Kelab Greenboc |
- Tukar Presiden Jika Ingin Kekal Dengan PR - Penganalisis
- [VIDEO & GAMBAR] Lagi Pesawat Terhempas, 148 Terbunuh
- Hudud: PAS Dah Kena Main, Najib Buat Bodoh, Hanya Suruh Menterinya Bersuara
Tukar Presiden Jika Ingin Kekal Dengan PR - Penganalisis Posted: 25 Mar 2015 01:14 AM PDT Empat Pilihan Untuk Pas Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula menyatakan pendiriannya. Dalam pendirian terbaru yang diputuskan malam tadi, DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Haji Hadi tetapi kekal bersama PR. Ini bermakna, sementara PKR dan DAP kekal dalam PR, masa depan Pas dalam gabungan itu terpulang kepada parti itu menentukannya. Jika Pas meneruskan juga mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen, PKR dan DAP tidak akan memberikan sokongan terhadapnya. Pas hanya boleh berpuas hati dengan sokongan 21 Ahli Parlimennya sahaja. Dalam masa yang sama, dua pemimpin kerajaan iaitu Nancy Shukri dan Nazri Aziz pula menegaskan, undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini. Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkata, mustahil hudud dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan. Selain itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen daripada Sarawak juga tidak akan menyokong sebarang usul mengenai hudud. Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan pernah memegang portfolio undang-undang sebelum ini, dengan nada lebih keras dan terbuka berkata, hanya orang "bodoh" yang akan terus bercakap mengenai hudud. Ini kerana, katanya, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa undang-undang berkaitan jenayah merupakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya Mahkamah Syariah. Untuk meminda Perlembagaan pula, tambah Nazri, ia memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dan tidak ada sesiapa yang memiliki sokongan sebanyak itu ketika ini. Nazri juga berkata, selain itu usul persendirian Pas hanya dapat dibentangkan di Parlimen setelah selesai semua aturan urusan kerajaan dan selagi ia tidak habis, usul tersebut tidak dapat dibawa. Secara langsung, kenyataan Nazri ini membayangkan bahawa usul persendirian berkaitan hudud ini bukan saja tidak pasti dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini, tetapi juga tiada jaminan dalam sesi-sesi yang seterusnya. Bersandarkan semua situasi yang ada sekarang, usul persendirian hudud yang bakal dibawa oleh Haji Hadi ini selain tiada harapan untuk menang dan mendapat sokongan, malah mungkin juga tidak ruang langsung untuk dibentangkan di Parlimen. Tetapi yang penting, apakah masa depan Pas dalam konteks ini? Semuanya kini terserah kepada Pas. Jika mereka ingin terus kekal bersama PR, mengekalkan hubungannya dengan PKR dan DAP serta mahu terus berpotensi memenangi kerusi di kawasan bandar dan separa bandar di Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya, pilihan yang boleh dibuat ialah sama ada menarik balik usul persendirian itu atau menukar Haji Hadi sebagai Presiden Pas. Keputusan DAP mahu terus kekal dalam PR tetapi memutuskan hubungan dengan Haji Hadi Hadi adalah isyarat yang jelas bahawa yang menjadi masalah bukannya Pas tetapi hanya Haji Hadi. Dengan ketiadaan sokongan serta kenyataan Nancy Shukri dan Nazri Aziz, usul persendirian itu sudah bemakna lagi. Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku. Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi. Pilihan lain jika Pas ingin kekal berketuakan Haji Hadi ialah keluar dari PR. Walaupun Nik Amar Abdullah mengatakan Pas tidak kisah sendirian berikutan isu hudud ini, sudah tentulah wajah Pas tidak seperti yang ada sekarang jika ia bersendirian. Pas tidak saja akan mengalami kehilangan banyak kerusi, tetapi juga akan mengecewakan ramai kelompok profesional dan progresif dalam parti itu. Pilihan terakhir yang boleh dibuat oleh Pas jika tidak mahu bersendirian ialah membawa Pas menyertai BN dengan tujuan menguatkan kedudukan Melayu dalam gabungan itu. Tetapi pilihan ini belum tentu juga mendatangkan keselesaan kepada Pas kerana mereka bakal berebut kerusi pilihanraya pula dengan UMNO dalam pilihanraya nanti. Dengan UMNO lebih dominan dan menang banyak kerusi di kawasan Melayu, jika bersama BN, Pas mungkin hanya diperuntukkan kerusi yang jauh lebih kecil saja. Segala-galanya kini terserah kepada Pas menentukan hala tujunya antara tarik balik usul, keluar PR, tukar Haji Hadi atau menyertai BN. Pilihlah yang mana satu jalan berturap, jalan berliku atau jalan mati. -shahbudindotcom
ULASAN GB Jika dibaca komen-komen yang ada di bawah artikel yang disiarkan oleh FMT itu, jelas menunjukkan rata-rata kaum bukan Melayu sudah menolak Hj Hadi. Apakah PAS ada pilihan lain jika ingin terus bersama PR selain dari apa yang disuarakan oleh penulis berkenaan iaitu menukar Presidennya? Jika Hj Hadi dikekalkan Presiden maka hal yang disebutkan penulis tidak dapat dielakkan: Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku. |
[VIDEO & GAMBAR] Lagi Pesawat Terhempas, 148 Terbunuh Posted: 24 Mar 2015 09:03 PM PDT Sebuah pesawat Airbus yang dikendalikan oleh penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings dilaporkan terhempas di selatan Perancis hari ini. Laporan memetik sumber pihak berkuasa menyebut, pesawat A320 tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf. Pesawat Germanwings penerbangan 4U9525 tersebut dilaporkan membawa 150 orang, menurut laporan agensi antarabangsa. Jumlah itu termasuk dua orang juruterbang dan empat anak kapal. Laporan media ABC memetik Presiden Perancis Francois Hollande sebagai berkata, "nampaknya tiada yang terselamat" dalam kejadian tersebut. Menurut Holande, kejadian itu berlaku di kawasan yang sukar dimasuki, di banjaran Alps, lapor Newsweek di Twitter. Laman penjejak penerbangan Flightradar24 menyebut pesawat dengan nombor penerbangan D-AIPX hilang dari radar pada 09.39 pagi waktu tempatan. TERKINI: Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui. "Satu kotak hitam yang ditemui beberapa jam selepas nahas itu akan terus diperiksa untuk membantu siasatan," katanya di sini. Beliau berkata, tapak nahas itu akan dikawal bagi memudahkan pihak berkuasa termasuk agensi menyelamat masuk ke kawasan itu. - Reuters
|
Hudud: PAS Dah Kena Main, Najib Buat Bodoh, Hanya Suruh Menterinya Bersuara Posted: 24 Mar 2015 05:31 PM PDT Hudud mesti selari dengan Perlembagaan, kata Khairy Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan pendirian Putrajaya dalam isu hudud mesti selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara tersebut. Khairy berkata sebarang undang-undang dalam negara perlu berpandukan kepada Perlembagaan yang menjadi asas kepada negara Malaysia sejak merdeka. "Negara kita berpandu kepada Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi. "Jadi apa-apa undang-undang yang diluluskan mesti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, ini termasuklah hudud," kata Khairy pada sidang media selepas perasmian Hari Sukan Negara di Kuala Lumpur petang ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut hadir semasa majlis petang ini bagaimanapun tidak bersama dengan Khairy pada sidang media yang diadakan kerana bergegas ke program lain. Khairy bagaimanapun berkata Kabinet akan membuat pendirian rasmi mengenai isu hudud yang dijangka mengambil kira beberapa perkara antaranya agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. "Pendirian rasmi akan dibuat oleh Najib tidak lama lagi. "Pendirian akhir ini bukan sahaja akan mencerminkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi juga selari dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara," katanya. Minggu lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan. Pindaan tersebut diluluskan dengan majoriti sebulat suara yang mendapat sokongan daripada pembangkang Umno di negeri Kelantan. Semalam, bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz memberi kritikan keras dalam isu hudud dan berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya sebagai "bodoh". Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata adalah mustahil hudud dilaksanakan di Malaysia kerana undang-undang Islam yang cuba dibawa PAS Kelantan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Batang Sadong itu yang memegang portfolio undang-undang berkata, beliau merasakan ahli Parlimen Sarawak tidak akan mengundi membenarkan hudud dilaksanakan. "Ia tidak mungkin dilaksanakan. Saya tak pasti tentang Umno tapi di Sarawak, saya tidak fikir mereka (PAS) akan dapat undi daripada kami (ahli Parlimen Sarawak)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. Najib sebelum ini berjanji akan mengumumkan pendirian rasmi Putrajaya dalam isu hudud, namun sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan dinyatakan presiden Umno itu. – TMI
ULASAN GB Selepas membenarkan (mengarah?) ADUN-ADUN UMNO Kelantan menyokong Pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan, kini Najib buat bodoh. Tak keluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai hudud walaupun dilaporkan sebelum ini oleh menteri MCA bahawa Najib, di dalam mesyuarat kabinet, telah menyatakan tidak bersetuju dengan hudud. Selepas itu timbul satu demi satu kenyataan oleh menteri-menteri UMNO seperti di atas - bahawa hudud bertentangan dengan perlembagaan, oleh itu mustahil boleh dilaksanakan. Oleh itu surat notis pemberitahuan yang dihantar oleh Presiden PAS, Haji Hadi meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud dibentang di Parlimen tidak akan mendapat sokongan. MP-MP dari parti bukan Islam tanpa mengira PR atau BN (DAP, MCA, Gerakan dll) sudah pasti tidak menyokongnya. PKR pula berpegang kepada pendirian Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan hudud bukan awaliyyat, UMNO sepastinya mengikut pendirian Najib... yang telah pun diketahui pendiriannya (melalui mesyuarat Kabinet) menolak hudud. Jadi yang menyokong hanyalah MP-MP PAS sahaja.... Wal hasil balik asal. Akhirnya takda apa-apa. Isu hudud hanyalah satu perlecehan untuk menutup isu-isu 1MDB, GST, Jet peribadi dan lain-lain yang dihadapi oleh Najib...dan dalam masa yang sama Najib telah berjaya merosakkan hubungan PAS dengan parti-parti komponen PR. Siapa bodoh? Tak betul GB cakap sebelum ini, ayam terlepas tangan bau tahi? Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... tetapi ulama-ulama PAS tak pernah mahu belajar dari ayat manzurah, hanya membaca dan menghafal ayat-ayat maqru'ah... disokong pula oleh pengikut-pengikut taksub yang berpernagai syaitaniah, bertempik memaki hamun, berkahak tuii tak tentu hala, dan mereka mendabik dada menyatakan "kami pro-ulama", "kami pejuang hudud", tapi bebalnya tak terkata... Nak perjuangkan Islam, nak perjuangkan hudud, tapi tanpa ilmu di dada... hanya menggunakan nafsu semata-mata... akibatnya khianat, memaki hamun menjadi wasilahnya... takkan berjaya! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan