohammad Khairi Malek, bagi menggesa kerja-kerja pembalakan dan kuari dihentikan segera.

Hadir sama ADUN Pekan Nenas, Yeo Tung Siong.

Tambah Nie Ching, meskipun sumber pendapatan Johor dan Selangor hampir sama dan tiada keperluan tinggi untuk aktiviti pembalakan, ironinya peratusan HSK (Pengeluaran) Johor jauh lebih banyak daripada Selangor.

Menurut Nie Ching peratusan HSK (Pengeluaran) di Johor adalah sebanyak 2232.96 km persegi, atau 50 peratus daripada 4448.4 km persegi keseluruhan HSK di negeri ini.

Manakala peratusan HSK (Pengeluaran) Selangor hanya 725.46 km persegi, atau 25 peratus daripada 2812.24 km persegi keseluruhan HSK.

"Menteri Besar perlu mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar. Bagi membuktikan keseriusan kerajaan negeri Johor, aktiviti kuari dan pembalakan di Gunung Pulai perlu dihentikan segera.

"Saya menggesa agar kerajaan Johor memperbanyakkan lagi HSK (Perlindungan) supaya khazanah yang berharga ini dapat dipelihara untuk generasi akan datang," tegas Nie Ching – Roketkini.com


DAP desak kerajaan batal konsesi loji janakuasa 1MDB

Posted: 22 Apr 2015 02:32 AM PDT

tony_pua

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membatalkan semua konsesi loji janakuasa yang diberikan kepada 1MDB, dan bukannya membenarkan firma sarat hutang itu mendapat keuntungan daripada rakyat dengan menaikkan tarif elektrik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua merujuk laporan The Edge Financial Daily, bahawa Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan kenaikan tarif kepada loji kuasa solar 50MW 1MDB daripada 41 sen bagi setiap kWh kepada 50 sen per kWh.

"Ini merupakan kenaikan sangat besar (whopping) 22 peratus tarif elektrik dalam tempoh setahun selepas projek itu dianugerahkan secara runding terus.

"Bekalan kuasa akan dijual kepada Tenaga Nasional, yang seterusnya akan memindahkan beban kos kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming pada 20 April lalu berkata, kenaikan tarif 50 sen lebih tinggi daripada 49 sen yang dianugerahkan baru-baru ini kepada loji kuasa tenaga solar lebih kecil antara 10 MW dan 30 MW.

Manakala The Edge Financial Daily menedahkan, 1MDB dalam proses 'melupuskan' bidaan yang dimenangi mereka bagi loji janakuasa arang batu 2,000MW kerana kekurangan dana dan masalah hutang.

Ujar Tony,, TNB perlu memperoleh konsesi daripada 1MDB dan pengeluar tenaga nasional itu akan dibenarkan untuk merundingkan tarif yang ditetapkan sebelum ini.

"Sekali lagi, ini bermakna keuntungan lebih tinggi kepada 1MDB yang tidak melakukan apa-apa selain daripada menjual konsesi, sedangkan rakyat perlu membayar kadar elektrik lebih tinggi kepada TNB," ujarnya.

Sebab itu katanya, semua tawaran kuasa kepada firma pelaburan bermasalah itu patut dibatalkan dan diberikan kepada syarikat lain melalui tender terbuka dan telus.

"Syarikat-syarikat yang paling kukuh dari segi kewangan dan berpengalaman yang membida pada kadar tarif terendah harus dianugerahkan kontrak," tegasnya. – Roketkini.com


‘Tak maafkan sampai mati’

Posted: 22 Apr 2015 12:52 AM PDT


'Tak maafkan sampai mati' Keadaan belakang badan mangsa dipenuhi kesan lebam. Gambar kanan: Mangsa menunjukkan kesan lebam yang dialami pada bahagian betisnya.



GURUN – "Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati," demikian luah pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama dekat Pendang yang menjadi mangsa buli lebih 30 pelajar senior, Jumaat lalu.

Muhd Haziq (bukan nama sebenar), 13, berkata, kejadian itu merupakan peristiwa hitam buat dirinya apabila dibelasah sehingga tidak bermaya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas dia menjumpai dompet bersama sejumlah wang ketika bermain di padang sekolah, kira-kira jam 6.30 petang.

"Semasa berada di padang, saya ternampak dompet tercicir di padang bersama wang sebanyak RM60.

"Saya mengambil wang terbabit dan meletakkan dompet itu di tepi tandas. Kemudian, pada jam 12 tengah malam, seorang pelajar tingkatan empat memanggil saya masuk ke sebuah bilik asrama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, setelah mengaku menjumpai dompet terbabit, dia mendakwa ditampar beberapa kali di bahagian muka sebelum mereka membawanya ke sebuah bilik lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima.

"Di situ, mereka pukul saya sehingga tidak dapat bangun dan berjalan. Macam-macam mereka buat kepada saya.

"Ada yang pukul kepala saya dengan telefon bimbit, libas tuala ke muka, baling serpihan siling ke muka, jentik telinga, tendang di bahagian dada serta membakar helaian rambut sebelum dicukur hampir botak," katanya.

Katanya, tindakan beberapa pelajar yang membaling serpihan siling ke mukanya itu turut menyebabkan mata kanannya bengkak.

"Selepas itu, mereka mengangkat saya keluar dari bilik. Saya tidak mampu melawan selain merangkak ke bilik saya untuk menyelamatkan diri.

"Saya maklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan kepada warden asrama," katanya.

Keesokan harinya, ayah mangsa yang ingin melawatnya di sekolah terbabit terkejut apabila melihat anaknya berada dalam keadaan tidak bermaya selain kesan lebam di bahagian muka serta anggota badan.

Menyedari kejadian itu, mangsa dibawa ayahnya untuk membuat laporan di Balai Polis Gurun sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

"Saya nak pindah sekolah, tidak mahu tinggal di asrama itu lagi," katanya.

Kesan lebam pada anggota badannya turut menyebabkan dia sukar untuk bergerak dan tidur pada waktu malam.


Isu Salib Diserah Kepada Peguam Negara - Wan Junaidi

Posted: 22 Apr 2015 12:44 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata Peguam Negara akan menentukan sama ada kes itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan atau sebaliknya.

"Penilaian sama ada (mereka terbabit) melakukan kesalahan, itu bukan soal polis dan bukan soal individu tertentu, ia adalah soal yang diserah bulat-bulat kepada Peguam Negara.

"Satu, mesti ada laporan, yang kedua ada penyiasatan (pihak polis), dan penyiasatan itu lengkap, kertas siasatan itu dimajukan kepada Peguam Negara (untuk buat keputusan)," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lepas.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dipetik sebagai berkata, peserta demonstrasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan itu.

"Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib berkenaan, " katanya.

Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersikap berat sebelah dalam menguat kuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar undang-undang.

Pas guna GST untuk raih undi

Posted: 22 Apr 2015 12:38 AM PDT


Pas guna GST untuk raih undi Mohd Fadzli (kanan) mengangkat tangan Nazri Ahmad selepas nama Ketua Pemuda Pas Pahang itu diumumkan sebagai calon PRK Rompin.
 
 
 
MUADZAM SHAH – Pas mengumumkan slogan 'Satu undi untuk Pas, satu undi tolak GST' sebagai kempen meraih sokongan pengundi pada PRK Parlimen Rompin, 5 Mei nanti.

Slogan diumumkan Timbalan Pengarah I PRK Parlimen Rompin Dun Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly yang turut menggesa supaya rakyat menolak cukai yang disifatkannya sebagai cukai zalim dan menindas itu.

Menurutnya, jika pengundi di Rompin masih memilih BN pada hari pengundian, maka jelaslah mereka juga memilih untuk mengekalkan dan menyokong pelaksanaan GST.

"Kita percaya undi kepada Pas pada PRK Rompin ini adalah isyarat kepada kerajaan atau BN bahawa rakyat bukan sahaja di daerah ini tetapi di seluruh negara menolak cukai tersebut yang tidak mengenal miskin atau kaya.

"Slogan 'Satu undi untuk Pas, satu undi tolak GST' akan digunakan sebagai salah satu medium kempen dalam meraih sokongan pengundi yang rata-ratanya tiada seorang pun terkecuali daripada dikenakan cukai tersebut," katanya ditemui selepas pengumuman calon Pas PRK Rompin, malam kelmarin.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa Pas mampu memenangi kerusi Parlimen Rompin walaupun berdepan dengan calon yang disifatkan orang lama dan berpengalaman seperti diumumkan BN, Datuk Hasan Arifin.

"Isu GST ini merupakan isu besar melibatkan rakyat seluruh negara dan rakyat secara umumnya juga ternanti-nanti keputusan PRK ini yang bakal menjadi isyarat atau simbol penolakan rakyat kepada parti pemerintah yang telah meluluskan cukai tersebut.

"Bukan sahaja GST tetapi isu saham FGVH, kejatuhan harga sawit, nasib generasi kedua Felda dan isu pemilikan tanah juga akan menjadi peluru bagi meruntuhkan daerah yang kononnya disifatkan sebagai kubu kuat BN ini," katanya.


GST: Saya fahami kesusahan rakyat, kata MP

Posted: 22 Apr 2015 12:36 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ahli Parlimen BN Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata beliau memahami kesusahan rakyat kerana kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas beliau terpaksa membelanjakan RM1,200 untuk itu.

Jumat berkata, beliau telah dikenakan bayaran untuk GST itu selepas membawa anaknya ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

"Kos konsultasi kena 6%, bayar kos rawatan 6% lagi," kata dalam catatan di Facebook.

Menurut Jumat (kiri), anaknya dimasukkan ke hospital tersebut kerana sakit saraf dan tulang belakang bengkok.

"Rawatan saraf 20,000, GST RM1,200. Belum masuk bil lain hari ni dah kena RM5,000. Memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan Mei ni kena berteriak kat parlimen pula," katanya dalam catatan Facebook tersebut.

Ironinya, menurut rekod Parlimen, Jumat mengundi menyokong rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang diluluskan pada 7 April 2014.


 



Sebuah gabungan kumpulan masyarakat sivil akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Jumaat depan, yang merupakan Hari Buruh, untuk membantah cukai baru itu.

Rompak: Ibu tunggal menangis dikandang salah

Posted: 22 Apr 2015 12:28 AM PDT


Rompak: Ibu tunggal menangis dikandang salah
 
 
 
KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal beranak dua menangis dalam kandang orang salah ketika merayu supaya hukumannya terhadap kesalahan merompak bersenjata diringankan, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Wanita berasal dari Kuantan itu dihukum penjara enam tahun selepas mengaku salah atas tuduhan bersama seorang yang masih bebas merompak dengan bersenjatakan pedang dan pistol ke atas pemilik butik pengantin, Nor Asuwah Ibrahim, 48.

Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di Kampung Landak, Jalan Padang Tembak pada jam 10.05 malam, 21 Julai tahun lalu.

Pada prosiding itu, Sumiyyah Razali, 23, menangis merayu Hakim, Mohd Yusoff Yunus supaya meringankan hukuman yang bakal diputuskan dengan alasan dia mempunyai dua anak yang masih kecil dan sudah bercerai dengan bekas suami, empat tahun lalu.

"Anak-anak saya sekarang tinggal dengan keluarga. Saya berada bersama suspek ketika kejadian itu dan saya mohon jasa baik tuan kurangkan hukuman saya," katanya sambil sesekali mengesat air mata.

Sumiyyah hadir ke mahkamah berbaju kurung dan bertudung merah jambu. Tiada keluarga kelihatan di mahkamah itu.

Dalam kejadian lalu, tertuduh bersama seorang lagi rakannya masuk ke dalam butik berkenaan dengan memakai telekung sembahyang dan berpura-pura melihat busana pengantin.

Sumiyyah mencuba busana itu, manakala rakannya keluar dan masuk semula bersama seorang lelaki dengan bersenjata pistol serta pedang.

Mereka merompak mangsa dengan melarikan barangan kemas, beg tangan berjenama dan jubah yang dijual, beg tangan mangsa mengandungi pelbagai kad berserta wang tunai RM150 juga cermin mata yang keseluruhan barang rompakan itu bernilai RM20,000.

Hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 9 Ogos 2014. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali.

Pada 9 Mac lalu, rakan tertuduh, Nurul Suhada Jusoh, 27, yang juga ibu tunggal empat anak turut dihukum penjara enam tahun enam bulan atas kesalahan sama. 


'Walau kawasan biru, BN kena kerja kuat'

Posted: 22 Apr 2015 12:22 AM PDT

SINAR HARIAN


Muhyiddin Yassin Calon BN Datuk Hasan Arifin (empat kanan) dan calon Pas Nazri Ahmad (tiga kiri) diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin P091 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
ROMPIN - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya jentera parti perlu bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekali gus menambah jumlah majoriti.

"Kita tahu Rompin sejak sekian lama merupakan kawasan biru (BN) tetapi kita tidak boleh ambil mudah, perlu tambahkan sokongan, maka jentera harus tingkatkan gerak kerja.
  
"Ini akan diselaraskan oleh (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengarah Operasi BN PRK Rompin) dengan dibantu (BN) peringkat negeri dan rakan komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat tentang kesatuan dan kesepaduan parti," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon BN, Datuk Hasan Arifin untuk proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon BN Datuk Hasan Arifin.
  
Muhyiddin berkata BN akan menggunakan PRK itu sebagai platform untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk soal kos sara hidup.
  
"Isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) selain harga getah dan kelapa sawit tidak boleh dinafikan hakikatnya berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat global.
  
"Ini menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk berikan penjelasan. Macam isu GST, kita kena faham ia satu keperluan dan matlamatnya untuk kepentingan rakyat," katanya.
  
Timbalan Perdana Menteri mengakui pelaksanaan peringkat awal GST menimbulkan rasa kurang senang hati rakyat, namun aduan-aduan itu akan diperjelas.
Mengulas mengenai sasaran undi BN pada PRK Rompin, Muhyiddin berkata beliau menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap 38 peti daerah mengundi (PDM) di kawasan Parlimen itu untuk menambah jumlah majoriti.
  
Katanya, setiap undi adalah penting bagi menjamin kesinambungan pembangunan sosioekonomi kawasan parlimen itu yang telah diusahakan oleh bekas anggota Parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
  
Sementara itu, Muhyiddin melahirkan rasa syukur dengan proses penamaan calon yang berjalan lancar, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Katanya ia mempamerkan amalan demokrasi yang baik dalam kalangan penduduk tempatan.
  
PRK Rompin pada 5 Mei ini menyaksikan pertandingan antara Hasan, yang merupakan pemangku Ketua Umno bahagian Rompin mewakili BN, dan calon Pas Nazri Ahmad, yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Rompin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang.
  
Pilihan Raya Kecil itu diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
  
Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. - Bernama


CMK dakwa SPR minta jangan serah borang pencalonan

Posted: 22 Apr 2015 12:21 AM PDT


CMK dakwa SPR minta jangan serah borang pencalonan Calon Bebas diiringi polis keluar dari dewan selepas tidak dibenarkan masuk atas dakwaan pencalonan tidak diterima. - Foto Sinar Harian
 
 
 
ROMPIN - Hasrat calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli atau nama komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) untuk mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin tidak kesampaian apabila beliau dihalang daripada memasuki dewan untuk menyerahkan borang pencalonan.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi itu diarahkan meninggalkan dewan dengan diiringi anggota polis.

Ketika ditanya,  Mohd Shukri mendakwa ada menerima panggilan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi arahan supaya beliau tidak meneruskan niat atau datang menyerahkan borang kerana mempunyai beberapa rekod kesalahan dalam pru sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Satu lawan satu di PRK Rompin]


NGO anjur bual bicara bersama Dr M

Posted: 22 Apr 2015 12:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberikan ulasan terkini mengenai isu semasa dalam satu majlis bual bicara yang diadakan untuknya di Taman Melawati, Hulu Kelang, Sabtu ini.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Prihatin.

Poster yang tersebar menyatakan majlis Bicara Negarawan itu bermula pada jam 9.30 pagi.

Acara itu adalah sesi bual bicara pertama yang terbuka untuk umum sejak Dr Mahathir mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal April lalu.

Sementara itu, wakil penganjur yang enggan dikenali mengesahkan kehadiran Dr Mahathir, namun mendakwa tidak tahu-menahu apa yang akan beliau diperkatakan.

"Kita lihat nanti apa yang Tun nak cakapkan. Terpulang kepada beliau," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya, oleh kerana sudah lama Dr Mahathir tidak mengadakan program bersama orang  ramai, maka majlis Sabtu ini adalah masa terbaik untuk menjemputnya. 


Satu lawan satu di Rompin

Posted: 22 Apr 2015 12:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah ditutup pada jam 10 pagi selepas dibuka sejak jam 9 pagi.

Dua calon, Datuk Hasan Arifin daripada BN dan Nazri Ahmad (PAS) menyerahkan borang masing-masing kepada pegawai bertugas.

Senarai rasmi calon itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla.

Seorang bloger yang mengumumkan mahu bertanding sebagai calon bebas Isnin lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan kerana tidak membawa bersamanya penyata akaun dan pencadang.

Hasan tiba di pusat penamaan calon diiringi Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.50 pagi.

Turut ada, Naib Presiden Umno yang juga Penyelaras Pilihan Raya Kecil Rompin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, Naib Presiden Gerakan Datuk A Kohilan Pillay serta kira-kira 5,000 penykong.

Calon PAS pula diiringi timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Bersama kira-kira 1,000 penyokong, mereka berarak dari sebuah stesen minyak yang terletak lebih kurang 200 meter dari pusat penamaan calon.

Hasan menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.07 pagi manakala Nazri 9.04 pagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandang Tan
Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan helikopter di Semenyih pada 4 April lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kemenangan di kerusi itu mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Parlimen itu mengandungi 53,294 pengundi berdaftar, termasuk 545 pengundi awal.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 5 Mei ini. Bernama


 

Nik Nazmi: Kita Lawan akan teruskan protes

Posted: 22 Apr 2015 12:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kita Lawan akan meneruskan protes anti-GST pada 1 Mei walaupun mereka telah diberi amaran oleh ketua polis negara supaya memohon permit terlebih dahulu.

"Ugutan KPN bahawa tindakan akan dikenakan terhadap Kita Lawan adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan tidak sesekali melemahkan semangat anak muda untuk terus berhimpun pada 1 Mei 2015 bagi membantah pelaksanaan GST," kata Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.

Nik Nazmi yang bercakap bagi pihak anak muda Kita Lawan, berkata kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu seolah-olah memperkecilkan Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak semua rakyat untuk berhimpun secara aman.

"Saya ingin mengingatkan beliau bahawa bukan sahaja rakyat tidak perlu mendapat permit polis untuk berkumpul, malah notis 10 hari seperti dalam Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, telah diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan," kata Nik Nazmi merujuk kepada kesnya berkenaan Himpunan Black 505.

Beliau juga merujuk kepada syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam laporan tahunan Suhakam 2014 yang menyebut bahawa peranan polis dalam perhimpunan awam terhad kepada pengurusan dan kawalan lalulintas bagi memudahkan orang ramai. Suhakam juga mengingatkan bahawa mana-mana himpunan tidak perlu mendapat kebenaran pihak polis.

"Anak muda Kita Lawan telah buktikan dalam himpunan-himpunan sebelum ini bahawa himpunan berjalan dengan aman dan lancar jika tiada sekatan atau provokasi mana-mana pihak.

"Kami harap pihak polis dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk mengawal lalulintas bagi memudahkan dan menjamin keselamatan peserta Himpunan 1 Mei," kata Nik Nazmi.

Kita Lawan merancang untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran pada 1 Mei di pusat bandar KL untuk membantah GST.


Rakyat S'wak berang isu salib di PJ

Posted: 22 Apr 2015 12:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 



Penduduk Sarawak - sama ada beragama Islam atau Kristian - meluahkan rasa marah masing-masing di Facebook ekoran tunjuk perasaan sekumpulan penduduk Melayu yang mendesak simbol salib sebuah gereja diturunkan baru-baru ini.

Kebanyakan mereka berkata, isu seumpama itu tidak pernah berlaku di Sarawak.                               
             
Ahmad Nazri Roy dari Kabong, Sarawak berkata rakyat Semenanjung Malaysia bukan saja perlu belajar daripada pengalaman penduduk Sarawak, malah Indonesia.

"Di Sarawak, kami hidup bersama dalam harmoni. Ada bangunan gereja dan masjid didirikan bersebelahan seperti dalam video ini," katanya merujuk kepada klip bertajuk Satu Alamat yang dimuat naik pengendali akaun Dayak People Educated di Facebook.

Sejak Isnin lalu klip vide berkenaan ditonton lebih 4,000 kali dan dikongsikan lebih 300 kali.

Video sepanjang 5.46 minit itu memaparkan Gereja Kristian Jawa Joyodiningratan dan Masjid al-Hikmah yang berkongsi alamat pos - 222, Jalan Gatot Subruto di Solo, Jawa Tengah.

"Kami orang Sarawak dan Sabah berbeza daripada penduduk Malaysia Barat. Kristian, Muslim, Buddha dan lain-lain hidup sebagai keluarga besar," katanya.

Sementara itu seorang lagi pengguna Nur Arina Abdul Hadi dari Bintulu berkata dia pernah berkongsi bilik dengan seorang penganut Kristian ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan ia tidak menjadi isu kepadanya.

"Saya tahu dia memakai salib, tetapi dia tidak pernah mengganggu saya. Saya masih boleh bersolat dalam bilik, tak ada masalah.

"Sudahlah, kalau satu salib boleh menakutkan kamu, mesti ada sesuatu yang tak kena dalam diri kamu, bukan gereja. Kan?" tulis Nur Arina.

Polis siasat abang IGP hari ini

Posted: 22 Apr 2015 12:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Polis akan merakam kenyataan pihak yang terlibat dalam perhimpunan antisalib di Petaling Jaya hari minggu lalu hari ini.

Kenyataan pemimpin masyarakat setempat Datuk Abdullah Abu Bakar, yang juga abang ketua polis negara Tan Sri Khalid, dijadual dirakam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Abdullah berkata beberapa orang lagi peserta perhimpunan Ahad lalu turut dipanggil.

Beliau masih belum mempunyai butiran lanjut berhujung perkara itu.

Beliau juga berkata sedia memberikan kerjasama dan akan hadir ke balai polis sebelum jam lima petang hari ini.

Abdullah juga berkata tidak akan membawa peguamnya untuk sesi itu.

"Buat apa nak bawa peguam, isu ini tak ada apa pun," katanya. 


Tiada ulasan: