Rabu, 25 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PROGRAM HASUT DAN LAWAN

Posted: 25 Mar 2015 07:01 PM PDT







Ceramah Solidariti Bersama Nurul Nuha Anwar 
Jumaat - 21 Mac 2015 - 9 malam - Jalan Dewata, Larkin Jaya, Johor Bahru
Anjuran : KEADILAN Johor Bahru
Turut bersama : Hassan Karim, YB Jimmy Puah, YB Andrew Chen, Dr Mazri Yahya, Chegubard, Rara Othman, Akmal Nasir
#BebasAnwar #KitaLawan



------------

EKONOMI AKAN RUNTUH

Posted: 25 Mar 2015 06:57 PM PDT




CINA TEMBAM 
JADI KAYA

Pasukan petugas khas Putrajaya siasat 

1MDB, kata menteri 

Putrajaya menubuhkan sebuah pasukan petugas khas kerajaan bagi menyiasat operasi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk meneliti hutangnya yang dipercayai mencecah RM42 bilion.
Menteri Kewangan Kedua  Ahmad Husni Hanadzlah berkata, beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan petugas itu, yang juga akan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa dan Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.
"Kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas. Kami melihat perkara ini secara keseluruhannya, termasuk hutang 1MDB," katanya dalam ucapan penggulungan di Parlimen hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasukan-petugas-khas-putrajaya-siasat-1mdb-kata-menteri#sthash.ZVBI5w1L.dpuf

KAH KAH KAH

woit
42 bilion ringgit
kalau 100RM dikumpulkan
setingi gunung tahan
kalau 1RM dikumpulkan
boleh buat jambatan ke sabah
woit
ini semua belanja
rosmah dan najib
duit dirembat oleh 
cina TEMBAM
woit
boleh percaya ke
malaoan yang siasat
ini macam lanun
siasat perompak
MALAOAN SAMA







-------------

KEMPEN BERMULA

Posted: 25 Mar 2015 06:00 PM PDT







'Sack IGP' banner awaits top cop near 

Bukit Aman

Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar is in for rude awakening tomorrow when he sees a banner calling for him to be sacked.

The four meter by 1.8 metres banner with 'Pecat IGP' ('Sack the IGP') written on it was hung at a junction across the street from City Hall at Jalan Raja, a stone's throw away from police headquarter Bukit Aman.

It was put there as part of the #pecatigp campaign launched by Kita Lawan tonight.

"Sack the IGP! Step down (Prime Minister) Najib (Abdul Razak)!" they cried as they hung up the banner at about 10 pm.

The activists also set up an impromptu art exhibition by hanging photographs using clothes pegs and string and opening up umbrellas carrying anti-IGP messages.

One caricature of the IGP shows him holding a switchblade to the icon for microblogging application Twitter, with the caption "Bebaskan Twitter! (Free Twitter!)".

The IGP has been under fire for using his Twitter account to police free speech online and instruct investigations on opposition politicians and activists.

He has also been accused of bias, for the lack of action against BN leaders such as Ismail Sabri Yaacob, who in a Facebook comment said Malays should boycott Chinese traders..

About 50 people attended the event tonight, which was held where Kita Lawan protestors have been camping since March 21.

"If the IGP doesn't step down, the country will be ruined and the police force's good name will be soiled," PKR's Teja assemblyperson Chang Lih Kang told the crowd.

He then urged the crowd to flood Khalid's Twitter account with the message "Kita mahu #pecatigp" (We want to sack the IGP).

Activist Hishamuddin Rais announced that the Kita Lawan protest this Saturday will have three rallying points - Opposite City Hall, Masjid Jamek, and the PAS headquarters in Jalan Raja Laut.

The protestors plan to then march towards Sogo before heading towards the Kuala Lumpur Convention Centre to gatecrash Najib's daughter's wedding.
---------------

PERJANJIAN PERAK

Posted: 25 Mar 2015 05:30 PM PDT







Kenyataan Akhbar Majlis PR Perak Mengenai Pelaksanaan Hukum Hudud

Merujuk kepada dua kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh Majlis Pimpinan PR Perak dan kenyataan akhbar oleh Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik, Setiausaha PR Perak, pada 23hb dan 24hb Mach, 2015, yang lalu. KEADILAN Perak ingin menjelaskan bahawa kedua-dua kenyataan tersebut adalah jelas dan tiada perlu disensasikan oleh mana-mana pihak.

KEADILAN Perak berpandangan bahawa semua parti-parti dalam PR di peringkat pusat dan negeri wajar memberhentikan dengan segera polimik pelaksanaan hudud di negara ini.

Keutamaan sekarang adalah untuk merapatkan semula saf kepemimpinan PR supaya keyakinan rakyat kepada PR tidak goyah. 

Justeru, KEADILAN Perak ingin mengambil langkah-langkah yang pro aktif bagi menjelaskan kepada rakyat di negeri Perak tentang kepentingan memahami syari'at Islam secara komprehensif dan realistik (waqi'i).

Justeru, pandangan ulama-ulama muktabar di dunia Islam pada masa ini seperti Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Timbalannya, Syaikh Dr Ahmad al-Raisuni dan lain-lain ilmuan Islam yang berotoriti, adalah penting untuk dirujuk dan dijadikan formula penyelesaian kemelut pemikiran umat Islam saat ini dalam pelbagai aspek dan secara khusus salah faham mengenai pelaksanaan hudud.

KEADILAN Perak berpenderian bahawa kefahaman yang mendalam mengenai doktrin maqasid syari'ah (tujuan-tujuan syari'at) seperti yang dimuwafakatkan oleh ulama ulama salaf dan khalaf wajar dikaji dengan mendalam dan diikuti dengan pelaksanaan yang berhikmah. 

Dalam hubungan ini, Syaikh Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam dewasa ini wajar diraikan dengan hukuman yang lebih ringan (mura'at al-taysir) dari hukuman yang berat (ta'sir) seandainya mereka melakukan kesalahan.  Ini adalah kerana rata-rata umat Islam hidup dalam suasana yang lebih sukar dan sulit.

KEADILAN Perak merasa kesal kerana ada kecenderungan beberapa individu mutakhir ini yang kononya berjuang untuk melaksanakan syari'at tetapi bersikap kasar dan cenderung untuk melakukan tindakan ganas ke atas beberapa individu yang celupar dan tidak beradab terhadap syari'at Islam. Mereka sewajarnya menghayati akhlak mulia anjuran al-Qur'an dan Sunnah.

Biro Pemahaman dan Pemantaman Agama  (BiPPA), Perak, akan menganjurkan Seminar Islam Agama Kerahmatan Untuk Manusia pada awal May, 2015, terbuka kepada orang ramai. Objektif utama adalah untuk mendidik masyarakat memahami ajaran Islam dengan lebih jelas dan tepat.    

Dr Muhammad Nur Manuty
Penegerusi
Majlis Pimpinan Negeri
PARTI KEADILAN RAKYAT Perak
25hb Mach, 2014 



----------------

MALAM KE EMPAT DUDUK BANTAH

Posted: 25 Mar 2015 12:37 PM PDT











BERITA 

 BERGAMBAR






YB LI KANG 
BERI TAKLIMAT
pada malam ke empat
duduk bantah
dan 
memulakan
kempen pecat igp

DUDUK BANTAH

KEMPEN PECAT IGP
 DILANCAR

S.HUSIN & YAHYA
 & PAK DIN

KAWAN DARI SABAH
 & SARAWAK
MOGOK LAPAR

YB DOLAH SANI

SDR YAHYA SAARI

MAT ROZAN
 BACA SAJAK

WARTAWAN HARAKAH
 BACA SAJAK

YB WONG CHEN 
 BERI PENERANGAN

YB GOOI 
DARI ALOR STAR

YB CHOW YU  HUI

YB TERESA KOK


AMJAL& HAKIM
 & RAHMAT


 BAHAN KEMPEN


YB LI KANG & 
SUPERMAN & KA HENG

TERESA KOK 
BIKIN KEMPEN

YB TIAN CHUA & 
YB WONG CHEN

PAK DIN & AMJAL


YB  HE LOI SAN

USTAD COOL WAN JI

KARTONIS ZUNAR
 BUKAN USTAD

KITA LAWAN 
DI TERUSKAN






-----------

TENGKUJUH AKAN DATANG

Posted: 25 Mar 2015 06:30 AM PDT





UNTUK ABDUH TANTOWI
pertanyaan utk org Pas, especially utk nik abduh, tantowi: -tuhan tak suruh lawan kezaliman -tuhan suruh cemarkan alam -tuhan suruh tebang balak, musnah hutan dan dapat banjir, kemudian nak lari daripada bertanggungjawab buat bising pasal hudud BANJIR INI BUATAN TANGAN MANUSIA, MESTI ADA PERTANGGUNGJAWABAN takper buatlah hudud, kau tunggu TENGKUJUH AKAN DTG!!!! on MUSTAHIL TAK BOLEH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:38 PM

JUMPA  DI SOGO


---------------

TIDAK ADA PILIHAN - HANYA LAWAN

Posted: 25 Mar 2015 05:30 AM PDT







PELABURAN SRC SEBANYAK RM3.81 BILION SAMA KATEGORI DENGAN PELABURAN-PELABURAN 1MDB

Soalan saya mengenai pelaburan oleh SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia yang bermula sebagai anak syarikat 1MDB telah dijawab oleh Menteri Kewangan semalam seperti berikut:


Menteri Kewangan mengesahkan bahawa sebanyak RM3.81 bilion dari dana sebanyak RM4 bilion yang diambil dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) telah dilaburkan di dalam aset-aset yang berkaitan dengan sumber alam asli dan batu-bara di luar negara termasuk Indonesia dan Mongolia.

Walaupun soalan saya adalah khusus untuk mengetahui di dalam syarikat manakah pelaburan-pelaburan ini dibuat, Menteri Kewangan terus mengelak dari memberi maklumat seperti mana beliau mengelak dari menjawab semua soalan berkaitan dengan 1MDB.

Saya telah menyemak penyata kewangan terkini SRC International bagi tahun kewangan 31 Mac 2014 yang telah diaudit untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perincian pelaburan-pelaburan ini.

Perincian mengenai pelaburan ini diberikan di dalam nota kepada penyata kewangan mengenai kaedah nilaian aset-aset pelaburan, seperti berikut:

Kebiasaannya, jika sesebuah syarikat itu melabur dengan membeli saham atau kepentingan di dalam sebuah syarikat yang lain, pelaburan itu akan diperincikan sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu yang akan memberikan maklumat terperinci. SRC International juga perlu menunjukkan prestasi kewangan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutunya di dalam penyata kewangan.
 
Walau bagaimana pun, pelaburan sebanyak RM3.81 bilion yang disebut oleh Menteri Kewangan ini tidak disertakan di dalam penyata kewangan SRC International sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu. Ia ditunjukkan di dalam pelaburan yang tidak diketahui dan dinilai sebagai Pelaburan Tahap 3 ("Level 3 investments").

Pelaburan bukan tetap (iaitu pelaburan di dalam saham atau bon) dikategorikan sebagai pelaburan untuk dijual ("available for sale investments"). Ia akan dinilai mengikut ketelusan maklumat mengenai pelaburan itu seperti yang ditetapkan oleh International Financial Reporting Standard (IFRS) seperti berikut:

1.    Pelaburan Tahap 1 – saham-saham yang disenaraikan di pasaran saham dan harga sahamnya boleh diketahui setiap hari secara telus

2.    Pelaburan Tahap 2 – saham-saham di dalam syarikat yang tidak disenaraikan tetapi aktiviti perniagaannya dan untung ruginya setara dengan syarikat-syarikat di dalam industry yang sama yang disenaraikan atau boleh dibandingkan

3.    Pelaburan Tahap 3 – saham-saham di dalam syarikat yang mana juru audit tidak mempunyai maklumat untuk menilai aktiviti perniagaannya atau untung ruginya

Dari nota penyata kewangan yang saya sertakan di atas, sebanyak RM3.7 bilion dikategorikan sebagai "open ended funds" iaitu pelaburan yang tidak diketahui atau boleh diklasifikasikan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM3.1 bilion diklasifikasikan sebagai Pelaburan Tahap 3 iaitu pelaburan yang juru audit tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya.

Keadaan ini sama dengan pelaburan-pelaburan yang pernah dibuat oleh 1MDB yang rata-ratanya diklasifikasikan oleh juru audit sebagai Pelaburan Tahap 3. Pelaburan-pelaburan seperti inilah yang akhirnya menyebabkan 1MDB berhadapan masalah aliran tunai sehingga terpaksa menangguhkan bayaran hutang kepada bank-bank beberapa kali.

Perkara ini menerangkan keengganan Menteri Kewangan mendedahkan secara terperinci di dalam syarikat mana dana pencen sebanyak RM3.8 bilion ini dilaburkan. Rakyat Malaysia wajar mengetahui di manakah dana pencen ini dilaburkan secara terperinci supaya masalah yang dihadapi 1MDB tidak berulang dengan dana pencen yang telah diambil.

Saya mengulangi desakan supaya dana RM4 bilion ini dikembalikan serta merta.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



---------------

SURAT PILIHAN PETANG INI

Posted: 25 Mar 2015 03:39 AM PDT




ENAM HARI ENAM MALAM
Tuan TT, kelas artikel tuan kali ini kah kah kah kah!!!! saya akan print artikel ini, rendam dalam air 6 hari 6 malam, kemudian air rendaman itu saya akan bagi kucing saya minum. Mudah2an kucing saya akan bertukar jadi seekor Telomian. Kah kah ka hka hkah!!!! on KENDURI DIRAJA SABTU INI
Publish | Delete | Spam
Libang Libu
on 3/25/15

--------------

MAKLUMAT UNTUK HARI SABTU

Posted: 25 Mar 2015 03:11 AM PDT





MAKLUMAT
para demonstran
sila pilih tempat mula berkumpul
dataran merdeka - air terjun
masjid jamek
ibu pejabat pas jln raja laut

dari tempat-tempat  ini 
kita bergerak 
ke sogo
sila pakai baju hitam

dataran merdeka
air terjun

dipimpin oleh
 yb tian chua
yb rafiz
yb li kang
yb cheng chung

masjid jamek

dipimpin oleh
nurul nuha
cik gu faris jingga 13
khairul anwar jonah
amk

ibu pejabat pas

dipimimpin oleh
abang mat sabut
NOTA
sila layari tukar tiub
untuk perekemabngan terkini






---------------

NAJIB KENA SABOTAJ LAGI

Posted: 25 Mar 2015 01:58 AM PDT





KOMENTAR
najib sekali lagi kena sabotaj
mingu laku SPAD sabotaj
kali ini penulis ucapan sabotaj

satu malaysia tahu
rosmah obes dan gemok
ini masalah besar untuk rosmah
yang ingin dilihat cun dan bergetah

malah diberitakan  rosmah
telah memanggil klinik sedut lemak
datang untuk menyedut lamaknya
agar boleh dilihat slim 

tetiba najib anggap orang gemok
menganacan negara
apakah ini satu pukulan
apakah inis atu sindirin
untuk rosmah yang tembam gemok dan obes?

NOTA
siapa agaknya
buat ucapan najib ini
pasti akan dihantar
ke laut kalzom

Obesiti ancam negara- Najib

 | March 25, 2015
Rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat agar masalah obesiti dan penyakit berkaitan dengannya dapat dielakkan.
KUALA LUMPUR: Najib Razak menganggap kegemukan atau obesiti sebagai satu ugutan yang begitu serius sehingga boleh mengancam kepada negara.
Justeru, beliau mahu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat agar masalah obesiti dan penyakit berkaitan dengannya dapat dielakkan

KAH KAH KAH

woit 
kah kah kah
ini berita saheh
najid sdg  diancam
oleh pempuan gemok
kah kah kah
pempuan gemok 
ancam negara
kah kah kah

SABTU 

4:00 PETANG

DI SOGO
-------------

ANAK BADAK KAHWIN

Posted: 25 Mar 2015 12:24 AM PDT





SABTU INI
ANAK MUDA 
TERUSKAN LAGI

Demo Sabtu mahu turut 'rai' anak PM 

kahwin

Kita Lawan merancang sebuah lagi perhimpunan besar di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara Sabtu ini.

Bagaimanapun, selain menolak pentadbiran Najib dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), mereka turut mahu sama-sama 'meraikan' perkahwinan anak perempuan perdana menteri Nooryana Najwa, minggu lepas.

Pemimpin PKR dan ketua NGO Jingga 13 Fariz Musa (bawah) berkata mereka merancang berarak dari Sogo ke Menara Berkembar Kuala Lumpur pada 28 Mac, tertakluk kepada perubahan akhir.
"Kita merancang berarak ke KLCC untuk 'meraikan' perkahwinan anak perempuan Najib Razak, tetapi saya jangka akan ada penghalang di pelbagai tempat," kata Fariz.


KAH KAH KAH

woit
sapa nai kahwin?
dengar khabar
rosmah dah sedut lemak
kerana nak naik pelamin
kah  kah kah
BADAN MACAM BADAK

-------------

KENDURI DIRAJA SABTU INI

Posted: 24 Mar 2015 08:49 PM PDT







KENDURI DIRAJA SABTU INI

Minggu lalu saya menulis tentang kenduri Shah Iran Ahmad Reza Pahlavi di Parsepolis yang berlangsung 5 hari 5 malam pada Oktober 1970. Saya juga telah menulis tentang kenduri pertunangan anak Rosmah Mansor, lima tahun dahulu yang telah menggunakan duit kerajaan Malaysia. Saya juga berjanji minggu ini hendak menggarap satu pencerahan tentang apa sebenarnya makna kenduri kendara yang menggunakan belanja berjuta-juta ringgit. Dalam kes Rosmah bukan duit sendiri tapi duit negara.

Untuk memahami perangai dan tingkah laku Ahmad Reza dan Rosmah Mansor kita wajib mengkaji latar belakang mereka. Kita juga wajib membaca tingkah laku mereka dengan mengunakan pendekatan psikoanalysis. Teknik psikoanalysis ini dimajukan oleh Sigmund Freud ( 1856-1939). Teknik ini adalah pendekatan yang paling afdal untuk memahami dan mengubati mereka yang diserang oleh penyakit saraf.

Untuk membuka mukadimah – saya mencadangkan sesudah membaca tulisan ini sila layari YouTube. Sila cari sebuah filem bernama Citizen Kane yang ditulis dan diarahkan oleh Orson Welles (1915-1985). Filem Citizen Kane yang digarap pada tahun 1941 telah dinobatkan dalam senarai 10 buah filem terunggul dalam dunia oleh American Film Institute. Dari pendekatan psikoanalysis watak Citizen Kane ini tidak jauh bezanya dari watak Ahamd Reza dan Rosmah Mansor.

Watak utama filem ini ialah Charles Foster Kane yang ketika kecilnya hidup dalam kesusahan. Tidak memiliki banyak barang permainan. Tetapi apabila Foster Kane mendewasa Kane bertungkus lumus untuk menjadi seorang yang berjaya. Apabila menjadi kaya raya Kane telah membeli apa sahaja yang boleh dibeli. Mendirikan rumah sabesar istana. Kane menjadikan isterinya seorang penyanyi opera yang berbudaya dengan penuh glamour. Tetapi disebalik kekayaan ini Kane tahu asal usul dirinya yang satu ketika dahulu. Kane dari keluarga comot dan sengkek.

Harta kekayaan yang dikumpul, mahligai yang tersergam dan cita-cita besar sebagai politikus sebenarnya hanyalah percubaan Charles Foster Kane untuk menutup rahsia bahawa dirinya TIDAK memiliki 'kelas aristocrat' yang dimimpi-mimpikan. Jauh dalam hati kecil, Kane tahu dari mana asal usul dirinya.
Watak Kane ini juga sama dengan watak Ahmad Reza Pahlavi yang menobatkan dirinya sendiri sebagai Shahan Shah - Raja Segala Raja pada 26 Oktober 1967. Sejarah membuktikan bahawa ayah kepada Ahmad Reza ini TIDAK ada sangkut paut dengan Raja Cyrus Yang Agong (530 BC), atau Nader Shah (1688-1747) atau Muhamad Shah Qanjar (1804-1848).

Ayah kepada Ahmad Reza bernama Reza Khan. Reza ini hanya seorang soldadu pencuci kasut kepada Konsul Belanda General Frots Knobel. Reza Khan kemudian menjadi soldadu dalam tentera Iran dan menjawat pangkat Tok Sarjan penjaga meriam dibawah Putera Abdola Hossein salah seorang putera Raha Dinasti Qanjar.

Dari tukang cuci kasut Reza Khan menjadi Tok Sarjan. Kemudian menjadi soldadu upahan Rusia. Reza Khan akhirnya berjaya menjawat pangkat Brigadier Jeneral dalam Tentera Cossack - tentera Rusia. Ertinya Ahmad Reza seorang warga Iran menjadi barua kepada Rusia. Apabila berlaku krisis politik dan krisis Istana diakhir hayat Dinasti Qajar maka Rusia telah menobatkan Reza Khan sebagai Raja. Reza Khan telah menambah dibelakang namannya Pahlavi – untuk menjadi satu Dinasti Raja.

Anakanda Ahmad Reza pasti tahu asal usul ayahnya yang tidak memiliki darah keturunan Raja. Ahmad Reza tahu bahawa ayahandanya - Reza Khan hanyalah seorang 'chowkidar' yang menjadi barua kepada Rusia. Perasaan ini tidak dapat dikikis dari hati kecil Ahmad Reza.

Shah Iran ini juga sedar bahawa dia menjadi Raja Iran kerana CIA telah berjaya menjatuhkan Perdana Menteri Mossaddegh pada tahun 1953. CIA menetang pemerentahan Mossadegh kerana PM Iran ini seorang nasionalis yang telah memilik negarakan semua telaga minyak di Iran.

Kalau jiwa kecil Charles Foster Kane diharukan kerana TIDAK memilik barang permainan ketika kanak-kanak. Tetapi jiwa kecil Ahmad Reza Pahlavi tahu dia dijadikan Raja oleh CIA. Fakta ini dikethaui umum bukan sahaja di Iran malah seluruh dunia tahu asal usul Ahmad Reza anak seoarng chowkidar yang menobatkan dirinya sendiri sebagai Raja Segala Raja.

Justeru Ahmad Reza mahu membebaskan dirinya dari dikenali sebagai anak pencuci kasut. Maka dia mengadakan sambutan 2,500 tahun Empire Parsi. Pesta di Parsepolis adalah percubaan Ahmad Reza untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dia adalah Raja Segala Raja. Dengan mahkota intan berlian terpacak diatas kepala - Ahmad Reza sedaya upaya ingin menamatkan 'desas desus' yang tidak berhenti-henti di Iran tentang sejarah keluarganya.

Bagaimana watak Citizen Kane dan Ahmad Reza berkait rapat dengan saikoloji watak Rosmah Mansor?

Rosmah Mansor tahu bahawa ketika lahir dia telah membawa tompokan tahi lalat berbulu disebelah dagu kirinya. Kalau tahi lalat Latifah Omar ianya menjadi pemanis muka. Tetapi tahi lalat Rosmah Mansor berbulu ini ikut membesar sama dengan muka tuannya.

Justeru dari zaman sekolah lagi – kerana tahi lalat ini - Rosmah telah dipanggil dengan nama Dotty. Nama yang ingin dipadamkan oleh Rosmah. Dia telah berjaya memadamkan tahi lalat berbulunya dengan bantuan teknoloji Jepun pada tahun 80'an dahulu tetapi dapatkah Rosmah melupakan bunyi ejekan disekolah dahulu?

Rosmah Mansor hanya anak guru sekolah. Susur galurnya tidak ada sangkut paut dengan Orang Asal Negeri Sembilan. Ibu Rosmah bukan dari Perut dan Suku Datuk Undang. Ini bererti datuk neneknya Rosmah ini pendatang dari tanah seberang – pelarian ekonomi yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki ditanah yang subur. Kerana itu baru baru ini Rosmah telah 'bertanduk' dalam usaha untuk menobatkan dirinya sebagai 'ada kelas'.

Apabila klip Perempuan Puaka muncul lima tahun dahulu, umum telah diberitahu bagaimana Rosmah ketika ingin berkahwin dengan Najib telah terpaksa meminjam rumah Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan. Menurut balu Tuan Speaker ini rumah Rosmah terlau kecil untuk menerima Najib. Cakap-cakap sejarah sapertti ini pasti membingarkan telinga yang mendengar.

Malah diketahui umum bagaimana Rosmah Mansor cuba memadamkan sejarah kejandaan dirinya apabila dia berkahwin dengan Najib Razak. Satu Malaysia hingga ke hari ini masih tertanya-tanya berapa kali agaknya Rosmah menjanda?

Membeli intan berlian, bershopping dan bercanda-canda dengan pesawat resmi negara sebenarnya adalah percubaan Rosmah Mansor untuk merentas masuk ke dalam lingkungan 'old money' gulungan bangsawan dan elit lama Melayu. Keluarga Najib juga adalah pendatang dari Sulawesi tapi ayah Najib telah menghambakan dirinya ke Istana Sultan Pahang. Ertinya Najib dari keluarga bangsawan anak Perdana Menteri walhal Rosmah hanya anak CikGu Mansor.

Berapa kali Rosmah menjanda ini menjadi bualan harian rakyat Malaysia. Tapi ada lagi babak hidup yang ingin dipadamkan oleh Rosmah. Rosmah cuba memadamkan siapakah bekas isteri Najib. Dari segi fakta umum mengatahui bahawa Najib berkahwin dengan kerabat Kelantan. Malah desas desus timbul bagaimana dikatakan Rosmah telah ' mencelah' masuk untuk memerangkap Najib. Ini bukan cerita dongeng. Sila layari Perempuan Puaka dalam YouTube.

Dari pendekatan psikoanalysis kita tahu bahawa babak-babak hidup awal kita menjadikan siapa kita ini. Zaman kanak-kanak adalah ketika dimana 'komputer' kita masih kosong dan belum banyak program dan apps yang masuk. Ketika kanak-kanak - jika muka kita cacat , bopeng atau ada tahi lalat berbulu – bayangkan efeknya kepada saikoloji kita ketika mendewasa. Inilah salah satu beban yang cuba dipadamkan oleh Rosmah Mansor melalui pembelian cincin yang berharga berjuta juta ringgit.

Pada Sabtu 28 Mac ini Rosmah Mansor akan mengkahwinkan anaknya. Tetapi umum telah diberitahu bagaimana bakal menantu Rosmah masih dikehenadki oleh Interpol kerana terlibat dalam kes penipuan di New York. Umum juga diberitahu bahawa bakal menantu Rosmah ini telah masuk ke Universiti Colombia di Amerika dengan menggunakan kelulusan palsu. Tidak cukup dengan ini umum juga diberitahu oleh akhbar luar negara bahawa bakal besan Rosmah ini telah terlibat dalam kes bunuh. Mungkin dalam kes bunuh ini Rosmah dan Najib boleh bertukar dan berkongsi pengalaman. Semua kesah-kesah ini – walau pun Rosmah gemok pendek dan telinganya ditutup oleh rambut - pasti kesah-kesah ini membingarkan juga.

Justeru sama saperti Ahmad Reza Pahlavi – Rosmah juga akan mengadakan kenduri kahwin selama 6 hari 6 malam. Ini adalah kenduri yang membunuh semua kenduri. Ini adalah Emak dan Datuk segala kenduri.

Minggu lalu telah diadakan kenduri ijab kabul. Selesai sahaja kenduri ini diumumkan - Surat Nikah Najwa dan Daniyar telah dibocorkan. Apa yang menarik ialah hantaran 500,000 dolar Amerika. Berita hantaran ini telah meletup dialam maya. Jakim terpaksa membuat kenyatan menafikan. Sama ada berita ini betul atau tidak bukan persoalan. Apa yang penting ialah kebencian orang ramai terhadap Rosmah yang boros. Malah bukan sahaja boros tapi bercanda-canda menggunakan kapal terbang resmi negara.

Rafizi Ramli pengarah Stratejik PKR membocorkan tentang jet baru negara yang dibeli oleh Rosmah. Kes kapal terbang Ini semakin menaikkan kebencian rakyat terhadap Rosmah Mansor. Hari ini semakin jelas bahawa kapal terbang negara yang baru ini pasti digunakan oleh Rosmah untuk membawa anak dan menantunya ke Kazakhtan untuk meneruskan kenduri kahwin disebelah lelaki pula.

Dua hari lalu telah bocor gambar-gambar dalam satu pesta bercanda-canda - a la Moroko. Semua jemputan diwajibkan memakai pakaian Moroko. Feshen Moroko dipilih mungkin senang untuk menyorokkan badan Rosmah yang gemok membadak atau kerana Moroko ini negara Arab maka ada bau bau Islam. Wal lah hu alam.

Kita lihat dan tunggu bagaimana akhirnya kenduri ini. Tapi apa yang saheh ialah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja dihalau oleh rakyat Iran pada tahun 1979. Ahmad Reza lari lintang pukang dengan Farah Deba isterinya.Apakah Rosmah Mansor dan isterinya..opps suaaminya Najib Razak sesudah kenduri ini akan dihalau oleh rakyat. Sejarah masih berjalan. (TT)

SABTU  28 MAC 2015

JAM 4:00 PETANG

SOGO

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan sila pukul talipon
03-92-21-30-45






----------------------

MUSTAHIL TAK BOLEH

Posted: 24 Mar 2015 07:42 PM PDT




KOMENTAR
PAS bukan wakil tuhan
pas hanyalah  sebuah parti politik
pas sebuah parti politik
yang sama sapertri parti politik lain

sebagai parti politik
pas menggunakan AGAMA
untuk mendapatkan sokongan
ini TIDAK salah

kebenaran
bukan dimonopoli oleh PAS
kebenaran ada dimana mana




Umat Islam bebas persoal hudud PAS, 

kata  mufti Perlis

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak salah umat Islam tidak bersetuju atau menolak hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan pindaan enakmen sebulat suara tanpa bantahan.
Menurut Asri, walaupun umat Islam tidak boleh membantah asas hudud kerana ia merupakan hukum Allah, ‎mereka masih bebas mengutarakan cadangan, pandangan atau "ijtihad" lain.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-salah-umat-islam-tolak-hudud-pas-kata-mufti-perlis#sthash.ccJBea6w.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini baru betul
ini baru jelas
ini baru terang
pas bukan wakil tuhan

APA PUNYA KUNTAU




--------------

Tiada ulasan: