Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kita mempunyai pemimpin yang lebih ganas dari Marcos dan Imelda nya

Posted: 18 Mar 2015 07:02 AM PDT

Aspan Alias

Ucapan YBM Tengku Razaleigh di Parlimen semalam, semuanya adalah manifestasi sebenarnya yang diluahkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang dan teknokrat yang suatu ketika dahulu telah merencanakan banyak polisi kerajaan dan perlaksanaannya yang begitu baik sehingga beliau diketepikan dari politik arus perdana. Ucapan beliau semalam pastinya satu manifestasi yang luhur yang bukan sahaja dirasakan keluhan oleh Tengku Razaleigh sendiri tetapi dirasakan oleh ramai rakyat biasa seperti kita dibawah ini. Apa yang disentuh beliau itu semuanya kena mengena dengan kepentingan rakyat dan negara.

TR bukannya senang untuk membuat ucapan yang mengkritik partinya sendiri tetapi jika beliau telah membuka mulut dan membuat ucapan yang begitu 'inward looking' ia merupakan satu tindakan yang beliau rasakan amat perlu dilakukan semata-mata untuk keselamatan dan kemajuan bangsa dan negara ini di hari muka.

Satu perkara yang sangat penting disebut oleh TR ialah tentang peranan Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya dahulu. Semua yang dihadapi sepatutnya difahami oleh semua Ahli-Ahli Legislatif dan terpulang kepada Ahli-Ahli Parlimen ini untuk melakukan pembetulan terhadap 'serious difficulties' yang dihadapi oleh negara kita. Jika tidak dilakukan pembetulan sekarang, rakyat akan membetulkannya semasa pilihanraya nanti.

Jika itu berlaku, segala yang hendak mereka pertahankan untuk diri mereka yang ada pada hari ini akan hilang juga dan Negara akan menjadi huru hara kerana dipihak pembangkang pun bukannya mempunyai kemahiran untuk membetulkan keadaan selain dari hanya mengkritik dan berdemonstrasi sahaja.

Kalau diteliti dari seorang keseorang wajah dalam Parlimen itu, hanya TR sahaja yang masih bertenaga dan masih wujud dalam era pentadbiran sekarang. Itu sebabnya beliau seorang sahaja yang masih memahami apa yang beliau perkatakan. Mereka mewarisi budaya politik baru yang amat mengerikan jika diteliti secara halus. Pemimpin sekarang hanya memikirkan apa yang mereka dapat dan tidak melakukan sesuatu untuk kehendak rakyat.

Rakyat telah memilih mereka untuk melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat dan jika Ahli-Ahli Parlimen, membiarkan sahaja apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini maka mereka telah mengingkari kehendak pemilih mereka dan itulah sebabnya dikatakan tadi, jika tidak bertindak sekarang maka rakyat akan bertindak.

Parti pemerintah boleh melakukan persefahaman dengan PAS misalnya, tetapi jika yang melakukan persefahaman dari pihak kerajaan ini terlalu serius kesalahannya maka persefahaman itu juga tidak akan kemana kerana keutamaan rakyat sekarang ialah untuk menghukum mereka yang bermain-main dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Rakyat bukannya memilih mereka kerana memberikan mereka untuk melakukan apa-apa yang mereka suka.

Sekarang ini bukan setakat menyelesaikan masalah 1MDB atau masalah yang dihadapi oleh Felda atau masalah kelembapan ekonomi sahaja. Masalah yang sedang dihadapi Negara sekarang ialah masalah yang lebih meluas dan besar lagi dari isu hutang Negara yang terlalu besar dan masalah kebangkrapan yang begitu 'imminent' bagi Negara.

Masalah penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dahulu belum disempurnakan dengan sepenuhnya. Tentulah Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang lebih besar di Dewan Legislatif Persekutuan itu. Kita mendengar laungan yang Sabah dan Sarawak sebagai 'equal partners' dalam Persekutuan tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai kudrat untuk memperjuangkan nasib negeri-negeri mereka itu. Kenapa selama ini mereka tidak mahu bertindak? Mungkin banyak sebabnya. Tetapi jika ditanya orang kebanyakan persepsi mereka ialah mereka lebih mengutamakan perut mereka dan mendahului kemahuan nafsu dan kepentingan peribadi mereka jangka pendek.

Mereka dari Sabah dan Sarawak mempunyai suara yang besar tetapi setakat ini suara besar mereka tidak membawa apa-apa faedah untuk mereka. Tetapi mereka masih menuduh kerajaan persekutuan menganak-tirikan mereka. Jika benar mereka di anak-tirikan oleh persekutuan bukankah itu kehendak mereka sendiri kerana terlalu ketakutan untuk melakukan perubahan semata-mata kerana takut kehilangan apa yang mereka ada?

Kita juga sedang menghadapi masalah pendatang asing yang besar. Dari jumlah 6 juta pendatang asing hanya 2 juta sahaja yang datang secara halal. Jika Negara seperti Singapura dibanjiri dengan pendatang professional, kita di datangi oleh jutaan pendatang haram dan 'unskilled labors' yang membawa sekali masalah sosial kepada negara kita. Puluhan tahun kita tidak mendengar penyakit batuk kering (TB) tetapi penyakit itu sudah kembali bersama pendatang-pendatang haram yang belum tentu lagi tahap kebersihan dan kesihatan mereka itu baik sebelum memasuki negara kita.

Jadi apa yang disebutkan oleh TR dalam Dewan Parlimen semalam bukannya isu yang boleh dipandang enteng kerana isu-isu yang beliau bawa itu adalah isu-isu penting yang menentukan hidup matinya Negara kita di masa depan.

Hanya yang kita harapkan keadaan akan berubah dan sikap Ahli-Ahli Parlimen akan berubah dan membawa perubahan sebelum diubah oleh rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Rakyat sudah terlalu jemu mempunyai Perdana Menteri yang berimejkan seorang Perdana Menteri yang terboros sekali dalam dunia ini. Sekarang ini yang paling penting dilakukan oleh semua pemimpin di Parlimen itu, mereka wajar mengisytiharkan harta kepunyaan mereka seperti yang disarankan oleh YBM Tengku Razaleigh itu.

Sekarang ini kita sudah mempunyai pemimpin yang lebih ganas dan hebat dari Marcos dan Imelda nya berbelanja wang rakyat. Apa pula akan menimpa kita selepas ini. Wallahualam. Kata seorang rakan saya 'it's an endless possibilities'.

KEMPEN TOLAK HJ HADI DALAM MEDIA MAKIN HEBAT

Posted: 18 Mar 2015 06:59 AM PDT

MUNGKIN HADI SUDAH TERLUPA.. BETAPA CELUPARNYA BELIAU PADA MASA ITU.
TAPI INILAH HAKIKATNYA. HUKUM ALAM BERJALAN TANOA KITA SEDARI.. DAN KESAN DARI UNGKAPAN HADI 30 TAHUN DULU KINI
KEMBALI UNTOK MENGHANTUI DIRINYA..

"WHAT GOES AROUND COMES AROUND".




 


Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara

Posted: 18 Mar 2015 06:58 AM PDT

Mana yang kata ulamak nak dok diam saja ka? Tak rasa malu ka bangsa lain yang dok pulun nak tolong. tak dengar pun para ulamak nak kedepan bantu. Jangan kata ada biro lain.Ulamak dan yang dok pandai cakap dan kutuk panggil jebon la, barua la, ...mai bab nak cakap dan tolong dan barisan depan, hangpa menikus.Bukan aku tak hormat ulamak...tapi kalau tengok gaya yang tak maksum dan zuhud......?????? sedang mana..aku rasa  ..tak payah cakap.Aku pun tau kalau kisah wali wali di Indon dulu yang kedepan membantu dan menolong selain menyebarkan islam.Hangpa buat apa????

 

 

Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara



Para aktivis sedang berusaha bagi mengumpul RM26,000 sebulan untuk membantu keluarga 13 orang yang dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana menyertai demonstrasi pada Februari 2009 membantah BN mengambil alih pentadbiran di Perak.

Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 60 dihantar ke penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 tiap seorang.

Tabung Kebebasan yang dirancang itu berharap untuk mendapatkan sokongan dari 520 orang untuk mengikrarkan menyumbang RM50 sebulan selama 10 bulan, supaya keluarga mereka masing-masing akan menerima RM2,000 ketika mereka menjalani hukuman penjara.

"Sebelum kita berbuat demikian, kita mahu memastikan bahawa terdapat sokongan yang mencukupi. Kami akan mula menyediakan struktur untuk melihat sama ada kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 130 orang berikrar memberi sumbangan, dalam masa 72 jam, yang akan berakhir pada jam 1.30 petang 21 Mac.

Aktivis sosial Wong Chin Huat yang pada tahun 2009 turut ditangkap kerana memprotes rampasan kuasa di Perak. dalam postinnya di Facebook berkata, naib presiden BERSIH 2.0, Thomas Fann akan menyelia tabung tersebut.

"(Kita akan) pasatikan struktur yang betul, termasuk akaun bank, pemegang amanah dan hubungan dengan keluarga, untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti."

Kesemua 13 penyokong PAS yang dihantar ke penjara hari ini ialah:

  • Mohd Faiz Mohd Arshad, 27;
  • Zulhaizam Zulkifli, 30;
  • Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40;
  • Adi Hilmee Mohd Nasir, 45;
  • Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 48;
  • Bad Latif Mansor, 48;
  • Mohamad Nazeer Hameed, 49;
  • Khairul Azmi Hassan Basr, 49;
  • Mohd Hasri Ismail, 49;
  • Yusuf Jaafar, 49;
  • Idris Mohd Thaib 49;
  • Suhana Abdullah, 50; dan
  • Isha Riduan Ishak, 60.
Para penyokong merancang untuk berkumpul di penjara Kajang sebagai tanda solidariti pada jam 8.30 malam ini.

RAKAMAN PEMBENTANGAN YM YB TENGKU RAZALIGH HAMZAH DALAM DEWAN SEMALAM

Posted: 18 Mar 2015 03:44 AM PDT


13 penunjuk perasaan bantah pelantikan MB Perak dipenjara 10 bulan

Posted: 18 Mar 2015 01:51 AM PDT




Seramai 13 individu terlibat dalam tunjuk perasaan bantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009 dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015. Seramai 13 individu terlibat dalam tunjuk perasaan bantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 2009 dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015.    

  


























 
 
 
 
 
 
 
 
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini 
 menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 13 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.
Semua 13 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.


(gambar fail wrlr)

Panel 3 hakim diketuai Datuk Mokhtaruddin Baki menjatuhkan hukuman itu membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

(Gambar fail wrlr)

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.
  (gambar fail wrlr)

 Peguam tertuduh Aminudin Zulkipli berkata, memandangkan ini adalah kali kedua rayuan dibuat, agak sukar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kecuali mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
(Gambar fail wrlr)

Atas sebab itulah, katanya 13 yang didapati bersalah itu terus dimasukkan ke penjara hari ini juga.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang membacakan keputusan itu berkata Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan berhimpun tetapi sebarang perkumpulan jadi tidak sah jika wujud rusuhan.
(Gambar fail wrlr)

Keputusan itu memberi kesan kepada mereka yang mengadakan bantahan kerana polis boleh menggunakan Kanun Keseksaan untuk menangkap dan menahan suspek untuk siasatan.

  (GAMBAR fail wrlr)

Dalam kes ini, 13 individu itu didapati bersalah mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang hanya mengenai denda RM5,000.
Terdahulu Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada 13 individu berkenaan.

  (gambar fail wrlr)
 
Pada awalnya, 13 yang didakwa, namun seorang lagi yang merupakan rakyat Indonesia gagal dibawa ke mahkamah hari ini.
Oleh itu, pihak pendakwa menarik balik rayuan ke atasnya dan kekal dengan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 saja.

Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tetapi menjatuhkan hukuman berbeza dengan hanya mengenakan denda kepada 10 tertuduh dan membebaskan 3 yang lain.

Tiga belas individu itu ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49.
(Gambar fail wrlr)

Mereka didapati bersalah terbabit dalam Ops Bubar, perhimpunan yang dirujuk sebagai "menyertai atau terus berkumpul dalam satu perhimpunan tidak sah, walaupun tahu arahan bersurai dikeluarkan".

Sepanjang prosiding selama 4 tahun, seramai 39 saksi pendakwa memberi keterangan sementara pihak pembelaan memanggil 22 saksi.

Sebanyak 70 eksibit dibawa di mahkamah, termasuk gambar dan rakaman video apa yang berlaku pada hari berkenaan.
Semua 13 individu terbabit didakwa selepas mereka berbaring di atas jalan masuk, membaling batu dan botol air dengan tujuan menghentikan beberapa kereta memasuki kawasan Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

  (Gambar fail wrlr)

Kejadian itu berlaku sebelum Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-11, susulan kejatuhan kerajaan negeri DAP/PAS/PKR.

Ketika majlis angkat sumpah jawatan Zambry, sekumpulan penyokong PR membuat bantahan dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

  (Gambar fail Wrlr)

Antaranya ada yang baring di atas jalan raya dan menghalang perjalanan Sultan Perak ke istana tempat berlangsungnya istiadat angkat sumpah jawatan itu. – 18 Mac, 2015.

Rosmah singgah di Indianapolis untuk tinjau pesawat baru?

Posted: 18 Mar 2015 01:40 AM PDT

Rosmah singgah di Indianapolis untuk tinjau pesawat baru?

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 18 MAC- Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan apakah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat bagi meninjau sendiri kerja menaik taraf pesawat baharu ACJ920 yang dibeli kerajaan.

Rafizi berkata, spekulasi itu tersebar susulan laporan mengatakan pesawat peribadi milik negara ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014, iaitu beberapa hari selepas pesawat ACJ320 9H-AWK dibeli oleh Putrajaya.

Rafizi sebelum ini mendedahkan satu pembelian pesawat peribadi terbaru bagi kegunaan pemimpin negara secara sewa beli.

Pesawat tersebut yang dakwanya bernilai hampir RM500 juta dibeli melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 Disember lalu.

Tambah Rafizi , siasatan  mendapati jet peribadi ACJ320 tersebut sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.

Adakah Rosmah ke Indianapolis tinjau jet baharu, soal PKR

"Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013.

"Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu," katanya, pada sidang media di parlimen hari ini.

Tegasnya lagi, timbul persoalan apakah penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA telah singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.
"Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux di mana kerja menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan sedang dijalankan.

"Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu itu," katanya kepada pemberita.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT