Isnin, 20 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Soalan Sama Kepada Muhyiddin, Tunggu Apa Lagi?

Posted: 20 Apr 2015 07:43 AM PDT

shahbudindotcom


Setelah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan oleh Tun Mahathir semalam, persoalan yang menjadi bualan ramai sekarang ialah "apa selepas itu?

Cukupkah sekadar menyatakan sokongan dan berkata "you are not alone" saja?

Berubahkah apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir jika sekadar sokongan dalam bentuk ungkapan saja?

Atau Muhyiddin perlu bergerak pantas dengan tindakan-tindakan lain yang lebih agresif lagi?

Secara umumnya apabila Tun Mahathir semakin mengasak kedudukan Najib dengan mendedah dan menyerangnya dari pelbagai sudut, ia lebih menghakis sokongan di peringkat akar umbi UMNO dan juga di kalangan rakyat.

Tetapi di peringkat kepimpinan UMNO dan kerajaan, ia masih tidak menggugat kerusi Perdana Menteri yang sedang diduduki Najib kerana majoriti mereka masih selesa dengan nikmat jawatan dan kedudukan yang dinikmati sekarang.

Sebagaimana sebelum ini Najib menerima sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, semua mereka tidak berganjak walaupun Tun Mahathir makin meningkatkan serangannya hari demi hari.

Sehingga ada di kalangan mereka yang memegang jawatan penting dalam UMNO dan kerajaan turut secara terbuka menolak kepimpinan Najib, barulah kedudukannya benar-benar goyang.

Walaupun semua orang sedar serangan dan kritikan Tun Mahathir terhadap Najib ada benarnya, berpaksikan kebenaran dan bertujuan mengelakkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, hakikatnya majoriti yang bergelar pemimpin lebih sayangkan Najib berbanding parti.

Dalam hal ini, terlanjur Muhyiddin sudah menyatakan sokongan terbuka kepada "perjuangan kebenaran" yang dibawa oleh Tun Mahathir yang tentunya juga bermakna sokongan terhadap semua persoalan yang ditujukan oleh bekas Perdana Menteri itu kepada Najib, beliau tidak seharusnya berlengah lagi dalam mengatur langkah seterusnya.

Dalam erti kata lain, sokongan Muhyiddin kepada Tun Mahathir itu boleh dianggap isyarat beliau sudah hilang kepercayaan kepada Najib yang sedang memimpin parti dan kerajaan. Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati hak Tun Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Maka itu, adalah perlu Muhyiddin mengulangi peranan seperti yang pernah dimainkannya dalam mempercepatkan pengunduran jawatan Tun Abdullah pada 2008 dahulu.

Hanya dengan Muhyiddin mengatur langkah seterusnya, sama ada turut terbuka menuntut Najib berundur seperti yang dimahukan oleh Tun Mahathir atau mulai mengumpul kekuatan di kalangan pemimpin UMNO seluruh negara untuk bersama-sama dengannya.

Muhyiddin juga boleh mulai menghadirkan diri dalam setiap program jelajah bersama Tun Mahathir ke seluruh negara bagi memberi lebih tekanan kepada Najib.

Hanya jika salah satu atau semua tindakan itu diambil, barulah "perjuangan kebenaran" Tun Mahathir ini akan menampakkan hasil yang berkesan.

Untuk lebih drastik, sebagai tanda hilang kepercayaan itu, Muhyiddin boleh juga meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Jika tidak, perjuangan kebenaran ini mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan belum tentu dapat dipastikan akan berjaya atau sebaliknya kerana Najib tidak semudah itu mahu mengalah atau berundur.

Muhyiddin tidak perlu risau kerana selain rakyat sedang bersama-sama dan tidak sabar untuk melihatkan Najib disingkirkan berikutan terlalu banyak onar yang ditimbulkannya dalam mentadbir negara, sebahagian besar ahli akar umbi UMNO juga berpendirian sama.

Tun Mahathir sudah memulakannya dan jika Muhyiddin segera bertindak lebih berani, tidak sekadar mengucapkan "you are not alone" saja, segalanya-galanya akan lebih cepat menjadi kenyataan.

Banyak harapan kini diletakkan pada Muhyiddin agar beliau mengulangi keberaniannya sepertimana yang pernah dilakukannya kepada Tun Abdullah dahulu.

Lalu, "Abang Din, tunggu apa lagi?"


Harga Rumah, Kedai dan Kondo Terlalu Mahal di Iskandar Malaysia Johor. Maybank Investmant Bank Beri Peringatan Hartanah Di Iskandar Malaysia Berisiko!

Posted: 20 Apr 2015 07:36 AM PDT




Harga Rumah, Kedai dan Kondo Terlalu Mahal di Iskandar Malaysia Johor. Maybank Investmant Bank Beri Peringatan Hartanah Di Iskandar Malaysia Berisiko! :

Ayuh marilah datang dan melabur serta mencampakkan wang tunai anda melalui pinjaman bagi melakukan pelaburan rumah, kondo dan kedai mewah di Johor Iskandar Malaysia. Begitulah kata-kata kapitalis hartanah menunggu dengan penuh sabar supaya lebih ramai masuk "jaring yang dipasang mereka" secara bagi memenuhkan terus-menerus kantung mereka.

Disangka panas sampai ke petang, tiba-tiba kelihatan mendung gelap di langit pula. Nah…begitulah suasana pasaran hartanah melibatkan rumah, kedai, dan kondo mewah di Johor Iskandar Malaysia sekarang ini tahun 2015. Ditambah dengan amaran dan peringatan yang dikeluarkan sendiri oleh Maybank Investment Bank mengenai pasaran kondo, kedai dan rumah mewah di Iskandar Malaysia Johor jika anda berkira-kira sekarang ini untuk melabur di sana. AWAS!

Greenland Group Johor Malaysia

 

Punca Hartanah Rumah, Kedai, Kondo Mewah di Johor Iskandar Malaysia Merudum?

  • Lebihan bekalan
    penawaran unit hartanah pada masa akan datang yang besar
  • Dan juga aktiviti pemilikan bank tanah oleh pemaju Cina secara agresif
  • Harga kedai, kondo, rumah mewah di Johor Iskandar Malaysia akan turun bagi jangka masa serdahana pada masa akan datang
Kalangan pelabur hartanah lebih yakin potensi pelaburan mereka di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berbanding Iskandar Malaysia. Maybank Investmant juga mengesa pelabur hartanah lebih berhati-hati ketika mahu melabur dan beli kondo, kedai dan rumah mewah di Johor Iskandar Malaysia kerana urusniaga haratanh di sana sudah mula jatuh yang mana anda boleh semak butiran trendnya seperti koleksi gambar yang Berita Semasa seperti di atas.

Realitinya hari ini Greenland Group syarikat pemaju hartanah yang berpangkalan di Shanghai Holdings telah berjaya memiliki tanah freehold termasuklah :
  • 128 ekar di selatan Bandar baru Permas jaya
  • 14 ekar tanah di Danga Bay
    Sedang dalam perancangan 1,200 hingga 1,400 ekar tanah perindustrian berdekatan dengan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat
Hebat bukan Malaysia? Baik hati bukan Malaysia? Mulia bukan hati orang Melayu kita? Indonesia tidak baik, jahat, lokek dan macam-macam lagilah. Masakan tidak sampai hati Indonesia meletakkan syarat kepada mana syarikat asing boleh mendirikan perusahaan, bisnes dan bangunan mereka di Indonesia tetapi, tetapi dengan syarat pajakan tanah selama tempoh 30 tahun sahaja dan boleh dismabung lagi maksimum 20 tahun sahaja. Malaysia? Ermmm……..

Jikalau tengok trend harga berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan NAPIC aka JPPH : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menunjukkan sehingga tahun 2013 harga hartanah rumah, kedai dan kondo mewah di Iskandar Malaysia tetap naik walaupun jualan hanyalah suam-suam kuku sahaja.

Bagi Berita Semasa, di sekitar Iskandar Malaysia harga yang ditawarkan agak melampau dan cekik darah. Lima Kedai contohnya dengan teres dua tingkat biasa-biasa pun diletakkan harga setinggi RM700,000. patutkah?

Rumah mampu milik di Johor yang berharga RM210,000 ada yang telah daftar dan hantar permohonan bertahun-tahun lamanya masih lagi tiada giliran untuk mereka. Patutnya diperbanyakan rumah mampu milik harga Rm300,000 dan ke bawah di sana.

Pasir Gudang sejak Eco World dengan Mah Sing sudah masuk harga rumah pun sudah naik mencanak-canak. Harga hartanah pun sudah mula dengan Rm400,000 juga. Yang bawah, RM300,000 di bawah syarikat Scientex setakat ini sahaja yang Berita Semasa perhatikan ada dijual pada harga tersebut. Tetapi saiz masin kecil pula.

Nah, kehidupan yang selesa di Johor ini milik rakyat Malaysia rakyat Johor bukannya diutamakan warga asing, warga China atau Singapore. Apa respon anda pula mengenai isu ini?


Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM, Rosmah

Posted: 20 Apr 2015 04:08 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

"Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

"Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya," katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.

Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib


Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.

Mufti: Jaga-jaga kerenah wanita pertama

Sementara itu, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mengingatkan bagaimana reputasi seorang pemimpin negara dirosakkan oleh isteri sehingga mendorong rakyat benci kepadanya.

Beliau memberi contoh Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

"Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran first lady (wanita pertama) boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

"Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang salih terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan mereka," tulis Dr Mohd Asri dalam Facebooknya Jumaat lalu.

Sebaliknya, kata beliau, wanita solehah kadang-kala lebih baik daripada lelaki dan kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.

"Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.

"Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian," katanya.


'Jangan biar isu salib jadi macam kes Bible'

Posted: 20 Apr 2015 04:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyelesaikan isu bantahan terhadap lambang salib di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata kerajaan negeri harus menegakkan kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Azmin harus selesaikan isu ini tanpa berlengah lagi.

"Jangan biar perkara ini jadi satu lagi insiden panjang seperti kes rampasan Bible BSM oleh agensi kerajaan negeri tahun lalu," kata Tan.

Ditanya berhubung langkah yang perlu diambil oleh kerajaan negeri, Tan berkata exco Selangor patut arahkan salib itu diganti.

"Mungkin mereka patut dapatkan majlis tempatan untuk bantu mereka.

"Saya rasa Azmin tahu hendak buat apa untuk selesaikan itu itu," katanya.[Baca berita asal]

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tuntutan pihak yang membantah boleh ditangani melalui perundangan dan semangat Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan jika semua pihak mula mempertikaikan simbol agama masing-masing akan memusnahkan sikap toleran dan hormat menghormati antara agama.

"Saya yakin isu simbol salib di rumah kedai Kampung Medan perlu dilihat sama ada tindakan itu bercanggah atau tidak dengan peruntukan undang-undang kecil perbandaran.

"Jika ada kesalahan maka ia adalah isu undang-undang dan jika tidak ada kesalahan maka asas kebebasan beragama perlu dipertahankan," katanya.

Katanya lagi, beliau khuatir isu itu akan terus dieksploitasi oleh kelompok sempit agama dan rasis yang mahu merosakkan hubungan damai antara agama di negara ini. 


'Jentera PAS 4 negeri utara diarah bantu PKR'

Posted: 20 Apr 2015 04:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kepimpinan PAS pusat mengarahkan jentera parti empat buah negeri di utara supaya membantu PKR mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 7 Mei ini.

Beliau menegaskan arahan kepada jentera PAS Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 13 April lalu dan tiada arahan baru dikeluarkan.

"PAS akan membantu calon Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh

"Oleh itu, semua jentera pilihan raya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu Pakatan Rakyat di Permatang Pauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pemimpin PAS yang mesra dipanggil Abang Mat, berkata arahan tersebut terpakai sehingga ada arahan baru atau pengarahan lain yang dikeluarkan daripada kepimpinan PAS pusat

"Semua mesti mematuhi arahan ini sekalipun terdapat pandangan berbeza yang disuarakan oleh pemimpin akar umbi di Permatang Pauh," kata Mohamad yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Beliau merujuk kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh semalam yang memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil itu.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan menarik balik kenyataan itu kerana sudah banyak kali mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS termasuk Omar dan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandanganya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota parlimen selepas didapati bersalah dalam kes liwat II. 


Adik PM pula kongsi 'You are not alone'

Posted: 20 Apr 2015 03:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen "kini muncul dalam politik Malaysia".

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.

Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa "sendirian" dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.

Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.

Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.

Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.

Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya adalah daripada harta warisan.

Ini kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka, allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Times berhubung sumber kekayaan Najib.

Adik beradik Najib itu terpaksa menjelaskan bahawa Abdul Razak sentiasa berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan mencemar nama negarawan tersebut.

Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan gaji Najib - US$100,000 (RM370,000) setahun.

Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

Ini termasuk pembelian apartmen US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah bank sebelum ini.

Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.




Ketua polis: Abang saya tenangkan penduduk

Posted: 20 Apr 2015 03:55 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid hari ini berkata perhimpunan menuntut salib sebuah gereja di Petaling Jaya diturunkan semalam tidak melibatkan unsur hasutan.

Katanya juga, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.

"Dalam isu di Petaling Jaya itu, kami tidak melihat apa-apa isu yang berbentuk menghasut.

"Ini bukan isu menyentuh agama atau agama Kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu.

"Salib itu diturunkan adalah di atas permintaan masyarakat dan disetujui oleh paderi itu sendiri.

"Tidak ada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib itu," kata Khalid selepas melancarkan program PRIMA kepada warga PDRM di Bukit Aman hari ini.

Jamin tak berat sebelah

Beliau juga berkata polis melihat bantahan isu dibuat dalam bentuk flashmob atau himpunan sekejap oleh penduduk tanpa  perancangan oleh mana-mana pihak.

"Pihak kami telah merujuk perkara ini kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan negeri.

"Mereka perlu melihat apa juga isu yang dibangkitkan oleh masyarakat di situ untuk menyelesaikan perkara itu," kata Khalid.

Sambil menegaskan sentiasa bertindak tanpa berat sebelah, Khalid berkata telah menyemak kehadiran abangnya Datuk Abdullah di tempat kejadian.

"Dia sebagai ketua masyarakat di kawasan itu, tanggungjawabnya adalah menenangkan penduduk di situ daripada menjadi lebih agresif.

"Itulah peranan yang diambil oleh abang saya," jelasnya.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk bertindak tanpa berat sebelah sekali pun melibatkan adik beradiknya dalam sesuatu kes.

"Kalau dia adik beradik saya ke, anak saya ke, itu tidak menjadi hal, itu adalah menjadi kewajipan kami sebagai penguatkuasa untuk mengambil tindakan tanpa apa-apa tolak ansur," katanya.

Tiada laporan polis diterima berhubung insiden itu, kata Khalid lagi. 
 
 
 

Hadi jelas hudud dalam Bicara Minda, Rabu ini

Posted: 20 Apr 2015 03:52 AM PDT


Bicara Minda
 
 
 
SHAH ALAM - Sejak dibentang dan diluluskan pada sidang Dun Kelantan bulan lalu, isu Enakmen Jenayah Syariah atau hudud yang dibawa Pas kembali hangat diperkatakan hingga kini.

Pelaksanaan hudud yang mendapat tentangan daripada rakan komponennya, DAP dan PKR  itu nyata telah mengeruhkan hubungan dalam pakatan pembangkang tersebut.

Tampil menjernihkan keadaan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menjelaskan kemelut itu dalam Bicara Minda dan Sesi Dialog Datuk Seri Abdul Hadi Awang anjuran Sinar Harian yang bertajuk "Hudud Dari Kaca Mata Hadi", Rabu ini.

Bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Seksyen 15, Shah Alam, program tersebut akan berlangsung selama dua jam bermula 2.45 petang hingga 4.45 petang.

Orang ramai dijemput hadir dan membuat pendaftaran awal dengan menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) ekoran tempat yang terhad.

Laporan secara langsung boleh diikuti menerusi portal, laman sosial Facebook dan Twitter rasmi Sinar Harian sementara rakaman video boleh ditonton di laman web Sinar TV.


Apa nak jadi dengan Umno?

Posted: 20 Apr 2015 03:50 AM PDT


SAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam Perkim, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat.

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adakah itu salah dalam sebuah negara demokrasi?

Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau  pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu daripada garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri.

Kita selalu mencari siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta.

Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud.

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata 'No' kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya 'Yes' belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsakan oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong mana pun.

Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri.

Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini.

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam "perangkap" Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu 'ditendang' keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985.

Mereka memperlekehkan Pas seolah-olah tidak bernilai satu sen pun. Presiden dan pimpinan Pas bukanlah bodoh untuk masuk dalam perangkap Umno. Mereka sangat kenal siapa Umno. Namun, saya amat yakin pimpinan Pas memikirkan kepentingan umat Islam berhadapan bahaya ultra kiasu.

Tidak dinafikan ada orang Umno yang menolak dan menentang hudud. Tetapi tidaklah sejahat ultra kiasu. Pernahkah Pas dibawa berbincang sebelum ditendang dari PR Sabah?

Ingatan saya kepada Pas, selagi berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan. Biarlah ultra kiasu meminggirkan Pas. Kita mencari reda ALLAH, bukan reda manusia.

Pas mesti bersabar dan istiqamah. Rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno membusuk, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno.

Kepada Umno, ingat amaran ALLAH, tidak mustahil, ALLAH akan gantikan kamu dengan orang yang lebih baik, jika kamu terus leka dan tidak sedar diri. Kembalilah kepada ALLAH dalam membuat sebarang keputusan. Insya-ALLAH selamat.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah,INSPIRE/PPA, UniSZA

Polis senarai 16 lokasi panas di Permatang Pauh

Posted: 20 Apr 2015 03:44 AM PDT

SINAR HARIAN


PRK Permatang Pauh



BUKIT MERTAJAM - Polis telah mengenal pasti 16 lokasi panas di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh sepanjang kempen PRK kawasan itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
  
Beliau berkata, polis turut mengenal pasti sembilan kawasan yang berkemungkinan berlaku pergaduhan.

Abdul Rahim berkata, bagi memastikan proses PRK itu lancar, polis membuka 30 bilik gerakan di kawasan berkenaan dan menempatkan 260 pegawai serta anggota untuk 24 jam.

"Pada pandangan saya, pilihan raya kecil Permatang Pauh ini nampaknya rancak. Saya percaya kekuatan pegawai dan anggota kontinjen Pulau Pinang serta bantuan daripada Bukit Aman akan dapat menjaga keamanan di sini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Abdul Rahim ditemui selepas mengadakan lawatan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam yang merupakan pusat penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh, di sini, hari ini. 

Abdul Rahim turut menasihatkan parti-parti politik yang bertanding agar memohon permit ceramah untuk berkempen mulai sekarang kerana permohonan permit boleh dibuat dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan ceramah. 

"Saya nasihatkan parti-parti politik bertanding agar tidak menimbulkan provokasi atau membangkitkan isu-isu sensitif sepanjang tempoh berkempen," katanya.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya. 

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. -  Bernama


13 ditahan kes pukul di sekolah agama

Posted: 20 Apr 2015 03:37 AM PDT

SINAR HARIAN


pdrm
 
 
 
PENDANG - Polis menahan 13 pelajar bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, enam pelajar Tingkatan Empat dan tujuh pelajar Tingkatan Lima itu ditahan polis pada 11.15 pagi ini di sekolah terbabit.

Katanya, dua lagi pelajar Tingkatan Lima yang dipercayai terbabit dalam kes itu telah digantung daripada asrama sekolah semalam dan telah pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani.
  
"Tindakan untuk menahan mereka (bagi membantu siasatan) akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
  
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Zainol Abidin ketika dihubungi berkata, laporan penuh kejadian itu telah dihantar oleh pihak sekolah kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.
  
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sekolah tersebut dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior. - Bernama


Tun M senaraikan kegagalan Najib

Posted: 20 Apr 2015 03:35 AM PDT


Dr Mahathir Dr Mahathir
 
 
 
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai 'kegagalan' pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

"Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

"Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

"Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah," katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

"Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

"Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

"Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

"Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya," katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

"Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

"Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis 'I Love PM' malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan," tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

"Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

"Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

"Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

"Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang," katanya.


Rumah mampu milik: DPPM terkejut besar respon positif MB

Posted: 20 Apr 2015 03:28 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


DAMANSARA: Delegasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) terharu dengan kesungguhan Kerajaan Selangor membangunkan rumah mampu milik.

Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas berkata, kesungguhan itu dapat dilihat ketika beliau dan beberapa pegawai kanan DPMM bertemu Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Bangunan SUK, Shah Alam, pada 27 Febuari lalu.

Kunjungan itu diadakan bagi membincangkan permohonan DPMM untuk membina 880 rumah mampu milik di Sungai Merab berhampiran Putrajaya.

rumah mampu milik iklan 01"Saya, setiausaha agung dan bendahari dah jumpa dia. Bukan main bagus, luar biasa sampai arkitek kami terperanjat hingga mulut ternganga.

"Bila arkitek kita tanya, biasanya tanah seekar dapat 16 rumah sahaja.

Kita ada 11 ekar sahaja dan arkitek cakap nak minta kepadatan 80 unit  tetapi MB kasi 120 unit. Awak boleh kasi?

"Arkitek kita kata lagi, mahal nak bayar caj pembangunan. MB jawab, tak payah bayar sebab buat rumah untuk rakyat, beliau tak caj. Macam-macam dikasi," katanya dalam sidang media di Bangunan DPMM, di Bukit Damansara, di sini, hari ini.

azminSyed Ali turut terkejut apabila permohonan pembinaan projek itu mendapat kelulusan dalam masa singkat.

Katanya, DPMM pada awalnya berhasrat menjual unit kediaman projek terbabit pada harga kos tetapi mengubah pendirian untuk mengambil sedikit keuntungan sebagai 'hadiah saguhati' bagi disalurkan kepada projek rumah mampu milik lain pada masa hadapan.

Pembinaan 880 unit rumah mampu milik di Sungai Merab adalah sebahagian rancangan DPMM untuk membina 5,000  unit rumah dalam tempoh lima tahun.-NFN

Bantah tanda salib bermotif politik, Umno cuba cetus provokasi

Posted: 20 Apr 2015 03:26 AM PDT

Oleh: Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM: Tindakan kira-kira 50 individu berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja di Taman Medan bermotif politik bagi mencetuskan rasa tidak tenteram rakyat berbilang kaum dan agama.

Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, tindakan itu tidak wajar kerana memberi gambaran Islam agama ekstrem dan mengganggu kepercayaan agama lain.

"Salah seorang demonstran, Munaliza Hamzah adalah calon Umno-BN di N33 Taman Medan pada PRU-12 tetapi kalah.

haniza

"Seorang lagi, Datuk Abdullah Abu Bakar yang mengaku dirinya sebagai ketua kampung jelas berbohong kerana tidak wujud kampung di Taman Medan. Beliau juga salah seorang Ketua Cawangan Umno PJS," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Katanya, kumpulan yang didakwa didalangi Umno itu wajar membuka pintu rundingan dan perbincangan bukan menunjukkan aksi provokasi serta suasana tidak harmoni.

"Diharap mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar yang cintakan kedamaian dan keamanan terhadap masyarakat bukan Islam. Tidak patut mereka mengeluarkan kata kesat dan kasar," katanya.

20150418222642Haniza berkata, gereja itu disewa di kawasan kedai komersial yang kurang dihuni penduduk.

"Mereka sengaja mahu mengaibkan saya selaku Adun kawasan yang seakan tidak peka dan sensitif terhadap Islam," katanya.

Katanya, pengajian dan kuliah agama di masjid dan surau sentiasa ada sejak 2008 berbanding sebelum itu.

"Penduduk Islam sangat gembira dan berpuas hati dengan perkembangan ini kerana sebelum itu sukar diadakan majlis ilmu ekoran dakwaan ustaz adalah daripada pembangkang," katanya.-NFN-

Dr M: 1Malaysia 'tiru' idea DAP

Posted: 19 Apr 2015 10:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dr Mahathir Mohamad hari mendakwa 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung meniru slogan Malaysian Malaysia DAP.

Mahathir berkata, slogan 1Malaysia diperkenal untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India selepas diberitahu bahawa golongan itu menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana Dasar Ekonomi Baru.

"Untuk memenangi kembali sokongan mereka Najib perlu ketepikan tindakan afirmatif dan harus dilihat lebih menyokong Cina dan India.

"Dia kurangkan tempat Bumiputera di universiti kerajaan walaupun angkanya di universiti swasta dan kolej berkembar, bumiputera kurang daripada 10 peratus.

"Kontraktor bumiputera dan perniagaan kecil tidak lagi digemari kerajaan. Banyak terpaksa gulung tikar.

"Tanpa banyak kata-kata, dia ambil slogan pembangkang Malaysian Malaysia, tetapi hanya gelarkannya 1Malaysia," katanya.


Penyanyi pamer aksi ghairah

Posted: 19 Apr 2015 09:57 PM PDT


Penyanyi pamer aksi ghairah Pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut didakwa menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki.
 
 
 
MARANG - Pemuda Pas Marang semalam, melahirkan kekesalan terhadap satu penganjuran pertunjukan dikir barat di Pantai Kelulut kerana menampilkan penyanyi perempuan berpakaian seksi bebas menari bersama penonton lelaki.

Ketua Pemuda Pas Marang, Mohamad Aswadi Mohamad berkata, perlakuan tidak senonoh di hadapan umum itu sememangnya boleh dijangka apabila persembahan nyanyian dianjurkan tidak menimbangkan kelebihan manfaat berbanding kesan keburukannya.

"Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya," katanya mengulas mengenai pertunjukan yang didakwa diadakan sempena satu program itu.

Menurutnya, Pemuda Pas Marang juga menerima beberapa keping gambar artis wanita terbabit yang berpakaian tidak senonoh sambil menari bersama seorang penonton lelaki sudah berusia dan ia kelihatan amat memalukan.

"Ia (penyebaran gambar itu) telah meninggalkan kesan sangat memalukan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam apabila kita lihat gadis Melayu Muslim berpakaian tidak senonoh menari bersama penonton lelaki seperti itu," katanya.

Mohamad Aswadi berkata, ketegasan serta keprihatinan pihak berkuasa serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda daripada terus dibanjiri hiburan seperti itu melibatkan artis tanpa sebarang rujukan keteladanan positif.

Tambahnya, pemimpin kerajaan juga perlu tegas menyekat unsur yang boleh merosakkan akhlak generasi muda negara dan Pemuda Pas Marang memohon agar pihak berkuasa terlibat lebih peka dengan sensitiviti umat Islam.

"Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku manakala Pejabat Agama Marang pula perlu lihat kembali Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, terbitan Jakim sejak 2007.

"Namun, sejauh manakah garis panduan ini diberi perhatian dan dirujuk oleh semua agensi dan penganjur program (berkenaan)? Adakah persembahan ini mendapat restu dari Pejabat Agama Marang?," soalnya.

Menurutnya, Pemuda Pas Marang akan membuat kunjungan ke Pejabat Agama Marang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Sinar Harian gagal untuk mengesan penganjur pertunjukan terbabit.


Sistem digital, guru terseksa?

Posted: 19 Apr 2015 09:52 PM PDT


Lok Yim Pheng Lok Yim Pheng
 
 
 
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, heboh orang ramai bercakap mengenai tahap pencapaian pelajar Malaysia yang didakwa masih terkebelakang berbanding negara lain.

Tetapi kualiti pendidikan dijangka lebih terjejas pada masa depan jika tinjauan mengenai tekanan guru yang dilakukan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) diambil kira.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, tinjauan terbaharu NUTP yang dibuat tahun lalu menunjukkan tekanan dihadapi guru di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan pengenalan pelbagai program pendidikan baharu serta penggunaan sistem elektronik (e-sistem) untuk merekodkan segala aktiviti di sekolah.

Menurutnya, keadaan fizikal dan mental guru yang 'letih' akibat beban tugas tambahan ini menyebabkan mereka tidak mampu menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

"NUTP tahun lalu ada minta guru senaraikan beban tugas mereka. Memang tugas masukkan data secara online ini antara yang paling menimbulkan tekanan hebat. E-sistem ini menyebabkan guru menderita," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurutnya, guru terpaksa membazirkan masa berjam-jam sehari untuk mengisi maklumat pelajar dalam pelbagai sistem elektronik berbeza yang diperkenalkan kementerian di bawah program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak 2011.

"E-sistem ini ada berpuluh jenis, (jabatan pendidikan) negeri ada, persekutuan ada, Kementerian Pendidikan ada. Sedangkan data sama (contohnya e-kehadiran, e-salah laku, e-disiplin) yang sudah dimasukkan dalam sistem A, perlu dimasukkan sekali lagi dalam sistem B.

"Disebabkan ini, ada guru yang akhirnya memilih untuk bersara awal kerana tak lagi rasa seronok untuk mengajar seperti dahulu kerana terlalu terbeban dengan tugas memasukkan data ke dalam e-sistem," katanya.

Menurutnya, ada aduan diterima mengenai e-sistem tidak dapat diakses pada waktu puncak sehingga menyebabkan guru terpaksa habiskan masa sehingga jam 2 atau 3 pagi hanya untuk memasukkan data.

"Guru manusia, bukan mesin. Kalau masukkan data sampai jam 3 atau 4 pagi, datang sekolah dalam keadaan mengantuk, macam mana dia nak fokus pada pelajar. Akhirnya kesan kepada pelajar, menjejaskan kualiti pendidikan," katanya.

Yim Pheng berkata, antara penyelesaian masalah ini adalah melantik pembantu guru, iaitu cadangan NUTP yang sudah diluluskan pada 2013 oleh Kementerian Pendidikan namun belum dilaksanakan.

Satu e-sistem tunggal dan berpusat perlu diwujudkan supaya guru tidak perlu berulang kali memasukkan data sama dalam sistem berbeza.

Jangan 'humban' semua program

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), katanya, juga menyebabkan terlalu banyak program baharu diperkenalkan di sekolah dalam masa singkat, menyebabkan tekanan guru bertambah kerana mereka tidak dapat menguasai sesuatu program secukupnya sebelum diarahkan beralih ke program lain.

"Sepatutnya beri jarak masa yang sesuai supaya guru dapat sesuaikan diri dengan sesuatu program dan berehat secukupnya sebelum beralih ke program seterusnya," katanya.

Beliau berkata, walaupun diakui guru tertekan, dasar baharu di bawah PPPM adalah baik untuk pelajar pada masa akan datang kerana menekankan kemahiran berfikir belajar.

Bilangan pelajar juga terlalu ramai menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

"Satu kelas ada sampai 40 hingga 50 murid. Di bawah PBS, seorang guru perlu beri perhatian secara individu kepada pelajar. Itu yang menyebabkan guru tertekan kerana tidak cukup masa," katanya sambil menambah jumlah pelajar yang sewajarnya di bawah PBS adalah 20 hingga 20 orang dalam satu kelas.

Beliau juga berkata, guru perlu menghadiri terlalu banyak mesyuarat sehingga menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kelas.

Katanya, isu itu pernah dibangkitkan dalam laporan NUTP bertajuk 'Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru' pada 2005 yang mengkaji tekanan dalam kalangan guru berkaitan beban kerja tambahan.

Yim Pheng berkata, susulan penerbitan laporan itu, Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa menangani beban kerja guru dan sejak itu, lebih 10 mesyuarat diadakan untuk membincangkan kaedah dan penyelesaian sesuai.

Walaupun terdapat perubahan di peringkat awal laporan itu diterbitkan 10 tahun lalu, semuanya kembali kepada asal kini apabila rungutan diterima daripada guru yang terpaksa hadiri terlalu banyak mesyuarat.

Menurutnya, isu ini boleh diselesaikan jika pengetua atau guru besar sekolah mampu menyelesaikan masalah dengan cekap tanpa memerlukan guru meninggalkan kelas untuk menghadiri mesyuarat.

"Kalau dapat agihkan tugas sama rata kepada semua guru dan kendalikan sekolah secara lebih profesional serta ada strategi, saya rasa kita dapat kurangkan terlalu kerap sangat mesyuarat. Sekarang s ada e-mel, WhatsApp, banyak perkara boleh dapat maklum balas dan bincang (tanpa mesyuarat)," katanya.

Beri cikgu rehat secukupnya

Katanya, tanggapan lapuk guru hanya bekerja separuh hari tidak tepat kerana kajian dibuat NUTP menunjukkan guru bagi sekolah sesi pagi yang hadir ke sekolah pada jam 7 pagi hanya pulang paling awal jam 2 petang malah, ada yang perlu bertugas pada waktu petang atau malam untuk program tambahan atau mesyuarat.

"Pada waktu mereka tidak ada kelas, mereka gunakan masa itu untuk tanda buku, buat persediaan mata pelajaran seterusnya, masukkan data dalam e-sistem.  Sekarang kita ada terima aduan ada sekolah yang ingin memasukkan kelas tambahan dalam jadual tetap guru. Jadi bila guru nak rehat?," katanya.

Katanya, guru juga kurang rehat apabila perlu ke sekolah pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum disebabkan pelbagai aktiviti luar, program tambahan dan mesyuarat.

Selain itu katanya, kajian NUTP mendapati sesetengah guru terutama guru muda mempunyai masalah keyakinan diri semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tidak tahu berkomunikasi dengan ibu bapa serta tiada kemahiran menyelesaikan masalah pelajar di dalam kelas.

"Itu yang kadang-kala timbul isu guru pukul pelajar sampai cedera. Ini semua disebabkan tekanan. Jadi kita cadangkan Kementerian Pendidikan buat kursus psikologi untuk ajar guru imbangi emosi semasa mereka tertekan," katanya.

Selain itu, dasar pendidikan yang kerap berubah punca tekanan guru meningkat, termasuk sistem PBS yang diperkenalkan empat tahun lalu.

Ada sekolah balik kepada budaya peperiksaan apabila diberi kelonggaran adakan ujian bawah PBS.

"Kita cadang kepada kementerian, sekolah mesti hanya ada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Ibu bapa mesti ada keyakinan terhadap sekolah. Jangan bila tiada ujian, ibu bapa kata anak tak belajar. Itu masih terikat mentaliti peperiksaan," katanya.

Katanya, apa yang guru mahukan adalah masa mencukupi dengan anak murid supaya mereka dapat mengembangkan potensi pelajar dan melahirkan modal insan yang baik.

"Saya nampak Timbalan Perdana Menteri (yang juga Menteri Pendidikan) Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup prihatin terhadap beban kerja guru. Tetapi belum ada penyelesaian," katanya.


Berita palsu isu tukar MB‎

Posted: 19 Apr 2015 09:49 PM PDT


Berita palsu isu tukar MB‎ Iskandar (depan) pada Majlis Pecah Tanah Koperasi Muslimat Pas Kawasan Sungai Besar dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Sungai Besar di Pusat Tarbiyah Darussalam.
 
 
 
SABAK BERNAM - Pas Selangor menolak khabar angin kononnya terdapat lima Adun PKR akan keluar parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, berita palsu itu dikhuatiri mengundang banyak kesan buruk kepada rakyat di negeri ini.

Menurutnya, Pas negeri sentiasa mendapat kerjasama baik daripada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, malah semua program kerajaan negeri berjalan lancar.

"Hubungan Pas dan rakan dari PR di negeri ini baik dan tak ada sebab mengapa kita nak tukar menteri besar sekali lagi, malah kami menegaskan tiada ura-ura untuk kita buat (berbincang menubuhkan) kerajaan campuran dengan Umno," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berita palsu itu ditimbulkan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar Pas, Jun depan.

Ditanya apakah tindakan provokasi itu dicetuskan ahli Pas sendiri sempena pemilihan yang sedang dijalankan di peringkat kawasan, Iskandar berkata, beliau tidak menuduh sesiapa kerana tiada bukti, tetapi jika ahli Pas terlibat mereka mestilah dirujuk kepada kepimpinan Pas Pusat.

"Saya tak rasa mereka (ahli Pas) terlibat, mungkin pihak luar, tetapi saya gesa agar berita palsu seperti ini dihentikan segera," katanya.

Terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi menggantikan Mohamed Azmin.

Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan perkara tersebut


Isu GST, 1MDB bakal ‘makan BN’ di Permatang Pauh

Posted: 19 Apr 2015 09:35 PM PDT


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Dr Mohammad Agus
 
 
 
SHAH ALAM - Dalam politik semua boleh berlaku. Dalam konteks Permatang Pauh, kejutan itu mungkin, tetapi sukar.

Demikian respon  penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ketika ditanya keberangkalian BN untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh daripada PKR.

Agus berkata, kenyataannya itu adalah berdasarkan faktor kini yang dilihat tidak memihak kepada BN.

"Isu-isu semasa di Permatang Pauh seperti GST, 1MDB dan isu ekonomi lainnya tidak memihak kepada BN.

"Di samping serangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dipetik sebagai berkata, BN mampu melakar kejutan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sementara ketika ditanya mengenai situasi di PRK  Rompin, Agus berkata, kawasan tersebut terlalu sukar untuk dimenangi Pas.


"Pas sukar menang di Rompin, kawasan tradisi Umno yang dijaga baik oleh Ahli Parlimen sebelum ini. Jika pun Pas boleh capai ialah mengurangkan majoriti BN," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei depan sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, sementara PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Manakala PRKRompin pula diadakan berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih.

Dalam PRU13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.


Pas siasat aduan salah laku pemilihan

Posted: 19 Apr 2015 09:26 PM PDT


Asmuni Awi
 
 
 
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat akan membuka kertas siasatan berhubung laporan salah laku yang dilaporkan berlaku ketika Mesyuarat Pemilihan Pas Kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata,‎ buat masa sekarang pihaknya masih membuka peti aduan dan siasatan hanya akan dilakukan selepas 24 April (Jumaat) ini.

"Antara laporan salah laku yang telah rasmi diterima adalah dari Pas Puchong. Aduan tidak rasmi pula diterima dari Pas Kapar, dan Pas Kuala Selangor. Laporan rasmi akan diterima dari Pas Kuala Langat petang nanti.

"Selain itu kami turut terima aduan rasmi mengenai salah laku dari Pemuda Pas Tumpat di Kelantan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, antara aduan yang diterima termasuk laporan penggunaan borang yang tidak dipatuhi Pas Kawasan, dan nama calon yang sepatutnya bertanding tercicir dari senarai.

"Kesemua ini saya sifatkan sebagai satu perkara yang tidak adil. Mereka (Pas Kawasan yang terlibat) bukannya tidak tahu mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

"... Mereka bukan tak faham peraturan, mereka cuma tidak ikut peraturan yang digariskan," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau turut menggesa Pas kawasan yang mempunyai aduan untuk menghantar laporan selewatnya pada Jumaat itu.

"Aduan hendaklah dihantar secara rasmi kepada kami. Ia bertujuan untuk memudahkan siasatan. Tarikh tutupnya adalah 24 April ini, sebarang aduan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan," katanya lagi.


Panggilan telefon misteri ganggu orang tidur

Posted: 19 Apr 2015 06:21 PM PDT

ELBI ALKHAIR


SUNGAI BESAR - Panggilan telefon dari orang tidak dikenali yang dilakukan pada waktu antara jam tiga hingga jam lima pagi sering mengganggu ramai orang tidur malam sekitar sini.

Panggilan tersebut yang diakukan berkali-kali walau bagaimana pun tidak ada jawapan jika mereka yang menjawab panggilan terdiri dari  kalangan lelaki.

Seorang suri rumah mendakwa, beliau pernah menerima panggilan minggu lalu dan menyangka panggilan tersebut dari adiknya di hospital yang menemani ibunya sedang sakit di sana.

" Apabila saya bertanya siapa nama pemanggilnya , tidak ada suara jawapan tetapi terdengar suara orang lelaki sedang mengerang lucah ", katanya.

Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah yang enggan dinyatakan, memberitahu beliau turut menurut panggilan berkali-kali pada kira-kira jam 5.45 pagi

Katanya, beliau tidak menjawab panggilan tersebut cuma menghantar pesanan ringkas/ SMS bertanyakan nama pemanggilnya, tetapi kemudian diberikan jawapan dalam SMS juga  : Awak ni mak nyak ke x ?.

Beliau turut memberitahu, rakannya  juga pernah menerima panggilan telefon misteri seumpama itu pada masa lalu dan tidak melayannya.

Menurut beliau panggilan misteri tersebut mungkin dilakukan secara rambang oleh pihak tidak bertanggungjawab dan akan mengganggu jika mereka yang dipanggil adalah wanita.

Beliau turut mengingatkan supaya tidak melayan panggilan misteri menggunakan nombor telefon 018-974 8272 dan 017-407 0814 yang dapat dikesan beliau, serta segera membuat aduan polis jika terus diganggu oleh pemanggilnya.


Dua Polis Trafik Pengiring Ahmad Zahid Cedera

Posted: 19 Apr 2015 05:16 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Ahmad Zahid melihat keadaan salah seorang anggota polis trafik, Koperal Ramlan Arifin (kanan) yang cedera dalam kemalangan semasa mengiringi beliau di Butterworth, Pulau Pinang.
 
 
 
BUTTERWORTH: Dua anggota polis trafik cedera dalam kemalangan berhampiran Jalan Arowana di sini ketika mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melakukan lawatan kerja sehari di Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharom Abu berkata Kpl Ramlan Ariffin, 52, dan Kpl Zulkifli Md Desa, 48, dihantar ke Hospital Seberang Jaya, dekat sini untuk rawatan.

Katanya kemalangan pada pukul 9.50 pagi itu menyebabkan semua kenderaan dalam rombongan itu berhenti di tepi lebuh raya dan Ahmad Zahid sendiri turut membantu kedua-dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPT yang cedera itu sehingga ambulans tiba.

Dua anggota trafik itu adalah antara kumpulan anggota trafik yang mengiringi rombongan Ahmad Zahid dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth ke Wisma Transformasi UMNO Permatang Pauh di Tanah Liat dekat sini, katanya.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, seorang anggota pengiring mengarahkan semua kenderaan di laluan susur kiri memperlahankan kenderaan dan berhenti berikutan rombongan berkenaan ingin masuk ke laluan itu untuk ke Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

"Bagaimanapun, sebuah kenderaan pacuan empat roda enggan memperlahankan kenderaannya untuk berhenti, sebaliknya terus memandu laju menyebabkan sebuah motosikal anggota pengiring terpaksa mengelak," katanya.

Baharom berkata motosikal anggota trafik yang mengelak kenderaan itu bergesel dengan sebuah lagi motosikal polis pengiring menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

Beliau berkata kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki itu tidak berhenti, sebaliknya memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

"Kami tidak dapat nombor pendaftaran kenderaan itu," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang nombor pendaftaran kenderaan pacuan empat roda berkenaan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut melawat kedua-dua anggota polis trafik itu di Hospital Seberang Jaya, selepas solat Jumaat.

Ramlan, ketika ditemui pemberita di hospital itu berkata kejadian itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus bertugas sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh nanti.

"Saya tidak ada masalah untuk terus bertugas walaupun mendapat cuti sakit, saya memang berminat. Cuma saya terkilan motosikal saya rosak teruk," katanya.

Menceritakan detik kemalangan itu, Ramlan yang mengalami kecederaan di muka, bahu dan lengan berkata ketika kejadian beliau berada di lorong kiri untuk masuk ke Jalan Arowana manakala rakan setugasnya, Zulkifli berada di hadapan.

"Tiba-tiba kenderaan 4WD dengan laju memotong dari hadapan untuk masuk ke situ juga.

"Zulkifli tidak sempat mengelak, dan saya juga tak sempat elak lalu kami bergesel. Saya nampak lepas kejadian konvoi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhenti dan mereka membantu kami sehingga ambulans tiba," katanya yang memberitahu bahawa Zulkifli patah buku lali kaki kanan.

Beliau berkata kejadian itu adalah yang pertama sepanjang 10 tahun beliau berkhidmat di unit trafik.
 
 

Warga Emas Hilang Ditemui Mati Di Ladang Sawit

Posted: 19 Apr 2015 05:08 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
DUNGUN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang diKampung Tepus pada 2 April lepas, ditemui mati di kawasan ladang sawit milik Ketengah Holding di sini, Ahad.

Mayat Jusoh Abdullah, 79, dijumpai kira-kira 10 pagi tadi oleh pekerja ladang yang melakukan kerja-kerja pembersihan selepas terhidu bau busuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat warga emas itu kira-kira 3 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih daripada seminggu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Jusoh dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun getah miliknya di KampungTepus dengan menaiki basikal.

Ahli Perniagaan Rugi RM100,000 Disamun Enam Lelaki Di Sik

Posted: 19 Apr 2015 05:07 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
SIK: Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM100,000 selepas disamun sekumpulan enam lelaki di rumahnya di Kampung Pinang, Belantik pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata kejadian kira-kira 3pagi itu berlaku ketika ahli perniagaan itu, isteri dan dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan tiga tahun sedang tidur.

"Kita menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira  4.30 pagi.

Siasatan awal mendapati sejumlah RM80,000 wang tunai dilarikan kumpulan suspekitu bersama-sama barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM20,000 serta selaras senapang milik mangsa," katanya di sini.

Mohd Ismail berkata polis menemui peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk ke rumah mangsa serta wang tunai berjumlah RM2,000 yang dipercayai tercicir kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.

Polis turut menemui dua buah kereta Perodua Kancil dan Proton Wira, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

Ketika ditemui kemudian, ahli perniagaan itu Mohd Bokri Majid, 43, berkata beliau dan isterinya, Hamdah Jusoh, 35, masih lagi terkejut selepas terpaksa berdepan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan pisau.

"Saya, isteri dan anak-anak diikat. Tangan kiri saya cedera kerana cuba melawan, malah mereka turut mengugut untuk mencederakan anak-anak saya kerana enggan memberitahu di mana saya simpan wang tunai," katanya.

Menurutnya sebahagian daripada wang yang disamun itu baru sahaja dikeluarkandari bank pada Jumaat lepas untuk digunakan dalam urus niaga minggu ini.

Pelajar Dakwa Dibelasah 30 Senior Sekolah Agama Di Pendang

Posted: 19 Apr 2015 05:05 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Zahari menunjukkan kesan lebam pada anggota badan anak saudaranya Muhammad Ammar Aqil Zainudin yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah agama di Pokok Tai Pendang.
 
 
 
GURUN: Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai,Pendang pada Sabtu.

Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar-pelajar itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua.

Menurutnya beliau sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.

"Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya kepada pemberita di rumahnya pada Ahad.

Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah.

Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi.

Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika melawatnya di asrama.

Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan.

Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di BalaiPolis Gurun kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Tiada ulasan: