Sabtu, 11 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pelajar universiti tak puas hati penerangan GST Ahmad Maslan

Posted: 11 Apr 2015 07:43 AM PDT

OLEH YASMIN RAMLAN


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bercakap dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, pelajar tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bercakap dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, pelajar tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal



Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hadir pada satu taklimat program cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Ahmad Maslan yang disifatkan tidak menjawab persoalan mereka mengenai pelaksanaan cukai tersebut.

Tetapi sebaliknya kata mereka, timbalan menteri kewangan itu seperti menghentam pihak pembangkang pada sesi soal jawab bersama pelajar UiTM Shah Alam itu.

Pelajar Fakulti English Professional dan Communications, Maziah Mazli, 21, berpendapat, Ahmad tidak menjawab soalan yang dibangkitkan dan memberi penjelasan sebenar mengenai GST.


"Kerajaan mesti terangkan dulu (pada pelajar). Dia tak jawab soalan. Dia macam 'twist' (putar belit). Kami sebagai pelajar, kami nak tau apa sebenarnya GST. Kami tak dapat gambaran jelas apa itu GST.

 "Sejak pelaksanaan GST, terasa sangat kesannya, terutamanya top-up (kredit telefon bimbit) dan makan. Kerajaan macam tak ambil kira semua aspek. Kami tidak ada kemudahan untuk masak.

"Jadi, betul-betul bergantung kepada makanan yang disediakan universiti," katanya yang mengulas saranan Ahmad kepada mereka supaya selalu memasak dan tidak makan di luar untuk mengelakkan GST.

Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 April, 2015. Muhammad Shamil berkata GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal. Seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Muhammad Shamil, 20, pula mengatakan beliau tidak setuju dengan pelaksanaan GST dan jawapan Ahmad pula seperti menghentam pembangkang.

"Saya tengok menteri tadi lebih kepada nak hentam pembangkang daripada menjawab soalan. Masalah saya bukan GST, tapi pelaksanaan GST.

"Saya okey dia (Ahmad) datang ke sini, tapi dia tak menjawab soalan," katanya ketika ditemui selepas sesi itu yang diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pagi ini.

Muhammad mengatakan, GST membebankan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan susah.

Pada sesi soal jawab itu, Ahmad kerap menegaskan, sistem GST telus dan lebih baik berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan sebelum ini.

"Cukai perlu untuk tujuan ekonomi. Kalau bayar cukai, tolong pembangunan negara. Sistem SST yang dulu ada cukai atas cukai. Itu sebab kita buang SST itu, kerana ia membebankan.

"GST 6% tidak ada cukai atas cukai. Pengilang, pemborong dan peruncit boleh tuntut 6% tersebut kecuali pengguna," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia kini menyedari yang setiap sen itu berguna apabila mereka mula menyimpan resit setelah membuat pembelian barang sejak GST dilaksanakan 1 April lalu.

Salah seorang pelajar bertanya kepadanya, mengapa cukai tersebut dilaksanakan sedangkan ekonomi yang sedia ada tidak stabil dan ramai berpendapat ia membebankan.

Ahmad bagaimanapun menyelar kenyataan pelajar tersebut, mengatakan sistem SST yang membebankan dan bukannya GST, dan terus menyelitkan topik yang tiada mengena dengan soalan yang diajukan.

"Yang membebankan ialah SST, bukan GST. Ekonomi Malaysia sekarang stabil, bukan negatif. Pertumbuhan 4.5% hingga 5.5%, maksudnya bagus. Salah peniaga yang tidak beretika dah lama menaikkan harga barang.

"Seperti juga PAS yang cerita pasal hudud 1990, tapi DAP tak pernah nak faham-faham sejak 25 tahun, apa itu hudud.

"Macam, ada juga yang bila dengar Barisan Nasional (BN) terus 'switch off' (tak mahu dengar)," katanya yang mengibaratkan peniaga yang menaikkan harga itu seperti sengaja enggan memahami konsep GST.

Pada masa sama, beliau juga bertubi-tubi diajukan soalan yang "pedas" daripada pelajar yang salah seorangnya bertanya saranan kerajaan kepada rakyat supaya berjimat, sedangkan kerajaan tidak berbuat sedemikian, terutamanya isu membabitkan pembelian jet peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara itu, Ahmad berkata pembelian itu dibuat kerana jet kerajaan yang ada sering rosak dan kos membaikinya lebih mahal daripada kos pembelian jet baharu.

"Jet kerajaan itu kerap kali rosak. Kos penyenggaraan untuk baiki lebih tinggi. Jadi, beli (jet) baru untuk Agung, Sultan dan Najib. Bukan jet peribadinya (Najib)," katanya sambil memaklumkan yang harga pesawat MH370 ialah RM660 juta sementara harga jet baru itu RM400 juta.

Beliau juga menjelaskan, kerajaan menyokong GST kerana terdapat 169 negara melaksanakannya.
"Kerajaan buat apa yang baik dan betul. SST banyak kelemahan. Ada 169 negara yang melaksanakan (GST), sebab itu saya sokong," katanya.


GST buat rakyat makin sengsara, kata timbalan mursyidul am PAS

Posted: 11 Apr 2015 07:33 AM PDT

OLEH YASMIN RAMLAN


Peserta perhimpunan anti GST, Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur membantah cukai yang dilaksanakan sejak 1 April lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 April, 2015.Peserta perhimpunan anti GST, Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur membantah cukai yang dilaksanakan sejak 1 April lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.




























Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuatkan rakyat semakin sengsara kerana ia bukan saja dikenakan kepada golongan kaya, malah miskin juga, kata pemimpin PAS Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Menteri besar Kelantan itu berkata, dengan adanya GST, kezaliman secara tidak langsung berlaku terhadap rakyat yang memang sedia menanggung kesusahan.

"Kezaliman secara tidak langsung berlaku kepada rakyat yang sedia menderita atas sebab lain.


"Yang pertamanya ialah nilai mata wang kita jatuh. Wang kita jatuh. Untuk berbelanja di Thailand pun, sudah banyak bezanya. Dan kita juga sudah jatuh ditimpa tangga," katanya. Beliau berucap di depan kira-kira 1,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan aman anti GST yang digelar Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur petang ini.

Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS berkata, mengikut sejarah, Islam tidak membenarkan cukai dikutip daripada golongan miskin, tetapi di negara ini, orang miskin turut terkena tempias GST.
"Orang kaya kena, orang miskin pun kena," katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya jika wang kutipan hasil GST itu berlegar di kalangan orang kaya saja, yang mana ia bercanggah dengan pemahaman Islam.

"Kita bimbang pungutan ini jadi satu perkara yang bertentangan dengan Islam. Takut wang GST ini berlegar kepada rakyat yang kaya raya saja. Rakyat miskin juga menjadi menderita," katanya.

Ahmad berkata, perubahan drastik yang dapat dilihat di kalangan masyarakat umum sekarang ialah apabila jumlah pengunjung pusat beli-belah semakin berkurangan.

Beliau turut menyentuh mengenai ketirisan yang didakwanya ketara berlaku dalam negara ini, melibatkan jumlah wang berbilion ringgit.

"Rakyat sangat-sangat memerlukan pembelaan. Apabila berlakunya GST, mereka sangat-sangat terkesan," katanya.

Beliau berkata, setiap sen wang rakyat mesti dijaga.

"Sekiranya ia dijaga pihak yang bertanggungjawab, ketirisan tersebut pasti tidak akan terjadi dan nasib rakyat dapat dibela," katanya.

Polis tahan Adun dan aktivis anti GST di Johor Baru

Posted: 11 Apr 2015 07:30 AM PDT

 OLEH KC NAZARI


 Polis tahan 4 peserta himpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) termasuk 2 Ahli Dewan Undangan Negeri di Johor Baru, petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 April, 2015.Polis tahan 4 peserta himpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) termasuk 2 Ahli Dewan Undangan Negeri di Johor Baru, petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insider.   



























Polis bertindak menahan 4 peserta himpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berhampiran Hotel Tropical Inn, Johor Baru sekitar jam 6.40 petang ini.

Mereka terdiri daripada 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) – Jimmy Puah (Bukit Batu) dan Tan Hong Pin (Mengkibol) serta seorang pembantu Puah, Jimmy Tan dan seorang aktivis anti GST.

Penahanan itu disahkan sendiri aktivis anti GST itu, Sidiqin Omar, yang kini berada di Balai Polis Sentral, Jalan Meldrum, Johor Baru.


Sidiqin berkata, anggota polis yang menahannya memaklumkan mereka ditahan bagi "membantu siasatan dan memberi keterangan" berkaitan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012. Setakat ini, katanya, polis meluangkan masa selama 20 minit mengambil keterangannya dan yang lain mengenai butiran seperti nama penuh, alamat rumah dan pekerjaan.

Bagaimanapun, beliau belum pasti jika mereka akan dikehendaki bermalam di lokap.

"Kami masih menunggu pegawai penyiasat kes ini memberi maklumat selanjutnya," kata Sidiqin kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor Hassan Karim akan bertindak sebagai peguam mewakili keempat-empat yang sedang ditahan.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pemuda PKR Johor Akmal Nasir turut memaklumkan polis sedang mencarinya untuk turut ditahan.

"Polis masih belum menghubungi saya dan menurut mereka yang ditahan, nama saya disebut-sebut sebagai orang ke-5 yang akan ditahan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau kini dalam perjalanan ke Batu Pahat untuk mempengerusikan satu mesyuarat PKR.

Himpunan anti-GST di Johor Baru hari ini adalah sebahagian daripada agenda siri himpunan #KitaLawan yang pada mulanya bertujuan membantah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Himpunan tersebut diadakan bagi merancakkan suasana dan membina momentum menjelang himpunan besar-besaran anti GST #KitaLawan di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.




Mustahil Umno Menang Tanpa Bertanding Di Rompin

Posted: 11 Apr 2015 07:26 AM PDT



Oleh Wan Fauzudin NS

SAMADA RUU Enakmen Syariah yang akan dibawa oleh Presiden PAS ke Parlimen itu dibentangkan atau ditangguhkan, sedikit pun aku tidak merasa ada kaitan dengan PRK Parlimen Rompin nanti.

Peruntukan untuk bertanding Kerusi Parlimen Rompin bagi PR adalah Kerusi PAS jika berpandukan konsep yang dipersetujui bersama sebelum ini. Justeru itu, aku merasakan mustahil PAS akan melepaskan Kerusi ini dengan mudah kepada Umno/Bn walaupun Umno menyokong RUU tersebut. Kita kenali PAS sebagai parti yang akan sanggup bertanding tidak kira di mana saja, samada menang atau kalah. Prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak mudah boleh dijual beli hanya dengan satu RUU yang belum pasti ke mana lagi.

Ada yang mewar-warkan kononnya Umno sedang memujuk PAS untuk memberi laluan kepada parti yang banyak menyusahkan rakyat itu agar menang mudah di Rompin atas dasar 'balas budi' di PRK Dun Chempaka dan sebagai galang ganti untuk Umno menyokong RUU yang bakal dibawa oleh Hj Hadi.

Kita ingin ingatkan Umno bahawa kita tidak akan benarkan Umno menang tanpa bertempur. Samada PAS akan terus bertempur di Rompin atau KEADILAN yang akan berdepan dengan Umno di sana.
Dengar khabarnya, ada calon Bebas yang mahu mencuba nasib sekali lagi untuk bertanding setelah hilang deposit di dalam PRU 13 yang lalu. Itulah semangat, namanya. Kalau calon Bebas yang hilang deposit pun mahu bertarung lagi, mustahil PAS yang tidak hilang deposit di Rompin baru-baru ini akan menyerah kalah.

Rakyat terbeban teruk di ambang GST

Posted: 11 Apr 2015 07:24 AM PDT



Oleh LanH


KETIKA artikel ini ditulis, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) belum berkuat kuasa. Namun pada hari-hari menjelang GST, rakyat marhain seperti saya sudah terasa beban teruk menanggung kos kehidupan yang amat mencabar.

Pada hujung bulan ini (Mac) pelbagai bil utiliti sampai. Paling 'dahsyat' sekali bil air syarikat air negeri saya.


Terkejut saya pada bil kali ini disertakan 'deposit tambahan' sebanyak RM31. Penggunaan air bulanan kediaman saya adalah sebanyak 43 meter padu dan dikenakan bayaran RM40.75.


Dicampur dengan deposit tambahan itu, saya perlu membayar RM71.75!

Bayaran bil air RM30 - RM50 sebulan adalah biasa bagi keluarga saya tetapi bayaran kali ini (RM71.75) pada ketika 'rakyat merana' adalah amat tidak wajar. Kenapa perlu dikenakan 'deposit tambahan' di ambang pelaksanaan GST?

Seorang jiran saya juga menggeleng-geleng kepala tatkala menerima bil airnya. Biasanya bil airnya antara RM20 - RM30. Tetapi kali ini RM97.15! Kenapa ia boleh jadi begitu? Pada bilnya dinyatakan penggunaan air rumahnya adalah 37 meter padu dan dikenakan bayaran RM29.15. Tetapi 'amat menakutkan' apabila 'deposit tambahan' dikenakan sebanyak RM68 menjadikan jumlah yang perlu dibayarnya RM97.15!

Ketika saya ke kedai, pemiliknya memaklumkan kepada saya bahawa syarikat roti sudah memaklumkan harga roti akan naik antara 30 - 40 sen sebuku sebaik saja GST terlaksana pada 1 April. Saya berkira-kira, bagi keluarga saya sebuku roti boleh habis dalam masa dua tiga hari. Kalau dalam sebulan saya membeli roti sebanyak 10 kali, peningkatan kos bagi roti saja sudah RM4 sebulan. Ohh, resah saya memikirkannya kerana keluarga saya bukan makan roti saja!

Tauke kedai fotostat yang biasa saya kunjungi, juga sudah menguar-uarkan harga baru perkhidmatannya sebaik saja GST dilaksanakan. Disebabkan saya membuat salinan bahan yang banyak (500-1,000 keping); bagi satu salinan fotostat kertas A4 dia caj saya 4 sen. Tetapi menjelang pelaksanaan GST, dia sudah menaikkannya kepada 6 sen sekeping. Dan katanya, mulai 1 April, "bagi setiap RM10 awak fotostat, awak kena bayar 60 sen lagi."

"Ehh, kenapa pulak?" soal saya. Katanya; "Eh bos, harga kertas sudah naik, banyak mahal. Servis mesin pun mahal. GST pun kena." Kurang berpuas hati dengan harga baru ini, saya 'berpindah' ke kedai lain. Alhamdulillah, kedai ini masih mengenakan caj 4 sen sekeping tetapi tak tahulah selepas pelaksanaan GST pada 1 April.

Ya, rakyat kebanyakan terlalu 'tension' sekarang ini. Terlalu sukar dirasakan menjalani kehidupan. Sukar mendapatkan ketenangan. Dalam menjalani hidup penuh 'tension' ini, pegangan agama banyak membantu kita. Kalau tak, dah lama kita mengamuk, kita jadi 'Hang Jebat'...kita hilang pertimbangan dan bertindak di luar kewarasan fikiran.

Kepada rakyat tertentu, usah menyesali diri. Buat perubahan. Dulu kita juga yang beri BN kuasa; ternyatalah temberang mereka kononnya 'rakyat didahulukan' - hakikatnya 'rakyat didahulukan untuk menanggung beban' termasuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampau. Mana tak melampau, bil air bagi keluarga sederhana pun sudah mencecah RM100 sebulan!

Pemimpin BN kerap berkata wang penjimatan seperti penghapusan atau pengurangan subsidi yang menyebabkan harga barangan termasuk minyak naik digunakan untuk kebajikan rakyat sendiri, hakikatnya mereka hamburkan wang secara boros yang menyebabkan negara kini berhutang kira-kira RM700 bilion.

Antara sebab pemimpin tak sedar diri (mereka telah menganiya rakyat) kerana ada ramai pengampu dan di kalangan kita termasuk golongan agamawan. Lantas sesetengahnya membenarkan GST malah ada yang menyatakan ia 'amat sesuai dan baik' sedangkan ulama besar seperti Imam Nawawi tidak membenarkan rakyat dicukai dengan keadaan pemerintah, pembesar dan orang kaya terlalu banyak harta mereka dan hidup bermewah-mewah.

'Pembodek', ingat-ingatlah pesanan  Abullaits Assamarqandi dalam kitab 'Tanbihul Ghafilin'; salah satunya beliau menyebut: "Jangan jadi ulama pengampu. Fudhail bin Iyadh berkata: "Andaikan ada orang yang tidak mendekati raja (pemerintah/kerajaan) dan dia tidak melebihi daripada mengerjakan sembahyang fardu (yakni tidak mengerjakan ibadat-ibadat sunat) maka dianya lebih afdal daripada ulama-ulama yang mendekat kepada raja/kerajaan walaupun ulama itu berpuasa setiap hari dan bertahajud dan berjihad dan menunaikan haji.

Beliau juga berkata: "Jangan mengagung-agungkan orang jahat dan zalim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selalu pertolongan Allah menaungi umat Muhammad ini, selama orang-orang yang taat tidak mengagung-agungkan orang-orang yang jahat, dan selama orang-orang baik-baik tidak merasa lunak/mesra kepada orang-orang yang jahat, dan selama ahli-ahli Quran tidak menjilat-jilat kepada amir (raja/pemerintah). Maka apabila mereka berbuat yang demikian, Allah SWT akan mencabut dari mereka 'barakah' dan mengangkat di atas mereka pemerintah yang kejam, dan ditanamkan di dalam hati mereka rasa takut, dan menjadikan mereka orang miskin."

Hari ini kita dapat saksikan betapa ramai orang termasuk cendekiawan agama merapat dan menyembahkan diri kepada pemerintah dengan maksud untuk mendapatkan segala kemegahan dunia yang terdiri daripada pangkat, kuasa, harta benda dan kemasyhuran.

Mereka melakukannya tanpa mempedulikan harga diri lagi. Persetankan semua itu asalkan pangkat dan kuasa berada dalam genggaman. Mereka tidak pedulikan langsung pesanan Shakespeare lewat sebuah karyanya apabila seorang cendekiawan memberitahu Rajanya, 'Tuanku, jika Tuanku hilang kerajaan, Tuanku masih ada diri Tuanku, jika Tuanku hilang kesihatan, tuanku sudah hilang separuh daripada diri Tuanku, tetapi jika Tuanku hilang harga diri, Tuanku sudah hilang segala-galanya."

Perjanjian Air: Selangor sudah beri maklum balas, kata MB

Posted: 11 Apr 2015 07:18 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memaklumkan sudah memberi maklum balas terhadap surat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang bertarikh 12 Mac pada minggu lalu.
 
Sehubungan itu beliau menunggu tarikh pertemuan yang bakal diadakan bersama Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi membincangkan Perjanjian Induk penstrukturan semula industri air di Selangor.
 
"Saya sudah menulis surat kepada Menteri bagi memohon satu pertemuan. Dan kini kita sedang menunggu tarikh tersebut," katanya ringkas ketika diajukan perkembangan terbaru lanjutan tarikh akhir perjanjian induk tersebut.
 
Sebelum ini kerajaan negeri memberi alasan gagal mengemukakan lanjutan tarikh akhir bagi Perjanjian Induk penstrukturan semula industri air di Selangor kerana persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sedang berlangsung.
 
Azmin turut didakwa gagal memberi respon terhadap surat kementerian terbabit, yang turut memperincikan beberapa perbincangan terhadap perkara yang tertangguh.
 
Kerajaan Selangor terdahulu dilaporkan mempunyai masa hingga 30 April ini untuk memberi jawapan tentang pelanjutan tarikh akhir bagi Perjanjian Induk mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor. 
 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jika gagal berbuat demikian, Kerajaan Persekutuan akan menganggap bahawa Kerajaan Selangor tidak berminat menerima tawaran mengenai langkah penyusunan semula itu dan pengambilalihan penuh pemegang konsesi di Selangor seperti yang terkandung dalam Perjanjian Induk.
 
 

Ahli PAS takkan terpengaruh rentak DAP, kata penganalisis

Posted: 11 Apr 2015 07:17 AM PDT

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai strategi halus untuk menolak pemimpin berkenaan, namun ia tidak akan mempengaruhi sokongan ahli parti Islam berkenaan terhadap ulama itu.
 
Menurut penganalisis politik, Datuk Seri Azman Ujang, jika benar itu adalah matlamat sebenar DAP, maka perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ahli PAS lebih bijak menilai pemimpin mereka.       
 
"Mungkin Datuk Seri Hadi ketegasannya tidak berganjak dalam hal ini, mungkin dia nampak nak jatuhkan tapi saya tak percaya DAP boleh menjatuhkan presiden PAS, cuma ahli PAS saja yang boleh jatuhkan presiden parti mereka sendiri. DAP cuma cuba mempengaruhi tapi takkanlah ahli PAS nak berdansa ikut rentak DAP. Saya rasa tidak akan berlaku," ujarnya kepada Antarapos.
 
Bekas Ketua Pengarang Bernama itu juga melihat tindakan DAP yang menjadikan Hadi sebagai sasaran utama adalah demi 'mematikan' ketegasan pemimpin berkenaan khususnya berkaitan pelaksanaan hukum kanun jenayah syariah.
 
"Mungkin pada pandangan DAP, yang bertanggungjawab adalah Presiden parti. Biasanya Presiden parti bertanggungjawab atas segala tindak tanduk, jadi sasaran itu kepada presiden parti.. kalau bukan presiden, mungkin terlalu ramai yang nak disasarkan..ini saya rasa pandangan peribadi atau pandangan DAP.. Mereka mulakan serangan terhadap presiden parti kerana setiap presiden mempunyai kuasa mutlak atau kuasa sendiri," ujarnya lagi.
 
Hadi, yang sebelum ini bertegas tentang pelaksanaan hudud di Kelantan, sekali lagi menimbulkan kemarahan DAP apabila bertindak menghantar notis usul secara persendirian kepada Speaker Dewan, selepas rang undang-undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.
 
Ia bagi membolehkan hukum kanun jenayah syariah Islam itu dilaksanakan di negeri berkenaan. 
 
Bagaimanapun, pembentangan Rang Undang-Undang persendirian berkaitan hudud itu, ditangguhkan Dewan Rakyat untuk sesi yang akan datang.
 
Pendirian nekad PAS itu kata Azman membuktikan bahawa parti Islam itu mempunyai prinsip perjuangan yang jelas sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang melihat PAS di bawah telunjuk DAP sebelum ini.
 
"Disebabkan hudud ini menyentuh soal syariah jadi PAS sebagai sebuah parti Islam dia bertegas.. kalau soal Kajang dan politik memang boleh bertolak ansur atau 'accomodate' tapi soal hudud ini memang PAS tegas dari mula," ujar beliau.
 
Hari ini DAP menuduh PAS sebagai bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.
 
Penasihat DAP Lim Kit Siang  mendakwa sebarang pembentukan kerajaan perpaduan PAS-Umno demi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bukan sahaja menghancurkan Pakatan Rakyat (PR), tetapi juga mengancam Barisan Nasional (BN).
 
 

Kerajaan sedia RM759 juta bantu usahawan, petani

Posted: 11 Apr 2015 07:12 AM PDT

SINAR HARIAN


Banjir
 
 
 
TANAH MERAH - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM759 juta bagi membantu usahawan kecil dan sederhana serta petani memulihkan kembali sumber ekonomi mereka yang terjejas banjir akhir tahun lepas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  
"Kami salurkan menerusi beberapa agensi bertanggungjawab seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan Bank Negara.
  
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM8.97 juta diperuntukkan khusus kepada usahawan kecil dan sederhana serta petani di Kelantan," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Bantuan Pemulihan Ekonomi Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah I di sini, hari ini.
  
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Ahli Parlimen Tanah Merah merangkap Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz,
  
Muhyiddin berkata, walaupun kerajaan negeri Kelantan dipimpin oleh pembangkang, kerajaan Persekutuan tidak sesekali menganaktirikan negeri itu, malah duduk semeja dengan pemimpin negeri bagi memulihkan kembali kehidupan mangsa banjir di Kelantan.
  
"Atas dasar kemanusiaan, kami ketepikan perbezaan politik, malah kami duduk bersama dalam jawatankuasa (banjir). Kalau kami tak lakukan begitu, ada pihak akan kata ia semua bertujuan politik.
  
"Bila Umno tolong, kata ada (tujuan politik), bila Pas tolong, juga akan ada yang kata bertujuan politik. Jadi kami duduk semeja, orang nak cakap ia bertujuan politik pun tak apalah," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM20 juta dalam bentuk geran kepada mana-mana penyelidik Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta yang berminat mengkaji faktor kenapa berlakunya banjir besar di Kelantan.
  
"Ada yang kata sebab penebangan balak yang berlebihan sehingga menyebabkan hakisan muka bumi, tiada perancangan teliti, sungai tak dipelihara dan sebagainya.
  
"Kami (kerajaan) dah mulakan langkah ini (kajian). Mana-mana universiti yang berminat untuk membuat kajian, wujudkan pasukan penyelidik dan mohon geran dengan Kementerian Pendidikan, dan hasilnya bentang kepada saya untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama


Hampir 100 rumah rosak, puluhan pokok tumbang

Posted: 11 Apr 2015 04:29 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Shabudin Yahaya Datuk Shabudin Yahaya
 
 
 
TASEK GELUGOR - Kira-kira 100 buah rumah di sekitar Pulau Pinang rosak, manakala puluhan pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut di negeri ini, petang semalam.
 
Kawasan yang paling teruk terjejas akibat kejadian selama dua jam bermula 6 petang itu, ialah di Parlimen Tasek Gelugor iaitu melibatkan sebanyak 42 buah rumah.
   
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, kebanyakan rumah mangsa mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat ditimpa pokok dan diterbangkan angin kencang.
    
"Saya telah melawat kawasan-kawasan yang dilanda ribut petang semalam dan penduduk yang ditimpa bencana berkenaan diberikan bantuan segera iaitu sejumlah wang tunai.
    
"Selain itu, laporan berhubung kejadian itu serta kerosakan rumah penduduk akan dihantar ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dalam masa terdekat untuk bantuan baik pulih kediaman mereka," katanya di sini hari ini.
    
Sementara itu, Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, sebanyak 30 buah rumah rosak akibat kejadian berkenaan di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
    
Beliau yang melawat mangsa ribut dan menghulurkan bantuan segera berupa wang tunai, berkata pihaknya akan membantu penduduk yang terlibat akibat kejadian itu agar rumah mereka dapat dibaiki dengan segera.
    
Mangsa Rosnah Ahmad, 58, berkata ketika kejadian kira-kira 6.20 petang itu,  beliau bersama suami yang lumpuh Ahmad Razali, 64, serta dua cucu berusia tiga dan tujuh tahun, berada dalam rumah sebelum tiba-tiba hujan lebat serta angin kencang.
    
"Ketika itu mak cik berada di bilik dan mahu ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk cucu...tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat, mak cik terus ke dapur dan lihat sebahagian bumbung rumah rosak akibat ditimpa pokok kelapa.
    
"Alhamdulillah, ia tidak kena pada mak cik. Selain bumbung, beberapa barangan turut rosak akibat kejadian itu dan air hujan masuk ke dalam rumah kami," katanya yang tinggal di Guar Perahu.
    
Di Kepala Batas, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebanyak 11 buah rumah di Permatang Kuang, dua buah di Lahar Tabut dan sebuah di Permatang Sintuk, rosak akibat kejadian ribut berkenaan.
 
Beliau berkata angin kencang menyebabkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin selain bekalan elektrik terputus.
    
"Kesemua 14 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut itu dipindahkan sementara ke rumah saudara-mara dan jiran petang semalam, dan hari ini mereka telah kembali ke rumah untuk membersihkan kediaman masing-masing," katanya kepada pemberita, selepas melawat mangsa ribut tersebut.
    
Sebuah rumah di Kampung Kepala Batas, Teluk Ipil di Nibong Tebal dekat sini, turut rosak selepas bumbung rumah tersebut diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat dan ribut kencang itu. - Bernama 
 
 

Tragedi Semenyih, Apakah Najib dan Pegawai Di PMO Ambil Iktibar Darinya?

Posted: 11 Apr 2015 04:06 AM PDT

KELAB GREENBOC





Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

"Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Po'ad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.

Jamaluddin yang merupakan anggota Parlimen Rompin dan bekas Duta Khas ke Amerika Syarikat, serta Azlin, yang merupakan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, terkorban dalam satu nahas helikopter di Semenyih 4 April lepas.

Po'ad yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pula meninggal dunia akibat kanser limfoma bulan lepas. -Bernama

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Sebelum ini GB telah menyatakan bahawa Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor. Akibat keborosan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib, rakyat menanggung beban dengan dikenakan GST.

Dan kita berharap Tragedi Semenyoh membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu. Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi. 



Jangan sembunyi status syarikat- kakitangan Bernama TV

Posted: 11 Apr 2015 04:01 AM PDT

 
Sejak akhir-akhir ini, kakitangan Bernama TV berhadapan dengan pelbagai khabar angin mengaitkan kemelut kewangan syarikat itu, namun belum ada pengumuman rasmi dibuat.


beenama



PETALING JAYA: Kakitangan Bernama TV bimbang dan runsing dengan perkhabaran berita tentang saluran itu bakal direhatkan selama tiga bulan.

Walaupun belum menerima sebarang notis atau surat rasmi, berita yang disebarkan melalui sebuah portal ternyata mengejutkan kakitangan, kebanyakannya pekerja tetap dan sebilangan kecil kontrak.

"Kami tidak pasti jika berita itu benar atau tidak kerana belum menerima apa-apa kenyataan bertulis daripada syarikat pengendali Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

"Tetapi akhir-akhir ini kami berhadapan dengan masalah pembayaran gaji yang lewat iaitu sekitar tarikh 6 haribulan berbanding dahulu, sekitar 26 haribulan," demikian kata seorang kakitangan Bernama TV yang enggan namanya dikenali.

Dia juga akui, sejak kemelut kewangan yang dihadapi Bernama TV, pelbagai khabar angin yang didengari, namun belum ada satu pun yang dijamin kesahihannya.

"Jika mereka mahu 'merehatkan' kakitangan sekalipun, saya rasa kami harus diberitahu awal-awal. Ini melibatkan periuk nasi lebih 100 orang kakitangan," katanya yang khuatir jika syarikat itu memberi notis waktu akhir.

Malah, seorang lagi kakitangan Bernama TV pula menyatakan jikalau apa sekalipun 'rehat' yang dimaksudkan, saluran tersebut akan tetap beroperasi.

Baru-baru ini, sebuah portal menyiarkan berita 'Bernama TV akan direhatkan tiga bulan?' menyatakan beberapa orang kakitangan yang ditemuinya risau tentang masa depan mereka di syarikat itu.

Pendaki hilang: Lokasi akhir dikesan

Posted: 11 Apr 2015 03:59 AM PDT

 
SAR positif dalam meneruskan pencarian pendaki, Dennis Lee selepas koordinat panggilan telefon terakhirnya dikesan.


Dennis Lee Thian Poh,



PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) dilaporkan telah berjaya mengesan kedudukan terakhir pendaki amatur Malaysia yang hilang di Nepal.

Koordinat atau lokasi terakhir pendaki itu, Dennis Lee Thian Poh Lee, 47, dikesan berdasarkan panggilan telefon terakhir yang dibuatnya pada Ahad lalu.

Kaunselor/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata, panggilan terakhir itu akan membantu SAR mengecilkan kawasan pencarian.

"Kami amat positif dan menaruh harapan tinggi malah semua pasukan mencari meneruskan usaha pagi ini," kata Fadli, lapor Bernama.

Dennis Lee dilaporkan hilang semasa merentasi laluan Pokhara-Mustang di barat Nepal pada Ahad lepas selepas menyertai lapan kenalan dari Filipina untuk mendaki gunung Annapurna di Nepal.

Pasukan 15 anggota polis Nepal mengetuai operasi SAR untuk mengesan Dennis Lee dengan bantuan penduduk kampung dan tiga ekor anjing pengesan sejak dilaporkan hilang.

Anggota kumpulan hanya menyedari kehilangan dia di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad lepas, hari pertama pendakian.

Pas dakwa pengangkutan awam mangsa pertama GST

Posted: 11 Apr 2015 03:57 AM PDT


Idris Ahmad Idris Ahmad
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pengangkutan awam didakwa bakal terus terpinggir daripada sebarang penambahbaikan apabila hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi mangsa ketirisan dan penyelewengan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad mendakwa, janji kerajaan untuk menyalurkan cukai baharu itu bakal dimungkiri seperti yang berlaku semasa kenaikan minyak sebelum ini.

"Saya ingat waktu kerajaan naikan harga petrol dengan alasan memperbaiki pengangkutan awam tapi walaupun sudah 20 sen, tapi pengangkutan awam kita tetap sama (uzur).

"Keretapi kita macam biasa, setiap sejam sangkut, keretapi kita buruk macam sama dengan usia dunia," katanya semasa berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, rakyat tidak marah kepada cukai baharu itu sebaliknya mereka hanya mempertikaikan jaminan dana awam itu dimanfaatkan sepenuhnya.

"Soal cukai kita tak marah sebab negara lain seperti Australia dan Singapura kenakan GST mereka lagi tinggi.

"Namun rakyat mereka tidak marah walaupun cukai tinggi namun mereka dapat manfaat daripadanya," katanya lagi.

“Apa persediaan SESB atasi kekurangan 40 peratus tenaga di pantai timur Sabah?”

Posted: 11 Apr 2015 03:52 AM PDT

SESB
Gambar: Menara penghantaran elektrik 132kV di Segaliud – Dam Road yang tumbang

Roketkini.com


TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) digesa mendedahkan punca tumbangnya menara penghantaran elektrik 132kV Segaliud – Dam Road, kata Chan Foong Hin ADUN Sri Tanjong.

Menurut Foong Hin, kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 petang semalam mengakibatkan kawasan-kawasan di Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau bergelap.

"Bagaimana sebuah menara boleh tumbang? Punca-punca yang mungkin terlintas di fikiran saya ialah sama ada kecurian besi atau bahan binaan menara, atau pembinaan menara tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan," kata Foong Hin dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan SESB, kapasiti penjanaan sedia ada hanya mampu menjana sehingga 137 MW, manakala penggunaan bekalan elektrik pula mencecah 160MW.

Ini bermakna sebahagian kawasan di Tawau terpaksa dicatu bekalan elektrik pada waktu puncak (peak demand), secara bergilir-gilir sehinggalah menara sementara siap didirikan yang dijangka awal minggu depan.

Manakala menurut sumber lain, keperluan bekalan elektrik di daerah Tawau pada waktu puncak ialah 90MW pada awal 2013, berikutan permulaan operasi Kubota Gas-fired Turbine Power Plant 64MW pada 2013 juga, kapasiti penjanaan di daerah Tawau mencecah 128MW.

Justeru itu kata Foong Hin, kejadian tersebut mengingatkan kepada keperluan pembinaan sebuah loji penjana kuasa di bahagian-bahagian Pantai Timur Sabah, terutamanya di Lahad Datu atau Tawau.
Tambahnya, sebuah loji janakuasa batu arang 300MW pernah dicadangkan pada tahun 2006, namun telah ditolak.

Difahamkan, Tenaga Nsional Berhad (TNB) bercadang membina sebuah loji janakuasa gas asli cecair (Liquidfied Natural Gas – LNG) 300MW bersama Petronas LNG regasification plant di Lahad Datu, namun cadangan tersebut digantung selepas berlaku insiden Tanduo di Lahad Datu pada 2013.

Selepas itu, loji janakuasa diputuskan untuk dipindah ke Sandakan dan sumber bahan api telah bertukar daripada LNG kepada gas, dengan kapasiti dinaikkan kepada 380MW atau 400MW, pada tahun lalu.

Media pada 13 September 2014 melaporkan, syarikat 1MDB berunding dengan SESB untuk membina Stesen Janakuasa Utama Gas tersebut, secara perkongsian bersama Yayasan Sabah dengan nisbah pegangan 75:25.

Dalam pada masa sama, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) menyatakan bahagian pantai timur Sabah akan menghadapi kekurangan tenaga 40 peratus pada tahun ini.

"Masalahnya, 1MDB dibelenggu skandal, seperti hutang mencecah RM42 billion. Macam mana syarikat yang berhutang dapat mengutamakan kepentingan rakyat?"

"Di manakah langkah-langkah persediaan SESB menangani masalah kronik tersebut, sedangkan Stesen Janakuasa Utama Gas cuma akan dibangunkan sehingga 2020? soal Foong Hin. – Roketkini.com


Cium Bibir: "Kenapa Tak Tegur Artis Lain Bergaul Bebas" - Ozlynn Wati

Posted: 10 Apr 2015 11:59 PM PDT

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
 
 
Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya. Foto: Hafis Idzla.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, dia berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.


Johan mencium bibir isterinya selepas dia diumumkan sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular.

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu.

"Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

"Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman," katanya.

Tambah Ozlyn, dia turut menonton kembali rakaman ABPBH 2014 dan mendapati isu berkenaan diperbesarkan kerana visual memperlihatkan mereka bercium cuma disiarkan selama dua saat.

"Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

"Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun," katanya.

Pada ABPBH 2014 itu, Johan diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

Dalam perkembangan lain, Ozlyn berkata, dia gembira kerana drama lakonannya iaitu Apa Guna Berjanji arahan Datin Paduka Suhaimi Baba tercalon dalam Anugerah Tribute P.Ramlee pada 19 April ini.

"Drama itu adalah yang pertama saya berpeluang berlakon di bawah arahan Suhaimi dan ia pengalaman cukup berharga," katanya.
 
 

"Tiada Asas Tuduh Saya Tanggung Suami" - Yana Samsudin

Posted: 10 Apr 2015 11:47 PM PDT


Yana menyangkal dakwaan kononnya dia menanggung kehidupan suaminya sejak berkahwin.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menjelaskan tuduhan kononnya dia menanggung kehidupan suaminya, Fadzil Zahari sejak berkahwin adalah salah faham dan tuduhan yang tidak mempunyai asas kukuh.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 31, berkata, perkara itu timbul mungkin disebabkan latar belakang sebenar suaminya tidak pernah didedahkan selain Fadzil lebih dikenali sebagai adik kepada aktor Farid Kamil.

"Dakwaan itu tidak benar kerana dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan.

"Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil," ujarnya kepada mStar Online.

Yana ditemui pada majlis sidang media pelancaran program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang di Hotel Empire di sini pada Khamis lalu.

Pelakon itu bakal bertindak sebagai hos program yang bakal bersiaran bermula Ahad ini pada pukul 9 malam di TV3 bersama AG (Hot FM).

Dalam pada itu, Yana berkata, Fadzil mempunyai sebuah syarikat iaitu Prokuya Studios, sebuah agensi pengiklanan dan pengurusan bakat yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu.


Yana kini bahagia bersama Fadzil.

Jelas Yana, sikap merendah diri Fadzil membuatkan segelintir pihak salah faham dengan peranan sebenar dia yang dilihat kerap bersamanya di majlis-majlis hiburan.

"Saya faham apabila orang selalu nampak dia bersama saya pasti mereka akan tertanya-tanya apakah pekerjaan sebenar Fadzil?

"Tetapi dia seorang yang merendah diri dan tidak terlalu menonjol. Pada masa sama, dia sebenarnya sentiasa sibuk menguruskan syarikatnya itu," kata Yana.

Sementara itu, Yana berkata, dia tidak berhasrat untuk bernaung di bawah syarikat suami bagi menguruskan kerjaya seninya kerana enggan mencampur-adukkan hal profesional dan peribadi yang mungkin akan memberi kesan kepada ikatan suami-isteri di antara mereka.

Jelas Yana, biarpun Fadzil ada membuat cadangan itu tetapi dia menolak dengan baik selain lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.

"Biarlah dia hanya menjadi suami saya dan bukannya terlibat secara profesional dalam kerjaya kerana saya bimbang ia akan memberi kesan kepada hubungan kami nanti.

"Saya juga kini selesa menguruskan sendiri karier saya namun saya terbuka dalam menerima pendapat daripada suami berhubung kerjaya saya," katanya.

Yana dan Fadzil bernikah pada 13 Februari lalu.
 
 

'Permaisuri' Dari Seri Kembangan Tuntut Takhta Kesultanan Melaka

Posted: 10 Apr 2015 11:37 PM PDT

 
MELAKA: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.

Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.

Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.

Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya.

Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

"Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

"Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.

Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat.

"Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal.

Daim: Sokongan pada PM mungkin dibuat-buat

Posted: 10 Apr 2015 11:23 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpandangan, para penyokong Datuk Seri Najib Razak kini mungkin hanya menunjukkan sokongan yang dibuat-buat kepada perdana menteri itu.

Menurut bekas penasihat ekonomi negara itu, anggota Umno sememangnya akan menyatakan sokongan kepada presiden yang berkuasa pada masa itu.

Daim bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ini mungkin tidak mencerminkan sentimen sebenar anggota berkenaan.

"Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah

"Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno," katanya dalam satu temubual bersama Malaysia Gazette.

Daim memberi contoh perdana menteri sebelum ini, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut menerima sokongan ahli, namun tetap digulingkan

"Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya, baru mereka ambil tindakan.

"Mungkin Umno masih yakin tetapi tidak senang hati sebab-sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat," katanya.

Beliau mengulas mengenai sokongan yang disuarakan beberapa pemimpin Umno dan BN ke atas Najib ekoran serangan terbuka oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Mahathir antara lainnya membangkitkan mengenai pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet mewah oleh kerajaan dan juga pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menyentuh isu 1MDB, sekutu kuat Mahathir itu berkata, wujud konflik kepentingan apabila perdana menteri turut mempengerusikan lembaga penasihat firma yang dibelenggu hutang itu.

"Ia akan wujudkan konflik. Kalau menteri kewangan (buat) kesilapan, dia juga perdana menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh.

"Kalau menteri kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Sekarang ini memang susahlah sebab menteri kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar.

"Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara," katanya lagi.

Katanya, siasatan ketua audit negara ke atas 1MDB tidak sepatutnya mengambil masa yang lama kerana jabatan itu mampu menyiasat pelbagai syarikat berkaitan kerajaan dalam tempoh setahun.

Katanya, kelemahan nilai ringgit dan kemerosotan keyakinan pelabur juga disebabkan tindakan kerajaan yang berbolak-balik dalam beberapa isu, termasuk 1MDB.

"Mungkin pasaran tidak percaya kepada kerajaan dan salah satu sebab mungkin disebabkan 1MDB.

"Selagi pasaran tidak yakin, tidak percaya, ringgit akan lemah. Bagaimana hendak bagi orang percaya kalau asyik bagi jawapan yang tidak betul?" soalnya.

Daim memberi contoh kenyataan 1MDB sebelum ini yang menafikan bahawa jutawan Tan Sri T Ananda Krishan Daim membantu firma tersebut melunaskan hutang.

Kerajaan bagaimanapun mengaku di Parlimen bahawa ia sememangnya meminjam wang daripada Ananda.

"Macam mana orang mahu percaya. Kalau asyik beri jawapan salah akan timbul lagi banyak persoalan?," soalnya lagi.


Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

Posted: 10 Apr 2015 11:21 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata kejadian berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika kedai tersebut masih beroperasi.

"Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.

"Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.

Zainuddin berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.

"Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.

Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada pukul 3.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.

"Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.

"Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3," katanya ketika dihubungi. - Bernama


 

K'tan gagal masuk 14 persoalan perundangan

Posted: 10 Apr 2015 11:20 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kerajaan Kelantan gagal dalam percubaannya untuk memasukkan 14 persoalan undang-undang dalam perbicaraan kes saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana didakwa melanggar kontrak berhubung royalti minyak.

Semasa menolak permohonan itu semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan memutuskan tiga soalan teras undang-undang yang perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Satu persoalan ialah sama ada kerajaan Kelantan, sebagai plaintif, mempunyai sebarang hak di bawah undang-undang ke atas petroleum di dalam kawasan 'pelantar benua' sebagai yang ditakrifkan dalam Akta Pelantar Benua 1966 di luar pantai Kelantan dan hanya sebelum enakmen Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan pelaksanaan perjanjian yang bertarikh 22 Mac, 1975, antara plaintif dan yang defendan pertama, Petronas. Kerajaan persekutuan adalah defendan kedua.
  
Satu lagi soalan ialah berhubung apa hak negeri itu ke atas petroleum di kawasan daratan mahupun di luar pesisir Kelantan sebelum mula berkuatkuasanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 pada 1 Oktober  1974, dan pelaksanaan Perjanjian Kelantan dan Geran Kelantan pada 9 Mei 1975.
  
Rosnaini juga menolak permohonan peguam Tommy Thomas, yang mewakili kerajaan Kelantan, supaya menangguhkan keputusan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah menetapkan dua hari mulai 23 November untuk mendengar saman itu.
  
Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili kerajaan persekutuan.
  
Pada 2 Julai tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan saman yang akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diselesaikan dengan cara menentukan persoalan undang-undang tanpa perbicaraan penuh di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
  
Dalam ketetapan itu, panel lima anggota Mahkamah Persekutuan Hakim-hakim yang diketuai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata tidak ada pertikaian fakta dalam kes itu untuk memerlukan mahkamah memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.
  
Mahkamah tertinggi membuat keputusan itu selepas menolak rayuan kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 April 2012, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan supaya saman sivil diputuskan kepada persoalan undang-undang.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan saman itu terhadap Petronas, dengan menuntut bahawa Petronas menjelaskan bayaran tertunggak dan bayaran tunai hadapan bagi pengeluaran petroleum di luar pantai Kelantan, seperti terkandung dalam perjanjian cari gali petroleum antara mereka.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri juga memohon pampasan dan kos. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan jumlah tuntutan daripada Petronas.   

Dalam saman itu, kerajaan negeri berkata Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 dengan jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar secara tunai hasil minyak sebanyak lima peratus, sama ada daripada cari gali di daratan atau luar pantai.

Satu fasal dalam perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran perlu dibuat dalam bentuk tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac dan pada atau sebelum 1 September.
  
Kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai satu-satunya defendan. Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan berjaya dalam permohonannya sebagai pencelah untuk dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman itu. - Bernama


'Tolong keluarkan kami segera'

Posted: 10 Apr 2015 11:18 PM PDT

'Tolong keluarkan kami segera' Beberapa pelajar mencedok nasi dari periuk.
 
 
 
GEORGETOWN - [KEMASKINI] "Kalau boleh kami nak balik segera ke Malaysia. Dah tak tahan hidup macam ini dan terkurung dalam masjid sahaja," demikian keluhan Ahmad Faizal Mohd Asri yang masih terperangkap bersama rakan lain di Masjid Al-Idrus, Aden di Yaman.

Dia yang masih menuntut di Ribat al-Idrus berkata, kehidupan begitu terseksa kerana tidak dapat bergerak bebas akibat pergolakan yang berlaku di negara itu.

"Keadaan keselamatan di sini juga tak terjamin. Mungkin dalam masjid agak selamat tapi di luar belum tentu.

"Saya sudah terperangkap tiga minggu dalam masjid ini," katanya ketika menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 7 petang semalam.

Perbezaan waktu Yaman lewat lima jam berbanding waktu di Malaysia.

Menurutnya, mereka juga hampir kehabisan wang tunai kerana semua bank ditutup dan rosak akibat terkena bedilan bom.

"Saya dan rakan lain tidak boleh bergerak ke mana pun. Nak keluar takut terkena tembakan peluru sesat dari puak yang bertelagah. Jadi kami semua duduk dalam masjid sepanjang masa," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal yang berasal dari Paka, Dungun, Terengganu bertekad untuk meneruskan pengajian di situ apabila keadaan kembali stabil.

"Tak tahu bila keadaan akan pulih seperti sedia kala, saya harap dapat terus menuntut ilmu di sini," katanya.

Muhammad Wafiy Azizi Abd Aziz juga mahu pulang segera ke Malaysia kerana bimbang keselamatan mereka.

Katanya, penduduk tempatan banyak membantu, tetapi mereka juga kebanyakannya hidup daif.

"Sekurang-kurangnya keadaan kami terjamin setakat ini walaupun di merata tempat kedengaran tembakan," katanya.

Menurutnya, keadaan memang tidak selesa kerana bekalan makanan hampir habis dan bekalan baharu sukar diperoleh.

"Kalau ada pun harganya mahal dan kami tidak mampu beli. Duit pun hampir habis," katanya yang berasal dari Serdang, Kedah.

Muhammad Izham Hamdan dari Gerik, Perak, pula berkata, mereka hanya makan untuk mengalas perut tanpa memikirkan sedap atau tidak.

"Biasalah dalam keadaan begini, apa sahaja yang dimasak semuanya rasa sedap. Tadi saya makan nasi dengan terung air manis. Tak rasa apa pun, tapi makan juga lah. Tidak boleh memilih," katanya.

Menurutnya, sumber air bersih juga makin berkurangan dan mereka terpaksa berjimat untuk bekalan minuman dan wuduk.

"Dah tak boleh bersenang lenang seperti keadaan sebelum bergolak. Semuanya menjadi makin sukar dan sumber makanan makin terhad.

"Kami harap dapat keluar segera dari kawasan ini dan berlindung di tempat lain yang lebih selamat jika tidak dapat pulang ke Malaysia," katanya.

Mohamad Haziq Mohd Fadzil dari Manjung, Perak, berkata, menu harian mereka hanya nasi dengan telur goreng atau terung sahaja.

Katanya, mereka perlu berjimat kerana tidak tahu berapa lama akan berada di masjid itu sebelum dibawa keluar ke tempat lain atau pulang ke tanah air.

"Stok makanan yang ada saya beli dua bulan lalu. Memang harga barang naik tapi tak tahu harga sekarang ini. Penduduk tempatan kata harga semua barang melambung kerana semakin sukar diperoleh dan kurang di pasaran.

"Kami berharap stok makanan yang ada mampu bertahan sehingga kami dibawa keluar dari sini," katanya.

Kata Mohamad Haziq, penduduk masih datang ke masjid itu untuk solat jemaah bersama pelajar yang menumpang di situ.

"Kami bergilir-gilir melaungkan azan dan solat diimamkan oleh penduduk tempatan," katanya.

Menurutnya, 167 pelajar yang berlindung di masjid itu merangkumi 67 pelajar Malaysia, 97 dari Indonesia dan tiga dari Thailand.

Semalam, Sinar Harian melaporkan 67 pelajar Malaysia terperangkap dalam  Masjid Al-Idrus, Aden di Yaman sejak dua minggu lalu ketika menunggu proses untuk evakuasi.


Pas beri peringatan kepada DAP

Posted: 10 Apr 2015 11:09 PM PDT


Pas
 
 
 
MARANG - Pas memberi peringatan kepada DAP agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap usaha pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 sehingga memperlihatkan parti itu sebagai sebuah parti anti Islam.

Ia susulan peluang Pas untuk meneruskan pelaksanaannya menunjukkan perkembangan positif apabila Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda bidang kuasa mahkamah syariah itu dimasukkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku walaupun Rang Undang-Undang Persendirian tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 berakhir pada Khamis.

"Alhamdulillah, kita mencapai satu tahap yang sangat baik, apabila usul ini dimasukkan dalam kertas parlimen… dah dimasukkan.. letak pada nombor 24. Oleh sebab kita serah pada 18 hari bulan, (agak) lewat.

Beliau berkata demikian ketika sidang media diadakan di Pejabat Kesatuan Ulama Sedunia di Masjid Rusila di sini, semalam.

Abdul Hadi berkata, Pas bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan.

Beliau juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang.

"Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau turut berpuas hati dengan sokongan diberikan oleh ahli Parlimen yang beragama Islam termasuk Umno dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.

"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam Umno dan MCA juga menganjurkan
seminar hudud walaupun ada kekalutan.

"Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya

Sebelum ini, Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang itu diletakkan sebagai perkara terakhir dalam aturan berkenaan iaitu yang ke-24.

Walau bagaimanapun, Rang Undang-Undang Persendirian itu dapat tidak dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 memandangkan terdapat 23 urusan kerajaan dalam senarai aturan urusan mesyuarat perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Berdasarkan kepada senarai aturan mesyuarat yang diedarkan itu, Abdul Hadi mencadangkan dua pindaan iaitu:

i - menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
"2 Mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.";
dan ii - Memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

"2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, sesuai dengan kehendak syariah Islam."

Pada 18 Mac lalu, Ahli Parlimen Marang itu memasukkan satu usul bagi membawa Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminta Parlimen meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Pindaan berkenaan dicadangkan bagi membuka laluan kepada pelaksanaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dun Kelantan 19 Mac lalu.

Sehubungan itu, Abdul Hadi memberi peringatan kepada DAP agar pemimpin parti itu tidak mengeluarkan kenyataan berhubung usaha perlaksanaan sekali gus memperlihatkan parti itu sebagai sebuah parti anti-Islam dan hendak bermusuh dengan orang Islam.

Menurutnya, Pas juga tidak mahu DAP dilemparkan dengan tanggapan yang sedemikian dan dalam masa sama menganggap parti itu tidak mewakili mereka yang bukan beragama Islam kerana mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia sudah berubah.

"Saya (juga) tidak menganggap DAP mewakili semua orang bukan Islam, orang bukan Islam tidak bersama DAP. Di mana saya juga ditemui kalangan orang bukan Islam yang menunjukkan respons sangat positif sama ada mereka bersetuju atau tidak.

 "Orang bukan Islam sudah bercampur dengan orang Islam dalam masyarakat majmuk dengan cara yang baik, kita tidak mahu keruhkan (keadaan). Apa lagi usul ini hanya berkait dengan orang Islam sahaja yang mengamalkan hukum syariah.

Kini, cabaran seterusnya bagi Pas adalah untuk mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen pada sidang akan datang iaitu pada 18 Mei depan bagi membolehkan Rang Undang-undang Persendirian tersebut diluluskan di Dewan Rakyat.

Memandangkan Pas hanya mempunyai 21 Ahli Parlimen, parti itu terpaksa mengharapkan sokongan Ahli-ahli Parlimen beragama Islam yang mewakili parti lain termasuk daripada Umno dan PKR.


Dua maut, 5 cedera dipanah petir

Posted: 10 Apr 2015 11:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


Dua lelaki maut manakala lima yang lain cedera termasuk seorang kritikal selepas dipanah petir ketika berteduh daripada hujan di kawasan kuil yang dalam pembinaan di Batu Kawan semalam.

Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu ialah pekerja kilang dikenali sebagai N.Arumugam, 42, dan peniaga V.Sivaperumal, 56.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) DSP Shariffudin Abdullah berkata mereka mati di tempat kejadian kerana melecur teruk akibat dipanah petir.

"Mayat dua lelaki berkenaan dihantar di Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata lelaki yang kritikal dikenali sebagai S. Gunasegaran, 44, dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Empat lagi yang cedera, yang berusia antara 35 hingga 48 tahun, dirawat di Hospital Sungai Bakap dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

"Ketika kejadian, tujuh lelaki berkenaan berteduh di kuil itu kerana hujan lebat dan angin kuat.

"Dipercayai kebanyakan mereka baru pulang dari kerja," katanya. - Bernama


 

Lima penduduk cedera dinding flat runtuh

Posted: 10 Apr 2015 10:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


Lima penduduk cedera dan dibawa ke Hospital Sibu setelah dinding sebuah unit flat kediaman tiga tingkat di Sibu Jaya runtuh awal hari ini.

Penolong pengarah operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata identiti mangsa dan status tahap kecederaan mereka belum diperoleh setakat ini.

Beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 2.47 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Bomba dan Penyelamat Sibu yang mendapat laporan kejadian di HDC Terrace Garden, 24km dari Sibu segera menggegaskan beberapa buah jentera dengan 17 anggota.

Kesemua penduduk flat yang belum dapat dipastikan jumlah sebenarnya telah diarah mengosongkan unit masing-masing.

Bomba dan Penyelamat Sibu kini memeriksa keutuhan struktur bangunan itu. - Bernama


 

Hadi Awang nafi sokong POTA

Posted: 10 Apr 2015 10:51 PM PDT

MALAYSIAKINI


 



Pejabat Presiden PAS berkata laporan Bernama yang memetik Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perkata parti itu menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 adalah tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar presiden PAS itu.

Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.

"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada  dasarnya itulah yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.

"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.

"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk  mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.

"Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini," tambahnya.

Dengan penjelasan ini, kata Dr Ahmad Samsuri, pejabat presiden PAS berharap, laporan itu tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh negara.

Menurutnya, rakaman sebenar sidang media presiden PAS itu boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan lebih lanjut. 


Tiada ulasan: