Sabtu, 7 Mac 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


307: Himpunan pertama tanpa Anwar, satu permulaan

Posted: 07 Mar 2015 08:35 PM PST

Himpunan #Kita Lawan 307 adalah yang pertama dianjurkan tanpa ikon pembaharuan politik Anwar Ibrahim.

Rejim Najib percaya dengan memenjarakan Anwar maka Pakatan Rakyat (PR) berpecah dan penyokong mereka akan mendiamkan diri. Namun semua angan-angan  Najib musnah apabila lebih 20,000 penyokong PR berkumpul di depan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur menuntut Anwar dibebaskan.

Himpunan 307 bermula kira-kira jam 3.00 petang di tiga lokasi; Central Market (CM), Masjid Jamek dan Sogo. Pemimpin DAP memberi ucapan di CM pada jam 3.00 petang.

Pada masa sama pemimpin PKR seperti Nurul Izah, William Leong, Nik Nazmi dan Fahmi Fadzil memberi ucapan di Masjid Jamek di hadapan kira-kira 3,000 demonstran.

Nik Nazmi membankitkan percubaan Umno untuk mengulingkan Najib. Katanya, PR akan meneruskan siri bantahan sehingga Najib dan Rosmah berundur.

"Muhyiddin tolak Najib dalam Isu 1MDB. Mereka tidak lagi percayakan Najib

"Kita anjurkan demo bukan hanya untuk Anwar tetapi perlbagai isu. Inilah masa untuk bangkit. Kita sebarkan mesej kebangkitan ke seluruh negara," katanya.

Pada pukul 3.45 peserta dari CM bergerak dan bertemu peserta di Masjid Jamek. Perarakan menuju ke Sogo melaungkan 'Reformasi' dan 'Undur Najib'.

Perarakan itu menghentikan lalu lintas sepenuhnya di jalan TAR. Polis dan DBKL mengambil peranan mengawal lalu lintas.

Perarakan AMK diketuai Fahmi Fadzil dan Jonah. Kumpulan muzik jalanan Bangsar memukul drum sepanjang perjalanan dan menyanyikan laku mengecam Najib.

Demonstran bertemu dengan 5,000 peserta yang telah menunggu di depan Sogo pada pukul 4.30 petang. Kumpulan yang menunggu dipimpin cikgu Fariz Musa.

Kumpulan demonstran bergabung bersama rakyat yang membeli belah di hujung minggu membentuk lebih 24,000 peserta dan memenuhi sepanjang dua kilometer jalan TAR.

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izah berucap menyelar pemenjaraan ayahnya. Menegaskan Anwar kekal pemimpin ulung PKR dan Agong boleh mengampunkan Anwar.

Pukul 5 petang demonstran memutuskan untuk bergerak ke KLCC. Hujan yang turun menyebabkan jumlah peserta kurang 1/3. Sebahagiannya tinggal di Sogo dan kompleks beli belah lain. Kurang 15,000 bergerak ke KLCC.

Kumpulan bergerak melalui jalan Sultan Ismail dan Jalan P Ramlee. Mereka tiba di KLCC pada pukul 6.10 petang. Kira-kira 10,000 yang berbaki dalam perjalanan mencabar meredah hujan separuh lebat.

Di KLCC, trak pikap yang membawa pembesar suara bergerak dan berhenti berhampiran pintu hadapan kompleks menara berkembar. Ucapan pemimpin berkumandang ke sekitar.

Ahli parlimen Batu Tian Chua berucap menyatakan himpunan belum cukup ramai dan rakyat perlu turun lebih banyak pada himunan akan datang yang didakwa akan dilakukan pada hujung Mac.

"Kita berjaya sampai ke KLCC dengan aman, himpunan ini tidak cukup ramai. Kita himpun lebih ramai minggu demi minggu.

"Dari 10,000 ke 100,000 dan ke sejuta," katanya.

Himpunan  itu mengundang beberapa lagi pemimpin seperti Sivarasa, Zuraida Kamaruddin dan beberapa tokoh politik berucap sebelum dihiburkan lagu undur Najib dari kumpulan Bangsar. 

Ikon anak muda, Adam Adli kemudiannya membacakan ikrar baiah perjuangan pada jam 6.10 petang. Himpunan bersurai pada jam 6.40 selepas bacaan doa.

Gelombang Reformasi PAS: Kawasan Kota Bharu hampir cadang ganti Presiden Hadi

Posted: 07 Mar 2015 08:32 PM PST

Oleh : Jebon

Cita-cita PAS Kota Baru untuk mencalonkan nama lain selain daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden mendapat laluan mudah apabila mesyuarat agung hari ini menyerahkan kuasa itu kepada jawatankuasa yang baru terpilih.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah diumumkan kekal sebagai yang dipertua PAS Kota Baru di samping mendapat timbalannya yang baru iaitu Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Datuk Anuar Tan Abdullah juga kekal sebagai naib yang dipertua PAS kawasan apabila lawan masing-masing menarik diri.

Datuk Takiyudin Hassan, bekas timbalan yang dipertua PAS Kota Baru, menarik diri daripada bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini.

Lebih dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan yang terpilih hari ini juga adalah pasukan kepada Rahim.

Kota Baru adalah kawasan PAS yang pertama mengadakan mesyuarat agungnya menjelang Muktamar ke 61 pada Jun ini yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan.

"Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat pertama PAS kawasan 9 Mac ini dan Insya Allah kita akan calonkan seorang presiden yang lain daripada yang ada," kata Rahim kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat agung hari ini.

Rahim ketika memberikan ucapan di majlis perasmian mesyuarat itu menegaskan beliau akan menjadi galang ganti kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memastikan PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak bersama dengan Umno.

"Masa Tok Guru hidup, dia yang menjadi penghalang sebarang usaha untuk bersama Umno dan pernah berkata, tunggu saya mati kalau mahu bersama Umno.

"Sekarang Tok Guru dah tiada. Saya bimbang bila Tok Guru mati, tak ada yang nak sambung usaha itu.

"Oleh itu, saya ingin tegaskan saya akan menjadi galang ganti Tok Guru dan akan pertahankan perkara ini sehingga ke titisan darah yang akhir," kata Rahim penuh semangat.

Dalam ucapannya itu juga, Rahim menceritakan  sejarah PAS dalam usahanya untuk membolehkan  mendapat kepercayaan pelbagai pihak khasnya di kalangan orang Cina.

"Hanya pada tahun 2008 dan 2013 sahaja PAS Kota Baru berjaya mendapat kemenangan sepenuhnya apabila semua kerusi negeri dan parlimen yang ditandingi di Kota Baru dimenangi oleh PAS selepas mendapat kepercayaan semua pihak khasnya orang Cina di Kota Baru.

"Mana-mana pihak yang cuba untuk mengocak keharmonian dan kerjasama yang telah kita capai ini akan kita tentang habis-habisan," kata Rahim.

Rahim juga memberikan amaran kepada perwakilan PAS yang memenuhi Dewan Zulkifli Mohamad hari ini agar jangan mengambil mudah dan bermain-main dengan orang Kelantan.

"Tidak mustahil mereka bertindak menolak PAS kembali jika kita salah tindakan," kata Rahim ketika mengulas jatuh bangun PAS di Kelantan.

Enggan debat kes liwat II, Rafizi label KJ penakut

Posted: 07 Mar 2015 07:04 PM PST


Cabar presiden: Tidak timbul isu perpecahan

Posted: 07 Mar 2015 06:53 PM PST


  • Mujahid Yusof Rawa 
  •  Mujahid Yusof Rawa
1 / 1
GEORGETOWN - Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 Pas Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
  
Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.
  
Menurut Mujahid secara tradisinya jawatan Presiden Pas memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.
  
"Tetapi masa berlalu, ahli (Pas) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana Pas mengamalkan demoraksi," kata Mujahid kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

"Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam Pas yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu," katanya.
  
Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.
  
Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti.
  
"Begitulah tanggapannya akan berpecah...tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.
  
"Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah.
  
"Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah, dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding.
  
"Kita harus kembali kepada semangat bersaing," katanya.

MACAI Umno KATA BUANG MASA

Posted: 07 Mar 2015 07:12 AM PST

Tanpa sokongan PAS demo sokong Anwar di KL tetap berjaya.
Masihkah PAS UG mahu memusuhi Anwar dan menentang kehendak rakyat selepas ini.????
Masihkan kepimpinan PAS masih mahu mempercayai fitnah fitnah yg disebar oleh Ismail Mina, Majlis Keselamatan dan general Task Force 2020?
Di manakah agama yg dikatakan diperjuangkan oleh PAS selama ini?

TULANG BESI
 

TERIMA KASIH BUAT TEMAN TEMAN DAN FACEBOOKER YANG BERKONGSI GAMBAR DI LAMAN REFORMASI LAMAN RAKYAT.....W.FAWDZIN DAN LAIN LAIN,

BONGKAR...REFORMASI MASIH HIDUP....

Posted: 07 Mar 2015 04:01 AM PST















5:35 petang: Penganjur umum 10,000 hadir, himpunan berjaya

Posted: 07 Mar 2015 03:44 AM PST



'Hidup Mahathir' hampir cetuskan pergaduhan






Tiada ulasan: