Khamis, 26 Mac 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[KES SYALEZA] Norazman Diperintah Bela Diri Bunuh Eksekutif TV9

Posted: 26 Mar 2015 12:47 AM PDT


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, membela diri atas tuduhan membunuh wanita itu, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah menetapkan esok bagi tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, membela diri.

Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 16 Okt tahun lepas.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di satu alamat di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan. – Bernama,

IMBAS KEMBALI


Kronologi Kematian Arwah Syaleza Jaffar

Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah.

• Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi ‘sabar duhai hati’ kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.

• Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh.

• Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar.
Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa.

• Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam.

• Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman.

• Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam.

• Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin.

P/S semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Alfatihah


[VIDEO] Kotak Hitam Dedah Juruterbang Terkunci Di Luar Kokpit

Posted: 26 Mar 2015 12:05 AM PDT


Misteri menyelubungi nahas Germanwings selepas analisis awal data perakam suara kokpit mendedahkan juruterbang terkunci di luar kokpit.

Analisis awal itu memaklumkan bahawa juruterbang itu cuba memecah pintu kokpit untuk masuk ke dalamnya.

Bagaimanapun, masih belum ada petunjuk mengapa juruterbang itu meninggalkan kokpit dan apakah yang berlaku kepada juruterbang yang berada di dalam kokpit pesawat itu.

Seorang pegawai kanan tentera yang terlibat dalam penyiasatan itu menyifatkan perbualan antara kedua-dua juruterbang itu "amat baik, amat tenang" semasa pesawat itu memulakan penerbangan dari Barcelona ke Düsseldorf.

Audio perakam kemudiannya menunjukkan salah seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat masuk semula ke dalamnya.

"Juruterbang yang berada di luar mengetuk pintu secara perlahan tetapi tiada jawapan," kata penyiasat itu.

"Dan dia kemudiannya mengetuk pintu dengan lebih kuat dan masih tiada jawapan.

"Sememangnya tiada maklum balas diberikan oleh juruterbang di dalam kokpit."

Penyiasat itu berkata: "Anda boleh dengar dia (juruterbang di luar kokpit) cuba memecah pintu itu."

Audio perakamn suara kokpit itu sedikit-sebanyak memberi petunjuk yang membawa kepada punca nahas Germanwings yang terhempas di Pergunungan Alps Perancis antara Barcelonnette dan Digne, Perancis pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, masih banyak persoalan mengenai nahas belum dirungkaikan. - MIRROR/mstar





MSO: Hanya Generasi "Educated Politik" Mampu Selesaikan Kemelut PAS-DAP

Posted: 25 Mar 2015 06:22 PM PDT


Hubungan Pas - DAP makin meruncing oleh mso

Hubungan parti agama Pas dengan parti chauvenis Cina DAP nampaknya kian runcing. Kedua belah parti saling tembak menembak dan singgung menyinggung antara satu sama lain. Keduanya sama-sama menegakkan keyakinan masing-masing tidak mahu mengalah. Macam kucing jantan berebut betina, sama-sama menunjukkan "meow" yang kuat.

Keruncingan ini sebenarnya bukan bermula sejak meletusnya isu Hudud, tetapi hubungan keduanya menjadi hangat dan panas sejak lama dahulu lagi. Ia seperti api dalam sekam yang membakar tanpa keluarkan asap.

Telah ada sejarah kerenggangan kedua-dua parti itu. Saya tidak mahu mengatakan DAP seperti budak-budak seperti mana didakwa pemimpin Pas, tetapi Pas juga lebih kurang budak-budak, berfikir tidak putus mengenai DAP ini. Pas tidak ada pendirian sendiri terhadap DAP.

Masalah Pas dan DAP bukan soal peribadi mana-mana pemimpin kedua-dua parti itu, tetapi soal perbezaan ideologi yang dibawanya. Ia bukan kerana Lim Kit Siang tidak sukakan Abdul Hadi Awang atau sebaliknya, tetapi kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan.

Pas membawa perjuangan untuk menegak dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan negara ini. Manakala DAP pula memperjuangkan membebaskan keadilan sosial yang liberal. DAP mahu menjadikan Malaysia hak semua rakyat tanpa dominasi Melayu. Situasi ini ditambah dengan minat Pas yang ke belakangan ini turut memperjuangkan bangsa.

Pegangan ideologi politik DAP ialah liberalisme, manakala Pas ialah "agamanisme". Ia bagaikan api dengan minyak yang tidak disulin dan disaringkan. Kedua bahan mentah itu menjadi mudah terbakar.

Jadi melihat kepada perbezaan inilah maka keduanya tidak mungkin dapat berdamai dalam tempoh yang lama untuk satu tujuan. Kalau diibaratkan hubungan mereka umpama sebuah perkahwinan, perkahwinan mereka bukan berlangsung atas dasar cinta sama cinta, tetapi kerana paksaan. Dalam hal ini, dilihat dari konteks Pakatan Rakyat, orang yang memaksa mereka berkahwin ialah Anwar Ibrahim.

Anwarlah yang mengijabkabulkan mereka agar berkolobrasi dalam pilihan raya bersamanya untuk menumbangkan kerajaan UBN. Anwar seronok dengan majlis perkahwinan mereka itu kerana beliau mendapat laba untuk makan gulai. Seperti mana saya katakan sebelum ini apabila Anwar Ibrahim diasingkan ke dalam penjara, perpecahan dalam Pakatan Rakyat akan berlaku.

Sebagai orang tua atau mediator Anwar tidak dapat memberi nasihat dan didikan lagi kepada Pas dan DAP kerana dihalang besi penjara. Dan antara tujuan pemenjaraan Anwar itu ialah untuk tidak membolehkan Anwar membujuk Pas dan DAP. Agenda itu sudah membuahkan hasil. Apakah Pas dan DAP menyedari hakikat ini atau tidak?

Hal ini hari ini sudah nampak jelas. Perkembangan hubungan antara DAP dan Pas yang disebabkan tidak sefahaman mengenai hukum Hudud membuktikan apa yang saya bayangkan itu. Melihat kepada senario kini, jalan untuk Pas dan DAP kembali duduk serumah semula sudah mustahil, kecualilah generasi baru yang lebih edukated politik menguasai kedua-dua parti itu.

Walaupun ada pemimpin Pas yang cuba mendamai dan menyejutkan keadaan, tetapi ia sia-sia sahaja. Apa lagi yang berusaha mendamaikan semula DAP (Kit Siang dan Guan Eng) dengan Abdul Hadi (Pas) itu beberapa pemimpin sahaja yang mereka sendiri diprejudis dan ditohmah dengan macam-macam tohmahan. Manakala yang lain seakan suka kalau Pas terus putus hubungan dengan DAP.

Kenyataan dikeluarkan bersemangat agar Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan menjalinkan hubungan dengan rakan baru Umno.

Berdasarkan itu, Pas dan DAP bolehlah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-14 kelak tanpa bantuan antara satu sama lain. Kalau kata-kata Mohd Amar Nik Abdullah boleh dipakai, dimana dia kata, Pulau Pinang juga akan kalah tanpa kerjasama dengan Pas, bererti pilihan raya akan datang memperlihatkan kedua-dua parti itu dalam keadaan kritikal dan bakal kehilangan kuasa.

Walaupun di Kelantan DAP tidak menjadi faktor menang dan kalah Pas, tetapi perbalahan itu boleh mempengaruhi suasana di Kelantan. Yang pastinya kerusi-kerusi Pas di luar Kelantan bakal hanyut. Sejujurnya.. dan untuk tidak memeningkan kepala dicadangkan Pas putus sahaja kerjasama dengan DAP jangan adakan lagi persefahaman walau apa pun keadaan. Kedua-duanya jangan jadi budak-budak.

Saya bimbang kalau Pas juga bersikap cocoh jilat dalam hal ini menyebabkan orang ramai khasnya pengundi atas pagar akan keliru dan muak dengan Pas. Pas yang dilihat sebagai sebuah parti berwibawa dan berintegriti akan rosak. Apabila orang sudah tidak sukakan kita untuk apa tunggu lagi, "cau"lah. Itu yang lebih baik dan bermaruah.

ULASAN GB

GB tak perlu ulas. Sokong saja iaitu generasi muda yang educated politik yang boleh selesaikan kemelut yang melanda PAS-DAP kini.

Tiada ulasan: