Rabu, 25 Mac 2015

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Posted: 25 Mar 2015 04:15 AM PDT

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Hari Pertama Coach Baru Kelantan Azrai Khor

Posted: 25 Mar 2015 04:13 AM PDT


























Semoga kelantan mencatat kemenangan berkali ganda.

KENYATAAN MEDIA PEMANGKU KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

Posted: 24 Mar 2015 09:34 PM PDT

DAP jangan cuba pecah belah PAS -http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34528-dap-jangan-cuba-pecah-belah-pas

DAP Jangan Cuba Pecah-Belahkan PAS

1. DAP jangan cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Parti Islam Semalaysia (PAS) menerusi kaedah "pecah dan perintah" apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.

2. DAP jangan memisahkan Dato' Seri Tuan Guru Presiden daripada PAS sedangkan PAS diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti. Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).

3. Benarlah kata Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.

4. Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bererti memutuskan hubungan dengan PAS.

5. Dewan Ulamak PAS Pusat menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat. Hormati pendirian PAS untuk memperjuangkan Undang-undang Jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama Pakatan Rakyat tetapi dasar bersendiri PAS. 

6. Dengan memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden, pimpinan DAP jangan bermimpi di siang hari bahawa ahli-ahli PAS akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam kerana perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan sahaja perjuangan Tuan Guru Presiden tetapi perjuangan yang didokong oleh seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS di semua peringkat.

7. Kita perlu teruskan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam Pakatan Rakyat dalam isu undang-undang jenayah Islam.

8. Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pendirian sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden kami.

Dato' Dr Mahfodz Mohamed
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarikh : Rabu 25 Mac 2015 / 4 Jamadil Akhir 1436H

Kenyataan Tuan Ibrahim

Posted: 24 Mar 2015 09:33 PM PDT

Tarik balik tuduhan kepada Presiden PAS

PAS melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP.

PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan.

Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS melampaui adab dan budaya yang boleh diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden. 

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
25 Mac 2015

Tiada ulasan: