Jumaat, 10 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hudud entah kemana...tapi sesama sendiri dah kuca-lana!

Posted: 10 Apr 2015 09:36 AM PDT

DS Nizar ceria beraksi dengan baju Norazli 4 all
 IPOH - Dewan Ulama Pas Perak sudah hilang kepercayaan terhadap Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Yang Dipertua (YDP) Pas Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malik khususnya berkaitan isu hudud.

 Ketua Penerangannya, Norazli Musa berkata, ketetapan itu dibuat melalui mesyuarat yang diadakan Dewan Ulama Pas Negeri, Ahad lalu. Baca beritanya di sini

 
Kandungan surat Dewan Ulama kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang viral di media siber yang tertera  antaranya adalah :


Kandungan surat yg viral di laman sosial
 3. DEWAN ULAMA' PAS NEGERI PERAK setelah meneliti kandungan Kenyataan Media Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak pada 21 MAC 2015, bertempat di Pejabat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh. Kenyataan Media ini telah disokong dan diperakui oleh dua pimpinan parti iaitu DATO' SERI MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN & DR HJ KHAIRUDDIN BIN DATO' ABDUL MALIK. Kedua-dua mereka berada di posisi yang utama dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, selaku pengerusi dan setiausaha. Setelah meneliti dengan saksama, ternyata kandungan Kenyataan Media tersebut mengecewakan kami kerana membelakangi ruh perlembagaan dan prinsip perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti yang dinyatakan di atas. Kandungan yang amat mengecewakan kami secara khususnya ialah perkara 2 yang telah dinyatakan dalam kenyataan media tersebut, iaitu:
 Surat dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Negeri yang tersebar tersebut adalah berhubung tindakan terhadap Mohammad Nizar dan Khairuddin diambil berikutan pendirian mereka didapati bercanggah daripada keputusan Pas khasnya berkaitan hudud.

 Pendekatan diambil Dewan Ulama Pas Negeri itu juga dibuat setelah meneliti kandungan kenyataan media kedua-duanya bersama pimpinan PR berkaitan hudud, 21 Mac lalu.

  Tentu agak janggal setelah surat Dewan Ulama Perak mendedahkan ketetapan dan tindakan terhadap Mohammad Nizar dan Dr Khairuddin, Ust Ibrahim Zakaria Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Perak berkata :
Jadi kita keluarkan satu surat nak minta penjelasan. Kalau sahabat-sahabat baca surat tu, yg dikeluarkan oleh Dewan Ulama' kita tidak tuduh sahabat-sahabat kita ni tolak Hudud, sebab kita hendak penjelasan.Pendirian ...(tak jelas) ... dan alhamdulilah dah bertemu, kita dapat penjelasan.
 0:01 - 0:05 ~Tidak ada mana-mana pimpinan PAS yang menolak Hudud.
 0:06 – 0:18 ~ Apa yang diviralkan oleh Sinar tu, dia buat tajuk beri panas sebab apa, pasal nak beri surat khabar laku….Jadi hakikatnya kalau kita tengok....tadi pun kita ada pertemuan dengan YDP dan kita dah dapa penjelasan daripada YDP Tambun, daripada Ir Nizar...
0:33 - 0:45 ~  Jadi memang apa yang dijelaskan, hakikatnya tidak ada pimpinan PAS yang menolak perlaksanaan Hudud di negara kita.
1:30 - 1:52 ~ Jadi kita keluarkan satu surat nak minta penjelasan. Kalau sahabat-sahabat baca surat tu, yg dikeluarkan oleh Dewan Ulama' kita tidak tuduh sahabat-sahabat kita ni tolak Hudud, sebab kita hendak penjelasan.Pendirian ...(tak jelas) ... dan alhamdulilah dah bertemu, kita dapat penjelasan.  
  Tambah pelik bila Ust Ibrahim mengatakan belum jumpa lagi siapa yg mengkhianati Dewan Ulama' walaupun orang tu sudah lama keluar dari persembunyianya dari dalam bonet kereta....

  Walaubagaimana pun, Ust Ibrahim minta orang itu supaya bertaubat kerana kurang amanah hingga menyebabkan fitnah....harap-haraplah terkabul. Aku akan tanya Nizar pasal hal ini bila jumpa nanti.....
0:46 - 1:00 ~  Berbalik kpd soalan yang ditanya sahabat kita, setakad sekarang kita belum jumpa lagi siapa yg mengkhianati Dewan Ulama'.Tak jumpa lagi.
2:20 - 2:41 ~ Ada ketidakamanahnya dikalangan…Allahu wa'lam…kita boleh kata … AJK Dewan Ulama' lah…yang memviralkan benda tu. Mudah-mudahan Allahu ta'ala bukakan pintu hati sahabat kita yang kurang amanah tu untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wata'ala. Sebab benda tu menyebabkan berlakunya fitnah! 
2:43 – 2:52 ~ Sedangkan fitnah itu tidur… Kita semua tahu fitnah tu tidur. Jadi bila dia viralkan benda tu, menyebabkan fitnah tadi itu terjaga…
3:11 - 3:34 ~ Kita sekarang ni cuba nak cantumkan balik. Kita nak cuba ikatkan balik hati-hati kita.Dan kita berdoa kepada Allah Subhanahu wata'ala agar Allah Subhanahu wata'ala gerakkan hati sahabat kita yang buat khilaf tu untuk bertaubat kepada Allahu wata'ala, mudah-mudahan Allah terima taubat dia. Mudah-mudahan Allah ta'ala terima taubat …….Allahu a'lam.

PBB beritahu Putrajaya tarik balik pindaan Akta Hasutan

Posted: 10 Apr 2015 12:09 AM PDT

  Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia  Bangsa-Bangsa Bersatu, Zeid Ra'ad Al Hussein (gambar) hari ini menggesa Putrajaya untuk menarik balik cadangan pindaan kepada Akta Hasutan 1948, memberi amaran bahawa peruntukan-peruntukan baru itu akan menjejaskan kebebasan bersuara dan pendapat di negara ini.

 Beliau berkata cadangan itu juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan obligasi hak asasi manusia antarabangsa di negara ini.

 Zeid juga melahirkan kebimbangan terhadap pembentangan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) di Dewan Rakyat pada hari Selasa, mengatakan bahawa terdapat kekurangan hak asasi manusia yang serius dalam undang-undang tersebut.

 "Pejabat Hak Asasi Manusia PBB telah lama menggesa Malaysia sama ada untuk memansuhkan Akta atau untuk menyelaraskannya dengan standard hak asasi manusia antarabangsa. 

"Ia sangat mengecewakan bahawa kerajaan kini bercadang untuk membuat undang-undang yang tidak baik menjadi lebih buruk lagi."

Beliau berkata cadangan itu akan meluaskan skop kesalahan dan peruntukan baru untuk pengharaman perjalanan juga dibimbangi kerana mereka mungkin membenarkan sekatan sewenang-wenangnya terhadap individu atas dasar undang-undang yang tidak jelas.

 "Cadangan-cadangan ini adalah membimbangkan memandangkan Akta Hasutan telah digunakan dalam banyak contoh untuk membendung kebebasan bersuara di Malaysia - termasuk melalui tangkapan individu semata-mata kerana tweet kritikan mereka dasar-dasar kerajaan dan keputusan kehakiman," katanya.

  Zeid juga menggesa Putrajaya mengkaji semula kes-kes mereka yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan.

 "Menyekat perbezaan pendapat tidak memupuk kestabilan sosial, melainkan ruang demokrasi yang terbuka.

  "Menyekat hak asasi manusia di atas nama memerangi keganasan telah dibuktikan, masa dan sekali lagi, untuk menjadi 'backfire' dan hanya membawa kepada rasa tidak puas hati dan rasa  ketidakadilan yang kuat."

  Beliau berkata sebagai pengerusi Asean, Malaysia perlu memastikan bahawa peranan kepimpinan di peringkat serantau dan antarabangsa disokong oleh komitmen yang tegas untuk memastikan hak asasi manusia bagi semua di Malaysia. -- sumber

Mahathir tanya kenapa Najib bengkok....Najib jawab Jambatan Bengkok!

Posted: 09 Apr 2015 06:19 PM PDT

  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, saya bertanya Najib soalan mudah tetapi tidak menjawab soalan-soalan tersebut, sebaliknya meminta orang ramai untuk menyokong beliau. 

 Saya ingin minta penyokong Najib sama ada sokongan mereka bermakna kehilangan 42 bilion Ringgit adalah okay, bahawa tidak ada keperluan untuk sekurang-kurangnya menjelaskan dari mana wang itu. Jika begitu sikap anda, pergi beritahu Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin supaya mereka "tutup mulut"!

Dr Mahathir membangkitkan mengenai hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. - Baca lagi di sini

  Dr Mahathir membangkitkan masalah dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan mempersoalkan keperluan Putrajaya memberi kemudahan kredit hampir RM1 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu, di samping tindakan 1MDB membeli tanah kerajaan dan memeterai perjanjian diragui dengan PetroSaudi International. 

 Menjawap persoalan Dr Mahathir mengenai dakwaan Sirul yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib bahawa beliau adalah "di bawah perintah" untuk membunuh Altantuya,  Datuk Seri Najib Razak  berkata:

 "Tidak ada bukti yang boleh mengatakan saya tahu Altantuya. Tiada gambar, tiada tulisan, tiada saksi. Dan pihak polis telah disiasat."

Najib dalam satu temu bual dengan TV3 malam tadi berkata, bahawa dia telah bersumpah bahawa dia tidak tahu wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat dalam pembunuhan itu secara langsung atau tidak langsung.

 "Perkara ini berlaku pada tahun 2008 ... lama dahulu."sumber

 Maka kita semua diberitahu bahawa Najib tidak tahu siapa Altantuya ...tetapi siapakah yang mengarahkan Sirul dan Azilah melakukan pembunuhan kejam itu? Mereka bertugas sebagai anggota Unit Tindakan Khas dan hanya melaksanakan tugas atas arahan dari pihak berkuasa yang lebih tinggi.Motif pembunuhan dan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu terus menjadi misteri....

Kita nak tahu mengenai isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MBD),mengenai kaitannya dengan jutawan Jho Low.... mengenai isu kekayaan keluarganya....

  Yang Najib pergi cerita pasal Mahathir pernah meminta beliau melaksanakan projek 'jambatan bengkok' untuk menggantikan Tambak Johor ke Singapura pasal apa ??? Mahathir tanya kenapa kamu bengkok wahai Najib!

KENAPA RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MARANG TIDAK DILULUSKAN BACAAN PADA SIDANG INI?

Posted: 09 Apr 2015 04:39 PM PDT

Hj Hadi sudah kena main .....
  RUU Persendirian Marang boleh saja diluluskan untuk dibacakan dan dibahaskan untuk sesi berakhir hari ini kerana ianya adalah kuasa budibicara Speaker Dewan atas keizinan Kerajaan.

 Bagi Umno, isu RUU Persendirian Marang ini boleh digunakan untuk menambahkan kekalutan dalam Pakatan Rakyat. Bagi Umno, RUU Persendirian Marang ini boleh memecahkan Pakatan Rakyat. Jauh lebih dari itu, bagi Umno, RUU Persendirian Marang ini boleh memecahkan PAS.

 Mengambilkira Muktamar Pemilihan PAS akan diadakan pada awal bulan Jun 2015, maka strategi tidak membenarkan RUU Persendirian Marang dibacakan dan dibahaskan pada sidang ini adalah senjata paling sempoi bagi Umno meneruskan polemik di dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

 Maka RUU Persendirian Marang dibiarkan dan kononnya hendak dibawa ke sidang Mei nanti yang mana ianya bukan suatu kepastian. Kalau bawa ke sidang Mei nnt pun, tidak dijamin akan diluluskan untuk bacaan dan dibahaskan. Apa yang penting ialah daripada sekarang hingga Jun 2015, isu ini masih boleh dimainkan oleh Umno untuk memecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

 TETAPI, jika ada kebijaksanaan, semua ini boleh dipatahkan dengan begitu mudah.

 Apa-apa pun kita sama-sama tunggu episod seterusnya.

ZULHAZMI SHARIFF 
09042015

Tiada ulasan: