Jumaat, 17 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


150 rumah setinggan di Bukit Malut terbakar

Posted: 17 Apr 2015 06:04 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
ALOR SETAR: Kira-kira 150 buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Kebakaran kira-kira pukul 1.15 petang tadi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dari salah sebuah rumah setinggan tersebut yang merebak ke rumah berdekatan.
 
Angin kuat dan cuaca panas menyebabkan api marak begitu cepat sehingga ada penduduk yang tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan barangan mereka.
 
Menurut pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),  Nur Hafizah Mohamad Lukman, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.29 petang  sebelum bergegas ke lokasi kira-kira 1.40 petang.
 
Pihaknya dengan kekuatan 36 anggota dan empat jentera berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 3 petang tadi.
 
Menurut  Hafizah, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat ditafsirkan.
 
Beliau berkata jumlah rumah yang terlibat besar disebabkan kedudukan rumah yang terletak rapat antara satu sama lain.
 
Ini kejadian kedua yang membabitkan perkampungan nelayan itu. Dalam kejadian 2010 lalu, lebih tujuh puluh buah rumah dilaporkan musnah.
 
 

KitaLawan: Jom berbasikal keliling K.Lumpur 18 April

Posted: 17 Apr 2015 05:58 AM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM,: Gerakan Kita Lawan akan turun ke jalanan (18 April) Sabtu ini, dengan berbasikal di sekitar Kuala Lumpur.

Sekretariatnya, Akmal Nasir berkata taktik berbasikal itu ditukar ekoran sebelum ini gerakannya ditangkap kerana berkumpul.

Kita-Lawan

"Sebelum ini, kami berkumpul kemudian ditangkap di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Oleh itu, kami menukar taktik dengan berbasikal pula," katanya pada forum Black14: dari Reformasi ke #KitaLawan di bangunan Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

Beliau berkata gimik itu menjadi kaedah demonstrasi terbaru #KitaLawan dan yakin ia tidak melanggar undang-undang Akta Perhimpunan Aman.

"Kita belum pernah protes secara berbasikal. Tak menjadi kesalahan, kerana dari segi undang-undang tidak ada akta melarang orang awam berbasikal," kata Pengarah Strategi AMK PKR itu.

Akmal berkata protes berbasikal itu bermula dari Dataran Merdeka di Jalan Raja Laut ke KLCC dan tempat lain dan butiran lanjut diumumkan kelak.

Pada 2008, polis menahan beberapa aktivis mengambil bahagian dalam kempen Rangkaian Rakyat Tertindas (JERIT) berbasikal ke seluruh Semenanjung menegakkan hak pekerja.

Kumpulan aktivis berbasikal beramai-ramai di jalan sibuk di bandaraya menuntut hak berkongsi ruang di jalan raya.

"Jadi protes berbasikal itu bukan sesuatu baru di Kuala Lumpur atau Malaysia," katanya.

Panelis lain dalam forum malam tadi ialah aktivis Abdul Malek Husin, Peguam Michelle Yesudas dari Lawyer For Liberty (LFL) dan Editor The Malaysian Insider (TMI), Amin Iskandar.EZY



Keluarga tahanan kes rampasan kuasa Perak terima bantuan

Posted: 17 Apr 2015 05:54 AM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Keluarga mangsa yang dipenjara 10 bulan ekoran terlibat dalam perhimpunan membantah 'rampasan kuasa' Perak 2009 mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengunjungi keluarga Bad Latif Mansor, yang diwakili isteri beliau, Nashita Md Noor.

11156314_1001953639823633_4114694150951503453_nIskandar hadir sambil ditemani Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada keluarga Bad Latif.


Nashita ketika dihubungi terharu dengan keprihatinan Iskandar selaku wakil Kerajaan Selangor dan rombongan menziarahi keluarga sambil bertanya mengenai perkembangan semasa suami beliau.

"Kami merasa bertuah dan lega kerana nasib kami yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memenjarakan suami kami mendapat perhatian dan pembelaan dari wakil pimpinan Selangor dan juga ramai yang lain lagi.

"Ini menambahkan kekuatan kami untuk terus tabah dan kuat dan menyambung perjuangan suami kami," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau turut memaklumkan rombongan Iskandar turut menziarahi keluarga Shidahtul Sabtu, isteri kepada Zulhaizam Zulkifli di Pandan Indah dan menyerah sumbangan sama.

Ketika ditanya mengenai perkembangan suaminya beliau memaklumkan mereka semua sihat dan masih kuat untuk meneruskan perjuangan.

Bad Latif bersama 11 yang lain dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan bermula 18 Mac lalu.
Beliau turut memaklumkan 10 dari 12 orang tahanan dipindahkan ke Penjara Tapah.

Sejak ditahan, beliau hanya berkesempatan menziarahi suami tercinta sebanyak dua kali.

"Insya Allah Ahad ini kami dibenarkan melawat suami. Penjara menetapkan keluarga boleh melawat mereka sebulan sekali," katanya lagi.EZY


33 rumah ibadat bukan Islam terima peruntukan RM363,700

Posted: 17 Apr 2015 05:52 AM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Kebajikan rumah ibadat bukan Islam di Selangor terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri melalui peruntukan kewangan kepada institusi itu.

Terbaru, Kerajaan Selangor menyerahkan cek sejumlah RM363,700 kepada 33 rumah ibadat Cina (tokong) untuk fasa pertama bagi pelaksanaan proses baik pulih dan kebajikan persatuan.

YB Teng sampaikan cek sumbangan kepada pengerusi persatuan tokong (3)

Majlis penyerahan cek disempurnakan Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Sementara itu, Teng berkata sumbangan itu sebahagian peruntukan tahunan kepada rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM6 juta.

Katanya peruntukan tahunan itu ditingkatkan dua kali ganda mengatasi jumlah peruntukan sebelum ini iaitu RM3 juta.

"Untuk tahun ini, peruntukan diberikan kepada rumah ibadat mengikut peratusan penduduk di Selangor.

"Pemohon hendaklah mematuhi peraturan permohonan dengan mengisi borang yang disediakan dan kita buat pemilihan kepada keperluan sesebuah persatuan itu," katanya.

Katanya bantuan ditawarkan itu menerima sambutan menggalakkan dari rumah ibadat bukan Islam seluruh negeri berikutan mendapat liputan meluas di media massa.

"Bagaimanapun, setiap persatuan layak memohon sekali sahaja dalam tempoh tahun sama untuk mendapatkan bantuan.

"Sekiranya mereka ingin memohon lagi (bantuan), mereka perlu tunggu tahun berikutnya," katanya lagi.EZY


KWSP: Naik Kadar Dividen Jika Mahu Lanjut Had Umur Pengeluaran

Posted: 17 Apr 2015 05:37 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang senator mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menaikkan kadar dividen kepada pencarum jika mahu melanjutkan had umur pengeluaran simpanan kepada 60 tahun.

Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata pencarum KWSP harus mendapat pulangan lebih tinggi sekiranya mereka memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka pada umur melebihi 55 tahun. 

"Terserah kepada mereka umur mana yang nak buat pengeluaran, umur 55 atau pun nak tunggu sampai 60 tahun, tapi (dengan) syarat perlu dapatkan tambahan dividen apabila mencapai umur 60 tahun," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak berkata KWSP seharusnya melakukan kajian terlebih dahulu, sebelum mencadangkan sesuatu yang menyentuh kepentingan pencarum.

Katanya had umur pengeluaran caruman KWSP yang ditetapkan pada umur 55 tahun pada masa ini, sebenarnya sudah cukup relevan.

Megat Zulkarnain berkata soal bagaimana pencarum mahu membelanjakan wang yang dikeluarkan daripada akaun KWSP itu adalah hak mereka. 

"Terserah kepada mereka sama ada mahu menghabiskan simpanan mereka dengan cepat ataupun tidak, kerana itu hak mereka. Mereka perlu tanggung risiko sendiri kerana mereka memilih untuk membelanjakannya dalam kuantiti yang banyak," katanya. 

Minggu lepas, KWSP dilaporkan sedia mempertimbangkan penyelarasan had pengeluaran simpanan kepada umur 60 tahun berbanding 55 tahun ketika ini yang mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak.

Pada 7 Februari lepas, KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.75 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. 


Cadangan Calon BN PRK Rompin, Permatang Pauh Nama Sama

Posted: 17 Apr 2015 05:32 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Hasan (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Umno Bahagian Rompin di Pejabat Umno Bahagian Rompin pada Ahad lalu. -foto BERNAMA
 
 
 
ROMPIN: Hasan ialah nama yang disebut-sebut untuk menjadi calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh Mei ini.

Sebagaimana di Permatang Pauh, Pengarah Biro Tata Negara Hasan Mohamad antara nama yang banyak disebut sebagai bakal calon untuk PRK 7 Mei, di Rompin, Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin ialah antara nama yang disebut-sebut untuk PRK Rompin pada 5 Mei.
Nama lain ialah Ketua Pemuda Umno Rompin Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Selepas kematian anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas, nama Hasan paling kuat kedengaran dicadangkan sebagai calon di kawasan parlimen yang mempunyai keluasan 5,390.2 kilometer persegi itu.

Dalam usianya yang mencecah hampir 56 tahun, Hasan bukanlah calang-calang orang dalam bidang politik di Pahang kerana beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999.

Semasa memegang jawatan timbalan menteri besar Pahang, antara peranannya yang menyerlah dan dikenang ialah menjadi orang yang bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng, antara nadi kegiatan ekonomi Pahang pada waktu ini.

Hasan yang dilahirkan di Kampung Ayau, Leban Chondong, juga antara orang penting yang memainkan peranan memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Bagi penduduk Rompin mahupun Pahang, Hasan dikenali melalui jasa dan sumbangan sejak menyertai Umno pada tahun 1976.

Bermula dengan menjadi anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan pada 1978, Hasan kemudian menjadi Ketua Pemuda Umno bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin, memegang jawatan yang sama pada  1986.

Melihat kepada kredebiliti yang ditunjukkan, Hasan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui Umno Bahagian Rompin pada 1990-2004 selain pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan anggota Exco kerajaan negeri.

Beliau juga pernah menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan ahli Lembaga Pengarah Felda.

Maka tidak hairan jika Hasan menjadi pilihan masyarakat setempat kerana beliau dilaporkan mudah didekati rakyat dan dikenali penduduk Rompin tanpa mengira usia.

Umno Bahagian Rompin dilihat senada dengan cakap-cakap dalam kalangan khalayak dengan secara berkias menyatakan mereka menolak calon luar.

Bagaimanpun selain Hasan, Mohamad Sahfri turut disebut sejak kebelakangan ini dan ia dikuatkan lagi dengan catatan Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang membayangkan beliau menjadi pilihan pucuk pimpinan pusat.

"Nama yang dihantar berpengalaman luas, anak peneroka Felda, anak tempatan, latar belakang agama dan pemimpin kanan Pemuda Umno," paparan yang jelas membayangkan Mohamad Sahfri.

Beliau kini merupakan Penolong Setiausaha Pemuda Umno, pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam selama dua penggal bermula 2004 hingga 2013.

Semasa menyandang jawatan itu, beliau diberi kepercayaan menjadi anggota Exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio Dakwah Islamiyah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Rompin sejak 2004 hingga 2014 namun tewas kepada Datuk Mohd Johari Hussain pada pemilihan Pemuda Umno akhir tahun 2013.

Walaupun ayahnya merupakan peneroka Felda Keratong, namun beliau dilahirkan di Kedah menyebabkannya kurang menepati kehendak penduduk Rompin yang mahukan anak kelahiran tempatan menjadi wakil rakyat.

Biar siapapun calon yang diletakkan nanti, namun Barisan Nasional perlu juga menepati calon yang kehendaki rakyat setempat untuk memastikan Rompin terus kekal sebagai kubu kuat Umno.

Ini juga kerana dipercayai keputusan PRK Rompin nanti sedikit sebanyak akan turut mempengaruhi keputusan PRK Permatang Pauh.

PRK Pmtg Pauh: Siti Nurhaliza, Che Ta Modal Kempen PKR?

Posted: 17 Apr 2015 05:27 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan turut dikaitkan sebagai modal kempen PKR.
 
 
 
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan pelakon Rozita Che Wan bakal menjadi modal kempen pembangkang sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula 25 April ini.

Kedua-dua artis popular itu dijangka 'digunakan' pembangkang apabila menyentuh mengenai isu pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Dr Afif Bahardin berkata, bantahan dua individu berpengaruh itu terhadap GST merupakan contoh terbaik yang berupaya menghangatkan kempen PRK Permatang Pauh.


Dr Afif Bahardin


"Kita lihat Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan pun tak sokong GST, jadi apatah lagi rakyat biasa.

"Mereka yang berpendapatan jutaan ringgit pun merungut. Maknanya GST tak diterima rakyat. Mungkin kita boleh jemput mereka bagi ceramah tolak GST," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Kenyataan Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu dilihat merujuk kepada posting Siti Nurhaliza dan Rozita di Instagram pada 14 April lalu yang menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artis tersohor tanah air itu menyatakan sokongan secara terbuka kepada bekas perdana menteri berkenaan susulan kenyataan di blognya, mengakui dirinya berseorangan selepas beberapa siri mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah penggunakan hashtag #bencigst oleh Rozita  atau lebih dikenali sebagai Che Ta pada posting yang sama juga jelas menunjukkan pelakon berkenaan menolak pelaksanaan GST.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan, Siti Nurhaliza tidak menyentuh atau menggunakan sebarang hashtag berhubung GST seperti yang didakwa Dr Afif.

Mengulas lanjut, Dr Afif yang juga Ketua AMK Pulau Pinang berkata isu pengurusan kewangan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang hangat diperkatakan juga akan diketengahkan sebagai modal kempen PRK itu nanti.

"Selain itu isu membabitkan hukuman penjara ke atas bekas penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup dekat dengan pengundi di sana adalah senjata yang akan digunakan Pakatan Rakyat," katanya.

Adakah PAS pun mudah lupa?

Posted: 17 Apr 2015 02:25 AM PDT

MALAYSIAKINI



PAS berada di kedudukan politik terkuat dalam sejarah jatuh-bangun perjuangannya selepas mencatatkan prestasi terbaik pada pilihan raya umum (PRU) ke-10  lalu dengan memenangi 27 daripada 63 kerusi parlimen yang ditandingi.

Dua negeri - Kelantan dan Terengganu - ditadbir oleh pemimpin PAS, manakala presiden ketika itu, Datuk Fadzil Noor dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Memang benar PAS gagal mengatasi prestasi terbaiknya dalam PRU ke-12 dan ke-13 apabila memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 daripada 73 kerusi ditandingi pada 2013.

Kedah berjaya ditawan dalam PRU ke-12 walaupun  negeri itu akhirnya hilang daripada genggaman kira-kira lima tahun kemudian.


Namun, mengapakah penulis tetap mengatakan PAS berada pada kedudukan terkuat ketika ini?

Kekuatan sesebuah parti politik perlu diukur dari pelbagai dimensi dan bukan semata-mata melihat kepada jumlah kerusi di parlimen. Tambahan pula jika kemenangan itu disebabkan faktor-faktor situasi luaran.

Kemenangan PAS dalam PRU ke-10 disebabkan berlaku "tsunami Melayu" menolak Umno-Barisan Nasional kesan daripada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun M mencabar PAS

Malangnya kemenangan itu tidak dapat bertahan lebih lama. Ya, sebaik saja sesi parlimen ke-10 (1999-2004) bermula, PAS mula kehilangan hilang apabila ada pimpinan mula mendakwa parti itu berjaya kerana orang Melayu mahukan negara Islam.

Tun Dr Mahathir Mohamad lantas mencabar PAS.

Akibatnya, Memorandum Rakyat yang menjadi legasi Almarhum Datuk Fadzil Noor sebagai reaksi kepada cabaran Dr Mahathir mula mengalami perubahan kepada Dokumen Negara Islam.

Pesanan Fadzil kepada penulis dan rakan-rakan pemikir parti supaya dokumen itu ditajukkan "Penghayatan Sebuah Pemerintahan Abad 15H/21Masehi", tenggelam dan hilang dalam hiruk-pikuk polemik tentang negara Islam.

Penulis dan anggota think-tank yang terlibat terpaksa akur.


Gabungan pembangkang di bawah Barisan Alternatif (BA) ketika itu terus berantakan. DAP keluar daripada BA pada September 2001.

Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat - PKR) merenggang daripada PAS dan membawa haluan sendiri. Ketika itu BA hanya wujud pada nama, lambang dan cogan kata, tetapi tidak pada gerak kerja.

Akibat 'terlupa' mengurus kekuatan barunya, PAS dihukum teruk dalam PRU-ke11 (2004). Daripada 27 kerusi, PAS hanya menang enam kerusi parlimen, gagal mempertahankan kerajaan Terengganu dan hampir kalah di Kelantan apabila menguasai dewan undangan negeri dengan majoriti satu kerusi.

Jawatankuasa Post-Mortem PAS Pusat yang mengkaji keputusan PRU ke-11 megenal pasti pelbagai faktor luaran (penipuan dan media) dan dalaman (jentera) sebagai penyumbang utama kekalahan PAS dalam pilihan raya itu.

Namun faktor paling dominan ialah pelancaran Dokumen Negara Islam. Kajian menunjukkan pembentangan itu "gagal mengurus penerangan dan pencerahan" sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada masyarakat. PAS juga menjadi sasaran jahat media lawan.

Lawan politik tersenyum

Pada masa sama, PAS gagal menangkis tohmahan serta serangan seterunya. Kekuatan PAS kembali kepada kedudukan lama atau bergantung hanya kepada penyokong tegar dan asal.

Lawan politik PAS pula tersenyum lebar kerana taktik pecah dan perintah berjaya memporak-perandakan BA.

Berbeza PRU ke-10, kejayaan PAS pada PRU ke-12 dan ke-13 adalah hasil pelebaran tapak sokongan baru. PAS berjaya membina kekuatan secara sedar dan terancang. PAS bukan lagi sekadar 'menumpang tuah' daripada nasib malang Anwar dan kesan undi protes seperti PRU ke-10.

Kekuatan baru itu dibina dengan meruntuhkan tembok pengundi bukan Melayu dan bukan Islam. 

Hasilnya pengundi terbabit mula memberikan kepercayaan kepada PAS dan memenangkan calon-calon PAS.

Untuk menjayakan strateginya, PAS tegas membuat ijtihad menampilkan tawaran "Negara Berkebajikan" berserta slogan "PAS Untuk Semua"  dalam manifesto PRU ke-12.

Perubahan itu diistilahkan Profesor Tariq Ramadan sebagai satu anjakan generasi (generational shift) seperti yang berlaku dalam dunia Islam semasa. Namun, benarkah PAS benar-benar komited kepada agenda ini?

Secara ringkas, PAS terus menggarap isu-isu besar dalam negara dengan pedekatan inklusif dan menyerlahkan makna slogan PAS Untuk Semua serta mendukungi prinsip  "Rahmat untuk Semua".

PAS juga terus menangani isu-isu kritikal yang menajamkan pertentangan kaum dan membakar pertembungan agama. Isu kalimah Allah misalnya, ditangani PAS secara konsisten dan berlandaskan syariat yang mendamaikan.

Sama ada bersama rakan Pakatan dalam Dasar Bersama atau pun bersendirian, PAS berjaya menyerlahkan erti penghayatan Islam sebagai sistem hidup untuk memberikan  jaminan "Keadilan Untuk Semua".

Di samping itu, PAS tegas menyanggah polisi bersifat perkauman dan memangsakan pihak tertentu, terutama golongan miskin atau berpendapaan rendah.

PAS boleh menambah kerusi

Mengambil kira keseluruhan perkembangan inilah, penulis menyatakan, PAS sedang menduduki posisi politik terkuat dan paling mantap. Tidak keterlaluan kalau penulis terus menganggap PAS berada dalam satu unjuran untuk menempa kejayaan lebih baik - tentunya bersama rakan tahalufnya.

Berdasar unjuran yang sederhana, PAS berada pada keluk menambah 13 lagi kerusi di parlimen (menjadi 34 kerusi) jika gandingan Pakatan berlangsung secara mantap dalam PRU akan datang.

Namun semua kejayaan PAS yang tertera di atas bakal terencat atau mengalami kemunduran akibat pergolakan yang berlaku mutakhir ini. Soalnya, apakah PAS mula mengalami fenomena "berpatah balik" (retrogression)?

Gejolak parti - sama ada bersifat dalaman atau luaran - mengakibatkan pemerhati politik khuatir dan cemas. Lebih gusar lagi adalah pendukung dan aktivis parti di akar umbinya yang menanggung kesan secara langsung, terutama di negeri pantai barat.

Elok diingatkan, PAS tidak memiliki sebarang kerusi di dewan undangan negeri di Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka pada 2004.

Justeru, cadangan seperti bersedia bertanding bersendirian atau keluar daripada Pakatan tidak wajar diucapkan pemimpin kecuali percaturan mereka itu hanya mengambil kira keperluan negeri mereka sendiri semata-mata.

Begitu juga sikap sesetengah ahli dan pemimpin yang menyuruh ahli keluar parti ketika wujud perbezaan atau ikhltiaf. Pimpinan yang matang, tidak gelojoh serta bebas daripada unsur ekstremisme pasti faham apakah yang dimaksudkan dengan amalan mengurus ikhtilaf dalam sebuah organisasi  besar yang semakin kompleks.

Sementara itu, dalam mengurus isu hudud pula, seteru tradisi PAS sedang menggoda dengan pelbagai cara. Musuh tetap musuh, meskipun mereka tampak ikhlas. Sayugia diingatkan tuntutan Allah supaya kita hazar (berwaspada) setiasa.

Jangan diipatuk ular lagi

Begitu juga pesanan Rasulullah yang mahu umat baginda mengelak daripada dipatuk ular pada kali kedua dari lubang sama. Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Fadzil Noor acap kali mengingatkan kita tentang ini.

Jika PAS terus kehilangan arah sekali lagi, dikhuatiri parti ini akan kehilangan sokongan barunya di kalangan Melayu-Islam bandar dan pinggir bandar, dan tentunya gagal mengekalkan kepercayaan pengundi bukan Melayu dan bukan Islamnya.

Setiap kali PAS berasakan parti dan jenteranya kuat, Allah mengajar kita dengan keputusan yang menginsafkan. Di samping pengalaman 2004, pegalaman PRU ke-7 (1986) juga sepatutnya menyedarkan kita. Ketika itu PAS hanya bertahan di parlimen dengan kerusi Pengkalan Chepa walaupun meletakkan calon di 98 kerusi.

Perlu diingatkan, ia adalah catatan rekod penyertaan tertinggi PAS dalam pilihan raya umum

Apakah kepimpinan PAS dari peringkat pusat hingga bawahan akan mengizinkan nasib buruk ini kembali lagi, khususnya di ambang pemilihan akan datang?

Mampukah PAS mengelakkan kesilapan silamnya? Berjayakah PAS mengawal suara emosi supaya tidak mengatasi suara ilmu? Berjayakah PAS menggembeling seluruh tenaga kepimpinan dan kepakaran serta segala kepelbagai kekuatan partinya?

Jawapan kepada pertanyaan ini ada pada setiap ahli, khasnya pada setiap perwakilan muktamar ini.




DR DZULKEFLY AHMAD Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS

Menteri diselar kerana 'wanita kesunyian' IS

Posted: 17 Apr 2015 02:19 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diselar kerana menyifatkan wanita kesunyian cenderung menjadi sasaran kumpulan militan.

Pemimpin muda Melayu DAP Syerleena (bawah) Abdul Rashid berkata kenyataan menteri agama itu merendahkan martabat wanita, tidak masuk akal, malah tidak memberikan penyelesaian.

"Kenyataan (yang dikeluarkan) merujuk kepada wanita secara menyeluruh, tidak praktikal dan kurang bijak serta akan mengguris perasaan ahli keluarga yang telah direkrut IS," kata setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Bukit Bendera.

Semalam, Jamil berkata wanita yang kesunyian terdedah kepada pengaruh dakyah kumpulan militan seperti Negara Islam (IS) di negara ini.

Katanya, kebiasaannya wanita kesepian lebih 'rapuh' dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan melayari Internet sehingga lewat malam menjadi sasaran godaan militan. 
 
 
 

Mufti Wilayah gesa Putrajaya kecualikan GST kepada orang Islam

Posted: 17 Apr 2015 01:39 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Mufti Wilayah Persekutuan berkata orang Islam di Malaysia sepatutnya dikcualikan GST kerana mereka sudah membayar zakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.Mufti Wilayah Persekutuan berkata orang Islam di Malaysia sepatutnya dikcualikan GST kerana mereka sudah membayar zakat. – Gambar fail The Malaysian Insider. 


























Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menggesa Putrajaya mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.

Cadangan itu dibuat Zulkifli menerusi laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan semalam di samping menggesa Putrajaya mengurangkan kadar GST sedia ada.

"Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.


"Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri."

Kenyataan sama turut diterbitkan laman rasmi mufti Wilayah Persekutuan dalam kolum "Bayan Linnas".

Dalam tulisan sama, Zulkifli turut menggesa Putrajaya menerangkan, memungut serta mengagihkan GST dengan baik.

"Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST, akan membaik pulih kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah 'ammah (berfaedah buat orang ramai).

"Mekanisme dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai," katanya.

Zakat pendapatan Wilayah Persekutuan kini 2.5% daripada pendapatan dan pembayar zakat boleh mendapat pelepasan cukai.

Sementara itu, GST yang berkuatkuasa pada 1 April lalu berkadar 6% ke atas barangan dan perkhidmatan yang tertakluk cukai.

Warga emas paling terjejas, PKR gesa Putrajaya mansuh GST

Posted: 17 Apr 2015 01:35 AM PDT

 THE MALAYSIAN INSIDER


 Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berbual dengan beberapa warga emas dalam siri lawatan ke pasar Taman Seri Sentosa, hari ini. – Gambar daripada PKR, 17 April, 2015.Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berbual dengan beberapa warga emas dalam siri lawatan ke pasar Taman Seri Sentosa, hari ini. – Gambar daripada PKR























Susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hingga menyaksikan kenaikan harga barangan, PKR mendapati kuasa membeli rakyat terutama warga emas kini menurun secara mendadak.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata trend penurunan membeli warga emas amat membimbangkan kerana golongan tersebut paling terkesan dengan kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata GST tidak hanya menyebabkan harga barangan asas meningkat naik, ia termasuk ubat-ubatan apabila tidak semua dikenakan dengan kadar sifar GST.


"Pada 8 April lepas, Fomca mendapati harga barangan meningkat sebanyak 20 hingga 30% berbanding harga dicadangkan buku panduan harga yang dikeluarkan kerajaan. "Secara keseluruhannya, golongan berpendapatan rendah, termasuk warga emas adalah antara yang paling terkesan dengan kenaikan harga ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah berkata warga emas tidak lagi mempunyai pendapatan tetap dan tiada pekerjaan untuk menanggung kehidupan dan berdepan dengan GST.

Katanya, kebimbangan itu berdasarkan situasi peningkatan harga ubat-ubatan menyebabkan warga emas tidak akan mampu membeli ubat kerana menumpukan perbelanjaan mereka ke atas barangan asas lain.

"Ini akan membawa kesan jauh lebih buruk, yang mungkin menyebabkan penyakit atau keadaan kesihatan serta kualiti hidup warga emas berada di luar kawalan," katanya.

Beliau berkata, meskipun kerajaan menambah jenis ubat-ubatan yang berkadar sifar, hakikatnya masih lagi banyak ubat penyakit seperti tekanan darah tinggi dikenakan GST.

"Januari lepas, Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA), Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) mengeluarkan kenyataan sebenarnya hanya 320 jenis ubat dikadarkan sifar di bawah GST.

"Ini disebabkan walaupun dalam Senarai Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) terdapat 4,200 jenis ubat, namun sebenarnya ubatan sama dihasilkan syarikat berlainan dikira beberapa kali. Sebagai contoh, parasetamol yang dihasilkan pelbagai syarikat dikira sebagai 17 ubatan berlainan oleh kerajaan," katanya.

Nurul Izzah berkata beberapa harga ubat didapati meningkat antara 20% hingga 50% pada 2014 dan dijangka naik mendadak pada tahun ini.

Sehubungan itu, katanya, Putrajaya perlu dengan segera mengambil langkah membatalkan pelaksanaan GST sehingga rakyat benar-benar bersedia menerima rejim percukaian ke atas kepenggunaan.

"Warga emas juga kini terpaksa berbelanja lebih untuk barangan seperti lampin pakai buang dewasa serta makanan tambahan seperti Milo dan susu.

"Dalam lawatan saya ke Pasar Taman Seri Sentosa hari ini, majoriti warga emas yang saya temui mengeluh tentang kenaikan harga barang disebabkan GST," katanya.

Beliau berkata sudah terbukti impak GST adalah lebih besar ke atas golongan yang berpendapatan rendah berbanding golongan pendapatan tinggi.

"Ini menunjukkan kegagalan kerajaan untuk memastikan rejim cukai yang baru ini sebagai rejim cukai yang progresif," katanya.

Menteri akui hutang 1MDB membebankan, Putrajaya henti segala pinjaman baharu

Posted: 17 Apr 2015 01:32 AM PDT

 OLEH MD IZWAN


 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bercakap di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa'anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,17 April, 2015.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bercakap di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa'anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 



























 
Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.

"Selama ini mereka berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal, mereka membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga meningkat hutang RM4.2 bilion setakat Mac 2014.


"Jadi anda boleh bayangkan bebanan hutang yang tinggi, ia sebenarnya sangat tinggi dan ini sukar," katanya pada forum anjuran Akademi Kapten Hussein di Petaling Jaya, Selangor malam tadi. Jumlah hutang terkumpul 1MDB sebelum ini dilaporkan RM42 bilion.

Menjawab soalan orang ramai, Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.

"Melainkan aset itu dapat menjana aliran tunai, ia tidak akan mampan," katanya.

Wahid berkata, bebanan hutang itu disedari memberi impak kepada 1MDB dan 3 langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.

"Mereka sudah ambil langkah strategik mengkaji semula model perniagaan dan struktur modal, 3 keputusan sudah dibuat," katanya.

Beliau berkata, 3 langkah itu termasuk menghentikan semua bentuk pinjaman baru, fokus kepada 2 projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti," katanya.

1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.

Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.

Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013.
Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion.

Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013.

Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada.
Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.

Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.

Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.

Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut.

Bayar zakat tidak perlu lagi GST-Mufti

Posted: 17 Apr 2015 01:23 AM PDT


Kerajaan dicadang mewujudkan mekanisma supaya tidak berlaku pertindihan pembayaran yang sesungguhnya membebankam umat Islam.


Zakat



PETALING JAYA: Masyarakat Islam yang telah membayar zakat tidak seharusnya lagi dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cadangan itu dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi mengelak umat Islam terbeban dengan dua kali pembayaran -zakat dan GST.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak kerajaan mewujudkan satu mekanisme supaya tidak berlaku pertindihan pembayaran yang sesungguhnya membebankan.

Beliau juga mencadangkan supaya kadar enam peratus itu dikurangkan mengikut pada kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.

"Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST. Adakah kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah (kerosakan) 'ammah akan dibaikpulih," katanya.

Bahkan, katanya, ketelusan dalam pelaksanaan ini haruslah dipertingkatkan dan dilakukan dengan penuh integriti dan amanah.

"Mekanisma, cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai.

"Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir," ujar beliau lagi.



Najib, Rosmah saman Rafizi

Posted: 17 Apr 2015 01:16 AM PDT

 
Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.


rafizi disaman



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak.

Saman tersebut difailkan pada 16 April menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan ia diserahkan kepada Mohd Rafizi dan Chan pada Jumaat.

Menerusi writ saman, Najib dan Rosmah menamakan Mohd Rafizi sebagai defendan pertama manakala Chan, defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli:Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

Kata mereka, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti facebook milik Rafizi dan 162,118 lagi dalam facebook Chan.

Najib dan Rosmah berkata Mohd Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebut olehnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca oleh orang ramai dan Mohd Rafizi bertanggungjawap dalam memfitnah mereka.

Menurut mereka lagi Chan telah gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.-BERNAMA

Banyak isu termasuk GST jadi modal

Posted: 17 Apr 2015 01:06 AM PDT


Afif Bahardin Afif Bahardin
 
 
GEORGETOWN - Beberapa isu besar akan dibangkitkan dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh termasuk pelaksanaan GST yang dijangka menjadi senjata PR mempertahankan kerusi parlimen itu.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, semuanya akan disebarkan kepada pengundi di kawasan berkenaan agar mereka lebih jelas berkaitan pelbagai isu terkini yang berlaku di negara ini.

"Saya percaya isu GST adalah isu besar yang menjadi kebimbangan rakyat," katanya.

Berhubung amaran Pas Permatang Pauh agar PKR tidak mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau ahli keluarganya untuk PRK Permatang Pauh atas alasan Presiden PKR itu menolak hudud, beliau berkata, PR masih mengamalkan pendekatan berbincang dan berbahas jika tercetus sesuatu isu.

Dr Afif yang juga Adun Seberang Jaya, salah satu daripada tiga kerusi Dun dalam parlimen Permatang Pauh berkata, amalan itu tidak pernah diketepikan kerana tidak ada mana-mana parti yang dominan dalam PR.

"Kekuatan dalam PR adalah setiap isu yang dibincang secara bersama ketiga-tiga parti adalah sama.

"Kita akan duduk sekali untuk bincang dan bahas, itu adalah amalan PR sejak dulu lagi. Tidak ada parti yang dominan antara satu sama lain, itu sangat jelas," katanya.

Afif berkata, untuk PRK Permatang Pauh, semua parti berpadu tenaga bagi memastikan kemenangan PR.

"Di peringkat Pulau Pinang, mesyuarat jawatankuasa sekretariat PR dimulakan sejak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan pada 10 Februari lagi. Kita bertemu dan adakan mesyuarat, gerak kerja dijalankan bersama.

"Untuk PRK ini, semua parti beri komitmen penuh malah Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man Mat Aji sendiri mengetuai Dun Permatang Pasir untuk Pas dalam membantu PKR. Tiada istilah tidak sokong mana-mana calon yang dipilih," katanya.

Dr Afif berkata, bukan hanya di Permatang Pauh ketiga-tiga parti memberi komitmen apabila adanya PRK.

"Kesemua parti dalam PR memberi komitmen sepenuhnya. Malah semua PRK yang kita hadapi selepas 2013 sebagai contoh di Teluk Intan, Pengkalan Kubor dan Kajang, semua turun padang membantu.

"Semua PRK kita hadapi dengan menganggap parti yang dipilih itu adalah mewakili PR dan calon yang dipilih juga mewakili PR," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad mengeluarkan kenyataan bahawa PR akan berdepan laluan sukar jika meletakkan Wan Azizah atau keluarganya untuk PRK Permatang Pauh pada 7 Mei nanti kerana isu hudud.


Muhyiddin umum calon Permatang Pauh Khamis depan

Posted: 17 Apr 2015 01:04 AM PDT


PRK Permatang Pauh
 
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN bagi PRK Permatang Pauh pada Khamis depan.

Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pengumuman calon itu akan dibuat serentak dengan pelancaran jentera BN bagi PRK itu.

"Calon yang akan mewakili BN untuk bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh dipilih berdasarkan beberapa kriteria ditetapkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita.

"Calon yang dipilih ini bersifat digemari dan saya yakin beliau akan membawa kemenangan kepada BN. Beliau juga lebih muda berbanding saya," beliau dipetik sebagai berkata.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas, yang menolak petisyen pengampunan diraja oleh ahli parlimen kawasan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Rompin ‘no problem’, kata Suhaizan

Posted: 17 Apr 2015 01:03 AM PDT


PRK Rompin Grafik Sinar Online
 
 
 
SHAH ALAM - Kerjasama Pemuda Pas dan Pas Rompin untuk menghangatkan lagi PRK Rompin berjalan dengan lancar setakat ini.
 
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, setakat ini pihaknya diberi ruang secara terbuka untuk menggerakkan jentera mereka dalam kempen PRK Rompin.
 
"Jentera Pemuda Pas sudah digerakkan. Setakat ini kerjasama kami (Pemuda Pas dan Pas Rompin) berjalan dengan baik dan tidak ada masalah.
 
"… Rompin tak apa, 'no problem' (tidak ada masalah)," katanya kepada Sinar Online menerusi aplikasi sosial WhatsApp, hari ini.
 
Pas pada sidang media 13 April lalu, Pas menyampaikan isyarat jelas bahawa pihaknya akan terus memperkukuh kedudukan di Rompin, dalam masa yang sama membantu rakan serumpunnya, PKR dalam mengekalkan kemenangan di PRK Permatang Pauh.
 
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
 
 

Kesal soalan GST ditolak

Posted: 16 Apr 2015 05:48 PM PDT


Kesal soalan GST ditolak  
Loke dan Adun Nilai, J. Arul Kumar pada sidang media di Pejabat Adun Lobak.


SEREMBAN - Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengenakan caj GST terhadap semua perkhidmatannya dipersoalkan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Lebih mengecewakan beliau, usaha untuk mendapat penjelasan tidak berhasil apabila soalan berhubung perkara itu ditolak Speaker Dun untuk dibentang pada Sidang Dun Negeri Sembilan, minggu depan.

Anthony yang juga ketua pembangkang Dun negeri berkata, soalannya itu ditolak kerana pelaksanaan GST dikatakan bukan di bawah kuasa kerajaan negeri, sebaliknya kerajaan persekutuan.

"Saya telah melakukan kajian dan mendapati banyak perkhidmatan PBT dikenakan GST termasuk khidmat sewa khemah, gerai, kenderaan, parkir dan banyak lagi.

"Jadi, soalan tentang GST untuk maklumat rakyat kerana masih ramai tidak jelas dan keliru tentang pelaksanaan GST yang turut dikenakan kepada perkhidmatan PBT," katanya.

Menurutnya, kerajaan seharusnya bersikap telus dalam memberikan maklumat kepada rakyat tentang pelaksanaan cukai baharu itu.

"Bukan barang sahaja dikenakan GST tetapi perkhidmatan PBT turut kena. Jadi rakyat perlu tahu supaya tiada kekeliruan dalam hal ini," katanya pada sidang media di Pejabat Adun Lobak, di sini, semalam.

Anthony bagaimanapun menyambut baik tindakan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang difahamkan akan menyerap kos GST terhadap semua perkhidmatannya kepada orang ramai.

"Saya terima baik kenyataan Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latiff yang memberitahu MPS akan menyerap GST ini. Ia amatlah baik untuk rakyat.

"Saya mohon kerajaan negeri dapat seragamkan dasar dengan mengarahkan semua PBT untuk menyerap GST terhadap perkhidmatannya di semua majlis perbandaran dan daerah lain," katanya.


Terpulang PR kalau nak jadikan GST modal kempen

Posted: 16 Apr 2015 05:46 PM PDT

SINAR HARIAN

Hasan Malek Hasan Malek
 
 
 
GEORGETOWN - Kerajaan bersedia meneruskan penerangan tentang keuntungan pengguna hasil pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasuk dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, penerangan itu penting supaya rakyat tahu GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan berkesan.

Banyak negara telah melaksanakan sistem percukaian ini dan ada yang jauh lebih tinggi seperti Hungary dan Kenya masing-masing 16 peratus manakala Pakistan dan Bangladesh masing-masing 15 peratus, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek zakat perniagaan Bank Rakyat kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini hari ini.

Menjangkakan pembangkang akan memainkan isu GST pada PRK Permatang Pauh, beliau berkata sifat pembangkang selalunya akan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap apa sahaja yang kerajaan laksanakan.

Hasan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pembangkang telah banyak kali diberi peluang berdebat dan berbahas tentang GST di Dewan Rakyat tetapi mereka masih ingin memutar belit perkara itu.

"Saya cukup yakin ... Insya-ALLAH penjelasan ini supaya rakyat akan lebih memahami tetapi kalau ada orang nak memutarbelitkan isu itu terpulang kepada hak mereka.

"Tugas kami sudah cukup jelas, GST ini adalah untuk kekuatan ekonomi negara yang membolehkan kerajaan pembuat pembangunan infrastruktur yang lebih banyak khususnya pembinaan sekolah, klinik, jalan raya dan pembangunan modal insan," katanya.
  
Sementara itu, Hasan berkata penguatkuasaan dan pemeriksaan GST akan berterusan.
"Kementerian akan melipatgandakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua negeri bagi melindungi pengguna daripada ditipu," katanya.

Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini dan penamaan calon 25 April.
  
PRK Parlimen Permatang Pauh perlu diadakan selepas Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. - Bernama


MB: Kenaikan elaun guru Kafa sedang dikaji

Posted: 16 Apr 2015 05:44 PM PDT

SINAR HARIAN

Mohamed Azmin Ali Mohamed Azmin Ali
 
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang meneliti permintaan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada prinsipnya bersetuju menaikkan elaun itu, namun pembayaran perlu dibuat mengikut mekanisme yang ditetapkan.
  
"Kerajaan negeri melalui Exco agama sedang teliti (perkara itu), pada prinsipnya kita telah bersetuju tetapi mekanisme pembayaran mestilah telus kerana ini soal kewangan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.
  
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham pada Selasa, yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13.
  
Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dijanjikan semasa PRU13 itu.
  
Menurut Dr Ahmad Yunus, kelewatan kenaikan elaun 6,742 guru Kafa di negeri itu disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan. - Bernama


'Mahathir anugerah Allah untuk Malaysia'

Posted: 16 Apr 2015 05:36 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan anugerah tuhan kepada rakyat Malaysia, tetapi perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Allah anugerahkan Mahathir kepada rakyat Malaysia.

"Beliau permata negara ini," kata Ibrahim dalam pertermuan dengan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata PERKASA tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut Mahathir (kiri) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan pendesak Melayu itu sebaliknya berkata mereka hanya menyebelahi "kebenaran".

"Kita tidak menyokong Mahathir membabi buta tetapi oleh kerana beliau menuntut kebenaran, jadi kami di sebelahnya.

"Tidak kisahlah sama ada kamu perdana menteri atau bukan, semuanya harus berasaskan fakta," katanya.


Mahathir: Kenapa PM perlu jawab di TV?

Posted: 16 Apr 2015 05:34 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika Datuk Seri Najib Razak berdiam diri, Tun Dr Mahathir Mohamad giat menekan agar perdana menteri itu menjawab persoalan yang dibangkitkannya.

Selepas Najib muncul di TV untuk menjawab isu tersebut, Mahathir menekan lagi: Apa perlu PM menjelaskan perkara itu?

Beliau berkata demikian untuk menggambarkan bahawa Najib kini semakin kehilangan sokongan.

"Kenapa perlu ada rancangan TV untuk jelaskan pada rakyat? Jika rakyat sokong saya, kenapa perlu jelaskan pada mereka?

"Tak payahlah peduli saya seorang. Tapi nampak tidak konsisten, benda yang dijawab kadang-kadang menafikan kenyataan dulu," katanya.

Mahathir juga cuba menunjukkan bahawa Najib tidak tetap pendirian dalam isu yang dibangkitkannya – berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Dulu dengar cakap simpan duit di Cayman (Islands), sekarang cakap tidak simpan duit di Cayman, hanya berdaftar di situ.

"Lepas itu simpan duit di mana? Bawa balik duit dari Cayman macam mana kalau tidak simpan duit di Cayman?

"(Ini) tidak dijelaskan. Bukan sedikit tahu? Berbilion-bilion," kata Mahathir lagi dalam satu rakaman video yang disiarkan laman Perak Today.


Penuntut UTAR maut dirempuh kereta

Posted: 16 Apr 2015 05:32 PM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang penuntut perempuan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) maut, manakala lima rakannya cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 33.7 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, S. Hemala, 20, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kereta Proton Wira yang dinaiki enam penuntut dan dipandu P. Rashvinya, 20, itu dikatakan keluar dari simpang sebuah pasar raya secara tiba-tiba, menyebabkan kereta model Nissan Sylphy yang dipandu Loke Siew Chun, 35, melanggar bahagian tepi kanan kenderaan tersebut.

"Ketika kejadian lampu isyarat di persimpangan tiga berkenaan tidak berfungsi. Kereta Nissan Sylphy dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh itu tidak dapat mengelak dan melanggar kereta yang dinaiki penuntut itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kemalangan itu menyebabkan Hemala yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan parah.

Kong Soon berkata mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. - Bernama


 

Kantin kotor, PM arah hospital k'jaan dipantau

Posted: 16 Apr 2015 05:29 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Kesihatan untuk memantau dengan rapi dan menjalankan pemeriksaan lebih kerap di hospital dan klinik kerajaan.

Sambil menarik perhatian kepada kes kantin yang kotor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini, Najib berkata ia tidak patut berlaku lagi.

"Tidak patut berlaku lagi. Kerap lakukan 'spot-check' ke atas perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan," kata beliau dalam catatan terbaru dalam laman Facebook dan Twitternya, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata kementerian telah mengarahkan Pejabat Kesihatan Negeri dan Pengarah-Pengarah Hospital untuk memeriksa kantin, kafeteria dan dapur hospital dari semasa ke semasa untuk memastikan ia memenuhi keperluan standard kebersihan.

Dr Noor Hisham juga berkata unit kesihatan awam dalaman telah diarahkan untuk memantau dengan teliti dan menjalankan pemeriksaan kerap untuk memastikan kantin sekolah bersih dan memenuhi keperluan standard kebersihan.

Pada 14 April, media tempatan yang menyiarkan artikel bertajuk 'Kantin hospital kotor diarah ditutup', berkata kantin HTAR didapati kotor dan diarah ditutup. - Bernama


 

'Kami terpaksa ikat perut, makan lauk bawang'

Posted: 16 Apr 2015 05:27 PM PDT


SINAR HARIAN

Yaman bergolak
 
 
 
SEPANG - Usaha berterusan dan tindakan pantas kerajaan Malaysia membawa keluar 67 pelajar Malaysia dari Aden, kawasan paling bergolak di Yaman berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi korban konflik perang saudara di negara itu.

Mohd Luqmanulhakim Zulkifli, 16, berkata, hanya rasa syukur yang mampu diungkapkan setelah masjid yang menjadi kawasan perlindungan kesemua mereka yang belajar di Madrasah Ribat Al-Idrus musnah dibom beberapa jam selepas dipindahkan.

Beliau berkata, keadaan yang semakin teruk memaksa mereka menjadikan masjid itu sebagai tempat berlindung dan selama tiga minggu berada di situ mereka terpaksa 'mengikat perut' dan hanya memakan nasi berlaukkan bawang selepas bekalan makanan sukar diperoleh.
  
"Keadaan tegang di Aden amat luar biasa dan semua pelajar perlu berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk mencari kawasan perlindungan lain.

"Saya rasa jika kerajaan lambat mengeluarkan kami dari sana mungkin ketika ini kami semua sudah tiada lagi," katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Dubai, hari ini.

Pelajar jurusan Syariah Islamiah itu merupakan antara 42 daripada 67 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Aden ke Djibouti sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Emirates Airlines.

Kumpulan kedua yang membawa 25 lagi pelajar dijangka tiba di KLIA dari Colombo, Sri Lanka kira-kira pukul 6 petang ini.

Semalam, kesemua pelajar berkenaan dibawa menaiki bot selama lebih 22 jam dari Aden ke Djibouti sebelum diterbangkan ke Jeddah menaiki pesawat Hercules C130 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Mohd Luqmanulhakim berkata ketika waktu bergolak keadaan di Aden cukup tegang di mana bunyi tembakan dan letupan bom seakan-akan 'bunyian'  biasa kepada mereka yang terpaksa mengelak berada di kawasan terbuka bagi menghindari kejadian yang tidak diingini.
  
Berkongsi pengalaman sama, Ahmad Zaidi Abdullah, 16, berkata ketika pergolakan, rata-rata penduduk setempat di kawasan mereka belajar membawa senjata api, namun tidak mengganggu pelajar di madrasah itu.
  
Beliau berkata, sepanjang mendiami masjid itu, beliau dapat merasai dengan jelas gegaran bom sebelum ia benar-benar terkena bedilan selepas dipindahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Anak ketiga daripada tujuh beradik dari Paka, Terengganu itu berkata perkara yang paling tidak dapat dilupakannya ialah pengalaman menaiki bot dari Aden ke Djibouti, Afrika yang mengambil masa 22 jam.

"Walaupun terpaksa berhimpit di dalam bot yang seakan bot nelayan bersama kira-kira 200 penumpang lain yang mahu meninggalkan Aden, saya rasa ia pengalaman yang berbaloi kerana kami semua selamat daripada menjadi korban konflik di Yaman", katanya.
  
Seorang lagi pelajar tahun pertama di madrasah sama, Syed Hafiz Syed Mohd Alwi berkata perjalanan menggunakan bot terutamanya ketika menempuh ombak yang kuat di waktu malam adalah sesuatu yang memeritkan.
  
Katanya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 15 jam menjadi terlalu lama ekoran arus deras yang menghalang pergerakan sehingga terpaksa menggunakan laluan berbeza daripada biasa.
"Bot itu besar, namun tidak ubah seperti bot nelayan dan kami hanya memakan kentang rebus sahaja sepanjang perjalanan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: