Khamis, 5 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TANDA UNTUK NAJIB

Posted: 05 Mar 2015 06:48 PM PST







KOMENTAR
berita dibawa 
mucul dalam THE ECONOMIST
apa dia akhbar ini?

logo akhbar ini  warna merah 
akhbar ini berpengkalan di london
akhbar ini mewakili kepentingan
kaum pemodal antarabangsa

akhbar ini menjaga kepentingan
kapitalis anglo-amerika

melapor tentang dunia modal
tentang dunia kapitalis
inilaha salah satu akhbar rurjukan untuk kaum pemodal

akhbar ini memiliki intel
yang berselirat
akhbar ini memiliki wartawan
di kota kota besar

akhbar ini TIDAK akan menulis
pekara remeh yang TIDAK
ada sangkut paut dengan kaum pemodal

politik dalam akhbar ini
adalah politik ekonomi
politik pelaburan
politik cari untung

justeru
apa maknanya berita ini?

berita ini memberi makna 
bahawa kaum pemodal antarabangsa
tidak lagi melihat 
najib sebagai wakil terbaik mereka
najib bukan lagi dilihat
sebagai dapat menjaga
kepentinagn mereka di malaysia

sebelum najib lupus
lebih baik ramalkan
kedatangan piem baru
tan seri muhyiddin yassin











Usaha singkir Najib lebih awal daripada 

jangkaan, kata Economist 

Najib Razak yang sedang dirundung masalah mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist hari ini.
Penentang beliau dalam Umno mungkin akan berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan masalah besar dihadapi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan idea perdana menteri 6 tahun lalu.
Mengambil maklum yang Najib ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil sejak pilihan raya umum (PRU) lepas, akhbar Britain itu berkata, hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion menjadikan Najib sasaran mudah.


Bid to oust Najib sooner than expected,

says Economist 

A beleaguered Najib Razak might face a leadership challenge soon, The Economist reported today.
The prime minister's opponents in Umno may rally behind Deputy Prime  Muhyiddin Yassin, given the scale of problems faced by strategic investment fund, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), which was Najib's brainchild six years ago.
Noting that Najib has been on borrowed time since the last general election, the newspaper said 1MDB's debts of RM42 billion made Najib an easy target.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bid-to-oust-najib-might-be-sooner-than-expected-says-economist#sthash.c9NFGNFa.dpuf


KAH KAH KAH

woit
nampaknya...
kah kah kah
kita akan dapat
PIEM baru.... kah kah
sembab pun sembablah
nak buat macam mana
dah nasib... kah  kah kah

APA PUNYA NASIB
























-------------

BETUL KE BERITA INI?

Posted: 05 Mar 2015 04:30 PM PST







Mahu guling kerajaan

Kemungkinan setelah cukup anggota, kepakaran – PDRM


Dua militan IS Malaysia rakam video sembelih

PETIKAN rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai rakyat Indonesia  memegang dan mengangkatKUALA LUMPUR 4 Mac - Penglibatan rakyat negara ini bersama kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria ternyata sudah melampau dan tersasar daripada ajaran Isla - 




KAH KAH KAH

woit
kalau ini berita betul
ini kerja gila
kalau berita palsu
beri ini bertujuan 
mengolah persetujuan
untuk meluluskan
undang undang baru
anti keganasan

APA PUNYA TUUR













-----------

TOWKAY JUAL AGAMA DENGAN ROTI JALA

Posted: 05 Mar 2015 11:59 AM PST






SOGO 


Kazim malu dituduh periwayat hadis palsuBernama | 4:47PM Mar 5
Kazim: Seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul.
 
Pendakwah terkenal  Mohamad Kazim Elias menyifatkan tindakan mufti Perlis yang tidak bersetuju beliau dipilih menganggotai panel forum perdana hal ehwal Islam sebagai tidak adil dan memalukan dirinya.

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan 'kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.'


KAH KAH KAH

woit
hadis palsu
diakui wujud
agaknya ada
berapa ratus ribu
hadis palsu wujud
kesah dari mulut ke mulut
dipungut tok perawi
200 tahun kemudian
mustahil semuanya soheh
lagi lagi roti jala
dengan kuah kari

APA PUNYA TUUUR






---------------

GENDANG PERANG

Posted: 05 Mar 2015 04:30 AM PST






TABUH 

PERANG
madey akan pukul
tabuh perang
 dari jepun

rosmah  mula berbomoh
mandram akan sampai
najib ilang akal
tunggu & nanti
1MDB tutup kedai
semua akan lari

-------------

BERITA BARU MASUK

Posted: 05 Mar 2015 04:01 AM PST





BERITA BARU 

MASUK


Zunar Cartoonist

7:09 PM (48 minutes ago)


to me
Himpunan Kita Lawan di GENEVA

Tarikh: 7 Mac
Jam 10 pagi waktu Geneva
Lokasi: Depan Palais Des Nation, Bangsa-Bangsa Bersatu





--------------------

PERSEDIAN UNTUK DEMO 7 MARCH

Posted: 05 Mar 2015 04:00 AM PST





PEMERHATI ANTARABANGSA AKAN TURUT BERSAMA SERTAI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015
Amaran pihak polis yang menyebut bahawa Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 sebagai himpunan haram adalah tidak berasas. Undang-undang secara jelas menyatakan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Manakala pandangan daripada pihak peguam dan pakar undang-undang adalah konsisten yang menjelaskan tugas polis adalah bukan untuk menghalang tetapi memudah cara dan membantu melancarkan pergerakan Himpunan.
Rancangan Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 juga telah dimaklumkan kepada pertubuhan-pertubuhan berkaitan undang-undang dan hak asasi manusia dalam dan luar negara. Kami menyambut baik kesediaan Majlis Peguam Malaysia (Malaysian BAR) yang akan menghantar satu pasukan pemantauan (monitoring team) pada hari Sabtu ini. Kami juga mengalu-alukan kehadiran satu delegasi pemerhati antarabangsa berkaitan hak asasi manusia yang akan turut bersama menyertai Himpunan #KitaLawan Sabtu ini.
Justeru itu, kami menyeru rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai bersama dengan anak muda Sabtu ini bagi menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. Anak muda juga sekali lagi memohon kerjasama pihak polis untuk jalankan tugas mereka seadilnya dan mesra rakyat. Himpunan #KitaLawan akan bermula jam 3.00 petang di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibupejabat PAS sebelum kita bergerak beramai-ramai ke Sogo.
5 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
TW: @KitaLawan_my

------------

TERKINI TER HOTT

Posted: 05 Mar 2015 02:58 AM PST





 the news

  • Image for the news result
    (Reuters) - Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter said.
    The power and property fund, a pet project of Prime Minister Najib Razak with assets worth $14 billion, was hit by losses last year and nearly defaulted on a loan payment. The near-miss drove down the ringgit currency MYR= and Malaysian government bonds and prompted calls from opposition leaders to make the fund's accounts more transparent.
  • The state fund's 42 billion ringgit ($11.6 billion) debt includes a $3 billion bond sale in 2013 that was one of the largest global issues from Southeast Asia.


  • APA 

    MAKNANYA
    maknanya
    1MDB tutup kedai
    bangkrap
    tak dapat bayar utang
    harta dilelong 

    NOTA
    rosmah dan najib
    melarikan diri
    kah kah kah
    ------------

    NAJIB SESAK NAFAS

    Posted: 04 Mar 2015 11:20 PM PST






    KOMENTAR
    tekanan makin banyak datang
    semua mahu tendang najib

    dari tim madey
    dari tim dalaman 
    dari tim muhyidin
    dari pakatan rakyat
    dari demo anak muda
    semua mahu najib undur

    dari luar negara
    akhbar besar milik kaum pemodal
    mahu najib undur

    najib sendiri pun mahu undur
    yang tak mahu najib undur
    hanya rosmah mansor

    NOTA
    ahad ini ketua bahagian
    parti gerombolan
    dipanggil datang
    jumpa najib
    adakah mereka 
    akan dapat spesial brim
    atau
    dapat spesial krim


    Pemimpin Umno desak Najib letak jawatan,

    tidak bimbang dipecat kerana lantang 

    mengkritik 

    Pemimpin Umno peringkat cawangan Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tidak bimbang akan menerima nasib sama seperti bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan  Khairuddin Abu Hassan yang baru-baru ini dipecat daripada jawatannya di dalam parti.
    Ketua penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka itu berkata, beliau yakin tindakannya yang pernah menuntut Presiden Umno  Najib Razak berundur itu bukan sesuatu yang melanggar perlembagaan parti walaupun mengaku pernah diberi amaran akan dipecat.
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-tidak-bimbang-dipecat-kerana-lantang-mengkritik#sthash.UMbJjCct.dpuf

    KAH KAH KAH

    woit
    yang jadi tanda tanya
    bila najib nak celah
    sebelum kenduri ke
    atau
    salepas kenduri
    kah kah kah

    SAPA DATANG 
    KENDURI
    -------------

    BOLEH CUBA CUBA

    Posted: 04 Mar 2015 10:10 PM PST






    MAHU NUMBER TALIPON
    TT, mintak tolong sangat. Apa no telefon atau email awek cun tu? tolong carikan boleh tak? on TERBARU TERKINI TER NOW TERHOT
    Publish | Delete | Spam
    aku taknak jadi gagalis
    on 3/4/15




    SILA TANYA

    KAH KAH KAH

    minah ini banyak balak
    kalau hang ada pitis 
    sila tanya ustaz nasa
    ustaz nasa pandai buat deal
    cina tembam ni
    kawan anak najib
    najib kawan nasar
    dulu nasar bantu najib 
    buat deal
     dengan tok arab
    sila tanya nasar
    kalau tak dapat nasar
    cuba call
    tantawi
    mana tahu
    kalau ada nasib

    KAH KAH KAH 




    ---------

    BERITA GUMBIRA

    Posted: 04 Mar 2015 09:08 PM PST




    BERITA 

    GUMBIRA

    UNTUK

    GAGALIS

    kah kah kah
    kah kah kah
    kah











    -----------

    BILA MUSUH MENYERANG

    Posted: 04 Mar 2015 08:39 PM PST






    KOMENTAR


    bila musuh melarangapa yang ingin kiat buat
    ertinya apa yang ingin kita buat
    baik dan menyengat

    kalau mush tak larang
    ertinya kita buat kerja bangang



    Himpunan #KitaLawan haram

    KUALA LUMPUR - Orang awam yang menyertai himpunan #KitaLawan pada 7 Mac ini akan dikenakan tindakan undang-undang kerana himpunan itu tidak mengikut undang-undang.
    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap peserta yang hadir sebelum mengambil tindakan.

    "Kita tahu hak mereka yang ada mengikut Perlembagaan, walau bagaimanapun kita juga ada undang-undang khusus untuk mengadakan perhimpunan di tempat awam," katanya pada sidang media selepas perjumpaan de
    ngan penganjur himpunan yang diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.


    KAH KAH KAH

    woit
    kah kah kah
    kah kah kah
    kah kah kah
    tukar tiub minta panda


    ----------

    MULA KAN BERLAWAN

    Posted: 04 Mar 2015 07:58 PM PST






    Kenyataan Media : Kehadiran 

    Anwar Ibrahim ke Sidang 

    Dewan Rakyat 


    Angkatan Muda Keadilan tegas dengan pendirian bahawa  Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, adalah seorang tahanan politik. Penahanan beliau merupakan satu kes ketidakadilan yang nyata di negara kita. Malahan, badan hak asasi manusia seperti Amnesty International turut mengklasifikasikan Anwar Ibrahim sebagai "prisoner of conscience"

    Pengarahnya, Richard Bennett mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan pemenjaraan melibatkan  Anwar Ibrahim adalah bermotifkan politik. Selain itu, pendakwaan beliau di bawah Kanun Keseksaan adalah hanya satu helah untuk melakukan penindasan politik. Penolakan permohonan beliau untuk menghadiri sesi Sidang Dewan Rakyat yang akan datang adalah satu lagi bentuk pencabulan hak dan mencemari amalan demokrasi di negara kita.

    Anwar Ibrahim sewajarnya dibenarkan untuk menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-13 yang akan bersidang pada 9 April 2015. Proses rayuan pengampunan ke atas  Anwar Ibrahim yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri dan anak-anak beliau kepada wakil Istana Negara pada petang Isnin 24 Feb 2015. Perkara 48 (4)(c) dalam Perlembagaan menjelaskan bahawa seseorang Ahli Parlimen hanya hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah petisyen yang dikemukakan itu ditolak.

    Anwar Ibrahim adalah wakil bagi seluruh masyarakat di Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia sebagai Ketua Pembangkang. Maka, permohonan beliau wajar dipertimbangkan semula agar beliau dapat hadir dan membahaskan ucapan pembukaan Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Pembangkang.

    Menteri Dalam Negeri,  Zahid Hamidi tidak wajar berselindung di sebalik penjawat awam dengan menggunakan mereka untuk menolak permohonan dari pihak  Anwar Ibrahim untuk menghadiri sesi Sidang Dewan Rakyat ini.

    Kenyataan bahawa tiada negara yang pernah membenarkan tahanan politik menghadiri sidang Parlimen, menunjukkan kecetekan minda sesetengah individu di dalam urusan ini. Beberapa keadaan, di mana seseorang Ahli Parlimen yang dipenjara hadir ke mahkamah pernah berlaku.

    Sebagai contohnya, pada 11 oktober 2011, sebuah mahkamah Ukraine menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara kepada  ketua pembangkang Ukraine, Yulia Tymoshenko selepas mendapati beliau bersalah dalam menyalahgunakan jawatannya semasa menjadi broker urus janji gas 2009 dengan Rusia, akan tetapi beliau dibenarkan menghadiri sidang parlimen negara tersebut. Perkara ini adalah hak seorang tahanan politik selagi mana tidak ada undang – undang atau keputusan akhir untuk menggugurkan kelayakan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

    Tindakan terbaru Menteri ini, adalah bukti jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional sememangnya memilih untuk menjayakan konspirasi politik yang jahat ini demi menafikan hak  Anwar Ibrahim untuk mewakili rakyat Malaysia. Hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional terlalu takut untuk berhadapan dengan beliau dan ini adalah usaha untuk menyekat beliau dari menyuarakan kritikan ke atas pentadbiran kerajaan Barisan Nasional hari ini.
    Angkatan Muda Keadilan mencabar,  Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri untuk tampil ke khalayak mengemukakan hujah dan alasan penolakan permohonan Anwar Ibrahim untuk menghadiri sesi Sidang Dewan Rakyat.
    DR AFIF BAHARDIN
    ADUN Seberang Jaya, Parlimen Permatang Pauh
    Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan



    ------------

    Tiada ulasan: