Sabtu, 7 Mac 2015

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Kota Bharu oh Kota Bharu .... (7/3/15)

Posted: 07 Mar 2015 03:20 AM PST


Berita Mesyuarat Agung PAS di Kota Bharu, Kelantan sudah pun mula mendapat liputan media. The Star Online melaporkan:
"Kota Bharu PAS set to name Hadi's challenger"

(PAS Kota Bharu bersedia mencalonkan pencabar Hadi)
Dato Wan Abdul Rahim, personaliti yang terbabit aktif dengan NGO PasMa menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan sekaligus melonjakkan persepsi seolah PasMa sedang membolot terjau kawasan-kawasan PAS seluruh Negara.

Pastinya mereka yang bekerja kuat untuk NGO berkenaan tergiur dan terpesona dengan berita dari KB itu. Mana tahu lebih lima puluh peratus kawasan-kawasan seluruh Negara nanti akan turut jejak langkah mereka.
Biarlah mereka terjun dengan labu-labu mereka.

Bagi saya yang lebih menarik perhatian dari kemenangan tokoh yang pernah penulis pro PasMa kini, Mohd Sayuti Omar babitkan dengan skandal "Tiga Abdul" satu ketika dahulu, adalah ucapan dari perasmi Mesyuarat Agung KB itu.

Takkan KB yang kental cenderung PasMa mahu jemput Tuan Guru Presiden atau Dato Tuan Ibrahim, apa lagi Dato MB Kelantan jauh sekali Dato Dr Harun Din. KB telah dirasmikan mesyuaratnya oleh tokoh sensasi Dr Hatta Ramli, yang kes "Hawaii Five 0"nya masih dalam siasatan di Pejabat Agung.

TMI dalam laporannya menyebut:
Seorang pemimpin kanan PAS yang menjadi mangsa keganasan parti itu meminta pucuk pimpinan tertinggi parti agar jangan terus berdiam diri dan membiarkannya begitu sahaja.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, yang keretanya dibakar baru-baru ini berkata, beliau bimbang jika ia terus didiamkan, pelaku menganggap tindakan itu direstui.
"Kalau diam, mereka akan naik tocang terutama bila tidak ada isyarat daripada kepimpinan utama. "Senyap ini maknanya teruskan. Jadi pemimpin kena tegas," kata Dr Hatta yang dipercayai menujukan kenyataan itu kepada pucuk pimpinan utama parti, khasnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sehingga kini masih berdiam diri dengan beberapa insiden melibatkan ahli parti Islam itu.

Mudah betul logik dan rasional seorang profesional umpama beliau.
Bukankah Pesuruhjaya PAS Selangor, negeri dimana kedua-dua  insiden kereta beliau dibakar dan dimana Dr Dzul didakwa dipukul, telah mengeluarkan kenyataan meminta polis segera menyaisat dan menyelar tindakan berkenaan.

Tidak ada sesiapa mahu mengaitkan kedua-dua insiden ini dengan suasana yang sedang bergolak dalam parti apalagi menuduh mana-mana pihak.
Apa perlu Dr Hatta menekan dan menuntut Presiden PAS mengeluarkan kenyataan, tak cukupkah dengan kenyataan Dato Iskandar?

Apa pun barangkali ada pihak-pihak memang mahu mensensasikan insiden berkenaan lalu kebetulan Dr Hatta instrument yang sesuai. Kita tidak hairan.
Tetapi yang lebih menarik bagi saya adalah apabila membaca dua komen di bawah laporan berkenaan dalam TMI. Iaitu:

Seorang menggelarkan dirinya PENJAGA KUBUR menulis:

Dr. Dzul kata biar polis siasat dan polis akan menentukan siapa sebenarnya tapi Dr Hatta sebelum ini buat kenyataan sama. Tapi bila masuk mesyuarat agung di kubu PASMA suara Dr Hatta lain pula terus menuduh PAS. Macam mudahlah kerja saraf UMNO untuk memecah belahkan PAS. Saya pun hairan sedangkan Dr Hatta mengetui PGS PAS (saraf) takkan saraf PAS begitu lemah dalam hal ini.
RuhaizamAhmad2pula menulis:

Dr Hatta harus meminta pimpinan PAS menggerakkan usaha rekonsiliasi parti dan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengambil jalan berbeza pendapat tidak mengikut akhlak Islam. Tetapi Dr Hatta tidak harus memberi gambaran dua insiden tersebut dilakukan oleh ahli PAS tanpa siasatan yang konklusif. Jangan jump the gun
Semoga kita semua dapat menyaksikan siapa "culprit" atau "penjenayah" sebenar. Kita semua mahu tahu apa hasil penyiasatan pihak polis sebagaimana kita semua mahu tahu apa hasil penyiasatan dakwaan pengkhianat "Hawaii Five 0", gerakan "counter offensive" dan lain-lain.

Tahniah Kota Bharu, calonkanlah sesiapa yang anda mahu, semoga yang dipilih perwakilan nanti yang paling baik yang terbaik, antara yang baik-baik.

Tiada ulasan: