Tukar Tiub |
- HADI DI LAWAN
- MENGOLAH PERSETUJUAN
- KOREK KOREK KOREK
- WAYANG PAK DALANG
- PENIPUAN SEDANG DIRANCANG
- HANYA MENUNGGU MASA
- NAJIB PENGERUSI 1MDB
- SHAHROL DAN JHO LOW
- NASI PANGGUNG PETANG AHAD
- TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA
- UCAPAN SELAMAT
- MEMANG BANGANG
- SEMUA SOKONG KECUALI
- AMARAN RAKYAT SABAH
- KESAH DUA KENDURI
Posted: 09 Mar 2015 07:07 PM PDT KOMENTAR cadangan ini datang dari kelantan dari kota baru ini menambah tarikan kota baru pusat kuasa PAS dari kota ini parti ini dapat kuasa dapat melebar pengaruh kini dari kota baru muncul cadangan untuk mencari darah baru mencari garis baru untuk parti ini very intresting kata mat saleh! Langkah ketepikan Hadi bermula, PAS Kota Baru namakan pencabarnya Usaha mengenepikan Abdul Hadi Awang bermula secara rasmi malam tadi apabila PAS kawasan Kota Baru mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden parti Islam itu. PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha memujuk Hadi agar tidak bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/langkah-ke-tepi-hadi-bermula-pas-kota-baru-namakan-pencabarnya#sthash.LQ2ecTEr.dpufKAH KAH KAH woit wat happeng ada lawang presideng kena chelleng keng keng keng VERY INTRESTING --------- |
Posted: 09 Mar 2015 06:38 PM PDT KOMENTAR semua untuk mengolah persetujuan semua dirancang semua diatur Zahid minta pembangkang akur undang-undang anti keganasan Pemimpin pembangkang perlu akur dan menerima undang-undang anti keganasan kerana ia tidak digubal bagi menyekat kebebasan bersuara, apatah lagi menyekat hak asasi manusia, kata i Ahmad Zahid Hamidi. Menteri dalam negeri itu berkata, pembangkang perlu sedar kepentingan penggubalan undang-undang tersebut bagi mencegah aktiviti keganasan terutama kegiatan militan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-minta-pembangkang-akur-undang-undang-anti-keganasan#sthash.ROlTiD4K.dpufKAH KAH KAH woit ingat tak? lupa ke? tt telah ramalkan ISIS akan dijadikan gerakan mengolah persetujuan untuk lulus ISA baru isis diguna secara global dalam satu agenda besar tak caya? tunggu dan nanti APA PUNYA TUUR ------------- |
Posted: 09 Mar 2015 05:59 PM PDT |
Posted: 09 Mar 2015 05:30 PM PDT PAS Kota Baru calonkan Tuan Ibrahim jawatan presidenPAS kawasan Kota Baru mencalonkan Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden parti dalam muktamar PAS ke-61 yang akan datang Jun ini. Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kota Baru malam ini membuat keputusan tersebut selepas mendapat mandat mesyuarat agung PAS kawasan Sabtu lepas. Yang Dipertua PAS Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika bercakap dengan The Malaysian Insider berkata, buat masa ini hanya jawatan presiden sahaja diputuskan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kota-baru-calonkan-tuan-ibrahim-jawatan-presiden#sthash.7ohNNmP3.dpufKAH KAH KAH woit biar betul betul ke berita ini kah kah kah atau hanya lawak siapa tukang karut siapa dalang wayang ini WAYANG PAK DALANG |
Posted: 09 Mar 2015 11:09 AM PDT KENYATAAN MEDIA (9 Mac 2015) Mengapa polis dibenarkan dalam siasatan persempadanan semula Sarawak manakala peguam, media dan pengundi lain dihalang? Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) terkejut apabila mengetahui bahawa anggota Polis Cawangan Khas telah hadir dalam siasatan yang diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang sempadan kawasan pilihan raya yang dicadangkan untuk Miri. Menurut ADUN Piasau Alan Ling, apabila beliau membentangkan bantahannya Khamis lepas, beliau sedar empat orang berbaju preman yang duduk di belakan pegawai SPR itu adalah anggota polis. Pengerusi SPR sendiri terkejut apabila diberitahu identiti mereka, tetapi kemudiannya memutuskan bahawa mereka boleh menghadiri siasatan tersebut. BERSIH 2.0 mengecam keputusan Pengerusi SPR, terutamanya apabila diambil kira hakikat bahawa pihak-pihak berkepentingan, seperti peguam, media dan orang ramai, dilarang daripada menghadiri pertanyaan. Ketiga-tiga kumpulan ini mempunyai kepentingan sah dalam proses ini: peguam boleh menjelaskan sebarang perkara yang mungkin dibangkitkan berkaitan dengan undang-undang, media boleh membantu menjadikan proses ini telus di samping mendidik orang ramai tentangnya, dan orang ramai perlu dimaklumkan tentang perubahan kepada kawasan lain yang mungkin memberi kesan kepada kawasan mereka. Apa peranan dan minat Polis Cawangan Khas mempunyai dalam proses ini? Hakikat bahawa polis hadir dalam pakaian biasa menunjukkan bahawa mereka bertujuan untuk menyembunyikan identiti mereka, yang menunjukkan mereka berniat buruk. Orang ramai tidak boleh melepaskan SPR sekiranya mereka membenarkan polis berbaju preman hadir pada sesi siasatan persempadanan semula yang akan diadakan di Sabah dan Semenanjung Malaysia. BERSIH 2.0 mengulangi panggilan kami untuk membuka sesi siasatan kepada semua dan membolehkan pihak berkepentingan yang sah untuk hadir. ----------- |
Posted: 09 Mar 2015 06:30 AM PDT NAJIB DISERANG Negara tidak bebas di bawah TPPA, kata Dr MahathirPETALING JAYA: Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin mendakwa perjumpaan dengan kesemua 154 Ketua UMNO Bahagian bersama Najib Razak semalam menunjukkan Perdana Menteri sudah dalam keadaan goyang. "Kalau dia tidak goyang bermakna Najib tidak perlukan sokongan terbuka. Dia (Najib) boleh buat macam biasa. Saya memang berpandangan bila ada usaha buat sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, maknanya Najib dalam keadaan goyang. "Najib sendiri yang membenarkan pertemuan itu, maka Najib sendiri sudah berasa bimbang," katanya kepada Free Malaysia Today selepas menghadiri program Dialog Politik dan Perpaduan. KAH KAH KAH woit jumlah semua 192 kenapa hanya 154 yang datang mana 37 yang lain apakah mereka sedang menyusun untuk terajang najib kah kah kah 37 BAHAGIAN ILANG -------------- |
Posted: 09 Mar 2015 05:30 AM PDT SPRM akan siasat 1MDB jika wujud unsur penyelewenganSHAH ALAM 9 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu. KAH KAH KAH woit jika jika wujud jika jika ... tak payah laaa masuk frame nampak bangang nampak bodoh dah berapa banyak tulisan dalam media akhbar dan majalah dalam dan luar negara banyak laporan polis mustahil tak baca mustahil tak tahu INI WAK MUSTARJO bukan WAK MUSTAHIL ------------ |
Posted: 09 Mar 2015 01:28 AM PDT KOMENTAR najib tidak boleh melarikan diri kini jelas dapat dilihat orang ramai bahawa hari hari akhir untuk najib telah sampai ombak anak muda dijalan raya jelas menuntut najib dan rosmah mengundur rosmah dan najib dilihat sedang dilihat membawa malapetaka ke atas malaysia Cukup bukti untuk dakwa Jho Low, Najib dan Shahrol, kata PKRPendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan cukup bukti bagi ahli perniagaan Low Taek Jho dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi didakwa mengikut 2 undang-undang, kata PKR hari ini. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB juga dianggap bertanggungjawab dan beliau akan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka esok. "Bukti setakat ini menunjukkan Low dan Shahrol boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya 2 kesalahan iaitu melanggar Akta Pengubahan Wang Haram dan pecah amanah. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cukup-bukti-untuk-dakwa-jho-low-najib-dan-shahrol-kata-pkr#sthash.Rijvon5W.dpufKAH KAH KAH woit cina tembam ni datang ke tak datang kenduri kahwin ini kah kah kah atau cina tembam ini sudah cabut lari kah kah kah SIAPA YANG TEMBAM -------------- |
Posted: 08 Mar 2015 10:56 PM PDT BERSENDIRIAN Kesepian dan perasaan yang tidak diingini adalah kemiskinan yang sangat teruk! - Mother Teresa DATANG MAKAN Menu & penyumbang di Jln Panggung minggu lepas; Tim Dapur Jalanan KL - Roti / Kari Veggie Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral Tim UM Kemas - Nasi Lauk Tim Giat MARA Lembah Pantai - Roti / Air Mineral DATANG MENIKMATI Anak semua bangsa; yg berkerja bakti bersolidariti & membantu:- Husain, Aisyah, Baira, Azreen, Ajimmon, Afique, Sake Shilla & Tim Giat MARA Lembah Pantai, Nisa UPM Saraskumar & Tim UM Kemas, Faizol UIA, Awatif & Tim Recylce yg cool, Dr Maszlee sekeluarga, Towkey Lim, Brader Pyanhabib, Hijrah, Azen & the Bangsart, & semua yg hadir, berkongi kasih bersetiakawan di Jln Panggung! DATANG MEMBANTU Terima Kasih! Thank you! Gracias! teşekkür ederim! merci! cảm ơn bạn! Танд энэ долоо хоногт үзнэ үү!!! DATANG BERSAMA ++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!! UNTUK ANAK CUCU Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective ++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 atau Hadi Khalid 0126648873 Solidariti untuk Miskin Kota Dapur Jalanan Kuala Lumpur *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa* 9 March 2015 ------------- |
TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA Posted: 08 Mar 2015 10:17 PM PDT |
Posted: 08 Mar 2015 10:04 PM PDT |
Posted: 08 Mar 2015 09:00 PM PDT KOMENTAR apabila utusan buat berita ini ada tiga pekara berlaku pertama #KITALAWAN berjaya berita ini cuba melekeh ini terbaik kerana bila musuh lekehkan kita ertinya kita berjaya kalau utusan sokong kita ini maknanya kita orang jahat lagi banyak kita diserang lagi baik kedua berita ini membangangkan nordin ahmad yang tidak tahu apa tujuan demo ketiga berita ini membangangkan akhbar utusan kerana melapor berita dari orang bangang NOTA sayangnya berita ini sayang kerana diakui oleh nordin ahmad bahawa ramai belia ramai anak muda datang berdemo tak ramai orang baca kerana pembaca utusan semakin sosot ini kekecewaan besar #KITALAWAN #KitaLawan alat mainan Anwar lepaskan diriKUALA LUMPUR 8 Mac – Perhimpunan #KitaLawan anjuran pakatan pembangkang didakwa kabur, tiada hala tuju dan merupakan mainan politik licik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dirancang sebelum dia menjalani hukuman penjara. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad ( gambar) berkata, masyarakat juga tertanya-tanya apakah sebenarnya motif perhimpunan berkenaan. "Siapa sebenarnya yang ditentang mereka? Najib Razak, Rosmah Mansor ,institusi kehakiman atau kerajaan? Tiada penjelasan khusus mengenainya. "Yang jelas, perhimpunan tersebut bersifat peribadi dengan tujuan membebaskan Anwar serta menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan kononnya mahkamah tidak adil dalam membuat keputusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Perhimpunan #KitaLawan yang bermula pukul 3 petang semalam menyaksikan pesertanya berarak menuju ke pusat beli-belah Sogo dari tiga kawasan seperti Masjid Jamek, Jalan Raja Laut dan Pejabat Agung Pas. Mengulas lanjut, Nordin berkata, kebanyakan golongan belia yang menyertai perhimpunan itu tidak tahu motif atau tujuan mereka hadir ke sana. Katanya, kehadiran ramai anak muda bukanlah menunjukkan sokongan mereka kepada pakatan pembangkang kerana ada yang memberitahu tujuan mereka hadir adalah bagi memenuhi aktiviti hujung minggu. KAH KAH KAH woit siapa malaon ni kah kah kah lawyer doktor profesor.. kah kah kah mustahil tak tahu apa tujuan demo kah kah kah berapa kali nak cakap tujuan demo nak ajak rakyat makan kenduri kah kah kah mamat ini betul betul kajang pak malaon kah kah kah PAK MALAON ----------- |
Posted: 08 Mar 2015 08:43 PM PDT KECUALI ANAK MUDA YANG COOL Semua sokong NajibKUALA LUMPUR 8 Mac - Semua Ketua UMNO bahagian yang hadir dalam program Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Bersama Presiden hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). KAH KAH KAH woit semua sokong najib semua bahagian sokong kecuali 35 bahagian kecuali muhyiddin kecuali shafie afdal kecuali toh puan rahah kecuali adik adik najib kecuali madey kecuali kadir jasin kecuali sanusi joned kecuali daim zainuddin kecuali sirul kecuali azilah KECUALI 52% RAKYAT MALAYSIA ----------- |
Posted: 08 Mar 2015 08:18 PM PDT Perang saudara jika gagal pupuk perpaduan, kata bekas ketua menteri SabahPerang saudara boleh tercetus di Malaysia sekiranya Putrajaya gagal menangani dengan bijaksana keadaan berpuak-puak dalam negara, kata bekas ketua menteri Sabah, Osu Sukam. Osu berkata, politik tidak mampu wujudkan perpaduan lebih kukuh dan kekal, kerana politik berubah ikut trend semasa dan sesebuah kerajaan perlu memerintah dalam tempoh lama untuk merangka program perpaduan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perang-saudara-jika-gagal-pupuk-perpaduan-kata-bekas-ketua-menteri-sabah#sthash.0jlLD7UM.dpufKAH KAH KAH woit ini amaran awal dari orang sabah lu lupa lu kena lu ingat lu kuat lu ingat allah lu punya kah kah kah APA PUNYA TEEEER -------------- |
Posted: 08 Mar 2015 07:48 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan