Selasa, 21 April 2015

Biaqpila

Biaqpila


HANYA VAMPIRE TAKUTKAN LAMBANG SALIB - WARDINA

Posted: 20 Apr 2015 08:46 PM PDT


Wardina mohon maaf penganut Kristian berhubung protes salib

'Hanya vampire takutkan lambang salib,' kata Wardina Safiyyah, ketika meminta maaf bagi pihak umat Islam berikutan insiden protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu. – Gambar Facebook, 21 April, 2015.

Selebriti tempatan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot memohon maaf kepada penganut Kristian selepas kira-kira 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan protes mendesak sebuah gereja menurunkan lambang salib Ahad lalu.

Menulis di laman Facebook, Wardina menganggap tindakan penduduk Taman Medan itu tidak mencerminkan sifat sebenar umat Islam.

"Saya harap salib dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya," katanya melalui tulisan di Facebook.



Wardina dengan nada kesal berkata, orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Nabi Muhammad hidup secara harmoni dengan penganut Kristian.
Beliau yang pernah membintangi filem, drama dan menjadi pengacara rancangan televisyen tempatan berkata umat Islam Malaysia seharusnya membiarkan penganut Kristian mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu pada Ahad, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mengancam Islam.

Salah seorang pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu mencabar agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

Wardina turut menyindir tindakan kumpulan protes tersebut dengan berkata hanya "vampire" takutkan lambang salib

"Dalam era materialisme orang yang memiliki kepercayaan yang ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, keikhlasan dan ikatan kepada Tuhan ialah satu pengalaman yang mengharukan dan memberi kesedaran kepada mereka yang memiliki iman sahaja.

"Kepada orang Islam, bertindaklah seperti orang Islam. Hanya vampires takutkan salib. Sampaikan salam saya kepada Pastor dan sampaikan permohonan maaf saya kepada penganut Kristian Taman Medan

Menurut Wardina, beliau terpanggil menulis kenyataan solidariti kepada penganut Kristian kerana memahami bagaimana rasanya menjadi golongan minoriti

"Kenapa entri ini penting, kerana saya tahu bagaimana rasanya menjadi minoriti. Bagaimana terlukanya apabila dibuli kerana kepercayaan anda dan amat bermakna bila penganut bukan Islam tampil menyatakan solidariti.

"Apabila penduduk bukan Islam tampil menyokong kami di Australia, saya amat bersyukur dan berterima kasih, ia amat bermakna. Saya harap kita boleh menyatakan solidariti terhadap penganut Kristian meskipun segelintir daripada kita melayan mereka dengan teruk," kata selebriti itu yang kini menyambung pengajiannya di Australia. – 21 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wardina-mohon-maaf-penganut-kristian-berhubung-protes-salib#sthash.xRi62puv.dpuf


Tiada ulasan: