Rabu, 15 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi, Haron Din…..malulah kat Siti Norhaliza!

Posted: 15 Apr 2015 09:38 AM PDT

 
Siti Nurhaliza tampil mengejutkan dengan menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang "keseorangan" mengkritik pentadbiran perdana menteri Najib. Tidak ketahuan samada Ziana Zain juga turut menyokong Mahathir…

 Tetapi, selain menteri-menteri Umno, nampaknya hanya Hj Hadi, Haron Din dan puak-puak UG yang masih lagi tergila-gila memberi sokongan kepada kerajaan pentadbiran Najib…

 Hj Hadi, Haron Din…..malulah sikit  kat Siti Norhaliza!

Nasihat Ahmad Awang kepada Haron Din dan Pesuruhjaya Negeri

Posted: 14 Apr 2015 11:00 PM PDT

 PAS ganti Umno dengan menerapkan budaya Umno kedalam Pas. Apakah menipu dan memfitnah atas nama ugama dibolehkan?

Setelah penipuan dalam proses   pemilihan PAS Selangor  menjadi viral di media siber, kini dibangkitkan pula mengenai kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama.

 Ustaz Ahmad Awang mendakwa berlaku budaya tidak sihat dalam kempen pemilihan PAS. Beliau memberikan reaksinya terhadap kes di Kampar dan Tambun apabila pemimpin pro-Pakatan tewas dalam pemilihan kawasan.

 Ahmad mendakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin antara yang menjadi mangsa fitnah dengan digelar "tali barut DAP" melalui sebaran risalah kempen.

 Akibatnya, kata Ahmad, Nizar tewas dalam pemilihan yang dipertua kawasan kepada ketua urusan ulama tempat itu.

 Ahmad juga membangkitkan sikap memihak kepimpinan Majlis Syura Ulama khususnya mursyidul Am yang baru Datuk Dr Haron Din yang terang-terang mahu Hadi dikekalkan sebagai presiden.

 "Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur.

 "Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," katanya.

 Bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu juga berkata kecenderungan menggunakan kedudukan juga dilakukan oleh beberapa pesuruhjaya PAS negeri dan dan anggota Majlis Syura. ~  Sumber

Kempen kotor menggunakan Ulama dan kedudukan

Posted: 14 Apr 2015 08:30 PM PDT

 Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara.

 Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini.

 "Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah.

 "(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu.

 Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS.

 Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan.

 Ahmad (atas), bekas naib presiden yang tidak mempertahankan jawatan sebelum ini dilihat antara alternatif terbaik bagi kumpulan yang kritikal terhadap Hadi.

 Masalah pimpinan Majlis Syura.

 Beliau meraih populariti di kalangan kumpulan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS.

 Sementara itu, ulama disegani dan veteran PAS itu antaranya mendakwa berlaku amalan fitnah, tuduh menuduh dan gelar menggelar antara pemimpin parti Islam itu.

 Lebih jauh lagi, Ahmad mendakwa kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama.

 "Jika terus berlaku, ia akan membawa perpecahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

 Ahmad yang pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan terkenal sebagai tokoh ulama PAS berpendidikan Timur Tengah yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat sewaktu krisis Perak 2009.

 Beliau, ketika itu pemimpin PAS negeri, tegas menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang antaranya turut digerakkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika itu.

 Walaupun pernah bersara daripada politik sebelum ini, penyokongnya kini melihat beliau alternatif kepada Hadi yang sedang berdepan krisis keyakinan susulan tindak tanduknya tidak menguntungkan Pakatan akhir-akhir ini.~ sumber

PEMILIHAN PAS SELANGOR: SPR MEROSAKKAN DEMOKRASI DALAM PAS!!!

Posted: 14 Apr 2015 05:26 PM PDT

Pengerusi SPR PAS Selangor, Prof Dr Sufian Husin
Apakah reaksi jawatankuasa pemilihan PAS berhubung dakwaan berikut :

1. Pemilihan DPP Kuala Selangor. Calon tidak mendapat makluman daripada SPR sedangkan cawangan cawangan mencalonkan beliau. Akhirnya KP GU menang tanpa bertanding.

2. Pemilihan di Puchung. Calon calon tidak dimaklumkan juga nama mereka dicalonkan sedangkan cawangan mencalonkannya. Hari mengundi YDP menang tanpa bertanding walaupun ada pencalonan lain dari cawangan.

 3. Pencalonan ajk PAS kawasan Klana Jaya. Tarikh tutup menjawab terima atau tolak petang semalam (13 April) tetapi separuh calon-calon tidak mendapat makluman SPR bahawa mereka dicalonkan. Sedangkan cawangan cawangan mencalonkannya.

 4. Pemilihan PAS Kawasan Shah Alam. Calon yang tidak dicalonkan langsung sebagai calon oleh cawangan cawangan, tetapi mendapat makluman bahawa nama mereka dicalonkan untuk jawatan tertentu.

 Banyak lagi kes kes yang sama di Hulu Selangor dan lain lain. Anehnya calon yang dikatakan pro GU tidak bermasalah.

 Maaf. Pengerusi SPR PAS Selangor. Prof Dr Sufian Husin. Sila jawab dan sila letak jawatan. Pemilihan paling buruk dalam sejarah PAS Selangor.

 Prof Dr Sufian Husin juga adalah SU SPR Pusat ketika kecoh pemilihan 2 tahun lepas berkait keciciran nama calon ajk PAS Pusat. Semua tuduh ianya dari Asmuni tetapi mereka tidak lihat Timbalan Pengerusi SPR adalah Dato Takiudin Hasan dan SU SPR adalah Dr Sufian Husin.

 Umum juga tahu Dr Sufian adalah 'bapa GU' yang kerap melakukan pelbagai serangan dan berhujah atas nama kelompoknya GU dalam pelbagai grup whatsapp dll. Kenapa orang 'bias' sebegini menjadi pengerusi SPR Pemilihan PAS Selangor!!!

 Tunggu pendedahan untuk penipuan di negeri negeri lain termasuk Melaka. Mengaku Pro Ulama. Pro Hudud. Tetapi jelas menipu untuk menang. ~ sumber wassap

Tiada ulasan: