Rabu, 11 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TUKAR TIUB MENGHASUT LAGI

Posted: 11 Mar 2015 07:33 PM PDT






FORUM


SEBERANG


 PRAI


tukar tiub 
\
menghasut lagi




---------------

TAKTIK DAN STRATEJI

Posted: 11 Mar 2015 07:12 PM PDT








KOMENTAR
politik ialah perang dimeja
politik cari pengaruh
untuk merampas kuasa

dalam politik
sama saperti dalam perang
ada taktik ada strateji

ada musuh utama
ada musuh kecil

ada kontradiksi utama
ada kontradiksi kecil

musuh utama sekarang
ialah rosmah dan najib
jika madey
jika daim
jika kadir jasin
jika ku li
jika muhyiddin
jika amerika
mahu menghumbankan rosmah
mahu menghumbankan najib
kita perlu bekerja sama

musuh kepada musuh kita
ialah kawan kita

ah lan wa dah lan
kita ucapakan
lagi ramai lagi bagus


'Salahkan tali barut jika Amerika kacau 

kita'

Salahkan "tali barut" di negara ini jika Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia, kata menteri komunikasi dan multimedia.

Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas siapa "tali barut" yang dimaksudkan.

Tambahya, negara kuasa besar itu hanya menggunakan alasan demokrasi untuk mencampuri urusan sesebuah negara tetapi tindakannya itu selalu pula mengundang huru-hara.

Menyelar petisyen kepada Rumah Putih untuk menggesa pembebasan  Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kes liwat, Shabery berkata:

"Mereka (Amerika) tidak kisah, di semua negara yang mereka campuri bukan semakin aman dan demokrasi (tidak) berjalan, sebaliknya huru-hara dan kemusnahan yang menunggu.



KAH KAH KAH

woit
madey  nak bantu
kita terima
daim nak bantu 
kita terima
amerika nak bantu
kita terima
tali barut ke
ajenda amerika ke
semua tak penting
yang penting
sama sama menerajang
terajang rosmah
terajang najib
terajang parti
 ketuanan melayu

APA ADA PASAL
------------

MENIAGA BULUH KASAP

Posted: 11 Mar 2015 06:35 PM PDT






NOTA
kalau rukun haji
boleh diupah
puasa sembahyang
buat baik
boleh upah atau tidak?
bukan nak masuk niaga
saje nak tanya 
jangan marah


PAS perlu keluar daripada 'politik buluh 

kasap', kata penulis Subky Latif 

Penulis veteran PAS, Subky Latif menyifatkan cadangan sesetengah pihak agar sesetengah ahli meninggalkan parti ekoran pertembungan dalaman sebagai tidak bijak dan merupakan "politik buluh kasap".
Buluh kasap adalah merujuk kepada pepatah Melayu berbunyi "perniagaan buluh kasap, untung tiada modal lesap" yang membayangkan kerja sia-sia.
"Tidak bijak berusaha keras dapatkan ahli Umno jadi PAS tapi suruh pula ahli PAS keluar parti. Jangan jadi politik buluh kasap," tulis Subky dalam portal milik PAS Harakahdail
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-perlu-keluar-daripada-politik-buluh-kasap-kata-penulis-subky-latif#sthash.zqQGg2Hl.dpuf

KAH KAH KAH

woit
perniagaan bulu ksap
kah kah kah
lebih baik naiga
air mineral
atau niaga
ekspot jin
jamin lumayan
kah kah kah

JIN BUKAN JEAN
-----------



DEMO PETANG SABTU

Posted: 11 Mar 2015 05:49 PM PDT







SABTU

14 MAC 2015

DI SOGO


AHAD

15 MAC 2015

DI JAY BEE







--------

AYAH PENIPU ANAK PUN PENIPU

Posted: 11 Mar 2015 05:30 PM PDT




KOMENTAR
apa maksud kata  gabenor ini
cakap berputar putar
cakap berbelit belit
nilai ringgit tinngi
tapi bila tukar murah

NOTA 
ini macam cakap ungku aziz
baca 70,000 buah buku
tiap tahun nak tulis buku
sampai sekarang satu buku
pun taaaaaraaaaak







Ringgit pada RM3.70 sedolar bukan nilai 

sebenar, kata Zeti


Ringgit, yang mencecah RM3.70 berbanding dolar AS pagi ini, "tidak menunjukkan nilai sebenar" dan tidak mencerminkan asas-asas semasa Malaysia yang masih kukuh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),  Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata Malaysia mempunyai asas ekonomi yang menyokong mata wang yang lebih kukuh.
"Kita mempunyai penilaian dalaman kita sendiri bagi di bawah nilai dan terlebih nilai.
"Pada peringkat ini kita hanya akan mengatakan bahawa kadar semasa 'tidak menunjukkan nilai sebenar'. Beberapa pengeksport kita mungkin tidak gembira dengan apa yang saya katakan ini kerana mereka mendapat manfaat daripada mata wang yang susut nilai," katanya.
Zeti berkata demikian pada taklimat media sempena pengumuman Laporan Tahunan 2014 bank pusat itu hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ringgit-pada-rm3.70-sedolar-bukan-nilai-sebenar-kata-zeti#sthash.bpZYkpj7.dpuf


KAH KAH KAH

woit
nampak sangat
bangang betina ini
ayah kaki
kelentong
anak pun kaki 
putar alam
macam ayah
macam anak
turun temurun
putar alam

APA PUNYA CIBAI




-----------

NAJIB KENA TIBAI LAGI

Posted: 11 Mar 2015 11:03 AM PDT










PERDANA MENTERI PERLU PERJELAS DESAS-DESUS SUNTIKAN DANA BARU KE DALAM 1MDB


Sejak isu masalah kewangan 1MDB dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini, desas-desus mengenai suntikan dana baru ke dalam 1MDB terus menjadi spekulasi. Ini diperkuatkan lagi selepas pertemuan Najib  Razak dengan ketua-ketua bahagian Umno pada 8 Mac 2015 baru-baru bila mana presiden Umno itu dilaporkan memberi penerangan lanjut mengenai 1MDB.

Saya diberikan maklumat oleh seorang Ketua Bahagian Umno yang hadir di dalam pertemuan pada 8 Mac 2015 itu bahawa penerangan mengenai 1MDB itu dilaporkan berkisar sekitar masalah aliran tunai 1MDB. Maklumat itu turut mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyuntik RM900 juta dana baru ke dalam 1MDB untuk membantu masalah aliran tunai 1MDB. Daripada jumlah RM900 juta dana baru itu, pemberi maklumat itu mendakwa RM300 juta telah pun disalurkan kepada 1MDB.

Dakwaan ini adalah satu dakwaan yang berat dan melibatkan kepentingan awam kerana kedudukan kewangan 1MDB adalah berisiko besar. Adalah dibimbangi sebarang suntikan dana baru oleh Kerajaan Persekutuan berkemungkinan tidak boleh dibayar kembali oleh 1MDB.

Ada juga spekulasi bahawa satu jumlah yang besar telah pun dipindahkan kepada 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri tetapi jumlah suntikan itu (ada yang merujuk sebanyak RM3 bilion) tidak diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Maklumat dari taklimat Najib Razak kepada Ketua-ketua Bahagian Umno dan spekulasi yang timbul mengenai kemungkinan suntikan dana baru kepada 1MDB yang tidak diumumkan kepada rakyat ini perlu diberi perhatian segera.

Selama ini pun, segala urusan 1MDB dijalankan tanpa ada pertanggungjawaban kepada rakyat atau Parlimen hinggalah jumlah hutangnya mencecah RM42 bilion setakat tahun kewangan 2014. Untuk mengelakkan keadaan ini berlanjutan, sebarang dakwaan dan spekulasi mengenai suntikan dana baru ke dalam 1MDB perlulah diberi perhatian segera.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya  Najib Razak mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai 1MDB dan suntikan dana ke dalam 1MDB. Beliau juga perlu memberi penjelasan mengenai maklumat dari taklimat Ketua-ketua Bahagian Umno bahawa suntikan baru RM900 juta telah pun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. 

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



-----------

SATU BERITA AMAT BAIK

Posted: 11 Mar 2015 06:37 AM PDT




KOMENTAR
ini sebenarnya
berita buruk
tetapi kita boleh jadikan
berita buruk ini 
sebagai berita baik
untuk mengolah persetujuan
orang ramai agar membenci kerajaan

berita buruk ini 
kita jadikan alat
untuk menghasut orang ramai
untul benci  rosmah dan najib

hakikatnya
jangan risau
kita wajib
kreatif bijak dan cool
tahi lembu yang busuk itu
diolah bolej jadi baja


Hutang naik mendadak, kini RM740 bilion

Hutang luar negara Malaysia meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 bilion pada akhir tahun sebelumnya.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.

Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara.



KAH KAH KAH

woit
negara berhutang
kerana nak bagi
makan anak badak
anak rosmah beli kondo
pakai duit kerajaan
anak rosmah nak berancuk
pakai duit kerajaan
anak rosmah nak kahwin
pakai duit kerajaan

MAMPOS  RAKYAT



-------------

ARAHAN BARU UNTUK SPR

Posted: 11 Mar 2015 05:28 AM PDT



KOMENTAR
jangan silap baca
jangan silap anggap
ini bukan bermakna
united malays national organisation
akan kalah dalam PRU14

kenyataan ini adalah arahan
satu arahan licik
satu arahan gelap
agar SPR menjalan projek 
perempadan semula
dimanas penipuan dapat dijalan
dengan lebih licin
dan parti ketuanan melayu
akan terus berkuasa

justeru
kenyataan gerombolan akan kalah
kenyataan gst rakyat tak sokong
kenyataan rakyat makin sedar
kenyataan hilang undi cina 
hanyalah cerita dongeng
semua ini kenyataan decoy

kerana  di malaysia
pilihanraya dirancang
oleh SPR untuk memastikan
united malays national organisation
akan terus menang

INI BUKTINYA


Batalkan GST atau hilang undi, kata Mahathir

Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata  Mahathir Mohamad, hari ini.
Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/batalkan-gst-atau-hilang-undi-kata-dr-mahathir#sthash.7P63q5lS.dpuf

JENG JENG

 JENG

KAH KAH KAH

gwa tak ada
ada nak cakap
kah kah kah

SPR AKAN MENIPU



------------

MALAM ESOK

Posted: 11 Mar 2015 05:00 AM PDT




ESOK MALAM

jam 8:00

radio bangsar buat
siaran langsung
forum malaysiakini

PAS TANPA NIK AZIZ




http://www.radiobangsarutama.com/2015/03/forum-kini.html


-------

TURUN LAGI SABTU INI

Posted: 11 Mar 2015 02:08 AM PDT




SABTU

14 MAC 2015

SOGO

LAGI DITEKAN LAGI #KITALAWAN
Tindakan pihak polis memanggil dan seterusnya menangkap peserta-peserta Himpunan #KitaLawan 7 Mac 2015 selepas ianya berlangsung dengan aman membuktikan bahawa tuntutan anak muda #KitaLawan memiliki asas yang kukuh. Tangkapan yang dibuat menggunakan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman menunjukkan tindakan terdesak mereka untuk menakutkan rakyat Malaysia. Namun, kami yakin siasatan yang dibuat terhadap Himpunan #KitaLawan adalah sia-sia dan tidak boleh disabitkan dengan apa-apa kesalahan.
Jelaslah bahawa kewibawaan sistem perundangan terus dihina tanpa menghiraukan Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Anak muda kini dijadikan mangsa dan terus dizalimi hanya kerana berani berkata benar sedangkan mereka akan menggunakan apa sahaja demi kekal berkuasa.
Namun tangkapan ini tidak akan melemahkan semangat anak muda. Kekuatan #KitaLawan bukan bergantung kepada mana-mana individu. Kekuatan #KitaLawan bukan terletak pada organisasinya. Tetapi kekuatan #KitaLawan adalah lahir daripada sikap bertanggungjawab dalam sanubari kalangan anak muda yang benci dengan kezaliman, amalan rasuah dan salah guna kuasa. #KitaLawan akan terus mara kerana dokongan rakyat yang mahukan keadilan dan hak kita semua terperlihara. Percayalah, lagi anak muda ditekan, lagi ramai di luar sana yang bersedia memikul tanggungjawab ini. 
#KitaLawan akan terus digerakkan walau dalam apa jua sekalipun. Sementara pihak polis meneruskan proses tangkapan, berikut adalah program yang akan dijalankan dalam masa terdekat:-
1.      Himpunan mingguan #KitaLawan di hadapan Sogo setiap Sabtu akan disambung pada 14 Mac 2015 bermula jam 4.00 petang dan akan terus diadakan selagi saudara Anwar Ibrahim dijadikan tahanan politik dan selagi Dato' Seri Najib Razak tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
2.      Malam solidariti setiap malam di hadapan Lokap Polis Jinjang atau mana-mana Balai Polis yang menjadi tempat tahanan #KitaLawan. Selain daripada bersolidariti, pelbagai aktiviti ilmiah dan santai akan disusun sebagai tanda meraikan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
 3.      Perjumpaan Anak Muda dari negeri ke negeri akan disusun bagi merencanakan peranan yang boleh dimainkan oleh anak muda di setiap negeri. Perjumpaan minggu ini akan diadakan di Johor seperti berikut:-
AHAD

15 MAC 2015

JAY BEE
Tarikh  : 15 Mac 2015 (Ahad)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi  : Engage Centre, 55-A, Jln Molek 2/4, Taman Molek, 81100 Johor Bahru
Lagi anak muda ditekan, lagi #KitaLawan !
11 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN

TW @KitaLawan_my

BERITA TER KINI TERNOW

Posted: 11 Mar 2015 01:56 AM PDT






TERKINI

ustaz  fakrul razi
ahli jawatankusa 
pemuda pas pusat
diberitakan 
telah ditangkap
(berita menyusul)

SABTU INI







--------------

TANDA SEMAKIN JELAS

Posted: 11 Mar 2015 12:45 AM PDT




KOMENTAR
gambar dan berita ini
dipungut dari akhbar
milik gerombolan
tapi bukan utusan 

berita ini jelas memperlihatkan
bahawa muhyiddin sedang
mensesuaikan diri
untuk menjadi pengerusi
yang seharusnya menjadi PENGERUSI
ialah PIEM

muhyiddin jelas sedang
mengambil alih tugas najib 
inilah  laporan yang jelas
iniah makna laporan berita ini



Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR: Bakal  Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat di Bilik Jawatankuasa 1, Parlimen di sini.
Agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuk melihat isu berkaitan harga barangan dan mencari kaedah untuk menstabilkan harga barangan.
Bakal  Perdana Menteri dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai hasil mesyuarat itu pada petang ini.
KAH KAH KAH
woit
mana najib ilang
muhyiddin dah take over
kah kah kah

woit
najib amat sibuk
sedang potong bawang
nak  kenduri besar
anak nak kahwin
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR


------------

APA MAKNA 7 MARCH

Posted: 10 Mar 2015 09:08 PM PDT




APA MAKNA 7 MARCH

Demonstrasi 7 March telah berlalu. Laungan - Undur Najib Undur - masih berdengong di telinga. Gambaran kain rentang besar dengan tulisan – UNDUR NAJIB – telah menjadi imej berita media dalam dan luar negara. Muka depan akhbar Guang Ming Daily terpampang tajuk berita : REFORMASI 2.0. Manakala muka depan akhbar Kwang Wah Yit Poh penuh dengan gambar 7 March.

Media Baru – The MalaysianInsider dan MalaysiaKini meledak dengan pendatang dan langganan baru. FaceBOOK Malaysia menjadi berat membawa berita dan gambar tunjuk perasaan petang Sabtu. Apa sebenarnya 7 March? Apa dia #KitaLawan?

Dalam tulisan ini saya akan cuba menerang dan menganalisa makna dan tanda tunjuk perasaan ini. Kita wajib memahami tanda dan makna politik jalan raya. Kita wajib mengumpul pengalaman bersama sebagai guru kita. Pengalaman ini akan mengajar kita bahawa politik jalan raya pasti membawa hasil. Tulisan ini bertujuan untuk memberi pencerahan jika masih ada yang kurang faham tentang kenapa kita ke jalan raya.

Demonstrasi 7 March 2015 di Sogo ini adalah pemulaan siri siri tunjuk tunjuk perasaan yang telah dan sedang disusun oleh anak- anak muda. Saya ulangi sekali lagi : disusun oleh anak-anak muda. Justeru – kata kunci disini ialah perkataan ANAK MUDA. Inilah kunci politik Malaysia Baru. Anak muda adalah pemegang kunci yang akan membuka arah dan garis politik baru Malaysia.

Anwar dipenjara pada 10 Febuari yang lalu. Pada Sabtu pertama sesudah pemenjaraan satu kumpulan anak muda telah memulakan gerakan Undur Najib - Undur Rosmah. Hampir 500 ratus anak muda telah turun berdemo di Sogo untuk kali pertama pada Hari Kekasih 14 Febuari 2015.

Sesudah demo kali pertama ini kita mula terbaca pandangan Profesor Kang Kong dan pandangan Penganalisa Politik yang mengatakan bahawa 'politik jalan raya' telah TIDAK POPULAR lagi. Politik jalan raya telah gagal. Jalan Raya sebagai wadah politik menurut tulisan Profesor Kang Kong telah tidak relevan.

Saya mulanya tersenyum kemudian saya ketawa terbahak-bahak. Ini kerana saya dimaklumkan bahawa Phd yang ada pada Profesor Kang Kong ini didapati bukan dengan ilmu kajian tetapi dibeli dengan timbang kati. Saya langsung tidak ada keyakinan terhadap Tukang Analisa Politik. Ini kerana saya dapati tulisan garapan Si Penganalisa politik ini membuktikan Si Mamat ini amat 'kureeng membaca'. Jauh sekali memahami falsafah dan teori politiik terkini.

Saya bukan angkuh. Tetapi merasa marah kerana pada minggu pertama sesudah Anwar dipenjara berbuih-buih mulut saya menerangkan tentang duduk pekara dan Sejarah Gerakan Reformasi98.

Saya dihujani dengan 'pertanyaan'. Sebenarnya yang bertanya bukan ingin bertanya tetapi ingin memperlekeh teori politik Jalan Raya sebagai satu wadah politik dalam negara Dunia Ketiga. Menafikan jalan raya sebagai wadah politik untuk menumbangkan rejim yang zalim dan ganas.

Pertanyaan ini jelas berniat untuk memperlekehkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim. Ingin menafikan sokongan anak-anak muda terhadap Pakatan Rakyat. Pertanyaan yang bersalur tohmahan ingin menunjukkan bahawa apa pun yang kita lakukan United Malays National Organisation tetap berkuasa. Ke jalan raya adalah sia-sia.

Hakikatnya 'orang-orang' yang bertanya dan mempersoalkan kenapa TIDAK ramai turun ke jalan raya pada minggu pertama sesudah Anwar dipenjara – sebenarnya tidak menyokong politik jalan raya. Pertanyan itu hanyalah helah untuk memastikan politik jalan raya kendur. Berniat agar politik jalan raya gagal. Sebenarnya ada niat jahat dalam hati sanubari mereka.

Jangan silap baca sejarah. Ketika Anwar diterajang dari tampok kuasa TIDAKramai yang datang bersimpati ke Bukit Damansara. Malah saya sendiri TIDAK pernah sampai ke wilayah itu. Ketika itu saya melihat ini Anwar ditendang kerana pergaduhan dua kumpulan lanun. Satu kumpulan lanun besar diketuai oleh Mahathir dan satu lagi lanun baru muncul yang dikepalai oleh Anwar. Ini bacaan awal oleh ramai orang termasuk saya sendiri. Justeru saya tidak ambil pot tentang apa yang terjadi dirumah Anwar di Bukit Damansara.

Jangan salah baca. Satelah Anwar lupus dari tampok kuasa memang TIDAK ramai yang turun ke pekarangan rumah Anwar. Kenyataan Anwar pada ketika ini masih mundar mandir. Tidak jelas dan TIDAK melawan. Sejarah minggu pertama merakamkan bagaimana Anwar masih menganggap Mahathir Muhamad sebagai 'mentor' bukan sebagai musuh.

Apabila Anwar membawa rakyat ke jalan raya pada 20 September 1998 saya masih kurang yakin tentang arah dan tujuan demonstrasi petang itu. Saya hanya turun untuk melihat dan mengkaji. Untuk melihat ke mana agaknya Anwar akan mengarahkan puluhan ribu sosok yang berdemo.

Biar saya terangkan fakta disini. Pada 20 September 1998 – ramai yang turun ke jalan raya kerana Anwar Ibrahim ialah Timbalan Perdana Menteri. Kerana Anwar Ibrahim ialah Timbalan Presiden Parti United Malays National Organisation.

Justeru ramai ketua bahagian, ramai tukang bodek, ramai pencari kontrek, ramai broker politik yang turun. Kesemua mereka menyimpan harapan dalam dalam masa satu atau dua minggu Mahathir akan tumbang. Anwar Ibrahim akan menjadi PM Malaysia yang baru. Turun ke Dataran Merdeka pada 20 September akan dijadikan modal saham perlaburan untuk mencari projek atau silap silap dapat bertanding menjadi YB. Justeru pada petang itu saya ternampak – Khir Toyo, Ahmad Sebi dan Zambry. Semua membeli saham.

Para petang 20 September ini ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Masjid Negara kemudian berarak ke Dataran Merdeka. Dari sinilah munculnya rujukan dan tahap perbandingan – ramai atau tidak yang turun ke jalan raya. Berjaya atau gagal tunjuk perasaan itu. Tarikh 20 September ini dijadikan patukan. Ini tidak tepat

Kejayaan REFORMASI98 ialah mengkalihkan politik jalan raya dari berpusat di sosok Anwar Ibrahim ke agenda menjatuhkan Mahathir Muhamad. Anwar Ibarahim hanya 'alat' untuk mengolah persetujuan. Mahathir dicap sebagai zalim dan Anwar dinobatkan sebagai ikon mangsa kezaliman. Ini kejayaan REFORMASI98

Pada awalnya ada pelbagai slogan simpang siur. Akhirnya terarah dengan slogan Undur Mahathir Undur. Tetapi awalnya para demonstran masih belum melihat United Malays National Organisation sebagai musuh. Ramai dalam Gerakan REFORMASI98 hanya melihat Mahathir sebagai musuh. Parti Ketuanan Melayu ini masih belum ditakrif sebagai musuh.

Justeru kita melihat bagaimana teori saya yang kurang yakin terhadap kumpulan Anwar Ibrahim ini menjadi fakta apabila Ezam Mat Nor dan kuncu-kuncu lari menyerah diri kepada United Malays National Organisation.
Apa sangkut paut fakta sejarah ini dengan 7 MARCH?

Kali ini semuanya bebeza. Kali ini gerakan ini dipanggil #KitaLawan. Penggunanan # melambangkan ianya gerakan anak muda. Lambang # ini TIDAK wujud pada tahun 1998. Yang wujud hanya Mahazalim dan Mahafiraun. Ini pun laman yang bergerak dibawah tanah.

Untuk Profesor Kang Kong dan Mat Penganalisa Politik – sila fahami kali ini slogan awal ialah Undur Rosmah dan Undur Najib. Tidak ada lagi siapa yang menganggap Najib sebagai mentor atau sebagai ayah. Kali ini yang jelas ialah perlawanan anak anak muda yang mahu meruntuhkan yang lama untuk mendirikan yang baru

Bebaskan Anwar Ibrahim masih lagi menjadi laungan tetapi politik anak muda kali ini tidak ambil pot tentang siapa Ketua Pembangkang, siapa Hadi Awang atau siapa Nik Abduh. Anak muda tidak ambil pot ada atau tak ada PRK di Permatang Pauh. Semua ini TIDAK relevan. Untuk #KitaLawanyang penting ialah melawan dan turun ke jalan raya.

Politik jalan raya kali ini adalah politik pasca Arab Spring, pasca Tunisia, pasca Occupy. Politik jalan raya kali ini ialah pasca PRU12 pasca PRU13. Kali ini anak-anak muda yang turun ke Sogo mewakili 52% warga Malaysia. Najib dan Rosmah bersama United Malays National Organisation hanya mendapat sokongan 47% rakyat Malaysia. Ini fakta. Najib dan Rosmah sedar hal ini. Malah mereka tahu dalam PRU 13 mereka menang dengan jalan tipu.

Sebelum diakhiri - ada satu pekara yang amat menonjol tapi mungkin ramai terlepas pandang. Satu petang Sabtu pada tahun 1998 ketika kami sedang berdemonstrasi di Sogo – Dr Wan Azizah telah turun dengan kereta. Melalui kereta atap terbuka Wan Azizah telah melambai dan mengacung tangan tanda melawan kepada para demonstran.

Media milik parti Ketuanan Melayu secara gila-gila menyerang hebat Wan Azizah. Menuduh Wan Azizah tidak bertanggung jawab menggalakkan politik jalanan. Akhirnya Wan Azizah mengatakan bahawa dia turun kerana membeli belah. Dia berada di Jalan TAR secara tidak sengaja. Saya tahu ini bohong. Wan Azizah pada ketika itu tidak memiliki kesedaran politik yang ampoh tentang politik jalan raya..

Pada 7 March 2015 , Sabtu lalu, Dr Wan Azizah telah mendewasa. Kini Wanita Malaysia Pertama ini bukan sahaja percaya akan politik jalan raya malah telah turun sama ke jalan raya berdemo. Petang itu Dr Wan Azizh telah berucap betul-betul dihadapan tangga Sogo. Arang yang terconteng dimuka Wan Azizh semenjak tahun 1998 kini terlupus. Dr Wan Azizah bersama kaum keluarga telah berarak dari Sogo ke ke KLCC. Profesor Kang Kong sila ambil perhatian fakta ini.

Profesor Kang Kong juga wajib sedar kali ini tindakan anak anak muda semakin cool dan pop. Mereka berbaju hitam – simbol countrer culture pasca punk. Baju hitam mereka ada tanda ledakan kemarahan terhadap generasi 'oldtai' yang menggunakan politik dan kuasa untuk mengkayakan anak bini dan kroni. Justeru, sila dengar gendang perang yang mereka palu setiap petang Sabtu di hadapan Sogo. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa mahu melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
02-92-21-30-45


--------------

JUAL AGAMA PERNIAGAAN LUMAYAN

Posted: 10 Mar 2015 08:18 PM PDT





KAH KAH KAH

woit
baca masa mana?
sebelum masuk
atau sesudah masuk botol

KAH KAH KAH


SATU TASIK
Woi..mana boleh doakan satu tasik...Allah Taala akan murka. Nanti dia tak dapat komisen. Modus operandi jampi air sama dgn memasak Char Koay Teow. Tak boleh masak 10 orang makan, satu belanga sekaligus.

Kena masak satu per satu. Bila la Melayu nak sedar? Seekor melayu, pabila diberi sedikit kuasa, pangkat dan mula ada pengaruh, perancangan nak menipu pun akan bermula, membodek dan mengkepalabutuhkan orang lain adalah rukun melayu berketurunan kepalabutuh. on MENJUAL KETAKUTAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/11/15

POTAI
Sah. Ponangan potai potaseh mmg bebiso.hahahaha Cukup moncorah! Jolobak jolobu on MENJUAL KETAKUTAN
Anonymous
on 3/11/15





-----------

PELUANG DATANG MENGGOLEK

Posted: 10 Mar 2015 07:58 PM PDT





KOMENTAR
cukai gst ini
akan menjerut rakyat
warga negara akan dipaksa
membayar cukai
yang miskin tambah miskin
yang kaya akan tambah kaya

anak muda wajib jadikan GST
sebagai agenda besar
untuk mengolah persetujuan
agar orang ramai akan membenci
united malays national organisation

ini peluang datang menggolek
ini durian jatuh berganda
ini menang loteri tanpa tiket


GST: Wanita UMNO, KPDNKK

ganding bahu



KUALA LUMPUR 10 Mac – Pergerakan Wanita UMNO menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau harga barang dalam usaha membendung kenaikan melampau menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April ini. - 

Ketuanya,  Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, Wanita UMNO telah menggerakkan Skuad Pengguna melalui 19,000 cawangannya untuk berkongsi maklumat dengan KPDNKK dalam isu berkenaan. 

BR1M ringankan kos sara hidup – PM


KUALA LUMPUR 10 Mac -  Najib Tun Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dibiayai menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) nanti, akan dapat meringankan beban kos sara hidup


GASAK 

SAMPAI

TERBURAI



-------------

JAGA KARIPAP SENDIRI

Posted: 10 Mar 2015 07:39 PM PDT




KOMENTAR

pergi lachaulah
anak raja
anak sultan
anak menteri
tak berani komen
lanchau nak jaga moral

bunuh altantuya senyap
rasuah scorpene senyap
rosmah rembat duit negara senyap

lachaulah johara hamid
jagalah karipap  sendiri
jangan nak jaga kain orang


Peluk anjing, pakai salib, Melayu semakin liberal

 | March 10, 2015
Ia jelas menunjukkan pengaruh liberalisme sedang menular di Pulau Pinang, malah perkara ini dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Pulau Pinang,  Jahara Hamid berkata tindakan seorang gadis Melayu bertudung memeluk seekor anjing ketika kempen 'Be A Paw Walker' yang diadakan di Penang Times Square jelas menunjukkan umat Islam di negeri itu dipengaruhi fahaman liberalisme -



MOET CHANDON
 EST  TRES BIEN
POUR VOUS

KAH KAH KAH

ya ampoooon
i've notin' 
to add
i rest my case
my lord..kah kah kah

APA PUNYA PUNTAU




--------------

Tiada ulasan: