Sabtu, 11 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi tidak peka mengenai soal keadilan

Posted: 10 Apr 2015 09:00 PM PDT

  Dia ponteng biarkan anak buah berdepan dengan POTA sepanjang malam sedangkan dia releks berdepan dengan siakap tiga rasa ....

   Tiba-tiba dia buat sidang media di Rusila.... (bilalah pula pejabat presiden bertukar ke Rusila?).

   Bukannya dia nak komen pasal POTA ; sikit pun dia tak sentuh langsung! Waima itulah isu yang sedang panas diperkatakan rakyat. Apakah Hj Hadi turut bersetuju dengan POTA , akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara maka hanyalah Allah dan Rasulnya yang tahu.Kita tidak akan tahu selagi Hj Hadi tidak menghiraukan persoalan ini.

  Tidak menghiraukan persoalan ini bermakna Hj Hadi tidak peka mengenai soal keadilan dan bagaimana keadilan akan terlaksana dalam menangani pertuduhan terhadap seseorang. Banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita bersikap adil.Khutbah jumaat pun selalu Tok Khatib beri ingat kita semua....

  Sebaliknya dia menyambut baik dan menyokong Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas.....

  Apakah Hj Hadi perlu menyatakan sokongannya sampai sebegini rupa :

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami mengganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

 "Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di Marang hari ini. ~ SUMBER

Hj Hadi angguk apa saja yang Umno kata....

Posted: 10 Apr 2015 06:02 PM PDT

 Ketika anak buah sendiri mencadangkan supaya Hudud ditangguhkan dulu kerana ada keperluan lain yang lebih perlu diutamakan dahulu, macam-macam tuduhan dilemparkan. 

 Dituduh sebagai Islam Liberal, menentang Hudud, tidak percaya dengan hukum Allah... Macam-macamlah tuduhan yang dihamburkan.....

  Tapi sebaliknya, bila Umno kata tangguh dahulu, bukan main lagi gembira tak terkata .....

  Haji Hadi nampaknya terpaksa angguk apa saja yang Umno kata. Hari tu suruh bentang....maka sibuklah macam dah tak sempat-sempat ....tapi bila suruh stop , dengan serta merta Hj Hadi tekan brek angin!phussss.......

 Haji Hadi berkata, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.

  "Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," kata Hadi  dalam sidang media di Rusila di Marang hari ini.Baca lagi di sini 

 Hj Hadi kata 'isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini' tapi bukankah dia yang kata dulu Hudud akan menjadikan negara lebih selamat? Tak percaya ker?

Tiada ulasan: