Rabu, 15 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDB: PKR dakwa Najib beri penjelasan berbeza

Posted: 15 Apr 2015 05:02 AM PDT

 
PM dikatakan membuat kenyataan bercanggah di Dewan Rakyat bahawa Jho Low tidak terlibat dengan dana 1MDB.


pkr najib jlo



PETALING JAYA : PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berbeza kepada Pergerakan Pemuda UMNO berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam perjumpaannya baru-baru ini.

Kesangsian itu ditimbulkan Naib Presidennya Tian Chua apabila Najib dikatakan membuat kenyataan bercanggah di Dewan Rakyat bahawa Low Taek Jho atau Jho Low tidak terlibat dengan dana 1MDB.

"Saya tidak mengetahui apa yang Najib terangkan kepada Pemuda UMNO dalam perjumpaannya kerana kita tidak berada di sana. Kecuali Perdana Menteri menerangkan kepada Pemuda UMNO versi yang berlainan apa yang kita dengar bahawa Jho Low adalah dalang," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR.

Mengulas lanjut , Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata penafian yang dilakukan oleh Jho Low selama ini konsisten dengan apa yang ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa ahli perniagaan itu tidak terlibat dengan 1MDB.

"Sekiranya, kamu (Pemuda UMNO) marahkan Jho Low kerana gelarkan UMNO 'Spinmaster' kenapa tidak saman sahaja beliau," katanya.

Dia turut mempersoalkan sekiranya Pemuda UMNO telah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri siasatan perlu dilakukan terhadap penglibatan Jho Low dalam 1MDB.

"Sepatutnya tuduhan yang dilakukan (Jho Low) itu adalah saman bukannya siasatan," tegasnya.
Jho Low dalam satu temubual dengan majalah Euromoney mengkritik Pemuda UMNO kerana cuba menyalahkan beliau sebagai punca kegagalan 1MDB.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penglibatan Jho Low dalam syarikat pelaburan yang kini dibebani hutang berjumlah RM42 bilion.

SUHAKAM ibarat harimau tidak bergigi

Posted: 15 Apr 2015 04:59 AM PDT

 
Pengerusi SUHAKAM terkilan dengan tindakan kerajaan yang membelakangi badan itu dalam meminda dan memperkenalkan undang-undang baharu.


suhakam pota2



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengibaratkan kewujudannya sebagai " harimau yang tidak bergigi".

Kekesalan itu disampaikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berikutan tindakan kerajaan yang membuat keputusan tanpa berunding dengan badan itu.

Kenyataan berkenaan dibuat dengan merujuk keputusan kerajaan melaksana undang-undang baru seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

"Sejak menjadi pengerusi di sini, saya melihat suruhanjaya ini lebih buruk daripada seekor harimau yang tidak bergigi.

"Menurut perspektif saya, SUKAHAM hanyalah pengawal yang ditambat pada jawatannya sahaja," katanya dalam satu sidang media selepas membentangkan Laporan Tahunan SUHAKAM 2014 di Ibu Pejabatnya.

Beliau juga menuduh kerajaan tidak berunding dengan suruhanjaya itu sebelum membuat sesuatu keputusan.

"Kerajaan juga tidak pernah membahaskan apa-apa laporan SUHAKAM di Parlimen sejak suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada 2008," tambah Hasmy.

Sehubungan itu, SUHAKAM telah menyatakan pendirian mereka untuk menolak beberapa cadangan kerajaan agar suruhanjaya berkenaan dilihat lebih kuat.

"Sekalipun kami tidak menjadi seekor harimau yang lengkap, namun kami boleh menjadi pengawal yang bergigi untuk menggigit," katanya lagi.

Sementara itu, dalam laporan tahunan suruhanya berkenaan, kerajaan telah digesa untuk memberikan jaminan kebebasan berhimpun yang merupakan hak rakyat Malaysia.

"Walaupun polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasaan, SUHAKAM berharap polis melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan dengan mengikut nilai dan norma yang ditetapkan," ujarnya.

Fenomena Ahmad Maslan

Posted: 15 Apr 2015 04:58 AM PDT

 
Tindakan beberapa pihak yang mengeksploitasi nama Datuk Ahmad Maslan semakin keterlaluan selepas kerajaan melaksana GST, 1 April lalu.


3_85_cgpa_600


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjadi perhatian di media sosial ekoran pelaksanaan Cukai Barang dan Jualan (GST).

Portfolionya yang disandangnya, menyebabkan Ahli Parlimen Pontian itu menjadi bahan kutukan yang adakalanya cuba memperlekeh dan mempertikai kredibalitinya sehingga menjadi bahan jenaka.

Selain mensensasikan kenyataan beliau, terdapat individu yang mewujudkan akaun dengan menggunakan gambarnya sebagai profil.

Akaun Facebook Professor Serba Tahu secara terbuka menjadikannya sebagai bahan kutukan.
Sentimen yang dimainkan berjaya menarik "like" 44,000 pengguna.

"Disebabkan GST buat ko punya statement semakin menjadi bengap , memang patut tukar ja gelaran tu pada gelaran "Malaysia Darul Maslan", antara status yang dimuat naik.

Selain itu terdapat juga peniaga kreatif menjual baju yang menjadikan kenyataan Ahmad Maslan sebagai sumber pendapatan.

Sarcasteek.com misalnya, menjual baju di atas talian dengan menggunakan petikan "I AM 3.85 CGPA GST INCLUDED" dan ia dijual dengan harga RM60.00.

Sebelum ini, kenyataannya mencetuskan banyak kontroversi termasuk menyarankan pelajar universiti memasak sendiri di asrama bagi menampung kesan kenaikan barang akibat GST.

Berikutan kutukan yang diterima, Ahmad meluahkan rasa kurang senangnya di Twitter kerana mengaitkannya dengan ibu bapanya.

"Ibu saya tiada kaitan dgn GST. Bantai saya ok, jangan ibu. Walau arwah ayah dan ibu penoreh getah, buta huruf tapi amat baik," tulis Ahmad.

Najib semakin tertekan

Posted: 15 Apr 2015 04:54 AM PDT

 
Kenyataan balas Jho Low tampil menuduh UMNO sebagai dalang yang memutar belit kenyataan dan mengaitkannya sebagai punca skandal menambah lagi tekanan ke atas Najib.


Zainuddin-Maidin_600


PETALING JAYA: Gambaran bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin kukuh dipertikai.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan Najib kini dalam keadaan yang tergugat dan meruncing apabila beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan isu kontroversi berkenaan menyerangnya kembali dengan beberapa pendedahan.

Beliau juga menerima tempelak apabila Low Taek Jho atau Jho Low tampil menuduh UMNO sebagai dalang yang memutar belit kenyataan dan mengaitkannya sebagai punca skandal.

"Gambaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh UMNO menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebakannya dia dianggap sebagai punca skandal.(liha MalaysianInsider dan Malaysiakini). Jho Low menuduh ini dilakukan oleh ahli-ahli putarbelit UMNO," katanya.

Jelas beliau, walaupun Najib dilihat cuba memberi gambaran seakan masih kuat dan mendapat sokongan penuh daripada pucuk pimpinan UMNO, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Selain isu 1MDB, Zainuddin juga berkata sokongan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap permintaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar siasatan terhadap kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dibuka turut menambah tekanan terhadap Perdana Menteri.

Meskipun mendapat sokongan daripada Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, Najib tidak dapat mengelak bebanan yang ditanggung.

Keadaan itu berbeza Dr Mahathir di mana beliau mendapat sokongan selepas membuat kenyataan berjuang keseorangan.

"Dengan Najib dan keluarganya diketahui sebagai besahabat baik dengan tokoh perniagaan besar ini yang juga dikenali sebagai kaki berpoya-poya maka pertanyaan Tun Mahathir siapakah orang ini yang menjadi penasihat kepada 1MDB telah menambah krebiliti keyakinan dan sokongan kepada Mahathir yang mendakwa berjuang seorangan," kata beliau dalam blognya zamkata.blogspot.com.

Pelajar suspek H1N1 meninggal dunia

Posted: 15 Apr 2015 04:25 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pelajar tahun lima Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck, yang disyaki dijangkiti virus Influenza A atau H1N1, meninggal dunia pada tengah malam tadi.
  
Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Datuk Ghazali Othman mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun berkata punca kematian pelajar lelaki berusia 10 tahun itu masih dalam siasatan.

"Diharap orang ramai tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Pelajar lelaki itu dirawat di sebuah hospital swasta di sini selepas dimasukkan ke wad akibat demam panas sejak Jumaat lepas dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam malam tadi berkata jangkitan terhadap pelajar itu masih belum disahkan dan masa dua atau tiga hari diperlukan bagi menjalankan ujian untuk mengenal pasti jangkitan tersebut.- Bernama

Mukhriz jadi 'tebusan' politik Najib?

Posted: 15 Apr 2015 04:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, nampaknya penyokong Datuk Seri Najib Razak bertindak balas.

Dalam perkembangan terbaru, penyokong perdana menteri itu menyasarkan serangan mereka kepada anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.

Sebelum itu ada bayangan bahawa Najib akan menyerang balas ketika dia ditemu bual stesen televisyen TV3 pada Khamis lalu.

Perdana menteri mendakwa kemarahan Mahathir berpunca daripada keengganan kerajaan meneruskan projek jambatan bengkok yang dibatalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Sebelum dan selepas temubual itu disiarkan, beberapa pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan mereka kepada presiden mereka seperti yang banyak disiarkan media arus perdana setiap hari.

Malah, timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi turut menyuarakan sokongannya kepada Najib.

Selepas menunjukkan kawalan beliau pada Umno, jentera Najib secara rasmi menyerang balas dengan menyasarkan Mukhriz yang kini berkhidmat sebagai menteri besar Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin mendahului serangan itu dengan mendesak Mukhriz menyatakan sokongan terbuka kepada Najib atau meletak jawatan jika enggan berbuat demikian.

Langkah itu dituruti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan, Mukhriz akan gagal sebagai menteri besar jika Umno Kedah berpecah disebabkan isu berkenaan.

Keadaan itu meletakkan Mukhriz benar-benar tersepit dan perlu membuat pilihan - sama ada menyatakan sokongan kepada Najib sebagai bos, atau menurut rentak bapanya.

Jika Mukhriz memilih untuk menyertai kumpulan Mahathir, ia bukan saja bermakna beliau memisahkan dirinya daripada pemimpin Umno Kedah, malah jawatannya sebagai menteri besar juga terancam.

Jika itu berlaku, Mukhirz akan menjadi korban pertama dalam perang Mahathir – Najib.

Apabila Ahmad menggesa Mukhriz menyatakan sokongan kepada Najib, wakil rakyat itu sebenarnya mengingatkan menteri besar berkenaan bahawa dia berada di kerusi ketua kerajaan negeri itu adalah atas lantikan perdana menteri.

Perlu diingatkan juga, Khairuddin Abu Hassan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Naib Ketua Umno Batu Kawan selepas dia membuat laporan polis terhadap agensi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jika diandaikan Mukhriz terselamat dalam konflik ini, timbul persoalan mengenai bagaimana dia akan meneruskan langkahnya dalam parti ketika ramai tokoh utama lain berpihak kepada Najib.

Mukhriz sudah terlepas peluang keemasannya untuk menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti itu yang lalu apabila kalah tipis kepada Hishammuddin.

Apakah yang berlaku jika Mukhriz mengalah kepada tekanan parti dan mengumumkan kesetiaannya kepada Najib?

Jika itu berlaku, Mukhriz meletakkan bapanya dalam keadaan amat janggal.

Sebelum ini Mahathir menyuarakan kecamannya terhadap ancaman parti yang mengancam sesiapa yang tidak menyokong Najib. Namun jika Mukhriz sendiri membelakangi bapanya, bekas perdana menteri itu akan bersendirian dalam misinya.

Andainya Mahathir mengambil langkah menghentikan serangannya terhadap Najib, adakah itu bermakna pengaruhnya dalam Umno akan terjejas?

Perlu diingatkan ketika Mahathir meninggalkan Umno dalam usahanya menyingkirkan Abdullah pada 2008, Mukhriz tidak mengambil langkah sama, sebaliknya dia kekal dalam parti dan mengumpul kekuatan untuk pemilihan akan datang.

Namun sejarah menunjukkan, Mahathir bukanlah tokoh yang mudah menyerah kalah.

Apabila berada dalam situasi terdesak, Mahathir tidak pernah teragak-agak mengambil langkah drastik dan biasanya akan menyebabkan seterunya mati langkah.

Antara langkah yang pernah diambil Mahathir ialah memecat timbalannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sangat popular dalam Umno ketika negara berdepan krisis ekonomi pada 1990-an.

Beliau juga pernah keluar dari Umo sebagai protes terhadap Abdullah.

Kali ini, apakah yang akan berlaku kepada "lone ranger" itu?


Mahathir tak keseorangan, Siti Nurhaliza ada

Posted: 15 Apr 2015 04:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jarang menyentuh soal politik, penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza tampil mengejutkan dengan menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang "keseorangan" mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Bagi penyanyi kelahiran Lipis, Pahang itu, perdana menteri 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.

"Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

"Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua," tulis Siti Nuhaliza di akaun perkongsian gambar Instagram beliau yang mempunyai pengikut besar 1.4 juta orang.

Penyanyi lagu berentak irama Malaysia itu juga menggunakan hashtag #sayaanakMalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.

Beliau memuatkan grafik menunjukkan Mahathir sedang merenung ke arah sesuatu dengan berlatar belakang 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Dimuatkan juga kapsyen "Saya sedar saya keseorangan".

Belasan juta 'like'

Syarikat pelaburan negara itu antara perkara utama dibangkitkan Mahathir ketika merancakkan asakannya kepada pentabiran Datuk Seri Najib Razak, selain isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Status itu mendapat sokongan meluas peminatnya.

Setakat berita ini ditulis, seramai 17.2 juta orang menekan butang like dan hampir 700 komen dinyatakan.

"Saya sokong Dato' Siti. Tiada yang baru tanpa yang tua. Tun bercakap ada sebabnya.... Fikir fikirkanlah," komen seorang peminatnya dikenali "shahrazak".

Bagaimanapun, terdapat pengguna lain membangkitkan keraguan terhadap sokongan terhadap Mahathir daripada pihak yang didakwa pernah "mengata dan menghina" veteran politik itu.

"Saya pun sayang Tun idola... tapi ada yang mereka sebelum mengata dan menghina Tun macam-macam... tapi tiba-tiba sokong Tun.... ada udang sebalik mi?" soal "slizamiza", tanpa menghuraikan lanjut.

Kebanyakan pengguna media sosial itu berkongsi pandangan sama dengan Siti, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin.

Sehari sebelum status itu, Mahahir mengeluh dalam blognya bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

Lagu 'Lelaki'

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1MDB masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes Alttantuya.

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul "Soal tak jawab".

Siti Nurhaliza, 36, sebelum ini pernah tampil dengan lagu mengisahkan perjuangan hebat "seorang lelaki".

Karya berjudul "Lelaki" itu dispekulasi ditujukan kepada beberapa tokoh negara, termasuk Mahathir.

Sejak tampil kali pertama dalam bidang seni suara pada 1995, penyanyi serba boleh itu telah menghasilkan 16 buah album dan menggondol lebih 200 anugerah dalam bidang muzik.

Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu juga mengasaskan produk kecantikan berjenama SimplySiti. 


1MDB: DAP gesa polis siasat segera Jho Low dan Najib

Posted: 15 Apr 2015 04:17 AM PDT

najib-jho-low

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyeru Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan penuh dan lengkap tanpa rasa takut atau pilih kasih untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal hutang RM42 bilion 1MDB.

"Mengapa (ahli perniagaan) Jho Low dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dipanggil oleh polis untuk dijalankan siasatan ke atas mereka, tanpa rasa belas kasihan seperti yang mereka lakukan terhadap pemimpim pembangkang dan aktivis?" soalnya.

Tony berkata, Low tidak boleh 'cuci tangan' daripada kontroversi yang melibatkan dirinya berhubung hutang 1MDB berbilion ringgit walaupun mendakwa tidak terlibat.

Katanya, tindakan Low yang menyalahkan prestasi teruk 1MDB ke atas bahu Najib hanya separuh benar.

Low dipetik menyatakan bahawa tanggungjawab itu dipikul Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

"Malah, adalah menarik dan memberi gambaran jelas bahawa dia seolah-olah tahu keputusan dalam 1MDB telah dibuat melalui 'resolusi pemegang saham', yang ditandatangani oleh menteri itu sendiri.

"Tapi Low hanya separuh benar, kerana dia juga tidak boleh 'cuci tangan' dalam isu 1MDB, terutama selepas pelbagai email yang melibatkan dirinya, PetroSaudi dan 1MDB didedahkan," katanya dalam satu kenyataan.

Low dalam wawancara bersama majalah kewangan antarabangsa Euromoney dilaporkan berasa kecewa dipersalahkan sebagai punca skandal kewangan 1MDB.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya semestinya adalah 'orang paling dungu' jika memperoleh hasil wang kerajaan dan membelanjakannya untuk parti mewah.

Low dalam temubual di Hong Kong itu turut menyalahkan UMNO kerana menjadi dalang cuba memutarbelitkan isu

Sarawak Report baru-baru ini mendedahkan bahawa Low merancang usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi pada 2009 bagi melarikan AS$700 juga dari syarikat pembangunan strategik itu.

PetroSaudi juga didakwa dijadikan sebagai alat apabila syarikat Good Star yang dikawal Low menerima AS$160 juta (RM589 juta).

Pendedahan tersebut sekaligus memaksa Najib mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa akaun 1MDB yang kemudian perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Najib dalam satu temubualnya dengan UK Sunday Times kemudiannya mendakwa beliau tidak terlibat dalam operasi harian 1MDB.

Beliau juga dalam jawapan bertulis di Parlimen bulan lalu, cuba membersihkan nama Low dengan mengatakan bahawa ahli perniagaan itu tidak mempunyai kaitan dalam sebarang urus niaga dan keputusan 1MDB.

"Adalah amat lucu untuk melihat bagaimana protagonis kini cuba untuk menyalahkan antara satu sama lain mengenai bencana besar 1MDB yang mengumpul hutang berjumlah RM42 bilion," sindir Tony. – Roketkini.com


'Tuntut siasat Jho Low petanda ada tak kena'

Posted: 15 Apr 2015 04:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tuntutan Pemuda Umno supaya Putrajaya menyiasat ahli perniagaan Jho Low, telah mengundang persoalan sama ada beliau mempunyai peranan dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata PKR.

Ini kerana Putrajaya sentiasa bertegas bahawa tidak berlaku salah laku dalam 1MDB dan Low tiada apa kaitan dengan syarikat itu atau perjalanan kerajaan.

Oleh itu, ia dilihat sebagai aneh apabila Pemuda Umno sekarang menuntut Putrajaya meneliti 1MDB dan Low, terutamanya selepas taklimat tertutup Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak kepada pergerakan itu pada hari Isnin, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Saya tidak tahu apa yang Najib beritahu Pemuda Umno. Mungkin, beliau beritahu mereka sesuatu yang berbeza daripada apa yang diberitahu kepada orang ramai," kata Tian Chua.

Tuduhan berkaitan pengaruh Low terhadap Putrajaya telah dicetuskan semula oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menulis mengenai perkara itu dalam blog beliau pada 2 April.

Edisi April Euromoney menyiarkan temu bual dengan Low, di mana beliau mendakwa beliau kini menjadi kambing hitam di atas kegagalan 1MDB dan menjadi mangsa "pakar putarbelit" Umno.


Malaysiakini kekal no 1 bagi bulan Februari

Posted: 15 Apr 2015 04:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Malaysiakini, portal berita bebas utama di negara ini, mengekalkan kedudukan nombor satu sebagai laman web berita paling dilayari melalui komputer di rumah dan tempat kerja bagi bulan kedua berturut-turut tahun ini.

Menurut laporan comScore MMX ™ untuk bulan Februari 2015, Malaysiakini.com mengekalkan kedudukan teratasnya dalam kategori laman web 'berita dan maklumat' dengan sejumlah 1.17 juta pelawat unik bulanan, turun daripada 1.25 juta dalam bulan Januari.
 
The Star Online di tempat kedua dengan 1.07 juta pelawat unik, manakala The Malaysian Insider di tempat tiga dengan 957,000 pelawat unik.

Laman utama lain termasuk portal berita berbahasa Melayu ialah masing-masing Harian Metro, Sinar Harian dan diikuti Berita Harian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, pembacaan berita dalam talian terus berkembang di Malaysia dan di tempat lain.

"Dengan pertumbuhan besar dalam bidang mudah alih, ia menjadi jelas bahawa laman-laman web kini menguasai agenda berita," katanya.

Sementara itu, jumlah penonton KiniTV Malaysiakini telah meningkat dua kali ganda sejak 12 bulan yang lalu, untuk mencapai 393,000 pelawat unik.

Dalam perbandingan di kalangan portal berita video dalam kategori yang sama, KiniTV kini membayangi peneraju pasaran, Astro Awani, yang menarik 396,000 pengunjung.
                                              
Ketua Pegawai Eksekutif KiniTV, Yong Kai Ping berkata ia ekoran pencapaian luar biasa hasil dedikasi pasukan kecilnya dengan 13 tenaga kerja.

Pasukan itu bersama-sama menyumbang, bukan sahaja klip video pendek mengenai peristiwa penting, tetapi juga siaran langsung dan muat naik video serentak, untuk membolehkan penonton terus "merasai" berita yang dilaporkan.

KiniTV mencatatkan jumlah tontonan yang kedua tertinggi dalam bulan Februari. Ia mencecah rekod 8.6 juta tontonan video pada bulan Mac, mengatasi rekod sebelum ini 7.21 juta ketika pilihan raya umum kelima pada 2013.
   
KiniTV telah memulakan buletin berita harian sejak beberapa minggu yang lalu dan ia akan mengadakan satu siri 'talk show' pada bulan-bulan akan datang.

comScore, yang mengeluarkan laporan bulanan, akan mengumumkan keputusan bagi bulan Mac pada akhir bulan depan. Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu merupakan peneraju global dalam analisis media digital.


Menteri: Kadar Internet akan turun hingga 57%

Posted: 15 Apr 2015 04:03 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kerajaan mengumumkan, pengguna bakal menikmati kadar bayaran lebih rendah untuk penggunaan Internet jalur lebar.

Laporan The Star Online menyebut, ia melibatkan pengurangan antara 10 peratus hingga 57 peratus bagi kadar tertentu.

Beliau memberi contoh pakej jalur lebar mudah alih dengan had data 1GB dengan frekuensi 3G akan dikenakan harga RM25 sebulan.

Pakej jalur lebar talian tetap 1Mbps pula akan bermula pada kadar RM38 sebulan, katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata, ia bakal berkuatkuasa dalam tempoh dua bulan.

Pada masa ini, penyedia jalur lebar terbesar di Malaysia, TM menawarkan pakej Streamyx 1.Mbps dengan kadar sehingga RM104.94 sebulan bagi talian tetap.
 
 

PKR bidas cubaan Khairy perkecil #KitaLawan

Posted: 15 Apr 2015 04:00 AM PDT




Tian Chua  
Tian Chua


PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Tian Chua membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar  semalam yang disifatkan cuba memperkecilkan gerakan #KitaLawan.

Menurutnya, gerakan #KitaLawan berjaya menggerunkan kerajaan apabila semua isu bercantum dan digabungkan untuk diperjuangkan.

"Saya rasa dia tak tahu apa-apa tentang...sudah tentu kita tak boleh bandingkan. Kita tak pernah bandingkan tapi ia perjuangan yang berterusan dan jika ada sesiapa yang fikir bilangan #KitaLawan lebih kecil berbanding reformasi 1998, saya rasa lebih baik lihat kembali gambar-gambar (himpunan #KitaLawan).

"Hari ini, #KitaLawan adalah kesinambungan perjuangan di mana pelbagai gabungan isu telah bercantum semula dalam #KitaLawan.

"Saya nampak sebenarnya ini lagi ditakuti Umno dan BN sekarang. Jadi, cubaan Khairy untuk memperkecilkan #KitaLawan hanya mendedahkan ketakutan Umno," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Semalam, Khairy menyebut bahawa suasana reformasi pada tahun 1998 berkali ganda lebih dahsyat berbanding #KitaLawan yang berlaku sejak Anwar kembali dipenjara, Februari lalu.

Dalam pada itu, menurut Tian Chua, #KitaLawan mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia ekoran isu yang diperjuangkan berkait dengan rakyat.

"Pada 1998, orang bukan Melayu tidak terlibat dan tidak mengetahui tentang reformasi pada ketika itu. Tapi, pada hari ini, #KitaLawan libatkan pelbagai kaum dari semua lapisan masyarakat.

"Kebanyakannya orang muda. Bukan hanya kerana Anwar atau satu dua isu tetapi banyak isu yang berkaitan dengan hidup mereka seperti GST, menentang POTA, POKA...rasuah," katanya.



MH370: Carian dalam air mungkin selesai Mei

Posted: 15 Apr 2015 03:58 AM PDT

SINAR HARIAN

MH370
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pencarian dalam air pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi, mungkin akan diselesaikan pada Mei.
 
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang menyelia operasi pencarian, dalam satu kenyataan memaklumkan buat masa ini, lebih 60 peratus daripada kawasan carian telah diterokai.
 
Bagaimanapun, menurut JACC, sasaran itu dibuat dengan harapan agar tidak berlaku kelewatan melibatkan keadaan kapal, peralatan dan cuaca.
 
"Kerja-kerja kami akan terus dijalankan secara menyeluruh dan teratur, jadi kadang kala kemajuan setiap minggu mungkin kelihatan lambat.
 
"Kami akan pastikan bahawa kerja-kerja akan berterusan dan menyasar untuk mencari MH370 secepat mungkin," menurut JACC.

Sementara itu, JACC berkata kapal yang disewa oleh Malaysia-Australia, Fugro Discovery kini berada di kawasan carian dan sedang menjalankan operasi mencari dalam air meskipun mengalami sedikit 'gangguan' disebabkan kabel bekalan kuasa pada hari kedua berada di lokasi.
  
"Masalah ini telah diatasi dan operasi mencari disambung semula pada malam 12 April," katanya.
  
Dalam pada itu, kapal GO Pheonix dan Fugro Equator, dijangka tiba esok dari Pelabuhan Fremantle, menurut JACC.
  
Kapal lain, Fugro Equator dijangka tiba pada Jumaat (16 April) dan jika cuaca baik, kapal berkenaan akan menjalani ujian kalibrasi sambil bergerak ke kawasan carian.

"Keadaan laut dalam kawasan utama carian dijangka antara dua hingga enam dalam minggu depan. Sisa siklon luar Tropika Joalane kemungkinan boleh merentasi kawasan carian dalam beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, JACC berkata, kapal yang disewa oleh Malaysia-Australia, Fugro Discovery kini berada di kawasan carian dan sedang menjalankan operasi mencari dalam air meskipun mengalami sedikit 'gangguan' disebabkan kabel bekalan kuasa pada hari kedua berada di lokasi.

"Masalah ini telah diatasi dan operasi mencari disambung semula pada malam 12 April," katanya.

Dalam pada itu, kapal GO Pheonix dan Fugro Equator, dijangka tiba esok dari Pelabuhan Fremantle, menurut JACC.

Kapal lain, Fugro Equator dijangka tiba pada Jumaat (16 April) dan jika cuaca baik, kapal berkenaan akan menjalani ujian kalibrasi sambil bergerak ke kawasan carian.

"Keadaan laut dalam kawasan utama carian dijangka antara dua hingga enam dalam minggu depan. Sisa siklon luar Tropika Joalane kemungkinan boleh merentasi kawasan carian dalam beberapa hari lagi," katanya. - Bernama


Pas tolak Wan Azizah, Guan Eng ikut PKR

Posted: 15 Apr 2015 03:57 AM PDT

SINAR HARIAN

PRK Permatang Pauh
 
 
 
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Parlimen Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

"Saya fikir PKR akan tentukan sama ada ini adalah pendirian rasmi Pas atau tidak. Biar PKR selesaikannya. Calon belum diumumkan lagi, jadi tunggulah, " katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang laporan akhbar hari ini yang memetik Ketua Penerangan Pas kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad sebagai berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

PRK itu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon  25 April manakala pengundian awal 3 Mei. - Bernama


PKR bantu calon PAS di Rompin

Posted: 14 Apr 2015 06:55 PM PDT

Oleh: HAFIZAN TAIB


KAJANG: PKR akan membantu calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin, pada 5 Mei ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan  Ismail berkata, PAS dijangka meletak calonnya kerana parlimen berkenaan ditandingi parti itu pada pilihan raya lalu.

spr"Kita akan bantu terutamanya PKR di Pahang. Kita akan mengambil bahagian dalam memastikan sokongan padu dan kuat pada calon kita di Rompin," katanya dalam sidang medi,  di sini, hari ini.

Parlimen Rompin diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) apabila penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.-NFN-


APA KES? PKNS jayakan proses penempatan baharu Kampung Mujahidin

Posted: 14 Apr 2015 06:52 PM PDT

Oleh:HAFIZAN TAIB


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menjalankan proses pembangunan kawasan perumahan baharu penduduk Kampung Darul Mujahidin, Teluk Panglim Garang.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, satu kawasan sesuai dikenal pasti bagi tujuan itu bersebelahan Taman Sijangkang Jaya, dekat sini.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah memutuskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini supaya projek itu diserahkan kepada PKNS dan dalam proses melihat semula kawasan untuk pembangunan termasuk sebahagiannya bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

terlalu dekat kawasan kilang dan perumahan"Saya kira PKNS sedang dalam proses menyiapkan pelan pembangunan untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri.

"Insya Allah, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana PKNS juga banyak terbabit dalam program perumahan Selangorku," katanya kepada Selangor Kini.

Penduduk Kampung Darul Mujahidin perlu berpindah ke penempatan baharu apabila kawasan diduduki kini bertukar status kepada zon industri, sejak awal 1990.

yunusBeberapa perbincangan pernah diadakan sejak 2009, namun sehingga kini tiada keputusan dicapai untuk perpindahan itu.

Ahmad Yunus berkata, pembangunan sebelum ini tidak dilakukan apabila WorldWide Holdings Berhad (WorldWide) gagal mencapai keputusan bagi tujuan itu.

"Kita akhirnya menyerahkan kepada PKNS dan kini menunggu jawapan daripada WorldWide untuk penyerahan semula," katanya.-NFN-


Jika Sedia Bertanding Timb Presiden, Mengapa Tidak Untuk Parlimen Rompin?

Posted: 14 Apr 2015 06:46 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

PAS akar umbi mahu Tuan Ibrahim calon Rompin, kata akhbar

Ahli PAS di peringkat akar umbi menyifatkan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man calon paling layak memberi saingan hebat kepada Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin, lapor Sinar Harian.

Ahli PAS Muadzam Shah Sofet Abdul Halim berkata, bagi PRK Rompin yang dijadualkan 5 Mei ini, akar umbi parti Islam itu tidak melihat soal pemilihan calon yang mengutamakan anak tempatan.

Namun, katanya, keputusan PRK itu nanti bergantung kepada kekuatan calon tersebut.

"Calon paling tepat Tuan Ibrahim," katanya merujuk naib presiden PAS itu.

"Jika tidak boleh, biar pemimpin pusat yang bertanding, seperti Salahuddin Ayub atau Dr Mohd Hatta Ramli.

"Kalau hendak berlawan bertinju biarlah berlawan dengan orang yang mahir bertinju, jika tidak siap sedia usung keluar gelanggang sahaja," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Sementara itu yang dipertua PAS Rompin Nazri Ahma‎d berkata, sebelum Januari lalu, kepimpinan kawasan memberi 2 nama kepada PAS negeri sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, 2 nama berkenaan membabitkan tokoh yang dikenali masyarakat setempat.

"Kemungkinan ia (nama calon) akan bertambah atau berkurang setelah diteliti kepimpinan negeri sebelum dibawa ke pusat," katanya.

Nazri pada masa sama menolak khabar angin mengatakan ‎beliau akan menjadi calon walaupun ada yang mencadangkan namanya, mengatakan beliau belum bersedia dan mahukan calon yang kuat membolehkan PAS beroleh kemenangan.

Beliau percaya terdapat beberapa isu nasional yang bakal mempengaruhi undi yang boleh memberi kelebihan kepada ‎PAS.

Antaranya, beliau berkata, membabitkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan isu kenaikan harga barang.

"Saya harap masyarakat tidak terbuai atau terleka sebaliknya memberi undi kepada PAS sebagai simbolik membantah isu yang membebankan rakyat.

"Populasi penduduk tanah rancangan Felda juga agak besar di sini yang melibatkan 17 kawasan kesemuanya. Isu kejatuhan saham FGV dan harga sawit rendah turut boleh mempengaruhi undi para peneroka," katanya.

Manakala, Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat semalam memutuskan akan mengumumkan calon mereka pada 20 April ini.

Menurut Sinar Harian, mesyuarat tersebut memutuskan Tuan Ibrahim sebagai pengarah jawatankuasa parti bagi PRK tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memutuskan bertanding di Parlimen Rompin kerana ia merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

Selain itu katanya, PAS juga bersetuju membantu calon PKR dalam PRK Permatang Pauh walau siapa pun yang akan dinamakan.

"Kita juga akan meletakkan jentera bagi membantu PKR di PRK Permatang Pauh diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu," katanya. –TMI

ULASAN GB

Tuan Ibrahim perlu menunjukkan kejantanannya untuk bertanding di Parlimen Rompin.

Beliau sudah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk melawan Mohamad Sabu semenjak belum mendapat sebarang pencalonan lagi.

Dan hasil dari kerja-kerja golongan pro-UG yang berjaya mencalarkan imej-imej kumpulan progresif dalam PAS, kini beliau telah memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan, justeru, Allah membuka ruang untuk beliau betul-betul tunjukkan keberanian dan kejantanan dengan kekosongan sebuah kerusi parlimen di Pahang iaitu di Rompin.

TITM sewajarnya menggunakan ruang itu untuk membuktikan bahawa beliau bukan sahaja pemimpin parti tetapi pemimpin untuk semua - sekurang-kurangnya untuk masyarakat Rompin, sebuah parlimen di negeri yang beliau menjadi Pesuruhjayanya.

Apakah TITM dan sekalian yang bergelar ulama hanya mahu bertanding di kerusi-kerusi yang selamat?

Jangan nanti ditempelak orang hanya bertaring di gelanggang sendiri tetapi bacul dan menggelupor di tengah padang....


Pondan Tawar Seks Kepada Anggota Polis Dipenjara

Posted: 14 Apr 2015 06:40 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR  - Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis, seorang jurumekap sambilan dipenjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd. Rehan Mohd. Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Alzival Ebno, 23, setelah dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Zaki Hushariq Husin di kaki lima hadapan kedai My News.com Jalan P. Ramlee, Dang Wangi di sini pada 12.50 tengah malam, 12 April lalu.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut mulai tarikh dia ditangkap pada 12 April lalu dan jika gagal membayar denda itu dia boleh dipenjara sebulan. Dia membayar denda itu.

Alzival yang hadir ke mahkamah dengan memakai skirt dan rambut disanggul, didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa ditawarkan perkhidmatan seks oleh tertuduh ketika dia sedang menyamar sebagai orang awam di Jalan P. Ramlee selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan lelaki yang berpakaian seperti wanita di kawasan itu.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam, Zulkifli Awang, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu serta enam orang adiknya dan ini merupakan kali pertama tertuduh melakukan kesalahan itu kerana kesempitan hidup.

Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kegiatan pelacuran adalah satu kesalahan serius.


Tak tahulah kalau rakyat masih belum serik

Posted: 14 Apr 2015 05:51 PM PDT



Oleh Zulkifli Yahaya 



"RAKYAT perlu sedar bahawa apabila Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan maka Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak tahun 1972 dan 1975 akan dimansuhkan.

Ini bermakna pengguna hanya perlu bayar cukai pada kadar 6 peratus bagi barangan dan perkhidmatan tertentu mengikut kadar penggunaannya di bawah sistem GST, berbanding 16 peratus bagi SST. Perubahan sistem ini dijangka akan mengurangkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran."

Itu yang kerajaan canangkan ke seluruh pelosok negara sebelum pelaksanaan GST pada 1 April 2015. Malah Menteri Penerangan Dato' Ahmad Maslan dengan penuh keyakinan berkali-kali menerangkan umumnya rakyat Malaysia akan nikmati penurunan harga barangan dan perhidmatan selepas pelaksanaan GST.

Tanggal 1 April 2015, media sosial diviralkan dengan resit belian rakyat Malaysia berbelanja dan terkena GST.

Tiada penurunan. Masingmasing memaparkan imej resit GST dengan penuh sinis terhadap kerajaan BN. Sumpah seranah yang dihamburkan usah dikira banyaknya.

Pada tarikh tersebut juga, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak hilang kehormatan dirinya. Bayangkan halaman Facebook Najib Razak yang mempunyai penggemar 2.7 juta, dicemari dengan kutukan bertalu-talu rakyat yang marahkan pelaksanaan GST.

Kemarahan utama rakyat terhadap Najib dan kerajaan BN ekoran pelaksanaan GST adalah kerana penipuan kerajaan. Umum rakyat tidak berminat untuk menghitung peratus SST atau GST. Ramai yang tidak minat matematik.

Mereka percaya apabila diberitahu kehadiran GST akan menyebabkan harga barangan turun. Malangnya harga barang naik. Pergi berbelanja di pasaraya, kedai runcit, restoran, kedai minyak – semua tempat ada GST. Maknanya mereka kena bayar lebih. Mana cakap menteri bahawa harga barang turun?

Kesan dari kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat GST akan menyebabkan berlaku lagi kenaikan harga pada peringkat kedua. Kenaikan harga minyak yang sedikit pun boleh jadi alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang lain. Apatah lagi pelbagai barangan dan perkhidmatan lain yang menjadi kos/modal mereka. Ramalan penganalisis ekonomi bahawa berlaku inflasi yang tak dapat dielakkan dalam tempoh beberapa tahun pertama pelaksanaan GST akan jadi kenyataan.

Di luar bandar rakyat tertekan dengan kejatuhan harga getah, padi yang berpenyakit dan kemerosotan hasil pertanian.

Para peniaga besar tertekan dengan kejatuhan nilai Ringgit. Kos sara hidup rakyat terus bertambah. Rakyat Malaysia umumnya sedang hidup dalam tekanan dan himpitan.

Tekanan terhadap rakyat berlaku di tengah-tengah pemimpin negara boros berbelanja. Perdana Menteri baru saja meraikan perkahwinan anak perempuannya. Majlis perkahwinan berkonsepkan bunga-bungaan itu dijangka menelan belanja jutaan ringgit.

Siapa yang membiayainya? Rakyat baru saja didedahkan dengan pembelian jet peribadi yang langsung tiada keperluan di saat ini kerana jet sedia ada masih elok untuk digunakan.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Rafizi Ramli, kerajaan membayar RM109 juta lebih mahal untuk membeli jet tersebut. Katanya, kos keseluruhan RM564 juta bagi pesawat model ACJ320 itu adalah lebih tinggi daripada harga sebenar jika dibeli terus dari pemilik asalnya Air Luther AG.

GST dipaksakan untuk rakyat di saat terbongkarnya skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Hutang 1MDB sahaja didakwa mencecah RM42 billion.

Rafizi Ramli mendedahkan anak syarikat 1MDB melaburkan sejumlah RM3.81 bilion daripada RM4 bilion dipinjam dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

New York Times, London Times dan Sarawak Report melaporkan Jho Low terlibat dalam pengurusan berbilion ringgit duit 1MDB. Tun Dr Mahathir dengan sinis melontarkan pertanyaan, siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Najib.

Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Najib.

"Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapor membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta ringgit.

Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi," cerita Tun. Banyak lagi kong kalikong di sebalik 1MDB yang sehingga kini tidak terjawab

Penentangan terhadap skandal dan penyelewengan kerajaan BN dijawab dengan tekanan Akta Hasutan.

Mereka memperkudakan polis untuk bertindak terhadap para pemimpin yang lantang bersuara. Sederet pemimpin Pakatan Rakyat telah disumbat ke lokap dan digari. Mereka dilayan seperti Botak Chin.

Dengan bertindak demikian, mereka percaya rakyat takut untuk bangkit menyatakan kebenaran – pemikiran yang barangkali menyamai Bintang Tiga sewaktu berkuasa selama tiga bulan sepuluh hari. Di tengah keangkuhan itu BN lupa bahawa mereka sudah tiada mandat dua pertiga di parlimen.

Lupa juga bahawa sokongan yang diterima dari rakyat Malaysia pada PRU13 lalu cuma minoriti, iaitu 47 peratus.

Kini GST benar-benar menyesakkan nafas rakyat di tengah-tengah kecurangan kerajaan yang memerintah negara. Jika situasi ini berlaku di negara demokrasi lain, selain Malaysia, maka kerajaan yang memerintah sudah ditumbangkan. Di sini, kerajaan belum tentu tumbang. Dengan duit GST yang "disamun" dari rakyat, BN akan kembali menyumbat mulut rakyat dengan BR1M atau pelbagai bantuan lain menjelang PRU.

Adakah kali ini, di zaman makin ramai rakyat yang cerdik BN boleh menipu lagi untuk mendapatkan sokongan. Adakah rakyat masih belum serik dengan pelbagai penyeksaan yang dikenakan oleh pemerintah terhadap mereka?

Bekas Perdana Menteri sendiri, Tun Mahathir, membayangkan bahawa Umno-BN akan kalah PRU14. Maknanya dia sendiri yakin bahawa parti yang memerintah sangat teruk. Dalam catatan sejarah Malaysia, selama 22 tahun memimpin kerajaan pelbagai kebejatan berlaku.

Hari ini orang yang melakukan kebejatan itu sendiri menolak kepimpinan kerajaan yang ada.

Takkanlah dalam situasi tersebut rakyat biasa masih belum mahu sedar-sedar juga? Cukupcukuplah lebih separuh abad menyokong BN wahai sebahagian besar orang Melayu. Kuaklah longkong tempurung yang selama ini menutup pemikiran tahu. Sekurang-kurangnya sedar bahawa derita kamu adalah kerana BN.

Orang Cina ni curi duit, habiskan dengan alkohol, sindir Jho Low

Posted: 14 Apr 2015 05:48 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Ahli perniagaan Jho Low berkata sekiranya dia menggunakan wang Putrajaya untuk berparti, dia seorang yang 'paling dungu'. – Gambar ihsan YouTube, 14 April, 2015.Ahli perniagaan Jho Low berkata sekiranya dia menggunakan wang Putrajaya untuk berparti, dia seorang yang 'paling dungu'. – Gambar ihsan YouTube.























Apabila gaya hidupnya yang gemar berparti termasuk gambar dengan selebriti Hollywood Paris Hilton tersebar, ahli perniagaan Low Taek Jho kecewa dipersalahkan sebagai punca skandal kewangan syarikat pelaburan kewangan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Low, yang dikenali sebagai Jho Low, bagaimanapun berkata, beliau semestinya adalah "orang paling dungu" jika memperoleh hasil wang daripada kerajaan Malaysia dan membelanjakannya untuk parti mewah.

"Disebabkan gambar saya dan Paris Hilton berparti, kamu jadikan isu Bumiputera: 'Oh, orang Cina itu curi semua duit dan bazirkannya dengan alkohol'.


"Saya fikir saya tentunya orang paling dungu, jika saya dapat wang kerajaan dan belanja sesuka hati, itu perkara paling dungu," katanya dalam temubual dengan majalah kewangan Euromoney edisi
April. Katanya, dirinya menjadi mangsa politik Malaysia apabila dijadikan sasaran utama, sedangkan pihak lain yang bertanggungjawab terlepas daripada tindakan.

"Ada ramai yang terlepas dengan projek berbilion itu. Tetapi setiap kali berlakunya serangan politik, wow, sekali lagi Jho Low terlibat."

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dirinya terpaksa bersuara kerana berasa isu 1MDB semakin mengarut.

"Mereka menuding jari ke arah saya seolah-olah cuba mengatakan: 'Ini semua salah anak muda Cina ini. Disebabkan dia, 1MDB gagal kerana dia yang menasihati PM dan sekarang semuanya gagal'."

Low pada Mac lalu menafikan dirinya di sebalik 1MDB dan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penipuan dalam syarikat.

Dalam satu temu bual dengan South China Morning Post, Low berkata: "Saya mangsa politik tuduh menuduh Malaysia. Saya dijadikan sasaran."

Katanya, hala tuju 1MDB diputuskan dan diluluskan sepenuhnya mengikut rangka pentadbiran korporat, yang melibatkan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham.

"Jadi kenapa mempolitikkannya dan cuba menyalahkan saya sedangkan saya tidak ada kuasa membuat keputusan?"

Low ketika ditemu bual Euromoney di Hong Kong juga menyalahkan Umno yang menjadi dalang cuba memutarbelitkan isu.

"Orang Umno ini pakar putar belit, mereka tahu semua ini mengarut.

"Mereka asyik bercakap perkara sama tetapi saya kata: Perkara ini mudah, 1MDB ada satu badan lembaga, siapa pemegang sahamnya?."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

* The Edge Financial Daily akan menyiarkan wawancara penuh Euromoney dalam edisi akan datang. 

GST hadiah BN buat rakyat

Posted: 14 Apr 2015 05:44 PM PDT



Oleh AZAMIN AMIN 


KETIKA ini, semua sedang membelek harga. Lihatlah di mana-mana, sini sana bercerita. Tidak kurang yang menggelang kepala.Ada yang tidak dapat menahan, melepaskan geram di depan kauter bayaran. Bukan rekaan, semua babak ada di depan.

Tapi itu sedikit cubit pun tidak mencairkan atau mengertak kerajaan yang konon tegas dengan pendirian sama seperti tema, rakyat didahulukan.

Bantahan dibalas dengan tangkapan. Tidak sedikit pun menjadi kuman bahkan kerajaan Barisan Nasional yang menang di Persekutuan, tetap pertahan 'good and service tax' (GST) untuk kemudahan dan keuntungan buat rakyat di masa depan.

Seperti 'pekak badak', segala rintihan hanya dibakul sampahkan.

Tidak cukup dengan itu, mempromosi di dalam iklan, GST untuk kebaikan.

Sesekali membuat ugutan dan ancaman, kerajaan akan rugi dan kurang pendapatan.

Siapalah, rakyat marhaen yang keluh kesah mahu diberi perhatian.

Tiap kali dasar kerajaan yang dilaksanakan tanpa mengendah rungutan, akhirnya rakyat yang menanggung beban. Rakyat yang telah membuat pilihan, kononnya BN menjaga kebajikan.

Natijahnya, janji manis hanya di pinggiran.

Kalau rakyat, yang dilabel seperti tidak tahu apa-apa dengan pendirian dan hala tuju kerajaan, tokoh ternama dan yang pernah mentadbir negara telah memberi amaran dan membuat permintaan. Itu pun tidak dipedulikan di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Tangguh demo rakyat

Tangguhkan GST demi rakyat, kata bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang arif ekonomi itu. Tidak cukup dengan itu, amaran mantan Perdana Menteri yang berpengalaman, Tun Dr Mahathir, jika GST dilaksanakan maka undi rakyat menjadi taruhan.

Semua telah meluahkan. Seperti melukut di tepi gantang. Tidak menjadi kesan.

Maka April, diucapkan selamat datang kepada rakyat, bulan beban berganda muncul dengan suasana yang dukacita dan sengsara. Tarikh keramat kerajaan BN melancarkan GST untuk kepentingan dan kewangan.

Sebelum tarikh kejadian, rakyat sudah dibebani pelbagai tanggungan. Minyak naik, barang naik. Minyak turun, barang kekal naik. Dan naik lagi sebelum GST dilaksanakan.

Sebelum dilancarkan, bagai menggila, tambang pengangkutan pula mengikut sama.

Kereta api, teksi dan bas meletakkan tambang tinggi.

Alasan ilmu hisab mudah, kos semakin naik. Kos naik, gara-gara GST akan muncul, membawa wabak yang cukup derita.

Di tengah-tengah gawat, GST bakal menyapa, di kala rakyat bersusah payah mencari dana dan menampung keluarga, kerajaan tanpa cebis rasa segan silu, membeli kapal terbang peribadi untuk keselesaan, pemimpin yang dikasihi. Ubah suai sahaja, menelan belanja RM28 juta, apatah lagi harga membelinya.

Di kala kepala ramai yang pusing, IMDB membuat rakyat semakin pening. Duit kerajaan, dilabur bilion ringgit dan lebur dalam jumlah yang sama. Hutang dan wang entah ke mana.

Bekas Menteri Pelancongan dan Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadhil juga mula bersuara kecewa dengan kerajaan sedia ada, meminggirkan rakyat luar bandar dan hairan bagaimana bilion ringgit diserah pada hanya seorang yang dipercayai yang akhirnya menjadikan kerajaan rugi.

Seksa rakyat tak tertanggung lagi. Susu bayi dari RM17.90 naik sehingga RM19.80. Khidmat keluaran duit sendiri pun dikenakan GST. Telefon bimbit dan kad prabayar naik harga.
Buku untuk pelajar. Komputer riba dan segala kelengkapannya juga turut serta.

Pertanyaan dibalas tangkapan

Rakyat sudah tidak betah. Bertanya soalan kepada kastam yang menetapkan harga kenaikan. Barang murah, rakyat susah tetap naik harga.

Sardin, mee segera tanpa kecuali. Jawapan diharap dari atas tangga, melayan rakyat di bawah sana. Gagal menjawab, rakyat membantah.

Natijahnya, hadiah berganda, rakyat ditahan dan diancam dengan segala jenis akta yang mula disalahguna kuasa.

Penyudahnya, rakyat juga merana disoal dan diletakkan di penjara.

Terdahulu, sebelum GST, rakyat sudah mengeluh. Masakan tidak, pengurangan subsidi oleh kerajaan terhadap barang keperluan dan bahan bakar yang selama ini dikecapi rakyat.

GST pula muncul dan akan menambah beban kehidupan rakyat terutamanya kepada golongan menengah dan golongan miskin di bandarbandar dan di luar bandar di seluruh negara.

Lafaz pemimpin negara yang menyatakan negara sedang menuju ke arah negara maju itu sukar diterima oleh rakyat apatah lagi ketirisan demi ketirisan wang negara dari saban tahun malah 'hilang' begitu sahaja.

Yang bertanggungjawab tidak dihadapkan untuk menerima hukuman.

Ketirisan sebanyak RM28 bilion setahun sebagaimana yang dilaporkan oleh Lapuran Ketua Audit Negara tahun 2008, adalah contoh yang membuat rakyat merasa lemas.

Kini 2015, pelbagai ketirisan dan hutang yang yang semakin meningkat, rakyat yang dijadikan 'tebusan'. Harga yang mahal terpaksa dibayar rakyat, akibat penyelewengan wang kerajaan. Sesuatu yang sudah dimulakan, pasti sukar diundurkan semula. Sama seperti kebimbangan yang dizahirkan
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sukar ditarik balik sekiranya sudah dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi.

Rafizi dalam forum bertajuk 'GST Sejauh Manakah? Pelaksanaannya Menyelesaikan Krisis Ekonomi' berlangsung di Universiti Malaya menyatakan bahawa GST sangat tidak adil kerana golongan miskin mendapat kesan yang tidak seimbang seperti golongan kaya.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus pula menyokong penuh cadangan Persatuan Hospital Swasta (APHM) supaya kerajaan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST keatas ubat-ubatan, peralatan perubatan dan sumber perkhidmatan luar bagi hospital swasta.

Sebarang caj terhadap perkhidmatan dan barangan perubatan akan mengakibatkan kos perubatan akan turut meningkat dan ia akan menjejaskan kehidupan rakyat.

Ya, seperti sudah jatuh ditimpa tangga, rakyat yang menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan, berdepan pula dengan kadar caj yang tinggi berpunca dari GST.

Dengan kata kasar - anda tidak boleh sakit, jika tidak ada duit!

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakaria Abdul Rashid tidak menolak dengan inflasi yang meningkat secara konsisten mutakhir ini, pengenalan GST akan menekan rakyat.

GST, bukan sahaja dibahas pakar ekonomi, turut dibincang dari sisi agama. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Namun fatwa yang dibuat setelah dibentangkan dengan laporan kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapat pandangan kritis daripada pelbagai pihak.

GST haram?

Antaranya, Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menolak keharusan langkah itu, beliau sebaliknya berpendapat tindakan itu "haram" dilakukan.
Khairuddin merupakan doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata pelaksanaan GST tidak menepati syarat pengharusan cukai dalam Islam.

"Islam hanya membenarkan cukai untuk menampung keperluan negara, jika berlaku keperluan mendesak bukan akibat ketirisan dan pemborosan serta hanya untuk golongan berkemampuan,"katanya.

Dahulu, tawaran Pakatan Rakyat pada 2013, untuk mengurangkan harga minyak, menghapuskan tol dan lain-lain tawaran, ramai yang seolah-olah tidak percaya.

Ada yang berkata, kalau itu semua berlaku, dari mana kerajaan dapat mengumpul dana dan memberi kemudahan kepada rakyat semua.

Igauan ngeri berlaku lagi, setelah dipilih rakyat, BN menggunakan semahumahunya mandat, dengan 'menghadiahkan' pelbagai dasar secara berperingkat dan GST yang paling nyata dan paling dekat. Rakyat yang terima akibat!

Polis Pulau Pinang cari 'Milo'

Posted: 14 Apr 2015 05:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Milo' bagi membantu siasatan dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Sungai Nibong dan George Town.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata Milo atau Mohamad Hamizy Rosly (850925-07-5321) beralamat terakhir di 38-0 Jalan Bukit Dumbar, Jelutong.

Kes berkenaan berlaku sejak beberapa bulan lepas membabitkan rumah yang tidak berpenghuni sebagai sasaran dengan kerugian dianggar mencecah RM100,000.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki bernama Muhammad Fazli Hanafi, 23, bagi me bantu siasatan dalam kes menyamar polis dan menyamun berkumpulan warga asing di Teluk Kumbar pada 22 Mac lepas.

Lai berkata empat lelaki yang terbabit dalam kes itu sudah ditahan.

Alamat terakhir Muhammad Fazli ialah 2B-3-16 Mutiara Height Lintang Hajah Rehmah, Jelutong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Shanjeevan di talian 016-5347869 dan Insp Frediana Zillah (016-2562298) atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama


 

Mah: Gerakan akan kerja keras di Pmtg Pauh

Posted: 14 Apr 2015 05:37 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Parti Gerakan, melalui 3,000 ahlinya di Permatang Pauh akan bekerja keras dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata jentera pilihan raya parti akan menemui setiap pengundi di kawasan itu dan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai isu-isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Saya yakin prestasi kami di Permatang Pauh akan lebih baik. Walaupun kami bertanding di kawasan kubu kuat pembangkang, ia tidak bermakna kami tiada harapan untuk menang. Tidak ada apa yang mustahil dalam politik.

"Jika dahulu kami berjaya merampas kembali Teluk Intan, tidak mustahil juga boleh menang di Permatang Pauh... yang penting sekarang ialah semangat dan keazaman tinggi sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam.

Terdahulu, Mah yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri melawat kuil Wat Rajaphojong Thai Buddhist di sini dan meluangkan masa lebih 30 minit bertemu penduduk etnik Siam di Telok Wang, Kubang Semang, dekat Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.- Bernama


 

Seterusnya, Kita Lawan protes berbasikal pula

Posted: 14 Apr 2015 05:35 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Gerakan Kita Lawan akan turun ke jalanan lagi - kali ini melalui protes berbasikal di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini.

"Sebelum ini, apabila kami berkumpul (kami ditangkap) di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Perhimpunan Aman," kata anggota sekretariat Kita Lawan, Akmal Nasir.

Oleh itu, mereka akan menukar taktik dengan berbasikal pula, katanya dalam forum @Kini di Petaling Jaya malam tadi.

Katanya, protes dengan berbasikal itu akan bermula dari Dataran Kita Lawan di Jalan Raja Laut ke KLCC dan tempat-tempat lain dan butiran lanjut akan diumumkan hari ini.

Protes dengan berbasikal itu bukan sesuatu yang baru di Kuala Lumpur atau Malaysia.

Sekumpulan aktivis telah berbasikal beramai-ramai untuk menuntut disediakan lebih banyak ruang untuk berbasikal di jalan-jalan yang sibuk di bandaraya.

Pada tahun 2008, polis menahan beberapa aktivis yang mengambil bahagian dalam kempen Rangkaian Rakyat Tertindas (JERIT) dengan berbasikal ke seluruh Semenanjung untuk menegakkan hak pekerja.

Panelis lain dalam forum malam tadi ialah aktivis Abdul Malek Husin, Peguam Michelle Yesudas dari Lawyer For Liberty (LFL) dan Editor The Malaysian Insider (TMI), Amin Iskandar.


PRK Pmtg Pauh suntik nafas baru dalam Pakatan

Posted: 14 Apr 2015 05:31 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kedatangan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh telah menyuntik nafas  baru dalam Pakatan Rakyat apabila barisan pemimpin utamanya turunberamai-ramai di Guar Perahu malam tadi untuk melancarkan jentera pilihan raya kecil gabungan tersebut.

Pakatan pembangkang itu, yang dianggap oleh banyak pihak telah berpecah kerana ketegasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud, menyaksikan barisan pemimpinnya hadir malam tadi tanpa menunjukkan sebarang tanda permusuhan.

Malam tadi, semuanya dilupakan kerana DAP dan PAS berikrar untuk turun berkempen dalam pilihan raya itu yang akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April.

MP Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa yang mewakili PAS - dalam ucapannya - memberi jaminan bahawa PAS "101 peratus" di belakang calon PKR.

Beliau menolak dakwaan bahawa PAS bersekongkol dengan Umno, kerana Umno menyokong langkah parti itu untuk melaksanakan pindaan kepada kanun jenayah syariah di Kelantan.

Mujahid juga menyangkal laporan media yang mendakwa PAS telah diminta membantu Umno di Permatang Pauh.

Sebaliknya, Mujahid berkata, PAS tetap komited dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.


Air mata Wan Azizah
 
Jentera pilihan raya kecil Pakatan dilancarkan dengan kibaran bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan dan pengisytiharan awam untuk meneruskan gerakan Reformasi.
 
Kedua-dua ketua kerajaan Pakatan - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap setiausaha agung DAP dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selaku timbalan presiden PKR, turut hadir di majlis malam tadi.
 
Bagaimanapun, tumpuan ialah pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang disebut-sebutkan akan dipilih sebagai calon partinya untuk bertanding di Permatang Pauh.
 
Mengiringi beliau adalah barisan pemimpin Pakatan dari negeri-negeri.
 
Beliau menggesa pengundi membantu PKR mengekalkan kerusi itu yang menurutnya telah dirampas secara tidak adil dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Suaminya kehilangan kerusi tersebut selepas keluarganya gagal dalam permohonan pengampunan terhadap sabitan tuduhan liwat ke atas Anwar dan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari lalu.
 
 

Tiada ulasan: