Jumaat, 17 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ini Hj Hadi punya pasal....

Posted: 17 Apr 2015 08:22 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa membelakangi saf kepimpinan parti itu berhubung pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.

 MP Shah Alam Khalid Samad berkata tindakan Hadi itu bukan sahaja menimbulkan salah faham di kalangan pemimpin pembangkang malah dalam PAS sehingga mengakibatkan DAP menghentikan kerjasama dengan Hadi.

 Katanya lagi, DAP berhak memutuskan kerjasama dengan Hadi kerana gagal menerima penjelasan MP Marang itu yang didakwa mengkhianati keputusan kepimpinan Pakatan Rakyat Februari, lalu lapor Berita Harian.

 "Mungkin tindakan presiden dibuat tanpa berunding dengan pemimpin lain (kerana) Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) pun tidak mengetahuinya.

 "Kami pun tidak tahu… mungkin juga ada rundingan tetapi tidak menyeluruh… (timbang tara sendiri dalam hal ini) perkara ini mungkin kesuntukan masa kerana mahu mengejar tempoh dua minggu itu (notis 14 hari)," Khalid dipetik sebagai berkata.


Katanya lagi, Hadi (atas) seharusnya mengutamakan majlis Syura dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi mengelak salah faham dengan rakan dalam PAS dan pemimpin Pakatan yang lain. 

 "Apabila presiden tidak berbincang dengan pihak lain, maka timbul salah faham ketika isu pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) hangat diperbahaskan, sekali gus semua orang termasuk saya menganggap Rang Undang-undang Persendirian itu berkaitan dengan enakmen berkenaan, bukannya Akta 335.

 "Walaupun ia bukan berkaitan Kanun Jenayah Syariah II 1993, sepatutnya dari segi prinsip sebagai parti dalam satu pakatan, cadangan itu harus dimaklumkan kepada semua supaya tidak terkejut," Khalid dilaporkan sebagai berkata. SUMBER

PENDEDAHAN UST AHMAD AWANG WUJUDNYA UG KETIKA PENUBUHAN KERAJAAN PAS PERAK.

Posted: 16 Apr 2015 08:09 PM PDT

  Dan saya percaya InsyaAllah Pas akan terus kehadapan maju terutama sekali yg telah di tegas tadi, di ulang-ulang oleh pelbagai perwakilan tentang bagaimana kita tidak sepatutnya berfikir yg kita hendak berpakat dengan Umno..

 Yg itu saya katakan itulah pendirian kita dan kita memperkasakan Pakatan Rakyat. Jadi dalam hal ini kerana ada pihak perwakilan yg ada mengatakan tadi bila cakap bab Umno, siapalah diantara kita ini yg mereka tu nak berunding nak pergi bersama dengan Umno...?? 

 Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.

 Saya dihubungi oleh pimpinan tertinggi.. "Tak bolehkah kaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.." 

 Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!


Tiada ulasan: