Tukar Tiub |
- SATU JEMPUTAN
- PETANG INI
- JENG JENG JENG
- PENIAGA AGAMA
- TENGKU FRAUD DAN TELOR ITIK
- PERANG SUDAH MULA
- JET KERAJAAN DANA NAK BADAK
- APA ITU JINNAKOLOJIS
- SATU LAGI PERTANYAAN
- SATU PERTANYAAN
- JUAL AGAMA CARI MAKAN
- HADI BOLEH DILAWAN
- LINGKUP NEGARA INI
Posted: 13 Mar 2015 06:38 PM PDT SATU JEMPUTAN 700 penguatkuasa DBKL siap siaga hadapi himpunan #KitaLawan Kira-kira 700 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan himpunan #KitaLawan yang akan diadakan setiap minggu di depan kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan merosak harta benda awam ekoran daripada himpunan berkenaan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/700-penguatkuasa-dbkl-siap-siaga-hadapi-himpunan-kitalawan#sthash.TcaWJCf5.dpufKAH KAH KAH woit 700 dbkl ini apa? kah kah kah ini bukan jemputan makan kenduri kenduri 28 mac 2015 bukan petang ini kah kah kah KITA LAGI LAWAN ------------- |
Posted: 13 Mar 2015 05:56 PM PDT |
Posted: 13 Mar 2015 05:27 PM PDT KOMENTAR kes menggunakan duit kerajaan beli lombong bijeh di mangolia duit yang diambil oleh 1MDB datang dari duit pencen mampoos pak cik mak cik yang pencen duit pencen dah lingkup bukan 500,000 ringgit tapi 2 bilion ringgit mamp[ooos NOTA mustahil bani melayu tak faham mustahil pak cik pencen tak faham mustahil mak cik pencen tak faham PAS mahu Muhyiddin buktikan ketegasan mengenai 1MDBSusulan posting terbaru Mahathir Mohamad mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya semalam, PAS hari ini mendesak Muhyiddin Yassin membuktikan ketegasannya dalam isu "bail out" syarikat yang sarat menanggung hutang itu. Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meminta timbalan perdana menteri itu agar tidak menghampakan rakyat kerana beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan menegaskan dana awam tidak seharusnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB. JENG JENG JENG woit PAS sudah masuk ini tim tibai gerombolan ini bukan berpadu padu 1MDB kini sudah difahami 1MDB kini jadi peluru rakyat tembak najib sengan 1MDB kah kah kah PADAN MUKA NAJIB ------------- |
Posted: 13 Mar 2015 06:39 AM PDT UMAT MUNDUR Ulamak, pak2 ostad & lebai telah gagal mentarbatkan islam sebagai ugama sempurna serta ugama yg diredhai Allah. Kalau tidak masakan umat islam adalah umat termundur didunia, umat yg suka bercakaran, bunuh membunuh sesama sendiri, pemimpin2 yg korup dan akhlak yg hina. Tak sedar lagi ke wahai bani melayu...mustahil ugama sempurna mempunyai penganut2nya yg paling hina dari segi akhlak dan ekonomi.. Jadi ulamak2 dan agamawan harus bertanggung jawab akibat kegagalan meletakan islam ditempat yg betul dan menepati ajaran Muhammad saw. Tanya diri sendiri kenapa gagal.. on JUAL AGAMA CARI MAKAN Anonymous at 3:31 PM pernyataan aluztas harrussani ini bukan setakat ada betulnya tapi "ada-ada" betulnya. Setahu saya kerja "uztas" adalah mengajar dan menyebarkan ugama, tapi uztas la ni mengikut acuan David Teo ia itu menhalau dan menangkap hantu dan jin, menjual air dan makanan yang telah didoakan. Kalau nak berdakwah pun hanya pada orang yang dah sedia ada Islam, dgn memberi contoh yang sgt sempit untuk difikirkan, kekadang mereka boleh melucutkan keislaman seseorang itu. Semua perlakuan uztas ini dibayar, sesama mereka bersaing sebab itulah mereka perlu mengiklankan diri mereka...jika la ni "lawak" adalah fenomena maka berlawaklah mereka.. Kita mesti ingat dlm dunia ni penduduknya mencecah 8 billion atau 8000 juta orang drpada ini hanya 1 billion lebih sikit sahaja yg Islam yg lain adalah kafir laknat yg bakal jadi penghuni neraka selamanya. Kita juga "musti" ingat bahawa adalah tugas kita untuk berdawah dan meneroka wilayah baru untuk berdakwah dimana akhirnya satu dunia ini penduduknya akan on JUAL AGAMA CARI MAKAN panglimo potaseh on 3/1 ---------- |
Posted: 13 Mar 2015 06:09 AM PDT FACE BOOK Menteri Ku Nan marah kenapa ramai yang kritik#1MDB sedangkan ia ibarat itik yang bertelur emas! Baik untuk rakyat, katanya. Semalam Menteri Kewangan II sahkan Najib Razak dah bagi RM950 juta dana baru disuntik ke dalam #1MDB untuk bantu legakan tekanan kewangan. Ini ibarat pepatah moden: Ibarat kroni dapat telur emas, rakyat dapat tahi itik! Sebarkan. — with Belajar Dan Terus Belajar and Mohd Shakirin Harith. -------------- |
Posted: 13 Mar 2015 05:00 AM PDT KOMENTAR ingat tak TT kata perang akan mula inilah perang itu bebera minggu sebelum rosmah mengahbiskan berjuta juta ringgit belanja anak kahwin madey telah menyerang hebat madey mua bertanya dari mana najib dapat duit dari mana rosmah dapat duit berpoya poya shopping dari mana anak rosmah dapat duit beli kondo beratus juta ringgit di amerika sebelum berita ini merebak najib telah menyerang BLOG milik madey di tutup orang ramai TIDAK dapat kita tunggu apa pula serang balas madey NOTA musuh kepada musuh kita ialah sahabt kita Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa. Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu. "Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc. "Soalannya jika tidak dari keluarga Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?" - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-persoal-sumber-kekayaan-najib#sthash.Th7dpDtB.dpuf KAH KAH KAH woit rosmah senyap najib senyap langsung tak ada cerita kenduri takut kecut lisut PADAN MUKA -------------- |
Posted: 13 Mar 2015 01:30 AM PDT ANAK BADAK NAIK JET 13 Mac 2015 Pada 11 Mac 2015, saya telah mengemukakan soalan lisan kepada Parlimen meminta jawapan Perdana Menteri menyatakan perjalanan dan jumlah kos penggunaan jet Kerajaan 9M-NAA dari 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015 Saya juga minta mereka senaraikan penumpang iaitu manifest penumpang. Jet kerajaan tersebut dilaporkan merantau dunia dari Hawaii ke Los Angeles, New York, kemudian ke London, Dubai, Bangkok baru balik ke Malaysia. Jumlah perjalanan dianggarkan 12 hari. Perjalanan jet Kerajaan merantau dunia menimbulkan krontroversi kerana pada masa itu, seramai 250,000 rakyat Malaysia menderita ditimpa banjir yang paling serious dalam sejarah Malaysia. Jawapan yang saya terima amat mengecewakan. Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri menjawab "Sepanjang 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015, jet 9M-NAA digunakan untuk tujuan urusan rasmi YAB Perdana Menteri. Segala kos yang tertanggung adalah berdasarkan had kelayakan YAB Perdana Menteri. Manakala para penumpang yang menaiki pesawat tersebut adalah mereka yang berkelayakan menaikinya seperti pasukan keselamatan yang ditugaskan melindungi YAB PM." Ini adalah kali pertama, Kerajaan enggan berterus terang menjawab soalan sedemikian dan menjawab dengan sambil lewa. Pada sesi parlimen lepas, soalan sedemikian dijawab dengan penuh. Contohnya, JPM menjawab soalan ahli parlimen mengenai perjalanan Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar menggunakan jet kerajaan pada tahun 2014 membelanjakan RM426,489.46. Tetapi, tahun ini, jawapan yang saya terima, seolah-olah kerajaan ingin menyembunyikan sesuatu. Kedua, fakta yang dijawab oleh Menteri JPM juga salah. Media melaporkan bahawa YAB Perdana Menteri telah kembali ke Malaysia selepas bermain golf dengan Presiden Obama pada 27 Disember 2014. Maka, dari 27 Disember sehingga 7 Januari, YAB PM tidak lagi menumpang jet kerajaan tersebut. Penumpang VVIP menjadi misteri. Adakah penumpang VVIP itu lebih layak daripada Perdana Menteri? Rakyat berhak tahu segala kebenaran. Parti KEADILAN telah membuat anggaran bahawa perjalanan sepanjang 12 hari tersebut telah memakai 243,145 liter petrol jet. Pada harga petrol RM2 satu liter, yang jauh lebih murah daripada petrol jet, kami menganggarkan secara konservatif perjalanan tersebut membelanjakan RM 494,404. Kita harap kerajaan akan keluarkan fakta menjawab anggaran daripada Parti KEADILAN. Kerajaan tidak terus terang menjawab soalan, seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu. Mungkin sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Sebagai ahli Parlimen, saya amat khuatir terhadap kebajikan penumpang VVIP ini. Adakah beliau sihat? Adakah beliau selamat sampai ke destinasi? Adakah beliau berjaya menjalankan tugas keselamatan negara? Adakah beliau puas shopping? VVIP berkenaan adalah tunjang Negara, jangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada beliau. Jawapan dari Jabatan Perdana Menteri harus dikecam. Ini amat tidak berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen, iaitu, kerajaan harus menjawab soalan dikemukakan oleh ahli Parlimen dengan terus terang. Keenganan kerajaan menjawab soalan menimbulkan pelbagai soalan dan spekulasi. Menteri Shahidan Kassim harus tahu bahawa penggunaan jet pejuang melibatkan penggunaan duit rakyat dan rakyat berhak mengetahui bagaimana kerajaan menggunakan duit rakyat. Sim Tze Tzin, MP Bayan Baru ----------- |
Posted: 13 Mar 2015 12:30 AM PDT ZAMAN IBNU SINNA zaman tamadun arab tengah hebat dulu takde pulak cerita jin2 ni. bersusah payah ibnu sina dulu buat penyelidikan sains perubatan. tiba2 sampai sini perubatan mistik dikatanya islamik.oops lupa pulak yg ibnu sina tu mu'tazilah. kalau ada lagi zaman sekarang ni dah kena potong dengan puak2 salafi kahkahkah on BERITA BARU MASUK Publish | Delete | Spam Anonymous on 3/13/15 JINNAKOLOJIS 'Jinnakolojis' oi 3x cuba baru bole sebut betoi, phew, that was man! on BERITA BARU MASUKkampong lad on 3/13/15 AIR JINN Premis jinnakologis ni adalah karut-marut yakni superstitions. Apakah ilmu dan pengetahuan bidang karut-marut ini, melainkan bacaan surah2 atau ayat quran dan hadis termasuk hadith palsu lalu disemburkan ke dalam air bersih, tak semesti yang disuling lalu yakin saja yang air mujarab itu boleh bertindak magis dan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik terhadap sesiapa yang juga percaya sistem karut-marut itu.Tapi sipembuat air jin itu sudah binakan imej dia selaku orang 'maksum', yakni petah dan hebat mengguna surah2 quran dan hadiths, dan selalu awasi yang semuanya adalah kerana kuasa Tuhan walaupun tidak ditunjukkan bagaimana tindakan air jin H2O terhadap sel2 badan itu kerana tiada elemen kimia lain yg ada pada air jin itu melainkan ayat2 jampi yang mungkin jua tiada kaitan dengan penyakit kronik itu. on BERITA BARU MASUK Publish | Delete | Spam Anonymous on 3/13/15 ------------------ |
Posted: 12 Mar 2015 11:30 PM PDT |
Posted: 12 Mar 2015 09:09 PM PDT LE FLOM 60 jenama tempatan tembusi 55 negaraKUALA PILAH 12 Mac - Francais tempatan mendapat sambutan amat baik di luar negara dengan 60 jenama kini menembusi 55 buah negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek berkata, permintaan terhadap produk francais negara membuktikan sektor berkenaan mampu berkembang dengan lebih pesat. Jelas beliau, ini secara tidak langsung meningkatkan aliran wang masuk ke Malaysia menerusi peningkatan eksport produk tempatan ke negara luar. LE ROSMAH MANSOUER KAH KAH KAH woit nak tanya apa dia jenama itu? jenama seluar dalam rosmah mansor masuk? bra bik mama masuk? pelincir saifool masuk? 1MDB masuk ke? le imbecile jenama hasan malek masuk? woit bagilah tahu jenama itu rakyat nak bangga sama RASUAH JENAMA MALAYSIA ------------ |
Posted: 12 Mar 2015 08:39 PM PDT Harussani tegur pendakwahJadi 'penglipur lara', guna gelaran fasikIPOH 12 Mac - Mufti Perak, Harussani Zakaria menegur beberapa pendakwah yang disifatkan beliau sebagai 'penglipur lara' kerana berjenaka ketika berceramah serta menggunakan nama fasik seperti panggilan 'Ustaz Bollywood'. Tanpa menyebut nama pendakwah yang dimaksudkan, Harussani berkata, teguran itu bersifat umum kepada semua pendakwah selain turut memberi ingatan kepada pendakwah yang kerap membuat fatwa yang tidak mengikut hukum syarak. KAH KAH KAH woit kah kah kah ada penglipur lara ada bollywood kah kah kah ada juga ustaz lawak duduk ada juga ustaz mekdonal ada juga ustaz cari bini kah kah kah SEMUA CARMA |
Posted: 12 Mar 2015 08:08 PM PDT KOMENTAR satu perkembangan baru satu perkembangan yang baik kalau kasut lama dah rahai kita beli kasut baru ini hukum alam Hadi: Kerusi presiden PAS boleh dicabarAhmad Fadli KC | 5:13PM Mar 12 "Boleh dicabar? Boleh..." kata Hadi sewaktu ditanya wartawan. 'Boleh tukar presiden PAS jika tak bagus'2:14PM Mar 12 dikemaskini 2.42pmDalam muktamar, prestasi AJK dan presiden dikaji. SABTU SOGO ----------- |
Posted: 12 Mar 2015 07:40 PM PDT KOMENTAR habis lingkup habis duit negara habis duit simpanan pencen habis duit kerajaan buat kenduri kahwin hutang negara makin bertambah KEMUDAHAN DANA RM950 JUTA KEPADA 1MDB SATU "BAIL-OUT" Sejurus selepas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan RM950 juta dana baru untuk digunakan oleh 1MDB, Ketua Pegawai Eksekutifnya Arulkanda Kandasamy mengeluarkan kenyataan bahawa dana itu adalah dalam bentuk pinjaman kepada 1MDB berdasarkan terma-terma komersil. Kenyataannya itu bercanggah dengan penjelasan Husni Hanadzlah yang turut dilaporkan secara meluas termasuknya media perdana bahawa dana RM950 juta itu bukanlah pinjaman; tetapi satu "standby credit". Laporan New Straits Times (12 Mac 2015) bertajuk"RM950mil for 1MDB as standby credit, not loan: Husni Hanadzlah" misalnya secara jelas menafikan bahawa dana itu adalah pinjaman seperti yang didakwa Arulkanda. Percanggahan ini memberi gambaran seolah-olah dana ini diluluskan tanpa melalui proses keputusan yang teliti. Saya khuatir sekiranya Jemaah Menteri meluluskan dengan tergesa-gesa agar dana sebanyak RM950 juta disuntik ke dalam 1MDB tetapi perjanjian dan terma suntikan dana itu masih lagi belum dimuktamadkan. Sebab itulah penjelasan Menteri Kewangan II bertentangan dengan kenyataan CEO 1MDB kerana terma suntikan dana itu besar kemungkinannya belum lagi dimuktamadkan. Makanya, jelaslah bahawa dana RM950 juta itu merupakan satu "bail out" yang bertujuan melegakan kedudukan kewangan 1MDB yang tertekan dengan beberapa bayaran balik pinjaman dan faedah pinjaman yang perlu dibayar segera. Sekiranya 1MDB mempunyai kedudukan kredit dan kewangan yang kukuh, ia tidak perlu mengambil pinjaman atau suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan. IMDB hanya perlu menyenaraikan beberapa anak syarikatnya untuk mendapatkan suntikan ekuiti dari pelabur awam atau menerbitkan bon untuk mendapatkan hutang baru. Walau bagaimana pun, rekod kredit dan status kewangan 1MDB adalah sangat lemah sehingga menyukarkan ia mendapat apa-apa pinjaman baru pada terma pinjaman biasa dari institusi kewangan atau pasaran bon. 1MDB juga menghadapi masalah untuk menyenaraikan asetnya kerana besar kemungkinan penerbitan sahamnya tidak mendapat sambutan menggalakkan. Oleh yang demikian, tindakan mendapatkan suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan adalah jelas merupakan tindakan "bail out". Kerajaan Persekutuan tidak memberi pinjaman sewenang-wenangnya kepada mana-mana syarikat kerana pinjaman sewajarnya diperolehi dari institusi kewangan. Saya menasihati pengurusan 1MDB yang diketuai Arulkanda Kandasamy supaya menumpukan perhatian kepada usaha mengurangkan risiko kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat 1MDB. Beliau tidak perlulah cuba menegakkan benang basah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan dana RM950 juta itu bukan satu 'bail out" kerana ia dalam bentuk pinjaman komersil. RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN ------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan