Isnin, 20 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi sendiri yang akan membuktikan siapa dirinya yang sebenar.

Posted: 20 Apr 2015 09:17 AM PDT


 Jawatankuasa Pemilihan PAS, Hj Asmuni Awi menyanggah kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menafikan adanya kempen kotor.

Malah  Asmuni Awi mengatakan keadaan sekarang lebih kotor berbanding dua tahun lalu.

 Menurutnya beliau telah menerima secara rasmi dua laporan dan risalah yang memburukkan pemimpin tertentu dan tiga laporan lagi yang akan menyusul. 

 "Mungkin presiden tak tahu sebab dia tak ada maklumat.

 "Tetapi orang mengadu pada saya dan risalah (memburukkan pimpinan) pun saya dapat sendiri ," katanya kepada Malaysiakini selepas sidang medianya di ibu pejabat PAS hari ini. Baca lagi di sini

 Hadi sebelum ini menyangkal dakwaan pemilihan parti dicemari kempen kotor dengan mengatakan sesiapa yang buat "kotor" tidak akan dipilih.

Jelas beliau, ini berdasarkan ‎prinsip parti yang amat mementingkan pencalonan pemimpin yang bersih.

 ‎"Insya-ALLAH tak ada kotor. Siapa yang buat kotor kita takkan pilih," katanya dalam sidang media, di sini

Komen al-Husseyn :

Saya bersetuju sangat dengan kenyataan Asmuni :  

"Mungkin presiden tak tahu sebab dia tak ada maklumat."

Adalah tidak sepatutnya Hj Hadi membuat kenyataan penafian mengenainya melainkan kerana untuk berpihak kepada sesuatu pihak. Kalau Hj Hadi seorang yang adil dan tidak berpihak kemana-mana, dia sepatutnya berkata: 

"Itu kena tanya Jawatankuasa Pemilihan PAS yang di pengerusikan oleh Asmuni Awi"

Adalah sangat menarik sekiranya Hj Hadi berpegang sungguh dengan kata-katanya :

"Insya-ALLAH tak ada kotor. Siapa yang buat kotor kita takkan pilih," katanya dalam sidang media, di sini 

 Bagaimana dengan isu kejatuhan DS Nizar yang ada kaitan dengan kempen kotor berupa surat fitnah (lihat sebelah) dari orang tertentu yang di kirim dari pejabat PAS sendiri?

 Surat pun bertajuk : 

KENAPA DATO SERI NIZAR BIN JAMALUDDIN TIDAK BOLEH DIPILIH UNTUK MENJADI YDP PAS KAWASAN KAMPAR

 Sampul yang digunakan tertera poskod cawangan tertentu yang hanya boleh diproses melalui komputer di pejabat PAS Perhubungan Negeri. Sila lihat gambar di bawah. Boleh Hj Hadi kata 'Tiada Kempen Kotor' ???



 Kita berharap benar, Hj Hadi selaku Presiden parti akan mempertahankan prinsip parti yang amat mementingkan pencalonan pemimpin yang bersih.

  Kalau lembu dipegang pada talinya, bolehkah Hj Hadi dipegang pada janjinya yang telah dia ungkapkan kepada kita :

Betulkah tidak ada kotor?

"Insya-ALLAH tak ada kotor. Siapa yang buat kotor kita takkan pilih,"

  Kita akan lihat sejauh mana Hj Hadi mengkotakan kata-katanya sendiri.Hj Hadi adalah ulama' taraf dunia pastinya dia tahu bahawa hanya manusia munafiq yang tidak berpegang kepada janjinya. Hj Hadi sendiri yang akan membuktikan siapa dirinya yang sebenar. Kita tunggu dan lihat......

Tiada ulasan: