Sabtu, 18 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kayuhan protes berbasikal Kita Lawan

Posted: 18 Apr 2015 05:40 AM PDT

MALAYSIAKINI


Peserta protes berbasikal Kita Lawan mula berkumpul berdekatan dengan Dataran Merdeka untuk memulakan kayuan.

Pada jam 4.30 petang ini, kira-kira 15 peserta kelihatan berada di situ bersama-sama dengan basikal masing-masing.

Rata-rata mereka memakai baju warna hitam dengan tulisan merah di depan berbunyi "kita lawan sampai menang".

Turut kelihatan dua kereta peronda polis di seberang Dataran Merdeka untuk memantau keadaan.

Manakala sekitar 10 anggota polis beruniform kelihatan sedang memerhatikan keadaan dari jauh.

Kira-kira jam 4.35 petang, para peserta protes itu kelihatan sedang memakai helmet masing-masing untuk memulakan kayuan.

Turut menyertai kayuan tersebut ialah anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, yang memakai helmet bertulisan 'Kita Lawan'

Ketika ditemui Malaysiakini, Nurul Nuha berkata, kayuhan basikal itu merupakan salah satu cara menunjukkan protes Kita Lawan.

Menurut, beliau menyokong penuh kayuan basikal pada hari ini.

Sementara itu, dua anggota polis. termasuk seorang berpangkat inspektor, kelihatan menghampiri kumpulan tersebut dan bertanya kenapa mereka berada di situ.

Sekretariat Kita Lawan berkata mereka berada di situ untuk melakukan 'exercise'.

Apabila ditanya anggota polis tersebut ke mana hendak pergi, mereka menjawab 'tak tahu nak pergi mana'.

Sementara itu, pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir berkata mereka akan berhenti di Sogo dan KLCC sebelum berpatah balik ke dataran.

Menurutnya, protes tersebut adalah untuk anak muda, supaya cukai ke atas aktiviti sukan dan barangan sukan dihapuskan.

Mereka memulakan kayuan sekitar jam 5 petang dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang.

Malaysiakini menemui inspektor berkenaan untuk bertanya sama ada kumpulan itu melakukan sebarang kesalahan berada di situ.

Beliau menjawab ia bukan satu kesalahan tetapi beliau cuma khuatir sekira mereka tidak memakai peralatan keselamatan diri ketika berbasikal seperti helmet.

"Tak jadi kesalahan untuk berbasikal beramai-ramai," katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak jadi berhenti di Sogo kerana hujan rintik dan meneruskan kayuhan memasuki Jalan Raja Laut menuju ke KLCC.

Dari KLCC mereka menuju ke Bukit Bintang dan berhenti di depan sebuah hotel di sebelah Pavilion, sambil menyanyikan 'buruh tani', rasa sayang, serta melaungkan berulang-ulang slogan 'Tolak GST' dan 'Hidup Rakyat'.

Mereka berhenti berhampiran depan hotel selama 15 minit, dan kelihatan ada yang pergi membeli minuman.

Selepas itu mereka meneruskan kayuhan menghala ke arah Puduraya, sambil mengayuh basikal, mereka melaungkan slogan 'Tolak GST' dan 'Hidup Rakyat'.

Dari Puduraya mereka menghala ke stesen KTM Kuala Lumpur dan tiba semula di dataran Merdeka kira-kira jam 6.20 petang.

Mereka berhenti dan berhimpun di tempat awal tadi sambil menyanyi lagi 'Kita Lawan" bertepuk tangan menandakan kayuhan sudah tamat.

Mereka turut mengibarkan sepanduk berwarna hitam dengan bertulisan 'Kayuh bantah GST, #Kitalawan'.

Sementara, Akmal memberitahu pemberita bahawa kayuhan Kita Lawan merancang untuk mengadakan aktiviti kayuhan basikal di Pahang dan Pulau Pinang masing-masing sempena pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Peserta kayuhan sejauh 13km petang ini bersurai secara aman kira-kira jam 6.35 petang.


Pindaan Akta Hasutan: Rakyat akan hukum ahli parlimen BN

Posted: 18 Apr 2015 05:34 AM PDT

pix for wawancara tony pua DALAM

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir ahli parlimen yang mengkhianati rakyat dengan menyokong pindaan Akta Hasutan minggu lalu akan mendapat pembalasan dalam pilihanraya umum akan datang.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, rakyat Malaysia muak dengan perilaku kerajaan mengenai pelaksanaan akta tersebut, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terang-terangan mengabaikan bantahan disuarakan ahli parlimen pembangkang.

"Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang meluat dengan perilaku kerajaan yang telah melakukan penghinaan terhadap badan perundangan untuk menyatakan bantahan.

"Cara paling berkesan adalah dengan mengenalpasti ahli parlimen yang menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Hasutan.

"Secara khususnya, rakyat Malaysia harus mensasarkan ahli parlimen yang menyokong RUU di kawasan-kawasan di mana mereka menang dengan majoriti tipis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 10 April lalu, pindaan Akta Hasutan diluluskan selepas dibahaskan selama 14 jam dengan kiraan undi 108 daripada BN dan 79 dari Pakatan Rakyat.

Hampir semua wakil rakyat PR hadir di Parlimen bagi membahas dan mendesak pindaan itu tidak diluluskan kerana tidak memberi sebarang manfaat untuk rakyat dan berpotensi disalahgunakan.

Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan, terdapat 11 kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi iaitu Baram, Teluk Intan, Labis, Bentong, Sungai Besar, Kuala Selangor, Beaufort, Machang, Titiwangsa, Pasir Gudang dan Ketereh.

"Satu kempen bersepadu oleh pengundi di kawasan pilihanraya ini dalam masa dua hingga tiga tahun akan menyaksikan Ahli Parlimen tersebut disingkirkan kerana mengkhianati hak demokrasi rakyat Malaysia," tegasnya.

Beliau turut menyenaraikan kawasan dimenangi BN dengan majoriti kurang daripada 2,000 undi, yang berpotensi untuk digantikan pada PRU akan datang.

Kawasan tersebut adalah Kuala Kangsar, Bagan Serai, Arau, Setiawangsa, Balik Pulau, Tebrau, Kulim Bandar Baru dan Sabak Bernam.

"Selain itu, empat Ahli Parlimen lain yang menang dengan majoriti lebih 2,000 undi, tapi akan hilang kerusi itu jika tidak kerana pertandingan tiga atau empat penjuru adalah di Pensiangan, Mas Gading, Ranau dan Tenom.

"Ini adalah 23 ahli parlimen di kerusi marginal yang menyokong secara membuta tuli pindaan zalim Akta Hasutan dan usaha untuk menyingkirkan mereka dari Parlimen pada PRU akan datang bermula hari ini," tegasnya.

Tony turut menyarankan pengundi di kawasan tersebut menulis surat kepada Ahli Parlimen masing-masing dan meminta penjelasan mengapa mereka membenarkan undang-undang yang tidak demokratik dan tidak adil seperti itu diluluskan. – Roketkini.com


Umno Kedah umpama ribut dalam cawan

Posted: 18 Apr 2015 05:27 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Dr Mashitah Ibrahim Datuk Mashitah Ibrahim
 
 
 
ALOR SETAR - Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, situasi yang dihadapi Umno Kedah ketika ini hanyalah umpama 'ribut dalam cawan'.

Beliau berkata, kepimpinan Umno negeri tiada masalah dan berada dalam keadaan amat terkawal di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Cabar mencabar untuk letak jawatan ini mainan lama, sekarang ini kita kena kuatkan diri menghadapi perkara besar. Siapa tidak setuju, dia yang sepatutnya kena letak jawatan, bukan minta orang lain (letak jawatan)," katanya kepada pemberita selepas perasmian Skuad Annur anjuran Biro Agama Pergerakan Wanita Umno Kedah oleh Mukhriz di sini, hari ini.

Menurutnya Umno Kedah sentiasa beri sokongan padu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mukhriz memandangkan kedua-kedua tokoh itu berpengaruh di peringkat negara dan negeri.

"Sokongan kami padu, Mukhriz sangat istimewa dan sangat unik...saya rasa Perdana Menteri tahu," kata Mashitah.

Baru-baru ini, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan perdana menteri. - Bernama

Tiada GST ke atas kompaun saman trafik

Posted: 18 Apr 2015 04:12 AM PDT

Tiada GST ke atas kompaun saman trafik

Orang ramai boleh memilih untuk membuat bayaran di kaunter polis trafik untuk mengelak dari 

dikenakan GST - Foto Fail

 


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  ke atas kompaun saman trafik.

Sebaliknya, GST akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan pembayaran saman secara atas talian oleh syarikat penyedia perkhidmatan, menurut satu kenyataan dari PDRM pada Jumaat.

Justeru, orang ramai boleh memilih untuk membuat  bayaran di kaunter polis trafik untuk mengelak dari dikenakan caj  perkhidmatan dan GST oleh penyedia perkhidmatan bayaran saman secara atas talian.

GST sebanyak 6 peratus mula dilaksanakan pada 1 April lalu adalah bagi menggantikan Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) di Malaysia.

Ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

UMNO Kedah sokong PM dan MB, mahu Mukhriz batal keluar kenyataan

Posted: 18 Apr 2015 04:08 AM PDT

UMNO Kedah sokong PM dan MB, mahu Mukhriz batal keluar kenyataan
Badan Perhubungan UMNO Kedah menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada 
kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar. -Gambar fail
 
 
ALOR SETAR: Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat kenyataan itu turut meminta Mukhriz membatalkan cadangan untuk memberikan kenyataan pada 24 April ini di Kuala Lumpur.

"Mesyuarat juga bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan isu ini kerana kami memahami situasi beliau. Kita bersetuju untuk membatalkan mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah pada 24 April itu," katanya.

Terdahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah mengadakan mesyuarat khas di kediaman rasmi Mukhriz di Seri Mentaloon di sini, yang turut dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN).

Mesyuarat itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir kira-kira dua jam kemudian dan dipengerusikan sendiri oleh Mukhriz, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan itu.

Mukhriz tidak berada di sidang media itu.

Kesemua Ketua Umno Bahagian hadir pada mesyuarat khas hari ini kecuali Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), dan Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu).

ADUN BN yang tidak hadir ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada).

Menurut Ahmad Bashah, mereka yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini kerana berada di luar negara dan telah menghantar wakil masing-masing.

Katanya, mesyuarat khas hari ini juga mengambil ketetapan menghormati pandangan-pandangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan mahukan beliau memberi masa kepada Najib untuk mentadbir negara.


Calon presiden PAS tak semestinya ulama - Khalid Samad

Posted: 18 Apr 2015 02:11 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic




KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata calon kerusi presiden tidak semestinya datang daripada golongan ulama atau mereka yang arif dalam soal mengeluarkan hukum agama.

Sebaliknya ujar beliau apa yang lebih penting adalah memiliki ciri kepimpinan.

Malah beliau mengingatkan perwakilan supaya tidak tersilap memilih pemimpin bagi memastikan agenda parti dapat diteruskan bersama pakatan pembangkang.

"Ketokohan daripada segi keagamaan tidak menjadi satu kemestian untuk jawatan presiden. Jika ada, ia kelebihan dan jika tiada, (pilih) calon yang memiliki ciri kepemimpinan, tapi jangan jahil dalam agama.

"Ustaz Hadi mungkin yang terbaik, tapi muktamar perlu pilih pemimpin atas dasar peranan yang perlu dimainkan.

"Jangan pilih atas dasar siapa yang 'fakeh' (faham agama) kerana kelayakan itu ialah untuk pemilihan Majlis Syura Ulama," katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Ditanya samada Naib Presiden Datuk Husam Musa layak menggantikan Hadi, Khalid berkata Husam mampu mengemudi PAS, sama seperti hadi serta Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Naib Presiden Ahmad Awang.

Beliau berkata, pemilihan kepimpinan PAS setiap dua tahun dilakukan atas dasar samada sudah terlaksana atau tidak matlamat yang ditetapkan pada muktamar terdahulu.

"Sebagai contoh, muktamar dua tahun lalu memutuskan PAS memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, sekarang kita perlu nilai di bawah kepimpinan yang ada, adakah matlamat itu tercapai. Kalau tak tercapai, sepatutnya muktamar kali ini kita tukar (pemimpin), cuba orang lain pula," katanya lagi kepada akhbar itu.

PKR Senarai Pendek Dua Calon Di Permatang Pauh

Posted: 18 Apr 2015 02:01 AM PDT

MALAYSIAKINI
 
 
Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
 
 
BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan parti itu telah menyenarai pendek dua calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei ini.

"Pemilihan calon tersebut juga turut dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi peguamnya dan juga berdasarkan konsensus parti.

"Calon yang dipilih akan diumumkan pada malam 24 April ini," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan pusat operasi parti itu di Taman Samagagah di sini, Sabtu.

Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga beliau atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saya Maafkan Najib Isu Jambatan Bengkok Tapi Bukan 1MDB - Dr M

Posted: 18 Apr 2015 01:55 AM PDT

Oleh: TASHNY SUKUMARAN
 
 
Dr Mahathir Mohamad.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak atas kegagalan projek jambatan bengkok tetapi menegaskan perdana menteri itu perlu mengambil kira wang yang dihilangkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya menulis tentang 1MDB tetapi orang ramai berkata 'Oh, beliau tidak berpuas hati dengan jambatan bengkok dan bukannya 1MDB. Saya tidak menyokong penyingkiran seorang perdana menteri tetapi beliau terlalu takut kepada Singapura untuk membina jambatan bengkok.

"Saya simpati terhadap beliau kerana beliau amat lemah dan tidak membina jambatan tersebut. Oleh itu, saya maafkan beliau - tetapi apabila anda kehilangan wang dan tidak dapat menjelaskan di mana ia berada, saya rasa anda tidak kompeten untuk menjadi perdana menteri," katanya selepas melancarkan 'Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan' anjuran Yayasan
Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Sabtu.

Bekas perdana menteri itu turut menyatakan rasa bimbang terhadap Umno menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Kita berdepan dengan pilihan ini: sama ada anda menyingkirkan seorang perdana menteri yang gagal dan akan menyebabkan Umno kalah pada pilihan raya akan datang atau anda ambil peluang sekiranya beliau undur diri, kita mungkin berpeluang menghidupkan semula Umno," katanya.

Dalam wawancara khas bersama TV3 minggu lalu, Najib berkata serangan Dr Mahathir terhadap beliau mungkin disebabkan perbezaan pendapat di antara mereka mengenai jambatan bengkok dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Peserta protes berbasikal Kita Lawan berhimpun

Posted: 18 Apr 2015 01:45 AM PDT

MALAYSIAKINI


Peserta protes berbasikal Kita Lawan mula berkumpul berdekatan dengan Dataran Merdeka untuk memulakan kayuhan.

Pada jam 4.30 petang ini, kira-kira 15 peserta kelihatan berada di situ bersama-sama dengan basikal masing-masing.

Rata-rata mereka memakai baju warna hitam dengan tulisan merah di depan berbunyi "kita lawan sampai menang".

Turut kelihatan dua kereta peronda polis di seberang Dataran Merdeka untuk memantau keadaan.

Manakala sekitar 10 anggota polis beruniform kelihatan sedang memerhatikan keadaan dari jauh.

Kira-kira jam 4.35 petang, para peserta protes itu kelihatan sedang memakai helmet masing-masing untuk memulakan kayuan.

Hadi sangkal pemilihan PAS dicemari kempen kotor

Posted: 18 Apr 2015 01:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyangkal bahawa proses pemilihan parti itu dicemari kempen kotor.

"Insya-Allah, tak ada, siapa buat kotor tak akan dipilih," kata Hadi apabila ditanya wartawan dalam satu sidang media hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi dua hari lepas memberitahu Malaysiakini bahawa kempen kotor dalam pemilihan parti itu sudah bukan lagi rahsia.

Apabila mendengar soalan wartawan mengenai dakwaan Asmuni Awi itu, Hadi pada mulanya hanya berkata beliau tidak baca berita tersebut.

Namun, apabila wartawan terus bertanya, baru Hadi menyangkal dakwaan itu. 


Pengawal keselamatan maut, pondok pengawal dibakar

Posted: 18 Apr 2015 01:39 AM PDT

SINAR HARIAN


Kes jenayah Kes jenayah
 
 
 
KLANG - Seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok pengawal di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja di sini diserang dan dibakar sekumpulan lelaki, awal pagi tadi. 
    
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26; manakala lima lagi pengawal keselamatan  yang cedera adalah N. Arujunam, 64; Aziz Salim, 56; K. Muniandy, 61; A. Naagendran, 26 dan S.Renganathan, 45.
    
Turut cedera seorang lagi yang dikenal pasti sebagai  S.Kannan, 45.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Zailan Tasir berkata, polis menerima panggilan kira-kira pukul 2 pagi tadi memaklumkan tiga pondok pengawal keselamatan sekitar taman perumahan Bandar Bukit Raja diserang dan dibakar sekumpulan lima lelaki yang tidak dikenali. 
    
Katanya ketika kejadian, Muhammad Ridzhuan yang berasal dari Pulau Pinang sedang bertugas di sebuah pondok di taman perumahan itu manakala kesemua mangsa yang cedera berada di dua pondok berasingan yang terletak berhampiran.
 
"Siasatan awal mendapati dua pondok keselamatan dibakar manakala satu lagi dipecah cermin tingkapnya. Punca kejadian dipercayai berlaku akibat perebutan  kawasan," katanya ketika dihubungi Bernama. 
     
Beliau berkata pihak forensik telah mengambil kesan darah dan tiga cap jari di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati kesemua tiga pondok pengawal baharu didirikan di kawasan itu. 
     
Katanya pengawal keselamatan yang maut terbakar dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat, manakala enam lagi yang cedera sedang menerima rawatan di hospital sama. - Bernama
 
 

BN umum Datuk Hasan Arifin calon PRK Rompin

Posted: 18 Apr 2015 01:36 AM PDT


BN umum Datuk Hasan Arifin calon PRK Rompin Muhyiddin umum Timbalan Ketua Umno Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai calon PRK Parlimen Rompin 5 Mei depan.
 
 
 
ROMPIN - Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis khas yang diadakan di Bandar Muadzam Shah, di sini.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.

Selepas kejadian tersebut, Datuk Hasan Arifin yang merupakan Timbalan Ketua Umno Rompin telah dilantik sebagai pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin.


Tindakan DAP Sarawak tidak beri kesan kepada Pas

Posted: 18 Apr 2015 01:34 AM PDT

SINAR HARIAN

Pas
 
 
 
KUCHING - Tindakan DAP Sarawak keluar dari PR tidak akan memberi apa-apa kesan kepada PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti, malah sebaliknya ia mungkin akan memberi kesan kepada DAP.

Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid berkata, selama ini pun semasa bekerjasama dengan DAP di Sarawak, Pas tidak memenangi mana-mana kawasan pada pilihan raya lepas, sedangkan beberapa kemenangan DAP di Sarawak turut dibantu oleh penyokong Pas.
  
Katanya, Pas Sarawak pula sejak sekian lama mempunyai "Dewan Perhimpunan Penyokong Bukan-Muslim" sebagai salah satu sayap parti yang menyediakan ruang buat golongan bukan Muslim menyertai perjuangannya.

"Apa yang dikhuatiri ialah dengan tindakan DAP memutuskan kerjasama, parti itu mungkin boleh 'tumbang' di beberapa kawasan, " kata Adam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Petrajaya, yang disempurnakan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad.

"DAP amat mendesak dalam soal hudud ini, kita tidak setuju dengan kehendaknya, itulah punca dia tidak bersama kita di Sarawak," kata Adam.

"Kami di Sarawak menyokong hudud yang dibawa oleh pemimpin Kelantan kerana kami tidak mahu tolak hukum Islam ini.

"Kita parti yang menerajui perjuangan Islam ini bukan berkenaan politik sahaja, bahkan kita nak pertahan hukum ALLAH ini untuk diperjuangkan sampai hari kiamat," tambahnya.

Bulan lepas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada PR kerana kecewa dengan tindakan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliau mendakwa Pas menyeleweng dari dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.

Tempoh penggal Dun Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun tahun depan.   

DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi Dun, manakala Pas tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya lalu di Sarawak. - Bernama


‘Dia hubungi kami sebelum, selepas tikam mangsa’

Posted: 18 Apr 2015 01:32 AM PDT


'Dia hubungi kami sebelum, selepas tikam mangsa' Suspek tikam pegawai bank (kanan) ketika dibawa anggota bolis ke balai polis. - Foto Sinar Harian
 
 
 
JOHOR BAHRU - Keluarga suspek kes tikam kakitangan sebuah bank di Taman Molek, di sini mengakui lelaki berkenaan mempunyai masalah mental.

Menurut abang suspek, lelaki itu sempat menghubungi keluarga setengah jam sebelum kejadian dan selepas menikam mangsa.

"Dia ada menghubungi kami selepas kejadian dan ingin bercakap dengan anak saudara buat kali terakhir sebelum talian terputus," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang kakitangan sebuah bank maut ditikam menggunakan pisau oleh pengawal keselamatan yang bertugas di bank berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kakitangan bank ditikam pengawal keselamatan]



'Khalid ambil alih Selangor hanya cerita dongeng'

Posted: 18 Apr 2015 01:30 AM PDT


Azmin Ali Azmin berucap pada majlis pecah tanah & pelancaran rumah di Klang. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
 
 
 
KLANG - [DIKEMASKINI] Khabar angin mengatakan lima Adun PKR akan melompat parti dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dianggap hanya cerita dongeng semata-mata.

Menurut Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, beliau tidak dapat mengiyakan khabar angin tersebut sambil mendakwa ia sebagai propaganda Umno dan BN.

‎"Itu cerita dogeng zaman purba, takkan saya nak mengiyakan cerita itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah dan pelancaran Rumah Selangorku 'Karya Residensi' di Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin mengatakan Adun Pelabuhan Klang itu bakal kembali menerajui Selangor bagi mengganti Azmin susulan lima Adun Selangor dari PKR akan melompat parti.

Perkara itu timbul selepas ada dakwaan mengatakan berlaku satu perjumpaan sulit antara Abdul Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di Jakarta.

Tindakan lima Adun PKR akan mendapat sokongan Pas dan Umno bagi membolehkan Abdul Khalid mendapat majoriti mudah untuk diangkat menjadi menteri besar semula.


Paparan iklan elektronik Shah Alam digodam

Posted: 18 Apr 2015 01:22 AM PDT


Paparan iklan elektronik Shah Alam digodam Salinan paparan iklan elektronik yang tersebar di laman sosial, hari ini
 
 
 
SHAH ALAM - Sebuah paparan iklan elektronik di Shah Alam digodam dengan mesej "Seksyen 13 makan mahal, kapitalis".

Salinan paparan tersebut yang tersebar di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi Whatsapp, dikatakan berlaku selepas timbul rasa tidak puas hati terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan makanan.

Tinjauan Sinar Online di laman Facebook mendapati, kejadian godam tersebut menarik respons positif dan juga mengutuk tindakan tak bertamadun tersebut.


Musuh dalam PAS ditaja?

Posted: 17 Apr 2015 10:32 PM PDT

 
Khalid Samad gelar kumpulan yang pro ulamak dalam Pas sebagai "Geng Juhala".


khalid-samad



PETALING JAYA: Perang dingin dalam PAS semakin terserlah menjelang muktamar dan pemilihan parti itu yang dijadual diadakan pada Jun ini.

Selepas digelar parasit dalam PAS oleh kumpulan pro ulamak, salah seorang pemimpin yang didakwa liberal telah menyerang balik kumpulan itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kumpulan yang menggelarkan diri mereka pro ulamak dalam PAS lebih sesuai dipanggil sebagai "Geng Juhala".

Katanya, gelaran itu kerana sikap jahil mereka yang melabelkan pihak lain dalam parti itu sebagai parasit dalam PAS.

"Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon 'ulamak' dalam muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulamak ini bukan jenis yang 'bisu', tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong," tulis Khalid dalam blognya.

Beliau memberi respon terhadap sebuah buku yang menyenaraikan lapan pemimpin termasuk dirinya sebagai parasit dalam PAS yang dipercayai ditulis oleh penyokong pro ulamak.

Khalid berkata, selain digelar parasit dalam PAS, kumpulan lapan pemimpin itu sebelum ini telah dilabel dengan pelbagai gelaran seperti 'Jebon', 'Anwarinas', 'anti-ulama', 'anti-hudud', 'liberal', dan 'sekular'.

"Dan apa sahaja (gelaran) yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini," tulis Khalid dalam blognya,

Katanya, gelaran parasit itu asalnya digunakan oleh Datuk Dr Hassan Ali untuk melabelkan kumpulan yang menentang rancangannya untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/Barisan Nasional pada 2008 dengan dirinya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dia berkata, mungkin juga pihak yang menggunakan gelaran parasit itu merupakan 'tukang tiru' Zulkifli Nordin yang mencipta gelaran Anwarinas dalam PAS.

"Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah," katanya yang sangsi mana datangnya wang untuk mencetak buku itu.

Lelaki Dan Teman Wanita Ditahan Miliki Tiga Pistol

Posted: 17 Apr 2015 10:28 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Gambar hiasan.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 49 dan 24 tahun yang dipercayai pasangan kekasih, ditahan kerana memiliki tiga pucuk pistol secara haram, dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ampang pada Khamis.

Selain pistol, polis turut menemui cop pengesahan menggunakan nama 'Datuk Azharudin Ahmad' yang kononnya bertugas sebagai pegawai tugas khas kepada Menteri Dalam Negeri, yang sebenarnya tidak wujud, serta kad nama 'Datuk Azharudin Ahmad' yang beralamat di Unit Khas Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Polis turut menemui pas keselamatan Kementerian Dalam Negeri dan pas kerja JPM di Majlis Keselamatan Negara, dalam tangkapan kira-kira 3 petang itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pihaknya mendapat maklumat awam bahawa terdapat individu yang mencurigakan menyamar sebagai 'Datuk' dan menetap di pangsapuri itu.

Beliau berkata polis menyerbu rumah itu dan menahan lelaki dan wanita berkenaan yang mengaku sebagai tuan rumah.

"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau dadah yang dikehendaki polis di Tangkak, Johor.

Pemeriksaan dalam rumah suspek, polis menemui tiga pucuk pistol dalam tiga buah beg hitam tertulis Jabatan Perkhidmatan Awam di bilik berlainan iaitu sepucuk Revolver dan dua pistol automatik di dalam bilik suspek.

"Selain itu, polis juga menemui enam butir peluru beserta 119 bebola besi dalam beg lutsinar serta sebilah pisau panjang. Turut ditemui sepasang gari,"katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya juga menemui kad pengenalan atas nama 'Fadzilah Hashim'. 

"Polis telah menghubungi pihak JPM untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun pas (kerja) itu tidak wujud," katanya.

Beliau berkata suspek kemudian membawa polis ke kawasan parkir bawah tanahdan hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek jenis Kelisa, pihaknya menemui sehelai jaket berwarna hijau jenama Polo tertera tulisan 'Special Forces Gerak Khas KDN'.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan.

Amuk: Pegawai Bank Maut, Rakan Cedera

Posted: 17 Apr 2015 10:26 PM PDT


MSTAR ONLNE
 
 

Seorang pegawai bank terbunuh manakala rakan sekerja cedera akibat ditikam pengawal keselamatan yang mengamuk di sebuah bank di Taman Molek, Johor Baru, petang Jumaat. -fotoBERNAMA

 

JOHOR BARU: Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat ditikam seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba mengamuk di sebuah bank di Taman Molek, di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pelanggan sedang menunggu giliran untuk berurusan di bank itu.

Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 40-an menggunakan pisau untuk menikam pegawai lelaki itu di bahagian leher dan muka sebelum menyerang seorang pegawai wanita.

"Bagaimanapun, wanita itu hanya cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan," kata Abdul Samad kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya suspek yang merupakan warga tempatan sempat ditahan di tempat kejadian susulan tindakan pantas orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

"Polis anggap kes ini selesai kerana sudah berjaya menahan suspek dan senjata yang digunakan juga telah dirampas.

"Soal berapa lama dia (suspek) berkhidmat (sebagai pengawal keselamatan) dan apakah motif dia berbuat demikian, semua itu sedang disiasat dan (rakaman) kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dalam bank akan diambil untuk membantu siasatan," katanya dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 53, semasa kejadian, dia sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan pegawai di kaunter bank berkenaan.

"Semasa saya datang, dia (suspek) sempat beri saya nombor giliran dan kemudian dia berlalu.

"Selepas itu, selang 10 minit saya terdengar bunyi bising di bahagian belakang sebelum pengawal itu datang ke arah kami mundar-mandir sambil memegang pisau. Semua pelanggan yang ada terkejut ketika itu dan terus lari keluar menyelamatkan diri," katanya.

Wong berkata beliau selalu berurusan di bank itu dan tidak pernah melihat suspek sebelum ini.

"Mungkin dia (suspek) masih baru di sini dan dia juga tidak dibekalkan dengan apa-apa senjata api berbanding dengan seorang lagi pengawal keselamatan," katanya.

Zahid, Shafie penentu masa depan Umno

Posted: 17 Apr 2015 10:21 PM PDT




Oleh Habib Mazlan 


Politik Malaysia kini semakin hampir menuju kepada kemelut yang semakin meruncing. Ibarat "bom jangka " kini ia boleh terjadi apa jua yang tidak mampu dijangka oleh rakyat Malaysia sendiri. Hal ini bukan perkara baru yang dapat kita saksikan dalam ketika negara hampir menuju 60 tahun merdeka daripada anasir luar.

Situasi kini lebih menjurus ke mana hala tuju Malaysia sekarang apabila negara digemparkan dengan hebahan kes skandal para peneraju barisan depan negara. Khususnya Umno yang kini bergelut dengan serangan pelbagai pihak baik daripada PR dan Tun Dr Mahathir sendiri yang merupakan bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Serangan Dr Mahathir bukan baru di dalam politik negara. Kita dapat lihat Dr Mahathir sering mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau yang gagal memacu negara mengikut acuan beliau. Apakah sebenarnya yang Dr Mahathir mahu? Terbit di benak akal fikiran rakyat, adakah beliau bercita-cita mengangkat benih beliau sendiri untuk menggantikan tempat beliau?


Sekarang Presiden UMNO adalah Najib yang merupakan dulu pendukung kuat kepada Dr Mahathir dahulu. Apakah Najib kini berani bersilat politik dengan bekas pemimpin beliau? Apa jua silat politik kedua-dua belah pihak, ia bukan menjamin masa depan politik Umno akan kembali stabil dan mampu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang akan datang.

Dalam situasi sekarang, Umno memerlukan pihak ketiga untuk menjadi pendamai di antara kedua-dua pihak yang bertelagah. Baru-baru ini Pemuda Umno jelas menyatakan sokongan penuh kepada Presiden sekarang. Ini adalah satu tindakan yang boleh kita jangka apabila anak kapal mengikut nakhoda kapal. Cuma persoalan yang timbul, kenapa Pemuda Umno tidak menjadi orang tengah untuk menjernihkan keadaan di antara Najib dengan Dr Mahathir?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan 2 pemimpin Umno yang boleh menyelamatkan UMNO. Kenapa dua naib presiden UMNO ini mampu menyelamatkan Umno? Daripada bacaan politik kini, kita dapat lihat Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak begitu agresif dalam mempertahankan Najib. Adakah kerana hubungan rapat beliau dengan Dr Mahathir dan masih menganggap Dr Mahathir sebagai ketua beliau di dalam Umno?

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah dijangka merupakan proksi kuat kepada Najib kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan perdana menteri sekarang. Jadi perlu kita lihat kepada senioriti selepas itu yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Sudah pasti naib presiden Umno yang tinggal adalah Zahid dan Shafie.

Mengapa mereka? Jawapan ia mudah. Umno memerlukan pihak ketiga yang tidak terlibat dengan "politik king " jika mahu menyelamatkan bahtera mereka. Kedua-dua mereka dilihat sebagai berkecuali dalam kemelut politik Umno. Parti itu memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan mampu membuat keputusan. Sekiranya kita lihat, Zahid mempunyai ciri pemimpin yang tegas dan mampu bertindak atas sesuatu kepentingan.

Shafie pula seorang pemimpin yang tidak cepat melatah dalam krisis yang berlaku sekarang. Seperti di awal tadi, jalan keluar kemelut UMNO adalah perlu pihak ketiga dan berkecuali dari polemik politik untuk membetulkan keadaan. Sekiranya Shafie dan Zahid bergabung dalam mewujudkan pihak ketiga, ia mampu menolak unsur nepotisme dan "politik king" di dalam Umno. Keharmonian gabungan Zahid dan Shafie mampu membawa kesepakatan hubungan dalaman politik Umno khususnya. Sudah tiba masa suara Umno perlu diperkukuhkan. Untuk membawa sebuah imej yang baik, ia perlu bermula dari asas dan asas itu adalah kekuatan Jemaah Umno itu sendiri.

Dengan gabungan ini, ia mampu membawa imej baru kepada Malaysia sekiranya ia BN terus memerintah. Sabah dan Sarawak perlu mendapat layanan seperti Semenanjung Malaysia. Hasil bumi yang banyak di sana perlu digunakan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Di samping ruang yang masih banyak boleh diterokai, Malaysia Baru mesti direalisasikan.

Malaysia Baru merupakan wacana yang boleh menyelamatkan Malaysia. Dalam membawa perubahan kita perlu libatkan semua pihak selagi ia rakyat Malaysia, ia perlu bersama mendukung agenda memperkukuhkan negara sendiri. Kepentingan Sabah dan Sarawak itu perlu di optimumkan untuk membuka peluang-peluang baru untuk Malaysia dan mengukuhkan ekonomi dan sosio budaya di antara dua tanah besar negara. Kita perlu memandang ke hadapan agar kedua-dua tanah besar ini digabungkan di bawah satu ikatan kenegaraan.

Zahid dan Shafie merupakan pemimpin yang mampu mendukung Malaysia Baru. Perlu kita meletakkan pemimpin di antara 2 tanah besar untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Daripada kestabilan ini, ia mampu membawa perubahan kepada negara baik dari segi ekonomi juga sosio budaya. Rakyat sudah letih dengan amalan politik lapuk kekeluargaan yang semakin mual. Sudah tiba masanya kita menuju kepada keharmonian dan melibatkan semua pihak bersama.

Perlu kita lihat, Zahid dan Shafie mendapat undian tertinggi bagi jawatan Naib Presiden di dalam Pemilihan Umno lepas. Mereka merupakan tokoh yang disenangi oleh akar umbi. Mereka ada sokongan yang kuat di akar umbi dan tidak ada masalah untuk mereka jika mereka mahu membawa pembaharuan. Amalan politik berkasta tidak lagi relevan dalam keadaan sekarang. Isu jelas, kita perlukan pemimpin yang mampu membawa kepada kestabilan dan keharmonian kerana di kala ekonomi yang tidak dijangka, ia mampu mendorong kepada kesan yang tidak dijangka.

Justeru itu komposisi kedua tokoh ini dipilih bukan semata kerana mereka kuat di akar umbi tetapi ia boleh jadi pihak yang berkecuali untuk menyelesaikan kerumitan yang timbul di dalam Umno yang menjadi ketua kepada Barisan Nasional. Apabila parti yang memerintah kerajaan punyai masalah dalaman, ia akan menyebabkan kesan pemerintahan yang lopong dan lemah.
-: http://www.themalaysianinsider.com

Layanan Pak Lah lebih baik

Posted: 17 Apr 2015 10:18 PM PDT

 
Ketika menjadi Perdana Menteri, Pak Lah masih menegur Tun Dr Mahathir walaupun teruk dikritik


Shahbudin-Husin_najib_600


PETALING JAYA : Layanan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas Tun Dr Mahathir, selepas dikritik dikatakan lebih teruk berbanding dengan Tun Abdullah Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Menurut bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin, paling tidak penggantinya itu masih bertegur sapa dengan Dr. Mahathir.

"Setidak-tidaknya Pak Lah tidak pernah sampai tergamak tidak mahu bertegur sapa dengan Tun Mahathir," katanya dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com

Katanya, pada pandangan umum, ketika Dr Mahathir cuba dikaitkan dengan Jambatan Bengkok, Najib sebaliknya dianggap mempunyai "hati yang bengkok".

Menurut Shahbudin, tindakan Najib membangkitkan semula isu pembinaan Jambatan Bengkok telah memalukan diri sendiri.

"Ini kerana melalui penjelasan Tun Dr Mahathir itu, beliau dianggap pemungkir janji, sanggup memberi alasan yang tidak dapat dibuktikan dan kemudian melayan bekas Perdana Menteri yang disanjung dunia itu secara tidak wajar, iaitu tidak menegur sapanya selama enam bulan," tulisnya.

Tambahnya, Najib juga tidak sedar bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sendiri pada tahun 2010 juga pernah menyuarakan hasrat supaya dibina semula jambatan itu untuk kepentingan negeri dan rakyat Johor.

GST jejas kesihatan warga emas

Posted: 17 Apr 2015 10:16 PM PDT

 
GST menyebabkan warga emas tidak mampu membeli lampin dewasa dan ubat-ubatan dan mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan.


izzah


PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan warga emas.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, GST telah menyebabkan kuasa beli golongan itu menurun mendadak kerana lampin dewasa turut dikenakan GST.

Malah, katanya, tidak semua ubat-ubatan bebas GST dan ini mendorong warga emas mengurangkan perbelanjaan sekali gus membebankan mereka yang kurang mampu.

"Majoriti warga emas yang saya temui mengeluh tentang kenaikan harga barang disebabkan oleh GST ini.

"Jelas, impak GST ini adalah lebih besar ke atas golongan yang berpendapatan rendah berbanding dengan golongan mahakaya, yang menunjukkan kegagalan kerajaan untuk memastikan rejim cukai yang baru ini sebagai rejim cukai yang progresif," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai menambah, golongan warga emas paling terkesan akibat GST kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan tiada pekerjaan untuk menangung kos kehidupan harian.

Katanya, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah membuktikan harga barangan meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga dicadangkan kerajaan selepas GST.

Justeru, Nurul Izzah mendesak kerajaan segera membatalkan GST kerana terbukti ia membebankan rakyat.

Mungkinkah agama dan kaum sekali lagi membunuh harapan perubahan?

Posted: 17 Apr 2015 10:11 PM PDT

act8

Oleh LIEW CHIN TONG 


Julai 2015 menandakan genap 60 tahun Umno berkuasa sejak memenangi pilihanraya untuk berkerajaan sendiri yang dikendalikan oleh pihak British pada tahun 1955. Ia memegang rekod dunia sebagai kerajaan dilantik yang paling lama memerintah tanpa pernah diganti.

Di samping menggunakan kekuasaan yang disandangnya itu untuk melukis semula garis sempadan kawasan pilihanraya, mengedarkan sumbangan untuk membeli sokongan sambil mengagihkan bantuan ekonomi, alatan mandiri Umno turut termasuk manipulasi sentimen perkauman ketika berlaku krisis, memecahbelah pihak lawan, dan membuat tangkapan beramai-ramai demi memaksimakan faktor ketakutan, seperti yang dapat dilihat pada tahun 1987 dan 2001.

Pergolakan 1987

Pada bulan April 1987, Dr Mahathir Mohamad berhadapan krisis kepimpinan di dalam Umno. Pun begitu beliau berjaya memenangi jawatan presiden, menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah, walaupun dengan majoriti tipis 43 undi. Perpecahan Team A dan Team B tidak berakhir dengan pemilihan Umno.

Anggota Kabinet Team B, termasuk Abdullah Badawi, telah dipecat serta merta namun ia tidak menghalang kempen dalaman yang begitu hebat untuk melengser Dr Mahathir. Para pemerhati percaya bahawa Dr Mahathir tidak akan dapat bertahan dalam pemilihan parti seterusnya dalam masa tiga tahun kemudian.

Menjelang September 1987, sebuah kebimbangan kecil melibatkan pendidikan Cina – penghantaran guru yang tidak menerima pendidikan Cina ke sekolah-sekolah Cina – telah memuncak menjadi sebuah konfrontasi perkauman. Pemuda Umno di bawah kepimpinan Najib Razak, telah mengugut untuk mengadakan sebuah rapat raksasa seramai 500,000 orang di Kuala Lumpur pada 1 November.
Pada 18 Oktober, seorang prebet tentera bernama Adam Jaafar telah mengamuk di Jalan Chow Kit – tapak penting pertembungan kaum 13 Mei 1969. Adam telah melepaskan tembakan rambang, membunuh seorang mangsa apabila peluru yang ditembaknya melantun.

Satu minggu kemudian, 106 orang ahli politik berprofil tinggi, aktivis, ahli akademik dan pengamal media telah ditahan. Pada tarikh 27 Oktober itu, mereka ditahan tanpa bicara di bahawa undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada penentang dari luar yang paling dinamik, termasuk Ketua Pembangkang ketika itu Saudara Lim Kit Siang, semuanya disumbat ke penjara. Pada masa yang sama, para pengkritik Dr Mahathir di dalam Umno terus gerun membatu.
Pada bulan Februari 1988, Umno diisytihar haram oleh Mahkamah Tinggi, berdasarkan cadangan yang dibuat oleh peguam-peguam yang mewakili Umno.

Dr Mahathir pun menubuhkan sebuah parti baru dinamakan 'Umno Baru' yang meminggirkan para ahli yang tidak dikehendaki dari kalangan Team B lantas memaksa pasukan Tengku Razaleigh di Team B untuk menubuhkan parti Semangat 46.

Perlahan-lahan Dr Mahathir mengembalikan kedudukan dan apa yang dihilangnya sebelum ini. Pilihanraya Umum 1990 jelas sukar bagi Dr Mahathir dan Barisan Nasional namun pada waktu itu beliau sudah tidak lagi mempunyai ramai lawan yang kredibel untuk ditangani. BN mengekalkan majoriti dua pertiga.

Dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, Dr Mahathir muncul sebagai pemimpin yang popular dan berkeyakinan tinggi pada awal dekad 90'an. Kembalinya Dr Mahathir dengan begitu bergaya serta dominasinya berkekalan sehingga awal 1997 apabila krisis ekonomi Asis turut memberi kesan kepada negara.

Reformasi 1998

Timbalannya Anwar Ibrahim telah bekerja keras untuk menyelesaikan krisis tersebut namun telah dilihat sebagai pencabar utama Perdana Menteri. Seruan reformasinya tidak disenangi Mahathir. Pada September 1998, Anwar dipecat daripada kerajaan dan juga Umno, sebelum akhirnya dipenjarakan.
Walaupun lebih separuh pengundi Melayu tidak mengundi kerajaan demi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang ketika itu dipenjara, kempen BN terhadap PAS dan cadangan hudud serta negara Islam lah yang telah menyemai kerisauan di kalangan pengundi bukan-Melayu ketika pilihanraya pada November 1999 itu. Justeru BN sekali lagi berjaya kekal berkuasa, dengan majoriti dua pertiga yang tidak tergugat, walaupun berhadapan pakatan pembangkang yang bersatu di bawah nama Barisan Alternatif.

Mungkin ada yang terfikir bahawa Dr Mahathir tidak akan dapat bertahan sekali lagi, terutamanya apabila sahamnya jatuh setelah kekalahan calon BN di pilihanraya kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000. Saifuddin Nasution dari Parti KeADILan mengejutkan negara apabila beliau memenangi kerusi berbilang kaum yang disandang BN itu. Ia mengejutkan Umno dan BN. Komposisi etnik di Lunas menjadi cerminan negara.

Maka selepas pilihanraya kecil terbabit, Pemuda Umno di bawah Hishammuddin Hussein merancakkan serangan terhadap kumpulan perayu pilihanraya yang mewakili persatuan etnik Cina Suqiu, yang akhirnya mengakibatkan kumpulan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian damai pada 5 Januari 2001 bersama Pemuda Umno untuk menarik balik cadangan mereka.

Sentimen perkauman semakin menjadi-jadi. Perhimpunan perpaduan Melayu turut berlangsung.
Pun begitu apabila sebuah perhimpunan dirancang untuk memperingati pemenjaraan Anwar pada 14 April 1999, pihak kerajaan telah menahan 10 orang aktivis berprofil tinggi, termasuk Raja Petra Kamaruddin, Hishammuddin Rais, Tian Chua, Saari Sungib dan Ezam Mohd Noor, beberapa hari sebelum acara itu berlangsung. Enam daripadanya ditahan selama dua tahun di bawah ISA.

Apa yang menarik, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu yang juga Menteri Dalam Negeri pada mulanya mendakwa bahawa beliau langsung tidak tahu menahu mengenai tangkapan polis di bawah ISA, walaupun beliau lah yang menandatangani perintah tahanan selepas tempoh tahanan awal 60 hari.

Saya cenderung untuk percaya kepada Abdullah. Senario yang paling mungkin ialah arahan tangkapan diberikan terus oleh Dr Mahathir, barangkali tanpa memaklumkan langsung Menteri Dalam Negeri.

Kerajaan mendakwa bahawa aktivis KeADILAN merancang protes ganas bagi menggulingkan kerajaan, serta cuba mendapatkan senjata dan bahan letupan. Dakwaan ini langsung tidak dibuktikan.

Krisis 2001

Pada 28 Mei 2001, MCA telah membeli dua akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau dan China Press, melalui cabang pelaburannya.

Sejak sekitar bulan Jun, isu Negara Islam menjadi topik perdebatan hangat di media dengan lidah rasmi Umno Utusan Malaysia menggesa PAS berpisah daripada rakan-rakan Barisan Alternatif sementara MCA, Gerakan dan media serta akhbar Cina menekan DAP untuk berpisah dengan PAS. Apabila PAS berkeras dengan agenda Negara Islam, DAP meninggalkan pakatan tersebut pada 22 September 2001.

Pada bulan Julai 2001, sebuah kumpulan militan Al-Maunah yang kemudiannya didakwa di mahkamah kerana 'melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong' telah ditangkap. 'Terorisme Islam' telah hadir untuk mengancam Malaysia, dakwa mereka.

Pada 29 September 2001, Dr Mahathir membalikkan keadaan kepada PAS dan mengisytiharkan bahawa Malaysia sudah pun merupakan sebuah Negara Islam!

PAS kemudiannya melalui perdebatan dalaman untuk memutuskan sama ada sebuah negara Islam harus bersifat demokratik atau kuno. Pihak konservatif dalam PAS diketuai Haron Din, dengan sokongan Hadi Awang telah memenangi perdebatan itu dengan terbitnya Dokumen Negara Islam pada bulan November 2003.

Menjelang awal 2002, Dr Mahathir telah kembali menjadi pemimpin yang berkeyakinan dan telah berjaya mengumpul semula segala kerugiannya. Beliau mengumumkan peletakan jawatannya pada 22 Jun 2002, walaupun secara rasminya meletakkan jawatan 16 bulan kemudian pada 31 Oktober 2003. Kebetulan, presiden PAS yang moderat, Fadzil Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002, sehari selepas peletakan jawatan penuh drama oleh Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Umno.

Adakah ia akan berulang kembali?

Lebih satu dekad kemudian, hari ini, kita boleh bertanya, adakah Najib Razak sedang cuba mengulang kembali apa yang dibuat oleh gurunya?

Petanda-petandanya sudah kelihatan. Baji hudud dan retak yang menanti belah dalam Pakatan Rakyat, serta meningkatnya kembali sentimen perkauman, militan ekstremis IS, dan apa yang disebut sebagai ISA baru di bawah nama Akta Pencegahan Keganasan (POTA). Dan semua ini berlaku ketika Umno sedang berhadapan pergelutan dalaman yang begitu hebat, termasuk serangan-serangan Mahathir terhadap Najib.

Adakah kita rakyat Malaysia akan membenarkan sejarah, yang telah menjadi tragedi dan sandiwara, untuk kembali berulang semula?

*Petikan daripada ucapan di forum Malaysian Progressives in Australia "Can we depart from race politics?" di Melbourne pada 6 April 2015.


Berita Cuepacs : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 35% dan Gaji Minimum RM1,200. 400,000 Masih Lagi Gaji RM802 Sebulan?

Posted: 17 Apr 2015 10:00 PM PDT




Berita Cuepacs : Kenaikan Gaji Naik kakitangan 35% dan Gaji Minimum RM1,200. 400,000 Masih Lagi  : Berita terkini yang Berita Semasa terima, Cuepacs masih menaruh harapan yangt inggi mahukan kalangan penjawat awam di Malaysia terutamanya kalangan 400,000 yang masih menerima gaji di bawah RM805 sebulan dibela.

KLIK SINI : Tanggungan Kenaikan Gaji Naik 1.6 Juta Kakitangan Awam dan Pembayaran Pencen Penjawat Awam Punca GST Dilaksanakan! Apa Kata Anda?

gaji kakitangan awam


Kelompok 400,000 kakitangan awam ini adalah kalangan yang merupakan menerima pembayaran gaji kurang daripada RM900 sebulan ini adalah apembantu am dan juga pemandu yang bekerja di sektor awam melalui keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dahulu yang mana anda boleh semak butiran di koleksi yang Berita Semasa kongsikan di bahagian atas.

Cuepacs memandangan isu kebajikan dikalangan 400,000 kakitangan kerajaan ini adalah sesuatu yang serius memandangkan gaji sekitar RM800++ sebulan adalah tidak munasabah di era hari ini di kala lonjakan kos harga barang dek kerana GST, kos kesihatan meningkat, harga rumah meningkat, kos pendidikan juga meningkat dan lain-lain tetapi malangnya gaji penjawat awam masih di takuk lama.

 

Tuntutan Cuepacs : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Gaji Minimum!

Oleh itu, tuntutan Cuepacs dilihat jelas mahukan kerajaan memebrikan tawaran kenaikan gaji naik bagi kakitangan awam sebanyak 35% sekaligus gaji kelompok pelaksana di peringkat bawah melepasi gaji minimum yang mereka tetapkan iaitu RM1,200 sebulan. Setuju? Apa kata anda pula mengenai tuntutan Cuepacs kali ini?


Sampai Menziarah Ibu Meninggal Pun, Gari Di Tangan Tidak Dibukakan...

Posted: 17 Apr 2015 09:58 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
 
Suasana hiba mengiringi majlis pengebumian ibu kepada Orang Kena Zalim (OKZ), Ismail SM Kadir hari ini.

Ramlah Abdul Karim, 80, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang semalam akibat sakit tua.

Ismail yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan berhubung demonstrasi ketika krisis rampasan kuasa di Perak tahun 2009 itu dibenarkan melawat serta memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum ibunya itu.

Ismail dibawa oleh pihak pegawai Penjara Tapah dalam keadaan bergari serta berpakaian serba merah menaiki sebuah van.

Kehadirannya disambut dengan penuh hiba dan sedih oleh isteri dan anak-anaknya yang ternyata sangat merinduinya.

Sebaik sahaja keluar dari van, Ismail dipeluk oleh isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Dia disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh hadirin yang bersama-sama membantu menguruskan jenazah di samping datang memberi sokongan moral kepadanya.

Ismail tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah ibu tercinta kerana tidak berkesempatan bersama ketika masa-masa terakhir almarhum.

Sebelum dibawa pulang kembali ke penjara, Ismail berkesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah ibunya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bawa saya ke sini.

"Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan usaha anda semua," katanya.

Dia berharap semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan kesemua 12 OKZ yang kini dipenjara.

Tambahnya, semua pihak perlu terus berjuang memartabatkan Islam dan mengangkat prinsip keadilan di dalam negara ini.

"Perjuangan Islam ini tidak ada henti sampai hari kiamat, teruskan perjuangan.

"Sama-sama kita berjuang mencari keredhaan Allah untuk menegakkan kalimah Allah, untuk menyelamat ummah yang tak faham-faham lagi.

"Kita bukan pengganas, kita nak menyelamatkan ummah dengan kita bawa perJuangan yang dibawa oleh Rasulullah," pesannya.

Turut hadir dalam majlis pengebumian itu termasuklah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. -HD



ULASAN GB

Zalimnya sampai menziarahi ibu yang telah meninggal dunia pun gari di tangan tidak dibukakan. Persislah beliau seorang penjenayah besar sehingga dilayan sedemikian rupa. Bagaimanakah beliau hendak berwudhu dan solat jenazah dengan keadaan tangannya bergari?

Mana menteri KDN? mana KPN?

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... 
 
 

Tiada ulasan: