Isnin, 9 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Lembu Punya Susu - Sapi Dapat Nama ?

Posted: 08 Mar 2015 11:30 PM PDT


Dulu keji sekarang puji.....

Katanya provokasi dari puak sana...boleh jadi jugak maklum lah diri semakin tersepit dan secara logiknya memang begitu - yg lemah akan bergantung pada dahan yang kuat.


Yang pelik bagi aku mereka ni byk yg berkaca mata gelap dan budak macam baru lepas sekolah pun ada ! Macam di makhamah kes sexpoll tempuh hari aje kannnn.....

Ish...ish....ishhh...peserta anjuran puak pr tidaklah pulak macam mereka ni...jarang yg berselindung disebalik cermin mata gelap.


Lokasi ‪#‎lawan‬ sogo kl.

Mangsa Rompakan Cedera Parah Selepas Mengeluarkan Wang Dari ATM

Posted: 08 Mar 2015 11:00 PM PDT



Berlaku di Kota Damansara .. butiran lanjut akan menyusul. Hanya mau memberikan sedikit pesanan dan peringatan .. agar lebih berhati-hati ketika membuat sebarang transaksi di ATM yang sunyi sepi terutamanya kepada wanita.


Malaysians Must Know The Truth.

Anwar Sanggup Mati di Penjara Kerana Agenda Peribadi?

Posted: 08 Mar 2015 10:30 PM PDT

 
SAYA tidak rapat dengan Dato' Seri Anwar ibrahim sejak dia mencebur diri dalam politik. Sebelumnya saya memang mendekatinya.Semasa dia jadi menteri, ada dua/tiga kali terserempak dengannya. 
 
Selepas bebas penjara dua–tiga kali juga bertemunya sekalipun dia mengetuai pakatan yang parti saya PAS menjadi sekutunya.

Saya terharu dia dipenjara lagi dan saya bangga dia sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penindasan dan cengkaman kezaliman sejak merdeka.

Jika dia dikatakan berjuang untuk jadi perdana menteri, sedikit saja betulnya.

Tetapi jika dikata dia hendak jadi perdana menteri, ia adalah betul. Tetapi mengapa untuk jadi perdana menteri sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara sedang harapan jadi perdana menteri belum tentu jadi?

Lalu ada yang mengata tinggalkanlah dia jadi laksana haiwan raksasa yang dikatakan wujud zaman purba justeru perjuangannya demi peribadi saja, bagi yang bersamanya hanya memikul liabiliti. Dari masa ke semasa seteru politik akan menubi kelemahan yang dipaksa ke atasnya.

Jika dia hendak jadi Perdana Menteri biarkan dialah justeru perlembagaan membenarkan setiap rakyat yang lahir di Malaysia berhak bercita-cita untuk menjadi Peerdana Menteri dan perlembagaan juga tidak melarang setiap laki-laki ingin kahwin dengan Siti Nurhaliza sekalipun yang dapat mengahwininya hanya seorang saja.

Saya mahu bersama Anwar bukan sekadar hendak menjadikan perdana menteri saja tetapi dia mampu mengembleng tenaga dan pengaruh bagi meruntuhkan belenggu kezaliman dan penindasan golongan lintah darat sejak merdeka.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, Umno sudah jadi kurafat dan ia perlu diruntuhkan. Saya termakan dengan mantiknya, justeru kurafat boleh membelenggu kepercayaan rakyat dan selagi ia tidak dirunuhkan, maka sekalian terus menerus dibelenggu kurafat itu.

Kerana Umno yang menindas itu tidak dapat diruntuhkan, bukan saja sekalian jadi pencarum kurafat, maka banyaklah keroskan berlaku di alam kita, pada politik, ekonomi, sosial, akhlak, akidah dan lain-lain. Jika dibenarkan mustakbirin ini berterusan, maka tiada jaminan masa depan negara dan generasi terkemudian.

Banyak yang sudah kita laku dan korbankan bagi menghalang semua keruntuhan, tetapi belumlah banyak yang dapat dibuat, bahkan belum nampak kezaliman dan penindasan itu dapat dicegah.

Harapan meruntuhkan monopoli mustakbirin khurafat BN ini hampir dapat dilakukan dengan kita dapat bersama Anwar Ibrahim. Anwar sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Kita saja pun belum dapat buat apa-apa juga, tetapi dengan kita bersama Anwar tembok besi Putrajaya itu sudah digoncang.

Ia sekadar belum diroboh tetapi sudah pernah digegar.

Hanya nasib belum memihak kepada perubahan. Kita telah saksikan, sekalipun Anwar itu dikatakan tampil dengan agenda peribadi, tetapi kita sendiri rasakan, tembok yang tidak dapat ditembusi lebih 50 tahun itu telah retak di sana sini dengan paduan tenaga bersamanya sekalipun dia ada mimpi lain.

Saya boleh terima anwar masuk Umno dulu kerana hendak jadi perdana menteri. Dia hampir berjaya.

Jika ia semata-mata agenda peribadinya, dia setangga saja lagi, jika sanggup menangguk kepada Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad atas semua yang dimahunya seperti yang Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak buat, dia sudah dapat agenda peribadinya itu. Tetapi dia dibuang ketika dia adalah pengerusi jawatankuasa kabinet antipenyelewengan.

Kerana dia mengutamakan membersih penyelewengan semua orang yang bersamanya, maka mereka buang dia dulu sebelum dia buang mereka.

Dan jika agenda peribadi jadi keutamaannya, dia tahu kesaktian Umno, bukanlah mudah untuk dileburkan.

Hanya melalui Umno saja kuasa dapa dicapai, itu jua fikiran khurafat, dia tidak cari jalan untuk masuk semula Umno seperti yang banyak orang sangka. Dia tubuh parti dan terus bersama pembangkang. Dia tahu selama lebih 50 tahun pembangkang tidak dapat tumbangkan kerajaan.

Mengapa dia mahu kekal bersasma pembangkang bagi melakukan perubahan?

Kita tahu Anwar ditawarkan jawatan besar dalam agensi PBB sebaik lulus universiti.

Dia tolak gaji empat angka dolar Amerika tetapi buka Yayasan Anda bergaji kecil. Perjuangan peribadi jarang menolak tawaran lumayan.

Orang balik Mesir, Jordan dan Madinah tak tolak jawatan mufti dan penasihat agama perdana menteri, tetapi Anwar plih kerja yang bergaji kecil.

Banyak yang tempelak Anwar utamakan diri dan peribadi, tetapi dia buat kerja yang memungkinkannya hidup di pejara lebih lama dari duduk dalam kabinet. Orang yang berkokok itu buat apa?

Sedarkah tentang rasuah menjadi-jadi dan penyelewengan merata-rata, tapi lebih senang terima jawatan bergaji besar sedang rakyat menderita dan ditindas?

Saya sedar politik Anwar hari ini tidak sama d engan politiknya sebelum masuk politik itu. Pandangan Islam sudah berbeza. Tidak nampak ada persamaannya dengan apa yang PAS mahu dulu dan akan datang.

Tetapi kita mesti faham bahawa suasana selepas 50 tahun lebih negara dibawah politik zalim dan penindasan, tidak semua yang hesdak bua ketika PAS diubuhkan dulu dapat dibuat.

Banyak yang tidak dapat dibina di samping ada banyak lagi yanag dapat dibuat.

Kehadiran Anwar dalam Pakatan Rakyat memberi harapan boleh menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaanyang kita sertai b e r sama Anwar nanti.

Walaupun kerajaan yang Anwar pimpin itu tidak dapat memberi sesmua apa yang PAS mahu, tetapi yang pertama, kita sama-sasma boleh runtuhkan mustakbirin. Sekalipun Anwar tidak penuhi semua yang PAS mahu, tetapi dia tentu tidak teruskan penindasan dan kezaliman seperti yang kerajaan m u s s t a k b irin buat sekarang.

Perjanjian kita d engan Anwar bukanlah ditentukan hingga kiamat. Sekali pun kita bercadang untuk bersama selama mungkin, tetapi kita boleh kaji dari masa ke semasa.

Kita boleh bersama selagi kita mahu dan selagi Anwar mahu. Jika Anwar jadi perdana menteri, belum tentu dia terima hudud yang PAS mahu.

Dia mungkin terima dam mungkin tawakuf, tetapi pada peringkat awal kerajaan itu akan bekerja siang malam bagi membasmikan penyelewengan, membendung dan maenghukum gejala rasuah, menegakkan k e a d i l a n d a n p a ling utama memastikan nega ra tidak muflis seperti Greece dan lain-lain.

Dan jika Anwar pula masa itu buat pula macam yang Umno, suatu yang malaikat simpangkan dengan izin Allah, maka kita berfikir pula pada ketika itu. Yang penting kurafat Umno sudah dibersihkan.

Kiranya Umno ada lagi masa itu, ia tentunya Umno lain. Kita akan hadapi pula mana-m a n a p i h a k y a n g j a d i m a c a m U mno l a g i.

Maka pada saya, ajaiblah kalau Anwar itu utamakan peribadi dan perjuangan ummah dengan sanggup duduk lama dan berkali-kali dalam penjara, berpisah dari muda hingga tua dengan isteri, anak- anak dan cucu.

Orang yang utamakan peribadi tidak sanggup tinggalkan cucu dan dalam usia yang warga emas itu, sanggup bermalam sendirian semasa sakit dan demam.

Mana orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Maka saya tidak boleh perkecilkan orang yang sanggup seperti A n w a r . 
 
Saya bangga dengannya, jika tiada lagi yang mahu kepadanya, biarlah saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya. 
 
Pengorbanannya uuk membebaskan negara dari penyelewengan dan penindasan a k a n dikenang selama-lamanya. -
 
Subky Latif/DetikDaily/9/3/15

Budak 7 tahun meninggal tercekik cekodok

Posted: 08 Mar 2015 10:00 PM PDT

 
Seorang wanita hari ini mendakwa sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Austin Perdana di Johor Baharu gagal menjalankan prosedur kecemasan yang sewajarnya hingga menyebabkan anak lelakinya meninggal dunia akibat tercekik makanan ketika dalam jagaan pusat itu.

Ong Kai Yun, 32, berkata Kee Shao Ming, 7, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Baharu, Jumaat lepas selepas muntah dan pengsan di pusat jagaan itu.

"Saya menerima panggilan telefon pada kira-kira 8 pagi daripada petugas pusat jagaan itu yang memberitahu anak saya muntah dan pengsan.

Petugas itu kemudian menghantar anak saya ke HSI.

"Selepas 12 jam dirawat, pada kira-kira 8 malam doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik cekodok pisang, sarapan yang saya bekalkan kepada anak saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Setia Indah di Johor Baharu, hari ini.

Ong berkata beliau amat kecewa dengan sikap petugas pusat jagaan itu yang tidak memaklumkan kepada pihak hospital mengenai keadaan anaknya ketika makan sebelum kejadian itu berlaku.

Ong dan suaminya, Kee Yong Wen, 43, juga hanya mengetahui anak mereka tercekik cekodok pisang setelah dimaklumkan pihak hospital.

"Petugas itu sepatutnya terus memberitahu pihak hospital bahawa anak kami sedang makan semasa kejadian berlaku, dan tidak cuai tentang perkara ini," katanya.

Sehubungan itu, Ong  membuat satu laporan polis di Balai Polis Setia Indah di Johor Baharu kelmarin dan berharap mendapat penjelasan daripada pihak pusat jagaan mengenai prosedur keselamatan mereka, yang didakwanya sebagai longgar.

Menurutnya beliau menghantar anak lelakinya dan seorang lagi anak perempuannya berusia 8 tahun ke pusat jagaan itu sejak Disember lepas.

Kedua-dua anaknya hanya berada di pusat jagaan berkenaan pada sebelah pagi sebelum bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 5 pada sebelah petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

- Bernama

HOT!!! : KERANA GST PENYOKONG BN KELUAR DAN SOKONG PAKATAN RAKYAT - oleh Pejuang Perubahan

Posted: 08 Mar 2015 09:30 PM PDT


Putri Mardiana & Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua!

Posted: 08 Mar 2015 09:00 PM PDT


khalwat

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau dikenali E-Jump pada pagi Sabtu kira-kira pukul 4 pagi di USJ 1, Subang Jaya.

Artikel Berkaitan : Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

a

Menurut laporan Astro Gempak, kedua-dua mereka dikatakan ditangkap di kediaman  isteri E-jump, Nor Hasni. 

Malah hal itu telah disahkan sendiri oleh isteri E-jump.
Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi.

Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah.

Pada Disember tahun lalu, Putri Mardiana dan teman lelakinya telah ditangkap khalwat di sebuah kondo Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Putri Mardiana bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut sambil mendakwa E-jump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang.


Marina Mahathir yakin persoalan MH370 bakal terjawab..?? OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 08 Mar 2015 08:30 PM PDT

Datin Paduka Marina Mahathir berucap di majlis ulangtahun kehilangan MH370 di Kuala Lumpur untuk menunjukkan tanda solidariti kepada keluarga mangsa. –

Datin Paduka Marina Mahathir berucap di majlis ulangtahun kehilangan MH370 di Kuala Lumpur untuk menunjukkan tanda solidariti kepada keluarga mangsa. –

Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir hari ini memberitahu keluarga mangsa penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 mereka tidak bersendirian dalam kesukaran berdepan dengan tragedi ini kerana ramai sebenarnya tampil memberikan sokongan.

Berucap pada majlis ulangtahun kehilangan MH370, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, penganjuran acara hari ini sebagai tanda solidariti kepada keluarga mangsa.

"Anda (keluarga MH370) tidak bersendirian kerana sebenarnya ramai yang merasakan untuk anda, anda tidak perlu bersendirian, tidak perlu berjuang sendirian‎, tidak perlu bersedih sendirian kerana ada yang bersedih bersama anda.

"Yang penting jangan putus asa kita yakin satu hari nanti dengan izin tuhan, jawapan akan ditemui," katanya pada majlis tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Susulan dari insiden tersebut, Marina bersama kumpulan sokongan lain memulakan inisiatif dipanggil "dinding harapan" sebagai saluran kepada orang ramai menyampaikan mesej terhadap tragedi itu.

"Pada mulanya saya ingat ia perkara kecil bagaimanapun ia kemudiannya menjadi besar, ramai yang menyertai, kita tidak menjangkakan ia tersebar di beberapa negeri," katanya.

Majlis anjuran "Voice370" dan "next of kin" (Noks) bertujuan untuk tidak melupakan mangsa MH370 dan tidak berputus asa.

Program hari ini dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan terdekat mangsa MH370 dan turut disertai orang ramai yang bersama menandatangani petisyen agar Putrajaya tidak berhenti meneruskan pencarian MH370.

Baru-baru ini Biro Keselamatan Pengangkutan Australia menjangkakan pencarian MH370 bakal berakhir Mei ini.

Majlis tersebut bermula kira-kira jam 3 petang diserikan dengan pelbagai acara termasuk tayangan video "tribute" disiarkan secara langsung dari China.

Pada majlis tersebut turut menyaksikan ‎Grace Subatharai, 27 bercakap di khalayak ramai bagi memperingati ibunya.

"Kami sempat memberitahu yang kami menyayangi satu sama lain," katanya mengingati perbualan terakhir bersama ibunya, Anne Daisy antara salah seorang penumpang pesawat MH370.

Grace adalah keluarga terakhir mangsa tragedi yang bersuara ekoran bapanya, Nathan merupakan timbalan pengarah bahagian pengurusan trafik udara di Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Terlibat aktif dengan kumpulan sokongan MH370, Grace mengakui hari ini merupakan pertama kalinya beliau bercakap di hadapan khalayak mengenai keakraban hubungan bersama ibunya.

"Kebelakangan ini anda sering kali lihat saya kerap bersuara kepada media namun hari ini yang pertama kali saya secara menyentuh mengenai perasaan saya secara peribadi apabila kehilangan beliau (ibu)," katanya.

Grace seterusnya berkata kehilangan ibunya bukan merupakan satu yang mudah apatah lagi untuk menerima hakikat bahawa sehingga kini tiada jawapan yang ditemui.

"Ia bukan perkara mudah, saya amat menyayangi ibu saya, saya amat merindui beliau. Beliau adalah segala-galanya untuk saya," katanya dengan nada sebak.

Menurut gadis itu lagi, hubungan bersama ibu bapanya tidak begitu akrab pada mulanya namun ia berubah apabila menyambung pengajiannya di United Kingdom pada 2010.

"Saat itu ia mengubah-gubah segala-galanya, saya menjadi begitu akrab dengan ibu saya. Kami akan bercakap tiap-tiap hari," katanya.

Menurut Grace semasa perbualan kali terakhir beliau sempat memaksa ibunya untuk bercakap dengannya.

"Saya ingat kali terakhir, beliau (ibunya) sangat sibuk untuk berkejar ke lapangan terbang, namun saya tetap memaksa untuk tetap bercakap dengannya.

"Dan beliau beralah dan meluangkan masa bercakap dengan saya, beliau memberi‎tahu amat berbangga dengan saya, dan ayat terakhir ialah memberitahu kami sayang satu sama lain," katanya yang menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan perasaannya.

Pada 8 Mac tahun lalu penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada skrin radar semasa terbang di udara Laut China Selatan, kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi.

Boeing 777-200ER itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada hari sama. – 8 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Harga baharu LPG mungkin diumum esok, tidak dikaji selama 16 tahun

Posted: 08 Mar 2015 08:00 PM PDT

Datuk Seri Hasan Malek berkata cadangan harga baharu LPG akan dibentangkan kepada majlis ekonomi esok.

Datuk Seri Hasan Malek berkata cadangan harga baharu LPG akan dibentangkan kepada majlis ekonomi esok.

Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.

Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14kg.

"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

"Kita akui sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya di Kuala Pilah hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut.

"Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Kenapa sekarang audit 1MDB, soal Ambiga OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 08 Mar 2015 07:30 PM PDT

Datuk Ambiga Sreenevasan berkata permintaan untuk ketua audit negara menyiasat akaun 1MDB sudah terlambat walaupun ia langkah yang baik.

Datuk Ambiga Sreenevasan berkata permintaan untuk ketua audit negara menyiasat akaun 1MDB sudah terlambat walaupun ia langkah yang baik.

Datuk Ambiga Sreenevasan mempersoalkan arahan Putrajaya supaya ketua audit negara mengaudit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggap sudah terlambat.

"Soalnya mengapa baru sekarang sahaja untuk berbuat demikian padahal ianya sudah terlambat.

"Mengapa ia perlu mengambil masa yang lama untuk dilakukan?" soal bekas presiden Majlis Peguam itu pada satu forum bertajuk "Malaysia Mengharungi Cabaran" di Menara PKNS di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengulas perkara tersebut berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin laporan akaun 1MDB akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas ketua audit negara membuat siasatan.

Ambiga bagaimanapun menyifatkan cadangan supaya ketua audit negara mengaudit akaun 1MDB adalah tindakan yang positif untuk Malaysia, namun tidak kepada syarikat itu sendiri.

"Saya tidak pasti sama ada ianya positif untuk 1MDB, tetapi ia langkah yang positif untuk Malaysia.

"Sebenarnya ia adalah langkah yang baik untuk Malaysia tetapi saya cadang tubuhkan satu pasukan petugas supaya tidak memihak kepada berpihak ke sesiapa dan boleh meneliti dokumen-dokumen dan sebagainya," katanya.

Sebelum ini Muhyiddin berpendapat ketua audit negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun syarikat itu sejak awal penubuhannya.

Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 dan tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan beberapa portal berita.

Beliau dalam kenyataannya menyeru pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh kerana penting untuk membersihkan nama 1MDB daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku. – 8 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Jangan salah tafsir ketiadaan Muhyiddin, kata Ismail Sabri OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 08 Mar 2015 07:00 PM PDT

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadiri pertemuan bersama ketua Umno bahagian yang diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadiri pertemuan bersama ketua Umno bahagian yang diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

Ketiadaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersama ketua bahagian parti di seluruh negara hari ini tidak perlu disalah tafsirkan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata Muhyiddin mahu menghadiri perjumpaan pada petang ini namun mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

"Dulunya pun timbalan presiden tidak hadir, dia ada komitmen lain.

"Dia beritahu saya yang dia nak hadir tetapi dia ada komitmen lain," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya media adakah perkara itu akan disalah tafsir, Ismail berkata: "Tak perlu."

Muhyiddin pada Jumaat menggesa siasatan dilakukan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu sudah memaklumkan ketua audit negara akan menyiasat syarikat itu.

Menteri pendidikan itu berkata sebarang usaha menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.

Beliau juga berkata, lembaga pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

"Saya berpandangan ketua audit negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, semalam Muhyiddin menolak dakwaan kenyataannya bercanggah dengan kenyataan Najib dan menambah beliau bukan hanya menyuarakan apa yang dibincangkan oleh Kabinet membabitkan isu itu, malah lebih jauh daripada itu.

Katanya, pendirian itu sekadar mahu mengesahkan akaun 1MDB oleh ketua audit negara dan mengambil kira kepentingan umum.

"Saya tidak fikir begitu, jika anda baca betul-betul dan memahami apa yang saya tulis dalam kenyataan saya, saya rasa ia merupakan kenyataan yang adil," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 8 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.


Penahanan Nik Nazmi bercanggah undang-undang, kata MB Selangor

Posted: 08 Mar 2015 06:30 PM PDT

 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengutuk penahanan ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas perhimpunan ‪#‎KitaLawan‬ di Kuala Lumpur semalam.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengutuk penahanan ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur semalam. 

Tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan exco negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan kerana perhimpunan #KitaLawan semalam berlangsung secara aman, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Dalam satu kenyataan lewat petang tadi, Azmin berkata, pihaknya mengutuk tindakan PDRM tersebut.

"Saya mengutuk tindakan menahan Nik Nazmi. Tindakan polis bercanggah dengan undang-undang," kata Azmin dalam kenyataannya.

"Perhimpunan semalam berlangsung dengan aman dan tidak menyalahi batas undang-undang. Kami melihat tiada asas untuk penahanan beliau selain bermotifkan politik," katanya.

Nik Nazmi hari ini ditahan semalam di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur selepas diarahkan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10 pagi tadi.

Beliau yang juga ketua Pemuda PKR kemudiannya dibawa ke Jinjang pada pukul 12.20 tengahari.

Peguam, Melissa Sasidaran berkata, pihak polis menahan beliau kerana dipercayai melanggar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal mengemukakan notis 10 hari kepada PDRM sebelum Perhimpunan #KitaLawan dilaksanakan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

"Sekiranya polis ingin merekod kenyataan beliau, sudah pasti tidak perlu untuk menahan beliau untuk semalaman," kata Azmin, dan menambah, lebih-lebih lagi Nik Nazmi hadir ke balai polis berkenaan secara sukarela.

"Kerajaan dan polis perlu menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka."

Sehubungan itu beliau menuntut agar PDRM segera membebaskan Nik Nazmi tanpa syarat dan menghentikan segala siasatan yang dilakukan terhadapnya.

Sementara itu, isteri kepada Nik Nazmi, Imaan Abdul Rahim berkata kepada pemberita, pihaknya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Ini sudah dijangka, sekarang kita hanya mendoakan yang terbaik," katanya.

Perhimpunan #KitaLawan yang berlangsung di ibu negara semalam mendesak agar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara susulan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Himpunan semalam yang bermula dari Masjid Jamek, Pasar Seni, dan Pejabat Agung PAS berkumpul di pusat membeli belah Sogo sebelum berhimpunan di KLCC dilaporkan disertai lebih 10,000 penyokong Anwar. – 8 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

1 April 2015 - Semua Rakyat Malaysia Menjadi Kaya Raya Secara Automatik Ikut Kata Menteri.

Posted: 08 Mar 2015 06:00 PM PDT

Kurang sebulan dari sekarang semua rakyat Malaysia secara automatiknya akan dianggap sebagai kaya raya tanpa kira dia kerja apa atau bergaji berapa sekalipun dalam sebulan. 

Bahkan budak2 sekolah yang masih belajar pun automatik dah jadi kaya raya. 

Aku rasa ini la bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional memang menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia. 

Kalau tak mana kau nak cari satu2nya negara yang mampu membuatkan semua rakyatnya kaya secara automatik? 

Masih tak reti2 bersyukur dan berterima kasih kepada Barisan Nasional selaku pemimpin dan pentadbir negara?

Mengikut keterangan Ahmad Maslan pada tahun lepas ;



Menteri kata hanya orang kaya saja yang dikenakan GST. Mulai bulan depan semua yang beli topup kena GST. 

Semua yang cucuk duit ikut MEPS pun kena GST. Dan menteri pula kata hanya si kaya je yang kena GST. Maka ini bermaksud sesiapa yang membayar GST = dia kaya.
Oleh kerana aku pengguna kad topup maka aku dah tentu automatik bayar GST.
 Oleh kerana aku pengguna maka sudah tentula banyak barangan kepenggunaan yang perlu aku bayar berserta GST kelak. Dan menteri kata hanya si kaya bayar GST. Maka ini bermaksud bulan depan aku automatik dah jadi kaya.
Yang mana2 gaji 400 sebulan pun dah jadi kaya.Beli barangan dikenakan GST.
Yang mana budak2 sekolah ada handphone zaman sekarang kena topup segala pun dah tentu orang kaya sebab hanya orang kaya je yang terikat dengan pembayaran GST.
Bestnya.
Tak sabar2 kot nak jadi orang kaya. Wieeeeee.... best kotttt..
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH 


Ameno World

GST Membunuh Rakyat !! Undur Najib Undur !!

Posted: 08 Mar 2015 05:15 PM PDT

 
'GST Membunuh Rakyat !! Undur Najib Undur !!  1. GST menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang mereka keluarkan belum terjual. Manakala pengguna tidak mendapat apa-apa refund, pengembalian wang yang mereka belanjakan. 2. Sistem percukaian ini dikenakan kepada semua tanpa mengira berapa pendapatan seseorang. Ia berbeza dengan cukai SST sebelum ini dimana ia dikenakan mengikut pendapatan seseorang. 3. Menerusi GST barang akan meningkat naik berkali-kali ganda kerana pengeluar, pengedar berhadapan dengan kenaikan kos sementara kos itu ditanggung oleh pengguna, iaitu rakyat. 4. Pengumuman kerajaan dengan menyebut barang-barang tetentu dikenakan cukai GST tanpa menyebut barang-barang lain, (menjelaskan) adalah perangkap untuk mengenakan cukai ke atas barang-barang yang tidak disebut. 5.Kenaikan harga barang ekoran pengenaan cukai GST ini dilakukan secara taktikal di sinilah rakyat akan terperangkap dan tertipu kerana ianya tidak dijelas secara nyata. 6. Setiap urusniaga dijalankan ia dikenakan cukai GST, sebagai contohnya mereka menguruskan majlis perkahwinan (katering) juga tidak dapat dielak dari dikenakan cukai.  Manakala rasionalisasi kerajaan untuk melaksanakan GST kerana hendak menjana kewangan negara yang hilang serta memulihkan akaun negara yang mengalami defisit. Alasan ini tidak munasabah dan tepat kerana defisit akaun negara boleh diatasi sekiranya kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan boros.  Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 20% daripada perbelanjaan negara mengalami ketirisan disebabkan berlaku perbelanjaan yang boros.  Wang negara boleh dijimatkan jika tidak boros berbelanja dan GST yang menyusahkan rakyat tidak perlu dikenakan.  (Kredit: Sdr Rafizi Ramli)'

1. GST menguntungkan syarikat-syarikat pengeluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang mereka keluarkan belum terjual. Manakala pengguna tidak mendapat apa-apa refund, pengembalian wang yang mereka belanjakan.

2. Sistem percukaian ini dikenakan kepada semua tanpa mengira berapa pendapatan seseorang. Ia berbeza dengan cukai SST sebelum ini dimana ia dikenakan mengikut pendapatan seseorang.


3. Menerusi GST barang akan meningkat naik berkali-kali ganda kerana pengeluar, pengedar berhadapan dengan kenaikan kos sementara kos itu ditanggung oleh pengguna, iaitu rakyat.


4. Pengumuman kerajaan dengan menyebut barang-barang tetentu dikenakan cukai GST tanpa menyebut barang-barang lain, (menjelaskan) adalah perangkap untuk mengenakan cukai ke atas barang-barang yang tidak disebut.


5.Kenaikan harga barang ekoran pengenaan cukai GST ini dilakukan secara taktikal di sinilah rakyat akan terperangkap dan tertipu kerana ianya tidak dijelas secara nyata.


6. Setiap urusniaga dijalankan ia dikenakan cukai GST, sebagai contohnya mereka menguruskan majlis perkahwinan (katering) juga tidak dapat dielak dari dikenakan cukai.


Manakala rasionalisasi kerajaan untuk melaksanakan GST kerana hendak menjana kewangan negara yang hilang serta memulihkan akaun negara yang mengalami defisit. Alasan ini tidak munasabah dan tepat kerana defisit akaun negara boleh diatasi sekiranya kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan boros.

Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 20% daripada perbelanjaan negara mengalami ketirisan disebabkan berlaku perbelanjaan yang boros.

Wang negara boleh dijimatkan jika tidak boros berbelanja dan GST yang menyusahkan rakyat tidak perlu dikenakan.

(Kredit: Sdr Rafizi Ramli)

Perkasa kekal hidup dengan mencambah lebih banyak perkara tidak masuk akal

Posted: 08 Mar 2015 04:30 PM PDT

Perkasa kekal hidup hanya kerana ini Perkasa kekal hidup dengan mencambah lebih banyak perkara tidak masuk akal

Mac 08 oleh Edgar Ong KOMEN:

Dalam sejarah retorik karut dan tuduhan melulu bodoh kepada badan politik Malaysia, Perkasa - walaupun realitinya ia bukanlah entiti politik - berasakan mereka perlu untuk sentiasa kekal menjadi tumpuan.

Pada mereka yang duduk di bawah tempurung sejak 2008, dan tidak tahu atau tidak pernah mendengar tentang Perkasa, Wikipedia menggambarkan mereka sebagai "organisasi ketuanan Melayu bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh Ibrahim Ali pasca pilihanraya Malaysia pada 2008.

Organisasi haluan kanan konservatif Melayu ekstrim ini diketuai oleh presiden Ibrahim Ali, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak sebagai penasihat.

Kumpulan ini mendakwa mempunyai keahlian seramai 420,000 ahli, merangkumi lebih dari 60% ahli Umno."

Bagaimanapun, untuk apa saja sebab, Perkasa telah memilih untuk menjadi organisasi antagonis berbanding menjadi munasabah.

Modus operandinya dilihat sering membuat kenyataan akhbar tentang subjek yang dianggap anti-Melayu atau anti-Islam. Ianya turut kelihatan mereka berasa mereka semakin malap dan dilupakan orang awam jika ianya munasabah.

Jadi mereka sering berasakan ianya penting untuk mereka membicarakan kembali pernyataan ekstrimis "Ketuanan Melayu" bengan melakukan perarakan protes dan membakar barang - dengan niat untuk mengejutkan, menangkis dan menolak "musuh tersembunyi" mereka! Perkasa turut benar-benar mengetahui setiap kenyataan berulang "yang baru", tidak mengelak tindak balas daripada mereka yang benar-benar terkejut dan tidak percaya.

Ini kerana mereka tahu tiada cara lain untuk membuat mereka kekal relevan, tidak dengan cara yang mampu menarik perdebatan munasabah atau dialog pintar dengan yang boleh dikatakan musuh mereka.

Ianya juga jelas berdasarkan beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka langsung tidak berminat untuk membuat sebarang perbincangan.

Dalam teriakan terbaru mereka, Perkasa telah mengutuk Putrajaya kerana membenarkan pengecualian GST kepada sekolah persendirian Cina.

Tetapi kenapa Perkasa hanya menuding jari kepada sekolah Cina saja sedangkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Chua Tee Yong telah jelas sekali berkata "Jabatan Kastam telah membuat keputusan secara umum bahawa apa saja perbelanjaan pendidikan tidak akan dikenakan GST".

Ini bererti semua pendidikan, termasuklah sekolah vernakular lain dan sekolah rendah Inggeris swasta dan bukanlah sekolah Cina saja.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini mereka telah (melalui presiden berwajah garang mereka sendiri, Ibrahim Ali) berjaya mengejutkan dan menimbulkan kemarahan atau mendapatkan perhatian rakyat Malaysia dengan beberapa laporan berita yang kurang lengkap ini:

Pada 13 Februari, 2015, ketika seluruh negara sedang bersedih dengan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ibrahim Ali telah menuduh allahyarham sebagai "gagal untuk membangunkan negeri Kelantan atau melaksanakan hukum Hudud".

Beliau turut mencemar reputasi allahyarham Tok Guru dengan meruumuskan "rakyat Kelantan tidak memuja pemimpin alim dan retorik, tetapi memilih mereka yang mempunyai visi dan secara moralnya bersih. Pada 31 Mac, 2014

Ketua Menteri Sarawak yang baru dilantik Tan Sri Adenan Satem telah mengeluarkan satu amaran keras kepada Ibrahim Ali - "Jangan cuba untuk masuk Sarawak. Dia akan tahu apa yang bakal terjadi apabila beliau datang ke Sarawak."

Beliau menekankan bahawa beliau tidak menerima golongan rasis, taksub agama dan pembuat masalah ke negerinya. Dalam laporan berita pada 19 Januari 2015, sumber Perkasa telah memberitahu sebuah portal berita atas talian bahawa "Dr Mahathir tidak gembira dengan cara Perkasa mengawal dan mengendalikan isu perkauman yang sensitif, termasuklah kontroversi membakar Bible oleh Ibrahim Ali yang telah menimbulkan kemarahan komuniti Krisitan yang ramai.

(Sebuah laporan bertarikh 4 Mac, 2015 telah memetik Datuk Bolly Lapok, Arbishop dan Primate Gereja Anglican wilayah Asia Tenggara di Kuching, berkata bahawa orang Kristian dianggarkan sekitar 40% dari populasi negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.)

Sumber yang sama turut berkata bahawa "Dr Mahathir tidak pernah langsung menjadi penaung atau penasihat Perkasa," justeru mereka telah kehilangan penyokong 'berwibawa'. Ia turut kelihatan bahawa Perkasa telah terjejas dengan berita sebegitu, dakwaan Dr Mahathir menarik balik sokongan itu berasas, dan juga pengekangan usaha mereka untuk "menyebarkan mesej mereka ke Sarawak dan Sabah".

Tetapi buat pengkritik Ibrahim Ali, sudah cukup mengetahui bahawa beliau tidak akan kekal senyap untuk tempoh panjang, dan pasti harinya akan tiba, sama ada cepat atau lambat saja, kemunculan semula beliau untuk menangani isu yang beliau rasa telah menghina dua agenda beliau, iaitu Ketuanan Melayu dan maruah Islam - dan beliau akan sekali lagi menjengkelkan rakyat.

Posted by mountdweller

1MDB: Ketua bahagian terima penjelasan PM

Posted: 08 Mar 2015 09:00 AM PDT

 
 
Seramai kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian berpuas hati  dengan penjelasan yang diberikan presidennya, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu-isu kontroversi termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah, tiada juga pihak yang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap Najib dan isu-isu melibatkan parti semasa pertemuan selama lebih sejam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sehubungan itu, menurut Pengerusi Penyelaras Solidariti Ketua-ketua Umno bersama presiden, Datuk Seri Ismail Sabri, selepas pertemuan itu pihaknya memberi seluruh sokongan  dan komitmen kepada Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri.

"Semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan oleh presiden.

"Ini perjumpaan biasa kerana kita juga nak dapatkan maklum balas isu semasa. Dan selain daripada itu kita semua ketua bahagian nyatakan sokongan tak berbelah bahagi pada presiden parti kerana akhir-akhir ini presiden di hina dan difitnah.

"Jadi, tanggungjawab ketua bahagian untuk bersama presiden dalam menghadapi tekanan dan penghinaan fitnah pada hari ini.

"Jadi antara isu-isu yang dijelaskan presiden tadi termasuk isu 1MDB," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan bersama Najib petang ini.

Tanggungjawab bahagian pula

Selain itu, ketua Umno bahagian Bera itu berkata, dengan penjelasan Najib bahawa tiada unsur penyelewengan dalam isu 1MDB, ia menjadi tanggungjawab kepada pemimpin bahagian untuk memberi penerangan kepada akar umbi.

"Tiada apa-apa yang cuba dilindungi oleh perdana menteri dan kerajaan.

"Bulan Mac bermula mesyuarat agung cawangan.

"Kita juga menerima mesej daripada presiden untuk kita, ketua bahagian membawa (isu-isu yang dibincangkan) ke akar umbi sewaktu mesyuarat agung cawangan," kata Ismail.

Kesemua ketua-ketua Umno bahagian yang hadir pertemuan tertutup itu memakai baju kemeja parti berwarna merah.

Antara ketua Umno bahagian yang hadir ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Sebelum pertemuan pada jam 5 petang itu bermula, puluhan wartawan telah mula menanti kehadiran Najib seawal jam 2.30 petang di pintu masuk Menara Dato' Onn di PWTC

Para jurugambar pada awalnya juga tidak dibenarkan mengambil gambar memandangkan ia merupakan majlis tertutup dan hanya boleh melakukan tugasan selepas pertemuan itu selesai.

Kelibat Najib menghadiri pertemuan itu juga tidak kelihatan oleh petugas media kerana beliau tidak melalui laluan di pintu masuk utama.
 
Malaysiakini

Tidak Timbul Perpecahan Jika Cabar Jawatan Presiden PAS.

Posted: 08 Mar 2015 08:00 AM PDT

Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.

Menurut Mujahid secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.

"Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang.

Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi," kata Mujahid kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau berkata cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

"Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu," katanya.

Mujahid, yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.

Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti.

"Begitulah tanggapannya akan berpecah...tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.

"Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah.

"Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah, dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding.

"Kita harus kembali kepada semangat bersaing," katanya. ~


Bernama

AL FATIHAH - Harun Salim Bachik Meninggal Dunia Jatuh Di Bilik Air Lebuhraya

Posted: 08 Mar 2015 07:00 AM PDT

 



PELAWAK tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim meninggal dunia selepas rebah di hentian Rehat dan Rawat di Bukit Merah, Perak petang tadi.

Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.

"Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.

"Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku," katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.

Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Foto - Dr MAZA Dan Kazim Akhirnya Bertemu Di Kangar Sebentar Tadi

Posted: 08 Mar 2015 06:18 AM PDT

 



Tiada ulasan: