Tukar Tiub |
- KAKI BODEK
- TAKUT BERCANGGAH
- SETIAP HARI SABTU TERUSKAN LAGI
- DUA TIGA ORANG ?
- PAKAT PALAT LAH
- ANAK MUDA TIBAI NAJIB
- KETAWA KAH KAH KAH
- MINTA TANGGUH
- KITA BANGUN DAN LAWAN
- SHOPPING NAIK UNTA
- KE JALAN RAYA 7 MARCH
- SATU IKLAN YANG BAIK
Posted: 07 Mar 2015 06:00 PM PST KOMENTAR hasan malek ini sebenarnya tak boleh bercakap ilmu tak ada tapi amat bijak membodek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek memberitahu, penafian itu bersandarkan analisis penyata kewangan 1MDB yang dilakukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kata beliau, 1MDB telah mengemukakan penyata kewangan berauditnya bagi tahun 2010-2014 kepada SSM dan penyata berkenaan telah diberikan laporan bersih oleh juruaudit. KAH KAH KAH woit hasan malek tolonglah jangan jadi hasan malek hidup makan dedak cuba2 makan nasi baru ada akal kah kah kah APA PUNYA DEDAK ------------ | ||
Posted: 07 Mar 2015 05:00 PM PST KOMENTAR kenyataan jelas bercanggah najib mahu siasat dari tahun 2103 manakala muhyiddin mahu siasat dari awal tertubuhnya 1MDB pada tahun 2009 takut najib akan singkir dari kabinet? Muhyiddin nafi bercanggah dengan Najib, gesa audit 1MDBTimbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya serta menegaskan bahawa keputusan untuk mengesahkan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Ketua Audit Negara (AG) 'merupakan keputusan yang adil' dan mengambil kira kepentingan umum. Beliau juga menolak dakwaan bahawa kenyataannya semalam bercanggah dengan kenyataan Najib Razak, dan menambah beliau bukan hanya menyuarakan apa yang dibincangkan oleh Kabinet membabitkan isu itu, malah lebih jauh daripada itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-nafi-bercanggah-dengan-najib-gesa-audit-1mdb#sthash.FcyCAh58.dpufKAH KAH KAH woit apa salah bercanggah pasal apa tak boleh bercanggah cakap nak jadi PIEM kena cakap terang2 APA PUNYA CANGGAH ----------- | ||
SETIAP HARI SABTU TERUSKAN LAGI Posted: 07 Mar 2015 10:53 AM PST TIAP HARI SABTU 10,000 berarak ke KLCC tuntut pembebasan AnwarTeam Malaysiakini | 2:43PM Mar 7LANGSUNG Peserta tiba di KLCC walaupun terpaksa bermandikan hujan ketika dalam perjalanan. KAH KAH KAH woit kita turun lagi tiap sabtu lawan tetap lawan -------------- | ||
Posted: 07 Mar 2015 10:37 AM PST KAH KAH KAH dua tiga orang kah kah kah SETAKAT 1.setakat dua tiga ribu jee!!!itu jee yang kununnya nak bagi amaran kat rosmah!!! 2.tuuuuuuu!!!rosmah dok tergelak terguling kat ko bhaiii!!! 3.zaman anuar dah berlalu bhaiii!!!tempat dia di penjara kerana salah diri sendiri!!! 4.kah!kah!kah!kih!kih!kih!!!!!tiada puak pas!!tiada penyokong!!!!betultak haji hadi!!!!! on ANAK MUDA TIBAI NAJIBPublish | Delete | Spam Anonymous on 3/7/15 DUA TIGA ORANG Kah..kah...kah...demo kebenda ada 2,3 org...demo mcm budak tadika....mana najib nak takut....tukang demo pun kaki pakcucing ja. on BERITA BARU MASUKPublish | Delete | Spam Anonymous on 3/7/1 ------------- | ||
Posted: 07 Mar 2015 10:18 AM PST Cabar Abdul Hadi tidak salah08 Mac 2015 1:38 AM PULAU PINANG 7 Mac – Bukan satu kesalahan untuk mana-mana individu mencabar kedudukan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-61, Jun ini. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, jawatan Presiden yang tidak pernah dipertandingkan sejak Tan Sri Mohd. Asri Muda menerajui parti pada 1976 bukan bermakna tradisi itu perlu dikekalkan kerana perlembagaan parti membenarkan jika ada ahli yang mendapat dua pencalonan mencabar Abdul Hadi. KAH KAH KAH woit betul ke ni? ingatkan haram lawan presideng kalau boleh pakat pakat lah cari presideng baru kah kah kah APA PUNYA DENG ------------ | ||
Posted: 07 Mar 2015 01:30 AM PST ANAK MUDA TURUN TIBAI NAJIB Saman Najib pemangkin bongkar lebih banyak skandal 1MDB, kata Tony PuaNajib Razak silap besar jika saman fitnah yang difailkan merupakan langkah menghentikan kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tony Pua. Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, saman itu sebenarnya lebih menguatkan semangatnya untuk menyiasat dan mendedahkan lebih banyak rasuah, salah guna kuasa dan tidak kompeten 1MDB kerana mengetahui dirinya berada di pihak benar. "Saya tidak terbelenggu dengan saman itu kerana mengetahui saya disokong jutaan rakyat Malaysia yang terkejut dengan pembohongan 1MDB. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saman-najib-pemangkin-bongkar-lebih-banyak-skandal-1mdb-kata-tony-pua#sthash.d91ukxRT.dpufKAH KAH KAH woit kah kah kah saman jangan tak saman lawan jangan tak lawan kasi panas lagi kasi curah minyak bontot najib terbakar rambut rosmah terbakar kah kah kah APA PUNYA TUUR ------------ | ||
Posted: 07 Mar 2015 01:00 AM PST | ||
Posted: 07 Mar 2015 12:30 AM PST | ||
Posted: 07 Mar 2015 12:00 AM PST | ||
Posted: 06 Mar 2015 09:30 PM PST PM mahu contohi kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq KUALA LUMPUR 6 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mencontohi cara kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang disifatkan ada 'ketegasan dalam kelembutan'. Beliau berkata, sifat kepemimpinan khalifah pertama Islam itu akan menjadi pedoman buat beliau untuk memperbaiki diri. "Alhamdulillah dikurniakan rahmat Allah SWT hari ini untuk bersama para jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi. "Khutbah hari ini mengenai sifat 'Ketegasan Dalam Kelembutan' Khalifah Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Insya-Allah akan jadi pedoman saya untuk perbaiki diri dan contohi kepemimpinan beliau,'' katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini. SHOPPING NAIK UNTA KAH KAH KAH woit bila mat mongol mula ikut khalifah ini sudah berat ini tanda tanda nak kena terajang nak tanya sikit jangan marah bini khalifah ini suka shoping naik unta? kenduri kahwin anak khalifah pakai duit baitul mal ke? saje nak tanya khalifah mongol tak pernah marah kah kah kah APA PUNYA UNTA | ||
Posted: 06 Mar 2015 08:00 PM PST KE JALAN RAYA 7 MARCH Kenapa kita wajib ke jalan raya pada Sabtu 7 March ini? Kenapa anak muda wajib turun ke jalan raya petang Sabtu ini? Kenapa ahli Parti Keadilan Rakyat wajib bersama di jalan raya Sabtu ini? Kenapa semua penyokong Pakatan Rakyat wajib berhimpun di Sogo jam 4:00 petang Sabtu ini? Warga Malaysia yang cintakan tanah air wajib turun ke jalan raya kerana jalan raya adalah wadah politik yang tepat. Jalan raya ada garis politik yang betul. Jalan raya membawa hasil politik yang jelas. Jalan raya telah dibuktikan berjaya mengubah politik Malaysia. Jalan raya adalah merentas membuka jalan untuk mencapai matlamat keputusan pilihanraya. Dalam tulisan ini saya akan dibuktikan bagaimana politik jalan raya telah menjadi ilmiah dan saintifik. Jalan raya kini diterima sebagai jalan politik untuk mengubah lanskap politik dalam negara negara yang diperintah oleh rejim yang zalim dan ganas. Di Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin – jalan raya kini menjadi wadah politik untuk perubahan.
Di Malaysia politik jalan raya bukan sesuatu yang baru. Walau pun ada malaon dan bengolan yang cuba menafikan fakta ini. Menafikan sejarah politik jalan raya bererti menafikan kelahiran negara yang bernama Tanah Melayu dan kemudian menjadi Malaysia. United Malaya National Organisation lahir pada tahun 1946 dari politik jalan raya. Parti Ketuanan Melayu ini turun ke jalan raya menentang projek Malayan Union. Projek ini adalah rancangan 'deep state' penjajah British bertujuan untuk mengkukuhkan kedudukan gerombolan Ketuanan Melayu dikalangan Orang Melayu. Ini dilakukan pada tahun 1946 kerana pada ketika itu gerombolan Ketuanan Melayu dalam keadaan terumbang ambing dipukul oleh politik kaum nasionalis, kaum agamawan dan kaum kiri. Ini sejarah jalan raya sebelum British mengundur . Salepas British mengundur peranan jalan raya yang paling bersejarah dapat dilihat pada tarikh 8 March 2008. Pada tarikh ini telah berjalan PRU12 dimana untuk pertama kalinya United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya telah dipukul terok. Kekalahan gerombolan Ketuanan Melayu cukup jelas hingga parti ini hilang kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen. Bagaimana ini berlaku? Kemenangan rakyat dalam PRU12 adalah hasil politik jalan raya. Tanpa politik jalan raya mustahil United Malays National Organisation dapat disingkir dari kuasa. Ini adalah satu kenyataan ilmiah. Ini fakta sejarah. Sesiapa yang cuba menafikan fakta ini samalah saperti cuba menafikan bahawa Ganesan Tangga Velloo ialah seorang lelaki India. Mari kita lihat kembali sejarah politik yang membawa kemenangan rakyat dalam PRU12. Kita lihat bagaimana jalan raya telah berjaya mempengaruhi keputusan PRU12. Pertama turun ke jalan raya ialah para peguam. Mereka berdemo di Putrajaya pada 26 September 2007. Para peguam dibawah Majlis Peguam merasa TIDAK puas hati kerana kepincangan dalam Lembaga Kehakiman. Contoh yang paling jelas ialah kes Korek Korek Korek V.K Lingam. Dibuktikan bagaimana Lingam berupaya melalui 'duit' menyusun dan mengatur keputusan penghakiman Mahkamah Malaysia. Kepincangan dalam Lembaga Kehakiman ini telah meyakinkan 2000 peguam untuk turun berdemo dihadapan pejabat Dolah Badawi Perdana Menteri ketika itu. Ini diikuti pula oleh demo pertama Bersih pada 10 November 2007. Bersih sebuah gabungan NGO telah bertekad untuk menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Bersih menuntut pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan adil, bersih dan telus. Puluhan ribu warga – tua dan muda - telah mendobrak Suruhanjaya Pilihan Raya. Lembaga SPR ini telah dibuktikan sebagai barua dan alat kepada United Malays National Organisation. Demo besar ketiga datang dari kaum tertindas – mostazafin - masyarakat India. Pada 24/25 November 2007 Hindraf – organisasi kesedaraan umat India dan agama Hindu – telah turun berjuang di jalan raya. Tangkapan dan serangan ganas dari jentera upahan United Malays National Organisation tidak menggentarkan anak-anak muda India untuk bertahan dan bertempur. Dari Batu Caves hingga ke KLCC warga India telah diserang dan ditangkap. Politik jalan raya ialah politik kemarahan. Politik jalan raya ialah bantahan pisikal terhadap segala bentuk ketidak adilan yang dihimpapkan oleh pemerentah kepada orang ramai. Politik jalan raya adalah tanda kesedaran bahwa kaum yang ditindas TIDAK lagi bersedia untuk ditindas. Mostazafin kini bangun melawan Sayugia diingati bahawa politik jalan raya REFORMASI98 berperanan menjatuhkan Mahathir Muhamad dari kerusi Perdana Menteri. Tanpa jalan raya yang disusun dari 1998 hingga tahun 2001 mustahil Mahathir Muhamad akan berundur. Menjatuhkan rejim yang zalim dalam negara Dunia Ketiga mustahil dapat dilakukan melalui pilihan raya. Saya telah menerangkan puluhan kali bahawa dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia mustahil akan berlaku perubahan rejim melalui jalan undi. Ini kerana sistem mengundi itu telah disusun dan diatur untuk memastikan gerombolan yang berkuasa terus menang. Di Malaysia peranan jahat ini dipegang oleh lembaga SPR. Kita melihat bagaimana Marcos di Pilipina dijatuhkan melalui jalan raya. Kita melihat anak-anak muda di Jakarta berjaya menjatuhkan Jeneral Haji Muhamad Suharto melalui tunjuk perasaan jalan raya. Kita juga melihat dan membaca bagaimana Shah Iran – yang dinobatkan sebagai Raja Segala Raja – telah ditumbang oleh rakyat Iran melalui jalan raya. Terbaru – yang masih segar dalam ingfatan kita ialah Musim Bunga/Arab Spring di Tunisia dan Mesir. Dua rejim ganas lagi zalim telah ditumbangkan oleh gerakan jalan raya yang disusun dan diatur oleh Tamarud - gerakan anak-anak muda. Justeru dari sini kita memahami bahawa politik jalan raya adalah tepat dan betul dalam konteks negara Dunia Ketiga dimana pilihanraya dijalankan dengan penuh penipuan. Pengalaman negara-negara saperti Indonesia, Pilipina, Iran, Mesir atau Tunisia ini membuktikan jalan raya sebagai wadah politik yang saintifik. Setiap kali demo diulang buat – saperti pengulangan kaji selidik dalam bilik makmal – ianya membawa jawapan yang sama. Jawapanya : Presiden, Jeneral, Raja, Perdana Menteri, Maharaja, Emperor yang didobrak oleh rakyat di jalan raya akan lari lintang pukang. Marcos lari ke Hawaii pada tahun 1986. Shah Reza Pahlevi lari ke Mesir pada tahun 1979 Pada 14 Januarai 2011 Zainal Abidin dari Tunisia lari ke Saudi Arabia. Mungkin ada yang mahu bertanya - apakah demo 7 March ini akan dilihat sebagai demo untuk Anwar Ibrahim. Jawapan saya ialah : betul dan salah. Sekali imbas demo Sabtu 7 March di Sogo akan dilihat sebagai gerakan menyokong Anwar Ibrahim. Untuk saya, menyokong Anwar bukan satu yang salah. Malah kita seharusnya turun beramai-ramai ke jalan raya sebagai tanda sokongan terhadap Anwar. Tetapi 7 March lebih dari Anwar Ibrahim. Pada ketika ini turun ke jalan raya BUKAN lagi bermakna menyokong Anwar Ibrahim. Turun berdemo dijalan raya adalah manifestasi kebencian kita kepada Rosmah dan Najib. Kita ke jalan raya kerana kita tidak lagi yakin terhadap Lembaga Kehakiman. Kita turun ke jalan raya kerana kita membantah terhadap pemenjaraan Anwar Ibrahim. Kita ke jalan raya kerana kita sedar bahawa hanya dengan jalan raya barulah rejim yang zalim dapat ditumbangkan. Kita ke jalan raya kerana kita mahu Najib dan Rosmah berundur. Apakah tuntutan dan desak Rosmah dan Najib berundur ini masuk akal? Dalam strateji politik jalan raya yang wajib diwujudkan hanya dua ikon – Yang Zalim dan Yang Menjadi Mangsa Kezaliman. Pada tahun 1998 – Gerakan Reformasi telah berjaya menjadikan Mahathir Muhamad sebagai Mahafiraun ikon zalim. Manakala Anwar sebagai mangsa Yang Dizalimi. Dalam masa yang sama - politik jalan raya wajib dilihat pop, cool dan kounter kulture. Politik jalan raya adalah wadah anak muda . Gerakan jalan raya tahun 60'an yang menentang dan menamatkan Perang Vietnam - dari Carlifonia, New York, London, Paris, Melbourne, Tokyo , New Delhi , Berlin – kesemua didalangi oleh anak muda kounter kulture yang pop dan cool. Malah Tamarod di Mesir adalah bukti yang paling terbaru di mana yang pop dan kounter kulture berjaya menumbangkan rejim Mubarak. Kemana arah jalan raya sesudah 7 March ini? Jawabnya : demo akan diteruskan saban minggu - setiap petang Sabtu. Apakah demo ini akan memberi pulangan saperti yang telah berlaku dalam PRU12? Untuk jawapan soalain ini biar saya memberi pencerahan tentang SYRIZA parti anak muda ditubuhkan pada tahun 2004. Parti ini lebih muda dari PKR. Parti ini dipimpin oleh Alexis Tsipras yang baru berumur 40 tahun. Greece – anggota Kesatuan Eropah dan anggota NATO - telah diperintah oleh parti kanan yang bersekongkol dengan kaum pemodal antarabangsa. Greece telah dipaksa menerima cadangan IMF dan kaum pemodal Eropah untuk menjalankan dasar penswataan. Dalam masa yang sama kerajaan Greece dipaksa mengurangkan belanjawan sosial. Dasar ini menimbulkan krisis. Anak anak muda mula turun ke jalan raya. Beratus kali – malah bertahun-tahun – demo kecil dan demo besar dianjurkan untuk menumpil rejim pro kapitalis ini. Gelombang anak muda di jalan raya ini akhir membawa kejayaan. SYRIZA parti kaum kiri ini akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan baru yang pro-rakyat di Greece pada 24 Januari 2015 Apa yang dapat dipelajari dari Greece? Jawabnya – kemarahan di jalan raya disusun untuk merentas kemenangan dalam pilihanraya. Sebelum kita ke pilihan raya kita ke turun jalan raya. Jumpa Sabtu ini jam 4 di Sogo. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-99-21-30-45 ------------- | ||
Posted: 06 Mar 2015 07:47 PM PST KOMENTAR kenyataan dari BARRA ini baik ianya beri iklan ianya beri publisiti ianya menghebohkan dalam dunia iklan asalkan disebut asalka nama muncul dimedia semuanya adalah menguntung justeru saranan kepada BARRA harap buat laporn polis awal teruskan lagi kerja baik ini kerana demo ini akan berterusan setiapa hari sabtu hingga rosmah lari Peniaga lapor polis bantah perhimpunanKita LawanBatu Road Retailers Association (BARRA), yang mewakili para peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara membuat laporan polis semalam, membantah perhimpunan Kita Lawan yang akan diadakan di sepanjang jalan itu hari ini.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi. Presiden BARRA, V.K. Liew berkata laporan polis dibuat kerana perhimpunan itu akan memberi kesan kepada peniaga akibat penutupan jalan dan kesesakan lalu lintas. Katanya, perhimpunan itu akan menyebabkan hampir 100 peniaga terpaksa menutup premis perniagaan dan ini memberi kerugian kira-kira RM10 juta. KAH KAH KAH woit kali ini pakai cukong dulu kaki bising melayu tak sapa layan tak sapa ambil pot sebenarnya ramai peniaga laju meniaga air mineral 2RM air lain berganda2 POOOOORAAAAH ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan